Thursday, September 26, 2013

Kes Tun Faisal:Empat Tahun Rumah Siap Kini Pahat Kembali Berbunyi

Tiga empat bulan dulu lagi saya dah jangka apabila tiba musim pemilihan Umno yang akan membuat hal untuk mencalarkan pemilihan ini atau memberi peluru kepada musuh adalah di kalangan pemain-pemain media cyber pro Umno sendiri. 

Hari ini perkara itu sudah hampir menjadi kenyataan....

Sejak malam tadi berlaku kekecohan di FB dan blog berhubung ketiadaan nama Saudara Tun Faisal dalam senarai calon Majlis Tertinggi Umno. Bukan nama Tun Faisal sahaja yang tidak ada , malah nama calon nombor 11 yang saya difahamkan namanya Zainul Fitri, pun tidak ada juga dalam senarai. Mengikut maklumat yang diterima mengatakan kedua-dua nama mereka digugurkan kerana tidak melepasi syarat yang ditetapkan walaupun Saudara Tun Faisal kini seorang Exco Pemuda Umno Malaysia. 

Ada di kalangan penyokong-penyokong Saudara Tun Faisal yang terlebih emosi apabila perkara itu timbul dan menyalahkan jawatankuasa pemilihan serta Umno sendiri. 


Umum mengetahui pindaan perlembagaan Umno yang dibuat pada tahun 2009 diketuai oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein. Beliaulah orang yang bertanggungjawab merangka dan membentang perlembagaan itu sehingga ianya diluluskan dalam Perhimpunan Khas 2009. Untuk perhatian, Saudara Tun Faisal adalah salah seorang yang pernah berkhidmat sebagai pegawai kepada Datuk Seri Hishamuddin.
Perhimpunan agung khas, yang bermula sejak pukul 12.20 tengah hari berakhir sejam kemudian, dengan meluluskan sebulat suara tujuh pindaan Perlembagaan parti yang dibentangkan Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. 
Pindaan pertama diluluskan ialah meningkatkan bilangan perwakilan yang akan memilih pucuk pimpinan tertinggi parti dan di peringkat bahagian daripada 2,500 perwakilan sekarang kepada 146,500 perwakilan. 
Pindaan kedua melibatkan penghapusan sistem kuota bagi menjadikan UMNO lebih demokratik dan membuka ruang seluas-luasnya kepada ahli bertanding, kata Hishammuddin. 
Syarat minimum bagi pertandingan mana-mana jawatan MT ialah perlu mendaftarkan diri dan pernah memegang jawatan Ahli Majlis Tertinggi atau AJK Bahagian selama satu penggal. 
Bagi anggota UMNO yang ingin bertanding untuk AJK bahagian perlu menjadi ahli selama tiga tahun. 
Utusan Online 15/10/2009
Pindaan itu menyatakan seseorang calon yang hendak bertanding jawatan dalam Majlis Tertinggi syaratnya pernah menjadi ahli MT atau AJK Bahagian. Tahun 2009 lagi peguam Umno pernah menulis di blog beliau tentang perkara tersebut. Lihat di sini

Kini setelah empat tahun berlalu perkara yang sudah dipersetujui dan diluluskan oleh ahli-ahli Umno  mula menjadi pertikaian. Jika tak puas hati kenapa tidak pertikai pada waktu itu ? Kenapa tak pertikai pada tahun 2010, 2011 atau 2012 ? 

Sebelum ini pun Jawatankuasa Pemilihan dan Setiausaha Kerja Umno sudah mengelilingi negara berjumpa dengan Umno negeri-negeri menerangkan tentang sistem pemilihan baru. Kenapa waktu itu tidak pertikai ? Lihat sini

Hari ini bila rumah sudah siap pahat pula berbunyi....

Ada yang membandingkan kelayakan Akram Shah bertanding jawatan Ketua Pemuda. Syarat yang dikenakan untuk bertanding pemuda dan MT tidak sama. Dimana untuk bertanding pemuda syaratnya menjadi ahli Umno selama tiga tahun. 

Ada yang kata jika Akram Shah menang selaku Ketua Pemuda beliau akan menduduki MT setaraf dengan Naib Presiden sedangkan dia tidak pernah menduduki MT atau AJK Bahagian sebelum ini. 

