Tuesday, November 12, 2013

Pemilihan Pas: Selepas Telan Kahak Hijau Sendiri, Sekarang Pas Telan Kahak Hijau Anwar Pula


Dalam pilihanraya umum yang lepas terdapat beberapa kerusi yang pembangkang bertanding sesama mereka. Antaranya, Sungai Acheh, Kota Damansara, Seberang Takir, Bukit Besi ,Kota Putera dan Panti. 

Pas masuk bertanding....PKR pun masuk bertanding....

Beberapa hari selepas penamaan calon mereka baru bermesyuarat untuk putuskan kerusi milik siapa. 

Bodoh tak habis-habis....Orang lain bermesyuarat dan membuat keputusan sebelum serah borang calon. Mereka pula buat keputusan selepas penamaan calon. 

Sedangkan  SPR telah menetapkan mana-mana calon yang menyerahkan borang pencalonan tidak dibenarkan menarik diri. Jika mereka menarik diri sekali pun nama mereka tetap akan dicetak di kertas undi. Tujuannya mudah....untuk memastikan hanya orang yang benar-benar serius masuk bertanding. 

Saya masih ingat lagi bagaimana Anwar Ibrahim marahkan SPR pada masa itu kerana mengguna pakai peraturan itu. Dia marah sebab calon-calon yang kerusi bertindih antara Pas dan PKR tidak boleh tarik diri gara-gara peraturan itu. 

Anwar kata, 
"Saya tak faham kenapa SPR tak boleh nak batalkan kerana pilihan raya adalah soal calon yang diumum oleh parti dan SPR mempunyai masa yang cukup untuk dibatalkan." 
Antara Pos 23.04.2013
Hari ini apa jadi ? 

Nak tahu apa jadi ? 

Apa sudah jadi ? 

Hari ini Pas tukang telan kahak hijau Anwar....

Baca kat bawah...
Calon tak boleh tarik diri selepas disahkan 
KUALA LUMPUR - Semua calon Pas yang akan bertanding dalam mana-mana jawatan pada pemilihan parti itu pada hujung tahun ini tidak dibenarkan menarik diri atau membatalkan pencalonan tersebut selepas mengesahkannya pada 8 November depan. 
"Bila sudah hantar pencalonan dan ia disahkan, mereka tidak boleh tarik balik diri sebab akan ganggu persiapan pemilihan kita". 
"Selepas mereka terima pencalonan itu, dibuat saringan, kemudian maklum kepada calon, selepas itu mereka tidak boleh batalkan, jika berlaku juga nama mereka tetap dicetak dalam kertas undi," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini. 
Sinar Online 1.10.2013
Takut-takut pencacai-pencacai Pas kata berita diatas adalah berita palsu. Nah ! Ambil di sini.

Hari ini peraturan SPR yang mereka tuduh dan fitnah dengan bermacam-macam tuduhan yang mereka guna pakai untuk pemilihan mereka. Kalau tak perangai iblis, perangai apa lagi ? 


2 comments:

Anonymous said...

perangai raja iblis le tu...

Anonymous said...

Cai pok nik ckp spr yg tiru mereka. Kah kah kah.