Sunday, October 6, 2013

Calon Naib Presiden Sahkan PM Tidak Paksa Pilih Calon-Calon Tertentu


Sebelum ini dah acap kali saya mendengar dan saya yakin anda juga pernah mendengar cakap-cakap yang selalu mengatakan bahawa Datuk Seri Najib mahu gandingan ketiga-tiga Naib Presiden Umno yang ada sekarang dikekalkan. 

Setiap kali saya dengar perkara ini saya akan sanggah orang yang menyampaikan cerita. Bagi saya semua itu karut. Saya tak yakin Datuk Seri Najib mengeluarkan arahan begitu. Itu hanya cakap orang yang memandai-mandai atau cakap-cakap kaki bodek, kaki ampu. 

Mana mungkin Datuk Seri Najib selaku orang yang bertanggungjawab memperkenalkan sistem baru  pemilihan Umno agar lebih terbuka, kemudian beliau pula nak pilih calon-calon tertentu....Tak logik langsung....

Telahan atau jangkaan saya selama ini tepat....

Hari ini salah seorang penyandang Naib Presiden yang juga calon Naib Presiden untuk pemilihan akan datang tampil menafikan cakap-cakap yang menjual nama Perdana Menteri itu. 
KUALA KANGSAR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, dakwaan bahawa wujud arahan dan usaha pihak atasan untuk mengekalkan dirinya dan dua lagi Naib Presiden sebagai tidak masuk akal.
Beliau berkata, dakwaan itu jelas bercanggah dengan perubahan dilakukan parti khususnya soal pemilihan hingga bilangan perwakilan diperluas hingga 150,000 orang. 
Antara Pos

Nah ambil !

Mana-mana yang bertekak dengan saya selama ini pasal perkara ini terimalah kebenaran ini....

Itu calon Naib Presiden sendiri yang cakap....bukannya cakap dari kedai kopi....

15 comments:

Anonymous said...

Hidup H20 !!!

Anonymous said...

So kita boleh tendang shafie afdal.orang2 dia yang banyak jual nama pm nak kekalkan 3 mereka.rasuah perwakilan juga shafie juga yang paling kuat.

Anonymous said...

Klu pikiran cetek mcm engaku ni sampai bila pun umno kat takok lama. just becoz hisham cakap semestinya ke betol, gospel truth? dia kan berkepentingan sebagai calon naib presiden penyandang? mesti la dia kata takda paksaan, takkan dia nak mengiayakan, thats politically stoopid la brader. aku bagi engkau satu tip la ok? engkau tanya hisham ade tak dia pengerusikan atau hadir satu menyesuarat utk menyelaraskan kempen dia, zahid & shafie yg turut dihadiri oleh wakil2 zahid & shafie di pejabat dia di kementerian pertahanan? tanya nape dia, zahid & shafie hadir bersama2 masa pendaftaran calon? nape dia orang saling menjadi penyokong dan pencadang sesama sendiri? nape masing2 kata mereka serasi dan blh kerjasama sebagai satu pasukan? klu perwakilan pilih calon lain mereka tak boleh kerjasama ke? pls la, ahli umno & org melayu berhak mendapat kepimpinan terbaik. bkn pemimpin medocre, tak berkesan & penakot utk memperjuangkan dgn tegas kepentingan melayu

Anonymous said...

bole tak org mcm hisham ni becakap cerdik sikit? dan jgn insult intelligence kita org melayu yg dia anggap bangang. walaupun perwakilan yg memilih ditambah bilangannya, semua org tau kuasa dlm umno dilaksanakan melalui pemimpin di pelbagai peringkat, duit dan org atasan. klu la ada forum atau pentas di mana boleh didedahkan secara terperinci perihal proses pemilihan umno ni alangkah baiknya! boleh la kita londehkan kepura2an watak2 mcm hisham pelakon besar ni.

kluangman said...

pengumuman tu reverse psycology..
minta simpati..
tak masuk akal najib keluarkan aarahan mcm tu..tapi mcm mana ku nan boleh begitu berani mengumumkannya ???

ada tindakan pada ku nan?
ada zahed atau shafie kecam?

ada najib nafikan ???

Anonymous said...

