Monday, October 21, 2013

Sedih Melihat Nasib Yang Menimpa Ali Rustam

Salah seorang pemimpin Umno yang saya kagum selama ini dalam mentadbir negeri dan berkhidmat kepada rakyat adalah Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Sebelum ini pun blog ini pernah beberapa kali menulis tentang kehebatan dan kejayaan Ali mentadbir Melaka. Kejayaan dan kehebatan beliau di Melaka tiada sesiapa pun yang boleh pertikaikan. 

Apabila Ali tewas dalam PRU 13 di Parlimen Bukit Katil saya juga agak tersentak mendengar keputusannya. Satu keputusan di luar jangkaan yang tidak ada sesiapa sekalipun jangkakan. 

Sebelum PRU 13 sudah banyak pihak membuat jangkaan bahawa Ali akan bertanding merebut jawatan Naib Presiden Umno dalam pemilihan parti kali ini. Apabila keputusan PRU keluar yang menyaksikan Ali kalah, ada pihak ramal Ali tidak bertanding Naib Presiden, dan ada yang kata beliau tetap akan bertanding. 

Hinggalah pada pagi hari pendaftaran calon 21 September 2012, tanda tanya masih lagi timbul samada Ali akan bertanding atau pun tidak. Sebelah petang, kira-kira 1 jam 20 minit sebelum pendaftaran ditutup barulah Ali muncul menyerahkan borang untuk bertanding jawatan Naib Presiden. Menjadikan beliau sebagai calon yang terakhir menyerah borang. 

Segala teka-teki telah terjawab...Ali sah bertanding...kemudian timbul pula ramalan samada beliau akan menang akan kalah. Saya sendiri jauh di sudut hati telah jangka Ali akan kalah. Satu faktor utama dan satu faktor sampingan yang saya jangka kenapa Ali akan kalah...

1) Beliau tidak lagi mempunyai kuasa seperti dulu - faktor utama
2) Peristiwa hitam yang melanda beliau menjelang pemilihan 2009 - faktor sampingan

Namun begitu perkara yang saya rasa tidak ada sesiapa pun yang jangka termasuk saya sendiri adalah undi dari bahagian-bahagian Umno negeri Melaka. 

Siapa boleh jangka bekas seorang Ketua Menteri yang begitu hebat dan rapat dengan rakyat di negeri itu tidak mendapat undi penuh daripada negerinya ? 

Bayangkan daripada enam bahagian di Melaka, hanya satu bahagian sahaja yang memilih beliau. Iaitu di bahagian beliau sendiri. Itu pun beliau berada di tempat kedua di belakang Zahid Hamidi. 
MELAKA 20 Okt. - Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam melahirkan rasa terkilan apabila hanya satu daripada enam bahagian UMNO di negeri ini mengundinya untuk jawatan Naib Presiden UMNO. 
Menurutnya, beliau hanya mendapat undi daripada UMNO Bukit Katil yang diketuainya manakala lima lagi iaitu Tangga Batu, Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin dan Kota Melaka tidak berbuat demikian. 
“Inilah dunia politik sebenarnya yang dapat saya rasakan. Apa salahnya saya diberi peluang mengisi salah satu daripada tiga tempat bagi jawatan Naib Presiden. 
“Kalau nak pilih satu sahaja mungkin keadaan sebaliknya, namun di Melaka saya lebih berasa terkilan kerana tidak mendapat sokongan langsung. 
“Inilah hakikat yang harus saya akui. Apabila saya tidak memegang sebarang jawatan di negeri atau Pusat tidak siapa nak lihat saya, tetapi dulu ketika 13 tahun jadi Ketua Menteri semua sokong saya," katanya. 
Mohd. Ali ditemui ketika menziarahi jenazah bapa mertua Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron yang meninggal dunia di Klebang Kechil di sini hari ini. 
Mohd. Ali yang bertanding jawatan Naib Presiden bersama lima calon lain tewas selepas hanya mendapat tujuh undi bahagian. 
Mohd. Ali yang juga Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) hanya mengekalkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil selepas menang tanpa bertanding. 
Mengulas lanjut beliau berkata, sepanjang 13 tahun memegang jawatan Ketua Menteri, beliau tidak menghadapi sebarang masalah apabila pernah menang jawatan Naib Presiden pada 2004 dan MT.
Utusan Online 21.10.2013

Sedih beb....sedihhhhhhhhhh.....

