Tuesday, September 24, 2013

Idris Jusoh Wajar Dijadikan Contoh Terbaik


Dua minggu lepas saya menulis di sini mencadangkan agar Datuk Seri Idris Jusoh memasuki gelanggang pertandingan Naib Presiden Umno Malaysia. Apabila tiba hari yang ditunggu-tunggu iaitu hari penamaan calon pemilihan Umno Sabtu lepas lain pula yang terjadi. Bukan borang Naib Presiden Umno Malaysia yang dihantar sebaliknya borang Naib Ketua Bahagian Besut yang beliau hantar. 

Sewaktu menerima berita tersebut pening juga kepala saya dibuatnya. Betul ke....betul ke ? Tak mungkin....tak munasabah....tak logik.... Itu yang bermain di kepala. Ya lah beb....mana ada orang yang pegang jawatan menteri, pegang jawatan ketua bahagian, mendapat sokongan padu ahli-ahli dan rakyat kawasannya sanggup turun pangkat dari nombor 1 ke nombor 3 ? Kalau boleh semuanya nak pergi ke jawatan yang lebih tinggi. 

Rupa-rupanya perkara tersebut betul....

Nampaknya saya tidak salah orang apabila sebelum ini beberapa kali saya pernah menulis atau menjulang Idris Jusoh di blog ini. Orang yang saya angkat atau saya julang adalah orang yang tepat. 

Sekarang ini di musim pemilihan kita sering mendengar ada orang yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan-jawatan dalam Umno menggunakan ungkapan "saya menawarkan diri untuk bertanding kerana hendak meremaja dan mentransformasikan Umno". Ada yang telah memegang jawatan berpenggal-penggal pun menggunakan ayat tersebut sebagai alasan untuk mereka masuk bertanding. 

Idris Jusoh cakap apa pun tidak....tahu-tahu beliau terus melakukannya....

Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya tidak mengenali Idris secara peribadi dan tidak pernah sekali pun bertemunya secara empat mata atau enam mata sekali pun. Jika saya tidak mengenalinya secara peribadi maka sudah tentulah Idris langsung tidak mengenali saya. Daripada maklumat yang saya dapat melalui kawan-kawan mengatakan Idris melepaskan jawatannya sebagai Ketua Bahagian kerana ingin memberi peluang kepada orang lain memimpin Umno Bahagian Besut. 

Saya berani kata jika Idris Jusoh meninggalkan Umno Besut dengan begitu sahaja, maka haru birulah Umno Besut. Kekuatan dan pengaruh Idris Jusoh di Besut tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. Jika hari ini beliau masuk Pas, saya percaya dalam pilihanraya akan datang semua kerusi BN yang ada di Besut sekarang akan menjadi milik Pas. Itulah yang saya boleh gambarkan kepada anda bagaimana kuatnya pengaruh beliau di Besut. Ianya sangat luar biasa. 

Umno Bahagian Besut antara salah satu bahagian Umno yang paling baik dalam Malaysia. Dari kekuatan ahli hinggalah kepada kejayaan dalam pilihanraya, semuanya mereka cemerlang. Untuk membina kecemerlangan tersebut ianya bukan satu kerja yang mudah. Namun Idris Jusoh berjaya melakukannya. 

Seperti yang kita tahu setiap pemimpin satu hari nanti akan meninggalkan jawatannya. Samada secara paksa, cara rela hati atau meninggal dunia. Dalam hal ini Idris bijak. Beliau mengambil langkah persediaan yang bijak sebelum beliau meninggalkan dunia politik. Beliau membuat persediaan awal-awal dengan berundur setapak demi setapak supaya tidak berlaku kejutan dan seterusnya boleh merosakkan parti. 

Inilah contoh seorang pemimpin yang sayangkan partinya. Tidak bercakap banyak, tidak perlu berucap berapi-api, tidak perlu bermadah berhelah, bersajak, bersyair  untuk menyatakan rasa sayangnya pada parti. Dalam diam-diam tup...tup....dia terus buat. 

Hati rasa sayu dan dada pula rasa sebak bila mengenangkan tindakan yang dibuat oleh Datuk Seri Idris Jusoh. Tidak ramai orang yang sanggup lakukan perkara seperti ini. Saya tak mahu kata kepada orang lain , diri saya sendiri pun belum tentu dapat lakukan perkara begini jika saya berada di tempat beliau. Kebiasaanya bila seseorang itu memanjat kalau boleh dia nak panjat semakin tinggi lagi. 

18 comments:

Anonymous said...

pemimpin berjiwa rakyat tidak ramai, idris jusoh akan dikenang sebagai pengasas gelombang biru yang najib sendiri tak boleh nak tanding dengan satu malaysia beliau

Anonymous said...

YANG KATA BINATANG KPD SULTAN TRENGGANU?

To Live Again said...

bkn dia la yg kata BINATANG 2..2 penyokong dia yg over mgkn sbb marah sgt.Takkan la sebab penyokong dia buat maka automatic dia pon buat jugak.Dia tak penah pon ckp mcm 2 pd Sultan.

