Tuesday, November 19, 2013

Kereta Lebih 12 Tahun: Baca Betul-Betul dan Fahami Apa Yang Diperkatakan Oleh Timbalan Menteri Pengangkutan

Sejak semalam kecoh dilaman-laman cyber mengutuk, menghentam dan membelasah Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berhubung kenyataannya tentang kereta yang berusia 12 tahun ke atas tidak selamat berada di atas jalan raya. 

Jika pembangkang yang hentam, yang kutuk atau yang belasah kita tak perlu nak hairan, kerana itu memang tugas mereka untuk putar belitkan sebarang kenyataan daripada pemimpin BN. Yang agak pelik dan hairan sikit bila media-media cyber pro BN sendiri yang turut sama membelasah beliau. 

Kenapa perlu kita nak belasah beliau ? 

Yang membelasah beliau itu dah baca habis ke apa kenyataan atau ayat yang keluar dari mulut Timbalan Menteri Pengangkutan itu ? 

Baca bagi habis dulu, perhatikan setiap patah perkataan dan fahami betul-betul. Jangan kerana dengar cerita pembangkang, dan kita pun baca secara rawak sahaja, ambil perkataan bahagian kepala dan ambil perkataan bahagian ekor, kemudian turut sama belasah. 

Berikut adalah kenyataan Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang disiarkan oleh Berita Harian,
SIBU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu membuat pertimbangan teliti sebelum menetapkan had jangka hayat kenderaan di negara ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

Beliau bagaimanapun berkata keputusan itu mungkin perlu dibuat dengan segera demi kepentingan rakyat.

Bercakap pada sidang media selepas melancarkan sambutan Hari Maritim Sedunia peringkat kebangsaan 2013 di sini hari ini, beliau berkata cadangan Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Dr Wong Shaw Voon baru-baru ini pada asasnya merupakan suatu penemuan baharu.

Pada Jumaat, Dr Wong memberitahu media di Melaka bahawa kereta berusia lebih 12 tahun tidak selamat untuk berada di jalan raya.

Boleh tunjukkan kepada saya bahagian mana dalam berita diatas yang beliau katakan kereta berusia 12 tahun ke atas tidak dibenarkan berada diatas jalan raya ? 

Terang-terang beliau berkata JPJ selaku agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan PERLU MEMBUAT PERTIMBANGAN TELITI sebelum menetapkan had jangka hayat kenderaan. Keputusan perlu dibuat dengan segera demi kepentingan rakyat. 

Maknanya, beliau meminta JPJ membuat pertimbangan yang betul-betul teliti sebelum buat keputusan dan keputusan perlu dibuat dengan segera demi kepentingan rakyat. Jangan biarkan rakyat terus susah hati atau bimbang dengan kereta mereka yang berusia lebih 12 tahun. Jika selamat kata selamat, jika tak selamat kata tidak selamat dan apa hujahnya.


Kesimpulannya Timbalan Menteri berkenaan pun boleh dikatakan tidak gembira dengan cadangan Miros. Sebab itu beliau minta JPJ buat pertimbangan, buat kajian atau buat pemeriksaan betul-betul terlebih dulu terhadap cadangan yang dikemukakan oleh Miros, kerana cadangan itu secara kasarnya dilihat tidak logik. Beliau dah kata pada asasnya itu satu penemuan yang baharu. Maknanya perlukan kajian yang lebih mendalam. Bukannya terus menguatkuasakan apa yang dicadangkan oleh Miros. 

Timbalan Menteri berkenaan pun ada rakyat juga di kawasan yang beliau wakili. Jangan ingat beliau pun suka-suka sahaja nak buat keputusan yang boleh mendatangkan impak buruk yang teruk kepada kerajaan dan kepada beliau sendiri. 

Dulu pun pernah timbul cadangan agar kenderaan-kenderaan yang lanjut usia menjalani pemeriksaan di Puspakom untuk memastikan tahap keselamatan sesebuah kenderaan. Namun perkara tersebut dibantah oleh orang ramai dan cadangan tersebut terkubur begitu sahaja. 

Kita kena baca betul-betul dulu apa yang beliau perkatakan. Jangan kita pula yang teruja dengan gendang yang dipalukan oleh pembangkang dan kita menari ikut rentak mereka. Kalau begitu seronoklah mereka...

