Friday, May 31, 2013

Kes Dr Khir Toyo : Penjawat Awam Perlu Berhati-Hati Jika Mahu Membeli Sesuatu


Akhir Disember 2010 Dr Mohd Khir Toyo bersama seorang ahli perniagaan, Shamsuddin Haryoni telah didakwa di mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa. Ianya membabitkan jual beli sebuah rumah di Shah Alam. 

Kesalahannya kerana Khir telah membeli sebuah rumah daripada Shamsuddin dengan harga yang lebih rendah daripada harga asal yang dibeli Shamsuddin. 

Pada masa proses jual beli itu berlangsung Khir adalah MB Selangor yang dikategorikan sebagai penjawat awam. Manakala Shamsuddin pula seorang pemaju pembinaan di negeri Selangor. 

Beberapa bulan selepas didakwa maka berjalan proses perbicaraan penuh di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Hari pertama perbicaraan sesuatu yang mengejutkan telah berlaku. Shamsuddin yang sebelum  itu yang didakwa bersama-sama dengan Khir telah ditarik balik pertuduhan ke atasnya oleh pihak pendakwaraya dan telah bertukar watak daripada tertuduh kepada saksi utama pendakwaraya. Saya tidak pasti samada ini juga tergolong dalam kategori rasuah atau tidak ? Jika ada sesiapa yang faham mohon tolong jelaskan. 

Hampir setahun perbicaraan berjalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, akhirnya hakim memutuskan Khir bersalah dan beliau telah dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan serta rumahnya dirampas Kerajaan Malaysia. Khir telah membuat rayuan di Mahkamah Rayuan. Semalam pula Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengekalkan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2011. 

Saya mengikuti rapat kes perbicaraan ini, dan saya nak berkongsi dengan anda sedikit sebanyak apa yang saya tahu. 

Saya difahamkan kes yang melibatkan Khir ini adalah kes yang pertama di Malaysia. Khir tidak melakukan rasuah menerima wang tunai berjuta-juta ringgit sepertimana yang digembar gemburkan, atau mendapat rumah itu secara percuma. 

Khir membeli rumah terbengkalai itu daripada Shamsuddin pada harga RM 3.5 juta sepertimana yang dinilai oleh jurunilai bertauliah yang terkemuka Rahim and Co. Dalam keterangannya di mahkamah Shamsuddin mengakui bahawa beliau yang menawarkan kepada Khir untuk membeli rumah itu. Khir tidak membeli secara tunai, sebaliknya membuat pinjaman dari HSBC sebanyak RM 3 juta. 

Dengan kedudukannya serta gaji yang diterimanya waktu itu dia layak untuk membayar ansuran bulanan dengan pinjaman sebanyak itu. Yang itu tidak perlu kita pertikaikan. Lagi pun yang memberi pinjaman itu adalah HSBC, sebuah bank yang bukan senang-senang nak luluskan pinjaman. Lihat dokumen berkenaan di sini.

Shamsuddin pula pada waktu itu adalah seorang pemaju perumahan di negeri Selangor dan menjalankan perniagaan dengan PKNS. Khir pula selain daripada menjawat jawatan MB, beliau juga adalah Pengerusi PKNS. 

Nak dijadikan cerita Shamsuddin ada meminta sokongan Khir untuk satu urusan beliau di PKNS. Khir setuju untuk menyokong permohonan Shamsuddin. Disini kita perlu ingat, sebarang surat sokongan yang kita bawa tidak ada jaminan kita akan mendapat apa yang dipohon. Samalah dalam kes Shamsuddin ini, sokongan daripada Khir gagal mendapat apa yang beliau pohon. Sila baca di sini

Disinilah yang menjadi punca kepada pendakwaan terhadap Khir. Kerana Khir ada kuasa dan Shamsuddin ada kepentingan dengan Kerajaan Selangor. Maka tindakan Khir membeli rumah dengan harga yang lebih rendah daripada dibeli Shamsuddin walaupun itu harga yang dinilai oleh jurunilai bertauliah, ianya tetap menjadi satu kesalahan. 

Kes yang melibatkan Khir ini perlu dijadikan pengajaran oleh mana-mana penjawat awam dalam Malaysia.  Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang kita lakukan menjadi satu kesalahan walaupun kita yakin ianya tidak salah. 

Contoh...

Kedai alatulis ABC adalah pembekal alatulis kepada jabatan atau kementerian anda selama ini.  Dan anda mungkin orang yang ada kaitan atau berurusan untuk sebarang pesanan alatulis daripada kedai alatulis ABC. Satu hari anda ke kedai alatulis berkenaan untuk membeli satu rim kertas A4 bagi kegunaan dirumah anda. Pemilik kedai alatulis itu menjual satu rim kertas A4 di kedainya pada harga RM 12.00. Tetapi dia jual kepada anda RM 8.50. Di pasaran pun itulah harga satu untuk satu rim A4. Jika anda beli pada harga RM 8.50 ianya merupakan satu kesalahan walaupun memang itulah harga pasaran. Sebabnya anda ada kepentingan dengan si penjual.....

Saya simpati dengan apa yang berlaku terhadap Khir. Ya lah....berat mata kita memandang berat lagi bahu beliau yang memikul. Semoga nasih menyebelahinya di Mahkamah Persekutuan kelak. Sama-sama kita doakan....

Nurul Izzah Perlu Hormati Hak Sabah, Jangan Jadi Babi Hutan


Nurul Izzah ditahan daripada memasuki Sabah petang tadi dan telah dihantar pulang ke semenanjung malam ini 

Si anak puaka tersebut membantah tindakan Imigresen Sabah di FB dan twitter....

