Wednesday, September 11, 2013

Idris Jusoh Wajar Diangkat Ke Jawatan Naib Presiden Umno


Tinggal lebih kurang dua minggu lagi menjelang hari pendaftaran penamaan calon Pemilihan Umno 2013, bahang pemilihan kini semakin terasa. Hari ini buat pertama kali blog ini ingin turut berbicara tentang perkara itu. 

Seperti yang kita sedia maklum setakat ini lima calon Naib Presiden telah diketahui akan bertanding merebut tiga kerusi Naib Presiden. Tiga dari mereka adalah penyandang, Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin dan Datuk Seri Shafie Afdal. Dua calon baru yang turut sama ingin merebut tempat adalah Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Seorang calon yang masih belum membuat keputusan dan sedang menimbang-nimbang desakan suara yang meminta beliau turut sama bertanding adalah Datuk Mukhriz Tun Mahathir. 

Saya tidak berniat untuk mengulas tentang calon-calon yang telah mengumumkan untuk bertanding atau menilai mereka samada layak bertanding atau tidak, menang atau kalah. Jauh sama sekali lagi untuk memburuk-burukkan orang yang kita tidak berkenan. Tidak ada gunanya kita nak memburuk-burukkan orang kita sendiri di mata umum. Kerana ini pertandingan dalam sebuah keluarga. 

Disini saya nak mengambil kesempatan untuk berpesan kepada diri saya sendiri dan kepada rakan-rakan blogger yang sealiran. Pemilihan Umno kali ini menggunakan sistem pemilihan baru dan kali pertama ianya dipratikkan. Apabila benda baru sudah tentu ada kelemahan-kelemahan tertentu. Apabila ada kelemahan sudah tentu akan ada masalah yang timbul. Sudah tentu akan ada pertikaian, perbalahan dan sebagainya. Musuh di luar sana sedang memerhati untuk mengambil kesempatan. Jadi tidak perlulah kita nak beri bola tanggung kepada mereka. Di sini kita kena bijak mainkan peranan kita. Tidak perlu semua masalah atau pertikaian yang timbul untuk kita kongsikan di blog, FB, twitter atau instagram kita. Pandai-pandailah kita jaga masalah rumahtangga kita. Janganlah sesekali kita yang menjadi tukang bagi peluru kepada musuh untuk menembak kita balik. 

Satu perkara lagi yang saya nak pesan kepada diri saya sendiri dan juga kepada rakan-rakan media maya yang sealiran. Setiap diantara kita sudah tentu ada calon-calon yang menjadi pilihan hati kita. Angkat, puja dan pujilah sepuas hati calon yang menjadi pilihan hati kita. Ianya tidak menjadi kesalahan. Cuma janganlah sesekali dalam kita seronok mengangkat calon yang menjadi pilihan kita, kemudian kita mengutuk, menghina, mengeji atau membelasah lawannya. 

Berbalik kepada pertandingan merebut jawatan Naib Presiden.....

Lima calon telah diketahui dan seorang sedang menimbang. Saya disini ingin mencadangkan agar Datuk Seri Idris Jusoh turut menyertai pertandingan jawatan Naib Presiden. 

Mungkin ada yang bertanya kenapa Idris Jusoh menjadi pilihan saya ? 

Jawapan saya mudah, Idris Jusoh adalah antara pemimpin Umno yang banyak mencatat kejayaan gemilang, berwawasan , berani dan berfikiran kreatif. Orang seperti ini amat diperlukan dalam landskap politik tanahair dan dunia yang berubah 360 darjah sekarang. 

Saya tidak pernah mengenali Idris Jusoh secara peribadi atau bertentang empat mata dengannya. Dan beliau juga tidak pernah mengenali saya. Pernah sekali saya bertemunya dalam satu majlis di Genting Highland empat tahun lepas. Itu pun sekadar bersalam dan berlalu pergi. Walaupun tidak pernah mengenalinya secara peribadi tetapi kita boleh menilainya dari jauh. 