Dalam kes ini kita kenalah ada belas kasihan sikit kepada Timbalan Menteri Pengangkutan. Jangan main belasah beliau dan samakan beliau dengan raja lawak Pas, Mahfuz Omar. Beliau tak kata pun yang kerajaan nak haramkan kereta berusia 12 tahun di jalan raya. Beliau hanya minta JPJ buat pertimbangan teliti terhadap cadangan pihak Miros.

23 comments:

Anonymous said...

Aziz kaprawi yang bijak berkata.

"Golongan pertengahan yang saya maksudkan merujuk kepada orang Melayu yang boleh miliki kereta Mercedes-Benz, ada rumah banglo, mempunyai harta yang kata orang antara RM2 juta hingga RM3 juta."

(Sumber: Utusan Malaysia)

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2013/11/apa-rasionalnya-kereta-12-tahun-ke-atas.html#civ0MJxl0UZ3DU3M.99

Anonymous said...

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata bahawa kerajaan akan menimbangkan untuk melaksanakan had jangka hayat kenderaan berikutan saranan oleh Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bahawa kereta berusia 12 tahun ke atas adalah tidak selamat.

Beliau berkata keputusan itu "perlu dibuat segera demi keselamatan rakyat".

Terkejutkah CTS dengan kenyataan tersebut? Tidak!!! Ini kerana Timbalan Menteri yang sama pernah mengemparkan negara apabila mendefinasikan "Golongan Pertengahan" sebagai:

"Golongan pertengahan yang saya maksudkan merujuk kepada orang Melayu yang boleh miliki kereta Mercedes-Benz, ada rumah banglo, mempunyai harta yang kata orang antara RM2 juta hingga RM3 juta." (Sumber: Utusan Malaysia)

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2013/11/apa-rasionalnya-kereta-12-tahun-ke-atas.html#t2PDIGpXK039RtJJ.99

Anonymous said...

RBF

Kalau aziz tak kata, kenapa hishamudin nafikan kerajaan akan laksanakan macam yang aziz kaprawi kata ?

Anonymous said...

LAA RBF PETIK DARI BERITA HARIAN.

KENAPA TAK CHECK DALAM SESI PARLIMEN KELMARIN YANG AZIZ CAKAP ?

CUBA SPIN KE RBF ?

Anonymous said...

RBF

PLS DO YOUR RESEARCH CORRECTLY.

Anonymous said...

La ANUS November 19, 2013 at 8:28 PM, setakat nak ambil kenyataan sekerat lepas tu tutup kenyataan yang lain dari Aziz Kaprawi tak payah la copy paste kat sini. Pencuci taik Karpal Sinki macam ko memang pandai buat komen yang menampakkan kebodohan je. Kasi full statement la wahai ANUS 8:28 oooiii..

Anonymous said...

Anon 8:39 PM dan 9:22 PM, sudahkah anda periksa fakta anda sendiri??? Aziz Kaprawi bercakap di parlimen mengenai isu ini bila?? Anda sendiri dah tengok hansard parlimen ke belum??

zethro said...

Nak kasi clear isu ni senang je. JPJ mintak MIROS bentangkan kajian yg dibuat tu dan sebarkan kpd rakyat kenapa kereta berusia 12 tahun ke atas tidak selamat.
Rakyat perlukan justifikasi drp kajian yg dibuat dan rakyat sendiri akan tentukan samada ia patut atau tidak dilaksanakan.
Apabila tiada pencerahan utk rakyat menilai, di situ nampak spt ada sesuatu yg hendak disembunyikan. Diharapkan menteri dan JPJ dpt merungkai dan menangani isu ini dgn bijak kerana rakyat juga semakin bijak menilai.

Anonymous said...

isteri dah kahwin 12 tahun lama bahaya,ok jugak.

Anonymous said...

Hasrat dan cita cita kementerian memang ada didalam hal ini.Tapi ianya hendaklah dilaksanakan dengan berhemah dan jangan sesekali menyusahkan rayaat kebanyakan .Pendapatan 70%isi rumah dinegara kita adalah tegolong didalam berpendapatan rendah atau lebih sikit dari paras kemiskinan .Rayaat dan perkerja dinegara kita tertekan dalam banyak faktor .Gaji yang rendah dan masa berkerja yang membebankan .Peluang untuk menambah pendapatan memang diakui ada ,akan tetapi ianya akan menjejaskan kesihatan dan mutu kerja Utama.kerajaan seolah olah meletakan perkerja didalam kedaan sukar untuk mengharungi kehidupan seharian .Dengan kenaikan harga barangandan kenaikan harga rumah tempat tingal dan segala macam perhidmatan .masing masing mempunyai sebab menaikan harga .

hanizam said...

akhirnya, keluar juga artikel pasal isu ni...

