Monday, October 14, 2013

Perwakilan Jadikan Chai Sebagai Senarai Yang Perlu Diikuti

Sistem lama pemilihan Umno menetapkan kuota pencalonan untuk melayakkan seseorang bertanding jawatan bagi peringkat Majlis Tertinggi.

Presiden - 30 peratus
Timbalan Presiden - 20 peratus
Naib Presiden - 10 peratus
Ahli MT - 5 peratus

Sesiapa yang tidak melepasi peratusan kuota yang ditetapkan tidak layak untuk bertanding. Tujuan sistem ini diperkenalkan untuk memastikan orang yang mendapat sokongan bahagian sahaja yang boleh bertanding. Ini bagi mengelakkan seseorang masuk bertanding sesuka hati. 

Selain daripada peratusan kuota, sistem lama juga hanya membolehkan 13 orang perwakilan dari setiap bahagian bagi mewakili ahli-ahli di bahagian tersebut untuk memilih pemimpin peringkat Majlis Tertinggi. 

Jumlah perwakilan 13 orang setiap bahagian bila dikali dengan 191 Bahagian Umno seluruh negara ianya menjadi 2483 orang. 

Terdapat rungutan daripada ahli-ahli yang mengatakan adalah tidak adil apabila hanya 2483 orang sahaja daripada lebih 3 juta ahli Umno yang berkuasa memilih pemimpin peringkat atasan. Selain itu ianya memudahkan calon-calon untuk membeli undi daripada perwakilan atau pun dipanggil politik wang. 

Apabila Datuk Seri Najib dipilih menjadi Presiden Umno 2009, beliau mengambil berat tentang perkara ini. Satu kaedah pemilihan baru diperkenalkan bagi untuk memberi ruang dan peluang yang lebih besar kepada ahli-ahli Umno untuk memilih pemimpin atasan. Selain itu juga untuk mengatasi masalah politik wang. 

Maka wujudlah sistem pemilihan baru. Jika dulu hanya 2483 orang yang berkuasa untuk memilih pemimpin atasan, sistem baru pula membolehkan 146, 500 orang perwakilan yang berkuasa untuk memilih pemimpin atasan. Secara puratanya setiap bahagian mempunyai 767 orang perwakilan. 

Bayangkan daripada 13 orang setiap bahagian melonjak kepada 767 orang. Berapa puluh kali ganda punya peningkatan ? 

Selain daripada peningkatan perwakilan, kelayakan untuk bertanding pun dipermudahkan. Macam-macam yang pemimpin atasan buat demi untuk memastikan parti terus relevan sepanjang zaman. 

Tetapi sayangnya.....sayangnya....ahli dibawah tidak menghargai ruang dan peluang yang diberikan oleh pemimpin di atas. 

Kenapa saya kata begitu ? 

Saya ada kisah yang nak diceritakan....

Sabtu 12 Oktober 2013, pemilihan peringkat sayap parti telah berlangsung. Daripada tinjauan yang dilakukan sendiri dan daripada soal selidik dan tanya khabar yang saya lakukan, didapati rata-rata perwakilan tidak menggunakan kesempatan yang diberikan sebaik mungkin. 

Perwakilan tidak membuat homework untuk mengenal pasti seseorang calon samada mereka layak dipilih atau tidak. Mereka tak periksa pun siapa dia ni ? Dari mana ? Apa latar belakangnya ? Senang cerita, rata-rata perwakilan tidak kenal pun siapa calon yang bertanding. Sebaliknya mereka main pilih mengikut senarai chai yang dibekalkan oleh ejen calon. 

Mereka menjadikan senarai dalam chai itu sebagai calon yang wajib dipilih...

Di persidangan satu Pemuda Bahagian yang saya hadiri, satu chai telah diletakkan di dalam beg perwakilan. Chai tersebut untuk pemilihan Pemuda Pusat. Semasa pengundian berjalan perwakilan sedikit pun tanpa rasa bersalah letak chai di sebelah kertas undi dan menulis nombor-nombor calon mengikut yang tersenarai dalam chai.  Bagi mereka apa yang diletak dalam beg itu wajib diikut. Apabila keputusan diumumkan ianya sama sepertimana yang tersenarai dalam chai

Saya hubungi kawan-kawan di bahagian lain....rata-rata mereka memberitahu perkara yang sama. Perwakilan mengundi mengikut chai yang mereka dapat. Jalan mudah...tak payah nak pening-pening kepala nak fikir atau nak buat homework untuk mengenal pasti calon. Jika begini caranya maka jawabnya sia-sia sahaja perubahan yang cuba dibuat oleh pemimpin atasan. 

