Wednesday, November 13, 2013

Siarkan Nama dan Gambar Penghidap HIV, Tidakkah Tindakan Akhbar Sinar Harian Ini Meragut Maruah Isteri dan Anak-Anaknya ???

Petang tanggal 23 Oktober 2013 yang lepas negara kita dikejutkan berita seorang pegawai bank, Norazita Abu Talib yang ditembak hingga mati oleh pengawal keselamatan tempat beliau bekerja. 

Tidak lama selepas kejadian malang itu gambar mangsa yang dalam keadaan terbaring berlumuran dengan darah dan menyayat hati itu telah disebarkan secara besar-besaran di media baru. Entah berapa ratus atau berapa ribu pemegang akaun twitter, blog dan facebook yang menyebarkan gambar berkenaan. 

Banyak pihak yang membantah tindakan penyebaran itu kerana tidak menghormati perasaan keluarga mangsa. Banyak pihak juga yang menarik balik atau memadamkan gambar itu selepas suami mangsa merayu agar tidak lagi menyebarkan gambar menyayat hati arwah isterinya. Lihat sini

Dalam masa yang sama Polis juga turut mengeluarkan amaran supaya orang ramai berhenti menyebarkan gambar-gambar tersebut. 

Banyak pihak tidak kira dari pelbagai golongan, pemimpin, ahli akademi hinggalah kepada orang ramai turut mengecam tindakan pemilik-pemilik akaun media sosial yang menyebarkan gambar itu. Ada yang kata pemilik media sosial tidak menghormati keluarga mangsa, ada yang pemilik media sosial tidak ada etika dan sebagainya. Saya sokong...apa yang dikatakan itu betul. 

Namun begitu dalam hal ini pemilik akaun media sosial tidak boleh disalahkan 100 peratus. Sebabnya mereka semua tidak pernah dilatih, tidak pernah diberi penerangan atau garis panduan tentang apa yang boleh dan apa yang tidak boleh disiarkan di media sosial. Mereka boleh jadi wartawan yang tidak bertauliah dan media yang tidak berlesen dalam masa dua minit sahaja. Buka mee maggie dalam plastik, letak dalam bekas dan tuang air panas. Sementara tunggu air panas memasakkan mee maggie, mereka boleh buka satu akaun blog atau FB. Dalam masa 2-3 minit siap dan mee maggie sudah boleh dimakan. Waktu itu mereka dah jadi seorang wartawan yang tidak bertauliah dan memiliki satu medium media yang boleh diakses di seluruh dunia. 


Berbeza dengan menjadi seorang wartawan yang bertauliah. Untuk menjadi seorang wartawan yang bertauliah seseorang kena belajar di universiti atau mana-mana kolej. Kemudian buat praktikal pula. Kemudian syarikat pula kena bagi kursus. Berita dan gambar yang dah siap sebelum disiarkan akan disemak pula oleh pengarang dan ketua pengarang. Maknanya makan masa bertahun-tahun untuk menjadi seorang wartawan yang bertauliah. 

Untuk menerbitkan akhbar, membuka stesen tv atau radio pula, syarikat perlu penuhi pelbagai syarat   dan lesen itu ini. Diberi pula dengan garis panduan dan sebagainya. Untuk buka blog, portal, FB dan sebagainya tidak perlu lesen dan syarat. 

Blogger atau facebooker buat perkara yang tidak betul atau langgar etika kita tidak perlu pelik atau hairan. Sebabnya seperti yang saya katakan diatas. Mereka tidak pernah diberi sebarang syarat atau garis panduan. Mereka tidak ada latihan dan tidak perlu lesen. 

Yang kita perlu pelik dan hairan adalah apabila media yang berlesen, yang pekerja-pekerjanya wartawan terlatih, yang ada pengarang dan ketua pengarang, buat perkara yang tidak menjadi kelaziman atau mungkin juga melanggar etika. 

Apa yang saya nak tunjukkan kepada anda dibawah ini saya tidak pasti ianya melanggar etika kewartawanan atau tidak. Yang saya pasti ianya tidak menjadi kelaziman atau amalan media-media negara kita. Soal hak asasi manusia pula saya tidak tahu samada ianya melanggar hak asasi atau tidak ?


Tidak menjadi amalan media-media di negara kita menyiarkan nama penuh atau nama sebenar, apatah lagi wajah penghidap HIV. Dalam hal yang berlaku hari ini, akhbar berkenaan bukan sahaja menyiarkan nama penuh,malah turut menyiarkan wajah penuh penghidap HIV berkenaan. 

Yang peliknya gambar tiga lelaki lain di belakang mereka tutup wajahnya. Wajah yang tidak sepatutnya disiarkan atau ditunjukkan, mereka tidak tutup. 

