Tuesday, November 19, 2013

Walhalalmu...Walharamku...Isteri PM Guna Pesawat Kerajaan, Haram....Anak Nik Aziz Naik Pesawat Guna Duit Kerajaan, Halal

Semalam pembangkang membangkitkan di Parlimen berhubung penggunaan pesawat Kerajaan Malaysia oleh isteri Perdana Menteri dan rombongannya ke Qatar minggu lepas. 

Seperti yang pernah saya tulis di blog ini sebelum ini, senjata paling utama pembangkang adalah memburuk-burukkan PM dan isteri sehingga boleh menimbulkan kebencian rakyat kepada mereka berdua, barulah BN dan Umno boleh dilemahkan. 

Sebelum saya pergi lebih lanjut, saya nak jelaskan dulu tentang tujuan pemergian isteri PM ke Qatar minggu lepas. Kehadiran Datin Seri Rosmah di Qatar minggu lepas adalah memenuhi jemputan Persatuan Ahli Perniagaan Wanita Qatar ke Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa yang berlangsung di Qatar pada 11-12 November 2013. Lihat di sini

Persatuan Ahli Perniagaan Wanita Qatar adalah sebuah persatuan yang diasaskan oleh Sheikha Mozah Binti Nasser Al- Misnad, isteri Emir Qatar. Lihat sini

Dalam dunia ini sudah menjadi lumrah samada isteri Perdana Menteri, isteri Presiden, isteri menteri, isteri YB atau isteri pemimpin tidak kira di mana-mana negara sekali pun, mereka (isteri) akan terlibat dengan kerja-kerja hal ehwal wanita, hal ehwal kanak-kanak dan kerja-kerja kebajikan. Kecuali di Malaysia ada satu yang gila. Suami ketua pembangkang, isteri presiden parti. Bila parti bermesyuarat habis laki, bini dan anak turut sama bermesyuarat. 

Dalam kes yang melibatkan Datin Seri Rosmah ini, beliau dijemput oleh sebuah persatuan wanita yang dinaungi oleh isteri Emir Qatar untuk ke majlis yang melibatkan ahli perniagaan wanita antarabangsa, pada saya ianya satu kebanggaan yang cukup besar. Cuba anda bayangkan apa akan jadi jika yang dijemput itu bini Hadi Awang atau bini Anwar ? Bergegar pentas ceramah beb....60 hari 60 malam. 

Walaupun Datin Seri Rosmah dijemput sebagai tetamu utama, namun beliau sedar beliau tidak ada kuasa yang melibatkan kerajaan, sebab itu bersama dengan beliau ke forum tersebut adalah Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria. Juga turut hadir ke forum berkenaan adalah CEO Matrade, Datuk Dr Wong Lai Sum. Mereka-mereka inilah orang yang berkuasa untuk berbincang atau menerangkan kepada ahli-ahli perniagaan yang hadir di forum berkenaan tentang pelaburan di atau perniagaan di Malaysia. 

Berhubung penggunaan pesawat kerajaan. Untuk menggunakan pesawat kerajaan ianya perlu mendapat kelulusan kabinet. Dalam hal ini pesawat yang digunakan untuk ke Qatar telah mendapat kelulusan kabinet. Jadi tidak ada apa-apa kesalahan dalam hal ini. 

Ahli Parlimen Sepang (Pas) mengatakan PM boleh didakwa di mahkamah jika beliau didapati bersalah kerana melanggar prosedur dalam membuat keputusan yang melibatkan konflik kepentingan. Wah...wah...wah...bila tembak orang bukan main lagi. Tak ingat ke apa yang pernah terjadi kepada dewa orang-orang Pas yang mentadbir Kelantan sebelum ini ? 

Nik Aziz selaku Pengerusi PMBK dalam satu mesyuarat yang beliau pengerusi telah melantik menantunya sebagai CEO PMBK. Kes berkenaan disiasat SPRM, dan akhirnya SPRM memutuskan Nik Aziz tidak bersalah. 

Jika Nik Aziz tak bersalah, kenapa pula Najib bersalah ? Inilah yang dikatakan perangai syaitan. Walhalalmu....walharamku....kau buat halal....aku buat haram....