Ahli-ahli dibawah bercakap senang....Umno kena berubah....pemimpin kena berubah dan bla...bla...bla...Tapi diri sendiri bila nak berubah ? 

Kita nak parti kita terus maju, kuat dan relevan sepanjang masa. Tapi bila kita diberi kuasa untuk membuat keputusan, kita sia-siakan. Jadi, kalau parti kita jahanam, jangan salahkan pemimpin atasan 100 peratus. Kita sendiri pun turut menjadi penyumbang. 

37 comments:

To Live Again said...

Salam RBF,

Kesimpulan yang dapat saya buat,keptusan PAU bagi Pemuda,Wanita dan Puteri benar-benar membuatkan rakyat makin jelak dan meluat dengan umno! KJ yg terpalit dgn pelbagai isu rasuah dn kontrovesi tingkat 4 menyapu bersih kesemua 191 bahagian dan Kak jat yang terpalit dengan skandal NFC kendalian suaminya pula MENANG BESAR dlm pemilihan lalu.

Jelas did sini rakyat dapat menilai bahawa umno sehingga ke peringkat akar umbi sudah kenyang dengan duit rasuah!

Percayalah RBF,kemenangan Hishammudin pd 19hb ini akan menjadi PAKU TERAKHIR pd keranda umno yg sudah siap duntuk ditalkinkan pada PRU14 ini!

Anonymous said...



Walaupun Chai beri list nama calon, perwakilan tak dipaksa pun untuk ikut.

jangan salahkan perwakilan kalau mereka tak kenal calon ..salah calon sendiri kerana dikenali seblum ini

Anonymous said...

Kalo hisham menang bermakna bkn aq xsokong umno tapi UMNO sendiri yg menggesa org spy menolakmyer....

Calon yg xberwibawa terpilih,..mmgla UMNO tunggu masa masok kuborla.skrgneh pon dah kene balut dg kafan jer sbb kj n ijat..,

Anonymous said...

Comfirm 10 undi dr family aku berpindah ke PR pru14 ni... Dh bosan sgt2 gan umno ni masih x berubah

Anak Lenggong said...

Memang diakuai ada chai yang disertakan tapi bukan semua bahagian meletakkan chai yang sama dan perwakilan tidak dipaksa untuk membuat pemilihan mengikut chai yang diberikan..otak yang diberi untuk berfikir dan tangan yang menulis nombornya..takde sape pun yang paksa sebab undi ditangan perwakilan sendiri..

Anonymous said...

Self destruct system initiated.
Tick tock tick tock...

aboudiabydoo said...
This comment has been removed by the author.
aboudiabydoo said...

Kat banyak tempat armand tak ada pun dalam cai tapi menang juga. Sebabnya dia dikenali di peringkat nasional, dan kempen sosial media dia bagus. Nak menang kenalah usahakan diri supaya dikenali di peringkat nasional, dan bukan setakat sebulan dua sebelum pemilihan saja.

Cai Pusat memang tak ada paksaan utk memilih. tapi nak pilih 20 org exco bukannya senang. paling kuat perwakilan biasa hanya kenal 3-4 org, yang lain2 ikut saja lah cadangan pimpinan pemuda bahagian. calon x boleh salahkan perwakilan kalau mereka langsung tak dikenali di peringkat pusat.

aboudiabydoo said...

yang pasal KJ lawan Akhram, aku tak salahkan perwakilan yg tak undi Akhram walaupun mereka kurang minat KJ. Habis macam mana, Akhram ni low profile habis dan boleh kata 95% perwakilan tak kenal dia LANGSUNG!

Takkan lah kita nak pilih orang yang kita tak kenal langsung. Kalau grup anti-KJ nak perwakilan buat pilihan bukan-KJ, letaklah calon yang lebih dikenali! Jangan salahkan perwakilan dan jangan sedap2 panggil perwakilan bodoh.

