Wednesday, October 16, 2013

Politik Kasih Sayang Membuatkan Pas Hilang Kerusi Parlimen Baling


Bila ada bencana yang berlaku, anak dara atau isteri orang sekali pun yang dilarikan ke Lombok atau tempat-tempat lain di Indonesia dan juga orang Malaysia yang ditahan pihak berkuasa di luar negara, maka pada waktu itu semua orang akan ingat kepada individu yang sesetengah orang gelarkan beliau sebagai mamak. Malah ada yang keterlaluan memanggil beliau anak hindu. 

Apa orang nak kata, apa yang orang nak gelarkan atau apa yang orang nak tuduh, beliau tidak pernah pedulikan. Beliau terus komited dengan tanggungjawabnya, iaitu menyelesaikan masalah orang yang meminta pertolongannya. Itulah dia Azeez Rahim....

Apabila beliau dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji, banyak suara-suara sumbang yang mempertikaikan perlantikannya. Orang yang mempertikaikan itu cuba-cubalah cerminkan diri sendiri. Sembahyang cukup ke tidak ? Puasa cukup ke tidak ? boleh ke jadi imam solat ? Diri sendiri hati bersih ke tidak ?

Berhubung perlantikan beliau saya pernah ulas di sini

Semamak-mamak Azeez yang sesetengah orang menggelarnya anak hindu, sekurang-kurangnya sembahyang beliau cukup. Walau dalam keadaan apa sekalipun dia tetap tidak meninggalkan solat, hatta pernah sekali mata ini melihat beliau solat dalam kedai cina beralaskan surat khabar kerana waktu Asar sudah hampir habis. 

Saya tidak bercakap kosong, saya boleh bercakap pasal keperibadian Azeez sebab saya pernah bermusafir dengan beliau hampir dua minggu. Waktu itu beliau belum pun Ahli Parlimen lagi. Kata orang tua-tua untuk mengenali peribadi seseorang kita perlu bermusafir dengan orang itu sekurang-kurangnya tiga hari. 

Di Baling sebelum beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen pada PRU 13 lepas, pernah terjadi beliau ke sebuah Surau di kawasan Pas untuk solat Subuh, tiba-tiba orang Pas minta beliau mengambil tempat imam untuk mengimamkan solat Subuh. Mereka suruh Azeez dengan niat untuk memperli atau mengenakan Azeez. Mereka ingat Azeez akan tolak. Azeez pula selamba pergi ambil tempat imam dan terus mengimamkan solat berkenaan. Habis solat minum di kedai kopi ada orang Pas totok yang berkata pada beliau, "ingatkan orang Umno tak boleh jadi imam". Orang Pas itu tidak boleh disalahkan. Kerana mereka orang Pas kampung, tambah-tambah pula di Baling, kawasan yang pekat hijaunya, dimana mereka telah didoktrinkan oleh parti mereka orang Umno itu kafir, tak boleh baca akhbar selain harakah, jangan percaya berita di televisyen dan macam-macam lagi. 

Pada PRU 12 tahun 2004 kali pertama Azeez bertanding dalam pilihanraya di Baling. Beliau tewas ditangan calon Pas dengan majoriti 7613 undi. Kekalahan itu tidak melemahkan semangatnya. Beliau terus berkhidmat dan mencurah tenaganya di Baling. Bila ditanya kepada beliau, dalam banyak-banyak kawasan parlimen di Malaysia, kenapa perlu beliau pilih Baling ? Kawasannya besar, rakyatnya ramai dan ramai juga yang miskin. Ya lah....tempat begitu siapa yang jadi wakil rakyat bukan perkara senang. Lainlah wakil rakyat Pas, wakil rakyat hanya pada gelaran YB sahaja.  Azeez jawab mudah sahaja, "aku berasal dari keluarga yang susah, Allah bagi aku sedikit rezeki untuk senang dan sekarang masa untuk aku pula tolong orang susah" . "Lagi pun menolong orang sudah menjadi sebati dengan jiwa aku" . Itu jawapannya....


Saya pernah lihat bagaimana Azeez melayan orang-orang yang datang meminta pertolongannya. Macam-macam jenis orang dan pelbagai kerenah. Tapi Azeez boleh melayannya dengan tenang. Apabila saya kata, "Datuk boleh layan orang hingga seperti ini ya, jika saya tak boleh dengan bermacam-macam kerenah begitu." Dia hanya senyum dan jawab itu perkara biasa. 