Pertikaian seperti ini samalah seperti pertikaian yang dibangkitkan oleh Anwar Ibrahim iaitu menang undi popular tetapi tidak boleh menjadi kerajaan. 

Peraturan, sistem, undang-undang atau perlembagaan telah dipersetujui bahawa parti yang menang kerusi terbanyak adalah parti yang menjadi kerajaan. Samalah dengan Akram Shah, perlembagaan Umno telah menetapkan begitu, maka ikutlah peraturan yang telah ditetapkan. Perlembagaan tersebut bukannya dibuat di bawah pokok, tepi longkang, di kedai kopi atau Akram Syah sendiri yang membuat peraturan. Ianya dibuat dalam Dewan Merdeka depan ribuan ahli Umno. Semua sudah setuju maka jadilah ianya sebuah peraturan. 

Tidak ada gunanya membalun Jawatankuasa Pemilihan atau Setiausaha Kerja Umno sebab mereka menjalankan peraturan yang telah ditetapkan oleh ahli-ahli Umno. Salahkanlah Datuk Seri Hishamuddin selaku orang yang merangka dan membentang perlembagaan itu. Salahkanlah ahli-ahli Umno yang meluluskan perlembagaan itu. 

Saya minta maaf jika ada yang terasa dengan tulisan ini. Saya tidak berniat nak berperang dan berkelahi dengan mana-mana pihak. Cuma saya rasa terpanggil untuk menjawab apabila parti saya dan parti anda disalahkan secara meluas sejak malam tadi lagi. Anda sudah tulis , anda sudah luahkan apa yang terbuku di hati anda. Sekarang tidak salah untuk saya menjawab dan meluahkan pula apa yang terbuku di hati saya. 

Minta tolonglah kawan-kawan semua yang sealiran dengan saya....saya merayu angkat 10 jari kepada semua dan kalau ada yang minta cium kaki dia pun saya sanggup cium. Hal berkenaan parti kita dan sedikit sebanyak masalah yang timbul selesaikanlah ikut belakang. Tak perlulah nak tulis dalam blog atau FB hebahkan seluruh dunia. Ini sistem baru dan kali pertama digunakan, maka sudah tentulah ada sedikit sebanyak masalah yang timbul. Lama kelamaan ianya akan bertambah baik. Tidak ada gunanya kita memberi peluru kepada musuh. Akhirnya kita juga yang kena balik. Kalau nak ikutkan tak puas hati saya pun ada perkara yang tak puas hati. Tetapi saya hanya meluahkan perasaan tidak puas hati saya di belakang tabir. Saya pun rasa tak patut apabila Tun Faisal tak layak bertanding kerana beliau pernah pegang jawatan yang lebih tinggi daripada AJKBahagian. Namun kerana peraturan sudah dipersetujui begitu maka kita kena akur. Mungkin perlembagaan itu boleh dipinda di masa akan datang untuk membenarkan Exco Pemuda bertanding MT.

36 comments:

Anonymous said...

syarat tetap syarat tapi tiada salahnya diperhalusi untuk penambahbaikan parti. seperti lokman adam yang sudah melangkaui syarat tapi tetap dibenarkan bertanding demi kebaikan parti. dalam kes inipun bertanding saja, menangnya belum tentu. jika menang itu memang hak seseorang atas kepercayaan ratusan ribu perwakilan.

Aku Peduli Apa @ APA said...

Assalam Tuan Haji.
Maaf kalau saya mencelah sedikit...
Tun Faisal adalah salah seorang calun dari 4 yang dicadangkan Pemuda Umno yg diumumkan oleh KJ sendiri dalam satu sidang akhbar.

Satu...
Pastinya Pemuda Umno sudah merujuk kepada Jawatankuasa Pemilihan mengenai status Tun Faisal sblm membuat pengumuman.Saya difahamkam Dato Tajol Rosli,Dato Raof sdri dan mgkn TS Muhyiddin sdri tiada halangan bila status Tun Faisal dirujuk kpd mereka.

Katakan mereka menafikan...
Kenapa tidak selepas Pemuda mengemukakan nama Tun Faisal secara resmi tiada inisiatif dr pihak JKP umno untuk sekurang kurangnya melakukan sesuatu sebelum hari penyerahan borang pencalunan?

Ini pasti dpt mengelakan apa jua ketidakpuasan hati mana2 pihak berhubung penolakan pencalunan Tun Faisal...bukan begitu Tuan Haji?