Antara faktor yang saya kagum dengan Idris Jusoh adalah projek Gelombang Biru bersiri yang digerakkannya untuk merampas kembali Terengganu daripada Pas antara tahun 1999-2004. Pas yang menang 28 kerusi daripada 32 kerusi Dun di Terengganu dalam PRU 1999 berjaya digulingkan Idris Jusoh dalam tempoh sepenggal sahaja. Dalam PRU 2004 BN pula yang dapat 28 kerusi. Lihat bagaimana kehebatan Idris Jusoh pusing daripada 28 Pas kepada 28 menjadi milik BN. Kerusi parlimen pula BN sapu bersih kelapan-lapannya hingga Haji Hadi pun tumbang di Marang. 

Waktu zaman itu saya ingat lagi bagaimana sakit hatinya orang Pas kepada Idris Jusoh apabila menukar nama beliau menjadi Iblis Jusoh. Gelombang Biru pula mereka tukar kepada Gelombang Syaitan. 

Bila sudah menang Trengganu, Idris dilantik sebagai MB. Dalam tempoh sepenggal sahaja Idris berjaya mengubah negeri Terengganu dengan pembangunan yang hebat-hebat serta perancangan yang teliti. 

PRU 2008 tsunami politik mula melanda BN di seluruh tanahair. Dalam keadaan tsunami politik yang begitu pun Idris yang mengepalai BN Terengganu masih mampu memberi kemenangan 2/3 kepada BN. Pas hanya berjaya tambah empat kerusi Dun dan satu kerusi parlimen. Bagi saya ianya yang satu kejayaan yang cukup baik di saat tsunami sedang melanda kerana Idris masih mampu bertahan dengan 2/3. 

Manakala di kawasan beliau sendiri di Besut ada lima kerusi. Parlimen Besut, Dun Kuala Besut, Kota Putera, Jertih dan Hulu Besut. Tahun 1999 habis kelima-lima kerusi di atas disapu bersih oleh Pas. Tahun 2004, 2008 dan 2013 habis ke semuanya di sapu BN. Sejak 2004 hingga kini tiada satu kerusi pun yang BN kalah. 

PRK Kuala Besut dua bulan lepas juga menyaksikan BN menyapu bersih semua lapan PDM walaupun dua daripadanya dimenangi Pas dalam PRU 2013. 


Sebab itu daripada awal-awal lagi saya dah yakin BN akan menang di Kuala Besut. Saya yakin sebab saya tahu kehebatan Idris Jusoh berkerja. Saya juga berada di Kuala Besut semasa kempen PRK tempohari. Sepanjang seminggu berada di sana setiap hari saya berjumpa orang tempatan di sana untuk mengetahui tentang Idris Jusoh. Rata-rata orang yang ditemui semuanya memuja-muji beliau. Sehingga satu orang yang ditemui berkata "takdak tok tek hok ambo nak kata pasal Pak Yeh". Ianya membawa maksud tidak ada apa-apa yang boleh nak disentuh atau nak dipertikaikan pasal Idris Jusoh. Semuanya sempurna....Ada orang kampung yang memanggilnya Pak Yeh, ada yang panggil Datuk Derih dan ada yang panggil Haji Deris. 

Pada saya orang yang seperti ini harus diberi peluang dan ruang yang lebih besar dalam Umno peringkat Pusat. Beliau telah berjaya dan telah membuktikan kejayaannya apa salahnya jika beliau diberi peluang ? Hanya sekadar menjadi ahli MT ianya tidak boleh menyumbang lebih. 

Daripada risik-risik yang saya dengar mengatakan Datuk Seri Idris tidak berminat untuk bertanding jawatan Naib Presiden. Beliau hanya ingin mengekalkan jawatan MT sahaja. Sekarang adalah masa terbaik untuk Datuk Idris memasuki gelanggang Naib Presiden. Di saat usianya masih boleh dikategorikan sebagai  gagah, fikiran yang masih bergeliga dan parti memerlukan pemimpin yang  berfikiran kreatif. Jika nak tunggu satu atau dua penggal lagi ianya agak terlambat. Ketika itu usia sudah tua dan mungkin sudah tidak berapa sihat. Apabila tidak sihat fikiran pun sudah tidak sepintar waktu gagah. 

Apa yang saya nyatakan di atas adalah pendapat saya. Mungkin ada rakan-rakan pembaca yang bersetuju dan mungkin ada yang tidak bersetuju. Kita sama-sama bincang dan kemukakan pandangan masing-masing. 

25 comments:

Anonymous said...

