Tuesday, April 30, 2013

Gambar-Gambar Kempen Pilihan Raya Sekitar Parlimen Baling

Saya menjangkakan sehari boleh selesai jelajah Parlimen Baling. Sangkaan meleset, parlimen ini agak besar. dua hari pun tak selesai sepenuhnya. 

Parlimen ini mempunyai 3 Dun di dalamnya ( Bayu , Kupang dan Kuala Ketil).

Jumlah pengundi : 93,376

Melayu : 83,267
Cina : 4681
India : 4059
Lain-lain : 1369







Hebat....
Bergegas ke tempat kebakaran 15 buah pondok di kawasan kubu Pas yang terletak berhampiran pusara Ibrahim Libya di Kg Kubang Panjang
Bertanya tentang kejadian dengan mudir pondok berkenaan
Solat Jumaat bersama calon Pas
Keesokan hari pergi kembali ke tempat kebakaran untuk melihat keadaan dengan lebih jelas
Berbincang soal bantuan dengan mudir pondok berkenaan
Kampung Memali terletak dalam Dun Bayu dimana Dun berkenaan dikuasai BN sejak PRU ke 10 (1999). Untuk keputusan sebelum 1999 saya tidak ada fakta mengenainya

Panji DAP berkibar megah di bumi yang Pas gelarkan bumi syuhadah. Apa perasaan Ibrahim Libya jika beliau masih hidup melihat panji parti yang pemimpinnya meminta melangkah mayatnya dulu sebelum tubuhkan negara islam ?
Mengikut sumber saya, ini kali pertama BN berjaya buka bilik gerakan di Kampung Memali. Isu Tabung Memali yang diseleweng Pas membuatkan ramai penduduk hilang kepercayaan dengan Pas dan mereka tidak membenci sebenci-bencinya kepada BN seperti dulu lagi. Nak tahu setakat mana kejujuran Pas dan setakat mana islamnya Pas , pergilah berjumpa dengan ahli keluarga mangsa tragedi Memali


Provokasi ! Lambang 1 Malaysia diterbalikkan
Kepimpinan berteraskan islam ?  Tegakkan islam ? Pas buat lawak tak habis-habis. Nak tahu dimana pemimpin berteraskan islam dan dimana mereka tegakkan, sila tanya Stopa Ali

Penting dan Tolong Sebarkan Segera-Kegiatan Mencalit Jari Telah Bermula.

Seperti yang kita ramal, seperti yang kita jangka dan seperti yang kita duga.

Di Hulu Langat, Selangor hari ini ada sekumpulan pijak-pihak tertentu pergi ke rumah penduduk kampung untuk mencalit jari pengundi.

Tolong sebarkan segera ke semua peringkat dan tolong sampaikan kepada kawan-kawan, sanak saudara kita, agar tidak membenarkan jari mereka dicalit dengan apa-apa warna sehinggalah hari mengundi kelak.

Jari hanya akan dicalit apabila kita mengambil kertas undi dalam saluran tempat kita mengundi nanti.

Puak-puak iblis ini cuba sedaya upaya mereka untuk menimbulkan kekacauan dan kekecohan dalam PRU ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khalid Ibrahim Panggil Najib Sebagai Najis


Tertekan untuk berpaut kepada kuasa, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertindak biadab hari ini apabila menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai “najis” dan “cetek” fikiran.

Menteri Besar Selangor itu menggunakan ungkapan kesat itu apabila memperlekehkan komitmen Najib menurunkan harga rumah di Kampung Bukit Botak kepada RM70,000 jika BN diberikan mandat untuk mentadbir Selangor.

"Jadi itu menunjukkan Najib itu 'najis'. Benda yang sudah diselesaikan tak payah diteruskan lagi. Kalau Najib ada duit lebih, boleh digunakan untuk menolong projek-projek terbengkalai yang lain,” kata Khalid kepada pemberita.

Sebelum ini penduduk Bukit Botak di Selangor kesal dengan tindakan kerajaan negeri pimpinan Khalid menaikkan harga rumah projek terbengkalai itu sehingga RM112,000 daripada harga asal RM45,000.

Khalid berkata potongan harga oleh Najib itu tidak perlu diberikan kerana mendakwa penduduk berkenaan sudah pun diberikan rumah bernilai RM250,000.

"Saya tak tahu pemikiran PM begitu cetek. Kalau mereka (penduduk)...dapat aset melebihi RM250,000, itu dah cukup pampasannya, kenapa pula ditambah?," soal Khalid.

Tindakan Khalid menyifatkan Perdana Menteri sebagai najis dan cetek fikiran dilihat menyerlahkan keadaan terdesak kempen PKR untuk mempertahankan Selangor.

Ceramah-ceramah Khalid di DUN Pelabuhan Klang mendapat sambutan hambar manakala di beberapa kawasan lain jentera parti itu terpaksa bergantung hampir sepenuhnya kepada PAS dan DAP.

Najib yang juga Pengerusi BN Selangor cergas bergerak di seluruh negeri dan memberi komitmen untuk menyelesaikan masalah-masalah utama yang berlarutan di bawah kerajaan pimpinan Khalid.

Selain menjanjikan potongan harga rumah di Kampung Bukit Botak, Najib turut memberi jaminan meningkatkan tahap keselamatan dan menyediakan kemudahan perumahan dan persekolahan semasa lawatannya ke Rawang dan Kuala Selangor semalam.