Anonymous said...

Anon 2.26 pm. Jangan Jadi bodoh?.

Stupid said...

Anon 3:43PM
Nape??? Takleh ke jadi bodoh???

Anonymous said...

Boleh, Silakan Anon 3.43.

Anonymous said...

anon 2:26,
Itulah bukti yg menunjukan betapa sayangnya penyokong beliau kepada beliau yg tidak di angkat menjadi MB.Jadi betulah artika RBF ini.

Anonymous said...

Walaubagai mana baiknya Ideris Jusoh ni beliau tetap tidak disukai oleh sultan .Cara yang terbaik adalah berundur secara teratur dan baik.Beliau tidak rugi apa apa ,Sultan tidak akan rugi walaupunsatu senpun.......Biarlah orang kesayangan sultan yang handle trangganu.......aku rasa PRU14 nanti berkuburlah UMNO trangganu tu .Masa itu sultan pun tak akan rugi .

Anonymous said...

banner kontroversi tu dipasang penyokong datuk deris di depan kediaman rasmi mb di batu buruk. Mendesak ahmad said undur. tak ada niat mereka nak derhaka pada sultan. Orang terengganu tak derhaka pada sultan.

Anonymous said...

Polis perlu serius membanteras jenayah ragut yang berleluasa, bukan sibuk mencegah kemasukan abu mayat individu lain, kata Haniza Talha. “Saya gesa masyarakat mendesak pihak keselamatan meningkatkan usaha membanteras kes ragut. Bukan tunggu di sempadan Thailand untuk pastikan abu mendiang Chin Peng tidak masuk ke negara ini. “Sebaliknya lebih fokus kepada keselamatan masyarakat,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan. 
Beliau berkata demikian pada sidang media kes kematian seorang wanita akibat jenayah ragut pada 12 September lalu di Taman Sri Manja di sini, semalam. Pada 12 September lalu, Go Lee Koon, 27, seorang ejen bank diragut beg tangannya oleh dua lelaki bermotosikal berhampiran Sri Manja Court, kira-kira jam 9 malam. Mangsa yang cuba mengelak beg tangannya diragut, cedera di kepala akibat terkena batu pembahagi jalan dan dikejarkan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). 
Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia selepas lima hari koma akibat pendarahan serius dalam otak. 
Pada sidang media sama, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian mahu polis lebih serius mengawal jenayah berikutan kes ragut semakin menjadi-jadi. 
Penduduk takut untuk keluar terutama pada waktu malam kerana khuatir keselamatan dan nyawa mereka terancam. Polis perlu bertindak segera,” katanya. 
Penduduk takut untuk keluar terutama pada waktu malam kerana khuatir keselamatan dan nyawa mereka terancam. Polis perlu bertindak segera,” katanya. Penduduk dalam ketakutan. Hari ini anak saya diragut dan mati. Esok lusa bagaimana pula dengan nasib penduduk yang lain,” katanya, sebak.

Anonymous said...

Dulu kenapa jadi talibarut patick badawi. Nyaris-nyari tamat riwayat politik.

Anonymous said...

Sultan Trengganu berketurunan ahlil- bait dan sudah lama berjuang pada da'wah agama Islam ahl sunnah wal jamaah dengan akidah yg di sebarkan oleh Tokku Paloh iaitu Syed Abdul Rahman Al-Idrus rahimallaah anhu. Maka sesiapa pemimpin kerajaan yang memegang pada akidah Ashairah dan ia seorang yang benar kepada Allah Ta'ala mahupun buat baik kepada manusia, dialah akan Sultan kita merestukan sebaik-baiknya.

jamel said...

Rata-rata orang Besut hala ke Kelantan... Cuba mu tanya pada orang Besut; Mu ni orang Terengganu? Jawapannya: Weeeaooh!! , ambo bukenyo ore Gannu... jange dok sedak tuju je... Ambo ore besssut de bukenyo gannu... mu pahe ko dok...Ambo relo jadi ore Kelate... Jadi itulah sebabnya orang-orang di sekeliling sultang tak amboh si Derih ni.

Asri said...

Ada cerita lain juga di sebalik kisah ini. Bukannya cerita memalukan tp sbg ahli UMNO saya tk akan cakap depan org ramai. Klu bro RBF nk tahu blh emel saya civ96110atgmail.com.

Asri said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Bro RBF, kalau Datuk Seri Idris nak bertanding Ketua Bahagian kali ini...dia akan KALAH. maka sebab itu dia berundur ke Naib Ketua

Anonymous said...


brader RBF,
Rata-rata yang masuk komen dalam ruangan adalah munafik dan fasik laknatullah ahlul pas,..ko jangan duk layan sangat puak-puak jahanam ni,..hidup atas di dunia tak lekang dengan perlakuan jahanam,...mana tempat tuju tu,...???

Anonymous said...

Saya pernah mesyuarat dgn ds idris, dan hadir majlis yg beliau rasmikan. I truly admire him, mmg ada kaliber, knows the subject very well, straight to the point, among the best menteri yg saya pernah jumpa