Rasa nak menitis air mata bila melihat nasib yang menimpa Ali Rustam. Jika beliau tidak mendapat undi dari negeri-negeri lain kita mungkin boleh kata tak kisah. Tetapi bila negeri sendiri pun sanggup lakukan begitu, sedih sungguh rasanya....

Tetapi itulah politik....bila sudah tidak ada kuasa itulah jadinya. Jika dulu Ali Rustam itulah yang menjadi pujaan hati mereka, sampaikan nak pergi ke tandas pun ada gerombolan yang ikut. Sekarang bila tiada kuasa, satu undi pun tak boleh bagi...

Politik oh politik...

Tiada kawan sejati....tiada musuh abadi...itulah politik.

39 comments:

Anonymous said...

apa nak disedihkam..Dr Mahathir yang banyak berjasa dan menjadi PM 22 tahun pun boleh kalah bertanding di bahagian sendiri selepas tak jadi PM, inikan Ali Rustam...Melayu adalah manusia yang mudah lupa dan bersifat munafik.. Kita pun bersifat munafik untuk survival..

Anonymous said...

sian dtk ali...aq rasa dh ada pakatan untk megekal naib2 presiden yg ada skrng...paling nyampah dgn kerismudin

Anonymous said...

kau kenal dengan apa bro, meh tanya orang melaka baru kau tahu apa crita, maju melaka bukan dia, kena ingat tu, elok lah tu, jng belagak sangat dngan org melaka nah ambik kau

Anonymous said...

Minta PM beri peluang Ali Rustam bertanding dlm PRU akan dtg atas alasan dia seorang pemimpin negeri yg baik. Cuma profile dia sudah jadi kelabu atas kekalahan mengejut ditangan lawan yg tak sepadan langsung. Mungkin Umno Melaka masih menanggung malu besar atas kekalahan paling mengejutkan pada PRU lalu.

Fasal Hisham saya tak berminat ambil tahu dia menang nasib dan kalah undi popular. Kalau nak bermain dgn persoalaan, saya lebih tertarik status quo Zahid dan Shafie. Cuba fikir semula kenapa kamu wajib pilih...
1.Zahid Hamidi (bekas pro Anwar).
2.Shafie Afdal (wakil tunggal Sabah).
3._______________ (mukhriz/hisham).
Kalau nak main persoalaan2 sgt lah.

lim kit malam said...

tranfomasi apa ntah?? Balik2 muka yg sama..$$$

Tan Sri Lim Kit Siang said...

Ini Malaysia milik olang Cine. Lu olang melayu sakai boleh balik tongsan. Sekejap lagi lu Malai gui semua akan kena kasi sapu balik tongsan indonesia.....kah kah kah !!!Malai Si

Anonymous said...

Sebagai orang Melaka, saya memang simpati dengan Datuk Ali yang sangat berjasa besar memajukan Melaka. Tapi saya faham perwakilan membuat keputusan sedemikian kerana keperluan. UMNO telah terumbang ambing selepas Abdullah Badawi mengepalai UMNO sehinggalah kini walaupun Najib telah ambil alih kuasa. Orang UMNO dahagakan perubahan. Ali Rustam memilih untuk bertanding dalam masa yang mana beliau terpaksa dikorbankan demi kelangsungan UMNO. Selepas dipalitkan dengan tuduhan rahsuah di pemilihan UMNO sebelum ini, ramai dapat lihat bermulanya kejatuhan beliau. Zahid Hamidi menjadi pilihan wajib kerana kemampuan & ketegasannya menerajui KDN. Shafie Apdal terpaksa diberi muka kerana Sabah penyumbang besar kerusi UMNO walaupun dilihat tiada sumbangan signifikan. Mukhriz dilihat memenuhi aspirasi orang Melayu terutamanya orang muda. Beliau masih bersih dari tuduhan rahsuah dan jelas mengutamakan kepentingan Melayu. Berbanding Datuk Ali, orang di atas pagar juga menyokong Mukhriz. Mungkin ini peluang beliau untuk berehat seketika.. Jika UMNO tidak bergelora, bayangkan kemantapan gandingan Zahir, Ali & Mukhriz..

Anonymous said...

Anon 3:44 pm
Aku orang melaka.... Setahu aku tok Ali tidak pernah mengabaikan orang Melaka... Ziarah dan lawatan kerumah selalu beliau lakukan .. ada bukti bergambar... Cukup2lah dengan fitnah yang jdadi makanan rutin anda...