Minggu lalu Khalid mendakwa dirinya lebih pandai daripada Najib dalam menguruskan ekonomi.

"Saya lebih pandai dari Najib sebab saya pernah kerja dengan Unit Perancang Ekonomi Malaysia. Saya lembaga pengarah Institute of Strategic Study. Jadi kita kena tengok beza pembuat dasar dan siapa yang lakukan," kata Khalid.

Pada PRU ke-13 Khalid terpaksa dipindahkan ke DUN Pelabuhan Klang daripada Ijok, kerana dilaporkan ditolak oleh pengundi di kawasan itu.
Dalam pada itu, ribuan penduduk menyaman kerajaan negeri pimpinan beliau kerana gagal menepati janji memberikan elaun untuk ibu tunggal, warga emas serta air percuma kepada warga pangsapuri. 



RBF: Kita tak kisah jika yang panggil Najib adalah najis dilakukan oleh penyokong-penyokong PKR bawahan. Tapi jika seorang pemimpin utama, MB pula tu memanggil seorang PM dengan panggilan sedemikian nampak sangatlah orang itu tidak cerdik dan tidak profesional. Orang seperti itu tidak layak untuk jadi pemimpin untuk memimpin rakyat. Jom kita bungkuskan dia di Pelabuhan Klang.

Sinar Harian Jelaskan Isu Sokong Calon PKR


Semalam saya ada tulis perkara berkenaan di sini

Sinar Harian sudah tampil menjawab perkara itu....

Berikut jawapan pihak Sinar Harian
"Kami menemui calon yang bertanding dan memberi sokongan tidak mengira parti sesuai dengan slogan, 'Sokong Pemimpin Adil & Berwibawa'," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu calon Dun Batu Tiga, Rodziah Ismail menerusi laman sosial twitternya yang menyebut, Sinar Harian memberi sokongan kepadanya sebagai calon pilihan dan kenyataan tersebut disiarkan sebuah blog, semalam.

Charl Fitri berkata, unit promosi yang bermula sejak Selasa lalu tidak hanya memberi tumpuan kepada satu pihak sahaja.

"Kita bukan hanya bertemu beliau (Rodziah) sahaja, malah dalam masa seminggu ini, unit promosi sudah menemui lebih 10 calon bertanding daripada pelbagai parti.

"Kempen ini akan berterusan di mana, bukan hanya tertumpu kepada politik malah semua organisasi termasuk di sekolah, pejabat dan lain-lain lagi," katanya.

 Sinar Online
Rupa-rupanya calon PKR diatas memberi gambaran yang tidak betul seolah-olah pihak Sinar hanya datang menyokongnya. Mungkin dia dah terdesak sangat kot, sampai nama akhbar pun digunakan untuk meraih undi.

Pecah Lubang ! Borang Kajian Diisi Dalam Bilik Kuliah


Hasil Kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), yang antara lain menyatakan 54% orang Melayu memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim dan hanya 38% memilih Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri, merupakan satu perancangan licik oleh Pengarahnya, Prof. Datuk Dr. Mohamad Redzuan Othman.

Kaji selidik ini dilakukan oleh para pelajar fakulti tanpa pengawasan harian daripada pensyarah mahu pun penyelaras yang berwibawa dalam bidang kajian. Para pelajar diberi borang kaji selidik untuk diisi dalam temu bual mereka bersama responden di kawasan asal mereka dan tiada pengawasan dilakukan setiap hari selama kaji selidik dilakukan.

Menurut maklumat daripada seorang pensyarah kanan Universiti Malaya, separuh daripada 1407 borang yang dikeluarkan tidak diisi oleh responden. Bagi mencukupi jumlah responden yang diperlukan, para pelajar tersebut telah diarahkan mengisinya di dalam bilik kuliah.

Terdapat juga cakap-cakap di Universiti Malaya sekarang ini bahawa pelajar yang terbabit juga dikatakan dipilih secara khusus berdasarkan kecenderungan politik mereka dan kawasan-kawasan yang merupakan kubu kuat Anwar brahim. 

Sementara itu Utusan Malaysia semalam melaporkan, Timbalan Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor, Dr. Wan Muhammad Adam berkata, hasil kajian Mohamad Redzuan itu boleh diragui kesahihannya ekoran beliau seorang kenalan kepada Anwar.

“Apabila mengetahui Mohamad Redzuan membuat kajian tersebut, sudah pasti statistik kecenderungan akan berpihak kepada Anwar kerana kita tahu macam mana rapatnya mereka.

“Analisis yang dikeluarkan atau dibentangkan juga pasti akan memihak kepada seorang individu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Wan Muhammad menambah, hasil kajian itu juga akan mengambil kira sentimen persahabatan di antara orang yang dikaji dengan pengkaji.

Jelasnya, sebagai pelaksana (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan diukur dan pengkaji akan mencari apa kekurangan yang dibawa berbanding individu yang beliau lagi menjadi pelaksana (Anwar).

“Apa pun hasil kaji, rakyat Malaysia tahu untuk menilai dan membuat keputusan pada 5 Mei ini. Sama-sama kita nantikan,” katanya.

Mengulas isu sama, Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Azril Mohd. Amin, hasil kajian itu dianggap berat sebelah kerana Mohamad Redzuan dilihat rakan kepada Anwar.

Selain itu, katanya, Mohamad Redzuan yang merupakan bekas pemimpin ABIM yang kini menerajui Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) dilihat banyak menyebelahi Anwar.