Anonymous said...

habis tu? nak pilih lagi orang yang TERANG-TERANG dah jadi LIABILITI, dah KOTOR, dah BUSUK sebab pihak lawan hanya low profile dan tak dikenali? camtu ke? camtu ke mentaliti pemuda umno? kalau camtu la alasan, memang wajar dipanggil bodoh lah..

habislah...dah boleh agak di mana umno pru14 nanti..bye bye

Anonymous said...

bukan masalah akhram profile dan tak dikenali (walaupun hari2 kuar paper dah sejak pencalunan - perwakilan jenis tak baca surat kabar kot)..tapi masalah akhram takder pitih sebanyak KJ larrr....takut nnt kena blacklist dgn KJ kalau tak undi..almaklumlar...bakal PM termuda kan???

Anonymous said...

Kalau ada kad nombor chai tu kira macam tak adil(kalau kat pru pun tak boleh), kenapa tak guna sistem nama je macam PRU, pangkah kan senang tau nama dan pangkah.

kalau pakai nombor susah nak ingat jadi orang dah bagi nombor tu lah yang ditulis.

Anonymous said...

Ada calon pusat yg menggunakan jentera propaganda parti untuk melobi.
Ada calon pusat yg memanggil calon bahagian untuk melobi.
Pembahagian wang melobi berlaku sehingga ke pagi hari mengundi.
Insya-Allah, undi PRU-14 TIDAK akan kepada BN jika:
1. DSAI tidak lagi menerajui PKR.
2. Muhkriz tidak terpilih.

maae said...

Apa yang dapat di rumuskan :-

1. Calon-calon yang merasakan berwibawa dan di terima akar umbi, mula bekerja kuat dan promosikan diri. Menjadi calon di pilih bukan tanggapan semata-semata.

2. Bekerjasama dan bukan menentang. Gunakan saluran media cetak dan siber dengan berkesan.

3. Terdapat lompang besar antara pusat dan akar umbi. Kesempatan ini telah di gunakan sepenuh nya dengan kertas-kertas cai pencalonan. Praktik ini kurang sihat jika Umno ingin transformasi dan peremajaan parti - memberi peluang pemimpin-pemimpin muda.

4. Untuk pemilihan tiga tahun akan datang, satu mekanisma pemilihan telus mesti di di perkenalkan. Pada waktu itu, para senior sudah melangkaui kemampuan.

Anonymous said...

OFF TOPIK

KALIMAH ALLAH MILIK UMAT ISLAM. ALLAHU AKBAR!!!

Anonymous said...

Kut-2 belum sempat jadi PM. UMNO dah mampus !

aboudiabydoo said...

Anon 10:40. (1) Ko kata KJ terang-terang liabiliti etc. Perwakilan tidak beranggapan sedemikian. Walaupun ramai yg kurang minat KJ sebab sejarah beliau, perwakilan sedia beri lagi peluang pada KJ memandangkan lawan tak dikenali langsung. Better the devil you know.

Anon 10:46. (1) Memang lah Akhram selalu keluar paper sebelum hari undi, tapi cukupkah itu utk dikenali?
(2) apa kes sikit-sikit tuduh main duit? sedap fitnah nampak. haram satu sen aku dgn budak2 cawangan tak dpt duit dari KJ ke, dari akhram ke, dari jamawi ke, dari wanbro ke, dari lokman ke. kalau ko kepala pilih org ikut duit, jangan tuduh org lain macam tu brader.

Anon 10:48 - aku setuju, patut ada nama dan guna sistem pangkah. Lebih mudah memilih. Pusat harus ambik port utk penambahbaikan. walau apapun kita bebas bawa buku guideline yang ada semua nama dan nombor calon letak sebelah kertas undi utk rujuk. Itulah yang kami buat di bahagian aku.

Anon 10:52
Pembahagian wang berlaku sehingga pagi mengundi? Siol betul, woi mana duit aku ni woi!!! Parking pun bayar sendiri! (perli je tu)

maee, saya setuju sedikit sebanyak. tapi ttg cai terutama 20 EXCO, cuba tuan tengok 77 nama tu dan tengok sendiri, boleh pilih tak 20 org yg tuan konfiden terbaik jadi exco. Cuba lah tengok.

