Monday, October 7, 2013

NKP: Lokman Atau Jamawi Yang Akan Terpilih ?

Empat orang calon yang akan bertanding sebagai Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, dimana pemilihannya akan diadakan kira-kira lima hari daripada sekarang. 

Mereka ialah;

1. Jamawi Jaafar 

2. Lokman Noor Adam 

3. Mohamad Iruan Zulkefli

4. Khairul Azwan Harun

Setiap calon ada kelebihan dan kekurangan masing-masing....

Saya cuba untuk berkongsi dengan anda dari kaca mata saya calon mana yang mempunyai kelebihan. Pendapat saya mungkin tidak sama dengan pendapat anda. Dan saya tidak memaksa anda untuk menerima pendapat saya. 

Daripada empat calon diatas saya melihat pesaing sebenar ada dua orang sahaja. Saya berpendapat salah seorang daripada dua orang ini sahaja yang mengisi kerusi berkenaan. Samada Lokman Noor Adam atau Jamawi Jaafar. Jika Lokman menang, Jamawi akan berada di tempat kedua. Jika Jamawi menang , Lokman akan berada di tempat kedua. Siapa yang akan menang perwakilan yang akan tentukan....

Jamawi mempunyai kelebihan disebabkan bilangan perwakilan yang besar dari negeri Sabah. Dalam masa yang sama perwakilan dari Semenanjung Malaysia juga mungkin berfikiran tidak ada salahnya jika mereka meletak wakil Sabah di kerusi berkenaan disebabkan kekuatan Umno di Sabah menjadi penyumbang besar kepada kejayaan BN. 


Manakala Lokman pula memiliki segala kelebihan berbanding tiga calon lain. Ini disebabkan beliau
seorang pemidato yang hebat dan boleh dikatakan telah berceramah ke setiap Bahagian Umno yang ada di negara ini. Dari Sabah sampai ke Perlis orang-orang Umno telah kenal beliau. Di sini Lokman mempunyai kelebihan kerana tidak menghadapi banyak masalah untuk turun ke negeri-negeri dan bahagian-bahagian bagi tujuan berkempen. Perwakilan melihat Lokman sebagai seorang yang telah terbukti boleh bekerja dan badan boleh berlengas. 

Khairul Azwan Harun pula mempunyai kelebihan kerana berwajah kacak menepati ciri-ciri sebagai seorang pemuda. Dalam masa yang sama beliau juga berwajah ala-ala koporat. Mungkin disebabkan  kedudukan beliau sebagai ahli perniagaan. Kedudukannya itu boleh memudahkan pemuda dari sudut kewangan untuk melakukan kerja-kerja parti.  Bagaimanapun kesilapan yang paling besar dilakukan oleh orang-orang yang berkempen untuk beliau di media internet telah membuatkan orang-orang Umno mula bersuara mengatakan beliau menggunakan pemain media cyber untuk memburuk-burukkan calon lain. Ini terjadi apabila sebelum ini terdapat pemain-pemain media cyber pro Umno yang mengangkat dan menjulang Azwan telah menyerang peribadi calon-calon lain terutamanya Lokman Noor Adam. Perkara ini tidak disenangi oleh perwakilan dan tidak mustahil Lokman akan mendapat undi simpati hasil daripada tindakan tersebut. 

Khairul Azwan Harun
Mohamad Iruan Zulkefli pula tidak begitu dikenali ramai. Saya sendiri pun tidak mengenalinya. Jadi saya tak boleh nak komen apa-apa. Iruan dari Perak dan Azwan juga dari Perak. Jadi undi daripada negeri Perak sudah pasti akan berpecah dua. 

Apa-apa pun terpulang kepada perwakilan. Kita hanya boleh memberi pendapat, kita boleh kempen calon itu atau calon ini dan kita boleh meramal. Namun keputusan akhir tetap ditangan para perwakilan. Politik dan bola sepak sama sahaja....penuh dengan keajaiban. Macam-macam boleh berlaku. Hari ini mungkin saya jangka Jamawi atau Lokman yang akan menang.  Tup....tup....keluar keputusan nanti Iruan yang menang....

6 comments:

Anonymous said...

Steady Iruan Lenggong.. Dari Akar Umbi kepada Akar Umbi.

Anonymous said...

stedi la wan bro...

Anonymous said...

loman nor adam? Puiiiiiiiii

Abg Is said...

ntah.. xtau nk pilih siapa. Tak kenal dan tak pernah nk kenalkan diri.

kalau tinggal kosong pada petak undi, undi dikira rosak.

nak tembak, takut tersalah tembak. kalau ada blog macam calon angin perubahan (57)tu, aku boleh la tolong bagi undi.

Kena mengundi banyak, 12hb kena.. 19hb kena juga.

Pening2.. Difahamkan akan terjadi banyak undi rosak sebab ramai pakcik2 yang tak tau menulis atau tak ingat nombor.

Kalau main pangkah macam PRU, senang.

manroy din said...

Tak suka takpa tp jgn la disebabkan kita dah terima suapan dlm btk duit atau projek maka kita kutuk calon2 lain plak. Kalau nak diceritakan ttg keburukan calon byk lagi keburukan calon2 yg anda sokong tu. Jadi sebelum org lain hentam calon anda kaw2 siap bukti2 penyelewengan dan tak buat koja baik jgn kutuk calon yg kita tak sokong.

Anonymous said...

macai KJ diTitiwangsa sebenarnya tak layak jadi calon http://thebenchmark0.blogspot.com/2013/10/untuk-lembaga-yang-jaga-disiplin-umno.html