Monday, September 23, 2013

Ketua Wanita: Maznah,Raihan,Shahrizat, Siapa Yang Anda Pilih ?

DATUK MAZNAH MAZLAN
RAIHAN SULAIMAN
DATUK SERI SHAHRIZAT JALIL

Seperti yang diketahui umum pertandingan jawatan Ketua Wanita Umno Malaysia kini menghadapi pertandingan tiga penjuru, yang mana calon-calonnya seperti di atas.

Jika anda seorang ahli Umno siapakah yang menjadi pilihan anda untuk mengisi jawatan tersebut ???

44 comments:

Anonymous said...

Saya pilih datuk maznah mazlan

kluangman said...

Asalkan bukan Shahrizat.
Remajakan UMNO bermula dari wanita.

Anonymous said...

Ingat dulu raihan pernah kata keluarga lebih penting... minyak kereta ... tayar ... sapa nak bayar?

Bolehkah Raihan berkorban atau habuan Ketua wanita terlalu menarik

Anonymous said...

Maznah dan Shahrizat sama-sama 60 tahun tapi nama Maznah masih harum. Tak ada skandal. Tak ada cerita tak baik.

Shahrizat dah tercemar dan dia akan mengeheret nama UMNO ke lembah lebih teruk.

NFC tak settle lagi walaupun dah dijual.

Ini pula 1Azam yang berada di bawah Yayasan kebajikan Negara yang dia pengerusikan.

Anonymous said...

Dato Maznah Mazlan, yg namanya bersih...

Anonymous said...

dato maznah dgn rekod bersih dan wajah ygnye yang tenang.. mampu memulihkan imej dan semangat wanita umno..
raihah pon boleh dicuba.. tapi ketengan wajah dato maznah merumitkan raihah dan shahrizat..

Anonymous said...

Datuk Sharizat boleh menang sebab mempunyai pengalaman mentadbir Wanita UMNO dan tidak begitu tua.

Anonymous said...

x mengundi kot sbb semuanya tak menyerlah

Anonymous said...

datuk maznah lah

Anonymous said...

Jika nak "Remajakan UMNO bermula dari wanita" kenalah pilih Raihan Sulaiman.

Tapi Wanita UMNO memang terlalu emo, Sharizat akan dipilih. Jika suami dia didapati bersalah. Seluruh Wanita UMNO akan terpalit.

Saya lebih suka Wanita UMNO betul-betul diremajakan.

Nani Cheras.

Anonymous said...

Jangan pilih pakar meyedut duit. Nanti semua punah.

Anonymous said...

ABS-bukan Anti Brake-locking System..... Asalkan Bukan Sharizat :)

Anak Muda said...

Seeoloknya berilah ruang kepada Datuk Maznah, Shahrizat cukuplah setakat ini sahaja. mohon maaf, jasamu dikenang namun realitinya sekarang menjadi liabiliti

Anonymous said...

shahrizat

Anonymous said...

maaf ler saya cakap...siapa kita pilih pon tak guna sebab yang akan memilih nanti adalah perwakilan wanita..so tak payah ler kita nak tambah dosa kering dgn memberi nas-nas penyebab kenapa sesaorang itu tidak harus dipilih..cermin-cermin ler diri tu :)

Wak Parjo said...

Maznah ke, Raihan ke, Shahrizat ke....semua dah lunyai!! dah loose bro!!

Anonymous said...

Shahrizat? oh no no.... Dia selalu cakap jasa dia menggerakkan wanita untuk PRU makan haruslah dia (baca: DIA bukan WANITA) diberi penghormatan, dilantik menteri dibelai manja.

Sedarkah tok ijat, atas api perjuangan membara dalam setiap hati wanita UMNO inilah yang sebenarnya menggerakkan WANITA. Bukan tok ijat, bukan mana2 pemimpin. Kerana kami ini kaum ibu sayangkan parti, sayangkan negara, sayangkan masa depan anak cucu kami.

Sudahlah dengan macam2 kes, kami dibawah ini yang malu. Tok ijat boleh jadi menteri lagi. Masyallah, kami ni jentera JR makan nasi bungkus. Bukan nak menungkit, walaupun tok ijat orangnya mesra tapi kami tak rasa ikhlas dia ada disitu.

Datuk Maznah mazlan mungkin bukan pilihan yang tepat, tapi saya akan undi dia sepertimana saya undi shahrizat masa melawan rafidah dulu. Belum cuba belum tau, yang penting kalau Maznah jadi ketua.. tidaklah kami dikeji sebagai 'lembu' lagi dibawah ini.