Tapi ianya tidak dilakukan seolah olah sengaja menginginkan ianya menjadi isu saperti yg berlaku sekarang...

Jadi siapa yang mahu kita persalahkan dalam soal ini?

aboudiabydoo said...

Terima kasih RBF kerana spt biasa, memberi penjelasan yang jelas dan tenang.

Peraturan ialah peraturan, nak buat mcm mana. Tak jadi MT tak bermakna Tun tak boleh menyumbang.

APA, re komen tuan,

mmg betul Tun salah seorang yg diumum KJ. tapi maknanya KJ sendiri tak perasan/terlepas pandang peraturan jelas syarat2 pertandingan. Saya x salahkan KJ, tapi takda ka org2 sekeliling dia yang perasan benda ni.

RR said...

transformasi politik sepatutnya lebih mempermudahkan bukan lebih merumitkan. komplikasi sebegini unt buat UMNO belajar demi penambahbaikan. tapi jangan sampai ada bakat & peluang yg dikorbankan dlm masa membuat penambahbaikan.

bukan unt melanggar syarat atau perlembagaan tapi harus ada pengecualian & pertimbangan dalam sesetengah kes.

transformasi bermakna sesuatu yg masih belum sempurna, dalam penambahbaikan jadi tak salah memperbetulkan terus dalam masa perlaksanaan apa yg terlepas pandang semasa mula merancang dulu.

bila ada komplikasi begini rasanya perlembagaan lama lebih sempurna.

PERLEMBAGAAN UMNO (LAMA)
9.5 Calon-calon yang bertanding untuk memegang jawatan Majlis Tertinggi hendaklah dinamakan oleh sekurang-kurangnya:

a) Presiden - 30%
b) Timbalan Presiden - 20%
c) Naib Presiden - 10%
d) Ahli-ahli Majlis Tertinggi - 5%
daripada jumlah bahagian yang sah mengikut Fasal 14.5.4

Anonymous said...

Rbf taiko,

Kalau format pemilihan baru ni diluluskan melalui EGM jadinya kalau nak ubah apa2 yg telah diluluskan oleh perwakilan kenalah dibuat melalui EGM jugek. Kpd calon yg tak lepas bertanding krn tak lps syarat patutnya buat rayuan dan bukannya balun kat blog. Nampak tak profesional.

Anonymous said...

Melayu Umno heboh pasal pemilihan,itu tak kena ,ini tak kena,calun itu boleh calun ini tak layak,macam-macam dicanangkan.Tapi Melayu Pas walau pun parti mereka memfatwakan assobiayah adahalah haram,mereka sedang berkira-kira utk mengabil peluang dari Agenda Memperkasakan Ekonomi Bumiputra.Tok Pa dan Anwar Musa dah ada rancangan turun ke bawah di negeri mereka,negeri yg pekat Pas utk memberi penerangan mengenai agenda tersebut supaya rakyat di sana mengaut apa saja peluang yg ada.

Cukuplah Melayu Umno,biarkan mereka bertanding,kalau boleh kalian memilih pilihlah mana yg kalian rasa bagus,terpekik terlolong di sini,habuk pun tarak.Melayu Pas saja dalam diam-diam buat untung walau pun mereka lah yg membangkang apa saja agenda Uyg di pelopori Umno,IPTA penuh dgn puak mereka,jabatan kerajaan mereka juga,yg berniaga pun mejoritinya dia orang.Melayu Umno sembang kedai mamak,pasal politik Umno,tapi musim pemilihan ni mungkin ramai yg dapat makan free di c.house.

Anonymous said...

Kalau begitu maknanya UMNO Malaysia tidak mengiktiraf Pergerakan Pemuda Malaysia dimana jelas menunjukkan jawatan di bahagian adalah lebih besar berbanding jawatan di PUSAT..ini bermakna, ketua pemuda bahagian layak untuk bertanding MT begitu juga seorang wakil pemuda sebagai AJK Bahagian berbanding dengan exco pemuda UMNO Malaysia.

Jangan la sampai macam tu, itu dah menjatuhkan martabat sayap sendiri maknnya.

Anonymous said...

