Sunday, December 1, 2013

Post Mortem PRU 13: SPR Perlu Peraturan Lebih Ketat Agar Masyarakat Mendapat Wakil Rakyat Bertanggungjawab

Setiausaha SPR, Datuk Haji Abdul Ghani Salleh semalam mengeluarkan Laporan Post Mortem PRU Ke 13. Post mortem berkenaan melibatkan 222 kerusi parlimen dan semua kerusi Dun kecuali Sarawak. Tujuan post mortem berkenaan dilakukan adalah untuk mengenal pasti masalah-masalah yang timbul dan cadangan untuk mengatasinya. Ini menunjukkan SPR komited untuk membuat penambahbaikan bagi mengatasi masalah-masalah yang timbul. 

Seperti yang kita semua tahu sebelum PRU 13 yang lepas bagaimana SPR dihenyak sampai ke dinding oleh puak-puak sebelah sana. Pelbagai tuduhan jahat yang mereka lemparkan termasuk dakwaan SPR bekerjasama dengan BN membawa masuk 40,000 pengundi asing untuk mengundi. Naik mencanak darah tinggi Pengerusi SPR apabila mendengar fitnah yang dilemparkan terhadap agensi yang diketuainya. 

Masa fitnah orang tak ingat dunia, bila menang pilihanraya yang dikendalikan SPR yang difitnah sebelum itu, mereka pula yang berebut-rebut nak jadi MB dan Exco. 

Allah maha kaya, enam bulan selepas PRU 13, pemimpin mahaliwat sendiri yang membuka aibnya dan mengesahkan dia seorang pembohong. Tiba-tiba dia buat pusingan U mengatakan dia tidak pernah mengeluarkan dakwaan sedemikian. 


Beberapa hari lepas sekali lagi dia ulangi dakwaan jahat terhadap SPR dan kerajaan di Dewan Rakyat. Dalam masa beberapa minit dia pusing lagi menafikan kata-kata asalnya. Anda boleh lihat yang saya tulis dua hari lepas di sini.

Sebab itu saya kata , Allah Maha Kaya. Sebabnya dia sendiri yang mengesahkan pembohongannya. Kita tidak perlu susah payah untuk nak meyakinkan masyarakat bahawa dia seorang pembohong. 

Antara yang dilaporkan dalam post mortem SPR yang dikeluarkan semalam adalah berhubung kesukaran pegawai pengurus pilihanraya untuk mengesan status bermaustatin seseorang calon kerana terdapat sesetengah calon yang tidak tinggal dialamat seperti yang diisi dalam borang atau mengikut kad pengenalan mereka. 

SPR akan mengatasi perkara ini dan akan menyediakan panduan kepada pegawai pengurus pilihanraya bagi menentukan status bermaustatin seseorang calon. 


Peraturan pilihanraya yang ada hari ini menetapkan seseorang yang ingin masuk bertanding bagi kerusi DUN dia harus tinggal di negeri yang dia bertanding. Manakala untuk bertanding kerusi parlimen pula dia boleh tinggal dimana-mana asalkan dalam Malaysia

Masalah bertanding tak ikut kawasan ini kebiasaannya timbul di sebelah pihak pembangkang. Orang Johor bertanding di Kelantan. Orang Melaka bertanding di Pulau Pinang. Orang Pulau Pinang bertanding di Kedah. Malah dalam PRU yang lepas kita boleh lihat bagaimana orang Negeri Sembilan pergi bertanding di Dun Sungai Acheh, Pulau Pinang. 

Sebabnya mereka bukan nak jadi wakil rakyat atau berkhidmat kepada rakyat sangat. Mereka nak guna rakyat sebagai rubber stamp untuk mengesahkan mereka bergelar YB. 

Peraturan menjadi calon yang ada pada hari ini kelihatan agak longgar. Saya ingin mencadangkan kepada SPR agar perkara ini dipinda dan diperketatkan supaya rakyat tidak menjadi mangsa percaturan politik parti-parti politik. Dalam masa yang sama juga kita dapat melahirkan wakil rakyat yang lebih bertanggungjawab. Apabila ada wakil rakyat yang lebih bertanggungjawab pembangunan rakyat dan kawasan yang mereka wakili juga akan lebih mantap. 

Contoh terbaik dalam kes ini adalah Lim Kit Siang. Dia sering lari dari satu parlimen ke satu parlimen lain. Daripada Melaka ke Selangor ke Pulau Pinang ke Perak dan sekarang di Johor. Dimana tempat tinggal dia yang sebenar pun kita tak tahu. Dia tidak perlu komited terhadap tempat-tempat yang di wakili. Kerana apabila datang pilihanraya sekali lagi dia pindah ke tempat lain pula. Ini berlaku kerana peraturan yang sedia ada yang mungkin digubal puluhan tahun lampau dilihat longgar. Boleh bertanding mana-mana kerusi parlimen asalkan tinggal Malaysia. 