Dalam berita berkenaan dinyatakan penghidap HIV berkenaan mempunyai isteri dan lima anak. Bagaimana atau apa perasaan isteri dan anak-anaknya apabila hari ini media secara terbuka memaparkan nama penuh suami dan ayah mereka adalah penghidap HIV. 

Bagaimana isterinya dan ibu bapanya atau adik beradiknya nak berdepan dengan masyarakat ?

Bagaimana anak-anaknya nak berdepan dengan rakan-rakan dan cikgu di sekolah ? 

Kita bukan nak pertahankan penagih dadah atau sebagainya. Dia buat salah dia tanggung akibatnya. Tetapi yang kita nak pertahankan adalah maruah isteri dan anak-anaknya yang tidak berdosa. 

Jika kita mengecam pihak-pihak yang menyebarkan gambar Norazita, kita juga perlu kecam akhbar itu yang menyiarkan berita seperti diatas. Pemilik media sosial dikata tidak beretika dan tidak menghormati keluarga mangsa apabila menyebarkan gambar Norazita. Kes yang diatas ini pula bukan setakat tidak menghormati keluarga tertuduh, malah meragut maruah keluarganya yang tidak berdosa. 

17 comments:

Orang Gombak said...

Tuan RBF,

Saya fikir beginilah. Wartawan, pengarang dan ketua pengarang di Sinar Harian sengaja berniat mahu mengaibkan penghidap HIV tersebut kerana sikap 'holier than thou' dalam diri mereka.

Dalam masyarakat Melayu Islam, penyakit HIV sering dikaitkan dengan aktiviti maksiat. Dan maksiat sesuatu yang ditegah dalam Islam. Jadi pihak Sinar Harian ini mahu bertindak sebagai 'Tuhan' dan menghukum penghidap HIV ini dengan mengaibkan beliau di kalangan masyarakat.

Kalau berita kes tangkap basah, tangkap khalwat pun disensasikan oleh Sinar Harian, tidak hairan berita penghidap HIV ini juga sengaja dibesar-besarkan seolah-olah pihak 'holier than thou' ini mahu mengejek 'padan muka' kepada penghidap HIV ini.

Sikap 'holier than thou' ini sama macam dengan puak PAS dan tidak menghairankan kerana warga Sinar Harian juga terdiri daripada penyokong tegar PAS.

Bara Barau said...

Sinar Harian akhbar yg tiada moral. Ada agenda pembangkang didlm nya. Akhbat Talam dua muka....

Anonymous said...

Inilah contoh wartawan yg tidak ada tika. Di indonesia wartawan perlu mengikuti kursus utk mendptkan lesen spt doktor sebelum boleh menjadi seorang wartawan.

PT said...

slm tuan,mohon pautkan blog saya perigitimur.blogspot.com di blog hebat tuan...blog tuan dah pun saya pautkan diblog saya.tq

Anonymous said...

Banyak lagi berita yang panas yang boleh disiarkan oleh akbar2 tempatan. Jangan hanya cerita tentang hal orang yang tidak membawa apa2 makna pada pembaca. Banyak akbar yang menyiarkan berita2 yang remeh dilaman utama akbar mereka. Apakah rakyat Malaysia hanya suka membaca berita2 yang sedemikian. Tahap akbar di Malaysia sudah seperti akbar sundal atau lebih tepat macam akbar jalang.

Anonymous said...

Banyak lagi berita yang panas yang boleh disiarkan oleh akbar2 tempatan. Jangan hanya cerita tentang hal orang yang tidak membawa apa2 makna pada pembaca. Banyak akbar yang menyiarkan berita2 yang remeh dilaman utama akbar mereka. Apakah rakyat Malaysia hanya suka membaca berita2 yang sedemikian. Tahap akbar di Malaysia sudah seperti akbar sundal atau lebih tepat macam akbar jalang.

Anonymous said...

pnyelah bersungguh admin PT nak RBFO9 ni pautkan blog dia,aku ingat blog dia xkrglah hebat,yerlah siap mta otai pautkan krn dia dh pautkan blog otai,skali aku buka tengok.....nah sejak berblogging dari November 2011 smpi skg sumenyer copy n paste, xder identiti sndiri,catatan popular plak sume citer SEKS,2 jam masa aku terbuang duk belek blog tu....
kot ya pn nk jd wartawan sgera jgnlah smpi sume copy paste dn cite SEKS,stu lg xperlu meminta2 smpi sebut kita dh pautkan blog org so kita nk org pautkan blog kita,sbb bnyi mcm kte pn sama hebat tp hampeh,buang masa aku jer..menyesal!

usin said...

