Saturday, November 9, 2013

Kaedah Khas Pemilihan Pas 2013: Hari Ini Pas Telan Balik Kahak Hijau Mereka dan Ludah Atas Muka Sendiri

Pas sering memomokkan rakyat Malaysia bahawa mereka berjuang di jalan Allah. Mereka tidak gila kuasa dan tidak gila jawatan. Mereka sering membandingkan mereka dengan Umno. Mereka tidak gila kuasa, tidak gila jawatan, tetapi mereka gila otak sebab itu memfitnah dan mengkafirkan orang sesuka hati. Memfitnah dan mengkafirkan orang lain itu untuk apa jika bukan kerana nak kuasa dan jawatan ? 

Sekarang ini musim pemilihan Pas. Inilah masa terbaik untuk kita semua melihat bagaimana pemimpin Pas gila kuasa berebut-rebut jawatan. Sebelum ini Mat Sabu pernah berkata kempen pemilihan kali ini adalah yang paling teruk berdasarkan 35 tahun pengalamannya dalam Pas. Lihat di sini.

Siapa Mat Sabu ini ? Orang Umno ke ? 

Sudah tentu bukan...dia adalah Timbalan Presiden Pas. Dia sendiri yang sahkan kempen pemilihan Pas itu buruk. Lagi orang Pas nak kata mereka tidak gila kuasa atau gila jawatan sepertimana yang mereka tuduh terhadap Umno selama ini ? 

Pas beritahu kita mereka parti Islam....parti yang memperjuangkan agama Allah. Rujukan mereka adalah Al Quran. Parti mereka dipimpin oleh golongan alim ulama, ustaz , tok guru dan yang sewaktunya. 

Betul ke ? 

Tak betul !

Jika Pas benar-benar parti yang mengamalkan ajaran islam, ikhlas berjuang di jalan Allah dan pemimpin mereka yang dikatakan alim ulama, ustaz, tok guru dan sebagainya, maka tidak akan berlaku sebarang pertandingan dalam pemilihan jawatan Pas. Semuanya akan dipilih melalui kaedah perundingan atau musyawarah. Betullah perlembagaan parti mereka menetapkan ada pemilihan, tetapi jika semua mereka mempunyai sekeping hati yang suci untuk berjuang di jalan Allah mereka boleh selesaikan semua itu melalui kaedah musyawarah. 

Namun itu tidak berlaku. Kenapa ?

Tidak lain tidak bukan kerana pemimpin Pas alim macamana sekali pun mereka tetap bernafsu dan gila jawatan. Sama sahaja seperti parti-parti lain. Islam...islam...islam...yang dilaungkan mereka selama ini hanyalah semata-mata alat untuk kepentingan politik mereka. Sebab itu daripada dulu saya sering guna istilah Pas melacurkan agama untuk kepentingan politik mereka. Kasihan penyokong-penyokong Pas. Bila pemimpin baca ayat-ayat Quran bahawa sesiapa yang menyumbang untuk jalan Allah maka akan diberikan ganjaran yang besar. Disambut dengan takbir dan diiringi dengan selawat maka berjalanlah kantung-kantung untuk mengutip wang daripada penyokong. Kononnya menderma ke jalan Allah. Padahal tiada bezanya antara pemimpin mereka dengan pemimpin Umno, MCA, MIC, DAP atau parti-parti lain yang mereka kutuk selama ini. 

Dari satu sudut jika kita fikir betul-betul, sebenarnya Anwar Ibrahim jauh lebih mulia jika kita nak bandingkan dengan pemimpin-pemimpin Pas, walaupun Anwar itu seorang peliwat. Anwar sampai hari ini tidak berani bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak meliwat Saiful. Dia tak berani bersumpah dan tidak berani mempermainkan atau memperdagangkan nama Allah untuk kepentingan politik dia. Sebab dia tahu dia salah. Pas pula tanpa segan silu atau rasa bersalah terus menerus melacurkan agama dan nama Allah untuk kepentingan politik mereka. Pemimpin besar mereka dah terang-terang dengan spender putihnya yang semua orang tahu apa yang dibuatnya. Tetapi Pas sampai hari ini pun tanpa segan silu menjual mereka memperjuangkan islam. Jika betul perjuangkan islam pecat dulu Stopa Ali. Jangan tipu orang ramai dan diri sendiri kononnya itu semua tipu dan sebagainya. Pada diri sendiri dan pada parti sendiri pun kamu tak jujur bagaimana kamu nak jujur kepada rakyat Malaysia? Lagi nak bercakap pasal islam. 

