Friday, October 25, 2013

Sungai Limau : Kubu Pas Atau Kubu Ustaz Azizan ?


Berdasarkan fakta dan angka hasil keputusan pilihanraya yang lepas-lepas di Dun Sungai Limau, nampaknya bukan satu perkara yang mudah untuk BN merampas kerusi berkenaan daripada Pas. 

Sejak tahun 1955 sejarah pilihanraya kawasan berkenaan menunjukkan Pas menguasainya sebanyak 9 kali dan BN sebanyak 4 kali. 

Arwah Ustaz Azizan mula memegang kerusi berkenaan sejak 1995 yang pada ketika itu dikenali dengan nama Dun Sala. Beliau menewaskan calon BN, Bahador Bin Omar dengan majoriti 196 undi. 

Tahun 1999 juga semasa Dun berkenaan dikenali sebagai Dun Sala, Ustaz Azizan sekali lagi menewaskan calon BN, Hidzir Bin Alias dengan majoriti 2621 undi. 

Tahun 2004 Dun berkenaan mula dikenali dengan nama Dun Sungai Limau. Ustaz Azizan mencatatkan hatrick, dengan menewaskan calon BN, Mohd Suhaimi Bin Abdullah dengan majoriti 1080 undi.

Tahun 2008 pula Ustaz Azizan menewaskan Basorri Bin Abu Hassan dengan majoriti 3212 undi. Manakala pada tahun 2013 Ustaz Azizan menewaskan calon BN yang juga sepupunya, Fazillah Bin Mohd Ali dengan majoriti 2774 undi. 

Jika diperhatikan keputusan diatas, undi majoriti yang dimenangi Ustaz Azizan tidak konsisten setiap tahun. Bermula dengan kemenangan kecil pada 1995, kemudian meningkat pada 1999, turun balik pada 2004, naik balik pada 2008, dan turun balik pada 2013. 

Jika kita jadikan trend diatas sebagai ukuran, maknanya Pas akan mencatat kemenangan yang lebih tinggi dalam PRK kali ini. Sebab majoriti mereka merosot dalam pilihanraya sebelum ini. Itu jika kita letak parti Pas sebagai ukurannya. Tetapi jika kita meletak calon sebagai ukuran suasananya mungkin berbeza. 

Mungkin kerusi berkenaan bukan kubu Pas, tetapi kubu Ustaz Azizan. Apa pun segalanya akan terjawab 4 November ini. Jika Pas menang, maknanya kerusi itu kubu Pas. Jika Pas kalah maknanya kerusi itu kubu Ustaz Azizan. 

Saya ingin berkongsi keputusan pilihanraya ke 12 dan ke 13 dengan anda bagi Dun Sungai Limau.



Jumlah Pengundi - 27,222 orang
Melayu - 93.03 %
Cina - 6.76 %
India - 0.06 %
Lain-lain - 0.15%

Pusat Daerah Mengundi (PDM) - 19

1) PDM Matang Buloh 
Jumlah Pengundi - 1949 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 260 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 379 undi

2) PDM Sungai Dedap
Jumlah Pengundi - 2005 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 461 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 548 undi

3) PDM Gelam Tiga 
Jumlah Pengundi - 1096 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 358 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 388 undi

4) PDM Bukit Choras
Jumlah Pengundi - 988 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 601 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 647 undi

5) PDM Bukit Besar
Jumlah Pengundi - 2359 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 1199 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 1247 undi

6) PDM Simpang Tiga Luar
Jumlah Pengundi - 1548 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 225 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 248 undi

7) PDM Simpang Tiga
Jumlah Pengundi - 1432 orang
PRU 13 - BN menang majoriti 46 undi
PRU 12 - BN menang majoriti 265 undi

8) PDM Selengkoh
Jumlah Pengundi - 1006 orang
PRU 13 - BN menang majoriti 119 undi
PRU 12 - BN menang majoriti 22 undi