Anonymous said...

Sebarang komen yang tersiar adalah
menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik
blog tidak bertanggungjawab terhadapnya.
Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan
tersiar yang bertentangan dengan undang-
undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak
berkuasa yang berkenaan untuk tujuan
siasatan dan tindakan.

Harap maklum

Cahaya Al Majid said...

SALAM. Melayu UMNO mana ada kenang budi sebab tak ikut 'Al Quran. Orang UMNO hanya 'melihat 'kuasa' yang bolih dia menafaatkan untuk kepentingan dirinya saja. Dah terkena batung hidung baru tahu.

Anonymous said...

Ada gula adalah semut. Kalau dah taada gula semut dah tak hilang. Macam bekas MB kelantan.

Anonymous said...

Jauhari jua yang mengenal manikam. Tak kenal maka tak cinta, dalam gelap teraba raba. Itu buktinya cinta itu buta. Antara perasaan dan fikiran terlalu amat jauh perbezaan dalam menentukan keputusan.

Gar gar bunyi gelegar, rasuk jua yag menahan.

Pandangan orang diluar dengan situasi yang berlaku didalam bukanlah keputusan yang boleh diterimapakai. Kalau dikatakan orang Bukit Katil tidak patut menolak beliau boleh diambil kira, itu pun kalau nak dinafikan “perjanjian” Illahi - buat baik dapat baik dan jahat disebaliknya. Tapi kalau nak dikira keluarga UMNO dibahagian bahagian lainya menolak beliau tentunya bersebab. Orang Cina dengan Jonker Walk, orang India dengan Little India, bagaimana pula dengan orang Melayu? Warisan Sejarah saperti Kg Hang Tuah di Kg Duyung hanya gah dengan nama. Perigi Puteri Hang Lipoh yang tiada apa keistimewaanya tetap menjadi tumpuan pelancong luar Negara dan tempatan. Saya ingin bertanya apa kah yang anda dapat lihat dipersekitaran Perigi Hang Lipoh itu jika dibandingkan dengan Perigi Hang Tuah? Makcik makcik berbangsa Melayu yang berniaga di sekitaran perigi Hang Tuah mengeloh berpanjangan kerana tempat tersebut yang sepatunya menjadi tumpuan pelancung tidak dapat sambutan. Bangunan yang sepatutnya memperlihatkan budaya dan kesenian Melaka pun dah jadi bangunan usang. Berapa jauh kah Bkt Katil dengan Kg Duyung? Saya akui apa yang dibantah oleh Anon 4:43pm kepada Anon 3:44pm. Saperti yang dikatakan KELEBIHAN mereka di tempat sendiri yang dapat menilainya.

Dengan itu orang Bkt Katil seharusnya menyokong beliau dalam PRU yang lalu kerana di Bkt Katil hampir ada segalanya. Apa lagi orang Bkt Katil mau? Juga undian yang diberikan kepada beliau dalam pemilihan NP sangat patut. Di bahagian yang lainya dinegeri Melaka, adalah saperti satu contoh yang saya sebutkan diatas.

Walau bagaimanapun segala yang telah berlaku itu punyai hikmah yang patut difahamkan.

Anonymous said...

Cahaya Al Majid....

Betul tu, macam PAS juga tak kenang budi Timb Presiden yang lama sebab orang PAS sendiri tak ikut Al-Quran. Elok2 ada suara ulama untuk jawatan kedua tertinggi dalam parti, tapi diangkat Mat Syabu bau nonok Normah oleh perwakilan PAS menjadi Timb Presiden. Memang dasar tak ikut Al-Quran orang2 PAS ni. Malu sungguh...

Anonymous said...

ikut Quran?

sebab itukah husam musa dok selak karpet dan nampak la sampah-sampah yang bertimbun tinggalan PAS sebelum ni..

Selama ni dok tipu rakyat kelantan, akhirnya bekas exco buka satu2..

"jangan buat saya dedahkan kesemuanya'.. kata husam..

banyak ooo sampah yg di sorok bawah karpet.. hahaha.

isle pas oh

Anonymous said...

Itu yg ahjibgor , rosmah dan HishamKeris amat amat takut...hilang kuasa x ada siapa yg oeduli sebab umno yg mengajar..kejar benda,

Anonymous said...

Cahaya ilmu jgn degil Haji Hadi dah ckp... Negara islam tiada dlm Quran! Ingat tu.. Sekurang kurangnya umno mereka tak pernah gadai kalimah Allah, atau menyokong penggerakan murtad, lgbt, komunis.