Berbalik kepada kisah pemilihan Pas....

Hari ini Pas sendiri membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin mereka semuanya bernafsu dan semuanya gila jawatan. Laporan dari media rasmi Pas sendiri yang mengesahkan perkara ini. 



Perhatikan pada tajuk berita itu...


SAINGAN SENGIT....SAINGAN SENGIT....SAINGAN SENGIT....

Maknanya apa ? 

Maknanya perebutan yang hebat...perebutan yang dasyat...perlawanan yang hebat...perlawanan yang dasyat...

Itu sudah cukup untuk menunjukkan bagaimana pemimpin-pemimpin Pas bersaing atau bertarung dengan sengit atau dasyat untuk merebut jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden. 

Inikah yang dikatakan Pas berjuang di jalan Allah, Pas tidak gila kuasa dan tidak gila jawatan ? Sampai terpaksa bersaing sengit untuk dapat jawatan. Adakah ini amalan yang mulia dalam islam ?

Jika mereka benar-benar sebuah parti islam, berjuang di jalan Allah dan pemimpin-pemimpin mereka semua orang beriman, mereka tidak akan bersaing dengan sengit. Mereka akan duduk bincang dan capai kata sepakat dengan hati yang ikhlas, tulus, mulus sebagai insan beriman, siapa yang kita nak letak sebagai Timbalan Presiden, siapa yang kita nak letak sebagai Naib Presiden. Itu tidak berlaku dan mustahil akan berlaku, sebab semuanya bernafsu dan semuanya gila jawatan.

Tidak cukup dengan itu satu lagi bukti yang Pas tampilkan hari ini kepada kita untuk menunjukkan bahawa orang-orang mereka bukannya orang-orang beriman atau berpegang pada ajaran islam yang sebenar sepertimana yang mereka laung-laungkan selama ini. 

PAS guna penebuk khas tanda tag perwakilan 
KUALA LUMPUR: PAS akan menggunakankaedah khas iaitu menebuk setiap tag perwakilan yang telah mengundi pada pemilihan Jawatankuasa Kerja PAS pada 22 November nanti bagi mengelak pengundian berulang. 
Berkata pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat bagi sesi 2013-2015, Asmuni Awi memberitahu pihaknya tidak berhasrat menggunakan dakwat kekal. 
"Dakwat kekal kita tak guna sebab ia bukannya kekal pun, kita akan menggunakan penebuk khas dan setiap tag yang dipakai oleh perwakilan akan ditebuk pada waktu pemilihan nanti. 
"Ini bagi mengenal pasti mereka telah mengundi, untuk berlaku pengundian dua kali itu mustahil sebab tag dikeluarkan oleh PAS Pusat dan ia tidak akan berlaku," katanya. 
"Kita yakin para perwakilan akan membuat pemilihan secara berhemah sepertimana yang kita amalkan sebelum ini. 
"Pemilihan secara sihat tidak ada penipuan akan berlaku ataupun pengundian dua kali," sambung beliau.  
Dianggarkan hampir 1,300 perwakilan dari seluruh negara akan menyertai muktamar kali ini dan menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih bagi membentuk barisan kepimpinan baru Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan juga ketiga-tiga dewan Ulamak, Pemuda serta Muslimat bagi sesi 2013-2015. 
harakahdaily.net 09.Nov.2013

Masyallah...Masyallah...Masyallah...