Sedangkan tugas wakil rakyat adalah mewakili rakyat sesuatu kawasan, membantu mereka mengatasi pelbagai masalah yang timbul, serta memajukan kawasan yang diwakili dari segenap aspek. Tetapi jika wakil rakyat sering melompat dari satu tempat ke satu tempat bagaimana nak menolong rakyat atau memajukan kawasan ? Apabila seseorang wakil rakyat itu bukan berasal atau tinggal di kawasan yang dia wakili atau bukan dari negeri berkenaan, sifat tanggungjawabnya akan jadi kurang. Kerana dia fikir dia popular atau partinya popular maka dia boleh bertanding dimana-mana sahaja. 

Oleh yang demikian saya ingin mencadangkan kepada SPR agar membawa usul ke parlimen dan  Dun supaya satu peraturan baru yang lebih ketat dikenakan. Tujuannya bukan untuk menyusahkan tetapi untuk melahirkan wakil rakyat yang bertanggungjawab. Setiap orang yang ingin bertanding kerusi Dun, wajib tinggal di Dun berkenaan atau Dun yang bersebelahan dan wajib berasal di negeri yang dia bertanding dan dia sendiri seorang pengundi dalam Dun berkenaan

Untuk calon parlimen pula wajib berasal atau tinggal lebih 10-15 tahun dari dan di negeri yang terletaknya parlimen dia bertanding. Dia sendiri juga seorang pengundi dalam negeri berkenaan. Jika ini dilakukan barulah seseorang wakil rakyat itu akan bertanggungjawab terhadap kawasannya atau negeri mereka. 

Apabila peraturan ini diperkenalkan SPR juga tidak lagi menghadapi masalah untuk mengesan status bermaustatin seseorang calon. SPR boleh mengesannya melalui kad pengenalannya atau melalui bil-bil utiliti di atas namanya atau dokumen-dokumen rasmi yang lain yang diatas namanya. 

Dalam hal ini kita juga tidak boleh menyalahkan SPR, kerana peraturan  ini diputuskan di Dewan Rakyat, dan SPR hanya sebagai agen pelaksana apabila sesuatu keputusan itu diputuskan Dewan Rakyat. Saya berharap agar SPR dapat membawa perkara ini ke menteri berkaitan supaya ianya diusulkan di Dewan Rakyat. Dengan harapan agar satu hari nanti sistem pilihanraya tidak menjadi medan untuk calon dan parti politik berpesta. 

Akhir kata saya mengucapkan tahniah kepada pihak SPR kerana mengeluarkan Laporan Post Mortem PRU 13. Ini bukti SPR telus. Berani berkongsi dengan umum tentang kelemahan-kelemahan yang timbul dan berusaha menambaik apa yang tidak kena. Ini juga bukti SPR komited ke arah usaha untuk memastikan perjalanan pilihanraya di Malaysia adalah yang terbaik. Tahniah….

13 comments:

Anonymous said...

Penggunaan dakwat kekal diteruskan. Dan perkenalkan penggunaan sistem biomterik. Dakwat kekal boleh membantu mengelakkan masalah individu mengundi dua kali, tetapi tidak dpt mengesan pemilik sebenar kad pengenalan yg digunakan.

Sistem biometrik boleh mengelakkan penipuan spt kad pengenalan palsu, atau kad pengenalan bg individu yg telah meninggal dunia, atau individu yg mengundi menggunakan kad pengenalan org lain.

Anonymous said...

Sokong 100% cadangan ini. Parlimen minta gubal.

Anonymous said...

tahniah kerana berani mengorak langkah baru untuk pastikan yang terbaik. tidak salah dan tidak rugi kita mengakui kelemahan dan memperbaikinya.berundur selangkah ke belakang untuk maju 10 langkah kedepan.

