Wednesday, October 30, 2013

Fadzil Noor Mati Tanpa Minta Maaf Kepada Pak Lah, Buniyamin Mati Tanpa Minta Maaf Kepada Tun M

Pertama sekali anda lihat dan dengar dengan teliti video dibawah. Perhatikan setiap patah ayat atau bait-bait kata yang keluar dari mulut Tan Sri Muhyiddin. 



Dah selesai....

Dimana dalam ucapan Tan Sri diatas ada ayat atau perkataan yang menghina Almarhum Tan Sri Azizan Razak ? Nama Azizan pun tak disebut...

Jika anda seorang manusia yang waras dan mempunyai perasaan anda boleh lihat sewaktu hendak sebut tentang penyakit Almarhum, Tan Sri Muhyiddin menyebutnya dengan nada yang agak perlahan. Cukup untuk menggambarkan perasaan hiba atau sedihnya. 

Hanya orang yang tidak waras seperti Mahfuz Omar, anak Tan Sri Azizan dan Pemuda Pas sahaja yang tidak boleh faham dengan ucapan yang disampaikan. 

Saya tak pelik apabila Mahfuz tak faham kerana kita tahu dia hanya seorang lulusan SRP dan seorang bekas porter di Airport Pulau Pinang. Yang saya agak terkejut apabila anak Azizan cuba melakonkan watak ala-ala filem hindustan dalam sidang medianya semalam. 

“Saya mewakili kedua-kedua bonda saya, adik beradik saya serta sanak saudara Allahyarham ayahanda begitu terguris hati dengan kenyataan dibuat oleh Muhyiddin ketika berkempen, 26 Oktober lalu, genap sebulan kembalinya ayahanda ke rahmatullah.
“Air mata kami sekeluarga belum kering mengenangkan Allahyarham ayahanda dan kerinduan kami kepada ayahanda masih menyelubungi setiap detik yang kami lalui. 
“Kehilangan Allahyarham ayahanda terlalu besar buat kami sekeluarga untuk dijadikan sebagai sandaran dan alasan bagi kenaikan harga gula oleh pihak kerajaan. Atas alasan apa sekalipun, dalam suasana pilu yang sedang kami sekeluarga hadapi, kami sekeluarga tidak dapat menerima ucapan dan sandaran beliau itu,” katanya  
Sinar Online 29.Oktober.2012

Kepala hangguk hang lah....

Berapa Pas bayar untuk kau lakonkan watak sedih depan wartawan ? Atau dah dijanjikan sebagai calon dalam PRU akan datang ? 

Aku nak tanya anak Azizan...dimana dia sewaktu almarhum bapanya diserang dan dimaki oleh orang-orang Pas Kedah sehingga kesihatan bapanya terganggu dan dimasukkan ke hospital yang kemudiannya terpaksa dipotong kaki ? Baca tulisan bekas Setiausaha Politik Azizan di sini

Mana kau beb ? Manaaaaaa ?

Hari ini bila bapa kau dah meninggal dan ada pilihanraya kecil tiba-tiba kau muncul nak buat drama pula.

Apa kau merasa puas apabila seorang TPM membuat permohonan maaf terhadap kamu diatas perkara yang tidak sepatutnya dilakukan ?

Tan Sri Muhyiddin tidak akan rugi apa-apa...malah beliau makin disanjung diatas tindakannya itu. Yang akan rugi dan yang malu kelak adalah kamu dan keluarga kamu. 

Secara tak sedar engkau sendiri telah membuatkan masyarakat menilai keperibadian seorang pemimpin BN yang sanggup merendah diri melakukan perkara yang tidak sepatutnya beliau lakukan. 

Arwah Fadzil Noor mati tak sempat minta maaf dengan Tun Abdullah Badawi sehingga hari ini. Tahun 1999 Fadzil dalam satu ceramah di Pulau Pinang berkata orang badwi di negara arab jaga unta dan kambing, tetapi Badawi di Malaysia jaga babi. Baca sini

Sampai mati Fadzil tak minta maaf, tetapi bila dia mati Pak Lah beri helikopter tentera untuk bawa pulang mayat dia ke Alor Setar dari Kuala Lumpur. Bukan setakat beri helikopter malah Pak Lah turut melawat jenazahnya. Sampai hari ini pun anak bini dan menantunya tidak meminta maaf dengan Pak Lah. Ada orang Umno buat sidang media desak keluarga Fadzil Nor minta maaf ? 

