Thursday, October 3, 2013

Laporan Audit: Pesanan Nik Aziz Ibarat Perompak Menasihati Pencuri


Semalam bapa mertua Ariffahmi turut sama membuka mulut mengulas tentang isu Laporan Ketua Audit Negara 2012. Cara dia bercakap itu seolah-olah dialah yang paling suci dan paling mulia dalam dunia ini tanpa secalit noda dan dosa. 

Katanya;
Walaupun lepas di dunia, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan, pihak yang melakukan kesalahan, seperti dilaporkan dalam Laporan Audit Negara 2012, tetap tidak dapat melepas 'penghakiman' di akhirat.
"Audit di dunia mungkin kita boleh melepasinya, namun audit di Akhirat nanti, jika gagal melepasinya hanya neraka yang menjadi tempat balasannya,". 
Malaysiakini-02.10.2013

Ehem...ehem...dah tengok cermin ke sebelum nak memberi nasihat kepada orang lain ?

Siapa yang mengumumkan melantik menantu sendiri mengetuai anak syarikat kerajaan negeri selepas mesyuarat selesai dan catitan minit mesyuarat dihentikan ? 

Nak tahu lihat di sini 

Siapakah yang menerima tajaan pergi haji kemudian membatalkannya apabila keadaan kecoh ? 

Pinjam ayat Nik Aziz, "walaupun lepas dengan SPRM dan lepas di dunia, ingat penghakiman di akhirat nanti". Ingat tu Nik Aziz....

Sejahil-jahil kami orang-orang Umno yang kamu tuduh sekular, menolak islam, tidak sembahyang dan sebagainya, sekurang-kurangnya kami jujur dan telus kepada rakyat. Sejak merdeka kami perintah negara kami buat Jabatan Audit, lantik Ketua Audit Negara, beri kuasa kepadanya untuk mengaudit dan mengumumkan hasil laporan. Yang betul diumum betul....yang tak betul diumum tidak betul. Tiada arahan untuk sorok-sorok dan umum yang baik-baik sahaja. 

Mana laporan audit Tabung Memali Pas yang dikutip atas nama anak yatim ???

Mana laporan audit Kohilal yang membuatkan pelabur-pelabur hilang jutaan ringgit ??? 

Mana laporan audit duit-duit derma Pas yang dikutip dari orang ramai sejak puluhan tahun ???

Jangan ingat Kerajaan Kelantan suci sangat. Tahun lepas laporan Ketua Audit Negara mendedahkan tentang kegagalan projek pembangunan Lembah Sireh. Mana stadium wanita yang dijanjikan ? Mana jambatan yang dijanjikan yang diletak batu asas sejak belasan tahun ? 

Ingat....janji munafik di dunia bolehlah lepas....tunggulah penghakiman di akhirat nanti....

Sebelum nak intai punggung orang lihat dulu bontot sendiri....

17 comments:

Anonymous said...

Salam rbf,
betul ckp tuan tu. Smlm pun sy smash kawan2 sy yg post teguran wali keramat dlm group whatsapp mcm yg tuan tulis tu. Tp sy lembut lg ckp pencuri tegur pencuri. Wali keramat ni x sedar ke laporan audit tegur kat semua kjaan termasuk kjaan negeri.maksudnya dgn dia sendiri la memandangkan tahun 2012 dia masih mb. Yg ladang tapis bg bonus 11 bulan wpun rugi tu apa citer? X masuk lg citer pbt pasir mas beli tong sampah tp x agih. Kalau wali keramat nak salahkan bn sbb laporan audit ni maka sy pun nak salahkan kjaan pas sbb sama2 kena tegur. Adil kan?

jentayu

Anonymous said...

Padan muka ko, nik ajis. Cakap agama macam ribut. Berlagak suci macam dia wakil Allah di atas bumi. Serban, jubah dan janggut hanya lakonan utk membodohkan orang islam.

Orang macam ni hatinya terlalu kotor. Basuh guna air zam-zam pun takdak guna pun. Hati penuh dengan kebencian macam manalah boleh dapat gelaran Tuan Guru.

Nik ajis bukan pewaris nabi sebab sifat beliau dan nabi tak sama langsung. Sifat nabi dan rasul yg kita boleh baca dari Al-Quran ialah : -

-bersyukur
-tidak syirik
-pemaaf
-bercakap benar
-bercakap dengan perkatan2 baik
- dll.

Tapi kalau kita buat perbandingan dengan kisah Iblis, Nik ajis menyerupai hampir 90% sifat makhluk laknatullah itu.

Matkilau penang said...

salam sahabat minta link blog hebat tuan pada blog matkilaupenang.blogspot.com

Anonymous said...

Takde hal la bagi PAS.. kunci syurga dah pegang.. confirm masuk la..

Anonymous said...

Tanah kerajaan yg konon guna naama dia sbb MB dah pulang blom? Jgn wat lupa demo tu pencen MB doh. Jgn wat gedebey dgn agah sangat.

