Monday, October 14, 2013

JJ Berjaya Memendekkan Langkah Panjang Anwar Dengan Amerika

Semenjak menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi Anwar Ibrahim telah 'main belakang' Tun Dr Mahathir apabila beliau menjalinkan hubungan sulit dengan Amerika. 

Tun mula membuka mata apabila dalam satu lawatan Anwar ke Washington pada tahun 1998 beliau telah diberi sambutan rasmi dengan dibentang permaidani merah dan tembakan meriam 21 das. Sambutan yang sangat luar biasa terhadap seorang Timbalan Perdana Menteri. Bukan sahaja Tun Dr M, malah ramai lagi pemimpin-pemimpin lain termasuk pemimpin dunia membuka mata melihat perkara itu. 

Tahun 1998 juga dunia termasuk negara kita dilanda krisis kewangan. Anwar selaku Menteri Kewangan ketika itu bersungguh-sungguh mahu mengikut formula Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk mengatasi masalah tersebut. Saya masih ingat ketika itu Anwar menaikkan bayaran minimum kad kredit, menaikkan interest pinjaman kenderaan dan rumah. Hingga satu tahap interest pinjaman kenderaan naik sehingga 8 peratus. Waktu itu banyak peniaga-peniaga kereta yang gulung tikar kerana orang tidak mahu membeli kereta. 

Selepas Anwar dipecat daripada kabinet September 1998, Tun Dr M mengambil alih jawatan Menteri Kewangan. Selepas itu Tun perkenal formula sendiri bagi mengatasi krisis kewangan. Antara yang diperkenalkan Tun M adalah tambatan Ringgit dengan Dollar Amerika. Amerika sangat marah dengan tindakan itu. Tapi Tun tetap Tun.....kau Amerika ke, siapa ke, apa dia peduli...

Pada November 1998 ketika Anwar berada dalam penjara, Persidangan APEC telah berlangsung di Kuala Lumpur. Dua rakan Anwar dari Amerika turut hadir dalam persidangan tersebut. Mereka adalah,Madeleine Albright, Setiausaha Negara Amerika dan Al Gore, Naib Presiden Amerika.

Dalam satu persidangan peringkat menteri di Hotel Palace of the Golden Horses, Madeleine Albright telah memalukan Malaysia selaku tuan rumah di depan menteri-menteri negara lain apabila secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap Anwar. Datuk Seri Rafidah Aziz yang mewakili Malaysia pada waktu bangkit 'membelasah' Madeleine hingga berlaku pertikaman lidah dan mengejutkan wakil-wakil negara lain. 

Sokongan Amerika terhadap Anwar tidak berhenti di situ...sehari dua selepas itu dalam satu majlis
Madeleine Albright-Wan Azizah- KL 1998
makan malam sempena Persidangan  APEC bagi meraikan ketua-ketua negara dan delegasi, Al Gore pula dalam ucapannya mengambil kesempatan untuk menyatakan sokongan kepada Anwar. Tun Dr M turut berada dalam majlis tersebut. Selesai menyampaikan ucapan Al Gore terus bergegas meninggalkan majlis tanpa menjamu selera bersama Ketua-Ketua Negara yang lain. Sekali lagi Malaysia dimalukan di bumi mereka sendiri. 

Dua contoh diatas adalah sebahagian contoh untuk menunjukkan kepada anda bagaimana kuatnya hubungan Anwar dengan Amerika. 

Selepas bebas daripada penjara, rumah kedua Anwar adalah di Amerika. Dia kembali mengukuhkan hubungannya dengan pihak-pihak tertentu di Amerika. Bermacam-macam yang dia burukkan Malaysia kepada Amerika. 

Keadaan itu jika dibiarkan berterusan akan merosakkan negara. Mungkin menyedari tindakan Anwar itu membahayakan negara, sebaik sahaja dinobatkan sebagai PM pada tahun 2009, Datuk Seri Najib telah membuat kejutan apabila menghantar rakan beliau yang juga Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis (JJ) sebagai Duta Malaysia ke Amerika. Jika tidak silap saya itulah kali pertama seorang ahli parlimen yang masih lagi berkhidmat dilantik sebagai duta. 

Sewaktu menyerahkan watikah perlantikan beliau kepada Presiden Amerika, JJ muncul lengkap dengan berpakaian istiadat melayu. Perkara itu menjadi bahan berita di media-media Amerika. 


JJ tidak menunggu lama, sebaik sahaja perlantikannya diterima Kerajaan Amerika beliau terus memulakan tugas utamanya, iaitu membetulkan balik pembohongan-pembohongan yang dilakukan Anwar di Amerika. Selain itu beliau juga berjaya mencatas hubungan Anwar dengan pihak-pihak tertentu di Amerika. 

Hasil daripada kerja yang dilakukan JJ dari sehari ke sehari hubungan Anwar dengan Amerika semakin punah. Sebab itu jika anda perasan dalam kes liwat yang melibatkan Saiful Bukhari, Amerika tidak lagi mempertahankan Anwar. 

Daripada dulu lagi saya sering berkata kepada rakan-rakan bahawa tindakan Datuk Seri Najib melantik JJ sebagai Duta Malaysia ke Amerika adalah langkah yang cukup tepat. Selain dari menjalankan tugas antara kerajaan dengan kerajaan, beliau juga berjaya menjalankan tugas politik. 

Ahli Kongres Amerika dibawa ke Malaysia oleh JJ untuk menunjukkan keadaan sebenar kepada mereka-Ogos 2013
Kejayaan JJ dalam menjalankan tugasnya wajar dipuji. Beliau berjaya membetulkan persepsi buruk Amerika terhadap Malaysia dan berjaya mencantas pembohongan-pembohongan yang dilakukan Anwar. Hasilnya kita boleh lihat hari ini. Hubungan Malaysia dengan Amerika tidak seburuk dulu dan yang paling penting mereka kini lebih menghormati kita sebagai sebuah negara berdaulat. Dan yang paling....paling....paling penting lagi, Amerika kini tidak lagi mempercayai Anwar seperti dulu. 

Walaupun kini beliau bukan lagi Duta Malaysia ke Amerika, namun JJ masih lagi memainkan peranannya dari Malaysia hasil hubungan atau rangkaian yang beliau bina selama empat tahun di Amerika. 

Oleh yang demikian orang seperti JJ perlu dikekalkan dalam barisan kepimpinan Umno. Ini kerana tugas dan peranannya cukup besar. Jika anda seorang perwakilan Umno, saya cadangkan kepada anda beri satu undi kepada beliau, calon nombor 25. 

3 comments:

JL said...

tapi bro...JJ juga banyak terpalit dgn pelbagai cerita negative yg penuh dgn kontroversi...so camner????

Anonymous said...

BRO..YANG MEMANG SAH TERPALIT TAIK ADALAH BROTHER NUAR. PERGI MANA PUN PASTI ADA BAU...

surecorrect said...

JL..,

Siapa dalam dunia politik tidak pernah terpalit dengan pelbagai cerita negatif.

Kalaupun si JJ ada terpalit dengan pelbagai kisah negatif, namun tidaklah cerita dia tu sehebat cerita yang menggegar dunia tentang al-kisah si Anwar Al-Juburi yang menjuburi pelbagai jenis bontot jantan yang jenis muda mahupun bontot yang sudah tua-kerepot..!

So.., kisah si JJ terpalit dengan pelbagai cerita negatif is nothing compared to al-kisah si Anwar Al-Juburi.