“Kajian itu tidak mewakili pandangan menyeluruh dan kita melihat ia lebih kepada sentimen persahabatan,” katanya.

Mykmu.net




RBF: Biarkan mereka syok dengan hasil kajian mereka. Kalau boleh kita tambah lagi angkanya sampai jadi 99 % Anwar akan menang. Buka peti undi nanti mereka tahulah langit tinggi atau rendah....

Monday, April 29, 2013

Ini Kerja Siapa ?


Tidak lain tidak bukan ini kerja Parti Anak Setan

Yang sedap mereka, yang syok mereka, yang stim mereka, bila bala datang baling kepada Umno.

Sinar Harian Hantar Pasukan Untuk Beri Sokongan Kepada Calon PKR


Apa cerita Sinar Harian ?

Kata surat khabar bebas , tidak berpihak , tidak menyebelahi mana-mana parti. 

Diam-diam hantar team anak muda pergi sokong calon PKR. 

Nasib baik ada calon PKR yang tak berapa cerdik pergi umumkan secara terbuka. Jika tidak kita pun tak tahu. 

Rodziah Ismail adalah calon PKR Dun Batu 3 , Shah Alam.

Sunday, April 28, 2013

Lima Tahun Bergaduh Rebut Jawatan PM, Berapa Tahun Pula Untuk Bergaduh Berebut Jawatan Kabinet ?

Selepas berjaya menafikan kedudukan 2/3 BN di Dewan Rakyat dan berjaya menang di 5 negeri dalam PRU 2008, pembangkang yang dulunya dengan idealogi dan fahaman masing-masing cuba membina ikatan mereka di bawah satu pertubuhan haram yang dinamakan pak-khatan rakyat. 

Tempoh lima tahun(2008-2013) mereka cuba yakinkan rakyat Malaysia bahawa mereka semua bersatu, bersefahaman,ukuh dan jitu.  Namun itu semua pembohongan. 

Sampai ke hari ini pun mereka masih tidak mencapai persefahaman. Itulah bahana bila bernaung bawah ikatan haram. Sifat tamak dan tidak percaya mempercayai satu sama lain masih tebal dalam diri mereka.

Contoh yang pertama, pembahagian kerusi PRU....

Lima tahun mereka tidak boleh selesaikan soal pembahagian kerusi. Sampaikan selepas penamaan calon pun masalah itu tak selesai lagi. Kerana isu pembahagian kerusi tidak semena-mena salah seorang dari orang mereka menjadi mangsa. Nak tahu lanjut siapa yang menjadi mangsa sila baca di sini.

Contoh sifat tidak percaya mempercayai sesama mereka disahkan sendiri oleh Haji Hadi minggu lepas. Ketika mengulas isu pertindihan kerusi sesama mereka, Hadi berkata tindakan Pas menghantar borang penamaan calon di kerusi Dun Panti (Johor), kerana calon PKR tidak muncul di pusat penamaan calon. 

Kerusi berkenaan telah diperuntukkan kepada PKR. Calon PKR lewat tiba di pusat penamaan calon pada hari berkenaan. Apabila calon PKR lewat, tiba-tiba calon Pas masuk menyerahkan borang pencalonan mereka. Selepas calon Pas serah borang pencalonan, calon PKR pula tiba serah borang. Sepatutnya bila calon PKR serah borang, Pas tarik balik borang mereka sebelum nama calon disahkan. Tetapi itu tidak berlaku. Itu bukti sifat tamak Pas. 

Untuk mengemukakan borang pencalonan calon Pas perlu ada watikah yang perlu ditandatangani oleh setiausaha agung atau presiden Pas.  Ketika di pusat penamaan calon, bagaimana calon Pas boleh dapat watikah serta merta, sedangkan ketika itu setiausaha agung dan presiden Pas tidak berada di sana ?

Tidak lain tidak bukan watikah berkenaan telah disediakan awal-awal oleh Pas. Kenapa Pas perlukan
Calon Pas dan calon PKR Dun Panti
sediakan watikah untuk calon mereka sedangkan itu kerusi yang diperuntukkan kepada PKR ?  Jika di kerusi dun berkenaan Pas telah siap sedia dengan calon dan watikah, tidak mustahil di semua kerusi yang ditandingi PKR di seluruh negara Pas juga telah siap sedia dengan calon dan watikah mereka.  Itulah buktinya betapa tebalnya sikap tidak percaya Pas kepada rakan sebantal mereka.

Tinggalkan soal kerusi pilihan raya. Sekarang mari kita berbicara pasal siapa pula yang hendak dilantik sebagai PM. Dari tahun 2008 - 2013 dan sekarang tinggal 7 hari lagi sebelum hari mengundi masalah siapa yang akan menjadi PM jika mereka menang, masih tak selesai-selesai lagi.

Sekejap kata semua setuju Anwar sebagai PM. Sekejap Pas kata pula PM belum diputuskan lagi. DAP pula kata hanya Anwar yang layak jadi PM. Orang Pas pula kata hanya Hadi yang akan layak jadi PM. DAP pula kata mereka bimbang jika Hadi jadi PM. Lim Guan Eng pula kata pak-khatan rakyat setuju sebulat suara Anwar PM. Hari ini pula Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas kata Pas akan putuskan calon PM selepas mereka menang PRU ini.
SHAH ALAM: PAS tetap berpendirian bahawa calon perdana menteri sekiranya pembangkang menang pada pilihan raya ke-13 ini akan diputuskan selepas 5 Mei ini meskipun Mursyidul Am parti itu melancarkan surat sokongan Ulama Dunia, Sheikh Dr Yusuf  al-Qaradawi yang mengiktiraf  Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai layak memerintah negara.
 