9) PDM Sungai Daun 
Jumlah Pengundi - 1826 orang
PRU 13 - BN menang majoriti 137 undi
PRU 12 - BN menang majoriti 32 undi

10) PDM Sungai Limau
Jumlah Pengundi - 1305 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 12 undi
PRU 12 - BN menang majoriti 55 undi

11) PDM Kabu Sepuloh
Jumlah Pengundi - 1950 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 87 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 45 undi

12) PDM Sungai Kering
Jumlah Pengundi - 358 orang
PRU 13 - BN menang majoriti 178 undi
PRU 12 - BN menang majoriti 153 undi

13) PDM Sedaka
Jumlah Pengundi - 1469 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 86 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 22 undi

14) PDM Ulu Sedaka
Jumlah Pengundi - 1546 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 245 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 283 undi

15) PDM Padang Lumat 
Jumlah Pengundi - 843 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 5 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 56 undi

16) PDM Batu Enam Belas
Jumlah Pengundi - 1143 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 194 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 202 undi

17) PDM Kampung Titi Batu
Jumlah Pengundi - 1596 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 276 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 164 undi

18) PDM Dulang Kecil 
Jumlah Pengundi - 1814 orang
PRU 13 - BN menang majoriti 506 undi
PRU 12 - BN menang majoriti 338 undi

19) PDM Dulang Besar
Jumlah Pengundi - 989 orang
PRU 13 - BN menang majoriti 187 undi
PRU 12 - BN menang majoriti 141 undi



PRU 13 - Pas menang 13 PDM dan BN menang 6 PDM

PRU 12 - Pas menang 12 PDM dan BN menang 7 PDM.

Atas kertas mungkin kita berkata sukar untuk BN menang. Namun begitu kita kena ingat, dunia politik lebih kurang dengan dunia bolasepak. Penuh dengan keajaiban....Johor yang menang 4-2 menewaskan Kelantan, kemudian boleh kalah 6-1 dengan Kelantan sehingga tersingkir daripada saingan Piala Malaysia. Haji Hadi pun pernah tewas di kubu kuatnya di Marang tahun 2004. Ali Rustam pun boleh kalah di Bukit Katil dalam PRU 13. 

Dimana ada kemahuan disitu ada jalannya....

21 comments:

Anonymous said...

Ada undi yang diperolehi 2013 merupa undi simpat kepada arwah Ustaz Azizan

Ketika itu beliau diasak secara jahat oleh beberapa pemimpin PAS Negeri dan PAS Pusat (tak payah sebut nama) ramai yang dah tahu.

Arwah memperolehi undi dari yang bersimpati kepadanya,pengundi atas pagar dan berkemungkin juga pengundi BN.

Perbuatan jahat orang kanan PAS yang ingin melihat arawh kecundan,gagal,arwah (bukanya PAS) mendapat simpati malahan ada juga pemimpin UMNO yang simpati dengan nasib arwah,jarang sekali pemimpin BN atau UMNO gasak arwah yang banyak berbuat demikian kaki busuk dalam PAS...sekali lagi saya tekankan disini undi 2013 bukan untuk PAS tapi untuk arwah.

Pandai-pandailah BN untuk memujuk hati pengundi-pengundi yang tersingung atas perbuatan kaki busuk PAS yang tidak menghormati arwah....kalau pemimpin UMNO sendiri boleh menghormati arwah..kenapa tidak pemimpin PAS sendir yang meletakan penghormatan tertinggi kepada arwah....calon PAS baru ini aja muncul....

Anonymous said...

pembetulan dan penambahan

Ada undi yang diperolehi 2013 merupa undi simpat kepada arwah Ustaz Azizan

Ketika itu beliau diasak secara jahat oleh beberapa pemimpin PAS Negeri dan PAS Pusat (tak payah sebut nama) ramai yang dah tahu.

Arwah memperolehi undi dari yang bersimpati kepadanya,pengundi atas pagar dan berkemungkin juga pengundi BN.