Seorang pemimpin Pas Kelantan, Buniyamin Yaakob, yang juga bekas Ahli Parlimen Bachok, sampai mati tak minta dengan Tun Dr M apabila dalam satu ceramahnya beliau menuduh Tun Dr M menonton video lucah bersama cucunya. Ada orang Umno buat sidang media mendesak keluarga Buniyamin memohon maaf kepada Tun Dr M ?

Anak Azizan nak jadi hero ya....kononnya dia berjaya membuat seorang pemimpin nombor dua dalam negara tunduk kepadanya memohon maaf. Tak mengapa...Allah Maha Kaya. Satu hari kau akan terima pembalasannya.... 

25 comments:

Anonymous said...

bila kena tang batang hidung penganut hamPAS, melenting sakan.... cukup munafik puak-puak hijau ni.. itu sebab Allah tak izinkan mereka jadi pemerintah kat Malaysia ni. Pegang negeri pun dah huru-hara tak tentu hala... yang mereka pandai, tuding jari bila masalah timbul...

Anonymous said...

ular menyusur akar tak akan hilang bisanya tapi kalau bagi rm2juta kat pengundi cina yang pura-pura maka akan hilanglah rasa hormat penyokong BN/UMNO selama ini.
Ingat undi cina tak sampai 2ribu tu tak berbaloi dgn rm2juta utk dapatkan undi DUN sahaja.

Anonymous said...

aku sokong 9:24, panas betul hati aku bila cita ni masih lagi ditatang macam minyah penuh. tak paham betul la aku dengan pemimpim melayu ni. jangan sampai makan babi sama-sama sebab nak ambil hati

Anonymous said...

aku sokong 9:24, panas betul hati aku bila cita ni masih lagi ditatang macam minyah penuh. tak paham betul la aku dengan pemimpim melayu ni. jangan sampai makan babi sama-sama sebab nak ambil hati

Anonymous said...

anon 9.24,

Takan semua org Melayu nak pulun,cuba kau congak peruntukan yg telah di beri utk org Melayu oleh TS M'din dalam masa kempen PRK Sg Limau ni,berganda-ganda melebihi peruntukan RM 2 juta tu.Walau apa pun Cina-Cina tu masih lagi rakyat Malaysia yg membayar cukai,bhgn mereka perlu juga di beri sepatutnya.Orang kafir yg tidcak menyembah Allah pun masih Allah bagi rezeki utk mereka.

Anonymous said...

anon 9.24,

Org Cina baru tolak BN dalam pilihanraya ke 13 lalu,tapi org Melayu Sg Limau dah tolak BN sejak 5 penggal yg lalu,macam mana tu?.Lagi pun org Cina berani tolak BN kerana ramai org Melayu macam org Sg Limau ni le yg dah kena racun oleh Parti Ajaran Sesat.

Anonymous said...

Dah banyak balasan Allah terhadap pemimpin dan penyokong PAS. Dah nampak depan mata tetapi puak PAS ni pandai putar, bila kena kat depa inilah takdir tetapi bila kena pada orang UMNO depa kata ni lah bala. Semoga semua orang penyokong PAS akan insaf dan sedar diri... Insya Allah..

Mat Gee said...

Bukan pak lah bagi helicopter Bro ..tapi Najib yg masa tu menteri pertahanan bagi kapalterbang askar. Depa tak citer pon...tapi yang depa citer pilot india yg bawak kapalterbang tu masuk islam kerana awan lindungi kapalterbang yang bawa pulang jenazah ustaz fadhil ke alor star. cuba cari dalam you tube. tah betul tak citer ni wallahhualam.

Anonymous said...

MAHALNYA HARGA UNDI CINA ....

Ikhlas saya kata. Saya terkejut dan kecewa bila TS Muhyidin bagi 2 juta dekat sekolah cina. RM2 juta untuk mendapatkan 1800 undi cina dalam PRK Sungai Limau.

Kiraan metamatik : RM2,000,000 dibahgi dengan 1800 pengundi cina = RM1,111.11 seorang. MAHALLLLLLLL ... mahal sungguh undi orang cina.