YESSSSSSS
SEORANG LAGI YANG BERANI TAGAS DAN IKUT PERUNDANGAN...........POTENTIAL VP UMNO.

Anonymous said...

ya saya setuju !
inilah baru calon yang betul.jangan mengangkat pemimpin ikut kepopularan.angkat pemimpin yang boleh buat kerja.

DON MELAYU said...

Mmg betul..kalau nak diukur dari segi pencapaian idris mmg mmpnyai pncpaian yang cmerlang dalam parti sndri mahupun di dalam pentadbiran..mgkin dgn adnya dia sbgai naib presiden umno mmpu utk mmbntu parti utk mnmpuh cabaran pada masa hdapan, mgkin dia juga blh mnymbang idea2 dia utk kbaikan parti..ahli umno prlu ingat yang kita msih lagi prlu brhdapan dgn pru 14 di mana kita mmrlukan pmimpin2 yg boleh bkrja dgn cmrlang bagi mnguatkan umno..xkan nak harap smuanya pada bahu najib..dari segi pncpaian ya,ak skong idris jusoh antara org yg terbaik blh diangkat mnjadi naib presiden...sorang lagi calon yg ak suka ialah zahid hamidi!!! Man of his words!! Salute!!

Daddy Cool said...

Idris jusoh,mukhriz dan zahid hamidi!!! Pergh!!klau 3 ni brgnding mmg mantop la Umno!!brair la mlut pakatan...

Anonymous said...

Aku rasa aku nak calonkan diri ak sndri jadi naib presiden...blh cam gitu tuan Rbf???

Daddy Cool said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

yang penting hisham tak payah duduk lagi dlm MKT tuan besar tak payah nak tolong sedara mara ke sepupu ke..kami nak kepimpinan yang kuat bukan lembik .negara dan parti ahli dan rakyat yang punya...aku tetap sokong UMNO

dari sungaiSireh said...

Salam alaik...kisah di prk hulu selangor. Di pusat mengundi,geng pakatan yg ramai nampak je tok deris menjerit2 kutuk dan maki beliau. Dengan langkah gentleman,tok deris pegi salam semua. Ada yg berundur sebab termalu dgn tok deris...sy ikut tok deris pun seriau,takut jadi apa2. Tapi dia memang berani kerana benar...

AHBZ said...

Seperti saudara RBF, saya sudah lama memerhati Dato Idris Jusuh. Idea dia bernas, perancangannya dibuat dengan teliti.

Bayangkan macamana dia telah berjaya menawan kembali Trengganu daripada PAS dengan keputusan berpuaing 360 darjah.

Apabila dia dilantik jadi MB, dia telah menjalankan tugasnya dengan jayanya. Trengganu telah membangun dengan pesatnya. Kalau pembangunan VMalaysia berpunca daripada kepimpinanan Tun Mahathir, maka pembangunan Trengganu adalah ilham Dato Idris Jusuh. Beliau patut menawarkan diri bertanding NP UMNO..

Aku juga tidak pernah bertemu dengan Dato Idris kerana aku orang Perak.

Kejatuhannya dari jawatan MB adalah kerana mangsa keadaan. Tetapi kerana ketokohannya dia bangun semula. Jatuh ke laut menjadi pulau.

Kalau tanya aku siapakah pilihan aku untuk NP UMNO. Mereka ialah: 1. Dato Zahid Hamidi 2. Dato Mukhriz Tun Mahathir 2. Dato Idrus Jusuh.

Tidak salah kita mempunyai pemimpin pilihan. Adakah yang bersetuju dengan aku?

Anonymous said...

Saya setuju dgn pandangan majoriti disini

AHBZ said...

Seperti saudara RBF, saya sudah lama memerhati Dato Idris Jusuh. Idea dia bernas, perancangannya dibuat dengan teliti.

Bayangkan macamana dia telah berjaya menawan kembali Trengganu daripada PAS dengan keputusan berpusing 360 darjah.

Apabila dia dilantik jadi MB, dia telah menjalankan tugasnya dengan jayanya. Trengganu telah membangun dengan pesatnya. Kalau pembangunan Malaysia berpunca daripada kepimpinanan Tun Mahathir, maka pembangunan Trengganu adalah ilham Dato Idris Jusuh. Beliau patut menawarkan diri bertanding NP UMNO.

