Friday, October 18, 2013

Perwakilan Perlu Timbangkan Untuk Letak Tiga Orang Muda Ini Di Kerusi MT Umno

Dalam dunia politik hari ini kita tidak boleh nafikan peranan orang muda amat penting. Mungkin ada sesetengah orang berkata orang muda tak mengapa kerana mereka masih banyak masa, pengalaman tak cukup dan bla...bla...bla... 

Itu silap...

Datuk Seri Najib di usia 25 tahun sudah menjawat jawatan Timbalan Menteri di Kementerian Tenaga  Telekom dan Pos pada 1978-1980. Kemudian diikuti dengan Timbalan Menteri Pendidikan (1980-1981) dan Timbalan Menteri Kewangan (1981-1982). Kemudian di usia 29 tahun beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Pahang pada tahun 1982-1986. Selepas itu beliau dibawa kembali ke pusat pada 1982 sebagai Menteri Belia, Menteri Pendidikan, Menteri Pertahanan, Timbalan Perdana Menteri dan kini sebagai Perdana Menteri. 

Dari setakuk ke setakuk beliau naik hasil dari peluang yang diberi. Jika orang muda kurang pengalaman dan tidak boleh buat kerja tak mungkin Datuk Seri Najib berjaya naik sehingga ke tahap hari ini. 

Jika kita lihat di pihak parti pembangkang pula mereka memberi ruang yang luas kepada orang muda untuk menguasai parti. Tetapi jika diserahkan kepada orang muda sepenuhnya pun tak boleh juga. Kelapa tua pun berguna juga....tanpa kelapa tua dari mana kita nak dapat santannya ?

Menjelang pemilihan Umno esok adalah baiknya jika perwakilan dapat memilih gabungan yang terbaik demi kesinambungan Umno. Campurkan yang tua, yang muda dan wanita. 

Antara calon muda yang boleh dipertimbangkan oleh para perwakilan untuk dipilih sebagai MT adalah Sohaimi Shahadan, calon bernombor 17. 

Sohaimi Shahadan - Kanan
Apabila saya mengenengahkan calon ini mungkin ada yang berpandangan sinis kepada saya berdasarkan pengalaman silam. Ahhhh....lupakan yang silam. Dalam hidup ini jika kita tak bersetuju dengan satu perkara yang orang itu lakukan, kita tidak boleh nafikan kebaikan-kebaikan yang lain yang beliau lakukan. Apatah lagi jika orang itu satu aliran atau satu perjuangan dengan kita. 

Antara faktor yang menarik minat saya terhadap Sohaimi Shahadan adalah kelantangan beliau dalam memperjuangkan isu usahawan melayu termasuklah isu bangkrap dan CTOS. Walaupun saya bukan orang yang tergolong dalam golongan bangkrap, tetapi masalah ini sudah menjadi masalah bangsa melayu. Rata-rata yang menghadapi masalah bangkrap dan CTOS adalah bangsa melayu. Ada yang berpunca daripada diri sendiri dan ada yang menjadi mangsa keadaan. 

Perkara ini perlu diatasi untuk mengelak kesan jangka masa panjang terhadap orang-orang melayu. Satu melayu bangkrap kesan akan turut dirasai oleh beberapa melayu lain seperti anak-anak dan isteri mereka. Jika si bapa yang bangkrap, anak-anak akan menghadapi kesukaran untuk membuat pinjaman untuk belajar. Apabila anak tak boleh buat pinjaman, peluang seorang bangsa melayu untuk belajar tinggi sudah terbantut. 

Kita perlukan satu orang yang khusus untuk memperjuangkan perkara ini. Bukan maksud saya kita perlukan satu orang yang khusus untuk memperjuangkan orang-orang yang tidak membayar hutang. Tetapi kita perlukan satu orang yang khusus yang boleh menyedarkan orang melayu bagi mengelakkan masalah bangkrap, menolong orang yang bangkrap disebabkan menjadi mangsa keadaan, dan menolong orang ramai yang menjadi mangsa CTOS. Jika beliau berada dalam MT Umno , maka beliau ada suara yang lebih untuk memperjuangkan perkara-perkara ini. 

Selain Sohaimi Shahadan, calon muda yang lain yang saya rasa patut dipilih adalah Ahli Parlimen Lenggong yang juga Pengerusi PTPTN, Shamsul Anuar Nasarah, calon nombor 02. 

Shamsul Anuar Nasarah
Beliau kini adalah Ahli Parlimen Lenggong untuk penggal yang kedua. Antara faktor yang menarik minat saya terhadap beliau adalah kelantangan beliau berdepan dengan pembangkang dalam sidang parlimen. Ada masanya beliau psiko pembangkang membuat mereka garu kepala. Anwar cukup tak suka kepada beliau. Asal beliau bangun minta laluan atau penjelasan Anwar tak akan bagi peluang. Kerana dia tahu jika dia bagi peluang, Shamsul akan psiko dia dengan hujah-hujah yang boleh makan dia balik. 

Selain itu Shamsul Anuar juga mempunyai pengalaman yang luas dalam pertubuhan-pertubuhan belia. Dengan memilih beliau sebagai salah seorang anggota MT akan memberikan lebih peluang kepadanya untuk bersuara bagi keperluan-keperluan orang muda, apatah lagi golongan mahasiswa-mahasiswi yang telah diracuni pembangkang dengan isu PTPTN. Dan secara kebetulan pula beliau adalah lulusan dalam bidang kaunseling dari UM. Kelulusan beliau itu penting untuk berdepan dengan golongan-golongan yang jiwa memberontak. 