Informasi : Kalau ada siapa2 atau blogger yang ada maklumat berapa jumlah RM yang Umno bagi kepada melayu dalam PRK Sungai Limau ini (bantu sekolah kebangsaan, bantu surau, bantu mesjid, bantu sekolah agama dll yang menjurus kepada kepentingan melayu islam), sila dedahkan supaya saya boleh buat kiraan metamatik untuk mengetahui berapa harga SATU UNDI MELAYU berbanding dengan RM1,111.11 BAGI SATU UNDI CINA.

Anggaran : Mungkin tidak sampai RM10.00 bagi SATU UNDI MELAYU. Begitu MURAHNYA HARGA SATU UNDI MELAYU berbanbding dengan HARGA SATU UNDI CINA.

Pertanyaan saya adalah :

Penting sangat kah undi cina kepada Umno ? Adakah undi melayu tak penting ? Sudah kaya raya dan senang linang kah orang melayu di Sungai Limau sehingga UMNO tak perlu bantu mereka lagi ?

Fakta 1 :

Umno dan TS Muhyidin tolong tengok gambar yang terpapar dalam blog ini (Gerakan Anti PKR). Tak rasa tersentuh kah dengan keadaan rumah orang melayu seperti yang di lihat dalam gambar ini ?

Fakta 2 :

Saya optimis semua 1800 pengundi cina itu akan bagi undi kepada Umno sebab ini hanya PRK dan bukan PRU. PRK bukan untuk menentukan siapa jadi kerajaan, sedangkan PRU nak tentukan siapa jadi kerajaan. Kalau saya jadi pengundi cina, walau tak bagi apa2 pun saya akan bagi undi kepada Umno dalam PRK ini, tetapi jika PRU walau diberi sebanyak mana sekali pun, saya sapu apa saja yang diberi, tetapi bila nak undi saya tidak akan undi Umno kerana saya tak mahu Umno terus menjadi kerajaan yang memerintah, sebagai seorang cina saya mahu bangsa saya mendominasi pemerintahan negara, sebagai seorang cina hanya parti DAP sahaja yang mampu menyerlahkan impian kami orang cina, dan bukan MCA, dan tidak juga Gerakan. Ini lah yang dilakukan oleh para pengundi cina semasa PRU 13 dulu. TETAPI UMNO BERNASIB BAIK KERANA SAYA BUKAN SEORANG CINA.

Pengundi Umno

Anonymous said...

Minta maaf kerana Allah pun sudah dapat pahala dah...

Sebagai orang Islam, Allah lebih penting. Yang lain tak penting. Segala perbuatan mesti kerana Allah baru hidup sentiasa dirahmati...macam Tun Mahathir lah...segalanya kerana Allah, kerana itu sentiasa dapat perlindungan Allah.

Anonymous said...

Setuju Umno Telah Bazirkan RM2 Juta.

Pengundi cina sudah tunjuk kepada kita masa PRU 13, sama ada cina pekan atau cina kampong mereka sepakat tidak beri undi kepada calon2 Umno. Di kampong2 mereka bagi undi kepada Pas, di pekan2 mereka bagi undi kepada DAP atau PKR. Tobat lahum mereka nak undi Umno.

PRU 13 memang sah " Pengundi Cina Tolak Umno ". Ada siapa2 pemimpin Umno berani menidakkan statement ini ?

Yang sebenarnya, RM2 juta itu kalau Umno gunakan wang sebanyak itu untuk membantu mana2 orang melayu khasnya penyokong2 Pas yang rumah mereka elok sikit sahaja daripada kandang kambing atau reban ayam, insyallah satu kampong akan beri undi kepada Umno sebagai tanda terima kasih kerana Umno bantu orang susah.

Tetapi bila Umno sanggup bagi RM2 juta kepada kaum cina yang terbukti " Tolak Umno Dalam PRU 13 " maka saya rasa ramai orang melayu yang bukan ahli Umno dan ahli Umno yang bukan karat hijau yang telah memasang angan2 untuk mengundi Umno pada 4.11.2013 ini akan berasa TAWAR HATI terhadap Umno.