Tidak termakan saya dengan ciuman tok ijat sewaktu turun ke padang. Tok ijat turun dengan pegawai berderet, kereta mewah.. sudahnya kami juga yang dipanggil lembu.. lepas ni kami dipanggil lembu 1 azam pula.. haih.. penat... penat!!

Anonymous said...

Kepada ahli2 Pas.

Saya yang menjadi pemerhati kepada percaturan politik Pas sejak sekian lama merasakan Pas akan hanyut dan hanyut dan hanyut jika ahli parti ini masih mahu menyimpan Hadi Awang dan Nik Aziz.

Ingat saudara2. Perjuangan Hadi Awang dan Nik Aziz untuk membolehkan kalimah suci Allah digunakan dalam bible bahasa melayu tak akan kami orang melayu yang tidak menjadi ahli Pas lupa hingga ke akhir hayat kami.

Seruan Ikhlas Dari Ku

Gunakan peluang dalam Muktamar Agong Pas 2013 untuk melakukan perubahan. Angkat lah Harun Taib menggantikan Hadi Awang sebagai Presiden Pas dan Haron Din menggantikan Nik Aziz sebagai Mursidul Am Pas.

Harun Taib dan Haron Din tidak pernah menyokong kalimah suci Allah digunakan oleh penganut kristian. Harun Taib dan Haron Din juga tidak pernah nampak ghairah giller untuk meminta bantuan Setan dalam menghadapi PRU dan Umno.

" Aku suka Umno, aku sayang Pas kerana aku adalah seorang melayu yang cintakan islam "

Ana Muslimah

melayu liberal said...

Woi Orang Melayu, jgn jadi bodoh lah.
Korang kalau pilih Maznah , apa korang dapat. Korang tak kan dpt apa2 pun. Dia ni sebijik mcm Mukhriz...sikit2 fight utk bangsa...sikit2 dulukan melayu...apa kejadah.
Korang patutnya pilih pemimpin yg boleh kasi PROJEK...mampu buat korang Kaya-Raya dgn segera. Elok korang pilih Shahrizat. Katanya perjuangan nya belum selesai lagi. Takkan korang tak reti2...Masyukkk tuuu!
Kan cantik jika Ketua Wanita nya masih Shahrizat manakala Ketua Pemuda masih Khairy menantu
Tun Dol. Perghhhh!!!!!

Anonymous said...

Minta maaflah yg ni saya rasa Dato Sharizat Jalil patut undur diri memandangkan dia bukan lagi YB sejak 2 penggal. Saya tahu dia pemimpin wanita yg sangat hebat lebih hebat dari pemimpin terdahulu. Semua isu yg diperjuangkan TERBUKTI mampu membela nasib wanita dan keluarga (ramai yg memuji).

Tetapi atas dasar UMNO sebuah parti politik dia bolehlah dianggap gagal. Dia patut memberi laluan kpd pemimpin wanita lain... Saya tak kisah sesiapapun. Kalau boleh yg banyak idea mcm Dato Sharizat Jalil.

Cuma jika dia kalah/letak jawatan saya sangat mengharapkan beliau meneruskan perjuangan demi anak bangsa. Dia tak sepatutnya berada dlm kedudukan yg memberikan imej yg buruk kpd dirinya. Kalau anda tanya semua peniaga wanita melayu berkahwin/ibu tunggal anda akan tahu jasanya pada wanita. Saya waima ibu saya sendiri cukup respect dgn Dato Sharizat.

Saya terkilan kesan dari cerita negatif masih belum mampu diatasi. Tambah lg mulut mulut haram jadah org UMNO sendiri.

Anonymous said...

Ko pergi JKM ko tanya berpa banyak rekomen Dato Sharizat Jalil... Ko pergi DBKL ko tanya berapa banyak rekomen dia utk peniaga wanita... Ko pergi bangunan lo tanya berapa ramai dia dah rekomen... Rekod dia cukup outstanding. Sebab itu dia masih gagah mempertahankan jawatan dlm setiap pemilihan. Cuma saya harap dia letak jawatan sbb dia hilang status YB sesuatu yg penting bagi ahli politik. Itu shj.

hangkedee said...

Say Nooooooooolembuuuu.

Anonymous said...