Aku juga tidak pernah bertemu dengan Dato Idris kerana aku orang Perak.

Kejatuhannya dari jawatan MB adalah kerana mangsa keadaan. Tetapi kerana ketokohannya dia bangun semula. Jatuh ke laut menjadi pulau.

Kalau tanya aku siapakah pilihan aku untuk NP UMNO. Mereka ialah: 1. Dato Zahid Hamidi 2. Dato Mukhriz Tun Mahathir 2. Dato Idrus Jusuh.

Tidak salah kita mempunyai pemimpin pilihan. Adakah yang bersetuju dengan aku?

Anonymous said...

AsSalamalaikum..skdar berkongsi pngalaman singkat mgenali dato idris jusoh..prnah berkunjung ke rumah beliau di jordan skitar 94-95..sy belajar d sana beliau pula bawa keluarga brsama krn mngikuti krsus bhs arab d psat bhs d univ. jordan..krika itu beliau org biasa..spanjang bertamu d rmah beliau sy dapati beliau sgt gentleman, ceria, penuh respek..blik trg, tup2 jd wkil rkyat then mnteri besar. Bbrapa kenalan sy d jordan beliau ketengahkan ada yg jd yb, ada yg jd admin..tp semua mrk brkebolehan. trg adalah bukti beliau seorg brwawasan mmerintah..insyallah kmenterian bru beliau nnt jga akan melakar pncapaian membanggakan juga.

Anonymous said...

Elok Hishamuddin dan Shapie di rihatkan.

Idris jala takde base untuk lawan tapi berdasarkan keupayaan, dia patut naik.

Baik letak dia sebagai Setiausaha Agong dan kepalai war room.

Dari kasi orang macam JJ, Omar Ong dan Osman Razak.

Anonymous said...

Aku tak sokong sapa2 dalam PAU 2013 ini. Cuma aku mahu para perwakilan Umno angkat pemimpin di kalangan mereka yang terdiri daripada orang2 yang sanggup ke depan untuk menjaga kepentingan bangsa melayu, bahasa melayu, agama islam dan raja2 melayu.

Mana2 yang lembek dan lembut, yang duk lentok ikut tuntutan kaum pendatang kerana takut hilang undi semasa PRU .. tolong fikir berkali dan kali dan kali dan kali sebelum anda undi mereka jadi pemimpin Umno.

Siapa mereka2 itu yang saya maksudkan .. lu ahi Umno lama sudah tahu sebelum dan selepas PRU 13.

Mat Kedah

Anonymous said...

saya sokong saranan tuan rbf . mmg barisan kepimpinan umno perlu org mcm dato seri idris husoh ini. track record beliau diperingkat negeri buktinya . umno perlu kan pemimpin yg bervisi dan bermisi tinggi kalau hendak terus relevan .

Anonymous said...

Saya mencadangkan beberapa nama yang perlu ditukar ganti corak kepimpinan mereka jika UMNO mahu terus kekal dipentas politik Malaysia dan relevan.

Presiden: Najib Razak
Tim Presiden: Ali Rustam
Naib Presiden: Idris Jusoh
Naib Presiden: Zahid Hamidi
Naib Presiden: Zambry Kadir

Mengenai mukhriz saya rasa masih terlalu awal utk nak dinaikan. jika hanya berbekalkan popular dan nama bapak itu masih belum memadai. Takut2 kita bakal mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh Hisamudin. Saya rasa dah sampai masa utk UMNO memilih pemimpin yg mempunyai idea dan gagasan yg baru serta relevan dan tenang ketika berhadapan dengan musuh2 politik mereka. Pemimpin yg naik dengan menggunakan pengaruh bapa atau saudara mara ini eloklah dijauhkan. kerana ternyata kepimpinan mereka tidaklah sebaik mana.

Anonymous said...

idris jusoh seorang melayu yang berani.Masanya jadi MB trg, Patung penyu di bulatan ladang kuala terengganu, beliau robohkan dan ditukarkan dengan Batu Bersurat. Ada maksud terselindung pada pemikirannya biarpun ditentang oelh pelbagai pihak.

Anonymous said...

Keputusan ditangan pemilih. Analisa malas saya (curi masa 15 min.).