Anda boleh baca kisah selanjutnya dan melihat minit mesyuarat yang dimaksudkan di sini

Soal kejujuran, soal rasuah....tak kira dari 5 sen hinggalah 50 bilion sekalipun, rasuah tetap rasuah. Soal salah guna kuasa atau penyelewengan, tidak kiralah daripada sekecil guna lilin kerajaan hinggalah guna pesawat kerajaan, jika tidak dilakukan mengikut prosedur, salah tetap salah.

Pas nak bercakap soal salah guna kuasa ? Pas nak bercakap soal penyelewengan ? Mari saya tunjukkan anda satu bukti lagi...


Anda lihat gambar diatas, dan baca-baca betul-betul tulisan tangan dalam kotak. Itu adalah tulisan tangan menantu Nik Aziz. Lihat bagaimana dia menggunakan wang yang selama ini mereka sering laung-laungkan wang rakyat....wang rakyat....untuk membeli tiket penerbangan bagi isterinya. Untuk menghalalkan tindakan dia itu, dia mencatatkan disitu isterinya Nik Amalina adalah pengiring isteri MB (ibu beliau). Anda baca kisah selanjutnya di sini

Apakah itu tidak salah ? 

Inilah yang saya kata walhalalmu....walharamku.....

22 comments:

bro yul said...

Itulah pakatan haram nie....mengata kat orng cukup suka tp bila kena atas batang hidung sendiri bermacam macam helah d beri untuk menafikan.....rosmah pergi pun bukan untuk kepentingan diri dia tp untuk negara isu mcm nie pun nk d politikan ke???...nmpak sangat la yg pakatan haram nie sudah ketandusan modal......rosmah bukan orng politik pun yg main politik suami dia jer..lain la klu pakatan harami smua parti ada anak beranak baik PAS,PKR dan DAP....

Anonymous said...

Bro RBF,
walaumacamanapun deme bagi bukit sahih atau nak mengiakan tindakkan isteri PM Najib guna pesawat kerajaan, pada pendapat kawe la RBF, isteri Najib tak layak sedikit pun walau atas alasan dia isteri PM dan tujuannya adalah atas dasar jemputan Persatuan Ahli Perniagaan Wanita Qatar ke Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa.

Walaupun kita tidak nafikan penglibatan isteri PM Najib sebagai duta untuk kerja-kerja hal ehwal wanita, hal ehwal kanak-kanak dan kerja-kerja kebajikan, tetapi adakah itu melayakkan beliau menggunakan harta rakyat?

Kawe ni RBF, undi BN sokmo daripda dulu, kini dan selamanya.

Tak pernah zaman kawe isteri PM terdahulu menggunakan harta kerajaan utk buat kerja-kerja amal. kalau terpaksa ke luar negara, naik MAS. Book 1st class. tak salahpun.

Banyak dah kita dengar cerita tentang isteri Najib yang kerap keluar negara dan membawa rombongan sekali. patut ke RBF?

dah la tu RBF, carilah alasan lain yg lebih munasabah.

kalau boleh, isu sebegini, nasihatlah isteri PM kita tu. tak apa sesekali, kita kena menentang arus kalau nak berjaya.

maaf RBF, kali ini, kawe tidak sama sekali setuju dengan deme.

Yb Raz said...

guna ler pasawat lain..jangan nak guna pesawat kerajaan. nak guna pesawat kerajaan, kena ada kelulusan kabinet..

ok yang nak naik pesawat tu bini PM. agak agak berani ke ahli kabinet nak larang, nak cakap tidak boleh ? sudah tentu tidak ada kan. kalau larangpun, PM tetap PM..dia cakap ya, semua kena akur..

Anonymous said...

Bila guna pesawat komersial nanti, maka ditanya pulak duit mana yg digunakan utk beli tiket tu. Bila guna duit sendiri maka ditanya pulak dr mana dtgnya sedangkan rosmah x bekerja. Bila guna duit najib maka ditanya pulak mana datang duit najib. Bila diberitahu duit najib tu dr elaun dia sbg menteri dikata pulak salah guna wang rakyat.