Alhamdulillah, kerajaan dah pun buat keputusan...saranan kurang bijak dari Ketua PEngarah MIROS tak akan dilaksanakan....

maka meroyanlah suku sakat Pembangkang yang dok pusing cerita mengenai isu ini...

mohonlah kepada pak menteri, sebelum nak cakap ape pun mengenai isu terutama bab melibatkan kos RM, pikirlah banyak kali sebelum buat kenyataan..

maklumlah, salah sikit cakap, banyak pihak salah buat tafsiran, walhal kadang tu ape yang dikatakan tu betul...cuma nak sedep cerita dan timbulkan kebencian kepada kerajaan sekarang, inilah jadinya....

tak jadilah cinabeng yang monopoli jual kereta nak tersenyum lebar....

agaknya ape lagi nak cari isu untuk cinabeng buat untung dan melayu merana...

Yb Raz said...

kasi tukarlah kaprawi tu.

Anonymous said...

anon November 19, 2013 at 8:28 PM..

ko dgn tuan punya blog memang sama2 bengong... yg kau petik sesuatu isu dari luar kontek tu ngapa?

http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131002/re_05/

Anonymous said...

Anda semua, komen perlu berhemah. Kita Melayu sama Melayu. Komen elok elok.

Anonymous said...

Harap kerajaan dapat menyediakan bas2 mini ke seluruh pelusuk Negara termasuk taman2 perumahan, kampung2 dan membatalkan pemilikan kereta secara individu. Dengan itu dapat dijimatkan minyak.

Anonymous said...

1. Golongan pertengahan ada duit 2 juta,

2. Golongan bawahan yg gajinya 4000 kebawah - dan layak dapat BRIM,

3. Yang miskin kedana ialah golongan yg malas bekerja, asik komplen barang naik tapi malas nak tambah pendapatan..

Anonymous said...

Sepatutnya Bang Aziz tak payah keluarkan terus kot kenyataan "kerajaan akan menimbangkan utk melaksanakan......" tu. Kalau dah tau benda tu tak boleh tak yah nak timbang-timbang lagi dah. Lagipun kereta2 lama ni yang jadi masalah kalau tersadai tepi jalan je. Nak kata bawak laju.. tak mungkin lahh.. keter2 baru ni yang lari macam pelesit.. MIROS keluarkan statistik berapa banyak kenderaan yang di atas 12 tahun terlibat dengan kemalangan.?? berapa banyak pula kereta yang di bawah 12 tahun yang kemalangan?? antara kereta dan motosikal yang mana lebih tinggi kadar kemalangan? tak termasuk bas lagi.. sekali eksiden meninggal 7-8 orang.. tgk tu semua atas 12 tahun ke bawah 12 tahun?? dedahkan pada rakyat.. ada justification rasanya rakyat boleh terima dan puak sebelah sana pun tak ruang nak tembak...

antiSotongMelayu said...

Apa nak jadi dengan RBF Online ni??? Wei Macha tadi dalam Berita perdana pukul 8 TV3, terang2 Menteri Pengangkutan habak Timbalan dia yang cakap had umor kenderaan 12 tahun tu. Jangan lah nak putaq belit. Kalau dah salah tu, suroh saja si Mamat tu mintak maaf. Jangan lah nak tegakkan benang basah tu lagi.

Anonymous said...

Aziz KAPCAI RAWI memang mangkok hayun

Anonymous said...

Abang November 19, 2013 at 8:39 PM, tolong beri link ke hansard Parlimen yang aziz cubrawi cakap dalam parlimen pasal isu ini. Aku kena kutuk dengan kawan je arini, diorang kata mana ada aziz cubrawi cakap camtu. Tolong ye abang November 19, 2013 at 8:39 PM, kasi aku maklumat sikit. Nak bantai mereka balik ni...

Anonymous said...

Prof MIROS yg buat statistik tu sape ek?

Anonymous said...

Masa bekerja di malaysia pon dikata membebankan... ada duit tuka spot rim..

Anonymous said...

camner aku nak akses ke hansard parlimen yang aziz kaprawi ada buat cadangan tu ye?