Macam-macam tuduhan yang dihemburkannya terhadap Kerajaan Sabah....

Malang sungguh nasib orang Lembah Pantai kerana mendapat wakil rakyat yang otaknya terputus wayar bumi. Dah lah si bapanya bodoh hinggakan sistem pilihan raya di Malaysia pun tak faham, si anak pula bebal kerana tak faham undang-undang negeri Sabah sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Benarlah kata pepatah ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. 

Sebanyak 20 perjanjian yang telah dicapai antara Sabah dan Sarawak dengan Tunku Abdul Rahman sewaktu Sabah hendak menyertai Persekutuan Malaysia. Apabila semua pihak telah bersetuju, maka terbentuklah Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Salah satu perkara (perkara 6) yang dipersetujui adalah kawalan imigresen. Di mana dalam perjanjian itu telah dinyatakan bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa imigresen sendiri untuk menghalang atau membenarkan orang dari negeri luar daripada memasuki negeri mereka. 

Perkara ini sudah berjalan 50 tahun dan Kerajaan Persekutuan tidak pernah cuba untuk menghalang atau membatalkan perkara tersebut. Kerana itu adalah perjanjian dan hak Sabah. Jadi kerajaan pusat kena hormat walaupun gaji kakitangan imigresen itu dibayar oleh kerajaan pusat. 

Hari ini apabila si anak puaka tidak dapat memasuki Sabah dia melalak menyalahkan Kerajaan Sabah. Itu hak Sabah....itu kuasa mereka....siapa kau yang nak melalak-lalak ? Hormatlah sikit hak rakyat Sabah. 

Rakyat Sabah telah memilih BN sebagai kerajaan untuk memimpin mereka. BN menang 48 kerusi daripada 60 kerusi yang ada. Maknanya rakyat Sabah bersetuju dengan peraturan atau perjanjian yang ada. Jadi kalau Kerajaan Sabah bertindak, kau terima sajalah. Jangan nak jadi anjing gila pula...

Tak perlu untuk kita nak bincang jauh-jauh sebab apa dia dihalang masuk Sabah atau sebagainya. Cukup itu sahaja. Itu hak Sabah dan itu undang-undang mereka. Mereka boleh halang sesiapa dan mereka boleh benarkan sesiapa sahaja orang luar dari memasuki negeri mereka. Tolong belajar hormati hak orang. Jangan hanya fikirkan hak kamu sahaja. Dan yang penting jangan jadi macam babi hutan yang main sondol ikut suka hati sahaja. 

Thursday, May 30, 2013

Dr Khir Toyo:Bebas Atau Kekal Bersalah ???

Tiga orang hakim Mahkamah Rayuan akan masuk ke bilik perbicaraan bila-bila masa dari sekarang untuk memutuskan kes rayuan terhadap Dr Khir Toyo.

Saat-saat yang sungguh mendebarkan sekarang ini.

Bebas atau kekal bersalah ?

Ya Allah Ya Tuhanku, bebaskanlah kenalan hamba ini... Amin....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, May 29, 2013

Sekongkol Dengan DAP : Sinar Harian Khinati Orang Melayu ???


Daripada dulu orang-orang cina dah tanam kepala otak mereka bahawa orang melayu boleh atau mudah dibeli dengan wang ringgit. Ada yang kata melayu boleh dibeli dengan nilai RM 100.00.

Mungkin ada diantara kita berkata itu di zaman dulu-dulu sewaktu orang melayu belum cerdik atau pun belum maju seperti hari ini. 

Hari ini walaupun orang melayu dah maju dan dah cerdik , perkara yang sama masih lagi berlaku. Kaedahnya berbeza pula, mengikut peredaran zaman. Hari ini cina jajah melayu cara moden pula. 

Semua orang tahu Sinar Harian adalah akhbar milik syarikat orang melayu. Kita pun banggalah dengan kemajuan syarikat yang dikuasai oleh orang melayu itu. Berduyun-duyun kita pakat bagi sokongan kepada Sinar Harian. Bila akhbar mereka laku, syarikat akan untung. Bila syarikat untung tentulah mereka akan besarkan lagi perniagaan mereka. Bila nak besarkan syarikat sudah tentulah kena tambah pekerja. Bila tambah pekerja sudah tentulah anak-anak melayu akan dapat kerja. Maka tidak salah untuk kita tolong majukan syarikat orang melayu. 

Kita tolong Sinar Harian kerana nak tolong syarikat orang melayu. Tetapi Sinar Harian guna akhbar mereka yang kita beri sokongan untuk menolong DAP menghapuskan keistemewaan orang melayu. Ini yang saya cukup sedih dan saya mula hilang selera terhadap Sinar Harian semasa kempen PRU tempohari.

Kita tahu Sinar Harian berniaga dan setiap iklan yang diiklankan akan dibayar oleh pengiklan. Masa kempen PRU tempohari macam-macam parti politik atau calon yang iklan di Sinar Harian. Walaupun sesiapa bayar dan mereka boleh iklan, pihak Sinar Harian sepatutnya menilai setiap iklan yang dibayar oleh pengiklan. Jangan hanya fikir orang bagi duit kau main iklan tanpa ada rasa tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. 

Saya cukup terhiris dengan satu iklan seperti dibawah yang diiklankan oleh Lim Guan Eng dalam Sinar Harian semasa kempen PRU tempohari. Semua orang tahu Lim Guan Eng dari parti DAP, dan tujuan iklan berkenaan dibeli untuk diiklan di Sinar Harian adalah untuk DAP memancing undi melayu. Sebab mereka tahu Sinar Harian ada pasaran yang tinggi di kalangan orang melayu. 


