Wednesday, November 6, 2013

Bil Eletrik Seri Perdana: Pembangkang Nak Bercakap Pasal Kemewahan ? Mari Saya Buktikan Siapa Yang Mewah


Sudah menjadi kewajipan pembangkang untuk bertanya soalan di Dewan Rakyat setiap tahun berapakah kos bil eletrik di Kediaman Rasmi Perdana Menteri. Bila dapat jawapan maka mereka akan putar angka-angka yang diberikan untuk tujuan politik dan menimbulkan persepsi buruk rakyat terhadap PM. 

Tahun ini dalam jawapan di Dewan Rakyat, Menteri di JPM, Datuk Seri Shahidan Kasim berkata kos bil eletrik untuk Kompleks Seri Perdana tahun 2012 adalah RM 2.2 juta. 

Kemudian mereka putar kata kos bil eletrik rumah PM 2 juta setahun. Sedangkan kos yang dinyatakan adalah kos bil eletrik bagi Kompleks Seri Perdana. Dimana dalam kompleks itu selain daripada terdapatnya Kediaman Rasmi PM ianya turut menempatkan pelbagai jenis dewan, bilik mesyuarat dan kediaman kakitangan. Dalam setahun berbagai-bagai jenis majlis yang diadakan di Kompleks tersebut. Bukan setakat itu sahaja, Seri Perdana juga dibuka untuk lawatan orang ramai dan pelancong. Sudah tentu untuk semua tujuan itu ianya menggunakan eleterik. Tak logik pula nak biarkan pelawat melawat Seri Perdana dalam keadaan gelap dan panas kerana lampu dan penghawa dingin dipadamkan. Lihat di sini

Mungkin ramai tidak tahu bahawa PM dan keluarga tidak terlalu mendiami Kediaman Rasmi berkenaan. Beliau banyak mendiami kediaman peribadinya di Jalan Duta. Mengikut satu sumber yang saya rujuk, dalam sebulan, 10 hari pun tak sampai PM tinggal di Seri Perdana. 

Kita tak perlu nak hairan berapa juta pun kerajaan bayar bil eletrik. Kepada siapa kerajaan bayar ? Sudah tentu kepada TNB...dan TNB itu syarikat mana ? Syarikat dari Amerika dan pekerja-pekerjanya orang asing ke ? Sudah tentu semuanya dari Malaysia. Jadi apa masalahnya Kerajaan Malaysia keluar duit mereka bayar kepada syarikat Malaysia ? Tidakkah itu akan membantu merancakkan lagi ekonomi ? 

Cuba kita bayangkan apa akan jadi kepada ekonomi negara jika kerajaan potong segala kos, tidak buat projek dan semua nak dibuat sendiri ? Tidakkah itu akan membantutkan ekonomi negara ? Bagaimana peniaga nak berniaga dan bagaimana rakyat nak bekerja. 

Di Selangor sendiri Anwar Ibrahim pun berkelahi dengan Khalid Ibrahim kerana katanya Khalid tidak membelanjakan wang, sebaliknya menyimpan wang sampai 2-3 bilion. 

Puak-puak sebelah sana cuba nak timbulkan persepsi kononnya PM seorang yang mewah, membazir wang rakyat dan sebagainya. Manakala mereka pula low profile atau zuhud, memahami keperitan dan kesusahan rakyat. 

Saya bagi contoh yang mudah sahaja di bawah ini....


Ini adalah Kenderaan Rasmi PM Malaysia. Proton Perdana buatan Malaysia. Inilah kereta yang digunakan oleh seorang PM yang mampu menjana hasil pendapatan negara lebih RM 200 bilion setahun. Inilah kereta yang digunakan PM yang kerajaannya mampu memberi pelbagai subsidi dan BR1M kepada rakyat. 


Manakala ini pula adalah Kenderaan Rasmi MB Kelantan. Inilah kereta yang digunakan oleh seorang MB yang hanya mampu menjana pendapatan negeri RM 500 juta setahun. Inilah kereta yang digunakan MB yang meminjam wang RM 600 juta daripada Kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan masalah air di negeri Kelantan. Inilah kereta yang digunakan MB yang kerajaannya mengutip wang daripada rakyat untuk membina lebuhraya. 

Lagi nak bercakap pasal kemewahan ???

Lagi nak bercakap pasal pembaziran ???