Kalau Umno dan TS Muhyidin Yassin tak percaya, cuba baca dan hayati lah luahan rasa pengunjung2 dalam blog yang pada peringkat awalnya nampak menyampah dengan Pas tetapi kini mula menyampah dengan Umno pulak. TERMASUK LAH SAYA .....

Pendirian saya sekarang adalah. Dalam PRK Sungai Limau ini JIKA UMNO MENANG MELAYU TIDAK DAPAT APA-APA dan JIKA PAS MENANG MELAYU TIDAK RUGI APA-APA.

Bukan mustahil KERANA RM2 JUTA UMNO AKAN TERLEPAS PELUANG MENANG DI SUNGAI LIMAU. Kita tunggu dan lihat hasilnya pada malam 4.11.2013

Jika Umno kalah, TS Muhyidin Yassin adalah penyebabnya. Jika Umno kalah, RM2 juta adalah harganya.

Pak Belalang

Anonymous said...

Hangpa melayu undi Umno tak dapat apa-apa. Tapi bila cina tak undi Umno boleh dapat 2 juta. Sapa cerdik ?

Anonymous said...

Melayu mudah lupa .............

Anonymous said...

Dah namanya Melayu...harapkan subsidi jelah

RBF Online said...

Jangan kecoh-kecoh....duit dua juta itu pun kita orang islam tak boleh pakai. Itu sahaja yang saya boleh beritahu. Geng brotherhood semua dah tahu perkara ni.

Anonymous said...

Cina bayar cukai juga bro..
hak mereka ada dalam perlembagaan..
kalau cina keluar dari malaysia, negara boleh lesap banyak hasil..

jadi, tak perlu lah jadi batu api utk laga2. Nasihat kepada penyokong DAP, tak perlu jadi UMNO utk lagakan UMNO.

TK

Anonymous said...

Duit hasil arak dan babi kalau di agihkan kepada penyokong PAS, gerenti jadi Halam.. bagitau mereka, 'ni duit hasil babi dan arak ni, dah tak boleh bagi kepada Cina dan pendidikan mereka, kita bagi kepada PAS'.

Wakakaka.

Anonymous said...

kepada anon : October 31, 2013 at 11:18 AM

UMNO la cerdik, guna duit cina untuk dapatkan undi cina.

Anonymous said...

aku rasa.. RM2J tu nak test market undi. apa pengundi yng ini akan buat.

Anonymous said...

Sorry lah bukan Umno pilihan aku pada PRK ini. RM2juta kepada sekolah cina telah mengubah kasih sayang aku kepada Umno selama ini.

Anonymous said...

337

Aku juga serupa. Betul betul kecewa dengan Muhyidin.

Mustaqim Abdul Rahman said...

tulisan terbaik bro...sume aku sokong dari mula smpai habis....tapi yag last tue aku pohon kita tukar dan kita doakan ALLAH tunjukkan dia jalan yang lurus yakni jalan kepada Allah yakni jalan yang sederhana.....insyaALLAH kita juga akan ditunjukiNYA...amin...

Anonymous said...

RM2 juta apalah sangat berbanding peruntukkan berjuta juta beratus ribu untuk tahfis, sekolah rakyat itu yang diberitahu yang terselindung kita tak tau..kalau Cina DAP tau peruntukan besar besaran untuk pendidikan Islam bebagai nak ke depa diam..so coverlah sikit dengan RM2 juta tu..taikun cina tak pandang 2 juta tu, depa buat show kutip derma sekolah cina aje dah boleh kumpul juta juta jadi janganlah dengki sangat..bukannya 200 juta..

Anonymous said...

Asalamualaikum WBT
Sekadar teguran untuk saudara penulis Blog
-Hormati mereka-mereka yang telah meninggal dunia,kita belum pasti husnul khatimah atau sebaliknya... Lapangkanlah dada..semoga semua kita terpilih menjadi hamba-hambaNya yang soleh& solehah..

Anonymous said...

Betul kata anon 10:03 am, tapi Allah memberi kita kebebasan dgn memilih memikir dan merancangkan dgn kudrat kurniaan Allah.
Lepas tu kita tawakkal jadi ke berjaya ke mencapai impian tu yang kita kena redha.
Allah tak juga suruh kita duk berserah bulat bulat walau bagi yang sicacat OKU....minta maaf lah bag I pandangan je.