Parti islam yang berjuang di jalan Allah dan dibarisi oleh golongan ulama, ustaz, tok guru dan orang-orang beriman pun menipu juga ke ? Kalau tidak menipu atau ada percubaan untuk menipu tak mungkin perkara itu akan dilaksanakan. 

Ambik kau ! Selama ini menuduh SPR dan BN menipu dalam pilihanraya dan sebagainya. Hari ini kau telan baliklah kahak hijau kau dulu...kau ludahlah balik atas muka kau sendiri.

Malu beb....maluuuuuuuu.....parti orang-orang beriman pun sampai kena buat peraturan seperti itu. Mana hilang semua iman yang dilaung-laungkan selama ini ?

27 comments:

DON MELAYU said...

semua iman dia hilang masuk dalam spender karpal sinki dengan lim kit sial..org pas ni kalau bercakap bab agama,kutuk kesalahan org lain,dosa org lain..wah....bkn main lagi seolah2 diorng ni bersih dan suci jerr sejak lahir walhal sama saja,munafik!!

oh ya,aku dengar cita geng2 anwarinas dlam pas mnyalak bila husam tak bertanding timb presiden,semua nak marah kat nik amar,geng2 pas kelantan plak skong nik amar brtnding.........ngeh,ngeh,ngeh...

anti-syiahGaban said...

Pemimpim PAS-pis-pus le ni bukan saja bernafsu kat bini dan anak dara orang, depa dah pandai bernafsu kat harta duniawi, ringgit kasorrga.....

Anonymous said...

Bro.mohon izin copy

Anonymous said...

PRU lepas aku didatangi oleh sorg PAS mengajak memberi sokongan. Dua soalan aku kemukakan..dia langsung tak boleh nak jawab dan terus blah. Soalan itu jugak aku akan tanya HJ hadi dan Nik ajis kalau aku jumpa.

Sebenarnya sama saja PAS dgn pkr dap atau umno...serta parti2 lain.
Sama saja taraf keimanan pemimpin mrk. Yg penting ..'kuasa'.

Anonymous said...

Itulah bukti nyata bahawa pak lebai PAS juga spesis manusia seperti kita : ada nafsu seks dan keinginan berduit banyak.

Tapi depan pencacai bukan main pandai berlakon kononnya depa ni adalah suci seperti malaikat.

Hai...dunia...dunia...

Manusia menjaja nama Tuhan dan agama untuk mengeksploitasi keimanan masyarakat kepada ajaran Islam.

Anonymous said...

Semua yg ditunding pd pihak lawan, semuany berbalik ke muka sendiri. Benarlah kata org, satu jari tunjuk pd org, empat jari tunjuk ke muka sendiri. Muhasabahlah...

Anonymous said...

Mmg pedas dan padat artikel ni bro..mintak2 puak2 diorg ni baca dan mohon terasa smpai ke usus perut..

Anonymous said...

Kan aku dah kata.... Pas tu Parti syok Sendiriiii....

Anonymous said...

macam mana pas boleh yakin tag ditebuk itu lebih selamat dari dakwat kekal? pelik jugak pemikiran lebai2 pas ni, bijak terlebih.

Anonymous said...

Aku dh bosan dgn PAS. Jauh lg baik umno yg jaga melayu, islam negara ni. Tak semua pihak sempurna. Umno pun ada slack jgk tp nmpak perjuangan mereka utk melayu islam. Kalau PAS?. Tak nmpak utk islam. Kalimah Allah main balasah ckp kapir blh guna cetak dlm bible. Big Fail!. Hindarkan diri dari puak2 ni..

Anonymous said...

Gerenti ULARMAK Menang Lagi

Kalau ULARMAK yang memimpin Pas maka Pas selepas MAP 2013 adalah Pas yang sama. Itu dalam gambar ULARMAK Pas yang sedang berucap dengan rostrum bendera roket khabarnya menang tanpa bertanding.

Ulamak Harun Din, Ulamak Haron Taib dan Ulamak Tuan Ibrahim dah kena telan dengan ULARMAK Hadi Awang dan ULARMAK Nik Aziz.