Bro takkan la najib nak umumkan satu dunia dia nak penyandang naib presiden dikekalkan? dan dia takkan beritahu org2 mcm engkau & aku bro. dia akan bisik pada penguasa2 dlm umno mcm ku nan S/Agong yg dah terlepas cakap pd perwakilan Wilayah. kenyataan ku nan tu tak dinafikan, hanya dispinkan konon dia becakap sebagai pengerusi perhubungan WP. biar aku beritahu engkau bro, tanggapan engkau konon takda desakan agar naib presiden penyandang dikekalkan adalah salah. memang najib mahu mereka kekal tetapi bkn sangat zahid & shafie. dia nak sepupunya hisham lepas atas sebab2 yg hanya dia tahu. tapi dia lupa Allah swt juga tau!

Anonymous said...

yg pntg hisam dan sapie mst ditendang..kedua2nya tak reti buat kerja

Anonymous said...

Najib nak teruskan rancangan meliberalkan UMNO sebab tu dia nak team pak turutnya kekal.
Kalau Mukhriz jadi NP akan menyusahkan rancangan Najib kerana Tun M dibelakangi Mukhriz bererti Najib tak boleh buat suka hati dia.
Najib lupa yg dia jadi PM atas ihsan org Melayu tapi keutamaan beliau bangsa lain. Mungkin dah ada sedikit kesedaran dgn rancangan pemerkasaan Melayu tapi baru cakap belum lihat kenyataan lagi. Sejak 2009 banyak cakap Najib tinggal cakap saja.
Zahid bekas penjilat punggung Anwar, kalau anjing tetap anjing sukar berubah. Najib dilaporkan telah jumpa Anwar di Indonesia dan New York, utk apa ya?
Harap akar umbi UMNO tidak tertipu oleh lakonan Najib,Zahid dan KJ.
Mudah2an UMNO selamat utk meneruskan perjuangan berlandaskan ideologi asal UMNO.
UMNO tak perlu berubah tetapi pemimpin tertinggi perlu diubah.

Anonymous said...

Tolak Kerismuddin Akar Umbi UMNO Pasti Seronok! Tolak Kerismuddin Akar Umbi UMNO Pasti Seronok! Tolak Kerismuddin Akar Umbi UMNO Pasti Seronok! Tolak Kerismuddin Akar Umbi UMNO Pasti Seronok! Tolak Kerismuddin Akar Umbi UMNO Pasti Seronok! Tolak Kerismuddin Akar Umbi UMNO Pasti Seronok! Tolak Kerismuddin Akar Umbi UMNO Pasti Seronok! Tolak Kerismuddin Akar Umbi UMNO Pasti Seronok! Tolak Kerismuddin Akar Umbi UMNO Pasti Seronok!

Anonymous said...

H2O kata pemilihan UMNO adalah pertandingan dalam keluarga. Yang lebih penting ialah PRK Sungai Limau sebab kena bertanding dengan musuh UMNO.
AgakHnya DPMM tak payahlah sibuk berkempen untuk NP tumpukan kepada PRK.

Anonymous said...

najib ni suka cal-cal calon yang bertanding and then konon nasihat lah supaya beri laluan pada yang sedang memegang jawatan..poyo lah najib, -ini cerita benar, bukan rekaan semata, kalau berani najib nafikan lah.hehee

mustaqimabdulrahman said...

ano 1201 ckp tepat skali....bila ahli politik cakap ya..maknanya ya takda titik....

anyway 10 perkara yg org politik ckp....9 xbley pakai....1 lagi tu pun kena pk lagi 10 kali....

tapi kalau bab pembangunan im in..umno champ...

Anonymous said...

Bagaimanapun dari sudut lain, pertandingan yang berlaku disemua peringkat sekarang ini menunjukkan bahawa UMNO masih disukai dan jadi harapan orang Melayu. Ianya juga satu petanda bahawa UMNO masih hidup dan mampu untuk kekal sekurang-kurangnya untuk beberapa tahun lagi.

Jebon said...

Kesinambungan yg terjalin pd pemimpin menjadi tunggak keteguhan UMNO sehingga dapat mengekal dan menambahkan lg kerusi kemenangan PRU.
walaupun menempuh era perang saraf yg agak kronik zaman politik hari ini, mereka telah membuktikan bhw tampuk pemerintahan perlu dikekalkan.
PM TPM MP KDN KP KW

Anonymous said...

Kalau dah umno buka ruang pemilih sampai 150k dah tentu pemilihan ni lebih terlus dr 1,500 org. Kelebihan dah tentu pd yg dah established mcm H20 Zahid Mukhriz Shafie yg ada penyokong tegar di utara tengah selatan borneo. Ini simple je lah beb. DAP dan PKR pun hanya dihad pada elitis. Puih!