Thursday, November 21, 2013

Berkat Berkawan Dengan Syaitan, Pas Pun Dah Pandai Main Chai

Dalam Malaysia ini tidak ada parti-parti politik yang ahli-ahli mereka setia kepada parti, sayang parti, patuh pada perintah parti dan pemimpin, hormat pada arahan parti dan hormat arahan pemimpin, melainkan ahli-ahli parti Pas.

Itu tidak ada siapa yang boleh pertikai....sikap taksub dan sayang pada parti dan pemimpin dikalangan ahli-ahli Pas lain macam. Sebab itu ahli Pas mudah ditipu pemimpin mereka. Pemimpin kata beri derma, mereka pun berilah habis duit gaji. Pemimpin kata bukan saya yang pegang spender crocodile putih dan itu fitnah Umno. Maka bergeraklah ahli-ahli ke seluruh pelusuk negara membawa cerita bahawa video spender putih adalah fitnah Umno.

Dulu kita tidak akan boleh dengar orang Pas burukkan orang Pas, samada musim biasa atau musim pemilihan parti. Dulu kita tidak akan dengar orang Pas berebut nak jadi calon atau berebut nak jawatan. Dulu di hari pemilihan kita tidak akan dengar atau melihat chai-chai diedarkan di hari pemilihan Pas. Dulu kita tidak akan dengar orang Pas belasah presiden mereka. Jangan kata belasah, jentik atau cuit pun tak.

Tetapi kini tidak lagi....semua itu sudah terpahat dalam lipatan sejarah. Pas kini tidak seperti Pas dulu. Pas kini semenjak berkawan dengan syaitan seperti yang diakui Nik Aziz dulu telah berubah 180 darjah.

Jika dulu Pas hanya untuk islam sahaja, kini Pas For All. Kristian, hindu, buddha atau yang tidak ada agama pun kini boleh bersama Pas.

Kini kita boleh lihat bagaimana orang Pas meroyan apabila tidak dapat jawatan. Lihat apa yang terjadi di Kelantan selepas PRU 13 yang lepas. Tidak ada lagi perjuangan menegakkan islam atau perjuangan fisabillillah seperti dulu. Perjuangan kini adalah perjuangan merebut jawatan.

Kini Presiden Pas boleh dibelasah sesuka hati oleh orang-orang mereka sendiri. Lihat apa yang terjadi dalam kes kerusi Dun Kota Damansara selepas PRU 13 yang lepas.

Kini ulama dalam Pas menjadi bahan kutukan dan cacian dalam Pas kerana mempertahankan matlamat perjuangan Pas sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Kini kempen pemilihan Pas dicemari dengan kutuk-mengutuk dan memburuk-burukkan sesama mereka. Mat Sabu sendiri akui pemilihan Pas kali ini adalah yang paling teruk.

Kini dihari pemilihan Pas chai-chai mula bertebaran dikalangan perwakilan agar memilih calon-calon tertentu sebagai pemimpin.

Semuanya kerana apa ?

Tidak lain tidak kerana mulut sendiri dan kerana doa sendiri....

Allah Maha Kaya...di dunia lagi Allah dah bayar tunai satu persatu kepada golongan munafik seperti Pas.

Gambar dibawah menunjukkan chai-chai yang diedarkan sempena pemilihan Pemuda Pas yang berjalan hari ini. Berita lanjut boleh baca di sini



Hancur Umno

Hancur BN

Doa makan diri...Pas kini sedang menuju kehancuran....

Tanjung Pagar rapat ke pagar wehhhhhhhh.....

13 comments:

ParitbuntarMari said...

Akhirnya yang rugi bukan PAS atau UMNO tetapi orang Islam dan bangsa Melayu itu sendiri. Nasiblah...

Anonymous said...

pas dah hancur

Anonymous said...

sape suruh bergaul dengan si peliwat yg kaki zina...bapak segala pembohong... mengaku ulama tapi otak tak guna untuk berfikir...bertuankan syaitan maka kehancuranlah akibatnya...masih belum terlambat tapi dengan syarat jauhi peliwat dan konco2 kafirnya...

Anonymous said...

Sebenarnya Pas ni adalah sebuah parti yg dari dulu sampai sekarang tak pernah menjadi parti yg baik.Bila di pimpin oleh Hj Hadi Pas menjadi semakin teruk,dan sekarang walau pun Hj Hadi masih merupakan Presiden Pas ,tapi Pas sebenarnya Pas di pimpin oleh Anwar al Jubori melalui proksinya yg berlambak dalam Pas,jadi semakin rasak dan merosakanlah Pas.

