Monday, October 14, 2013

Perwakilan Umno Subang Perlu Pastikan Orang Ini Menang


Sebaik sahaja pesawat yang saya naik mendarat di Subang Sky Park, saya terus mengaktifkan telefon bimbit . Mesej yang pertama masuk adalah dari sahabat Arn Jebat yang memaklumkan keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh pihak katolik.

Bulu roma dan bulu tengkok ku tiba-tiba berdiri dan tanpa disedari mata ku turut berair menerima berita gembira tersebut. Perkara yang membuatkan hatiku amat tersentuh kerana berita gembira itu kita terima pada hari Wukuf iaitu 9 Zulhijjah. Hari wukuf hari pintu langit setiap lapis terbuka dan Allah menerima doa umatnya. 

Ya Allah besarnya kuasamu Ya Allah. Sudah lama kami menanti berita gembira itu akhirnya engkau memilih untuk memberi berita gembira kepada umat mu di hari yang baik ini. 

Kami bersyukur kepada mu Ya Allah....

Kami mensyukuri nikmat yang kau berikan Ya Allah.....

Sesungguhnya engkaulah Allah Yang Satu, Allah Yang Maha Esa dan Allah Yang Maha Besar....

Terima kasih juga kepada Yang Arif Tuan Hakim kerana telah membuat keputusan sebulat suara yang menyebelahi umat Islam. Semoga hidup Tuan-Tuan Hakim semua sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah. Sekali lagi, terima kasih Yang Arif....


Tidak lupa juga terima kasih kepada barisan peguam-peguam yang mewakili kita semua yang bertungkus lumus sejak beberapa tahun lepas mencari dalil, mencari nas, menyediakan hujahan yang bagus-bagus sehingga keputusan hari ini menyebelahi kita. Semoga hidup tuan-tuan semua diberkati Allah. 

Salah seorang peguam yang mewakili kita dalam kes ini adalah Peguam Adzly Manas. Secara kebetulannya Peguam Adzly adalah salah seorang calon yang bertanding dalam pemilihan Umno kali ini. Beliau masuk bertanding untuk jawatan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Subang. 

Saya bukan lagi nak mencadang atau nak mengesyorkan kepada perwakilan Umno Bahagian Subang agar memberi undi kepada beliau, malah saya rasa wajib untuk anda mengundi beliau dan seterusnya meletak beliau sebagai salah seorang AJK Umno Subang. 


Ingat ! Sejak isu Kalimah Allah ini timbul, kita orang-orang Umno sepanjang masa memperjuangkan perkara ini. Senang cerita isu sangat rapat dengan kita. Jadi pada saya jika orang Umno tak boleh angkat atau pilih seorang peguam yang mewakili kita sebagai AJK bahagian adalah tak patut. Beliau bukannya mencabar Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian atau Naib Ketua Bahagian. Beliau hanya bertanding AJK Bahagian yang perlu anda pilih seramai 20 orang. Jadi apa salahnya jika bagi beliau satu tempat....

Kepada rakan-rakan seperjuangan perwakilan Bahagian Subang, anda mewakili kami ahli-ahli Umno di tempat lain, bagilah satu undi anda kepada Peguam Adzly Manas yang telah mewakili kita semua mempertahankan Kalimah Allah. 

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...
1000% setuju setuju setuju...
jgn buta pewot hati limpa akai jantung...duit buleh cari...siddiq amanah fatonah sendri mau ingat...

MaMiN said...

Dia ni kariah surau kemuning utama tempat aku ni.

Anonymous said...

undi aku kompom untuk dia... siap bawak pengundi hantu lagi....

salim hasan said...

SAYA SETUJU DIA DIBERIKAN SOKONGAN ,JANGAN UNDI IKUT PERANGAI PERWAKILAN PEMUDA TEMPOHARI YANG MEMILIH KETUA DEPA YANG BEROTAK LIBERAL DAN TAK BERJIWA MELAYU,TAPI BERJIWA OXFORD,