DAP tahu mereka sukar mendapat sokongan melayu kerana dasar mereka yang terlalu kecinaan. Dalam usaha meneutralkan otak melayu terhadap DAP maka DAP menggunakan Sinar Harian sebagai alat. Jika Sinar Harian ada otak dan tidak memikirkan keuntungan semata-mata serta memikirkan tanggungjawab mereka terhadap bangsa, mereka tidak patut menyiarkan iklan itu kerana iklan itu adalah pembohongan DAP semata-mata. 

Sebab apa saya kata DAP bohong ?

Dalam polisi parti DAP terang-terang telah dinyatakan bahawa dasar mereka adalah MENGHAPUSKAN HAK BUMIPUTRA. Lihat di bawah...



Bagaimana Lim Guang Eng kata DAP bukan anti islam dan bukan anti melayu sedangkan polisi mereka adalah MENGHAPUSKAN HAK BUMIPUTRA.

Menghapuskan hak bumiputra beerti memusuhi melayu dan kaum-kaum bumiputra yang lain. 

Sekarang ini kaum bumiputra mendapat pelbagai kemudahan, seperti mendapat diskaun pembelian rumah, kemudahan dengan MARA, biasiswa pendidikan, Felda, Felcra dan sebagainya lagi. DAP mahu menghapuskan semua itu dan memberi sama rata kepada semua. Itu adalah tindakan anti bumiputra. 

Apabila Sinar Harian bertindak menyiarkan iklan tersebut ianya boleh membawa erti Sinar Harian bersetuju dengan polisi DAP yang memusuhi melayu dengan hendak menghapuskan hak bumiputra. 

Bohonglah jika majunya Karangkraf bukan kerana dasar hak istimewa bumiputra. Tidak banyak, sikit pun mesti ada dasar itulah yang menolong majunya Karangkraf hari ini. 

Oleh yang demikian adalah baik kiranya pihak Sinar Harian meminta maaf kepada kaum bumiputra diatas penyiaran iklan tersebut dan pulangkan kembali wang pembayaran iklan itu kepada DAP. Tunjukkan sikit kita ada maruah dan wang ringgit tidak boleh membeli maruah kita. Jika Sinar Harian tidak melakukan semua itu maka adalah wajar untuk pertubuhan-pertubuhan melayu melancarkan kempen memboikot semua bahan yang diterbitkan Karangkraf. Kes ini lebih kurang sama dengan kes CEO Air Asia yang sedang hangat diperkatakan sekarang. 

Lim Guan Eng kata DAP cuma anti rasuah...

Bangsa mana yang selama ini berleluasa merasuah orang ???  

Di negara China pesalah rasuah dijatuhi hukuman mati. Jadi anda faham-faham sendirilah maksud yang cuba saya sampaikan.

Ingat Sinar Harian, orang melayu yang menolong memajukan syarikat anda. Jangan sesekali kamu bersekongkol dengan DAP untuk mengkhianati melayu. Saya ulang sekali lagi, polisi DAP menghapuskan kesitimewaan bumiputra adalah polisi yang memusuhi melayu. 

Tuesday, May 28, 2013

Status Halal Makanan Dalam Pesawat Air Asia Diragui


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diminta menyiasat semua kemudahan penyajian makanan oleh syarikat-syarikat pembekal kepada syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia terutama di sektor Filipina, Thailand dan Hong Kong.

Sebuah gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, Liga Lindungi Perlembagaan (Ligan) dalam satu kenyataan berkata, jabatan agama tersebut perlu mengesahkan status pensijilan halal berhubung kemudahan penyajian makanan dalam sektor penerbangan AirAsia di ketiga-tiga negara tersebut.

"Ligan juga meminta Jakim menyiasat kedudukan pensijilan halal oleh badan yang didakwa tidak diiktiraf.

"Kami meminta AirAsia menyatakan secara terang dan jelas tentang dasar syarikat tersebut berkaitan pensijilan halal di dalam mana-mana aspek operasinya, khusus penyediaan makanan," kata kenyataan berkenaan di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut meminta Jakim membuat pemeriksaan ke atas makanan yang disediakan oleh syarikat tersebut yang dipercayai makanan halal dan tidak halal dihidangkan bersama-sama.

NGO itu turut meminta Jakim menyiasat pakej-pakej percutian yang dianjurkan AirAsia yang mereka percaya tidak mengambil kira aspek halal walaupun dijanjikan begitu di dalam promosi tersebut.

Menurut kenyataan itu, selagi AirAsia tidak mengeluarkan jawapan rasmi, Ligan menggesa semua pengguna Islam memboikot makanan yang dijual AirAsia di dalam mana-mana penerbangannya.

"Kami juga mengajak dan menasihatkan orang ramai untuk mencemuh AirAsia dalam kalangan kenalan dan masyarakat sehingga syarikat berkenaan memohon maaf berikutan sikap biadab mereka terhadap semua pengguna terutama yang pernah melalui pengalaman pahit dengan syarikat penerbangan itu," tegasnya.

Utusan Online


RBF: Saya daripada dulu lagi dah ragui makanan dalam Air Asia apabila saya mengetahui sebuah syarikat milik bukan orang islam yang membekal makanan untuk penumpang pesawat Air Asia. 

Sebab itu sampai sekarang pun saya tak makan makanan dalam pesawat itu. Kalau makan sekali pun setakat memakan makanan ringan dan minuman sahaja. 

Saranan PPIM agar pihak JAKIM membuat pemeriksaan ke atas makanan yang disediakan dalam pesawat Air Asia ada asasnya. 

Oleh yang demikian untuk sementara waktu adalah baik sekiranya kita tidak memakan makanan dalam pesawat itu sehingga JAKIM sahkan semuanya halal. 