Menurut Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Zawawi Nik Nik Salleh, pelancaran surat oleh  Datuk Nik Aziz Nik Mat, Jumaat lalu sebenarnya tidak memberi gamabaran penuh mengenai siapa calon perdana menteri pilihan pembangkang.
 
"Memang kita putus di peringkat pusat isu perdana menteri ini selepas pilihan raya, itu sahaja.
 
"Dia (Datuk Nik Aziz) tak ada masalah (lancarkan surat itu) sebab bukan memberi gambaran yang penuh," katanya.
 
Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang sebelum ini meremehkan tindakan Anwar yang sebegitu terdesak sehingga terpaksa mengheret ulama luar dalam memastikan agendanya menjadi perdana menteri berjaya.
 
Beliau menegaskan pihak luar, termasuk Qardhawi tidak patut masuk campur dalam proses pilihan raya di Malaysia.
 
"Beliau (Yusuf Qardhawi) tidak mengundi di sini, beliau rakyat Qatar, yang berhak ialah pengundi-pengundi," kata Hadi.
 
Mengulas lanjut isu itu, Nik Zawawi berkata kepimpinan PAS Pusat sebelum ini juga telah bersepakat bahawa parti yang paling banyak kerusi di Dewan rakyat akan dipilih sebagai perdana menteri.
 
"Memang hak rakyat lah (dalam memilih calon perdana menteri), kita (tetap) akan bincang selepas pilihan raya.
 
"Selepas pilihan raya kita bincang, sebelum pilihan raya tidak ada siapa yang berhak untuk menentukan calon perdana menteri," katanya lagi.
 
 
Masalah yang tak selesai-selesai selama 5 tahun. Apakah perlu kita bagi mereka 5 tahun lagi ?
Cuba anda bayangkan betapa teruknya mereka....Lima tahun masa berlalu dan kini kita sedang membilang hari untuk keluar mengundi, mereka masih bergaduh pasal siapa nak jadi PM. 
 
Jika nak putuskan seorang PM tidak boleh diselesaikan dalam masa 5 tahun, cuba anda bayangkan jika mereka menang kelak. Jawabnya 5 tahun lagi pun tak selesai berebut kerusi TPM, kerusi menteri dan kerusi timbalan menteri.  Teruk beb......teruk......manifesto entah kemana, ekonomi entah kemana, rakyat entah kemana, akhirnya negara yang dibina lebih 50 tahun ini hancur lebur. Semuanya kerana mereka bergaduh berebut jawatan. 

Oleh yang demikian jangan sesekali kita lakukan perjudian tentang masa depan negara. Jangan yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran gara-gara nak cuba kerajaan baru. Kita di BN sudah buktikan. Negara ini kita ambil dari penjajah boleh dikatakan dalam keadaan kosong. Kita bangun, kita bina, kita majukan sampai ke tahap yang ada pada hari ini. Tidak dinafikan ada kesilapan-kesilapan yang dilakukan BN. Manusia mana yang tak silap ? Tetapi BN mengakui kesilapan dan belajar daripada kesilapan untuk membentulkan keadaan. 
 
Datuk Najib sebagai seorang PM sanggup merendahkan dirinya memohon maaf kepada rakyat diatas kesilapan-kesilapan yang berlaku. Apabila PM memohon maaf, puak-puak sebelah sana memperlekehkan PM. Kegagalan puak-puak mereka menunaikan manifesto PRU lepas di beberapa buah negeri yang mereka perintah, ada mereka merendahkan diri memohon maaf kepada rakyat ? Manifesto bukan janji, katanya. Akhirnya MB cabut lari tinggalkan kerusinya dan bertanding di kerusi lain.
 
Sifat semula jadi manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada. Itu tak betul, ini tak betul. Itu tak cukup, ini tak cukup. Cuba duduk diam-diam sekejap dan renungkan balik kehidupan kita 10 tahun lepas, 20 tahun lepas, 30 tahun lepas. Ada kalanya kita tidak sedar dengan kesenangan-kesenangan yang kita kecapi. 
 
Dulu kita nak ke pekan, tunggu bas pun dah setengah jam. Hari ini kereta 2-3 biji depan rumah. Hidupkan dan jalan. Syarikat-syarikat bas pun semua dah nak bangkrap sekarang kerana tiada penumpang dan terpaksa diselamatkan oleh kerajaan. 
 
Mungkin ada yang kata, saya beli kereta , beli rumah, beli itu ini semuanya guna duit saya bekerja, saya berniaga, saya buat projek, bukannya duit kerajaan bagi. Ya betul ! saya setuju.  Tetapi jika kerajaan tidak dapat sediakan persekitaran ekonomi yang baik kita boleh dapat kerja bagus ke ? Dapat perniagaan yang bagus ke ?

Mereka menuduh kerajaan yang ada pada hari ini mengamalkan rasuah yang berleluasa. Jika rasuah berleluasa di Malaysia jangan haraplah kita dapat maju seperti hari ini. Lihat contoh di Indonesia cukuplah. Bagaimana negara mereka dan bagaimana negara kita ? Apakah BN yang memerintah Indonesia hingga rasuah berleluasa berakar umbi ? 