Pi mai pi mai, Pas duk macam tu juga lah. Allah dah takdir Pas akan jadi barua kepada DAP selagi mana Umno tak tumbang. Minta2 jika Umno tumbang DAP pula yang jadi barua kepada Pas. Agak2 hangpa boleh kah terjadi macam itu ?

Ana Muslimah

Anonymous said...

Bukan Nak Mengajar Umno

Jadikan kekalahan di Sungai Limau sebagai iktibar untuk menghadapi PRK sekiranya ada lagi.

1. Cina tetapi cina. Memang tak boleh percaya 100%. Bagi lah sebanyak mana sekali pun hati mereka tetap dengan PR (DAP). Kalau PRK mereka memilih untuk tidak keluar mengundi atau keluar tapi tak semua (30% shaja). Kalau PRU mereka berduyun keluar mengundi tetapi bukan hendak undi BN tetapi kerana hendak undi PR supaya Umno kalah.

2. Agihan peruntukan biar lah adil. Jangan buat macam di Sungai Limau.

(1) Bantuan sekolah ikut kepala, ramai murid dapat banyak, sikit urid dapat sikit. Contoh : Kalau peruntukan RM500 satu murid, kalau sekolah melayu ada 500 murid x RM500 = RM250ribu, kalau sekolah cina ada 15 murid x RM500 = RM7,500. Adil dan saksama, melayu tidak merungut dan cina pun tak boleh nak bising.

(2) Bantuan lain2 ikut jumlah pengundi. Kalau nak reserved RM500 seorang. Kalau melayu ada 27,000 pengundi berdaftar x RM500 = RM13.5juta, dan cina ada 1800 pengundi berdaftar x RM500 = 900ribu. Adil dan saksama. Melayu tak riuh, cina tak patut bising.

Kalau begitulah yang Umno buat kepada para pengundi, Insyallah sokongan orang melayu kepada Umno akan meningkat. Orang melayu sedang memerhatikan tindak tanduk Umno semenjak PRU12 lagi. Cina dan india dilayan sebagai anak mas, bila cina dan india minta banyak yang mereka dapat, sedangkan melayu memandang menggigit jari atau kalau nak dapat pun tidak lah seberapa.

Umno kena sedar zaman melayu memandang sambil menggigit jari sudah berlalu. Dahulu bapa (Umno) tak berapa nak layan anak tiri (bukan melayu), tapi kini bapa (Umno) sudah melebih2kan anak tiri (bukan melayu) setiap kali tiba pilihanraya tak kira lah PRK atau PRU.

Orang melayu sudah semakin cerdik, semakin celik. PRK Sungai Limau menjadi tempat atau platform pertama mereka menyuarakan bantahan kepada Umno. Jangan bagi mereka suarakan bantahan yang serupa dalam PRK yang akan datang, lebih dahsyat lagi jika mereka menyuarakan bantahan dalam PRU14.

Jika Umno adil, Insyallah Umno akan kekal selagi orang melayu mahukan Umno.

Ana Muslimah

Anonymous said...

Orang cite pemilihan PAS, dia cerita pasal Sungai Limau..

Bongok punya ana muslimah.. dok jaja cerita nak kambus pemilihan pas la tu.. hahahahaha.. jamban betul.

Anonymous said...

Mat Iraqi pernah berkata, dalam PAS pun ada politik wang..

Islam atau Isle?

Anonymous said...

Ana,umno guna duit cina untuk dapatkan undi cina. jadi kamu tak perlulah nak risaukan umno deh. ada baiknya kamu risaukan perebutan kuasa dalam pas tu. bunyi macam nak perang besar. gerenti duit banyak habis ni. hahaha. tak perlu nak jaga kain umno, di sg limau pun umno byk kurangkan undi pas, pas menang pun atas dasar pengundi import dari dun luar, kalau harapkan pengundi yang menetap di sg limau, bungkus dah pas.

Anonymous said...