Kalo shahrizat naik maknanya citer lembu trus la jadi isu PRU14.. Tambah plk 1azam huhh letih la akar umbi nk menjawap... Maznah ni plk belagak dgn akar umbi x mesra.. Nk dilayan cam vip je... Si raihan plk mcm xde pegalaman nk handle wanita dan asik la nk tanding ketua je ko ni... Dulu kecoh dgn puteri!!! Npk sgt nk cari publisiti murah... Tah la aku harapkan azalina tp dh jadi bubur.. Wpun azalina byk gak scandal tp dia ni jenis jantan dua2 dia lawan wanita ke pemuda ke boleh kecut... Nk hrp kan pemuda umno lawan PR hampeh semua pondan2 je

Arty said...

Datuk Maznah

Anonymous said...

Mami sharizat tu geng kuat ahjibgor n rosmah..payah nak menang..faham faham lah..da ada kuasa sukar nak tumbang..nasib lah..jika dapat tumbangkan mami tu

Anonymous said...

Dato Maznah pun apa kurang bodohnya. Pernah satu kes pembahagian tanah kurnia di Muazam ada orang tak dapat kerana bukan orang Pahang. Habis k/p 06 tu apa? Ada juga anak orang UMNO tak dapat biasiswa kerana Maznah tak menyokong pun kerana pelajar itu orang luar. K/p pelajar 06 jadi bukan orang Pahang ke. Orang Pahang tahu siapa dia. Beliau bertanding pun kerana Rafidah yang mempunyai dendam tok ayah dengan Sharizat. Berani beliau sumpah laknat yang beliau bertanding bukan kerana Rafidah?

Anonymous said...

Sebagai ahli wanita UMNO, saya sokong seratus peratus penyertaan Dato Maznah Mazlan sebagai calun Ketua Wanita UMNO...Wanita UMNO perlukan nafas baru serta imej yg bersih...skandal lembu keluarga Dato Sharizat dan terkini kes 1Azam oleh orang2 kuatnya yang sedang disiasat oleh SPRM jelas menunjukkan beliau tidak layak menjadi Ketua Wanita UMNO...ya betul, beliau byk mencetus idea untuk membantu kaum wanita, ibu tunggal, peniaga dan sebagainya dan menggunakan dana2 drp kerajaan ini sebagai umpan untuk meraih populariti sedangkan nawaitu sampingan adalah "sambil menyelam minum air"...golongan2 ini diumpan dengan ikan bilis manakala ahli keluarganya dan tangan2 ghaib disekelilingnya menyambar seperti ikan paus yang memakan anaknya..adakah ikhlas namanya perjuangan seperti itu??? Wanita UMNO telah diserang virus dan ini adalah masa yang terbaik untuk kita menghapuskan virus yang telah menyalar didalam pergerakan ini....insyaallah, Dato Maznah Mazlan pastinya pilihan yang terbaik pada masa ini..Hidup Wanita UMNO!

Anonymous said...

Datuk maznah mazlan.

Anonymous said...

Masa untuk berubah kalau tidak nanti rebah.

Anonymous said...

Bak kata Shahrizat..Perjuangan belum selesai (sebenar maksudnya Banyak Lagi Duit Kerajaan yang perlu dia sapu masuk ke family dia sebelum berhenti)..Tentang si Maznah ni pulak tak nampak sangat jasanya semasa menjadi Timbalan Menteri (macam mak turut aje) Raihan pula tak tahu lagi tapi kalau dari segi NGO dan Anak Yatim memang dia terkenal..Wanita perlu balik kepada ISLAM bukan duniawi sahaja spt Shahrizat..

Anonymous said...

Pada saya Maznah seperti Pak Turut..Takut nak kehadapan..Hanya bila Raihan muncul baru berani nak bertanding lawan Shahrizat.
Pemimpin seperti inikah yang kita mahu dalam Wanita? Raihan pula saya lihat berani menunjukkan riaksi berani melawan ketua jika tahu ketua tu bersalah. Kalau kita perhatikan hampir semua pemimpin Wanita UMNO yg kat atas tu mengganguk sahaja walau pun tahu yg ketua mereka ni memang buat kesalahan yang besar (NFC). Perlu di ingat walau pun menafikannya si Shahrizat tu tidur sebantal dgn si pelaku. Jadi fikirkan le pemimpin macam mana yg kita mahu. Pada saya semua AJK yang lepas hanya menjaga periuk nasi sendiri tanpa berani menentang ketua mereka.