Kita kena ingat golongan muda yang berusia 21-40 tahun golongan pengundi yang besar. Mereka menguasai 41 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi di negara kita. Dalam keadaan begitu suara anak muda tidak boleh dipinggirkan kerana kuasa dan pengaruh mereka dalam politik negara mewakili jumlah yang bukan sedikit.

Tun Faisal
Selain dari dua calon diatas, antara calon muda yang lain yang boleh diberi perhatian oleh para perwakilan adalah saudara Tun Faisal Ismail Aziz, calon nombor 60. Saya secara peribadi tidak mempunyai masalah dengan beliau walaupun ada masanya ada dikalangan pemain-pemain media cyber yang bermasalah dengan beliau. Seperti yang saya katakan diatas, jika ada satu dua perkara yang kita tidak suka dengan cara orang itu, kita tidak boleh nafikan kebaikan-kebaikannya yang lain. Kita kena ingat panas yang seharian, jangan kita hanya ingat hujan yang sejam dua. 

Suka tidak suka hakikat yang perlu diterima Tun Faisal mempunyai sumbangannya dalam dunia media baru dikalangan penyokong-penyokong BN. Jika satu masa dulu dunia media baru hanya dikuasai pembangkang. Tetapi suasana telah berubah selepas PRU 12 tahun 2008. Saya dan kawan-kawan pun wujud selepas PRU 2008. Kemudian selepas Pemilihan Umno 2009 satu unit telah ditubuhkan dibawah Pemuda Umno yang dinamakan Unit Media Baru yang diketuai oleh Tun Faisal. Beliau menjelajah ke seluruh negara untuk memberi pendedahan kepentingan media baru kepada anak-anak muda dan menarik mereka menyokong BN. 

Akhirnya kita sendiri boleh lihat bagaimana keadaan menjelang PRU 13. Kita telah berjaya mengimbangkan keadaan dan berjaya menyaingi pembangkang. Bukan lagi kita yang menjadi mangsa fitnah atau belasahan mereka seperti   PRU 12. Saya dan kawan-kawan sahaja tidak cukup, namun begitu kehadiran UMB yang diketuai oleh Tun Faisal membuat kita bertambah kuat. Sebab itu saya katakan kita tidak boleh nafikan sumbangan Tun Faisal dalam hal ini. Jika beliau terpilih sebagai MT dan beliau diberi kepercayaan oleh parti untuk menguruskan media baru, mungkin beliau boleh lakukan lebih daripada yang dilakukan sebelum ini. 

Satu undi dari anda untuk calon MT bernombor 02, 17 dan 60. 

6 comments:

Yuseri Yusoff said...

Untuk tgk video2 YB Shamsul Anuar balun pembangkang dalam Parlimen sini - http://mplenggong.livetv.my/

Anonymous said...

Di zaman British,

Datuk nenek kita menetang British kerana sikap British itu yang mengambil semua kebaikan yang ada dan meminggirkan kita. Semua hasil negara dicuri untuk kepentingan mereka.

Di zaman merdeka ini. ada segolongan manusia yang bernafsu seperti penjajah British. mereka adalah seperti Shohaimi Shahadan yang tuan agung-agungkan itu. Untuk pengetahuan Tuan, ini orangnya yang bertopeng konon berjuang untuk orang Melayu tetapi mengambil peluang kedudukan beliau dalam MARA dan KKLW mengaut semua kerja-kerja yang ada dan merampas peluang orang lain. orang yang susah2 pergi taklimat tender, beli borang tender tetapi sebelum keluar keputusan, mereka sudah tahu siapa pemiliknya. apa mereka ini tidak sama seperti penjajah British?. ada pengikut beliau yang menjalankan perniagaan kantin MRSM sebanyak belasan kantin. apa tidak ada peluang orang lain. Menteri KKLW juga sama terlibat di dalam hal ini. kekayaan negara untuk mereka sahaja. yang teruk buat kerja untuk parti di bawah ni dapat apa selain bergaduh dengan kawan2 dan saudara mara. jadi sudah sampai masa orang seperti Shohaimi Shahadan ini dikuburkan sahaja dalam Pemilihan UMNO ini. saya menyeru kepada semua perwakilan untuk berfikir dengan bijak.

Anonymous said...

Ada ke manusia yg x pelahap dlm umno ni... Semua kaki sapu... Lg tingi jawatan lg byk masuk... nk dpt pinjaman berniaga pon susah tpksa begolok bgadai... Xde bezanya aku dok undi BN.. Yg kaya pelahap2 ni je... Next pru aku nk undi PR sbb aku nk sgt bila PR menang agar pelahap2 ni dihumban ke sungai buloh!!!

Anonymous said...

Ada satu shopin mall baru yg ramai bumi bniaga kat situ... tiap ptg aku lalu depan kdi ni ada sekor cina dok mgira sale kat dpn kdi... Pelik kan kata utk bumi tp nape cina ni dok kira sale... Dgr plk org ckp cina tu proksi je owner somebody org umno... Tah la sedih plk dgr yg rakyat marhem ni susah bebenor nk dpt loan berniaga ko plk letak proksi cina je dpt untung free2... Say no to umno!!!

Batu Nesan said...

Takziah!
RBF dah kalah!

Anonymous said...

Suhaimi ni ada belagak sikit.Kuarang menarik.