Wow ! Rafidah dan Azran...Buat Apa Tu ?

Tuang apa tu Azran ?
Pergerakan Wanita UMNO hari ini melahirkan rasa hairan dengan sikap Pengerusi Lembaga Pengarah AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz yang masih berdiam diri berhubung kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Azran Osman-Rani baru-baru ini.

Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar berkata, Rafidah selaku pengerusi syarikat berkenaan tidak harus bertindak demikian memandangkan sikap Azran itu umpama tidak menghormati kepimpinannya sebagai bekas pemimpin Wanita UMNO yang membela kepentingan wanita Melayu di negara ini.

"Azran sepatutnya sedar akan kedudukan beliau sendiri sebagai anak Melayu yang mendapat manfaat besar di syarikat penerbangan tersebut.

"Tindakan tegas daripada Rafidah juga didesak bagi membuktikan semangat kebangsaan yang ada dalam syarikat yang mewakili nama baik Malaysia di serata dunia masih terus kekal," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azran menerusi akaun Facebook dan Twitternya baru-baru ini bertindak mencerca Utusan Malaysia sebagai sebuah akhbar rasis hanya kerana menyiarkan artikel berbentuk pertanyaan bertajuk Apa lagi Cina mahu? pada 7 Mei lalu.

Kenyataan biadab itu mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menuntut penjelasan Rafidah berhubung kenyataan Azran berkenaan.

Mengulas lanjut, Rosni berkata, Rafidah tidak seharusnya lantang mengkritik dan mengadu-domba pada landasan Wanita UMNO semata-mata.

Tetapi, kata beliau, apabila perkara yang membabitkan kepentingan Melayu, Rafidah mengambil keputusan untuk berdiam diri atau mungkin bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu sendiri setuju dengan kenyataan Azran tersebut.

"Apakah begini sikap seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO?" soalnya.

Persoalannya, tambah beliau, apakah Azran membuat kenyataan tersebut setelah mempertimbangkan atau membaca akhbar-akhbar Cina yang mana lebih rasis daripada Utusan Malaysia sendiri?

"Saya bagi pihak Wanita UMNO mendesak Azran untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua orang Melayu," tegasnya.



Selepas tuang sepertimana gambar di atas untuk meraikan penerbangan ke China, sekarang kita ke Jeddah pula seterusnya ke Mekah dan Madinah untuk cuci dosa....



Din Batak Dibawa Masuk Ke Dalam Pentadbiran Selangor


Antara keputusan PRU lepas yang menggembirakan saya adalah kecundangnya Saifuddin Nasution @Din Batak di Kulim Bandar Bharu. Dia pindah dari Kelantan ke Kedah, akhirnya kena sembelih dengan Aziz Sheikh Fadzir. 

Setelah kecundang di Kedah, kini Din Batak nak dibawa masuk ke dalam pentadbiran Selangor. Akhirnya negeri Selangor menjadi tempat timbunan sampah sarap PKR. 

Suatu rombakan akan dilakukan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dalam masa terdekat ini, menurut sumber rapat Pejabat Menteri Besar Selangor. 
Ia bagi memberi laluan kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail untuk dilantik sebagai pegawai yang bertanggungjawab menjaga hubungan politik parti komponen Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini. 
Menurut sumber terbabit, perkara tersebut telah mendapat persetujuan antara Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu perbincangan minggu lalu.
Sinar Online 
Karpal Singh suruh mansuhkan Dewan Negara kononnya menjadi tempat untuk kerajaan memilih seseorang menjadi menteri atau timbalan menteri dengan dilantik sebagai senator. 

Di Selangor lagi teruk, orang yang kalah di negeri lain dibawa masuk ke dalam pentadbiran Selangor. Tak gila namanya itu ? 

Monday, May 27, 2013

Penasihat PM Harus Dipecat-Tun Daim Zainuddin


Veteran Umno Tun Daim Zainuddin menyifatkan usaha Pakatan Rakyat menghimpunkan sejumlah besar rakyat untuk menunjukkan sokongan terhadap pembangkang sewaktu tempoh berkempen pilihan raya umum lalu umpama strategi 'badut'.

Beliau berkata Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya mengikut rentak pembangkang beranggapan bahawa jumlah besar penyokong akan diterjemah ke dalam undi.

Malah Daim turut berpendapat Najib menggunakan populariti peribadi dalam usaha untuk membantu BN mendapatkan kembali majoriti dua pertiga Parlimen yang hilang pada tahun 2008 sebagai salah.

Pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, BN berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah selepas menang 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen, kurang tujuh kerusi berbanding pilihan raya 2008.

Daim yang ditemubual akhbar tempatan China Press, berkata kesilapan itu adalah punca BN hilang undi pada pilihan raya umum lalu.

"Penasihat PM harus dipecat. Jika anda mengaitkan undi untuk BN adalah undi untuk Najib, maka keputusan BN mencerminkan Najib juga," ujar Daim.

"Pada pendapat saya, ia adalah strategi yang salah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini adalah satu pilihan raya Parlimen, bukan pilihan raya presiden," katanya.

"Biar Anwar menjadi penghibur. Kita bukan penghibur, kita tidak tahu bagaimana untuk menyanyi, menari dan membuat jenaka. Ia adalah satu urusan yang serius memilih kerajaan, jadi mari kita meninggalkan strategi badut ini dan tidak bermain dengan permainan itu. "

Daim turut berpendapat kegagalan BN untuk mendapat majoriti dua pertiga akibat salah agihan sumber peruntukan dalam usaha untuk menawan kerusi bandar serta kerusi majoriti Cina.