Kalau dr sudut pandang diorg, semuanya salah. Tok sah dilayan. Kalau diorg ada bukti salah guna kuasa, dh lama diorg bw pegike mahkamah. Tp bila mahkamah kata tak salah, dikatanya pulak mahkamah tu bias.

Kpd penyokong pembangkang ni, korang x penat ke kalau asyik semua benda yg kerajaan buat tu x betul je. Huhuhu

Daddy Cool said...

RBF sudah berapa kali aku cakap...org2 PAS ni semuanya bagus,xde buat salah sebab itu mereka dijamin SORGA oleh Nik Aziz...bodoh punya pencacai...

DON MELAYU said...

habis tu..takkan lah orang nak panggil Azizah kot pergi sana?apa yang dia tahu,dia hanya layak untuk menjadi duta jam omega saja...takkan lah kaki pembohong yang bersekongkol dengan lakinya yang peliwat hendak dibawa ke tempat macam tu,memalukan negara lagi ada lah...mudah ja pada aku,diorang iri hati sebab rosmah dikenali oleh dunia luar dengan sumbangan dalam pembangunan kanak2 dan wanita dalam Malaysia...kalau rosmah tu gila kuasa,xkn ada org dari pejabat menteri yang follow dia utk buat perbincangan mengenai pelaburan dan perniagaan...dan rosmah hanya sebagai pemerhati,bkn salah seorang peserta sebab dia tak layak dia xde jwatan dalam kabinet mahupun kerajaan maknanya dia dijemput atas dasar kapasiti dia sebagai FLOM sebab yang anjur majlis tu FL Qatar....yang aku herannya dalam portal pembangkang takde pulak cakap sape yang anjur,sape yang pergi bersama rosmah mereka hanya cakap Rosmah saja,seolah2 rosmah pergi seorang diri sebab nak bagi cerita panas supaya pencacai dia boleh menyalak sepuas hati..bingai...

Anonymous said...

Maaf semua,
Deme semua salah faham apa yg kawe maksudkan.

Kawe setuju dgn semua dia atas cakap. Kawe cuma berpendapat, tiada keperluan isteri pm najib naik pesawat kerajaan walau di atas jemputan dari mana mana negara sekali pun.

Kalau jadi fitnah, alangkah bagus sekiranya kita ini menasihat adalah lebih baik ds rosmah tidak lagi memenuhi jemputan ke luar negara. Kita ada MITI, dan yg seumpamanya. Kenapa perlu isteri najib yg pergi? Walau di jemput? Adakah sesuai anda kata utk kebaikkan megara kerana ini soal perniagaan.

Naik je MAS. Tak menjadi kesalahan pun..isteri najib boleh bernaung di dalam mana mana NGO dan boleh memainkan peranan..NGO boleh membiayai segala perbelanjaan ister pm najib..

Tak perlu kita membandingkan anak nik aziz dgn isteri pm najib..duak kerektor yg sangat berbeza..anak nik aziz tu can go fly kite laaa...

Jadi fahamkan masud saya, bn dan umno banyak kena attack di sebabkan oleh isteri pm najib..

Dulu rbf cuba nak bela sharizat dlm kes nfc..sekarang tgk penat tak rbf..deme bertungkus lumus mencari bukti sana sini dgn blogger blogger lain tiba tiba sharizat tarik balik saman..tak ke sengal namanya tu?

Saman sebab nak bertanding jawatan wanita umno? Dah menang tarik saman...lepas tu kata tak nak panjang panjangkan...

Oiit..kawe ni la yg guna fakta rbf dan yg lain lain nak menepis isu nfc dulu..sekarang ni...kena balik kat muka kawe...


Penat doh kawe ni..ni isu pasal kereta lebih 12 tahun pulak tak boleh ada atas jalan raya..bahasa mudahnya scape kereta tua.

Senang betul kerajaan nak tindas rakyat.

Lepas tu isteri najib guna pesawat kerajaan minyak guna duit siapa? Minyak di kirangkan subsidi dalam bahasa mudahnya minyak naik...siapa yg tanggung tuan tuan?

Sampai bila nak bela perkara begini? Sampai bila?