Mula-mula tak baiknya Pas adalah kerana membawa orang Melayu Islam berpecah dua,bila pemimpin awalnya keluar dari Umno dan menubuhkan Pas.Lagi teruk di zaman kegemilangan Hj Hadi ,bila fatwanya yg mengkafirkan orang Umno,sehingga kaum keluarga pun berpecah belah.

Sekarang,semakin haru bila Pas sanggup pula bersahabat dgn musuh Islam,di samping terus memusuhi sebahgian orang Islam khusunya ahli Umno.Tambahan pula fahaman liberal yg di terap kedalam Pas sekarang lebih liberal dari gulungan yg di tuduhnya liberal dan pragmatis selam ini,iaitu Umno.

Sudut baiknya langsung tidak kelihatan.Sebagai contoh berpuluh tahun Pas memerntah Kelantan,apa hasilnya?.Yng mutakhir,stastistik menunjukan Kelantan merupakan negeri tertinggi mengalami msalah penigahan dadah.

Anonymous said...

PAS MEMANG SIAL HARAM JADAH!!!

PEMBELOT AGAMA, BANGSA DAN NEGARA!!!!

MUNAFIK!!

Anonymous said...

Pada pandapat aku presiden pas bukan hadey..tapi anwar dengan penasihat tetap khalifah guan eng. Hadi hanya line leader kepada tentera 'islam' yg.tugasnya menjalankan semua agenda anwar dengan pluralisme nya dan guan eng dengan agenda kristian dengan membonekakan pas.

penganut pas terus bertempik dan bertakbir sedangkan sebenarnya mereka sedang meruntuhkan islam dan melayu termasuk institusi raja dan pelaksana undang2 seperti polis.

Sikap mirip khawarij ini semakin parah bila Syiah kini bersarang dalam pas dengan ber TAKIIYAH dan menyamar sebagai pejuang islam.sedangkan gerakan merska sedang memerangi ASWJ dalm umno.

gen2felda

To Live Again said...

Ahli Pas juga sepertimana manusia biasa yg ada di dalam umno,pkr,dpa,ppp,supp,mca,mic dll yg selalunya tahan dgn dugaan kesusahan serta keperitan. Namun begitu mereka akan terkulai juga bila diuju dgn 2TA iaitu harTA dan waniTA.

Saya tidak percaya yg ahli Pas TAK PERCAYA langsung pasal penyelewengan,perebutan kuasa malah spender putih yg melibatkan pemimpin Pas.Saya percaya hati kecil mereka mmg percaya.

Tetapi ini bukanlah disebabkan ketaksuban pd pemimpin. Jika Pas pd era 70an mgkn blh dikatakan taksub pd pemimpin, tetapi Pas pasca 2008 melahirkan pengikut yg jauh lebih taksub iaitu taksub kpd MENGHANCURKAN UMNO.

Asalkan objektif utama iaitu menghancurkan umno tercapai,segala dosa pahala ditolak ke tepi.

Anonymous said...

Sebab apa doa hancurkan umno tk makbul.sebab terjerit.allah dengar apa yg engkau pinta.jagalah adap adap berdoa. nescaya di makbulkan.

Anonymous said...

Percayalah lagi banyak PAS berdoa agar parti UMNO hancur percayalah lagi dekatlah parti PAS dengan kehancuran sebenarnya.refixy

Anonymous said...

Mat Sabu Menang. Tahniah.

Saya ucap tahniah bukan kerana teruja dengan kemenangan Mat Sabu. Saya tahniah kerana dengan itu bermakna golongan ulamak sudah ditolak oleh kebanyakan perwakilan Pas dalam muktamar. Itu fakta yang wajib diakui oleh para ulamak dalam Pas sendiri.

Ada orang kata golongan ulamak berlawan dengan golongan professional dalam muktamar kali ini. Saya tak bersetuju. Mat Sabu professional dari sudut apa ? Khalid Samad professional dari sudut mana ? Saya rasa lebih tepat kalau kita kata ULAMAK vs BUKAN ULAMAK dalam muktamar kali ini. Memang tidak dinafikan kali ini Pas dibarisi oleh majoriti kepimpinan Bukan Ulamak (eg. Mat Sabu bukan ulamak, Khalid Samad bukan ulamak sedangkan Hadi Awang ulamak, Nik Aziz ulamak, Nasarudin Hasan ulamak, Nik Amar ulamak).