Perbuatan jahat orang kanan PAS yang ingin melihat arwah kecundan gagal,arwah.

Atas nama Ustaz Azizan PAS mendapat undi (bukan kerana ianya PAS)

Arwah mendapat simpati malahan ada juga pemimpin UMNO yang simpati dengan nasib arwah,jarang sekali pemimpin BN atau UMNO gasak arwah yang banyak berbuat demikian kaki busuk dalam PAS...sekali lagi saya tekankan disini undi 2013 bukan untuk PAS tapi untuk arwah.

Pandai-pandailah BN untuk memujuk hati pengundi-pengundi yang tersingung atas perbuatan kaki busuk PAS yang tidak menghormati arwah....kalau pemimpin UMNO sendiri boleh menghormati arwah..kenapa tidak pemimpin PAS sendir yang meletakan penghormatan tertinggi kepada arwah....calon PAS baru ini pun baru aje muncul....adakan dia sebagai Pemuda PAS membela Arawah....malah ada yang memasang cita-cita untuk mengantikan Ustaz Azizan semasa beliau masih...malahan ada antaranya menanti sangat PRK ini untuk nak jadi YB Sg Limau.....tunggu punya tunggu nah peluang telah tiba...sedang di pejabat MB ada juga majlis keagama Islam suapaya arwah cepat sembuh....tapi Allah yang punya kuasa keatas segalanya

Anonymous said...

pembetulan dan penambahan

Ada undi yang diperolehi 2013 merupa undi simpat kepada arwah Ustaz Azizan

Ketika itu beliau diasak secara jahat oleh beberapa pemimpin PAS Negeri dan PAS Pusat (tak payah sebut nama) ramai yang dah tahu.

Arwah memperolehi undi dari yang bersimpati kepadanya,pengundi atas pagar dan berkemungkin juga pengundi BN.

Perbuatan jahat orang kanan PAS yang ingin melihat arwah kecundang gagal.

Atas nama Ustaz Azizan, PAS mendapat undi (bukan kerana ianya PAS)

Arwah mendapat simpati malahan ada juga pemimpin UMNO yang simpati dengan nasib arwah,jarang sekali pemimpin BN atau UMNO gasak arwah, yang banyak berbuat demikian kaki busuk dalam PAS...sekali lagi saya tekankan disini undi 2013 bukan untuk PAS tapi untuk arwah.

Pandai-pandailah BN untuk memujuk hati pengundi-pengundi yang tersingung atas perbuatan kaki busuk PAS yang tidak menghormati arwah....kalau pemimpin UMNO sendiri boleh menghormati arwah..semstinyalah pemimpin PAS sendir yang meletakan penghormatan tertinggi kepada arwah....calon PAS ini pun baru kini aje muncul....adakan dia sebagai Pemuda PAS membela Arwah....malah ada beberapa individu yang memasang cita-cita untuk mengantikan Ustaz Azizan semasa beliau digasak bertubu-tubi(mengharapkan arwah berundur)dan juga ketika arwah masih bertarung nyawa dengan penyakit kecing manis

Malahan ada antaranya menanti sanga-sangatt PRK ini untuk nak jadi YB Sg Limau.....tunggu punya tunggu nah peluang telah tiba...

Sedang di pejabat MB ada juga majlis keagama Islam supaya arwah cepat sembuh....tapi Allah yang punya kuasa keatas segalanya.

Semoga Allah menunjukkan kebenaran bagi melenyapkan kesombongan...Amin

Anonymous said...

Ehhh Ustad hotel lah yg gambar bawah tu...... kenapa jabatan agama Pahang tak dakwa dia, kertas dakwaan dah hilang ke.

Anonymous said...

kalau takut kena fitnah tidur kat masjid..kalau tak tidur dalam pondok kat bendang.....elakkan fitnah lebih baik sekira kita dah tau sesuatu perkara itu boleh mendatangkan fitnah...bila kantoi jangan letak kesalahan keatas orang lain...