Senang cerita Tun Faisal ni tak pernah berada dlm kepimpinan peringkat bawahan. Dlm erti kata lain tak pernah menjawat sebarang jawatan AJK Bahagian diperingkat akar umbi. Macamana dia boleh berada dlm exco dan diberikan pula endorsement oleh KP sebagai orang kuatnya menambahkan lagi tanda tanya.

Hal macam ni kalau diketahui orang bawah memang boleh mencemarkan imej UMNO. Saya rasa eputusan menolak pencalonan adalah sangat.....TEPAT. Demi membela nama baik UMNO.

Anonymous said...

Tapi persoalaan utamanya ada pada RBF. Ia berkenaan syarat utama yg perlu dipatuhi. Apa yg saya tahu sudah pasti ada perbezaan segi konsep di Peringkat Pusat dan sayap. Peringkat Pusat khas utk pemimpin masyarakat. Gerakan Pemuda pula adalah ruang mengasah bakat. Gerakan Wanita demi perjuangan membela wanita. Mudahkan?

LuncaiPerak said...

Sdra2ku, tahniah di atas semangat masing2. semuanya berasas & mampu menambahbaik parti. namun syarat pertandingan tetap syarat dan mesti dipatuhi. klu dah terlepas pandang atau tersalah maklumat tidak mengubah keadaan. klu perlu maka buat cadangan agar dipinda utk pertandingan akan dtg. wallahualam.

Anonymous said...

Sendiri (Org UMNO) yang buat syarat.
Sendiri n the geng (Org UMNO) yang marah-marah bila x layak bertanding.
Jawapan Faisal RBF ada rasionalnya.
Ramai tul blogger geng penyokong tegar Tun Faisal.

Anonymous said...

Gua rasa KJ saje nak bg Tun Faisal geli.. Hahaha..

Adoi.. Bg je dia tanding.. Bkn bole menang pun.. Kerat jari la kalau dia bole menang..

Macai2 Tun Faisal melalak mcm boss dia confirm menang je.. Pada gua la kan.. Elok bg je dia tanding.. Bg dia sedar skit dia boleh dpt ranking 40-50 je.. Hahahaha

Anonymous said...

kalau TF tercalon....... ditakdirkan menang....... lead JMS.......... rosak abis planning RAUF & macai-macainye......

Anonymous said...

Bro, sampai cium kaki pun sanggup ye. Mana lu letak agama? Pemilihan tak membawa apa2 makna kalau pemimpin tak bertelor dan bertindak macam org tak beragama. Sudah2 lah dengan budaya lapuk umno ni. Yang penting mhala tuju agama dan bangsa yang dah lama hilang tak tahu kemana di bawa umno ni. Setakat nak bermegah buat masjid tak bawa kemana kalau mertabat agama di pijak2. Tak ada ke pemimpin yang bertelor didalam UMNO.?

Lagi satu nak tanya dasar liberal mana yang pemimpin umno duk ikut sampai nak buat kuil anutan yang paling besar didunia di kuantan ni.

Kalau lu bertelor cuba jawab atau lu pun sama juga macam pemimpin Umno lu yang lu sanjung tu

Anonymous said...

Patung budha terbesar kat negeri serambi mekah. Mane telor?

Anonymous said...

Salam sdra RBF,

Saya amat bersetuju dengan pandangan yg diberikan oleh sdra.

Kita hendaklah patuh kepada peruntukan Perlembagaan/Peraturan yang diluluskan oleh ahli-ahli.

Masalahnya dengan orang kita bila draf Perlembagaan/Peraturan dibentangkan dulu kita malas nak baca dan halusi.

Saya amat bersetuju dengan syarat kelayakan calon AMT hendaklah pernah menjadi AMT atau AJK Bahagian selama sepenggal kerana syarat itu mahukan pemimpin pada peringkat akar umbi (pemimpin berpengalaman di bahagian /cawangan)saja yang layak bertanding.

Kalau kita kaji balik komposisi AJK bahagian, sekurang-kurangnya ada 2 wakil Pemuda, 2 wakil wanita dan 2 wakil Puteri. Ada sebahagian Bahagian pula ada ramai wakil Pemuda/ Wanita/ Puteri menjadi AJK bahagian kerana mereka menang sebagai individu dalam pemilihan AJK Bahagian.

Berkenaan kelayakan syarat hanya telah menjadi ahli selama 3 tahun saja boleh bertanding Ketua atau Naib Ketua Pergerakan Wanita / Pergerakan Pemuda / Pergerakan Puteri, saya kurang bersetuju dengan syarat kelayakan itu.