DON MELAYU said...

itu biasa lah...time ada kuasa semua orang pujak...xdak kuasa orang buat xtau ja,,,,ini masalah UMNO skerang ni...tak dapat nak menilai pemimpin yang benar2 berkualiti dan mampu untuk meneruskan survivor UMNO...

man tapai said...

Dulu ku disayang,kini ku ditendang.....macam lagu Indonesia...ha...ha...ha

Anonymous said...

Askum...aku orang Melaka dan hanya org Melaka yg tau apa yg Ali Rastam dah buat. Memang Melaka maju tapi orang Melayu Melaka merempat. Ko pergi Bandar Hilir, dulu ramai orang Melayu berniaga kat sana...tapi sekarang mana pergi? Semua bagi kat Cinabeng. Melaka Raya ALi Rastam bangunkan sbg pusat maksiat Cinabeng. Klebang dia buat rumah-rumah mewah & kondo, tapi org Melayu kat sana dari aku kecik sampai sekarang tetap cuma layak jual belacan & cencaluk je..rumah mewah semua utk Cinabeng terutama dari Singapura. Kat Air Keroh, Kota Melaka, Jonker street semua Ali Rastam bangunkan utk Cinabeng...dia sayangkan Cinabeng..akhirnya Cinabeng yg dia cium mulut tu yg undi ramai2 tendang dia dlm PRU..Melaka maju tapi orang Melayu Melaka terus terpinggir di bawah Ali Rastam... tu sebab org Melayu Melaka majoriti tak sokong dia..ada faham..

Anonymous said...

Salam,,,, stupid comment from blogger "Gelagat Anuar" yang rasa dia tahu semua,, Nampak tak logik dan rasional langsung komen beliau,,,, Seolah-olah ada udang disebalik batu untuk menghancurkan UMNO,,Grasshot UMNO dah nyatakan suara,, jangan pula ada blogger yang seperti 'katak di bawah tempurung' cuba untuk mengubahnya,,,

Blogger Gelagat Anuar kata:

Dalam pada orang memperkatan kononnya Mukhriz mendapat sokongan yang luar biasa dan kuat di kalangan ahli UMNO, blog ini ingin mengambil kesempatan mengucapkan TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada team h20 yang membuktikan mereka setia dengan perjuangan, dan mengenepikan ego politik peribadi.

Setelah berbincang dengan ramai rakan-rakan di bawah, team h20 telah membuat keputusan yang tepat, untuk tidak memberi malu kepada penawaran diri Mukhriz Mahathir sebagai Naib Presiden.

Team H20 banyak memberikan peluang agar nama Mukhriz diberikan tempat di kalangan perwakilan, dan tidak meninggalkan Mukhriz jauh di belakang.

Sejujurnya, berdasarkan kekuatan sebenar Mukhriz, paling maksimum yang mampu diperoleh anakanda Tun adalah 31 Bahagian. 60 bahagian lain adalah usaha menjaga nama agar Tun Mahathir tidak mengamuk sakan. Permainan ini hanya boleh dimainkan oleh kalangan yang setia kepada Najib, dan bukan mereka yang mempunyai ego politik yang tinggi.

Team h20 sebenarnya boleh menang jauh lebih besar. Jauh. Tetapi khusus untuk menjaga nama baik ayahanda Tun, ada bahagian yang diarah untuk mengundi Mukhriz. Bab itu, penyokong MM kena tahu dan faham.

Dalam politik, pencapaian adalah penting. Ianya akar untuk menentukan seorang pemimpin itu berjaya atau tidak.

Apa sumbangan Mukhriz sewaktu menjadi Timbalan Menteri? Ada MM bersuara mengenai isu Melayu? Ada MM usaha mempertingkat ekonomi Melayu?

Blog ini harap kalangan penyokong MM tidak overzealous dengan pencapaian 91 Bahagian. Tolak 60. 31 Bahagian itulah kekuatan sebenar MM.

Mungkin ada yang marah, tetapi itulah hakikatnya. Jangan nak ek dan berlagak sangat. Bawa bertenang.

Blog ini puji Hisham yang nampak bigger picture dalam pertandingan kali ini. Setia Hisham yang sanggup berkorban ego politik, berhadapan dengan tekanan undi popular memang luar biasa.