Khaik....khaik....ptuih....ptuih....

31 comments:

hanizam said...

biasalah...juak-juak macam ni...masa keluar artikel kat portal rasmi Selangor, aku ada komen...

"bila nak tunjukkan bil bulanan rumah MB??"

sampai ke sudah tak jawab...ramai juga yang like soalan aku tu...

nak buat isu, kalau jamban PM ada home teater pun lagilah meroyan puak-puak ni...

Anonymous said...

BENARKAH UMNO ADIL KEPADA ORANG MELAYU ?

PRK Sungai Limau mendedahkan sikap sebenar Umno terhadap orang melayu. Orang melayu mendapat layanan seolah-olah “ anak tiri “ daripada Umno. Sedangkan orang cina mendapat layan seolah-olah “ anak emas “. Begitu sekali Umno memperlakukan orang melayu kerana hendak mengejar undi orang cina yang tak seberapa pun. Betapa hinanya, murahnya, tidak bernilai undi orang melayu kepada Umno.

Ramai orang melayu tak sedar tentang hal ini. Mungkin pada mereka tak ada apa-apa. Pada hakikatnya Umno sebuah parti melayu telah menghina bangsa yang berjasa kepadanya semasa Umno “ nyawa-nyawa ikan “ di arena PRU13 baru-baru ini.

Cuba anda lihat agihan bantuan kepada sekolah-sekolah oleh Umno semasa PRK Sungai Limau. Berapa yang sekolah melayu dapat dan berapa pula yang sekolah cina dapat ? Saya terasa sangat seolah-olah murid sekolah melayu tak ubah macam sampah yang tidak ada nilai langsung jika hendak dibandingkan dengan murid sekolah cina. Tiga sekolah cina mendapat 2.5 juta sedangkan 12 sekolah melayu hanya mendapat 1.2 juta. Maknanya market price sekolah cina adalah lebih tinggi daripada sekolah melayu pada kadar RM0.80 juta bagi satu sekolah cina dibandingkan dengan RM0.10 juta bagi satu sekolah melayu. HINA NYA SEKOLAH MELAYU DI MATA UMNO, MURAHNYA HARGA SEKOLAH MELAYU DIMATA UMNO.

Mengejutkan, saya terjumpa dalam blog SRJK Aik Min di Sungai Limau hanya ada 15 orang murid tetapi mendapat bantuan sebanyak 1 juta. Saya tidak ada maklumat berapa murid di SK Bukit Besar dalam DUN Sungai Limau, tetapi saya percaya murid sekolah itu ramai dan mungkin 500 atau lebih. Berapa SK Bukit Besar dapat, Cuma RM0.1O juta sahaja.

Bersetujukah anda dengan saya bahawa di mata Umno nilai atau harga satu orang murid cina dengan nilai atau harga satu orang murid melayu seumpama “ langit dengan bumi “. Di SRJK Aik Min harga atau nilai satu orang muridnya adalah RM66,666.00 (mengambil kira jumlah murid 15 orang). Berapa pula harga atau nilai satu orang murid di SK Bukit Besar ? Memeranjatkan, menyedihkan, rasa terhina bila satu orang murid di SK Bukit Besar cuma berharga atau bernilai RM200.00 sahaja (mengambil kira jumlah murid 500 orang).

Saya tidak tahu adakah para guru di sekolah melayu ada membuat kiraan secara metamatikal seperti yang saya buat. Saya yakin mereka tidak buat kerana guru sekolah melayu ini tidak berapa cekap metamatik sangat jika hendak dibandingkan dengan guru sekolah cina. Kalau guru sekolah melayu betul-betul cekap metamatik awal-awal lagi mereka ada membuat kiraan metamatik, dan saya percaya mereka akan memprotes secara diam kepada Pak Menteri mereka iaitu Muhyidin Yassin, dan akibatnya Umno akan kalah lebih teruk lagi di PRK Sungai Limau, dan Pas akan mendapat majority yang lebih besar daripada yang Pas dapat masa calonya adalah arwah Ustaz Azizan.