"BN tahu kawasan-kawasan majoriti Cina sudah tiada lagi. Mengapa membuang masa dan wang? Sebagai satu strategi, anda perlu menumpukan perhatian kepada kawasan-kawasan di mana anda kalah dengan majoriti tipis pada tahun 2008 dan mengukuhkan kedudukan di kerusi menang pada tahun 2008. Terdapat juga persoalan pemilihan calon, dan sebagai contoh di Pandan.

"Mari kita akui bahawa bukan mudah untuk mendapat majoriti dua pertiga di dalam dunia. Pengundi bandar di mana-mana adalah anti-kerajaan. Kekuatan BN terletak di kawasan luar bandar. Namun terlalu banyak masa dan wang telah dibazirkan di kawasan bandar di mana keputusan itu hampir pasti," katanya.

Daim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Pulau Pinang, di mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro kerajaan, Kelab Kebajikan Pulau Pinang 1Malaysia, telah menghabiskan banyak wang dalam menyediakan makan malam percuma dan konsert pada minggu-minggu menjelang hari mengundi.

"Orang-orang ini amatur. Mereka adalah orang-orang bodoh. Mereka fikir mereka bijak dan membuang wang. Lebih baik beri kepada kebajikan.

"Kenapa BN benarkan program bodoh seperti ini? Rakyat terasa terhina kerana mereka tahu anda fikir mereka boleh dibeli dengan wang, konsert dan makan malam. Jadi mereka datang untuk berehat, makan percuma. Ini adalah pilihan raya. Ia adalah satu perkara yang serius. Biar Anwar menjadi penghibur," kata beliau.

Di Pulau Pinang, BN hanya menang 10 kerusi negeri selepas saingan Pakatan Rakyat memperoleh kemenangan besar dengan mengambil baki 30 kerusi negeri.

Dalam respons kepada soalan lain, Daim berkata BN sepatutnya memberi tumpuan kepada usaha menangani isu-isu yang dekat di hati rakyat seperti rasuah, urus tadbir yang baik, keselamatan, pendidikan, kadar inflasi, graduan muda dan miskin bandar.

Daim dalam pada itu berkata kekalahan BN di Selangor adalah akibat perbalahan dan sabotaj, yang berpunca daripada salah memilih calon.

BN hanya memenangi 12 daripada 56 kerusi DUN Selangor, kurang 20 kerusi berbanding 2008.

"Dengan calon-calon yang tidak turun padang, mengabaikan ketua-ketua bahagian, tidak melawat ahli-ahli dan pengundi, sabotaj, anda tidak boleh menang," kata Daim.



Untuk PRU 14 jangan pening-peningkan kepala. Bermula saat ini beri tumpuan kepada 133 kerusi yang BN menang dalam PRU 13 dan tumpukan kerusi-kerusi yang kita boleh menang balik sahaja. Sebagai contoh, Temerloh, Sepang, Kuala Nerus, Dungun dan beberapa kerusi lagi. Lupakan Petaling Jaya Selatan, Petaling Jaya Utara, Subang, Ipoh Timur, Ipoh Barat dan kerusi-kerusi yang memang kita tak boleh menang. 

Dari segi kos atau pun tenaga ianya lebih menjimatkan apabila kita hanya memberi tumpuan kerusi-kerusi yang kita boleh menang sahaja. Jaga kawasan dan rakyat di kawasan yang kita menang agar mereka tidak lari dalam PRU 14. 

Lagi sedap jika boleh buat persempadanan semula, satukan Petaling Jaya Utara dengan Selatan dalam satu parlimen. Begitu juga Ipoh Timur dengan Ipoh Barat Barat, Subang dengan Kelana Jaya, Shah Alam satukan dengan Klang. Manakala pecahkan parlimen Pekan kepada dua tiga parlimen. Begitu juga dengan Pagoh, Gua Musang, Johor Bharu, Hulu Terengganu dan bla...bla...bla...mana-mana kerusi melayu lagi. 

Tapi itu semua hanya sekadar khayalan....tak mungkin itu semua dapat dilaksanakan kerana BN tidak ada 2/3 di Dewan Rakyat.

Ulang sekali lagi....formula untuk menang PRU 14 senang sahaja. Jaga kaum bumiputera habis-habisan dan wakil rakyat jaga kawasan mereka. Yang ada kuasa jadi menteri janganlah kedekut untuk salurkan peruntukkan atau kemudahan kepada ahli-ahli parlimen yang memerlukan di kawasan mereka. 

Fakta : BN Menang 59.91 Peratus, PAS,PKR dan DAP Hanya Menang 40.09 Peratus


Di Malaysia politik hidup sepanjang masa walaupun diluar musim pilihan raya. Ianya jadi begitu kerana ramai rakyat Malaysia yang gila dan minat dengan politik. Tapi sayangnya dalam ramai-ramai rakyat Malaysia yang gila politik, rupanya ramai juga yang masih bodoh. 

Dalam permainan bola sepak benda yang dicari adalah gol. Tidak ada pasukan yang bermain bola hanya untuk aku bagi bola kepada kau dan kau bagi bola kepada aku, kemudian kita tendang ke luar padang. Matlamat utama dalam permainan bola sepak adalah menjaringkan gol. Nak jaring gol kena ada peraturan. Tak boleh curi ayam dan tak boleh sumbat gol dengan tangan. Semua pemain atau peminat bola sepak seantero dunia tahu tentang perkara ini.

Begitu juga dengan politik. Perkara paling utama dalam politik adalah pilihan raya. Semua orang politik atau peminat politik perlu tahu peraturan dan sistem pilihan raya yang ada di negara ini sepertimana pemain dan peminat bolasepak tahu tentang peraturan dan sistem permainan bola sepak. 