RD. said...

Saya hormat cara RBF menulis tanpa cercaan, sesama Melayu Islam.

Walaumacamana pun, saya bosan dengan PAU lepas, mereka kata UMNO nak Tranformasi Politik, meremajakan UMNO la, tapi hanya temberang belaka. Yang di pilih masih yang tua bangka, lembik, terpalit dengan scandal dan perasuah dari tingkat 4, zaman Pak Lah. Nampak seolah-olah, ahli-ahli yang memilih pemimpin lebih mengutanakan tempolok dan kepentingan mereka sendiri.

Marilah kita beramai-ramai BOIKOT PRK Sg.Limau.

Kalah di Sg.Limau tidak akan mencemarkan nama DP Mukhriz. Ia hanya akan menyampaikan isyarat kepada BN, khususnya PM, untuk 'Berani Berubah' dalam erti kata sebenar. (Singkirkan ramai penasihat dan consultant, terutamanya MatSalleh yang berlambak di GLC dan MAS).

Biarkan PAS menang besar, sebagai tanda persahabatan sesama Melayu Islam. Hentikan cerca-mencerca sesama Islam dalam kempen dan ceramah. Fitnah-memfitnah berterusan sampai orang dah tak percaya. Tengok poster Badrul Amin tu. Ustaz kaki zina pun, masih laku lagi.

(Pernah dengar DAP & MCA & Gerakan, fitnah-memfitnah, megutuk dan memperleceh sesama mereka. Malah pekung antara mereka pun, mereka tolong-menolong cover-line).

Dengan lebih ramai orang atas pagar, penyokong UMNO yang dah meluat, elok saja PAS keluar dari PR, tolak semua Anwarinas dan Syiah, secepat mungkin, supaya kami ada pilihan lain, demi Bangsa, Agama, Raja dan Negara. Kalau ditubuh lagi satu Party Melayu, ataupun PERKASA menjadi Party Politik, akan bertambah pecah la kesatuan kita. Kalau Pas masih bersama PR dan UMNO tidak nampak perubahan, saya tidak akan mengundi pada PRU14.

Anonymous said...

Undi kita adalah penting untuk menentukan kuasa siapa akan mentadbir kita semua nanti. Kita tetap mengundi tetapi undilah ikut akal dan hati kita dan jangan ikut perasaan. Saya pun amat marah dan frust bilamana Mukhriz tak terpilih sebagai NP UMNO dan transformasi UMNO yang di canang selama ini oleh Najib hanyalah retorik sahaja. Tetapi masih ada masa lagi dan saluran lain untuk kita perbetulkan balik UMNO...but not in Pilihanraya melawan opposition. UMNO amat susah untuk bangkit selepas sesuatu kekalahan seperti di Selangor sampai la ni tak dapat rampas sbb UMNO Selangor berpecah belah akibat kroni,duit dan dendam.

Anonymous said...

macai macai umngok tak payah la bercerita pasal sg limau...patut cerita pasal bajet 2014..ni la akibat kebodohan macai taik yg menyokong umngok...dapat hadiah dr umngok..kah kah kah..org nk bg free tak nak..sekarang..nah amik ko wahai macai macai taik yang bodoh bangang dan banghal bodoh piang menyokong umngok....kah kah kah...

Anonymous said...

Anon 27.10.13 107am

Dari gaya penulisan ko, aku berani teka ko memang orang yang sokong Pas dan boleh jadi orang yang sokong PKR.

Nampak sangat kebodohan ko, nampak sangat betapa melayu nya ko, bila ko sebut " orang nak bagi free tak nak ". Ini lah mentaliti melayu yang harap benda free sepanjang masa. Dan kerana mentaliti free ini lah menyebabkan melayu mudah kena tipu, kena tipu dengan mainan politik pembangkang.

Yang menjanjikan segala2nya free hanya lah Hadi Awang dengan Anwar Ibrahim sahaja sedangkan Lim Guan Eng tak pernah berjanji free kepada para pengundinya jika DAP menang.

