Thursday, October 10, 2013

Puteri Umno : Emi dan Jemi Sepatutnya Digandingkan Untuk Kekuatan Umno

Jamilah Hanim (kiri) dan Mas Ermiyanti (kanan)
Hanya tinggal sehari menjelang hari pemilihan sayap-sayap parti Umno. Bagaimanapun suasana pemilihan dalam sayap Puteri Umno nampak lebih tenang atau sejuk. Tidak seperti pemilihan untuk jawatan-jawatan lain. 

Dua calon yang bertanding untuk merebut jawatan Ketua Puteri Umno Malaysia. Mereka ialah Mas Ermiyanti Samsuddin atau dikenali sebagai Emi, dan calon kedua, Jamilah Hanim Othman atau dikenali sebagai Jemi. 

Matlamat penubuhan Puteri Umno pada tahun 2001 adalah untuk menarik golongan wanita-wanita muda atau remaja mendekati Umno. Mereka diberikan peranan khusus untuk menjalankan tugas-tugas kemasyarakatan yang sesuai dengan usia mereka. Daripada sana mereka akan bergaul, belajar dan akan memahami banyak perkara. 

Kita tidak boleh nafikan matlamat penubuhan Puteri Umno amat bagus sekali. Kita juga tidak boleh nafikan Puteri Umno memainkan peranan yang berkesan semasa diterajui oleh Azalina Othman Said selaras dengan matlamat penubuhannya. 

Bagaimanapun kehebatan Puteri Umno tidak bertahan lama. Selepas berundurnya Azalina kerana faktor usia yang tidak membolehkan beliau kekal bersama Puteri, maka bermulalah zaman kesejukkan Puteri Umno. 

Sewaktu diambil alih oleh Noraini Ahmad pada tahun 2004 bahang panas yang ditinggalkan Azalina masih dirasai oleh Puteri Umno. Lama kelamaan ianya semakin sejuk dan sejuk dan terus sejuk. Nasib baik ianya belum beku lagi. 

Saya tidak nafikan, dan saya yakin rakan-rakan pembaca juga tidak menafikan bahawa peranan Puteri Umno amat penting. Tambahan pula dalam situasi politik hari ini. Keadaan politik hari ini Puteri bukan setakat perlu mengembalikan kegemilangan seperti zaman Azalina, malah perlu lakukan lebih daripada itu.

Jemi

Emi dan Jemi menawarkan diri untuk menerajui Puteri Umno. Jemi menganggap dirinya sebagai calon underdog kerana beliau bukannya seorang YB berbanding dengan lawannya Emi yang merupakan seorang ahli parlimen. Walaupun Jemi merendah diri dengan menganggap dirinya sebagai calon underdog, saya difahamkan di luar sana situasi sekarang 50-50. Maknanya kedua-duanya ada peluang untuk menang. 

Saya sendiri pula melihat kedua-dua mereka adalah golongan wanita muda yang berpotensi. Emi ada kelebihannya dan telah terpilih menjadi YB di usia yang muda. Manakala Jemi pula dilihat mempunyai aura yang segar untuk menarik lebih ramai golongan wanita muda atau remaja wanita untuk mendekati Umno. Untuk perhatian, Jemi adalah antara ahli Puteri sejak zaman penaja tahun 2001. Pernah menjadi exco pusat selama sepenggal dan Ketua Puteri Bahagian selama tiga penggal. 

Bagi saya pertarungan mereka berdua ini merugikan Puteri Umno. Sebab kedua-duanya dilihat berpontensi untuk menjadi pemimpin masa depan. Sepatutnya satu kata sepakat dicapai sebelum ini agar Emi tidak bertanding dan laluan diberikan kepada Jemi.