Tapi sayangnya di Malaysia, ramai pemain politik dan peminat politik masih bodoh tentang sistem pilihan raya di negara ini. Nasib baik Anwar Ibrahim tak jadi PM. Jika tidak kita akan dapat seorang PM yang paling bodoh dalam dunia kerana sistem pilihan raya negara sendiri pun dia tak tahu. Jika dia PM, selain kita akan mendapat PM yang paling bodoh, kita juga akan menjadi negara islam tunggal dalam dunia ini yang memilih seorang pengamal homoseksual sebagai PM. Syukur Alhamdullilah kerana Allah telah menyelamatkan Malaysia daripada dipimpin oleh orang bodoh dari keturunan kaum Nabi Luth. 


Hari ini genap tiga minggu keputusan pilihan raya diketahui. Walaupun tiga minggu berlalu sawan yang dihidapi Anwar dan pengikut-pengikutnya masih belum sembuh. Mereka terus meroyan pasal undi popular. 

Mereka kata mereka menang undi popular tetapi tidak dapat memerintah....

Sejak bila pilihan raya di Malaysia pemenang ditentukan melalui undi popular ? 

Sejak pilihan raya pertama negara pada tahun 1959 Malaysia mengamalkan sistem pilihan raya, simple first-past- the-post. Dimana menerusi sistem ini calon yang menang ialah calon yang mendapat undi terbanyak,walaupun dengan kelebihan satu undi sahaja.


Kita memilih wakil rakyat berdasarkan bahagian pilihan raya yang terdiri daripada 222 kerusi parlimen. Pertandingan kita adalah pertandingan merebut bahagian pilihan raya , bukannya pertandingan merebut undi popular.

Untuk parlimen daripada 222 bahagian pilihan raya yang dipertandingkan BN berjaya memenangi 133 bahagian atau 59.91 % . Sebab itu BN boleh bentuk kerajaan. BN menang apa yang dipertandingkan. Bukannya menang apa yang tidak dipertandingkan. 

Manakala PAS,PKR dan DAP hanya menang 89 bahagian pilihan raya atau 40.09 %.

Antara 59.91 % dengan 40.09 %, mana yang lebih besar ???

Orang gila pun belum tentu akan jawab 40.09 % yang lebih besar. Hanya orang bodoh seperti Anwar dan konco-konconya sahaja akan jawab 40.09 % lebih besar.


Masuk pertandingan memancing ikan, pancinglah ikan. Jangan jadi bodoh pergi pancing udang pula. Kamu dapatlah udang yang seberat 25kg pun kamu tidak akan menang. Kerana ini adalah pertandingan memancing ikan. 

Samalah dengan pilihan raya....kamu masuk pertandingan merebut kerusi, rebutlah kerusi. Berapa banyak kamu menang undi popular pun ianya tidak mendatangkan makna kerana pilihan raya di Malaysia adalah pertandingan merebut kerusi bahagian pilihan raya. 

Sistem pilihan raya kita guna pakai sama sepertimana yang dipakai di negara Britain. Di Indonesia sistemnya lain. Di sana rakyat mereka mengundi memilih parti. Manakala kita mengundi memilih calon untuk mewakili bahagian pilihan raya kita. 

Sistem yang kita gunakan inilah membuat negara kita membangun hampir serentak di segenap pelusuk negara. Lihatlah perbezaan antara negara kita dengan Indonesia. Sebab wakil-wakil rakyat  kita yang menang akan bekerja atau berjuang bersungguh-sungguh untuk membangun dan memajukan kawasan yang mereka wakili. Masing-masing nak jaga reputasi masing-masing. Jika mereka tak bekerja sungguh-sungguh maka mereka tidak lagi dipilih sebagai calon atau kalah dalam pilihan raya seterusnya. 

Thursday, May 23, 2013

Hakim Puji Polis, Siasatan Bertaraf Dunia


Akhirnya selepas bertahun turun naik mahkamah, bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga rakan subahatnya dihukum gantung sampai mati selepas disabitkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, sebentar tadi, dengan kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, hampir tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011.

Katanya, pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melangkaui kerugian munasabah manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Pathmanabhan serta tiga pekerja ladang iaitu T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan kes bunuh berprofil tinggi ini bermula sejak 4 Julai 2011 ini menampilkan 30 orang saksi pembelaan yang telah dipanggil untuk memberi keterangan.

Selain mengambil masa selama 113 hari, perbicaraan kes ini juga menampilkan 108 orang saksi pendakwaan, 742 bahan bukti dikemukakan dengan lebih 6, 000 muka surat nota direkodkan.

Hakim Datuk Akhtar Tahir berpuas hati dengan segala keterangan sepanjang perbicaraaan kes pembunuhan berlangsung.

Hakim memuji pihak polis dan peguam dengan berkata,siasatan polis ke atas kes bunuh ini bertaraf dunia dan para peguam serta pendakwa raya bersikap profesional dalam menjalankan tugas pembelaan serta pendakwaan.

Barisan pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani sementara Pathmanabhan diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan Pushpa Ratnam, Thilaiyalagan diwakili Gurbachan Singh, Matan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad manakala Kathavarayan diwakili peguam Hasshahari Johari Mawi.

Pathmanabhan, 44; T Thilaiyagan, 22; R Matan, 23 dan R Khatavarayan, 33, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot Nombor 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010.

Sebelum ini, seorang mekanik, K. Sarawanan, 22, dan U. Suresh dijatuhi hukuman penjara setelah mengaku bersalah atas tuduhan melupuskan bahan bukti iaitu abu mayat kesemua mangsa.

Sumber : Agenda Daily


Tahniah PDRM !

Wednesday, May 22, 2013

Laporan Polis: Ini Baru Betul...