Anonymous said...

bagi peluang sebab lawan tak dikenali langsung? bukankah itu lebih baik? so takdela peluru oleh pihak pembangkang dalam pru14 nanti..itu pun tak dapat fikir ke? sedangkan pada masa yang sama umno boleh mendabik dada bahawa transformasi yang diperkatakan BENAR2 DILAKSANAKAN..
tapi itu semua hanya drama..perwakilan tahu ke tak jika si polan terpilih, senang2 je dia akan jadi peluru kepada PR pada pru14 nanti? patut pun pilih penyokong dap jadi press secretary..
tik tok tik tok..

Anonymous said...

Melayu mudah lupa....
Pemua UMNO dah lupa ke apa si KJ buat masa Pak Menrtua dia memerintah?

Bersekongkol dengan Kalimullah,
menghina Tun Mahathir,
melahap harta negara untuk kawan2 dia,

itu semua sudah cukup untuk manusia waras pembela bangsa membuat keputusan.

Sebab itu le orang katakan Pemuda2 umno bodho.

jangan marah kalau orang kata macam tu.

Anonymous said...

Kesimpulannya Pemuda UMNO tak mahu jadi kiri atau kanan, tp nak jadi tengah2....mcm pondan ler. Rakyat mcm aku bertungkus lumus balik kampung undi UMNO/BN sebab nak pastikan benteng Islam Melayu itu utuh. Aleh2 korang undi yang centrist. KJ menang memang dah agak, tp bagi lah penyaingnya fighting chance, beri mesej lah. Konfem Pemuda sekarang tak pandai baca akhbar English, english fail. Wanita? hmm....aku rasa rakyat kata..biarlah UMNO terjun dgn labu2nya. PRU14 aku balik undi ustaz PAS utk ADUN dan rosak undi Parlimen (sebab area aku area Cina DAP).

P/s: tak sabar dengar komen KJ al Kalimah Allah utk Muslim sahaja. Puak centrist nak kata apa ye???

aboudiabydoo said...

Anon 11.34

bagi peluang pada yg tak dikenali langsung supaya pembangkang takda peluru? Ko cakap macam orang bodoh. kalau perwakilan tak kenal Akhram langsung, macam mana kita tahu yang dia ada skandal ke, atau banyak skeleton in the closet ke yang pembangkang akan bukak? Pikir lah sikit sebelum tulis. Ttg KJ, kita dah tau apa yang PR akan bantai dia, dan kita yakin boleh defend. Ttg press sec Regina tu, aku benci sungguh dan perwakilan lain juga, tapi itu tak cukup utk buat mereka pilih Akhram. Ini keputusan masing2.

anon 11.45,

lupa apa yg KJ buat semasa pak Lah memerintah?

Manusia boleh berubah.

Lokman Adam buat apa dulu masa dia dlm PKR? Orang boleh terima dia kembali skrg.

ZAHID HAMIDI dulu bantai Tun M, orang kanan BABI, tapi kini siapa pejuang Melayu yang tak sokong dia?

Kau juga sokong dia kan? Adakah kata2 kau, "tu semua sudah cukup untuk manusia waras pembela bangsa membuat keputusan." terpakai utk kes Zahid ini, ergo engkau bodoh?

Anon 12:12 pm -

mana ko tau perwakilan tak bagi akhram fighting chance. Kena tengoklah undi popular - silap2 banyak tempat yg Akhram kalah sikit je.

Pemuda tak pandai English? Ni ha aku sdg buat statement of claim kes beratus juta ni sambil layan komen kat RBF ni, iyelah tu, ko sorang je lah pandai English. Elok lah tu hidup menghentam org macam sendiri je pandai. tepuk tangan sikit.

Anonymous said...