Nampak sangat betapa sengkek nya bangsa melayu, asal diumpan dengan FREE sahaja mereka sanggup gadai maruah, gadai bangsa dan gadai agama.

Saya nak cadangkan kepada DAP, kalau nak dapat sokongan orang melayu OFFER segala2nya Free kepada mereka ... sekolah free, rumah free, belanja sara hidup free, tambang free, nikah kawin free, masuk syurga free, masuk neraka free dan 1001 macam free ... INSYALLAH mamat2 melayu macam Anon ini tidak akan teragak2 untuk mengundi parti cina DAP bagi menjatuhkan parti melayu Umno daripada tampok pemerintahan Tanah Melayu ini ... janji Free.

Ana Muslimah

Tok Adi said...

Kubu PAS akan jadi kubur PAS...wakaka

Anonymous said...

Kempen pong-pang pong-pang sana sini tak guna bro kalau setakat cakap kosong....hulur-hulur lah sikit....boleh jugak buat minum teh tarik...harga gula pun dah naik

Anonymous said...

onani 1.07 nampak sangat bodohnya .
hanya tahu gelak , kemudian gelar org umno MACAI . dia sendiri yg jadi pencacai angkat najis guan eng & anwar malu pulak nak mengaku . bodoh punya anon .

Tora Malaya said...

Assalam Brotherhood. Mohon agar blog ini http://toramalaya.blogspot.com/ di linkkan dengan blog Tuan yang hebat. Terima kasih.
Tora Malaya..

Jokiden said...

Tuan RBF,

PDM5 Bukit Besar tu betul ke jumlah majority tu.. tengok jumlah pengundipun tak seramai 1,000 orang.

RBF Online said...

Jokiden, terima kasih atas perhatian anda. Saya telah perbetulkan. Pengundi 988 untuk PDM 4 Bukit Choras. Saya tersilap lihat susunan no 4 dan dan no 5.

Anonymous said...

Malam ni kita dengar apa pula kata CN AlAfghani dalam pidatonya di Permatang Buluh. Denagr kata ada buku baru pulak... jom

Anonymous said...

untuk anon 27 okt 8:30..ana muslimah..aku sokong pas,aku sokong pkr...dan aku undi DAP..ko apa hal.. nampak sgt yg ko ni lg berharap benda free..guna internet pun pejabat punya..takat ko punya statement semuanya masa bekerja yg ko gunakan..sedar la diri hoi...kah kah kah...takat jd macai taik umngok je la ko ni...hampehhhhh....kah kah kah

Anonymous said...

anoNGOK 11:56 PM, bajet PR 2014 ko tak tengok pulak ke?? Memang bajet PR tu layak campak ke bakul sampah je kan?? Tu sebab ko tak sebut pun.... kah kah kah kah kah kah

Anonymous said...

buang masa je undi pas nie!

Anonymous said...

Sokong RD pada October 28, 2013 at 11:56 PM saya nie sebenarnya atas pagar dan kalau nak undi memang terus terang saya katakan saya pilih antara PAS dan UMNO yang lain. takleh harap tapi tang saya geram ialah parti PAS memang nampak jadi budak suruhan, YA SAYA ULANG SEKALI LAGI BUDAK SURUHAN DALAM PR manakala UMNO BANGSAT tak reti2 buat transformasi.. memang sah retorik je. Tetap muka2 lama yang dah terang2 dibenci rakyat itu yang dipilhnya. Saya kecewa dengan orang melayu kenapa dalam politik kita nie bodoh sangat. Memang benarlah sindiran Mat Indon pada kita nie "MELAYU MEMANG MA-LAYU"

Anonymous said...

DUN SG. LIMAU..PAS MENANG...UMNGOK KALAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
lagi botak la mukhriz...kah kah kah..hanya yang bodoh2 je sokong umngok...yg macai lg la bodohhhhh...hehehe.........