Ini baru betul beb....

Dulu apa sahaja yang pembangkang tabur fitnah, baik UMNO, baik kerajaan, baik PM dan isteri sekali pun  mereka hanya biarkan sahaja fitnah dicanang. Tiada tindakan mengikut saluran undang-undang yang diambil. Baik laporan polis atau saman. 

Tapi kini tidak lagi...

Umno pun sekarang ini ada sahaja fitnah terhadap mereka terus saman. Yang terakhir adalah saman terhadap harakah dan Mustafa Ali. 

Hari ini lagi satu lagi sejarah tercipta...perkara ini dah lama ditunggu oleh orang ramai termasuklah dari kalangan penyokong-penyokong BN sendiri. 

Hari ini Pejabat Perdana Menteri telah membuat satu laporan polis berhubung satu emel layang yang mengaitkan isteri PM. 

Emel layang tersebut mendakwa isteri PM memerlukan bantuan untuk memindahkan wang beliau dari satu akaun rahsia di Switzerland. 

Perkara ini sebenarnya bukan benda baru. Saya sendiri telah menulis perkara berkenaan pada bulan Mac 2012. Lihat di sini.  Ianya dihidupkan kembali menjelang PRU 13 tempohari. Biasalah tanpa fitnah mereka tak boleh hidup....

Fitnah punya fitnah pun akhirnya gigit jari jua....#lainkalilah

Lain kali kalau nak buat fitnah pun biar logik sikit. Dalam dunia ini semua orang-orang kaya nak bawa wang mereka untuk disimpan di Switzerland. Kerana di sana tempat yang paling selamat dari sudut kerahsiaan untuk menyimpan wang . Di Malaysia tak selamat kerana ada manusia macam Rafizi yang sesuka hati mak bapak dia mendedahkan akaun bank orang lain. Mengaku akauntan tetapi BAFIA tak tahu. 

Dalam kes emel layang yang disebarkan, dikatakan Rosmah meminta bantuan untuk memindahkan wangnya dari Switzerland. Apa punya bodoh si pemfitnah.... Orang semua berebut-rebut nak angkut duit pergi Switzerland, dia pula buat cerita orang nak pindah duit dari Switzerland. Lain kali buat homework betul-betul sebelum menyebarkan fitnah. Jangan jadi Mat Sabu yang mendakwa polis merempuhnya dengan Land Rover. 

Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Pejabat Perdana Menteri kerana telah membuka satu lembaran baru hari ini. Selepas ini apa sahaja yang fitnah buat sahaja laporan polis dan saman. Kita berharap perkara ini akan berkekalan. Ikut sahaja cara Singapura...

Sesebuah sekolah akan jadi huru-hara dan murid akan rosak jika cikgu disiplin atau pengetua tidak tegas. Memang akan ada murid atau ibu bapa yang tidak suka dan membantah bila guru tegas. Tetapi bila keluar keputusan peperiksaan hasilnya akan memuaskan. Dan semua ibu bapa serta murid akan gembira. Kemudian semua pakat ucap terima kasih kepada cikgu. "Terima kasih cikgu kerana telah mendidik saya hingga saya berjaya". Itulah ungkapan yang sering kita dengar apabila mereka mendapat keputusan yang baik. 

Begitu juga dengan negara....kerajaan mesti tegas menguatkuasa undang-undang untuk menjadikan rakyat lebih disiplin. Apabila rakyat disiplin negara akan maju. Lihat contoh di Singapura. Bila kerajaan tegas mestilah ada yang tak puas hati. Persetankan sahaja mereka yang tak puas hati. Yang penting negara mesti maju dan kerajaan jaga kebajikan serta poket rakyat. 

Cukuplah 5 tahun kerajaan kita berlembut atas nama demokrasi. Nak berdemo, nak berentap dengan polis, nak tabur fitnah, nak meliwat dan sebagainya. Jangan ambil Indonesia sebagai contoh negara demokrasi terbaik. Kerana mereka mengamalkan demokrasi terbaik sampai boleh demo 16 kali sehari membuatkan negara mereka tak maju dan jauh ketinggalan dari kita. Pelabur asing nak masuk pun takut. 

Jika kerajaan hari ini terus berlembut sepertimana 5 tahun yang lepas, jawabnya 5 tahun lagi hancurlah negara kita. Rakyat akan jadi tiada akhlak, tiada moral, tiada disiplin dan sebagainya. Apabila rakyat sudah jadi begitu maka hancurlah sesebuah negara. 

Tuesday, May 21, 2013

Pehin Seri Taib Mahmud Layak Dinobatkan Sebagai Tokoh Politik Paling Hebat


Jika ada anugerah tokoh politik paling hebat di Malaysia tidak lain tidak bukan Ketua Menteri Sarawak,Pehin Seri Abdul Taib Mahmud adalah satu-satunya tokoh yang layak diberikan anugerah itu. 

Memulakan karier politiknya pada 1963 di peringkat negeri Sarawak , kemudian berpindah ke pusat, kembali semula Sarawak dan dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 1981, dan bertahan sehingga ke hari ini. 

Kita semua tahu selepas PRU 2008, PKR dan DAP cuba mengasak Taib Mahmud habis-habisan. Tak cukup dengan mereka, NGO-NGO antarabangsa pun turut serta. Semuanya dengan satu matlamat iaitu menumbangkan Taib Mahmud. Tapi sayangnya mereka gagal....

Walaupun pelbagai gelombang yang mereka cuba buat, pelbagai fitnah yang mereka cuba taburkan, Taib Mahmud tetap utuh dan berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti 2/3 pada pilihan raya negeri Sarawak tahun 2011. 