Amalan biasa, bila maruah telah dijual tanpa kebenaran, maka tuan punya maruah ada hak untuk dapatkan balik harga maruah yang telah terjual. Undang-undang memang dah ada dan lengkap, oleh itu proses menyaman akhbar Sinar Harian boleh dibuat. Biar kamar mahkamah tentukan berapa jumlah yang patut dibayar oleh Sinar Harian sebagai penebus maruah yang telah diperdagangkan. Saya percaya ada kes, dan lebih 60% potensi menang kes. Silakan saman Sinar Harian.

Anonymous said...

Menurut ulama, wartawan adalah orang yang pertama yang akan dihumbankan dalam api neraka...inilah sebabnya....melaporkan berita2 yang tidak sahih, menyebar fitnah, tidak berlaku adil, membuka keaiban orang...dan macam2 lagi .....
Semuanya DOSA2 BESAR.
Teruskanlah cari rezki dan kasi makan anak isteri dengan hasil dari dosa2 besar ini.

Berani buat ...berani tanggung....tanggung seksa api neraka lah. Tapi biasanya orang2 macam ini memang tak ada iman kerana itu tak takut pada Tuhan.

Mohd Rizal Abdullah said...

Jangan memperdohkan diri...sapa kata salah siar nama dan muka pesalah..mohon buat kajian sebelum menulis..

untuk penetahuan tidak salah menyiarkan nama ataupun muka mereka yang DITUDUH di mahkamah..tak kira majistret atau seskye..jangan cakap soal maruah..sebab semua yang masuk paper kes macam nie akan cakap pasal soal maruah..bila buat jahat tak ingat pula..

Yang diblurkan ataupun namasa tidak disebut adalah mereka yang di reman di mahkamah..Wartawan tidak boleh menyiarlan gambar nama mahupun gambar mereka.. KAlau siar gambar kena blur..sehinggalah mereka dituduh di mahkamah..barulah nama dan gambar mereka disiarkan..itu adalah ETIKA KEWARTAWANAN..ADMIN SILA SEMAK BALIK!!!..HANGAN MAIN CAKAP JA.

SO BAB KES NIE..TIADA KESALAHAN YANG DILAKUKAN..KALAU SAMAN PUN TAK GUNA..SEBAB TERANG2 TIADA KESALAHAN..SUSPEK TELAH DITUDUH!!.YANG BOLEH PERTIKAIKAN APAKAH BENAR DIA KENA HIV..KALAU TIDAK.SO BOLEH SAMAN!!..KLAU YA..XBOLEH SEBAB MEMANG IKUT ETIKA..

TAPI, DIIKUTKAN TIDAK MANIS DAN TIDAK BERAPA ELOK SEBAB KATA TERTUDUH PENGIDAP HIV.SEBAB KITA PUN MANUSIA..KALAU AKU..AKU JUST TULIS TERTUDUH SAHAJA..TAK DA SEBUT HIV...WALAUPUN TAK SALAH..SEBENARNYA IA MELIBATKAN BUDI BICARA PENULIS ITU..KALAU BUAT MUKA KEREK NGAN REPORTER..TUNGGULAH..AYAT POWER DIA PUN KELUAR...SO ADAKAH ANDA JELAS

Anonymous said...

TAKPA. NO PROBLEM. JANJI JANGAN
'UTUSAN MALAYSIA' YANG BUAT LAGU TU.
SATU PLANET MAKI HAMUN,,, AKHBAR LAIN BUAT APA PUN TAKPA PUNYA....

Anonymous said...

ye betul .... akbar manapun nak buat .... buatlah x de orang nak marah ... jgn Utusan Malaysia yang buat ... tak cukup keluarga mereka, nanti abis sume lawyer, NGO buat tunjuk perasaan ... berderet-deret nak saman UTUSAN ... hahahaaaa .... nasib ko lah utusan!!

praha2 said...

Asslmkm. Saya teruja membaca artikel ini. Soalan nya bukan pasal dilatih atau tidak. Soal nya etika. Kita manusia dan ada perasaan. kalu ini pun kita tak bolih faham apa yang bolih? Saya warga emas lah dan pada pendapat saya yang menulis ni oran muda- the gen y group yang tidak ada perasaan langsung. Hanya nak burukan oran saja. Sad to say that is what is happening in Maklaysia now.

Seroja said...

Salam, kenapa kalau pesalah itu sakit kencing manis ke,darah tinggi ke tak tulis pulak, siap bolt lagi, stigma dan diskriminasi sgt...
Sinar harian harus fikirkan keluarga mereka yg ditinggalkan.Jangan sbb nak lakukan paper tulis sesuka hati, fikirkan lah

Azmi Tarmizi said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Begitulah apabila sifat profesionalisma semakin terhakis .....

Anonymous said...

Rizal abdullah , kau wartawan Sinar ker?

Penjelasan mu sungguh angkuh.


Wartawan lagi senior