Saya simpulkan bahawa apa yang berlaku pada PRK Sungai Limau ini adalah UMNO MENGHINA ORANG MELAYU, UMNO MENGHINA SEKOLAH MELAYU, UMNO MENGHINA GURU-GURU MELAYU DAN UMNO MENGHINA MURID-MURID MELAYU. Dan atas sebab itu lah walaupun saya ini seorang yang Pro Umno tetapi bersyukur bila Umno kalah di PRK Sungai Limau sebab saya tidak mahu orang melayu yang berfikiran seperti saya bertindak menolak Umno lagi pada PRK yang akan datang, dan yang paling saya tidak mahu adalah orang melayu menolak Umno pada PRU14 yang akan datang.

WAHAI PEMIMPIN UMNO, JANGAN LAH KAU ULANGI PENGHINAAN KE ATAS BANGSA MU SENDIRI SEPERTI MANA YANG KAU LAKUKAN DI DALAM PRK SUNGAI LIMAU PADA 4 NOV 2013 DI MASA AKAN DATANG. CUKUP CUKUP LAH ……..

Saudara BLOGGER, saya mohon tuan siarkan posting saya ini. Saya tidak halangan jika tuan ingin menjadikan isu yang saya bangkitkan sebagai bahan untuk artikel anda. SESUNGGUHNYA SAYA MAHU SELAMATKAN UMNO DARIPADA DIHUKUM OLEH ORANG MELAYU SENDIRI. SAYA MASIH MAHUKAN UMNO UNTUK JAGA MELAYU DAN ISLAM.

Ana Muslimah

Anonymous said...

saya dilahirkan dizaman merdeka, masa itu, belom adalagi dacing...lepas tue sikit baru ada. Ingat lagi saya pada logo umno dan logo sampan. Nostalgia kembali dihati saya...pada artikel yang dibuat oleh Ana Muslimah, saya amat setuju dengan cara dia membuat perbandingan, "calculation of today", memang itu lah caranya cara perkiraan dan analisis yang patut dibuat. Apa yang dikatakan amat saya setuju. Apa yang Umno fikirkan, kepada orang tua boleh kita ayatkan mereka, tapi apa pada orang muda yang umno cuba laung2kan...bagaimana umno mahu orang muda ini faham....kerana orang muda ini lah yang selalu baca blogs. So sedarlah umno,,, sudahlah dengan cara umpan duit dan wang ringgit.... ingat..ingat...ingat..dan ingat orang melayu sudah pandai dan melihat....1 dan 2 tidak akan sama kali ketiga... Tahniah Ana...
Wasalam..

Salatus Salatin said...

Assalamualaikum Saudara,
Mohon linkkan blog saya. Izinkan saya untuk sama-sama berjuang. Terima Kasih.
http://salatusalatin.blogspot.com/

Anonymous said...

Aku cadangkan jualkan saja sri perdana tu.....dan buatkan pondok kecil setaraf rumah PPRT untuk PM duduk .Kalau PM malu nak duduk dia boleh tingal kat rumah sendiri ....tapi kerajaan tak akan bayar apa apa termasuk duit minyak .Nak buat apa komplek besar besar kalau sebulan cuma 10 hari saja tingal.Lebih baik dijual atau buat rumah anak anak yatim lagi afdal .

Anonymous said...

anom 6:07
sedap mulut je berbual... cuba ko duduk kat tempat dia..mampu ke ko buat kerja PM...ingat PM duk rumah goyang kaki ke? masa dia rehat berapa jam je sehari tau... apa salahnya kita beri perhormatan dan penghargaan pada pemimpin? biar la dia menikmati hak keistimewaan dia... Islam tak larang pun... lagi satu.. usah dipertikaikan budi seseorang...kita mungkin tidak nampak apa budi dia pada orang miskin dsb..ada eloknya kita bersangka baik... orang yang berbuat baik tidak kecoh dan Allah saje yang tahu... Cabaran yang UMNO hadapi sekarang memang hebat namun PM kita tetap istiqomah dan berusaha gigih untuk membela agama, bangsa & negara..

Anonymous said...

Rumah pm tu bukan rumah najib pun...rumah pm...sesiapa pun layak jadi pm...mungkin satu hari nanti anak kita jadi pm...dok disitu juga la...kalau pr menang anwar pun dok situ juga....

Anonymous said...