Anonymous said...

rbf

semua yang umno buat tetap salah sembahyang pun salah tidak ikhlas cuma day/pkr/pas je betul dalam semua hal

mereka buat jahat tapi orang lain dituduh fitnah

, mengenai isteri perdana menteri beliau secara tidak langsung sememangnya merupakan wakil NEGARA

1) cuba lihat isteri duta duta besar malaysia di luar negara mengapa mereka disediakan kenderaan rasmi dan allowance kerena mereka wakil negara

2) isu keselamatan, fringe benefit apa apa yang terjadi kepada datin seri rosmah akan menyebabkan hal yang leih besar dan ini adalah normal procedure, the same benefit yang perdana menteri dapat akan diberi kepada spouse nyer :)

3) delegasi delegasi yang turut serta juga merupakan orang penting yang mewakili kerajaan Malaysia

sememangnya semua akan mereka persoalkan hingga isu keselamatan dan mereka sanggup melacurkan ugama demi kuasa

Anonymous said...

tak pe la orang PAS je yang boleh buat..hok lain jangan..tak boleh nanti DAP marah....

Sibuk Kak Rosmah punya aktiviti...tu aktiviti korang naikkan negeri korang dah buat ke....hampeh...berkokok je lebih...tapi macam dog takut tuan.......

Anonymous said...

Gaji pilot pesawat kerajaan tu kerja ke tak kerja ke kena bayar jugak... pesawat ada xkan suh parking je... minyak tu satu tanker 15000 liter.. xkan sampai 5 tanker... cukai airport silap2 free... kalo dia sorang je naik tu munkin la membazir... naik MAS first class x payah bayar ke... pemikiran x maju betol le.. kalo duduk pangkat atas x kira awam ke swasta nak menyusahkan diri xder kelebihan keselesaan baik jadi peon je..

Anonymous said...

zam...zam...alakazam. berdesup. naik karpet terbang...semua free. pinjam jer dari hadi bawang atau pok nik...

Anonymous said...

Huk Aloh yek yek je macai2 BN ni buat riuh....cilakak tul seribu lebey je...cabaran ni gua lontarkan kepada blogger aka macai BN...sila bg fakta ni pada MP BN bawak ke parlimen buat mcm MP PR..tgk jd bahan jenaka ke jd bahan pertahan rosmah...sahut jgn tak sahut...

Anonymous said...

Bayangkn bini pm naik air asia, pastu kena colek dgn pencolek. Pastu tebus trillion ringgit kat pm. Siapa rugi? Duit rakyat juga, batang kote rakyat juga yg pertikai pasal bini naik jet kerajaan...

Anonymous said...

ada aku kesah...kesimpulan monyet umno ni setuju rosmah x layak naik mas@airasia....low classss!!!!!!

zethro said...

Ala, pencacai2 pembangkang ni kalo Rosmah buat pape pon tak boleh. Dok attack Rosmah naik jet la, mane dia dpt duit la, bla bla bla.
Tu, ketua umum @ Anuar Berahi tu. Pas kuar jail dulu gi luar negara sana sini. Sampai skang xde sape bg pencerahan mane dia dpt duit? Atau sape taja dia? Bekas banduan bole jd pensyarah kat Universiti? Pastu siap bole lak beli umah baru kat segambut? Blom lg pasal jambu(dulu la) dai si Azmin tu. Celah mane dia dpt duit sampai ade ferrari padahal keje jd assistant je dulu tu. Dah brape tahun dah ni, takkan sorang pon takde telur nak bg pencerahan pasal ni? Poyo la pembangkang!

Anonymous said...

pada rosmah mansur cukup2lah buat masalah...banyak sudah perkara yang orang cakap pasal dia tp tak pernahnya dak brubah..kesianlah pada najib yg memikirkan cara nak dpt sokongan rakyat...tp setiap kali itu juga rosmah musnahkannya dengan benda2 yg tak berfaedah pun...rakyat tak merungut kalau ianya tak betul..tp skrg rakyat dah muak dah dengan rosmah..sedarlah...ikutlah isteri2 PM yang terdahulu...cara mereka membantu lagi terpuji dr cara rosmah tu..ROSMAH MANSOR antara sebab kenapa undi BN merosot teruk...kalau tak faham juga inshaAllah riwayat BN akan habis di PRU 14 nanti...pikirlah wahai rosmah...dah tak tau nak cakap apa dah..rosmah tetap rosmah ego, berlagak, sombong segalanya ada padamu...

