Thursday, October 3, 2013

Sekali Lagi DAP Buktikan Kepada Kita Mereka Tetap Anti Melayu


Bila kita beritahu orang melayu bahawa DAP adalah sebuah parti chauvinis cina, parti yang mengamalkan dasar perkauman melampau, parti yang tidak mengiktiraf orang melayu dan parti yang menindas melayu, maka melompat-lompat Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng menafikannya. Mereka kata mereka adalah parti yang pelbagai kaum dan tidak anti melayu. 

Dalam masa yang sama dasar mereka adalah menghapuskan hak istimewa bumiputera. Perkara ini terang-terang dinyatakan dalam Visi dan Misi parti mereka. Baca balik apa yang saya pernah tulis hampir lima bulan lepas di sini

Bulan Disember 2012 semasa pemilihan CEC parti itu ke 16 mereka dah membuktikan kepada kita orang-orang melayu bahawa melayu tiada tempat dalam DAP apabila seorang pun calon melayu tidak menang. Kemudiannya mereka membuat magic dengan meletakkan kesalahan kepada komputer untuk memasukkan seorang cina yang menggunakan nama melayu, Zairil ke dalam CEC. Tujuannya untuk membodohkan orang-orang melayu di Malaysia bahawa melayu ada tempat dalam DAP bersandarkan batang tubuh seorang cina yang bernama melayu. 


Empat hari lepas DAP sekali lagi membuktikan melayu tidak penting kepada mereka. Pemilihan semula CEC yang berlangsung pada 29 September 2013, daripada 20 calon yang menang seorang pun tidak ada melayu yang terpilih. Sedangkan dalam pemilihan itu enam calon melayu yang bertanding. Seorang pun tak menang beb....

Daripada 20 yang terpilih, sebanyak 17 orang daripada mereka adalah berbangsa cina dan 3 orang berbangsa india. 

Kemudian mereka melantik pula 10 lagi CEC lantikan. Daripada 10 orang yang dilantik hanya SEORANG SAHAJA orang melayu yang dipilih. Lihat di sini

Selebihnya 5 orang cina, 2 orang india, 2 orang wakil Sabah/Sarawak. Cina yang menang pemilihan sampai 17 orang. Cina juga dilantik sampai 5 orang. Wakil melayu untuk satu negara Malaysia hanya ada seorang.

Apa salahnya kalau lantik 2-3 orang melayu untuk membuktikan mereka tidak anti melayu ?

Mereka tak boleh buat beb....sebabnya di jiwa nurani mereka telah tersemat sentimen anti melayu. Macamana atau bagaimana atau cara mana sekali pun mereka cuba berlakon untuk menunjukkan sikap tidak anti melayu, tetapi kalau jiwa telah tersemat sentimen anti melayu ianya tetap akan terzahir jua. 

Saya boleh beri perumpamaan begini,  kita pergi rumah seorang kawan yang bukan islam, mereka hidangkan kita makanan. Tak nak makan bimbang kawan terasa hati. Nak makan pula....tak tahu ayam yang dihidang disembelih atau dicucuk. Nak tanya tak tergamak. Bila kawan tanya awak boleh makan tak ? Kita pun jawab, boleh....boleh....kerana nak menjaga hati kawan, sedangkan dalam masa yang sama tekak dah loya. Telan secubit kita pun beritahu kawan, ohhhh sedaplah ayam yang isteri awak masak tetapi sayangnya perut saya dah kenyanglah....baru saja lepas makan sebelum datang rumah awak tadi. Macamana kita berlakon sekali pun untuk menjaga hati kawan kita, kawan itu tetap akan tahu apa tersemat di jiwa nurani kita. 

Berbalik kepada kisah DAP chauvinis....

Wakil kaum india pun ada lima orang beb.....wakil Sabah satu orang berpadanan untuk satu negeri. Begitu juga wakil Sarawak satu orang berpadanan untuk satu negeri. Wakil kaum melayu selaku kaum majoriti di negara ini sepatutnya kena ada 5 orang jika mereka benar-benar tidak anti melayu. Kalau tak dapat 5 orang dapat 3 orang pun ok lah....Tetapi seorang sahaja yang mereka lantik. Lagi nak bercakap parti yang berbilang kaum,berjuang untuk semua kaum dan tidak anti melayu ke wahai Kit Siang dan Guan Eng ? 

6 comments:

Anonymous said...

Dusta pd kata, sukar pd anggota.

Anonymous said...

Sori bro RBF

Lari tajuk

Laporan audit byk tul cter

Blog sokong kerajaan cam x bg jawapan je

Kes KPOP takkan janji air liur je
Camne org dlm kerajaan buat keje smpai rugi besar

Kes Gari Pistol selamba je Ketua Polis jawab mungkin jatuh laut
Camni ke bg jawapan

Anonymous said...

Cina tetap anti melayu walau di dalam parti mana pun mereka tetap cauvanise mca dap supp tetap parti cina.

Anonymous said...

Maaf lari dari topik juga, tetapi isu yang penting juga.