Saudara-saudari sekalian, nak tolong dan melayan orang yang bermacam-macam perangai bukan perkara senang. Saya akui saya memang tak boleh. Saya cepat jemu dan hilang sabar. Tapi orang macam Azeez disebabkan jiwa beliau ke arah itu, maka bukan satu masalah baginya. 

Walaupun tewas dalam PRU 12 tahun 2004, Azeez mengambil iktibar dari kekalahan itu. Yang mana tak betul beliau perbetulkan. Walau sibuk bagaimana sekalipun dengan misi-misi bencana luar negara dan misi membawa pulang gadis-gadis Malaysia yang dilarikan ke Lombok, beliau tetap tidak lupa menjaga rakyat Baling walaupun tanpa gelaran YB. 

Masuk PRU 13 tahun ini Azeez sekali lagi dicalonkan di Parlimen Baling. Akhirnya percubaan kedua beliau berjaya. Beliau menang dengan majoriti 5185 undi. Jika nak dikira betul-betul beliau mencatat kemenangan dengan majoriti 12798 undi. Bayar hutang tewas tahun 2004 sebanyak 7613 undi, dan bakinya 5185 undi. Antara kerusi parlimen yang mencatat kemenangan terbesar di negeri Kedah.

Bila ditanya kepada beliau bagaimana beliau boleh mencatatkan kemenangan yang begitu besar di kawasan yang Pas hijau pekat ? Jawapannya mudah, "aku amalkan politik kasih sayang kepada semua pengundi Baling"

Apa maksud politik kasih sayang ? Kau pi cium semua dahi pengundi ke ? 

Politik kasih sayang yang dimaksudkan beliau adalah tidak mengamalkan permusuhan dengan orang-orang yang tidak menyokong BN. Tolong semua orang tanpa mengira fahaman politik.


Di Baling suasananya mungkin berbeza dengan tempat-tempat lain. Jika Azeez mengamalkan permusuhan atau pilih bulu dalam melaksanakan tugasnya, jangan kata ada orang Pas yang akan mengundi beliau, orang BN pun boleh tak undi BN. Sebabnya kebanyakkan mereka bersaudara. Dalam satu kampung ada pak menakan, ada anak menakan, ada sepupu dan sebagainya. Ada yang pak menakan orang BN, anak menakan pula orang Pas. Ada yang adik orang BN, abang pula orang Pas. Jika bermusuh dengan yang Pas, yang BN pun akan terasa hati sebab itu anak beranak mereka. 

Jalan terbaiknya adalah buat baik dengan semua, dan tolong semua jika mereka perlukan bantuan. Apabila diamalkan begitu saudara mara yang BN pun boleh gosok-gosok yang Pas supaya beri undi kepada BN. Tidak dinafikan ada sesetengah orang Pas tidak menjadi masalah untuk memberi undi kepada BN, asalkan jangan pergi pacak bendera atau tampal poster BN depan rumah mereka. Mereka takut dipulau orang-orang mereka.  Dan kita tidak boleh nafikan kemenangan besar Azeez di Baling sedikit sebanyak turut disumbang oleh undi orang-orang Pas yang terkena politik kasih sayangnya. 

Selain daripada kemenangan besar BN di Baling, satu lagi kenangan manis yang berjaya dicatat di parlimen berkenaan dalam PRU 13 yang lepas apabila BN berjaya membuka bilik gerakan di Kampung Memali. Selama ini dalam PRU yang lepas-lepas BN tidak boleh langsung membuka bilik gerakan di kampung berkenaan. 

Bab kerja untuk parti dan bab kerja untuk rakyat Azeez adalah antara salah seorang yang bekerja kuat. Jadi orang seperti ini wajar dikekalkan dalam barisan kepimpinan tertinggi parti. Sebabnya beliau memang orang yang bekerja. Jadi tidak salah untuk Perwakilan Umno mengekalkan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno. Satu undi dari anda untuk Azeez Rahim, calon MT nombor 15.


Bersambung dalam siri 2....