Sekonyang-konyang BN yang mereka tuduh rasuah, tidak pernah terjadi lagi pemimpin BN keluarkan arahan kepada SPRM untuk menyiasat pemimpin BN, SPRM mesti siasat waktu pejabat dan perlu datang ke pejabat pentadbiran kerajaan. Tak boleh tangkap dan siasat di pejabat SPRM. Di Selangor mereka tak boleh disentuh. MB nya menghalang. SPRM nak siasat. SPRM mesti datang ke bangunan pejabat MB dan diwaktu pejabat sahaja. PM dari BN sentiasa terbuka 24 jam untuk SPRM menyiasat mana-mana pemimpin BN. 
 
Menjadi PM bukan satu perkara mudah seperti merebut jawatan Pengerusi PIBG. Dari menjaga keperluan rakyat, kesihatan rakyat, pembangunan negara, pembangunan ekonomi dan hinggalah hal ehwal dunia serta hubungan dengan negara-negara luar semua perlu diuruskan. Bukan sesedap naik kereta dengan diiringi polis trafik. Apakah anda fikir Anwar Ibrahim yang hanya berkelulusan kesusasteraan melayu yang terpaksa diambil dua kali untuk lulus, boleh menguruskan ekonomi Malaysia ? Jika alasan yang diberikan dulu dia menteri kewangan dan boleh uruskan, itu silap. Dulu Tun M ada di belakangnya. Banyak yang dia buat yang Tun batalkan. Temasuklah menaik kadar interest pinjaman waktu ekonomi tengah jatuh, menaikkan bayaran minimum kad kredit dan juga menaikkan bayaran lesen memandu daripada RM 20 kepada RM 50 di saat-saat ekonomi tengah gawat. Tun yang kemudian batalkan semua itu. 
 
Di saat ekonomi sedang gawat, kita nak orang belanja wang supaya kegiatan ekonomi jadi meriah. Kalau semua orang ambil sikap tidak belanja dan simpan wang, hancurlah ekonomi. Jika bayaran interest pinjaman pembelian kereta dan rumah dinaikan berkali-kali ganda, siapa yang nak beli kereta dan rumah ? Jawabnya penjual-penjual kereta semua bungkus. Apabila penjual kereta bungkus, jurujual mana nak dapat duit untuk sara hidup. Pekerja kilang kereta pun turut terjejas dan rantaian-rantaian seterusnya. Anwar punya bodoh pergi naikkan interest pula. Tun M marah dan batalkan semua itu. Kemudian Tun buat pakej rangsangan ekonomi. Salah satu yang saya ingat adalah potongan KWSP kita dikurangkan. Jadi kita dapatlah gaji lebih sikit setiap bulan. Dengan gaji lebih itu Tun minta rakyat pergi belanja atau membeli belah, supaya kegiatan ekonomi kembali rancak. Alhamdullillah, ekonomi kita pulih dalam masa setahun dua dan kita tidak perlu meminjam daripada IMF sepertimana yang dicadangkan Anwar.

Nak sokong Pas kerana islam ? Apa lagi yang islam ada pada Pas melainkan nama sahaja. Negara islam dah gugur, hukum hudud dah gugur, pejuang anti murtad di pecat, kalimah Allah digadai. 

Dengar sini saya nak cakap.....

Hassan Ali sebelum ini adalah pemimpin Pas (Parti ISLAM Semalaysia). Sebagai seorang daripada parti ISLAM dan arif dari sudut agama beliau diberi kepercayaan untuk menjaga hal ehwal agama islam di Selangor. Apabila ada laporan sebuah gereja di Petaling Jaya menjalankan kegiatan memurtadkan orang islam, Hassan Ali menggunakan kuasa yang diamanahkan kepadanya untuk menghalang perkara tersebut. Bab orang islam nak dimurtadkan, jangan kata ada kuasa, tiada kuasa pun kita wajib halang, apatah lagi Hassan Ali yang ada kuasa. Dia perlu gunakan segala kuasa yang ada padanya untuk halang perkara tersebut. 

Apabila Hassan Ali bertindak, ianya telah menimbulkan kemarahan DAP dan PKR. Parti islam yang Hassan Ali bernaung mengarahkan beliau untuk tutup mulut. Kerana tidak mahu kehilangan sokongan pengundi bukan islam, akhirnya Hassan Ali dipecat kerana parti islam rasa Hassan Ali merugikan mereka. 

Sebab apa Parti ISLAM Semalaysia pecat Hassan Ali ?

SEBABNYA HASSAN ALI MENGHALANG ORANG-ORANG ISLAM DARIPADA DIMURTADKAN.

Masyallah.....




Sepatutnya Parti ISLAM Semalaysia memecat Hassan Ali jika beliau memurtadkan orang islam. Tapi itu tidak berlaku. Terbalik pula. Parti ISLAM Semalaysia pecat Hassan Ali kerana halang orang islam daripada dimurtadkan. Sekali lagi, Masyallah.....

Dalam dunia ini ada beribu pertubuhan islam dan parti islam, tidak pernah berlaku sesebuah organisasi yang memperjuangkan islam dalam dunia ini yang pecat ahli mereka kerana menghalang orang islam daripada murtad. Pas lah satu-satunya yang mencipta sejarah dunia. 

Jadi apa lagi yang islam ada pada Pas ?

Tak usahlah kita nak keliru dengan kegiatan-kegiatan penjualan nama islam yang mereka bawa. Itu semua untuk memancing undi sahaja. Jual nama islam bukan main lagi, tapi mulut sumpah seranah orang, fitnah dan bohong tidak henti-henti. Ada islam ajar kita begitu ?

