Friday, October 11, 2013

Exco Pemuda:Jangan Pangkah Ikut Sedap Tangan dan Jangan Lupa Fathul Bari


Esok rakan-rakan dalam Pemuda Umno akan mengundi untuk memilih Ketua Pemuda, Naib Ketua dan barisan exco.

Untuk Ketua Pemuda rasanya tidak menjadi masalah besar untuk penyandang sekarang mengekalkan jawatannya.

Untuk barisan Exco Pemuda pula sebanyak 77 orang akan bertanding untuk merebut 20 tempat. Ini yang cukup penting. Untuk memilih Ketua Pemuda dan Naib kebiasaanya perwakilan akan memberi perhatian serius untuk memilih calon kerana kedudukan jawatan itu sangat penting dan nama-nama yang bertanding juga kebiasaannya nama-nama besar.

Untuk jawatan exco disebabkan calon yang ramai dan jumlah yang perlu dipilih juga ramai, dan dalam masa yang sama calon-calon yang bertanding juga tidak berapa dikenali ramai, maka ada sesetengah perwakilan mengambil mudah untuk memilih ikut rasa tangan yang memangkah atau ikut senarai chai yang orang lain beri.

Memandangkan masa yang masih ada ini elok rasanya para perwakilan Pemuda membuat sedikit homework untuk mengenali calon-calon yang ada. Kenali latar belakang dan taraf pendidikan mereka. Jangan main pangkah ikut  sedap tangan atau sesiapa saja yang terlintas dalam kepala. Pak lawak...pak badut pun kita main pangkah sahaja kerana namanya popular.

Salah seorang yang perwakilan patut pilih untuk dibawa masuk ke dalam Exco Pemuda adalah Ustaz Dr Fahthul Bari Mat Jahaya. Seorang ulama muda yang berpendidikan tinggi, petah berbicara dan mempunyai keperibadian yang baik. Perwakilan perlu pilih beliau untuk membuktikan kepada musuh kita bahawa kita tidak menolak orang agama. Dengan terpilihnya beliau masyarakat di luar sana akan melihat orang agama ada tempat dalam Umno dan secara sendirinya masyarakat menolak apa yang diperkatakan oleh musuh. Dalam masa yang sama kita boleh terus menarik golongan ilmuwan dan agamawan untuk bersama dengan Umno.

Antara beberapa calon berpotensi yang anda boleh pertimbangkan untuk diletak sebagai Exco Pemuda Pusat ialah,

Mohd Iskandar Jaafar - Calon No 65 - Adun Jabi, Terengganu

Anuar Abdul Manap - Calon No 67 - Ahli Parlimen Sekijang

Mohd Najib Mohd Isa - Calon No 15 - NKP Teluk Kemang

Azrinizam Ibrahim - Calon No 57 - Pegawai JASA

Dr Mazlan Ismail - Calon No 20 - Seorang doktor dan bekas pemain ragbi yang mewakili negara.

Rozaidi Abdul Jamil@Zed Zaidi - Calon No 13 - Anak seni 

Kita bercakap pasal Umno perlu berubah....sekarang kita berpeluang untuk mengubah Umno bagi terus memantapkan parti untuk menghadapi dunia politik yang semakin menggila sekarang. Maka kita pilihlah yang terbaik dan gabungkanlah daripada pelbagai latar belakang calon untuk diletakkan dalam barisan Exco Pemuda. Ada ustaz, ada doktor, ada cikgu, ada anak seni , ada wakil rakyat. Barulah parti kita jadi kuat. 

Kita kena ingat, Pemuda Umno adalah kilang yang mengeluarkan pemimpin masa depan bagi menerajui parti. Itu pasal kita kena berhati-hati memilih Exco Pemuda. Jangan sampai satu hari nanti Umno sudah ketiadaan calon yang layak untuk menjadi wakil rakyat, Exco Kerajaan Negeri, Timbalan Menteri, Menteri Besar dan Menteri.  

Selamat memilih.....

11 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah memang Pemuda UMNO perlukan EXCO dari pelbagai latar belakang pendidikan dan kemahiran. Semoga dengan kemasukkan golongan2 ini akan memantapkan lagi arah tuju pergerakan pemuda. Cuma pada pendapat saya, golongan ulama tidak sepatutnya terlibat secara langsung dalam politik. Ulamak2 ini seharusnya neutral. Mereka akan menegur kesalahan dan memebetulkan apa yg tidak betul tidak kira dari pihak kerajaan mahupun pembangkang. Jika terlibat secara langsung tentunya ada sekatan atau limitation kerana terikat dengan undang2 parti. Jika menegur mungkin dikenakan tindakan disiplin atau sebagainya. Jadi sebaiknya golongan ulamak ini bebas dari ikatan mana2 parti supaya lebih berani menegur mana2 pihak yg melakukan kesalahan. Kecuali jika ulamak tersebut berani menegur tanpa mengira soal kedudukan dalam parti atau periuk nasi mereka. Personally bila UFB involve secara langsung dalam UMNO sedikit rasa hormat telah hilang seperti hilangnya rasa hormat saya pada ulamak2 yg menyertai PR.

Anonymous said...

Rasanya, pemuda yg nak memilih, tak perlu la memilih penyandang sekarang. Biar la pilih ketua yg baru. Baru betul berubah. Kalu ketua lama, tak ubah la. Pakat dok ikut yg lama juga la. Ingst sams kat penyokong yg berada diluar sana. Mereka pun nak pemimpin yg baru

Anonymous said...

Salam RBF,

kenapa saudara tak promote no. calon saya sekali?

Adakah saya tak popular??


TQ
Calon Exco PPUM no. 88

Anonymous said...

Ada ke calon no 88, apa daa

Anonymous said...

Vote for Akramsyah...

akupun takfaham said...

Calon Exco PPUM no. 88

tak main kotor ke?

Anonymous said...

Tuan RBF, Seorang lagi yg punyai potensi besar iaitu Utz Ahmad Lutfi Ibrahim Pengarah JASA Pulau Pinang. Pohon promote calon ini. Tkasih

Anonymous said...

Calon no 05 tolong promote calon ini tq

Anonymous said...

janerba 442KITA TOLAK KHAIRI JAMALUDIN!

Anonymous said...

say NO! to khari jamaludin kerana dia tdak memain peranan pada PRU 13 yang lalu

Anonymous said...

jangan pilih Khairi jamaludin kerana dia mempunyai pegawai DAP didalam unit komunikasi nya!