1. Rasanya calon favorite pertahankan kerusi N.Presiden adalah Zahid Hamidi dia terima banyak publisiti di media massa/elektronik sejak akhir2 ini. Gerak kerjanya amat menyerlah. Kelemahan - peribadi tak mesra.

2. Jangan perkecilkan Hishamuddin. Dia ni mesra UMNO. Sangat popular dikalangan ahli. Mudah didekati melalui ruangan cyber dan ada ramai pengikut setia. Pemimpin yg ada gerak kerja playsafe & mudah diterima. Kelemahan - kurang tegas.

3. Shafie Afdal sangat low profile menyebabkan dia selamat dari kritikan. Masih dianggap pemimpin yg bersih. Kelemahan - kurang publisiti dan dianggap sbg tak efektif.

4. Mukhriz Mahathir bawa nama besar dan dia mampu menang. Seperti Hishamuddin dia ni juga mesra UMNO. Ramai penyokong dari generasi muda. Kelemahan - masih junior di level senior (kurang jasa).

5. Isa Samad calon underdog. Pemimpin masyarakat yg popular. Kejayaan Felda banyak membantu menaikkan semula sahamnya. Rebranding yg amat berjaya. Kelemahan - kisah/fitnah panas lampau.

6. Ali Rustam pula cuba bangkit dari kekalahan mengejut pada PRU lalu. Tapi ingat...rekod atau profile dia sbg pemimpin masyarakat dan badan2 tertentu sangat cemerlang. Kelemahan - adakah dia betul2 serius atau sekadar emotional?

7. Tak pasti lg pencalonan Idris Jusoh tapi saya juga tertarik dgn beliau antara pemimpin gred A yg sangat dihormati masyarakat kerana jasa2nya. Kelemahan - ada lagi ke follower dia?

Nilai sevara terbuka. Ini bukan DAP. Asal jgn berpecah belah sudah.

TAXI 1malaysia.

Anonymous said...

Oh ramalan awal saya Zahid, Hishamuddin dan Mukhriz. Tapi jasa pemimpin senior lain tak patut ditolak. Mereka berstatus bekas MB/KM yg berjaya. Jadi saya cuba seimbangkan semula semua calon.

TAXI 1malaysia.

Anonymous said...

Setuju..Zahid Hamidi, Deris Jusoh dan Mukhriz memang gandingan terbaik setakat ini....UNO nampak gagah dgn 3 tokoh ini.....

Anonymous said...

Setuju..Zahid Hamidi, Deris Jusoh dan Mukhriz memang gandingan terbaik setakat ini....UMNO nampak gagah dgn 3 tokoh ini.....

Anonymous said...

DOA IKHLAS

Kenapa lah Nik Aziz, Hadi Awang dan barisan kepimpinan ulamak dalam Pas bengap dan bodoh sangat. Saya nak bagi tahu para ulamak dalam Pas bahawa :

" Ada pun tujuan pihak Kristian nak menggunakan kalimah Allah dalam bible bahasa melayu adalah berniat untuk mendekatkan orang melayu (generasi selepas saya dan para ulamak Pas) kepada agama Kristian "

Memang layak sangat kalau kita memanggil Nik Aziz, Hadi Awang dan para ulamak Pas yang menyokong penggunaan kalimah Allah dalam bible bahasa melayu dengan gelaran :

Nik Aziz Laknatullah
Hadi Awang Laknatullah
Nasrudin Hassan Laknatullah
.... dan yang lain2 nya.

Doa dari ku :

" YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM SELAMATKAN ANAK BANGSA KU DARIPADA MENJADI KRISTIAN. YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM BERIKAN KEMENANGAN KEPADA KERAJAAN MALAYSIA DALAM PERBICARAAN MENGHALANG PENGUNAAN NAMA SUCI MU DALAM MAJALLAH HERALD DAN BIBLE BERBAHASA MELAYU. AMIN .... "

Ana Muslimah

Anonymous said...


dato pa pon layak juga kalau di banding dengan shafie apdal dan hishamuddin , ok idris jusoh ada juga merit nya...........umno biar democratic , semua jawatan bilih di tending dan yang terbaik akan terpilih.............

Anonymous said...


saya rasa ku li ada tempat.........berilah laluan untok dia bertanding mana2 jawatan

mohd nasir said...

zzzzzz