Baru-baru ini isu mufti Sabah yang menyuarakan satu saranan yang tampak lebih kepada usul peribadi, iaitu me-Melayu-kan bangsa yang beragama Islam untuk tujuan penyatuan. Apa yang berlaku dan disifatkan sebagai lebih kuah dari sudu, orang bukan Islam nampaknya lebih menjuarai isu ini dan seolah-olah mereka sangat prihatin mengenai kemaslahatan umat Islam di Sabah dan penyatuannya. Ini dapat dilihat dengan komen-komen yang kebanyakannya lebih timbangan negatif seperti memperbodohkan orang lain atas isu ini (terutamanya kepada mufti Sabah), kempen menyatakan bangsa mereka di Facebook dan sebagainya. Kenyataan oleh Naib Presiden PBRS bahawa isu itu adalah pandangan peribadi mufti pun dikatakan menambah kelucuan mengenai isu ini oleh pihak bukan Islam. Tidak kurang dengan itu segelintir umat Islam sendiri yang turut sama menyokong cemuhan oleh pihak bukan Islam ini. Seharusnya umat Islam di Sabah perlu befikir mengapa mufti Sabah mengeluarkan kenyataan sedemikian. Mufti perlu diberikan ruang untuk menerangkan saranan tersebut.

Walaupun ia agak keterlaluan untuk menukar bangsa terutamanya kepada masyarakat majmuk yang mementingkan bangsa di Sabah, namun di sebalik saranan itu, ia merupakan hemat yang menjurus kepada persoalan bagaimana umat Islam di Sabah bersatu di sebalik hambatan cabaran politik, globalisasi dan cubaan pihak tertentu untuk melemahkan Islam di Sabah. Itu pandangannya, dan tidak semestinya dapat diterima oleh masyarakat majmuk di Sabah kerana walaupun dijadikan berbilang bangsa namun Islam tetap berdiri dengan sendirinya selagi mana ianya diamalkan oleh umat Islam tanpa mengira bangsa.

Persoalan ini ditimbulkan untuk difikirkan oleh umat Islam khasnya di Sabah iaitu bagaiman penyatuan umat Islam dapat diperhalusi. Sudah tentu sukar, kerana dalam Melayu sendiri pun tidak pernah ada penyatuan yang jitu kerana faktor fahaman politik. Penyatuan bangsa Dusun dan Kadazan di Sabah misalnya, pun tidak mencapai penyatuan yang diinginkan. Juga disebabkan oleh faktor politik dan agama. Sebaliknya seorang MELAYU bernama Anwar Ibrahim diangkat sebagai Hoguan-siou bagi masyarakat Kadazan Dusun Murut (ringkasnya KDM) dan seterusnya membelakangan penyandang sebenar Hoguan-siou. Mengapa ini tidak menjadi sensiviti yang besar kepada KDM? Adakah kerana tidak ada usul penukaran bangsa atau unsur agama? Jika Mufti baru menyarankan untuk tujuan penyatuan dan tidak pun dilaksanakan, sebaliknya tindakan sepantas kilat Hoguan-Siou Melayu ini diangkat oleh sebilangan KDM tidak mendapat reaksi negatif kepada agama dan bangsa KDM.

Oleh yang demikian, penyatuan umat Islam di Sabah bukan semestinya melalui satu bangsa secara fizikal. Islam itu sendiri adalah penyatuan dari segi rohani tetapi disebabkan faktor terutamanya politik, penyatuan secara jasmani tidak akan dicapai sehingga umat Islam benar-benar mengamalkan syiar Islam. Sedarlah bahawa penyatuan sebenar tidak mungkin dapat dicapai, tetapi mengangkat syiar Islam dan memakmurkan dakwah akan memberikan kesedaran kepada umat Islam untuk bersatu. Umat Islam di Sabah perlu mendepani cabaran dari pihak yang menekan agama Islam dari segenap arah sama ada terang-terangan ataupun secara senyap. Itulah yang lebih penting.

Anonymous said...

Anon 2:56 PM

Komen memang mudah.

Ketua Audit nampak pada zahir je.

Kalau barang kat rumah lu sendiri pun boleh hilang, kalau barang dalam rumah lu sendiri hilang pun lu tak tahu, jangan mudah mengata orang.

Nobody`s perfect in this world. Bumi mana yang tak ditimpa hujan.

Komen memang mudah.

Anonymous said...

aku rase kabinet bodoh la... lain kali boleh tak buat akaun bagus sikit?? akaun palsu pun kasi la label bagus sikit,


contol nya... korea KBS 1.6 juta. tulis la label utk promoti sukan iklan TV la OIII bongok!! tulis apa tuh KBS, bodo la


kan boleh urus kan BPR, SPRM, buat per la keuar satu biji PCA,,, laporan yg membuat parti /kerajaan sendiri naik malu?tuh la... bodoh sgt la....

buat akaun palsu ker apa pun kena la kasi cantik perestasi kerajaan, sekarang mau tunjuk iklas tunjuk akaun betul?? so cam ner??? tak tau camner nak memperbaiki juga...