@ aboudiabydoo...TERIMA KASIH..ANDA TELAH MEMBUKTIKAN MAJORITI PERWAKILAN YANG ADA DALAM UMNO HANYA PAK TURUT YANG DITARIK HIDUNG!!MEREKA TIDAK MENGENALI CALON DAN TIADA USAHA UNTUK MENGENALI CALON!!SEDANGKAN AMANAH DAN HALA TUJU PARTI ATAS TGN MEREKA!!MAKA WAJIB PADA SETIAP YANG MENGUNDI PERLU MENCARI SIAPA YANG PATUT DIPILIH ATAS INISIATIF SENDIRI BKN TUNGGU UNTUK DISUAP!!KLU SUDAH DUDUK DLM UMNO DAN DIKATAKAN PEJUANG PARTI SEKURANG2NYA WAJIB BUAT HOMEWORK SIAPA YANG MENCALONKAN DIRI UNTUK KITA ANGKAT MENJADI PEMIMPIN!!HATTA KLU 1000 ORG YANG BERTANDING PUN WAJIB UTK KITA SBG PEMEGANG AMANAH PARTI UNTUK MENGETAHUI PRINSIP DAN HALATUJU PEMIMPIN YANG KITA HENDAK PILIH..JGN BAGI ALASAN KLU SUDAH DIBERI AMANAH UNTUK MEMILIH MASA DEPAN PARTI SBB KITA YANG SUKARELA HENDAK MENJADI PEJUANG PARTI!!KaLau TaKuT DiLaMbuNg OmBaK,JaNgAn BeRuMaH Di TePi PaNtAi...ADA PULAK YANG KATA SENARAI YANG DIBERIKAN HANYALAH PANDUAN TETAPI HAKIKATNYA MEREKA HANYA MENYALIN SEMULA SPT DALAM SENARAI (XPAYAH NAK MENIPU LA) YG DIBERIKAN DISEBABKAN MEREKA TIDAK TAHU APA ROH YANG NAK DIPERJUANGKAN..MASUK UMNO PN SBB NAK JARINGAN UTK BISNES DAN PROJEK!!HAKIKATNYA KAWANAN PEMUDA UMNO BEGINI LAH YANG BERAKAR DALAM PARTI YANG MENENTUKAN NASIB PARTI!!TAHNIAH MELAYU LIBERAL!!UMNO SEDANG MENGALI KUBUR SENDIRI DGN ZURIAT2 BODOH DALAM UMNO!!HAMPA BUAT LA UMNO MCM SYARIKAT SDN BHD!!PRU 14 CONFIRM BUNGKUS!!

IPOHMARLEY

aboudiabydoo said...

Anon 12:54

Alhamdulillah, nampak gayanya semangat UMNO sedara kuat. Jadilah orang UMNO yg bertanggungjawab dan jika dirasakan pimpinan tak betul, berjuanglah bersungguh2 supaya sekurang2nya dapat jadi perwakilan untuk mengundi pimpinan tertinggi. Jangan sembang lebih tapi jadi ahli UMNO pun tidak.

Mungkin zaman BABI berkuasa banyak orang masuk UMNO sbb projek, tapi kami di Pemuda ramai yang masuk sbb sayangkan Melayu dan dirasakan wadah ini wadah terbaik, MASIH LAGI WADAH TERBAIK, walau compang-camping dilanda pelbagai kecacatan.

Akhram masih ada banyak tempat dalam UMNO utk berjuang, dan dalam banyak isu orang seperti saya akan sokong isu yang diperjuangkan beliau insyaAllah. Ada sebabnya Allah mentakdirkan sedemikian.

Jangan lah mudah menghakimi. Manusia sudah namanya manusia, memang banyak kesilapan. Kita harap KJ boleh berubah, dia pun Melayu juga. NKP dan EXCO, mereka melayu juga. Pimpinan Pemuda bahagian dan cawangan, mereka melayu juga. Ratusan ribu Pemuda UMNO, mereka melayu juga. Kalau dirasakan melayu dalam PAS atau melayu dalam PKR lebih layak perjuangakn melayu, maka silakan, tak ada halangan untuk anda.

masing-masing dengan pendirian dan istiqomah masing-masing.

Anonymous said...

yg komen kat sini , semuanya perwakilan yg mengudi 2 sayap umno ke ? heheh ..

yang tak tahan , siap ada yg ugut , nak beri undi pada pembangkang tu. walaupun dah jelas , nyata , pembangkang tak boleh memerintah malaysia pun .


susah kalau berjuang dalam politik , tapi mentaliti masih tahap peminta sedekah . setiap undi diberi , mesti dibalas dgn imbuhan . ini ke yang melayu & islam ajar kepada kita ? mengaharapkan sesuatu pemberian balas dari apa yg kita telah berikan kpd org lain .


yang bising pasal KJ , sila tulis surat kepada beliau . yang bising pasal kak jat , perwakilan wanita melihat bukan seperti kamu melihat. mereka menilai cara kerja dan usaha kak jat dlm wanita umno selama ini. yang BERHUTANG , adalah suami kak jat . mana logik akal , kak jat harus dipersalahkan bersama ? lagipun , hutang itu telah dibawah secara ansuran oleh NFC .so , tiada isu liabiliti , salah guna kuasa disitu . konsep mudah nya , rakyat berhutang dgn kerajaan. pelik ke ? luar biasa ke ? kenapa isu berhutang pun nak dijadikan modal menghentam kak jat ? dah hilang kewarasan berhujah ?