Saya amat bersetuju dengan komen blogger ni:

http://bigdogdotcom.wordpress.com/2013/10/20/strong-message-from-grassroot/

Anonymous said...

Anon 8:58 PM.

aku sangat bersetuju dengan pendapat kamu. hanya orang Melaka saja yang tau. walau bagaimana pun aku nasihatkan kepada yang empunya diri, berbanyaklah bermuhasabah.

Anonymous said...

Salam..... Mungkin betul komen anon diatas. Ini bukan hal sembarangan. Ini penolakan dari akar umbi sendiri. Ingat Idris Haron mampu menang bergaya di kerusi MT hasil sokongan org Melaka. Kita diluar Melaka ni tak tahu cerita sebenar. Yg kita tahu nama Ali Rostam mmg popular hingga dikaitkan gandingan Mukhriz. Ingat lagi gandingan ZAM?

Anonymous said...

tok ali sayangkan cina sangat..banyak projek pun habis ke cina je..boleh kata 80% cina je lah..apa cina nak, semua bagi..mana melayu melaka tak makan hati..jangan salahkan orang lain..ibarat perumpamaan..

"anak di rumah mati tak makan, kera di hutan di susukan"...

-gua anak melaka-

Anonymous said...

Aku rasa kau ni buta tentang negeri melaka.....cuba tanya orang melaka siapa yg suka dengan ali rustam tu.....kalau tanya ayam, kambing, babi dan lembu pun belum tentu binatang ni sokong ali rustam. Tahniah atas kekalahan beliau...Sekarang baru tahu dunia tinggi rendah....apa pun ali ni dah kaya raya.....

Anonymous said...

ali rustam patutnya bertanding MT sahaja. Itu yang selayaknya untuk beliau. bertanding VP tidak akan sama sekali menjamin kemenangan beliau. ali rustam sepatutnya bermuhasabah diri kerana beliau telah memberi banyak projek kepada cina dgn harapan cina boleh undi beliau. tapi malangnya semua itu adalah impian kosong. kalau tak caya pegi bukit katil tengok punya besar akademi of han studies yang dikepalai cina dan takmenyumbang apa2 pun kepada pembangunan intelektual di melaka khususnya di bukit katil. ali rustam sepatutnya bina Kolej Yayasan Melaka di situ dan menjalin hubungan dengan uni luar ternama. lain kali kalau nak majukan melaak dapatkan nasihat pakar yang sebenar bukan pembodek. sekarang adalah masa beliau untuk insaf.

Anonymous said...

Kesian ali rustam, melayu yang dulu sokong dia pun tak pilih dia sebagai VP. Cina yang banyak dibantu oleh ali rustam pun tak pilih dia sebagai MP di bukit katil. Cuba lagi lain kali, tapi jangan sebagai VP dah, cuba2 la sertai MT je. Cukup la...

Anonymous said...

Dah jadi dinosaur dah. Apa nak buat?

Elok bersara je, nikmati harta Karun Dan masa yang semakin pendek sebelum menemui ajal.

Mohd Izham said...

Saya setuju dgn pendapat anak-anak Melaka di sini. Mak aku yg sokong BN sejak azali lagi satu haram kemudahan tak pernah dapat, minta buat jalan tak sampai 50 meter pun tak dapat. Next election mak aku nak sokong lain pulak, kalau dia pengaruh anak-anak dia yg lain mampuslah umno.

Anonymous said...

tanyalah org melaka, babi kat alor gajah sapa bela ???????????? dulu kau kemain sayang kat cina kan, NAH AMBIK kau.................

Anonymous said...

Apa nak sedih nya. Ali Rustam tu dah boleh kira expired punya pemimpin. Tak terpilih pun kita tak ralat sangat. Ini si Mukhriz tu kira produk yang baru masuk market pun ada negeri sampai satu undi pun tak bagi kepadanya. Negeri tu negeri PM pulak. Ada orang heran apa kena mengena PM dengan pertandingan jawatan Naib Presiden ????

He he he he ... lu tau gua pun tah sudah lah. Cakap pun tarak guna punya.

Tapi gua tabik dengan TPM bila dia kata " Mukhriz mendapat kemenangan dalam kekalahan ". Phuh ... berbisa punya ayat tu.

Mu Kriss

Anonymous said...

Salam,
Kalu setakat ali rustam, 13 tahun ketua melaka, org buang, biasala dlm umno. Tdm 22 tahun presiden umno dan pm mesia pun org umno tendang. Apa cer nak kesian kat ali rustam.