Hari jadi Nabi tak boleh sambut, bidaah....tapi hari jadi dia boleh pula terhegeh-hegeh bawa kek pergi rumah Karpal Singh untuk sambut hari jadi. 

Gambar-Gambar Kempen Sekitar Permatang Pauh

Sempat pusing-pusing Permatang Pauh untuk melihat situasi kempen di sana. 

Jika dilihat dari bendera yang dipasang boleh dikatakan sama banyak. 

Jika dilihat kepada poster dan billboard calon, ianya lebih memihak kepada calon BN. Anwar punya boleh dikira dengan jari. 

Melihat kepada poster dan billboard Anwar yang berkurangan , 3 perkara boleh dirumuskan...

1 - Jentera Anwar tidak menjalankan tugas mereka atau malu nak pasang wajah Anwar.

2 - Anwar yakin dia akan menang dan tidak perlukan poster-posternya dipasang.

3 - Pengundi Permatang Pauh semua telah kenal Anwar dan mereka tidak perlukan poster atau billboard lagi.







Tak patut....tak patut....satu penghinaan kepada Pas. Hadi dan Nik Aziz patut di letak sebaris dengan Anwar. Bukannya di bawah Anwar.


Cuba nasib....semoga berjaya....

Pemimpin DAP Kata Pas Tak Layak Dapat Undi Bukan Muslim



Apa dah jadi wehhhhh ???

Makin dekat hari mengundi mereka makin bergolak nampaknya....

.................................................................................................................................

JOHOR BHARU: Pemimpin nombor dua DAP Johor menggesa rakyat di Johor tidak mengundi PAS kerana yakin parti itu tidak ikhlas dalam berjuang bersama Pakatan Rakyat.

Naib Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez juga mendesak DAP untuk keluar daripada pakatan pembangkang selagi PAS menganggotainya.

“Saya akhirnya telah memutuskan bahawa PAS tidak layak mendapatkan undi saya. Penganut bukan Muslimin harus sedar apa yang bakal dilakukan oleh PAS jika ia diberi kuasa,” kata beliau.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika pimpinan tertinggi PAS-DAP berganding bahu untuk menawan Johor dalam cubaan untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) di Putrajaya.

Kedua-dua parti itu meletakkan pemimpin kanan untuk bertanding di negeri itu, termasuk penasihat DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob.

Kemungkinan Hadi menjadi perdana menteri jika Pakatan menawan Putrajaya meresahkan pengundi Cina dan menjadi isu pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Malah Kit Siang dipetik berkata semua pihak harus bimbang dengan kemungkinan sebegitu kerana katanya “kita tidak tahu apa yang akan dilakukan” oleh beliau kepada rakyat bukan Muslim.

Norman bagaimanapun, tidak membataskan isu itu kepada soal siapa akan menjadi perdana menteri tetapi membidas dasar-dasar PAS keseluruhannya.

Norman berkata, tindakan-tindakan yang diambil oleh PAS secara bersendirian dan keengganan menerima secara mutlak manifesto Pakatan Rakyat harus meyakinkan bukan Muslim bahaya memberikan undi kepada PAS.

“DAP mesti sedar bahawa PAS bukan lagi sebuah rakan yang amanah dan boleh diharapkan. DAP harus mempunyai keberanian untuk mengaku hakikat ini,” kata beliau.
 
 

Jom Anak Muda...Kita Sama-Sama Lawan Mereka



Saturday, April 27, 2013

Gambar-Gambar Program Tun Dr M Di Putrajaya Sekarang

Klik link di bawah

http://live.utusan.com.my/Event/Laporan_Langsung_Pilihan_Raya_Umum_ke-13

Lihat Gambar Ini dan Nyatakan Pendapat Anda

Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Meroyan teruk beb...

Kalau tak dapat berjaya boleh jadi gila gamaknya....

Setiap Hari Pak-khatan Rakyat Hilang Enam Kerusi, BN Boleh Menang 2/3


Pada 10 April 2013 di Bandar Tun Razak KL, Khalid Ibrahim membuat kenyataan bahawa pak-khatan rakyat akan menang 215 kerusi parlimen dalam PRU kali daripada 222 kerusi yang dipertandingkan.
KUALA LUMPUR, April 10 – Tan Sri Khalid Ibrahim claimed tonight a survey conducted by “a few university groups” showed the federal opposition pact Pakatan Rakyat can win 215 federal seats in Election 2013.

The interim Selangor mentri besar, however, gave no details of the survey but said a study conducted in June, December and March this year indicated steady increase in support towards the opposition.

“I am happy because I received this email this morning from some university groups with no political interests which said their study shows PR can win 215 federal seats,” he told a crowd of 600 who braved the heavy rain and muddy ground to attend the party’s ceramah in Bandar Tun Razak here.

Malaysia Insider
Hari ini pula 27 April 2013 di Bandar Tun Razak juga, Khalid Ibrahim membuat kenyataan bahawa pak-khatan rakyat akan menang 115 kerusi pula.
KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) yakin akan memperolehi 115 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sekali gus membentuk kerajaan pusat, demikian menurut Pengarah Pilihan Raya PR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, keyakinan itu dizahirkan berikutan hasrat rakyat yang inginkan perubahan.

"Kajian menunjukkan dalam keadaan sekarang penerimaan rakyat begitu hebat. Kita akan dapat (menang) sekurang-kurangnya 115 kerusi parlimen.