21 comments:

Daddy Cool said...

baik punya kupasan bro..aku tgk azeez ni salah seorang pemimpin yg sanggu bersusah demi rakyat...bukan bersusah cakap dan menyalak dalam parlimen dan tepi jalan saja...mulut tak banyak xpa,janji kerja jalan dan kebajikan rakyat dok no 1 dlam kepala otak...jangan mulut ja cakap bela rakyat,bela rakyat...kerja cam haram...nak contoh tgk wakil rakyat pembangkang...yg bnyak mulut tu lah yg xleh pakai...sembang ja lebih...

kejora malam said...

Mmg tidak dinafikn beliau mmg seorg yg bertanggungjwb dan amanah dlm melakukan kerja dibwh bidang kuasanya..beliau tidak pernah dihargai malahan ramai yg membutakn mata tidak melihat akn kebaikn dilakukanya malahan mengutuk lagi lebih..
Padahal pemimpin pembangkang apa yg dilakukn utk kebajikan rakyat???huh habuk pun tarak

Pelajar UMT said...

Azeez terbaik....die tetap mengutamekan prg lain dri dirinya sndiri sebagai org brpngkat besar ssh nak cri org seperti beliau
...mmg respek sama lu azeez

Anonymous said...

pemimpin camni yg kita nak... bukan yg berebut2 jawatan dlm parti sbb nak rebut peluang dpt projek... bukan juga pemimpin yg lembik dan tau bagi amaran je...

mawar hitam said...

Kebajikan yg azeez nie buat bkn sume org blh buat mcm apa yg dia buat tu..tmbh2 puak2 pembangkang klu stakat ckp tu sume org blhlh..cube buat tgk confirm tak blh pnylah..kebaikan azeez nie selalu disalah tafsirkan..lantaklah org nk kta apa yg pntg azeez nie mmg prihatin dn bertanggungjwb orgnya..

amira fatin said...

AKU MMG RESPECT GILA DGN AZEEZ NI, DIA MMG LAYAK JADI AHLI MAJLIS TERTINGGI DGN KREDEBILITI YG DIA ADA TU. BUKAN SENANG NAK JUMPA ORG YG BERHATI MULIA SEPERTI AZEEZ INI. TAPI SAYNAGNYA ADA JUGA SESETENGAH PIHAK YG SUKA MENUDUH BKN2 PADA AZEEZ INI. TAK KIRALAH AZEEZ NI MAMAK KE APA KE JANJI DIA SEORANG YG BERAGAMA ISLAM.

sally said...

azeez mmg pilihan terbaik sbb kt dah tgk bukti kerjanya...beliau sentiasa perihatin dgn masalan org lain sehinga sangup mengadai nyawa sendiri demi menhantar bantuan...sikap ini lah yg sepatut nya ade pada semua org... sentiasa ade dikala org perlukan sokongan..dn bg aku azeez mmg layak memegang jawatan ahli majlis tertingi umno

Anonymous said...

skrg aku tak boleh update buku tabung haji mak aku yg uzur...

Anonymous said...

Hati ku tawar terhadap Pas kerana Pas tak mampu nak buat seperti yang Umno buat. Dalam Pas lebih banyak retorik daripada kenyataan.

Tengok sajalah dalam isu Kalimah Allah di Majalah Herald. Kerajaan Malaysia menang dalam perbicaraan, diraikan oleh semua orang islam di Malaysia. Ada pemimpin Pas yang melahirkan kegembiraan dan kesyukuran ( Harun Taib sebagai contoh terbaik ). Tapi mana muka Nik Aziz dan Hadi Awang.

Adakah Nik Aziz dan Hadi Awang tak suka kerajaan Malaysia menang dalam mempertahankan kalaimah Allah. KALAU BETUL LAH NIK AZIZ ITU PEMIMPIN ISLAM, KALAU SUNGGUH LAH HADI AWANG ITU MAHU BERJUANG MENEGAKKAN ISLAM ... SEPATUTNYA MEREKA MERAIKAN KEMENANGAN KES KERAJAAN MALAYSIA VS MAJALAH HERALD.

Saya nampak dua orang ini semakin pelik sejak akhir2 ini. Patut sangat kalau dijatuhkan pada Muktamar Agong Pas 2013 nanti. Harun Taib lebih relevan untuk memimpin Pas. Semakin lama Hadi Awang dan Nik Aziz memimpin Pas maka semakin banyak orang melayu yang semakin tidak yakin dengan Pas.

Ana Muslimah

Anonymous said...