Anonymous said...

salam,
macam biasa la, dah menjadi budaya dan adat resam pembangkang terutama pas untuk lihat tahi orang lebih busuk. dia tak sedar bahawa diri mereka pun bergelumang dengan tahi. tahun lepas bila audit tegur mereka, melenting sakan dan menuduh umno yg memburukkan mereka. tapi bila teguran audit kepada kerajaan, semuanya betul.

kita harap, ahli parlimen, pac ambil berat berkenaan laporan audit. buat kajian dan menyiasat. harap laporan dan pertanyaan ahli parlimen bn dan pembangkang dapat membetulkan perjalanan kewangan kerajaan dan menyelamatkan malaysia. kalu runtuh negara melibatkan semua rakyat, bukannya penyokong bn sahaja. kalu wakil rakyat pembangkang menjalankan tugas dengan baik, mungkin dapat perintah negara 5 tahun akan datang ditambah pula dengan prestasi yang merundum para pemimpin umno dan bn.

moga Allah swt menyelamatkan negara kita, dan melindungi rakyat malaysia daripada kemusnahan, tamak haloba para pemegang amanah yang tidak jujur dan bersih.

Anonymous said...

"meludah ke langit , terpecik ke muka sendiri" . itu sesuai utk tok guru .tok guru duk dendiam kat rumah sudahlah . sibukkan aje diri tu dgn amal ibadat dan tugas sebagai adun kawasan .hal audit negara ni , tak payah nak ambil pusing .jaga jubah sendiri , tak payah pi belek jubah org lain . heheh

Anonymous said...

Apa yang sebenarnya dinyatakan dalam laporan audit itu adalah petikan dari maklumbalas yang dibuat oleh KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN (KPKK) Pada 5 Jun 2013 sebagaimana berikut:

'Master Clock System telah digugurkan selaras dengan keputusan Jawatankuasa Teknikal Tender. Tiada keperluan untuk membekalkan Slave Clock dalam kontrak ini, Jabatan hanya menyenaraikan Branded Wall Clock dengan anggaran kos asal RM100 sahaja. Bagaimanapun, kontraktor telah menawar dan membekalkan Branded Wall Clock yang mengandungi ciri-ciri Slave clock yang bernilai RM3,810.00 (harga pasaran yang telah disemak). Secara tidak langsung RTM mendapat bekalan jam dinding yang bermutu tinggi dan melebihi value for money'.

Ternyata dari maklumbalas KPPK yang dinyatakan oleh laporan audit langsung tidak memberi maksud yang boleh difahami sebagai "RTM beli jam yang berharga RM100 pada harga RM3810".seperti yang dilaporkan oleh portal pembangkang itu.

Anonymous said...

Bang, betul ke orang tua nyanyuk ni cakap begitu? Aku rasa wartawan tu salah lapor la, nak tau sebabnya????

"Kita PAS buat serupa dengan Al-Quran suruh, kita ikut Islam, tapi kalau rakyat lebih percaya kepada laporan audit itu daripada PAS, itu boleh rosak akidah, kerana audit tidak ikut serupa dengan Islam suruh audit, dia ikut sistem sekular, dia tolak Islam ambil kebangsaan, mana boleh Audit tu lebih betul dari PAS (Islam), ini tidak boleh". - Porky Nicky, Okt 2012

Anonymous said...

Bang, betul ke orang tua nyanyuk ni cakap begitu? Aku rasa wartawan tu salah lapor la, nak tau sebabnya????

"Kita PAS buat serupa dengan Al-Quran suruh, kita ikut Islam, tapi KALAU RAKYAT LEBIH PERCAYA KEPADA LAPORAN AUDIT ITU DARIPADA PAS, ITU BOLEH ROSAK AKIDAH, kerana audit tidak ikut serupa dengan Islam suruh audit, dia ikut sistem sekular, dia tolak Islam ambil kebangsaan, mana boleh Audit tu lebih betul dari PAS (Islam), ini tidak boleh".
- PORKy Nicky, Okt 2012

Anonymous said...

kat kelantan lagi power..rugi juta2 pun masih boleh beri bonus 11 1/2 bulan? kah kah kah

Daddy Cool said...

Apa kau cakap ni rbf???kau kata nik aziz pencuri??? Baik2 kau rbf, nanti tak dapat masuk sorga pok nik baru kau menyesal tak sudah...pok nik xbuat semua tu,soal pelantikan mnantu dia tu bukan soal kroni tapi soal org yg boleh buat kerja pok nik cakap...kerajaan pas kelantan mana pernah gagal, malah kelantan skrg ni merupakan negeri paling maju kat malaysia ni..xlama lagi nak ad highway dah, bullet train dgn 300km sejam lajunya...pasal jambatan berbelas tahun tu, dia cakap nak buat jambatan,dia xckap akn siap bila..dh letak batu asas kira ok la tu...apa la kau rbf...

mustaqimabdulrahman said...

camna nak tgk bontot sendiri...mgkn saudara pesal leh ajar..hahaha.......

anyway...terbaik....tapi jgn intai bontot org...bontot sendiri pun jgn..nanti abe nuor dtg..kekoh...hahahah...

Buruh Lembut said...

Perompak & Pencuri sama-sama jahat & masuk neraka!!

Anonymous said...

ALLAH TELAH LAMA MENUTUP PINTU HATINYA UNTUK MENERIMA KEBAIKAN....DAN HATI NYA TELAH TERHIJAB....LANTAS TIDAK NAMPAK KELEMAHAN DIRI SENDIRI....TIDAK NAMPAK CACAT DIRI SENDIRI....TIDAK TAHU DOSA KERING DIRI SENDIRI.....PERCAYALAH BELIAU AKAN MUFLIS DI AKHIRAT NANTI KERANA PERBUATAN DAN KATA-KATA JAHAT BELIAU.

Anonymous said...

Kalau bukan penipu bukan dia lah tu.

Anonymous said...

Tabung Lahat Datu PAS baru2 nih apa dah jadi? Duit gi mane?