Saya berpendapat begitu kerana Emi telah mendapat tempat dalam parti dan telah pun dipilih oleh rakyat sebagai ahli parlimen. Manakala Jemi tidak bergelar YB. Sepatutnya kedua-dua mereka ini digandingkan. Jemi sebagai Ketua Puteri dan Emi pula sebagai seorang ahli parlimen yang mewakili Puteri. Barulah Puteri akan nampak kuat. Bila kuat ianya akan menarik minat orang dari luar untuk mendekati Puteri. Bila mendekati Puteri maknanya mereka mendekati Umno. Bila mendekati Umno maknanya mereka mendekati BN. Bila mendekati BN , hasilnya akan diterjemahkan atas kertas undi kelak. Ini sepatutnya yang berlaku jika ahli-ahli Puteri betul-betul nak kuatkan Umno.

Sekarang jika ditakdirkan Emi menang, makanya Puteri telah kehilangan satu bakat dan satu personaliti seperti Jemi yang mempunyai aura tersendiri untuk menarik golongan wanita muda mendekati Umno. Sedangkan Emi telah pun berpangkat YB muda . Elok-elok daripada ada dua orang yang berpontensi dalam Puteri, tinggal seorang sahaja. Jemi telah berusia 38 tahun dan ini adalah penggal terakhir baginya. Manakala Emi jika berkhidmat dengan baik sebagai YB, mampu memuaskan hati rakyat, beliau masih mampu kekal sebagai ahli parlimen lagi untuk penggal akan datang. 

Keadaan menjadi sebaliknya jika Jemi menang. Jemi menerajui Puteri Umno manakala Emi kekal sebagai ahli parlimen. Secara tidak langsung Puteri Umno ada dua nama besar dan seterusnya boleh membuat mereka lebih kuat. Seperti yang saya katakan diatas apabila kuat ianya boleh menarik lebih ramai golongan seperti mereka untuk bersama Umno. Jika Jemi menang dan dengan kedudukan Emi sebagai seorang ahli parlimen maka sudah tentulah Jemi akan melantik Emi ke mana-mana jawatan lantikan dalam Puteri Pusat.

Emi
Perlu diingat Emi baru berpangkat YB penggal pertama. Sebagai YB baru dan muda bukanlah satu kerja mudah untuk Emi mengendalikan kawasan parlimennya, tugas di Dewan Rakyat dan hendak menguruskan Puteri Umno pula. Kita bimbang yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. 

Sewaktu mula-mula menerajui Puteri,  Azalina bukannya seorang YB. Bila tidak terikat dengan sebarang tugas lain beliau mempunyai banyak waktu untuk menguruskan Puteri. Dan itulah salah satu faktor yang menyumbang kejayaan kepada Puteri di zaman Azalina. 

Saya bukan nak berkempen dan bukan nak melobi untuk sesiapa. Hanya sekadar menyatakan pendapat saya. Selebihnya terpulanglah kepada perwakilan Puteri Umno untuk memutuskannya samada mahu Puteri kekal seperti sekarang atau mahu kembalikan zaman kegemilangan Puteri Umno. 

12 comments:

Anonymous said...

Jamilah comel, mesti menang punya

Anonymous said...

jemi sesuai dengan nama puteri.cirinya tepat.

Anonymous said...

Budak Melaka tu tamak.Takde sifat sabar langsung.Baru jadi ahli parlimen cop jari pun belum kering lagi.Dah nak jadi ketua puteri pula.Orang tamak selalu rugi.

Anonymous said...

gua cakap-

mas ermi = rafidah aziz
jamilah hanim = shahrizat jalil

Anonymous said...

Good marketing Jemi ni. But contents dlm youtube dia not that convincing. Masalah sosial remaja patut jadi teras utama seperti dadah, moral, pergaulan bebas buang anak, gangsterism dlln. Penekanan kearah pengisian rohani la..anyway good luck Jemi.