Saya bersetuju dengan Blogger MIK, kemenangan kumpulan bukan ulamak untuk memimpin Pas pasti memberikan advantange kepada Umno. Orang melayu yang celik dan cerdik pasti dapat melihat dan menilai untung ruginya mereka hendak menyokong perjuangan Umno atau menyokong perjuangan Pas.

Kalau dulu2 bila dikatakan perjuangan Pas adalah perjuangan untuk islam, saya tidak nafikan kerana pada ketika itu hampir 95% pimpinan Pas adalah terdiri daripada tokoh2 agama dan para ustaz. Tetapi hari ini keadaan sudah berubah. Pas dengan Umno dah tak ada bedanya lagi dari segi saf kepimpinan (dalam Umno ada bukan ulamak dan ada ulamak sebagai pemimpin). Hadi Awang walau pun ulamak tapi bagi saya dianya tak ubah macam " TUNGGUL MATI " sahaja, sengaja diberikan kemenangan percuma oleh para perwakilan yang pro bukan ulamak (Mat Sabu) untuk menunjukkan kepada akar umbi Pas di kampong2 KONON2NYA PAS MASIH DIPIMPIN OLEH ULAMAK.

Saya percaya satu hari nanti Mat Sabu akan naik menjadi Presiden Pas juga. Memang itu yang kita harapkan supaya orang melayu di kampong2 tidak lagi bercakap " SOKONG PAS SAMA SEPERTI SOKONG ISLAM, MENENTANG PAS SAMALAH DENGAN MENENTANG ISLAM ".

Yang paling penting supaya akhirnya orang2 melayu di kampong nampak " AKHIRNYA PAS DI PIMPIN OLEH MAT SABU SEORANG PRESIDEN PAS YANG MENYOKONG PERJUANGAN KOMUNIS, MAT SABU PRESIDEN PAS YANG MENGANGGAP CHIN PENG SEBAGAI WIRA ".

Sama2 lah kita doakan agar Mat Sabu menjadi Presiden Pas sebelum datangnya PRU14.

Untuk makluman, penulis adalah insan yang membesar dalam keluarga aktivis Pas, yang teruja dengan warna hijau Pas semenjak zaman kanak2 lagi. Penulis dipasak dalam kepala oleh arwah bapa BAHAWA UMNO KAFIR KERANA UMNO BERPAKAT DENGAN GOLONGAN KAFIR MCA DAN MIC, dan penulis pun bersetuju. Tetapi hari ini setelah penulis hidup selama lebih setengah abad, dan mengikuti perjalanan Pas maka penulis simpulkan :

KALAU DULU UMNO KAFIR, MAKA HARI INI PAS JUGA SAMA KAFIR MACAM UMNO. KALAU DULU UMNO BERPAKAT DENGAN GOLONGAN KAFIR (TAPI UMNO TIDAK LAH SAMPAI JADI PAK TURUT KEPADA KAFIR MCA DAN MIC), TETAPI HARI INI PAS BERPAKAT DENGAN GOLONGAN KAFIR SAMPAI SANGGUP JADI PAK TURUT ATAU BARUA KEPADA KAFIR DAP.

Untuk berlaku adil kepada Pas dan Umno penulis minta anda berikan rating tahap KAFIR diantara Umno dan Pas :

FIRST DEGREE KAFIR ... adalah mereka yang menuduh orang lain kafir kerana berpakat dengan orang kafir untuk membentuk kerajaan, kerana pada masa itu mereka tidak berpakat dengan orang kafir lagi.

Siapa yang layak ? Adakah Pas atau adakah Umno ?

SECOND DEGREE KAFIR ... adalah mereka yang pernah dilabel kafir hanya kerana berpakat dengan orang kafir untuk membentuk kerajaan, dan mereka tidak pernah melabel kafir keatas pihak yang pernah mengkafirkan mereka walau pun sudah mengetahui pihak itu sekarang sudah berpakat dengan orang kafir malahan sampai ke tahap di lihat oleh khalayak yang waras bahawa pihak itu sekarang seakan2 menjadi BARUA kepada orang kafir untuk menghancurkan islam.

Siapa yang layak ? Adakah Pas atau adakah Umno ?

Ana Muslimah

Anonymous said...

Syukur kerana Tuan Ibrahim menang. Setidaknya ada juga ulamak dalam Naib Presiden. Apa pun nampaknya pengaruh ulamak telah berjaya dikurangkan oleh Mat Sabu and the team. Dalam kepimpinan Pemuda juga team bukan ulamak lebih ramai. Dalam MKT juga bukan ulamak majoriti.