Bodohnye org yg suruh jual sri perdana tu... ape ke banggang nye ko... sri perdana tu kira mcm tempat utk perjumpaan dgn presiden dan perdana meneteri dari seluruh negara utk membincangkan isu2 semasa dan jugak isu2 berkaitan ekonomi.. kalo ko suruh jual dan buat rumah kos rendah ko ingat perdana menteri dan presiden dunia nak singgah?? mana nak menjana ekonomi?? ape ke banggang sgt otak macai mcm ko ni.. kesian mak bapak ko lahirkan anak mcm ko.. tak pun mak bapak ko pun banggang mcm ko jugak..

Anonymous said...

hahahaha..lawak..lawak

Anonymous said...

bangang orang dah buat mahai2 duduk 10 hari ja, what an asshole.

awat rumah peribadi lagi besar kot?

bro yul said...

siapa x kenal pakatan harami sebuah parti politik yg cukup suka memutar belitkan fakta.....

Anonymous said...

Itukah saja isunya. Memang patut BN kalah. Saya tak rasa setakat itu peruntukan dari kjaan BN...malah berpuluh juta lagi tapi bukan hanya dsekolah.Lantak pllah depa nak janji. Bab pemimpin dri grass root hingga atasan yg masih lupa diri,lupa daratan & sanggup buat apa saja utk kekal diatas menyebabkan rakyat benci UMNO.

Anonymous said...

dah tiba semua yg berjawatan dlm kerajaan persekutuan n negeri kena istihar jumlah milikan aset dan harta masing2 rakyat supaya rakyat dapat menilai sendiri segala cakap2 manis mereka:

PM
TPM
Menteri2
TMB,
SUP,

MB/KM
Exco2 negeri,
.
.
.
sapa orang politik yg terbanyak & terkaya hartanya ............

Rumahnya
keretanya
tanahnya
sahamnya,
projeknya,
APnya,
.
.
,

Anonymous said...

Apa nsk heboh nie
Esok kalau PKR menang yang jadi PM Anwar atau Hadi ataupun LGE bolehlah duduk disitu. Kecualilah kalau mereka kata nak lelong macam lelong Putrajaya

Anonymous said...

Pemimpin umno sejak merdeka bertukar ganti.. Pemimpin Pembangka
ng kalau boleh nak berkuasa sampai mati..

mohdlaisani said...

Ramai pencacai Pas meroyan kat sini... yang bagi cadangan rumah pprt tu mmg bangang xde otak nya komen... yang komen buat besar2 rumah duduk sepuluh hari tu sbb dia ingat PM mcm dia xde keje pastu mengangkang kat rumah... nak komen biar nampak kecerdikan tu skit bukan main hentam jer... dah bagi penjelasan yang cukup atas tu kan nak spin nak memperkecilkan org pun tgk tempat la weii... adoyai pencacai PR mmg x smart

Anonymous said...

yg bg cadangan PM dok rumah pprt jer tuh di sarankan supaya memanjangkan juga cadangan pada pemimpin2 pakatan haram jadah ye...

Guaneng pon wl ada rumah yg di khaskan utk CM tapi menolak tapi pilih BANGLO len yg lebih kaw2 utk tinggal..sebelum tuh kena wat pengubahsuaian utk selera kiasu dia...berjuto2 hengget abis wang rakyat utk itu ko xnak bising..
Depa tukaq keter utk exco2 siap dgn no plet yg tentunya hasil bidaan (guna duit rakyat lagi) tu hangpa xnak menyalak ke?

kat selangor n kelantan org len + blogger pon dah tulis....

Anonymous said...

Bodoh punya Cadangan. Akai tak dak

Anonymous said...

Kenapa ada yang tersentap bila ada yang mencadangkan penjualan sri perdana dan buat rumah setaraf rumah PPRT untuk PM tingal?Sebab kau orang tau standard rumah PPRT yang kerajaan bina untuk rayaat.....

Anonymous said...

habih tu nak kerajaan buat rumah PPRT mcm seri perdana ker? Agak2 la kalau nak tunjuk kebangangan tu ..

Anonymous said...

nuwar berahim pun patut duduk gak kat rumah pprt dulu
baru la anugerah tuhan

mau ke bangsat PR sokong?

Anonymous said...

Saudara Blogger

Maaf posting saya mungkin tak relevan dengan tajuk, tapi penting diketahui ramai khas oleh pemimpin Umno.

Cina Tetap Cina

Saya baru terbaca satu artikel dalam Utusan Malaysia oleh Datok Ahmad Faris bin Abdul Halim - beliau mengulas berkenaan PRK DUN Sg Limau Kedah.