Anonymous said...

mende gaduh-gaduh ni?. Bicaranya baik lembut leluhur dari keturunan terbaik. Tidak seharusnya dipertikai walhal hanya untuk memenangkan seseorang calon andaikata ianya baik ataupun sebaliknya, semestinya baik. Kenapa perlu korbankan perjuangan ini andaikata kehilangan salah satu dripada mereka. Tidak bermakna ruang yang besar untuk menang pada EMI serta auranya memperlihatkan ketokohannya, apa lagi latarbelakang pengamal undang-undang. Saya tidak lihat ada cacat celanya Emi menjadi ketua Puteri samalah dengan KJ yang baru menjadi menteri pulak tu!!!, tapi dalam masa yang sama menjadi Ketua Pemuda. Ingat UMNO ramai di kawasan kampung sudah semestinya Emi lebih peka dengan permasalahan masyarakat. Potensi beliau cukup besar. katakan YA pada EMI

Anonymous said...

Ada potensi..tapi kena banyak belajar lagi,,,kalau nak bertanding,kena jelas visi dan misi serta objektif supaya tidak tergantung gantung,blur dan sebagainya.Zaman sekarang bukan 5 tahun kebelakangan,pendekatan yang jauh berbeza,realilty check senario pada zaman social media yg banyak mempengaruhi pertimbangan terutama generasi muda.Puteri kena belajar in depth..

Anonymous said...

RBF ni pun satu, promo calon agak-agak leee

Bob said...

Salam

Pendapat saya sebagai PEMUDA

1. Artikel ini tujuannya jelas untuk mempromosi Jemi as KPUM. Which is good effort, but ianya terlau skeptikal. Dengan membuat analisa komparatif based on "andaian" adalah tidak wajar. Terlalu banyak andaian dibuat dengan tujuan mengaburi pandangan pengundi adalah tindakan tidak bijak dan tidak bertanggungjawab. Seharusnya, gambaran jelas dan fakta perlu dikongsi supaya akhhirnya para pewakilan mempunyai sudut pandang yang jelas berkenaan calon yang bakal mereka undi

2. Isu kekangan kerana telah terpilih sebagai Ahli parlimen dan tidak sepatutnya bertanding jawatan KPUM adalah tidak wajar. Seharusnya perkara ini dipandang daripada sudut yang positif. Banyak jawatan yang digalas oleh seorang YB bukanlah alasan yang bijak untuk meletakkan syarat untuk bertanding atau tidak. Kredibiliti, tanggungjawab, karisma dan daya kepimpinan yang perlu dibanding bezakan untuk menjadi kayu ukur siapa yang perlu dipilih. Dalam hal ini, YB Emi perlu dipuji kerana BERANI dan BERSEDIA menggalas tanggungjawab. Track record dipilih sebagai Ahli parlimen buat pertama kali bertanding menunjukkan beliau adalah calon yang layan untuk bertanding dan merebut jawatan KPUM. Perlu faham, PM sendiri memegang jawatan Menteri Kewangan. TPM sendiri memegang jawatan Menteri Pelajaran. Adakah dengan memegang 2 jawatan dalam satu masa yang sama menggambarkan mereka tidak layak dan gagal memimpin negara? Kerana mereka bersedia dan berkebolehan, mereka memimpin lebih drpd satu tugas.

2. Penulis menyatakan matlamat penubuhan Puteri UMNO adlaah untuk menarik golongan muda kedalam UMNO. Jika dilihat dari aspek umur, siapa yang lebih muda? Untuk mendekati orang muda, jiwa dan pembawaan segar adlaah sangat penting.

3. Penulis juga menyatakan bahawa pertandingan antara Emi dan Jemi adalah merugikan. Pandangan pesimis begini perlu dielak. Kita didalam UMNO sentiasa terbuka untuk berubah. Wujud pertandingan bermakna wujud pandangan, visidan pembaharuan berbeza yang mahu dibawa kedalam sayap parti. Penulis sekali lagi bersikap tidak adil apabila menyatakan YB Emi sepatutnya menarik dari dan tidak bertanding. Jika begitu, saya juga boleh menyatakan bahawa Jemi yang perlu menarik diri dan memberikan laluan kepada YB Emi untuk memastikan UMNO tidak rugi. Sebab itu saya merasakan analisa penulis terlalu banyak yang sifatnya "andaian" semata mata.