Anonymous said...

ralat

*di bayar secara ansurab oleh NFC

Anonymous said...

Kita bagi merika peluang dan kita tengok 2/3 tahun kalau macam mangkuk hayun kita buang merika ......kita buat demo ramai ramai ......kita baling tahi lembu kepada merika ....

Anonymous said...

drpd komen2 di atas..pemuda bermatian-matian pertahan kj. sedangkan saya sbg pengundi atas pagar yg sebelum ini undi umno sependapat dgn yang lain2 bahawa itulah kesilapan besar umno yang tidak nampak pun tranformasinya. hati2 saudara pemuda umno..undi golongan tidak berparti spt kami ini juga mustahak. dan saya sendiri secara jujur sdh tidak yakin dgn umno lagi. terlalu liberal aka lembik. jadi saya tidak mahu undi umno lagi selepas ini. dap jauh sekali. pkr pun tidak. pas mungkin.jadi siapa yg rugi? percayalah. jika ada parti baru yang lebih melayu dari umno..sudah pasti kami sekeluarga akan pilih. umno bukan lagi parti yang boleh diharapkan.

Anonymous said...

bukti terbaru..di putrajaya hari ini...mana dia ketua pemuda yg dibanggakan sangat tu? cakap berdegar2 tapi isu spt ini diam membisu? takut dgn regina ke? itu ke ketua yg dibanggakan? oh ye..calon yg kalah ada pulak hadir tunjukkan sokongan dan kesyukuran dengan keputusan mahkamah rayuan..tak faham2 lagi wahai pemuda2 united MALAY national organisation? seronok jadi melayu liberal kan? hehehe

Anonymous said...

Sempena hari raya korban ini pasti ada yang Terkorban Air Mata dan Peluh Keringat dalam Isu Kalimah Allah. Sekalung UCAPAN TAKZIAH buat para pemimpin dan Ulamak Pas yang bermatian2 berjuang untuk membolehkan Kalimah Allah digunakan dalam bible bahasa melayu.

Jika Majalah Herald gagal, maka percaya lah wahai Tokguru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dan Tuan Guru Hj Abdul Hadi bin Awang BAHAWA SESUGGUHNYA PERJUANGAN ANDA BERDUA DALAM HAL KALIMAH ALLAH INI TIDAK AKAN BERJAYA SELAGI MANA UMNO MASIH MEMEGANG TERAJU PEMERINTAHAN KERAJAAN MALAYSIA.

Ana Muslimah

Abg Is said...

Salam RBF..

Aku yg selalu dok megadap komputer boleh la tahu mana yang ok dan mana yang tak ok, sebab blogger yg selalu bagi info. Kalau yang dok kampung, perwakilan yang tanam padi, main ikut chai yang di beri lah. dah mereka tak kenal, nk buat macam mana.

Aku pun dapat chai juga bro, tapi aku tapis2 juga lah, yang tak kenal aku buang, yang kenal aku dahulukan. Contohnya aku buang seorang calon dalam list chai, aku ganti dengan blogger kita Angin Perubahan bernombor 57. Zed Zaidi (13), Ustaz fathul Bari (16), yg ni di dahulukanlah. yang SMS, aku letak, yang bagi kad, juga diletak, last2 aku tenung muka dalam gambar senarai calon, mana nampak jernih mukanya, aku letak lah. (nk cukupkan 20 petak)

Setiap kertas yang ada petak, kena penuhkan..kalau tak penuhkan, ia dikira rosak.

Ini kali pertama sistem ini digunakan, mungkin lepas ini perwakilan hanya tulis nombor yang mereka mahu sahaja.

Untuk 19hb ini, apa kata RBF listkan nama2 yang terbaik utk parti agar perwakilan yang jengok blog ini dapat pilihan terbaik.