Anonymous said...

Hidup ibarat RODA bro RBF . Tiada apa nak disedihkan .tiap manusia pasti menempuhi saat sedih dan sukar. itu fitrahnya . apa pun , tok ali sudah menerima keputusan dengan hati terbuka .kita dibawah ini cuma mengharapakan , agar tok ali tak patah semangat dan terus berjuang untuk bangsa melayu Malaysia .Bukan hanya tertumpu untuk melayu di melaka sahaja .UMNO medium tok ali , dan UMNO itu untuk semua melayu di malaysia . skop perjuangan dan arah tuju berjuang tok ali lebih luas selepas ini. Insyaallah ,berkat beliau bersabar, berusaha dan berdoa ,Allah swt pasti akan mengurniakan beliau ganjaran yang setimpal kepadanya kelak.

(Abg bawak lori)

Anonymous said...

Kalau jadi pemimpin tidak memperjuang alif, ba , ta dalam UMNO inilah jadinya

Anonymous said...

Berbudi kepada tanah, lambat laun mendapat faedah. Berbudi kepada cina malaun, lambat laun dapat...taik.

Anonymous said...

Cukup2lah tu tok ali saya.. kluar pagi bliknya ptg.. akhirnya kna tendang .. Dr. Rudin mungkin senyumnya makin lebar.. inilah balasan tuhan..

Anonymous said...

kalau nak diceritakan apa yang berlaku di belakang tabir semasa tok ali berkuasa, korang ahli umno kompom xmau dengar lagi nama dia dalam umno..

kes tanah mcl dah jadi prjek perumahan yang banyak melayu tak boleh beli ada, jadi pasaraya pun ada...banyaklah...apa yang dia dah buat utk org melayu..

dia umno, tp tlng kaum lain berlebih-lebihan...apa guna jadi kepala umno melaka klu x tlng melayu..

itulah di antara sekelumit cite belakang tok ali yg xdpt nak didedahkan secara detailnya...

skrg memang dia dah insaf..tp terlambat..banyak sgt yg dah rosak..dah jadi mcmni bru nak perjuangkan melayu?

yang sudah tu sudah...idris pun ada gak cite..tp lek lu...dua-dua pn lbh kurang je taring...

conclusion..ahli politik ni memang payah nak pakai perjuangan dia..perjuangan UMNO x mcm dulu..dulu demi survival melayu..skrg survival diri sendiri..

*hint yg dpt bnyk projek masa tok ali...TEO Bersaudara.....

Anonymous said...

Masing-masing ada hujah dan pengalaman yang tersndiri untuk dijadikan azimat dalam membuat ketetapan. Kita sendiri tidak tahu apa yang di depan dan sekelilingnya ini adalah suatu yang tulen atau kosmetik sahaja. Bayangkanlah Si Zahid yang dahulu menjadi hulubalang Anwar Jubo kini menjadi pujaan dalam Umno. Betul kata MIM dalam politik tidak ada kawan sejati mahupun musuh abadi. Ada baiknya untuk berwaspada ngan Zahid kerana beliau ini adalah sejenis cameleon yang boleh berubah-ubah mengikut keadaan semasa. Sangat bijak Berwajah mengikut keadaan semasa hingga dapat bertapak teguh hingga saat ini. Zahid pun jarang2 menyerang Anwar Jubo, mungkin dia masih menjadi proksi penting Si Anwar dalam mengacau bilaukan Umno dari dalam sendi dan urat saraf badan Umno itu sendiri. Buat Tok Ali, bolehlah buat teladan cara Isa Samad, terima sahaja apa jua yang terjadi sebagai ketentuan rahmat daripada Allah s.w.t. (Takdir penentu segala) Buat kita semua rakyat Malaysia kepada Allah jua kita bermohon agar kepimpinan Negara ini sentiasa berada di tangan orang-orang yang benar2 amanah dan suci jiwa serta teguh imannya. Amin.


Setia 7.

Anonymous said...

Jangan-jangan ada tangan ghaib di peringkat atasan dalam heirarki pucuk pimpinan parti ini yang mahu orang-orang berkaliber seperti Ali Rustam disingkirkan. Apa yang terjadi pada Ghani Othan di Johor? Kena belajar sifir politik untuk nak tahu tangan-tangan ghaib ini. dua kali dua tak semestinya empat...

xomega said...

Terbaik bau nonok normah. Mat sabu shiah sapu keliling. Mutaah kot.