Monday, November 25, 2013

Video-Kalah Naib Presiden, Badut Pas Lepas Geram Di Parlimen Hari Ini


Ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar ‘naik angin’ di Dewan Rakyat petang Isnin apabila kisah kegagalannya bertanding jawatan Naib Presiden PAS serta tindakan parti itu melakukan undian semula jawatan bagi itu dibangkitkan ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar.

Sebelum itu, ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah mencelah Mahfuz yang sedang berbahas isu kebajikan tentera dengan menyindir mengatakan, Mahfuz patut menang jawatan Naib Presiden berdasarkan kehebatannya berbahas di Dewan Rakyat.

Shamsul Anuar berkata PAS silap kerana tidak memilih Mahfuz sebagai Naib Presiden menyebabkan Pesuruhjaya PAS Kedah itu naik angin dan semakin ‘garang’ berbahas.

Noh yang bangun mencelah kemudian bertanya kenapa Mahfuz ‘dok marah sangat pasal apa?”.

“Saya dengar cakap Pokok Sena ada benarnya..tetapi pelik orang PAS tak terima (pilihnya)..ni dok cakap pengurusan negara, pengurusan kewangan, pengurusan tanah yang PAS dok urus pilihan parti pun tak betul pasal apa?…sebab pilih urusan parti tak betul Yang Berhormat kalah…(saya) ingat kalau kira kali ke empat, Yang Berhormat boleh menang,” kata Noh.

Sindiran Noh menyebabkan Mahfuz semakin berang dan menuduh SPR bodoh dan pekak badak kerana tidak dengar macam-macam komplen pasal pilihan raya.

Ikuti gelagat Mahfuz dalam rakaman di bawah yang antara lain kata sanggup lompat naik atas meja jika menang jawatan Naib Presiden.



Sumber : BNBBC

8 comments:

Hassan Siakap said...

Orang PAS macam Mahfus ni memang ramai pandai cakap,pandai komplen orang tapi tak pandai buat kerja...kat kampung ramai orang macam ni.....SRP pun tak PASS tapi kalau kat kedai kopi...bukan main sembang mengalahkan menteri dan graduan universiti tapi habuk pun takdak

Anonymous said...

nak bela tentera......tabung lahad datu apa cerita?....

Anonymous said...

cash atas dunia..bab kata orang PAS la kan...hehehe

Anonymous said...

Janganlah kutuk kutuk Mahpus Mat saabu dan PAs,, malulah kita orang pencacai Pas

Anonymous said...

Masa PRK Sg Limau apa dia kata kat Mukhriz sebab mukhriz kalah dalam pemilehan Naib.

Sekarang Allah bayar cash kat dia.

Allah itu Maha Adil!

Anonymous said...

memang kena p.ramlee kata elokla penyamun jual penyangak...mahfuz dengan noh 2 x 5....HAHA

james said...

Yang sedap tu.. dia boleh melalut sampai ke spr, demo, pedih mata. Pekak badak ha ha..

Anonymous said...

Muzakarah ???

Siapa Hadi Awang nak mencadangkan Pas muzakarah dengan Umno ???? Sudahkah Hadi Awang merujuk kepada Anwar Ibrahim dan Karpal Singh untuk mendapat restu mereka supaya memberi kebenaran Pas datang berjumpa dengan Umno ??? KALAU TANPA RESTU DARIPADA ANWAR IBRAHIM DAN KARPAL SINGH, hatta tangan dari langit sekali pun tak mungkin dapat membantu merealisasikan niat murni Hadi Awang itu. Tolong fahami prinsip TAHALUF SIASI PAS-PKR-DAP sebelum memberikan response.

Hudud ???

Siapa Nik Aziz nak pasang angan2 satu hari nanti Hudud akan dilaksanakan juga di Kelantan ??? Sudah kah Nik Aziz pergi menyembah untuk mendapat restu daripada Anwar Ibrahim dan Karpal Singh untuk membenarkan kerjaan Kelantan melaksanakan Hudud di negeri itu ??? KALAU TANPA RESTU DARIPADA ANWAR IBRAHIM DAN KARPAL SINGH, hatta tangan dari langit sekali pun tak mungkin dapat membantu merealisasikan niat Nik Aziz itu. Fahamkah Nik Aziz prinsip TAHALUF SIASI PAS-PKR-DAP sebelum dia bercakap.

Kita2 yang bukan orang Pas, jangan TERBODOH dengan 2 isu yang sengaja dicakapkan oleh 2 pemimpin besar Pas ini kerana niat mereka hanya lah untuk mententeramkan suara akar umbi Pas yang duk riuh minta " Pas mengkaji semula Tahaluf Siasi dengan PKR dan DAP ". Kita orang Umno dan Pro Umno JANGAN JADI BODOH, BIARLAH ORANG PAS SAHAJA YANG BOLEH HADI AWANG DAN NIK AZIZ PERBODOH2KAN.

Ana Muslimah