Calon naib yg aku list :
1. Ahmad Zahid
2. Shafie Apdal

Petak no 3 yg keliru, antara Mukhriz dengan Isa.

Mukhriz orang muda, menangkan bn kedah, aura dia sampai ke KB, tiada masalah peribadi. Tapi Isa tak boleh nk ketepikan, otai lama dalam parti.. dia boleh disamataraf dengan KuLi.

Ok, perwakilan memang memeningkan.

Ok, aku memang pilih KJ walaupun pada asalnya nak pilih Akhram, disini KJ lebih dikenali sebab dia pernah belasah Husam Musa di hadapan penyokong PAS masa debat di Lundang dulu.

Itu sahaja yg boleh aku bagi.. 19hb ini aku kena mengundi lagi.

aboudiabydoo said...

Abg Is, sama lah tu. Aku pun begitu juga, duduk sama-sama 4 perwakilan lain bincang mana yang nak dimasukkan dalam cai dan mana yg nak dibuang.

Sampai masuk bilik undi, NKP pun tak boleh sebulat suara nak undi siapa sebab antara Jamawi, Lokman dan Wanbro, masing2 ada kelebihan dan kekurangan. Bukan senang nak mengundi kalau di hati tak benci. Kalau pilihanraya senang lah. Aku benci Pakatan, sayang UMNO, so undi BN. Simple.

Yg 19hb ni satu lagi. Punyalah ramai MT yang nak dipilih. Tak sure lagi siapa yang nak diberi, siapa yg tak nak.

Anonymous said...

Sebarang masalah sebenarnya dtg dari ahli sendiri. Presiden sudah laksanakan tanggungjawab dgn cemerlang kali ini. Ini Pemilihan paling terbuka dlm sejarah. Fomat baru ni berjaya tarik minat ramai diluar UMNO. Jika format 2000 perwakilan dulu kita kata terdapat unsur politik wang. Tapi dgn angka gila 150 ribu pemilih kali ini confirm lebih terlus.

Masalah utama bekaitan pemimpin setempat, kebanyakkan bahagian jelas masih dikuasai pemimpin yg sama sejak bertahun tahun. Mereka inilah yg banyak main peranan meracuni pemikiran ahli setempat. Contoh di Selangor walaupun sudah tewas dua penggal kepimpinan masih tak banyak berubah. Padahal masyarakat setempat dah meluat, cuma ahli juga merangkap kroni yg masih menyokong.

Cadangan adakan peraturan baru... LETAK JAWATAN JIKA UMNO TEWAS diperingkat akar umbi. Macai PR juga boleh belajar sesuatu. Sekurang kurangnya format UMNO ini lebih terlus. Tak seperti PR yg bagi saya kerana jelas utk anak beranak dan kroni bukan utk marhain.

RKL

Anonymous said...

Najib boleh diumpamakan pukul anak sindir menantu....Seolah olah ada tindakan untuk berpakat dengan orang tertentu untuk menangkan Hisham ....sebagai satu tindakan mandikan Mukriz ......Untuk meghentam TDM....Najib tidak akan berani menentang TDM secara terbuka .....kerana beliau tidak mempunyai kemampuan berbuat demikian .Aku tidak menyokong Mukriz...atau benci najib ....Akan tetapi aku melihat dan yakin satu mainan kotor sedang berlaku didalam UMNO.

Anonymous said...

Setuju 110% atau dalam nada lain..UMNO telah ditalkin pada 191013...tak lama lagi orang yang menghantar jenazah akan beransur pulang.

Anonymous said...

Mcmana nak kenal calon..peraturan berkempen berubah saat akhir..kwn tu ada lak segala mcm kemudahan dgn jawatan dalam kerajaan.

Anonymous said...

The devil yang kemenangan 2oo9 tercemar dan dipertikaikan. Isu yang tidak dijawab sehingga kini. Malah diangkat oleh perwakilan Melayu Mudah Lupa.

Anonymous said...

org dah busuk hati, buat lagu mana pun, siapa yang menang pun, ada yang xpuas hati selagi pilihan sendiri tak menang, kan?
penyandang mengekalkan kedudukan sepenggal lagi, kerana diundi, dan pewakilan memilih atas dasar kerja yg dibuat olehnya lah bodoh, jgn byk sgt bunyi kalau dah sumbang..