Oleh kerana Ketua setiap Pergerakan itu dan manakala Naib Ketua pula yang dilantik ke dalam Decision Making Body UMNO atau Majlis Tertinggi, maka sepatutnya kelayakan sama patutlah dikenakan juga kepada calon AMT.

Diharap ada ahli2 UMNO yang sudi mengusulkan supaya pindaan dapat dibuat untuk maksud itu.

Anonymous said...

Bertambah hari bertambah kondom Haji RBF.

Padanlah ranking menjunam. Tak ada pendirian yang tegas. Mudah digula-gula dan dicairkan.

Anonymous said...

Penjelasan yg tepat dan padat,tp masih ramai macai2 yg cuba nak tegakkan benang basah,sanggup burukkan parti secara terbuka demi individu yg entah apakah jasanya,sygkan individu mendahului syg kpd parti.

Apsal korang ni payah sngt nk reti bhsa,ini soal perlembagaan parti,dan ia diluluskan 4 tahun sudah,bukannya bru diluluskan selepas calon menyerahkan borang,apa besar sngt sampai nk kena bagi pengecualian?

mboiii,syoklah mcm tu,mcmlah Umno ni parti aku yg punya,kalau semua org rasa mcm apa yg korang rasa,semua rasa berjasa dan patut diberikan pengecualian,mampuslah umno...

Jgn sembang mcm org kampung xskolah,korang kena ingat mcmmana pandai pun korang berbelit,waima mengalahkan lawyer skalipun,korang tetap xlayak utk diiktiraf sbg peguam,kerana nak jadi peguam pn ada syaratnya,bkn stakat pndi belit jer,tp kalau korang claim sbb korang pndi berbelit maka korang layak jadi peguam,korang silaplah...

Anonymous said...

terima kasih bro. maka terjawablah blog yang angkuh dan sombong yang menyalahkan penyokong saudara Akramsyah pulak. terima kasih kerana menyekolahkan orang yang tak professional tuh. ....

http://harapan-esok.blogspot.com/2013/09/tunfaisal-dinafikan-hak-bertanding.html

Anonymous said...

Masalahnya sekarang , memang dah jadi TREND org malaysia (tak kira bangsa atau agama) , sikit2 nak masukkan dlm fb , twitter atau blog. jumpa hantu masuk fb , jumpa duit rm100 masuk fb , pegi rumah menteri canang dlm twitter , tak puas hati pada parti atau ketua parti ,masuk dlam blog. tengok la tak lama lagi , akan ade org update dlm fb , twitter atau blog pasal hari ni dia pakai spender warna ape , coli warna ape pulak. ini jadinya bila dah melayan laman sosial sama seperti penagih candu .semua hal termasuk cerita dalam kain sendiri pun nak canang kepada org 1 negara .

*TEKNOLOGI MAKIN CANGGIH , TAPI HAIRAN BIN AJAIB , MANUSIA SEMAKIN BODOH*

Anonymous said...

Mengapa suka langgar peraturan/perlembagaan yang telah ditetapkan.....kepada RBF satu pujian yang tulus ikhlas kerana memberi pencerahan terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan.

Nak bertanding ikut le PERATURAN/PERLEMBAGAAN

hanizam said...

pendapat aku, yang bising-bising tulah sebenarnya jahil peraturan parti....hipokrit..

kalau dah majority bersetuju dan road show tentang peraturan dah disebarkan, ape lagi nak dirungutkan??? masa road show tak mahu bangkang...

kalau peraturan dunia macam ni pun bila dah ada tapi dilanggar, macam maner nak jadi pemimpin sejati untuk memimpin orang lain...

kalau dah niat dari mula pun dah melencong, sebab tu tuhan tu maha adil...ada hikmahnya setiap kejadian yang berlaku...

niat kenalah ikhlas...jika keikhlasan tiada, hilanglah keberkatan dalam melakukan kerja untuk agama, bangsa & Negara...

-pandangan atas pagar-

Anonymous said...

Apa susah Tun Faisal, ko bawak je kes ni ke ROS atau ke mahkamah... biar mahkamah tentukan peraturan tu valid ke tak. Untung2 bila ROS atau mahkamah dapat kesan pemilihan UMNO kali bermasalah, boleh sekali lagi UMNO diharamkan terus. Masa tu jangankan jawatan MT, jawatan exco pun semua tak boleh dapat. Amacam, bernas tak idea aku...?