Beliau mendedahkan :

1. Pada PRU13 hanya 180 cina (10% dpd 1800) undi BN .... BN Kalah.
2. Semasa kempen PRK Sg Limau - penglibatan MCA/Gerakan macam " nak tak nak saja " atau sekadar " melepaskan batuk di tangga ".
3. Sambutan cina Sg Limau hangat sekali bila Lim Kit Siang turun padang, dan sangat dingin bila pemimpin MCA/Gerakan turun.

Saya tak tahu siapa tipu siapa. Adakah Muhyidin tipu cina atau cina tipu Muhyidin. Tetapi saya berani kata yang kena tipu adalah Muhyidin, yang nampak bodoh adalah Muhyidin. Rupa-rupanya pengundi cina lebih cerdik daripada Muhyidin.

Walau pun Muhyidin beri 2.4juta kpd sekolah cina, namun hati cina tetap cina yang tak dapat dibeli dengan 2.4juta. Wang mereka sapu tetapi sokongan tetap juga kepada DAP.

Najib dah terkena (tertipu) pada PRU13. Di Klang 60ribu cina turun sambut Najib. Najib senyum sampai ke telinga gah beritahu satu negara " orang cina dah kembali kepada BN ". Tetapi pada lewat tengah malam keputusan PRU13, Najib dengan bermuka sardin, bermuka tempe memberi tahu satu dunia " Tsunami cina menyebabkan BN hampir kalah ".

Baik Muhyidin mahu pun Najib. Tak serik-serik masih juga percaya kepada cina, masih juga nak pujuk cina, kalau pujuk free lantak lah, tapi ini pujuk dengan berjuta-juta RM ... sakit hati dan semakin meluat orang melayu kepada Umno.

Kalau Najib dan Muhyidin mahu orang melayu terus mempertahankan Umno pada PRU14, renti kan lah " kerja bodoh " itu. Saya berani berkata DALAM PRK CINA AKAN ADA RAMAI JUGA YANG UNDI BN, TETAPI BILA DALAM PRU ... SORRY LA BRO NAJIB DAN MUHYIDIN... KERANA MEREKA MAHU DAP MENGGANTIKAN UMNO.

Saya nak ingatkan Najib dan Muhyidin, YANG MAHU UMNO TERUS MENJADI PEMERINTAH ADALAH ORANG MELAYU ... MAKA BERI LAH PERHATIAN KEPADA ORANG MELAYU.

Sesungguhnya kenyataan NAJIB MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNDI CINA kerana mengundi BN pada PRK Sg Limau ... adalah menafikan sumbangan undi orang melayu kepada Umno. Cukup cukup lah ... kerana PRU14 belum tentu cina yang sama akan undi Umno sekali lagi.

Ana Muslimah

Anonymous said...

macam biasa lah tulisan yang berdasarkan pendapat sendiri semata-mata. tiada sokongan fakta-fakta mahupun sumber yang sahih...emm..

usin said...

Ana Muslimah, bagus benar teguran yang anda usulkan tu. Bagaimanapun, ada saluran yang lebih cepat dan tepat untuk sampai teguran tersebut. Pastikan anda ada keberanian yang cukup untuk itu. Hantar sendiri teguran itu ke pejabat TPM, hantar melalui e-mail TPM dan PM, gunakan fb PM Najib. InsyaAllah kalau diulang-ulang, LENA diorang akan TERJAGA dan sedar selama ini mereka dikencing dan ditipu oleh cina...

Anonymous said...

KARPAL SINGH CADANG PAS DIHARAMKAN

Saya petik semula ulasan Pemimpin Kanan Pas (Ketua Penerangan) Tuan Ibrahim Tuan Man yang bertaraf Ulamak untuk sama2 kita nilai adakah " ada ummppp atau tidak ".