4. Sekiranya YB Emi menang, UMNO akan kehilangan satu bakat dan personaliti. Ini lagi la satu pandangan yang tidak wajar sama sekali. Penulis eolah olah ingin menunjukkan yang Jemi bersifat negatif. Adakah kalau jemi kalah Jemi akan sabatoj Puteri UMNO?Adakah Jemi kalah Jemi akan berpaling tadah?Adakah Jemi kalah Jemi akan meninggalkan UMNO?Adakah Jemi kalah, Jemi akan meninggalkan perjuangannya selama ini??? Sebagai seorang yag benar2 berjuang untuk Parti, pendapat begini adalah sangat dangkal sifatnya. Seharusnya, kita bersifat optmis. Sesiapa pun yang kalah, perjuangan parti perlu diteruskan. Kudrat dan ilmu yang ada masih boleh disalurkan untuk memartabatkan parti keperingkat tertinggi. Ini baru dikatakan sebagai seorang PEJUANG untuk parti dan bukan untuk diri SENDIRI.

akhirnya, berhentilah membuat artikel sebegini yang terlalu berat sebelah dan berasakan pandangan yang tidak holistik sifatnya, apatah lagi asas arguemen disandarkan pada andaian semata mata.

Kita orang UMNO sudah cukup bijak. mereka sudah berkempen, kita pilih. Habis cerita...


Sekian
AY

Anonymous said...

ini pertandingan ketua puteri kan ? aku ulang balik. puteri kan ?
kalau nak pilih ketua puteri jemi adalah orangnya.muka dia adalah muka yang boleh dijual untuk tarik orang muda.cara dia bercakap dalam video tu pun nampak ada gaya kepimpinan.soal2 lain boleh diperbaiki.jika aku sebagai perwakilan aku pilih jemi.

Anonymous said...

Bagi sy artikel ini tidak berat sebelah.. Benar apa yg diperkatakan penulis.. Puteri UMNO makin sejuk disebabkan ketuanya sejuk dan tidak agresif kerna terlalu sibuk dlm jawatan.. Pu3 perlukan seseorg yg boleh mengepalai serta focus 100% dlm Pu3.. Lgpon kenapa nak marah kpd penulis artikel nie sbb dia bercakap benar sehinggakan ada yg kepanasan ke? Utk maklumat saudara saudari sekalian, YB Emy dh byk sgt promosi diri dlm blog, malaysiakini dan malaysian insider pun ada (tu bkn website pembangkang ke?). Be profesional lah penyokong YB Emy.. Penyokong Jamie pun x melatah camnie walaupun dlm blog2 penyokong emy dok mengutuk Jamie.. Bertandinglah secara sihat dan bersih.. YB Emy slalu bg statetment tu kan so Lu Pikir sendiri laaaa...

RBF Online said...

Salam....artikel ini bukan medan untuk menyerang peribadi sesiapa.Jadi tak payahlah masuk untuk nak menyerang peribadi Jamilah melalui komen-komen anda.Saya sendiri pun tidak menyerang peribadi calon yang anda sokong.Siapa menang dan siapa kalah saya tak rugi dan tak untung apa-apa.

Anda nak sokong calon pilihan anda , sokonglah. Saya tidak halang. Saya cuba menulis artikel ini tanpa menyinggung perasaan mana-mana pihak.Puas fikir nak susun ayat supaya tidak ada pihak yang terluka. Kamu masuk nak menyerang calon yang kamu tak suka pula. Tunjuk adab sikitlah.Kalau begini cara orang-orang calon itu, maka saya tak pelik sekiranya calon kamu kalah.

Maaf, saya terpaksa padamkan komen-komen kamu.