Anonymous said...

Saudara Aku Peduli Apa@ APA....
Salah siapa lagi kalau bukan Nik Aziz si Mursyidul Am PAS tu

Pemuda Kitol said...

Hal kecik je ni. Bukan nya tak boleh settle.
Dulu Khairy yg terbukti meRasuah, sebab sogok duit besar2an, terang2 langgar syarat. Sepatutnya di lucut kelayakan bertanding. Tapi last2 dibenarkan.
Hal Tun Faizal ni pun sebenarnya boleh settle. Khairy tahu cara nya. Khairy boleh tolong. Kan dia dah ada pengalaman ? Kan dia banyak duit ? Just Huloq je...mcm tak biasa pulak.

Anonymous said...

Apalagi tun faizal hentamlah UMNO dalam blog kan kau pandai buat keja macam tu ......Hentamlah sampai rapat ketanah tulislah apa juga tentang Hisham dan siapa jiga orang yang kau shak bersekongkol termasuklah Najib .....Balun cukup cukup dan kalau boleh bawak ke ROS...dan jangan lupa jadikan kes mahkamah .Alang alang masuk lubang indah water biar sampai mandi tahin .

GabanX said...

Jika persoalan2 diatas hanya bersandarkan andaian, maka giliran sy untuk menjawab bersandarkan andaian saja.

1) Blm tentu ada semakan dibuat kpd JKP kerana mereka menerima bulat2 endors c KJ.

2) Jika org2 berkenaan menafikan maka mereka TIDAKLAH layak menjadi pemimpin.

3) Harus diingat, kecederaan UMNO belum pulih, maka bodohlah mereka jika mereka ingin memberi bola tanggung kpd musuh luar.

4) Yang bersalah disini ialah penyokong2 Tun Faisal kerana melebihan emosi drpd rasional.

Tq ;)

GabanX

Anonymous said...

Rupa2 nya orang Umno ini tak berapa cerdik. Kalau pun cerdik tapi tak boleh nak dibuat contoh dan teladan. Baru saja bertanding jawatan dalam Umno, bertanding sesama orang Umno, bertanding sesama adik beradik, tapi tengok gaya dan cara mengalahkan bertanding dalam pilhanraya umum.

Pakat korek keburukan dan kelemahan sesama sendiri. Saya yang sebagai pemerhati ini, sikit pun tak rasa excited dengan apa juga pendedahan sesama mereka ... kedua2nya adalah 2 x 5 saja, tak lebih dan tak kurang.

Hari ini MB Kedah Datok Mukriz tegur dan ada keluar dalam paper Sinar (kalau saya tak lupa) ... cukup cantik punya peringatan. Dia ingatkan kepada semua perwakilan, " entah kan ada entah kan tidak ada lagi pemilihan Umno selepas PRU 14 ", saya setuju dengan beliau, kalau macam ini punya sengit perebutan jawatan dalam Umno ... Datok Muhkriz nak bagi tahu kita " takut2 selepas PRU 14 nanti Umno ini sudah jadi kupang tembaga ".

Kalau anda tak faham apa itu " kupang tembaga ", pi lah cari kawan di kalangan orang Kedah dan tanya depa apa maknanya.

Hangpa nak yang mana satu. Menang dalam pemilihan tapi kalah dalam PRU 14 ??????

Tolong pikiaq nasib kami orang melayu ini sama, jangan duk kira tembolok hangpa saja.

Mat Kedah

Anonymous said...



Fitnah Maha Bahaya

Ada blog dengan nama Ridhwan Safawi kata " Ustaz Azizan bekas MB Kedah mati kerana doktor cucuk ubat bagi dia mati cepat. Katanya dia dapat maklumat daripada setaf Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar tempat dimana Ustaz Azizan sedang menerima rawatan ".

Astaghfirullah ... kalau Ridhwan Safawi ini orang Pas, saya minta ingat kat tuhan Allah swt sama. Ingat bahawa bila mati nanti, silap2 hang duduk dalam neraka yang sama dengan orang Umno ATAU boleh jadi hang tumpang duduk sebilik dengan orang Umno dalam syurga.