PAS-PIS-PUS

totok pas benci apa RBF tulis ni . biasa la . sbb bagi totok pas , semua pemimpin pas tu ulama & maksum .stopa kena pitnah . kamera tu besi , tak boleh jadi saksi .itulah yg tersemat kukuh dlm kepala hotak totok pas .

Anonymous said...

ANA MUSLIMAH . sebarang permasalahan anda dan UMNO , sila emailkan kpd ku nan di UMNO pusat . cc kpd presiden dan timbalan presiden .kemukakan bukti bertulis mengenai jumlah dana yang dah disalurkan kepada cina & sekolah cina di sg limau .sana sini anda menulis pasal benda yg dah lepas , apa motif anda ?

(abg bawak lori )

anti-syiahGaban dan PAS said...

PAS dulu masa bawah Arwah nya Ustaz Fadhil Noor mungkin lah kurang tipu dia. PAS-pis-pus le ni bawah tag team Hadi dan Mat Sabu 121 kalau tak menipu bukan PAS-pis-pus namanya. Nak buat camana, dah terikut puak SYIAH laknatullah tu.....Kalau puak Syiah ni, kalau tak menipu, tak sah....

Anonymous said...

Menipu dalam perang boleh, temasuklah dalam pilihanraya. Dalam PRK Sg Limau banyak penipuan dari Pas, Umno tak bijak atasi, tu sebab BN kalah.Awal awal lagi dalam pemilihan Timb Presiden dah pun nampak tipunya. Tuan Ibrahim dan Bakar Cik bukan tak mahu lawan Mat Sabu, tapi mereka takut undi pecah, sebab tu mrk tarik diri, biar Mat Sabu lawan Nik Amar. Perwakilan Kelantan dan Terangganu 100 peratus bg kat Nik Amar. Begitu juga dengan Dewan Ulamak.Negeri yg ramai syiah saja akan sokong Mat Sabu seperti Kedah, Penang, Perak, Negeri Sembilan, Wilayah serta Melaka
dan Johor.Selangor mungkin berkecuali, begitu juga Sabah dan Sarawak.Pemuda dan Muslimat orang Mat Sabu. Kalau Mat Sabu menang, pasti Pas hancur

Anonymous said...

Tak payah cerita pasal pemilihan la.. Buang masa jek.. Cuba tanyakan PAS ni mana pegi duit TABUNG WIRA LAHAD DATU???? Bukan main lg berkokok masa lancarkan tabung tu???? MANA PEGI DUIT TU SEMUA.. Takkan senyap sampai skarang????

Anonymous said...

Kan semua orang dah tahu ketua-ketua PAS tu munafiq...?

haslina omar lama said...

kah.............. kah
hang pa semua kena kencin
.................

Anonymous said...

Selagi PAS di pimpin oleh pemimpin-pemimpin ortodoxnya saperti Hadi Awang dan Mahfuz selagi itulah PAS saperti dizaman Malaya tahun lima puluhan.

Cakap berbelit-belit macam ular, inikah yang dinamakan ulamak.

Inilah orang-orang yang menjaja nama Allah dan ayat-ayat quran keseluruh Malaysia untuk kepentingan politik yang sempit dan terhimpit.

Anonymous said...

Pempuan yang pakai tudung bukan semua baik. Org pakai serban pn bkn semua baik. Sorang je orang PAS yang aku syg, ustaz haron din. Yg lain ulamak syok sendiri.

Anonymous said...

Cadangan di atas adalah bukak harga untuk beli undi kepada BN.
PM setuju..
Tp yg smpi kt rumah pengundi ialah beras, gula dan susu...
Cina dapat 2 juta....
Org tgh dapat berapa???


Alhamdulillah lahir sbg melayu
...

Anonymous said...

terbaik...biarkan mereka terus menggelupur....

Anonymous said...

SEBENARNYA TOK-TOK GARU DAN PEMIMPIN PAS 100 X LEBIH GILA DUNIA BERBANDING DENGAN ORANG BIASA.....CUMA MEREKA BERSELINDUNG DI SEBALIK SERBAN BAKUL SAMPAH DAN JUBAH MENYAPU BUMI...ITU SAJA.