1. Tuan Ibrahim berkata, kenyataan itu menunjukkan Karpal gagal memahami perjuangan Pas.
2. Tuan Ibrahim berkata, Karpal sepatutnya lebih bijak sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan baik dalam PR.
3. Tuan Ibrahim berkata, kenyataan sebegini juga merugikan DAP secara amnya.
4. Tuan Ibrahim berkata, Pas menyerahkan kepada kepimpinan DAP untuk mengambil tindakan berhubung kenyataan tersebut ”

Setelah anda membaca berulang kali 4 kenyataan yang saya petik itu, tolong nyatakan di bahagian mana yang ADA UMMMMPPPP ...... Entah lah, bagi saya itu kenyataan yang MAHA LEMAH. Kalau dapat saya nak ibaratkan seperti seekor anjing yang menyalak tetapi DALAM NADA LEMAH kerana KUKU DAN GIGINYA TELAH DICABUT ...... nak mencakar tak daya, nak menggigit lagi lah tak upaya. Ini lah keadaan parti Pas selepas bersahabat baik dengan DAP.

Tuan Ibrahim tentu nak tahu dan bertanya, " kalau kenyataan aku yang macam tu punya keras kau kata tak cukup ummmppp, habis kenyataan macam mana baru kau nak kata cukup ummmpppp dan cukup keras ". Saya nasihatkan Tuan Ibrahim pergi belajar daripada KARPAL SINGH untuk mendapatkan ilmu UMMMPPPP.

Karpal Singh pernah berulang kali berkata2 didepan dan dibelakang para ULAMAK dan ULARMAK PAS, " OVER MY DEAD BODY FOR THE ISLAMIC STATE " (diterjemah ke bahasa melayu supaya orang Pas mengerti, " LANGKAH MAYAT AKU DULU JIKA NAK BUAT NEGARA ISLAM " ).

Itu lah dia kenyataan yang cukup cukup atau maha UMMMMPPPPP. Sampaikan Ularmak Nik Aziz tersasul mengeluarkan kenyataan, " Ah, Karpal Singh tu ore tua, dah nyanyuk, cakap dia tak boleh pakai, itu kata dia, DAP tak kata gitu pun ". Siapa yang nyanyuk sebenarnya, adakah Karpal Singh atau Ularmak Nik Aziz. Yang sebenarnya nyanyuk adalah Ularmak Nik Aziz sebab dia tak sedar yang bercakap itu adalah Pengerusi Parti DAP, suara dia adalah suara DAP. Nampak ke tidak betapa BODOH nya ULARMAK PAS jika nak dibandingkan dengan pemimpin DAP.

Walau pun saya tak suka pemimpin DAP, namun saya respect mereka punya " interlectuality ". Insyallah, jika ada masa saya akan ulaspanjang perkara no. 3 dan 4. Something very interesting untuk saya nak cuba sedarkan pemimpin dan ularmak Pas " siapa lah mereka jika nak dibandingkan dengan pemimpin DAP ".

Ana Muslimah

yee said...

woi bodoo....ini s350 kurniaan al sultan kelantan la bongok, lu jgn main ikut sedap belasah je...

Anonymous said...

Kita bukan nak membandingkan siapa yg lebih boros & membazir...pokok pangkalnya kita wajib berjimat cermat spt rakyat marhaen yg lain...sedikit atau pun banyak, membazir itu tetap tidak elok utk diamalkan

Anonymous said...

Tak kisahlah berapa billion pun dijana oleh tuan PM, membazir itu tetap saudara syaitan...tambahan pula modal yg digunakan utk menjana pendapatan itu bukannya datang dari poket tuan PM...tetapi asal-usulnya dari kita rakyat jelata....sekian adanya

Anonymous said...

Ish...ish...Kalau tak sampai 10 hari najib duduk di seri perdana dalam sebulan, bil eletriknya ribu raban....bayangkan kalau dia duduk 30 hari

Anonymous said...

Sudahlah macai Anwar stakat nak tunjuk skil goreng baik tak payah. Dengar ye... Saya tolong ulangkan kenyataan diatas. JPM BAYAR TNB DUA JUTA SETAHUN!!! SEBAGAI P.M. NAJIB BOLEH ARAHKAN TNB MENYALURKAN SECARA PERCUMA KERANA IA MILIK KERAJAAN. Tetapi atas rasa tanggungjawab dia salurkan DUA JUTA SETAHUN dari JPM utk khidmat TNB. Dia tak habiskan SEJUTA buta2 utk mercedes S CLASS. kelas premium.

Anonymous said...

Hamba2 anuar ibrahim ramai berkokok condemn itu ini. Boleh blah. Aku tak percaya satu apa pn ckp diorg. Smpai hr ni, aku tggu lagi bangla import 40000 tu mana..bodo piang. Semua anwar sumbat, semua nk telan.