"Sebab itu ramai yang sudah takut, angka itu menunjukkan rakyat mahu ubah (kerajaan)," katanya ketika berucap di Bilik Gerakan JDM Sri Sabah, Bandar Tun Razak malam tadi.

Sinar Online

Daripada 215 jatuh menjunam ke 115. Sebanyak 100 kerusi mereka hilang dalam masa 17 hari. Purata setiap hari mereka hilang 6 kerusi. Memandangkan hari berkempen yang tinggal 7 hari lagi, nampaknya mereka akan hilang 42 kerusi lagi. Tinggal lagi 73 kerusi untuk mereka. Maknanya BN boleh menang 149 kerusi, dan dapat 2/3.

Tun Dr M Terus Menghantui Mereka


Tun Dr M terus menerus menghantui mereka. Lim Kit Siang dah dua minggu menggelupur dengan kenyataan Tun sampaikan ugut nak ambil tindakan mahkamah. 

Dua malam lepas di Segamat Anwar pula yang menggelupur sampai minta supaya Tun mati....
SEGAMAT: DATUK Seri Anwar Ibrahim on Wednesday called on former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad to "just die" instead of campaigning for Barisan Nasional.

"Sudah mau mati, dah 83 tahun. Berapa la lama lagi? Kalau dah nak mati, mati saja lah (It's almost time for him to die, at 83 years old. How long more? If you are going to die, just die)," he said at a ceramah in Kampung Abdullah here.

(Dr Mahathir is actually 87 years old.)

Anwar was Dr Mahathir's deputy when the latter was prime minister but was sacked following allegations of abuse of power and sexual misconduct.

Anwar added in a sarcastic tone that he had forgiven Dr Mahathir, as he knew the latter would not survive a prison term and that there were no prisons wanting to accept him as he was too old.

NST

Kah....kah...kah....kah....

Tun umur dah 87 tahun masih boleh naik kuda. Tak pernah jatuh kuda dan sakit pinggang pun....

Anwar yang umurnya baru 60 lebih dah tak boleh naik kuda. Kerana pernah jatuh kuda sampai sakit tengkuk dan pinggang. Kuda pun tak rela Anwar tunggang dia kerana takut apa ?

Kita tunggu dan lihat siapa yang akan mati dulu antara Tun dengan Anwar.

Friday, April 26, 2013

Calon Pas Fitnah Jabatan Kerajaan Bakal Berdepan Saman

Seperti yang selalu saya kata di blog ini, fitnah adalah makanan ruji puak-puak Pas. Kalau tak fitnah orang mereka boleh mati. Sebab itu fitnah jadi perkara wajib bagi mereka. Bangun pagi sarapan dengan fitnah. Tengahari makan dengan fitnah. Malam pun makan fitnah. 

Ini kisah seorang pengembala kambing yang gagal di Kelantan dan kini sedang mencuba nasib di Putrajaya. Malulah dengan Syawal, ayah Ahmad Albab yang juga seorang pengembala kambing, tetapi boleh berjaya dan kaya raya. 

Semalam dia buat kenyataan di harakah....Opsssss sebelum terlupa ada info dari pihak-pihak sebelah kem Pas yang mempertikaikan harakah memberi ruang berita setiap hari kepada pengembala kambing yang gagal, dan ada kalanya sampai 3 berita sehari. Mereka tanya , adakah pengembala kambing gagal itu seorang sahaja calon Pas ? Kata mereka Presiden Pas pun harakah tak beri dapat liputan sampai begitu.

Ahhhh....itu masalah mereka, lantak merekalah..... 

Sekarang kita nak cerita pasal pembohongan pengembala kambing yang gagal....

Dalam satu berita yang disiarkan harakah semalam, pengembala kambing yang gagal itu mengatakan AJK sebuah surau di Putrajaya telah dipecat kerana membenarkan beliau berkempen dalam surau berkenaan. 

KUALA LUMPUR: Calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa menyeru seluruh rakyat Malaysia menggunakan peluang mengundi pada 5 Mei ini untuk membuat perubahan menamatkan politik sempit yang diamalkan Umno BN.

Dalam satu kenyataan di Facebook P-125 Putrajaya, Husam melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan satu maklumat yang diterimanya berhubung ada AJK di sebuah surau di Putrajaya dipecat berkuatkuasa serta merta hanya kerana membenarkan beliau mengadakan majlis suai kenal di surau tersebut.

"Hari ini (semalam) saya diberitahu bahawa pengerusi d bendahari surau tersebut telah dipanggil mengadap ketua pengarah Jawi di Pejabatnya pagi tadi dan seterusnya saya diberitahu bahawa semua AJK surau berkenaan telah diberhentikan serta-merta kerana membiarkan saya berta'ruf dengan makmum Surau tersebut.

"Saya mohon pada semua sahabat-sahabat yang baru saya kenali di Putrajaya, penduduk-penduduk Putrajaya dan Seluruh Rakyat Negara Malaysia yang beragama Islam berdoa mohon kepada Allah supaya budaya politik sempit begini ditamatkan pada 5 Mei ini." katanya.

Menurut Husam, beliau ke surau tersebut pada 20 April lalu dan menunaikan solat Isyak di sana sebelum diberi peluang  berta'ruf dengan hadirin didalam surau tersebut.
Harakah daily


Hari ini Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan menafikan perkara tersebut....


PUTRAJAYA 26 April - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan menyaman calon Pas Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa kerana menyebarkan fitnah menuduh jabatan itu memecat serta merta ahli jawatankuasa Surau Abdul Rahman Auf di Presint 11, di sini.