SKMM dan Polis ... please investigate. Bahaya ni, orang ramai boleh hilang kepercayaan kepada hospital kerajaan.

Kalau tak peraya cari lah dalam Blog Keris Putera.

Mat Kedah

Anonymous said...

Beza Umno dengan Pas.

Bila orang besar Pas sakit, orang2 besar dari Umno berduyun2 datang menziarah dan bertanya khabar. Ada pula tu sanggup menawarkan segala bantuan yang diperlukan. Itu lah budaya orang Umno yang di tuduh KAFIR.

Bila orang besar Pas mati, orang2 besar dari Umno berduyun2 datang mengunjung sebagai penghormatan terakhir. Malah sanggup sama2 bersembahyang jenazah dengan ahli2 Pas. Malah sanggup mengiringi jenazah bersama2 dengan ahli Pas sampai ke kuburan. Itu lah budaya orang Umno yang di tuduh KAFIR.

Adakah orang2 besar dari Pas boleh dan mampu melakukan seperti apa yang telah dilakukan oleh orang2 besar dari Umno .... ???????

Kesimpulannya BEGITU LAH ALLAH JADIKAN PERBEZAAN DIANTARA ORANG UMNO YANG " KAFIR " DENGAN ORANG PAS YANG " ISLAM ". Mudahan2 memberikan keinsafan kepada kita yang sedang dalam perjalanan menemui Allah sebagai mana yang telah dilalui oleh Ustaz Azizan.

Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh Ustaz Azizan dan menempatkan roh beliau di dalam syurga bersama2 dengan orang2 yang beriman kepada Nya. Amin....

Ana Muslimah

Anonymous said...

Isunya ialah adakah jawatan AJK Bahagian itu adalah pra-syarat minimum ataupun ia rigid dan mesti AJK Bahagian begitu saja? Ini adalah kerana EXCO Pemuda Pusat lebih tinggi kedudukannya dari AJK Bahagian. Logiknya, jika jawatan AJK Bahagian adalah syarat minimum, maka Tun Faisal layak bertanding MKT. Bagaimana pula seseorang yg tidak pernah menjadi AJK Bahagia tetapi menajadi ahli MKT atas jawatan perlantikan, apakah beliau layak bertanding MKT atau tidak??

UMNO masih kalut dan takut kepada bayang bayang sendiri. UMNO masih tidak mendengar suara akar umbi. Tidak ada satu usul pun dari Cawangan yg telah sampai ke MKT untuk pertimbangan seperti satu bahagian satu undi yg tidak demokratik!!!!

Anonymous said...

perasan bagus bila dah jadi exco pemuda ingat dah ada kuasa besar dah .... cawangan dan bahagian ada register dengan ROS pergerakan sayap ada register ker dengan ROS siapa lagi power bahagian ker pergerakan sayap ........undi pun nak kena merayu pada bahagian..........sendiri mau ingat lah jangan bangga sangat kalau dah jadi exco sayap tak kemana pun.........

Anonymous said...

Lain kali, masa orang buat roadshow crite pasal pemilihan parti, dengar betul2, fahami betul2, jangan main jadi macam kepala belatuk, angguk2 je. Kononnya paham, tapi BEBAL nak mampus. Bila dah kene batang hidung pencalonan ditolak baru nak bising satu dunia. Konon ada jawatan Exco dah besar kepala sangat la ye... tu duduk di bahagian dulu, selami perasaan akar umbi. Ni dah duduk dalam tempayan emas, sekali kene curah keluar, masih nak tunjuk keras kepala. Memang tak layak jadi ahli UMNO pun. Menyusahkan orang lain di kemudian hari...

Anonymous said...

Apa jasa Tun Faisal ni untuk perjuangan alif ba ta eh? Cuba sesiapa tolong terangkan kat aku ni...

Aku Pun Tak Faham said...

Saya ada beri contoh mudah jika rajin singgah ke belog saya, terima kasih

Anonymous said...

Tak perlulah nak laga2kan ahli2 UMNO. Dalam dua tiga tahun lagi UMNO dan Barisan akan semakin kuat. Apabila berlaku peralihan pemimpin, parti akan lemah sedikit. Ini terjadi pada zaman Mahathir dulu. Saya menyeru pada orang Melayu supaya kembali kepada UMNO. UMNO telah membela nasib orang Melayu di samping tidak mengabaikan masyarakat bukan Melayu.