Anonymous said...

tak kisah pun bini ah jib gor nak naik apa pun. boleh bantu pm, pertahankan segala yg pembangkang cakap. tarak hal punya. org yg nak dengar, dia dengar la. nak percaya, dia percaya la. tak ambil port langsung. kita tak kisah pun pasal kita pun tak dapat apa pun kalu bertekak hal ni.

tapi kena la ambil tahu pulak yg tarak kisah, tarak parti, tarak sokong, tarak apa-apa pun. mereka ni percaya ke dgn apa yg dikatakan, diterangkan, dijelaskan, dimaklumkan, diberitahu. mereka hanya percaya kepada apa yg dilihat, didengar berkenaan perkara tersebut. kalih sikit isu dengan subsidi, pembaziran, boros, ego, salah guna kuasa(walaupun tidak, ikut mesyuarat kabinet) tapi persepsi, dan andaian itu kekal sekian lama untuk 5 tahun yg akan datang. susah tu nak bagi mereka faham. mereka sukar nak terima walaupun kita bercakap bersama fakta. mudah cakap mereka akan bandingkan ikut maklumat yg ada pada mereka yg mudah dan difahami walaupun itu fitnah. tp fitnah itu boleh dielakkan jika kita kurangkan mengikut rentak juga.

kena kekalkan sokongan yg sedia ada, dan tambah la sokongan baru. jangan biarkan sokongan yg ada goyah dan beralih angin, sokongan baru kurang menggalakkan. kita pun tak suka juga bila melihat perkara yg tak seia sekata dengan hati. jangan terlalu taksub dan bongkak. org yg sokong pun tak suka juga. boleh lihat dalam komen di atas. tolong la lihat penyokong yg kerdil ini.

usin said...

Pertubuhan Pakatan Kaki Bangkang Kebangsan mempunyai kriteria ketat untuk membolehkan seseorang menjadi ahli. Antara kriteria utama adalah seperti berikut;
1. wajib bangkang apa sahaja dasar kerajaan yang memerintah.
2. patut malah wajib menipu asal sahaja boleh menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan.
3. mampu menghasut rakyat dengan cerita bohong kejahatan kerajaan sehingga kerajaan yang memerintah dibenci rakyat.
4. melaksanakan penipuan dan pembohongan kerana itulah tugas hakiki anggota pembangkang.
5. tidak dibenarkan walau sekalipun untuk memuji langkah @ dasar kerajaan walaupun ianya baik untuk rakyat.
6. tidak boleh memohon maaf jika penipuan atau pembohongan telah terdedah. gunalah apa cara sekalipun untuk menafikan pembohongan tersebut walaupun terpaksa jual mak dan ayah.

Oleh itu, untuk menjadi ahli, seseorang individu tersebut perlu 'berhati kering'.lagi jahat perangai ahli, lagi bagus untuk organisasi.

Pelajar UMT said...

Biase lah pakatan haramjadah...tau nk mnylhkan org lain aja...bila mereka buat xpa....smuanya btol...podah...2 kali 5 5 kali 2 jugk....ckp org tp drng tuh lgi bebal...1 kebangaan kot dpt anugerah seperti itu dan jgnlah trlalu dngki...btol ckp rbf kalau blah drng...60 hri stri60 mlm ceramah

Anonymous said...

walaupun pemimpin depa yang dok kongkek pelacur pun dikatakan salah org lain.....

Anonymous said...

buat lah apa sesuka hati selagi kuasa masih ada, tak payah takut azab Allah kerana mati itu masih jauh dan lambat.....APA NAK DIKISAH SANGAT DENGAN INTEGRITI, SELAGI NIK AZIZ MASIH HIDUP DIA BISA MENGAMPUNKAN DOSA SESIAPA SAHAJA APATAH LAGI DOSA ANAK NYA SENDIRI.....KAN DIA TAHU SIAPA AHLI SYURGA DAN NERAKA.....HEBAT SUNGGUH NIK AJIS.

Anonymous said...

manusia jahat tarafnya lebih buruk daripada binatang babi