Adakah ini menunjukkan pengaruh ulamak semakin lemah dalam Pas ? Bukan pelik jika Mat Sabu naik jadi Presiden maka peranan ulamak hanya lah sebagai penasihat sahaja.

Dalam keadaan sekarang, saya rasa lebih selamat jika orang melayu di kampong cuba belajar mencari kelebihan yang Umno ada untuk melayu dan islam berbanding dengan yang dapat ditawarkan oleh Pas.

PRU14 memang jauh lagi tapi tak rugi kalau kita belajar mencari kebaikan Umno daripada sekarang. Saya percaya kekalahan Umno di PRK Sungai Limau, sudah memberikan satu mesej kepada pemimpin Umno ... " JANGAN LUPA KEPADA TANGAN2 YANG TELAH ANGKAT UMNO KE PUTRAJAYA PADA PRU13 YANG LALU ".

Insyallah kalau pemimpin Umno insaf dan sedar ... " TANGAN YANG SAMA JUGA YANG AKAN TERUS ANGKAT UMNO KE PUTRAJAYA PADA PRU14 NANTI ".

Ana Muslimah

Anonymous said...

Saudara Blogger

Kalau dapat tolong tulis artikel berkenaan keputusan pemilihan Muktamar Pas 2013. Saya nampak kali ini pengaruh ulamak semakin kurang menyengat lagi dah. Pada saya, sebagai sebuah parti yang membawa risalah islam, tanpa penyertaan ulamak secara konstruktif maka perjuangan islam Pas tak sampai kemana, hanya setakat jadi modal politik sahaja untuk bersaing dengan Umno.

Saya sebenarnya merasa kasihan dengan pak2 lebai kampong yang nampaknya masih menaruh harapan kepada Pas untuk membela islam. Pada hakikatnya islam semakin lemah, semakin dihina gara2 permainan politik Pas.

Berkenaan Hudud, saya sangat mengharapkan agar Umno mempermudahkan dan membantu Kelantan untuk melaksanakan Hudud. Kalau Umno bertindak sebaliknya saya katakan Umno telah tersilap langkah dalam usaha menarik sokongan orang melayu kepadanya. Selama ini Pas menjaja diserata kampong bahawa Umno yang menghalang perlaksanaan Hudud di Kelantan. Semoga pemimpin Umno tak buta terhadap peluang yang terbuka didepan mata. Kepada pemimpin Umno, saya nasihatkan ... " tak perlu lah bersusah payah dan berhabis2an nak mengejar sokongan yang belum pasti daripada bukan melayu " kerana sokongan orang melayu lah yang menjadi jaminan jatuh atau naiknya Umno.

Ana Muslimah

Anonymous said...

SEBENAR NYA LEBAI-LEBAI MALANG DALAM PAS TIDAK TAHU APA-APA, MEREKA MASIH LAGI MERABA MENCARI HALA TUJU, MASIH LAGI BINGGUNG,TOLOL SERTA BEBAL DALAM CERDIK....MEREKA MASIH KELIRU DAN TAK TAHU ARAH PERJUANGAN MEREKA....HUDUD YANG DICANANG HANYA SEKADAR PEMBASAH LIDAH UNTUK MENIPU PENGIKUT BUTA MATA HATI....SEDANGKAN MEREKA TAK RETI DAN TAK TAHU UNTUK MELAKSANA HUKUM ISLAM TERSEBUT....HATTA KALAU TANYA NIK AZIZ PUN DIA MASIH TOLOL DAN BINGGUNG LAGI DALAM MENCARI ARAH PERJUANGAN PAS SEBENAR.....APATAH LAGI NAK LAKSANA HUDUD ITU LAGI MEMBUAT SITUA KUTUK INI TERKEBIL-KEBIL.....APA YANG PASTI HUDUD HANYALAH ALAT PAS MENCARI PENGARUH, UNTUK PEMIMPIN PAS MEMBUNCITKAN PERUT, POKET, MEMBINA RUMAH BESAR, KERETA BESAR, BINI BESAR DAN SEGALANYA BESAR ATAS NAMA NAFSU.....DAH LEBIH 20 TAHUN MENGKAJI HUDUD ENTAH KE MANA DAN HANYA MUNCUL WAKTU PILIHANRAYA.......TOLOL SUNGGUBH PEMIMPIN PAS........