Anonymous said...

Berilah peluang kat raihan yg xde scandal... Letih lah nk explain pasal lembu kat org kampong tiap kali kempen pilihanraya... Sampai aku naik buntu dah nk explain!!!

Anonymous said...

datuk maznah mazlan .asal bukan kak jat . kak jat , yg sudah tu , sudah la.

Anonymous said...

Saya tetap pilih Datuk Sharizat

Anonymous said...

Sebagai rakyat kita perlu la bijak memilih seorang pemimpin. Jangan la terlalu emosi. Ketiga2 calon punyai kekuatan masing2 tapi jangan la kita mengikut rentak pembangkang untuk membuat pilihan ketua kita. Maksudnya, tohmahan Rafizi terhadap Shahrizat mmg tak berasas. Apa maksud apabila SPRM clearkan Shahrizat? Maksudnya dia tidak bersalah dan tiada kena mengena didlm kes ini. Macam mana la dia dan keluarga nak tapau 250 juta tu kalau nama syarikat adalah nama suami dan anak2. Ini semua angkara Rafizi untuk porak peranda umno. Kalaula dia baca ni mmg la tersenyum lebar si Rafizi tu. Kita yang termakan dan ikut rentak dia. Jadi pilih la ketua kita berdasarkan kerja yg telah dilakukan, pilih la menggunakan merit. Yg paling utama jangan kita ikut rentak dan paluan gendang fitnah pembangkang.

Anonymous said...

PUNCAK IDIA BERSATU SDN. BHD.
Dapat geran RM10 juta dari Kementerian Sumber Manusia 8 bulan lepas, geran utk bagi training. Masa tu Datuk Maznah adalah Timbalan Menteri Kem. Sumber Manusia.
Anak lelaki beliau ada share dalam Puncak Idia Bersatu. Sekarang semua partner bergaduh pasal share. Bapa dia cuba masuk campur supaya anak dia dapat majority share instead of 5%. Cerita ni dah keluar kat blog http://sangkakalajari9.blogspot.com/2013/09/anak-calon-pemilihan-umno-cuba-nak-tipu.html\

Anonymous said...

PUNCAK IDIA BERSATU SDN. BHD.
Dapat geran RM10 juta dari Kementerian Sumber Manusia 8 bulan lepas, geran utk bagi training. Masa tu Datuk Maznah adalah Timbalan Menteri Kem. Sumber Manusia.
Anak lelaki beliau ada share dalam Puncak Idia Bersatu. Sekarang semua partner bergaduh pasal share. Bapa dia cuba masuk campur supaya anak dia dapat majority share instead of 5%. Cerita ni dah keluar kat blog http://sangkakalajari9.blogspot.com/2013/09/anak-calon-pemilihan-umno-cuba-nak-tipu.html

Anonymous said...

apekejadah ank menipu org, tp mak sibuk dgn pemilihan..gila kuasa pe?

Anonymous said...

tu Azeez Rahim..pandai wayang, konon ala2 zuhud..tp dlm sejarah, pertama kali Pengerusi Tabung Haji xnaik haji, sbb sibuk dgn pemilihan MT..perghh, Jamil Khir pun pg jgk la, mana satu KEBAJIKAN & KUASA..? apa cerita beb..jemaah siapa yg jaga sekarang?
http://no2azeezrahim.blogspot.com/

Anonymous said...

Dato Shahrizat pilihan saya.

Anonymous said...

Minta maaf yer Dato Maznah, kalau komen saya ni buat rasa tersinggung, pada saya lah, jaga anak tu dulu, baru sibuk pasal bertanding, nanti anak kemana laki hang kemana..

Anonymous said...

Datuk Seri Shahrizat harus dikekalkan..dia xda masalah, yg isu semua punca mainan pembangkang, smpai nak pemilihan, puak pembangang plk ikut guna kan..LGE pun terbukti goyang sama Shahrizat

JohnLabu said...

dengar cerita Maznah sanggup bayar perwakilan sbb nak menang pemilihan, hah main kotor nampak ape koman sgt ke Maznah oii..

Anonymous said...

mak lampir ni gila tamakkn kuasa, sanggup beli perwakilan sbb nak tanding pemilihan MT sbg ketua wanita.
mak sibuk dgn kempen nak menang dgn cara kotor, malangnya anak diluar pula cari harta dgn cara menipu rakan niaga.
boleh chek di blog sangkakalajari9