DON MELAYU said...

aku betul2 kagum dengan tindakan spr..ini membuktikan bahawa spr bukanlah satu alat umno/bn dalam mengendalikan pru 13 yg lepas kerana sanggup membuka pintu untuk dikritik dan ditegur oleh pemerhati2 bebas pru tersebut...anwar ibrahim,itu hanyalah seorang peliwat nyanyuk yang tidak dapat meliwat jawatan pm

Anak Muda said...

spr merupakan satu badan yg mengendalikan satu pilihan raya yg melibatkan 25 juta lebih pengundi dan kali ini badan itu dikritik oleh pemerhati bebas yg ada sepanjang pross pengundia berjalan,apa yg cuba aku sakpaikan ialah kritikan dan teguran daripada pemerhati ini tidak harus dipandang enteng oleh pihak spr bagi memastikan mutu kelancaran proses pengundia di malaysia...ini baru betul,lepas hbis pru jumpa spr,talk man to man apa yg xpuas hati,bkn nya dok memekik kat pentas ceramahd an media pro sendiri utk buat fitnah....pemilihan parti yg hnya melibatkan seribu lbih perwakilan pun proses pengiraan ditangguh sampai berjam2 lagi nak tegur spr???org jenis apakah ini???partiygmnjalankan pemilihan parti yg rasis dan terang boleh dilihat oleh mata dan kepala sendiri tapi nak tegur spr???sorry to say,juz like shit!!!itu mmg aku xbole terima...apa2 thumbs up for spr sebab berani pendkatan sebegini...

Daddy Cool said...

woi en rbf,,,!!!ini merupakan satu petanda yg baik,kalau haro tu makan masa berbulan,lepas tu trun 2 hari dan sekarang dah 2 mnit utk dia spin balik apa dia cakap...nih aku rasa sebab lalok kote dah xlama baham buntut jantan dan chinadoll...sebab tu dia jadi pening mcm tu..ahahahahaha....bang non,bang non....jijah jam omega mana jah????!!!!

Anonymous said...

SPR perlu berhenti guna dakwat kekal.itu teknologi untuk negara dunia ke3.guna sistem biometrik yang terbaik.tak guna kita nak ikut negara dunia ke3.kita negara moden.ic kita dah ada chips

Anonymous said...

sokong penggunaan biometrik.sebaiknya tiada istilah pengundi luar di sesuatu kawasan.calon mestilah bertanding 1 jawatan shj,1 kawasan shj.jika bertanding adun,x layak bertanding MP dan sebaliknya.calon diharamkan memiliki perniagaan,memiliki lesen guaman dan profesion2 lain sepanjang jd wakil rakyat.x ada tempat bagi dakwat kekal.

Anonymous said...

terbaiklah SPR.. teruskan usaha murni anda.. kalau boleh sebarkan laporan penuh post mortem SPR..

Anonymous said...

Meh kita pakat2 tanya Hadi Awang satu soalan mudah.

Soalan : Wahai Hadi Awang. Yang awak duk sibuk nak bawa Pas muzakarah dengan Umno itu, sudah kah awak merujuk perkara ini kepada rakan seakhirat awak itu Ketua Parti DAP dan PKR ?

Cadangan : Kalau awak tak rujuk kepada mereka, sila rujuk dulu supaya Umno tak tertunggu2 dan terindu2.

Komen : Bukan apa, saya kasihan dengan Umno. Asal dengar saja Pas sudi muzakarah dengan mereka, masing2 pakat teruja habis semacam teruja diajak dating oleh seorang gadis jelita.

Harap2 Hadi Awang diberikan Green Light oleh Karpal Singh dan Anwar Ibrahim untuk muzakarah dengan Umno. Sama2lah kita pakat berdoa kepada Allah swt agar dilembutkan hati Karpal Singh dan Anwar Ibrahim supaya membenarkan Hadi Awang muzakarah islamiah dengan pemimpin Umno. Amiiiinnnnnnnnnn ....

Ana Muslimah

Anonymous said...

saya setuju dgn penulisan en ini..kerana nak jadi wakil rakyat ini,kenalah pada org yg sudah lama bermastautin di kawasan bertanding..baru lah dia fhm,peranan dia,masalah masyarakat..jgn asyik lompat dari 1 kawasan ke kawasan lain....org begini tidak ada niat utk bantu rakyat..cuma ingin mengisi poket sendiri serta kroni

Anonymous said...

salam.

Apakah setiap kali perpindahan dia akan dapat gaji/pencen dari tempat lama ?

Kalau macam tu, manyak syiok ooo pindah banyak tempat...pindah 3 4 kawasan, dapat semua gaji/pencen dari 3 4 tempat tu.

Harap tak macam tuh

Yg benar,
Siyes Ni

Anonymous said...

Da macam2 anwar temberang pun masih ada penyokong... penyokong yg ego... tutup sebelah mata bila nampak kepincangan pemimpin. Tak sabar nak tunggu anwar bertaubat. Dia memang hebat ...jaguh menipu... da banyak kali kantoi masih macam tu...