BRO KO XDA FB KER BRO...SENANG NAK SHARE

RBF Online said...

Bro Anon 9.34, FB saya tak layan sangat. Nak share emel ke rbf_501@yahoo.com

RBF Online said...

Maksud saya jika nak share info, e mel ke add berkenaan.

Anonymous said...

artikel yang bagus... cuma apsal azeez sebagai pengerusi tabung haji tak pi mekah tahun ni ? patut di tahun pertama lantikan pi lah mekah, ini sibuk dengan pemilihan umngok je...kalau hati tu ikhlas , jasad tak ada kat bumi malaysia Allah nak bagi terpilih tak ada masalah

Azman Adnan said...

hmmm.... lakonan je tu tunjuk2 depan camera konon2 bt kerja hmm... lagi satu kenapa tak pergi haji?? gila party dari ALLAH ke??

Anonymous said...


Azeez AQ tengok hang ni lebih pentingkan politik daripada ilmu untuk di bawak ke akhirat kelak,
hang kena fikir kita kat dunia sementera je, jangan asyik mengejar populariti yg ada kat dunia ni..
ingat la.. Azeez dunia hanya sementera.


MegaBidaman said...

Dalam ramai pemimpin aku nampak memang Azeez yang boleh dikatakan banyak kerja keras. Tak apalah orang nak katakan apa pun Allah lebih tahu..bukan orang yang mengata tu

To Live Again said...

Pelik tgk manusia yag mempertikaikan hal dia tak ikut rombongan tabung haji ke Makkah konon lebih syg pemilihan parti dari mengingati Allah.

Tp yg peliknya,aku selalu dengar org Pas mengutuk Menteri di JPM dalm konteks hari ini adalah DS Jamil Khir.Diaorg selalu kutuk konon takder keperluan Menteri JPM pegi tiap tahun.Konon menghabiskan duit tabung Haji.Konon pegawai dan petugas tabung haji yg ada pon dh cikup ramai.

Tak cukup dgn itu,dituduh pulak Menteri dn beberapa rombongan yg pegi mengambil kuota yg sepatutnya diperuntukkan kepada rakyat marhaen.

Tp bila azeez tak pergi tahun ini,mcm2 ditohmah dn difitnah.Agaknya org Pas boleh membaca ketentuan yg telah tertulis di Loh Mahfuz kot.

Anonymous said...

apela mamat hati busuk kat atas tu nun..

azeez tak pegi haji pun komplen ke? kang dia pegi haji karang, korang jugak cakap melantak hak rakyat dalam tabung haji la..guna duit tabung haji la..penting diri la bla bla bla..

kalau dasar manusia busuk hati camtu la..ada je tak kena kat orang lain. perasan diri sendiri tu maksum..tobat la wei

bro yul said...

nak harapkan pemimpin pakatan harami macam ni??sampai ke sudah lah tak jumpa...pemimpin pakatan harami hanya tahu melaungkan retorik saja tapi tak pandai buat kerja...ada yang ktuk azeez tak pergi haji tahun ni sebagai pengurusi tabung haji..apa ke bangang la kau ni,nak pergi haji sebagai hamba Allah,pergi sekali pun dah cukup,kalau ada peluang pergi lagi...lagipun azeez dah pergi haji sebelum ni..kalau azeez pergi nanti korang jugak yang dok bising kata azeez gunakan pentingkan diri sendiri...azeez tak pergi macam tu pulak kau cakap...semamak2 dia pun dia yang baanyak selamatkan anak gadis melayu daripda terus diperdaya bukan macam setengah S/U agung tu,tido ngan betima mamak kat dalam hotel...

Anonymous said...

memanglah PAS kalah, tp sbb yg ketara adlh PAS mmg tak layak, bukan pasal musibat yg pandai main wayang nih.
dah jemaah haji pun tak dijaganya, dia pergi kemana? cuba jawab? nampak sangat gila kuasa. asal buat amal je, ada saja pihak media, buat kerja backup story..pikiaq la woi, sengaja gunakan tabung haji utk dijadikan Batu Loncatan, bkn memikul 'Jawatan' yg sepatutnya dgn amanah.

Anonymous said...

BRO, utk pengetahuan, mmg dia melantak duit Tabung Haji tu utk kepentingan.
Saham Tabung apamacam??? BONUS keluar berapa banyak???