Pengarah Jawi merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali berkata, satu laporan polis dibuat hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Utusan Online

Inilah yang dinamakan bodoh tidak bertempat. Datang Putrajaya nak kaut undi kakitangan kerajaan, kemudian pergi fitnah jabatan kerajaan pula.

Bila tak dapat undi salahkan SPR pula....

Gempar Dari Pelabuhan Klang, Khalid Ibrahim Tak Turun Kereta


Kempen pilihan raya bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Kampung Nelayan, Pulau Indah kelmarin, gagal menarik minat penduduk setempat yang hanya dihadiri kira-kira 50 orang.

Khalid yang tiba kira-kira jam 9.30 malam terpaksa mewakilkan Setiausaha Politiknya, Faekah Husin untuk menyampaikan ceramah apabila mendapati sambutan pada majlis itu hambar.

Difahamkan, beliau hanya memerhatikan majlis itu dari dalam kenderaannya.

Walaupun tempoh berkempen sudah tiga hari bermula ketika itu, Khalid dilihat gagal mendapat perhatian penduduk Pelabuhan Klang selepas beliau memutuskan untuk berpindah dari DUN Ijok yang dimenanginya pada 2008 lalu.

Pada majlis itu, Faekah cuba menyakinkan penduduk bahawa Tan Sri Khalid pasti akan membawa kerusi DUN Pelabuhan Klang kembali ke pangkuan rakyat pada PRU13, 5 Mei nanti.

Menurut Faekah, tugas itu merupakan satu amanah yang perlu digalasnya setelah calon yang diketengahkan pada tahun 2008, melompat parti.

“Untuk memastikan rakyat tidak tertipu lagi, maka kita lantik Menteri Besar untuk turun bertanding di sini. Parti tidak memilih saya atau calon lain untuk bertanding di sini.


Antara Pos


Khalid Ibrahim akan kalah di Pelabuhan Klang...

Dua isu sahaja yang orang tempatan perbualkan sekarang cukup untuk menguburkan karier politik Khalid.

1) Manifesto bukan janji

2) Tindakannya menukar kerusi dari kampung halamannya di Ijok ke Pelabuhan Klang.

Mana ada dalam politik Malaysia seorang penyandang jawatan MB bertanding lari kawasan sampai begitu jauh ? Melainkan jika ada persempadan dun dan parlimen, atau penyandang MB itu bertukar dari Dun ke Parlimen. 

Jika kau dari Dun Ijok bertukar ke Parlimen Klang, logiklah....tapi dari Dun Ijok ke Dun Pelabuhan Klang. apa punya bodoh politik ? 

Nik Aziz kekal di kerusinya...

Guan Eng kekal di kerusinya....

Azizan Razak kekal di kerusinya juga...

Khalid seorang sahaja yang C...A...B...U...T

Kalah kau Khalid.....kalahhhhhhhh

Dr Juanda Bikin PKR Jadi Gila



Beliau biarkan sahaja PKR jual namanya cukup-cukup....sampai masa PKR telan kahak hijau

Cuba Anda Lihat Gambar Ini


Gambar yang dikirim oleh seseorang malam tadi....

Thursday, April 25, 2013

Dah Mula Ugut-Ugut Pula

Nik Aziz, Karpal Singh dan Tun Dr M, Jom Kita Lihat dan Fikir

Tahun dilahirkan : 1931

Usia sekarang : 82 tahun

Nik Aziz terpaksa diusung kerana terlalu keletihan dan tidak mampu untuk berjalan.

Tahun dilahirkan : 1940

Usia sekarang : 73 tahun

Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh jatuh tersungkur dari kerusi rodanya ketika ingin menyampaikan ceramah di hadapan penyokongnya di Taman Jajar, Jalan York di sini malam tadi. Difahamkan, kejadian kira-kira jam 10 malam itu terjadi ketika beliau diangkat oleh beberapa pembantunya ke atas pentas sebelum terjatuh ke lantai pentas - Sinar Online


Tahun dilahirkan : 1925

Usia sekarang : 88 tahun

Tun Dr Mahathir masih mampu meneruskan aktiviti kegemarannya iaitu menunggang kuda.


Antara 3 individu diatas , Tun Dr M adalah yang paling tua. Tetapi di usia yang sedemikian beliau masih mampu untuk menunggang kuda berbanding dengan 2 lagi yang lebih muda daripadanya yang terpaksa diusung dan ditolak. 

Kurang dua tahun lagi usianya nak mencecah 90 tahun, tetapi dia masih sihat dan segak bergaya. Kenapa Allah berikan sesuatu yang begitu istimewa kepada Tun Dr M ? Cuba kita fikir dan kita renung-renungkan. 

Bagi saya, inilah balasan daripada Allah kepada beliau kerana ketekunan, kesungguhan dan keikhlasan beliau untuk memajukan negaranya dan seterusnya menolong rakyat-rakyatnya. Beliau terlalu banyak tolong orang. Jangan kata waktu beliau menjadi PM. Sebelum jadi PM , waktu beliau doktor di Alor Setar pun beliau dah banyak tolong orang. Waktu jadi PM jangan cakap lagilah. Hari ini Allah bagi balasan yang sungguh istimewa untuknya. 

Jangan fikir panjang, jangan termenung panjang-panjang. Ikutlah dan dengarlah cakap Tun Dr M. Undilah BN....