Thursday, October 10, 2013

Tahniah BN Kelantan Kerana Berjaya Tambah Anggota Yang Membawa Suara BN


Berdasarkan keputusan PRU 13 di negeri Kelantan BN memenangi 12 kerusi DUN. Apabila menang 12 kerusi maknanya 12 orang wakil BN yang membawa suara BN setiap kali Dewan Undangan Negeri Kelantan bersidang. 

Bagaimanapun untuk persidangan yang sedang berlangsung sekarang, tidak semena-mena BN ada 13 suara yang membawa aspirasi mereka. 

Siapa yang ke 13 ? 

Ahhhhh....saya yakin anda semua sedia maklum siapakah yang sedang menggodak Kerajaan Pas Kelantan dalam sidang DUN kali ini. Lihat di sini

Allah Maha Kaya....Allah Maha Esa....Allah Maha Berkuasa...dulu waktu dia berkuasa bukan main sedap lagi dia membelasah BN dengan bermacam-macam tuduhan. Sekarang dia sendiri yang sedang membuka aibnya. Hinanya kedudukan dia sekarang bila tidak berjawatan. Dia sedang menjilat balik air liur dan kahak yang dia ludah merata-rata dulu. 

Menteri Besar sekarang baru berkuasa beberapa bulan. Dia sebelum ini yang turut sama berkuasa di Kelantan selama dua penggal selaku orang yang paling kanan kepada MB sebelum ini, apa yang dia buat ? Sebab itu saya kata dia sedang menjilat balik air liur dan kahak yang dia ludah dulu. 


Dalam keghairahan dia menghentam pentadbiran Kelantan sekarang, tanpa disedari dia telah mendedahkan sesuatu sewaktu dia berkuasa. 

Kita masih ingat pada Mei 2012 dia melancarkan pembinaan lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai. Kita masih ingat lagi bagaimana mereka mendendangkan lagu-lagu indah meminta orang ramai menderma untuk kerja-kerja pembinaan lebuhraya tersebut. Hingga isu kutip derma lebuhraya itu menjadi satu bahan lawak jenaka hingga kini. 

Pada masa itu langsung tidak kedengaran atau dinyatakan selain daripada derma orang ramai, daripada mana lagi sumber wang yang akan diperolehi untuk menampung pembinaan lebuhraya itu. Maklumlah kosnya mencecah hampir RM 2 bilion. Tak mungkin daripada hasil derma boleh dapat RM 2 bilion. 

Tup...tup...tup...dua hari lepas dia sendiri yang memberitahu Dewan Undangan Negeri Kelantan wang yang akan diperolehi untuk kos pembinaan lebuhraya itu datangnya dari hasil bumi Kelantan. Iaitu hasil dari perlombongan besi. Lihat di sini

Kenapa perkara ini tidak dinyatakan secara terus terang kepada rakyat Kelantan semasa dia berkuasa dulu ? 

Kenapa sekarang baru nyatakan semua itu bila sudah tidak ada kuasa ? 

Jika hasil yang boleh diperolehi dari perlombongan besi itu boleh mencecah RM 2.5 bilion, mengapa perlu lagi buat kempen supaya orang ramai menderma ? Sedangkan kos pembinaan lebuhraya itu hanya RM 1.8 bilion. 


Bila sebut pasal derma lebuhraya maka saya teringatkan kembali kepada sebuah NGO di Kelantan yang berarak ke Pejabat Pentadbiran Kerajaan Kelantan pada 6 Jun 2012 untuk menyerahkan sumbangan mereka bagi membina lebuhraya berkenaan. Mereka bukan serah wang, tetapi menyerahkan kereta sorong, cangkul dan pasir. Lihat di sini

Tahniah diucapkan kepada NGO berkenaan. Langkah yang anda buat dulu adalah tepat untuk mengajar pembohong.

Nasharuddin Mat Isa dihentam bagai nak rak kerana mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan selera pemimpin Pas berhubung kerajaan perpaduan. Hassan Ali dipecat kerana menentang murtad. Sekarang ada orang Pas atau pemimpin Pas yang berani mengambil tindakan terhadap dia yang berlawan dengan sebuah kerajaan Pas ? 

8 comments:

Anonymous said...

Boleh lantik Husang jadi Ketua Pembangkang

Anonymous said...

Sedia maklum mengetahui lebuhraya husam sedang dibina oleh jin jin aprit pas bermata satu. Lebuhraya tersebut siap dibina bulan depan dan akan dirasmikan oleh dajjal bernama anwar ibrahim.

Anonymous said...

Bagi orang Kelantan, walau "taik" dibalut dengan bendera PAS mereka akan undi pas SAMPAI MATI....TAK PAYAH LAYAN LAH SI HUSAM TU. DIA TENGAH PASANG JERAT UNTUK PERANGKAP BN...Awas... Pelanduk mudah lupa jerat tapi jerat tak pernah lupa pelanduk..

LohBodowwwii said...

Mung kata apa pong, Klate tetap Klate, bodowww pah ke jubo taik tetap sokong PAS...Oghe Klate sanggup dok padang pasir, maken pasir takdop gapa satu pong tak apa asalkan PAS selamanya, darpada dop bersae dengae kapir umno masuk neraka.

Anonymous said...

Kepada Lohbodowwiii....lu sapa nak kapir kan org?? Lu tuhan ke??? Insaf la bro...bawak2 la bertaubat....lu tu manusia bukan tuhan nak kapir kan org....sedih gua tengok lu nie...

Anonymous said...

Lohbodowwiii.... terima kasih, kesian kepada PAS kerana ada pengikut macam kamu, sekali baca komen dah menampakkan kamu ni semacam
ada sakit mental. Rakyat Kelatan rela makan pasir... camtu bagus la, tak payah nak mintak itu ini dari kerajaan pusat macam rm2 billion tu. Kan korang sanggup minum air kencing tok guru dan makan pasir lombong emas dan bijih besi. Kami amat alu-alukan...

Anonymous said...

Tahniah " LohBodowwwii said... "
Kita tak perlukan kapi UMNO,, sebab Kita ade khalifah Guang Eng dan Mjusshidul Kapal siinhg.... Mereka lebih alim dan warak dari nicky ajis...UMNO boleh Blaah, PAS menjadi beruk Forever

Anonymous said...

Kah!..kah!..kah!..kau tulis ke tertulis nama dia Husang? apasal tak tulis Musang?.