DAP, PKR dan NGO antarabangsa cuba lagi mengasak Taib Mahmud untuk menghadapi PRU 13. Mereka buat satu video yang memaparkan lakonan saudara Taib Mahmud sendiri. Tapi mereka gagal lagi....

Taib Mahmud tetap utuh dan teguh. Sarawak menjadi negeri yang menyumbang kerusi parlimen terbanyak kepada BN untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. Sebelum PRU 13 Taib Mahmud berjanji dengan PM bahawa Sarawak boleh menyumbang 24 kerusi. Bila keluar keputusan mereka sumbang 25 kerusi daripada 30 kerusi yang dipertandingkan. Lebih dari sasaran....

Lebih memedihkan hati DAP dan memilukan hati PKR apabila parti yang dipimpin Taib Mahmud (PBB) menang 100 peratus di kerusi yang mereka tandingi. Bertanding 14 kerusi, menang pun 14 kerusi. 

Gila DAP dan PKR dibuatnya.....makin mereka fitnah , makin kuat Taib Mahmud....

Selepas PRN Sarawak 2011, ramai orang yang kata sekiranya Taib Mahmud tidak berundur sebelum PRU 13 maka BN akan menerima keputusan yang buruk di Sarawak. 

Sekarang apa cerita ???

Ada ke mana-mana pemimpin politik dalam dunia ini daripada negara-negara yang mengamalkan sistem pilihan raya seperti kita yang boleh bertahan 50 tahun ? Bukan 20 tahun , bukan 30 tahun , tapi 50 tahun (1963-2013) Taib Mahmud boleh bertahan dan masih mampu untuk berikan keputusan yang cermerlang. Dan beliau sendiri tidak pernah kalah bertanding dalam pilihan raya. 

Kejayaan Taib Mahmud adalah satu kejayaan yang luar biasa. Untuk mencapai kejayaan yang luar biasa tentulah ada ramuan rahsia yang tersendiri. Oleh yang demikian sementara beliau masih sihat dan sementara beliau masih dikurniakan hayat oleh Allah SWT , maka adalah baik kiranya pemimpin-pemimpin politik BN dapat menuntut ilmu daripadanya. 

Tahniah Pehin Seri...

Terima kasih rakyat Sarawak kerana terus memberi sokongan kepada BN....

Monday, May 20, 2013

Azran Osman-Rani Ahli Perniagaan Paling Bodoh Di Malaysia


Sudah menjadi lumrah bagi mana-mana orang berniaga untuk mengelak bercakap tentang politik secara terbuka. 

Kebanyakan mereka tidak menunjukkan sikap cenderung mereka terhadap mana-mana parti politik. Sebabnya mereka tidak tahu pelanggan mereka penyokong parti mana. Silap bercakap perniagaan mereka boleh terjejas.

Makcik Limah yang jual goreng pisang kat kampung sekali pun , jika ditanya pada dia, "mak cik sokong parti mana ?"  Paling kuat pun dia akan tersipu-sipu sambil gelak-gelak jawab "mak cik sokong semua, mana yang elok"

Dalam hal ini ternyata mak cik Limah jauh lebih cerdik berbanding dengan CEO Air Asia yang bodoh nak mampus. Tidak pernah terjadi dalam Malaysia ini seorang ahli perniagaan sebuah syarikat terkemuka menyatakan secara terbuka kecenderungan politiknya. Soal mereka penyokong dan undi parti mana tiada orang tahu. 

Azman Mokhtar di Khazanah, Wahid Omar di Maybank dan banyak lagi bos-bos syarikat lain yang kerajaan BN kuasai, pernah anda dengar Azman , Wahid dan bos-bos yang lain mengeluarkan kenyataan berbaur politik yang menghentam DAP atau surat khabar cina ? 

Jika mereka nak lakukan , lebih dari apa yang dilakukan oleh CEO Air Asia mereka boleh lakukan kerana mereka berada dalam syarikat yang kerajaan BN ada kepentingan. Tetapi mereka tidak lakukan itu kerana menjaga kepentingan perniagaan mereka. 

Sebab itu saya kata Azran Osman-Rani adalah satu-satunya ahli perniagaan yang paling bodoh dalam Malaysia. Tak pandai menjaga kepentingan perniagaan syarikatnya. Sekarang ambil kau ! Macam-macam cerita pasal Air Asia akan keluar selepas ini. 

Lain kali nak berniaga buat cara nak berniaga....tak payah nak kalut campur hal politik. Sampai masa mengundi pergi mampuslah kau nak undi DAP pun. 

Sunday, May 19, 2013

Harga Iklan Air Asia Lebih Murah Daripada Harga Iklan Jamu


Nampaknya Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X, Azran Osman -Rani enggan menarik balik dan memohon maaf atas kenyataannya mencemuh akhbar Utusan Malaysia yang dituduhnya rasis.

Beliau bukan sahaja gagal membuat tafsiran yang betul daripada laporan yang disiarkan bertajuk Apa Lagi Cina Mahu? pada terbitan 7 Mei lalu malah memperlihatkan sikap angkuh.

Perdana Menteri, Najib Tun Razak dalam reaksinya pada sidang akhbar, mempertahankan laporan tersebut. ‘‘Awak salahkan Utusan, bagaimana pula akhbar berbahasa Cina."

Jawapan Najib itu secara spontan mendapat tepukan daripada para wartawan yang hadir. Isunya, sampai hari ini, Air Asia yang menaungi Air Asia X apatah lagi Azran tidak ambil sikap tanggungjawab malah lepas tangan kononnya ia pandangan peribadi.

Awang hairan, Utusan tidak usik Air Asia, tiba-tiba Azran tampil dengan kenyataan bersama ugutan menarik balik iklan. Jika pun beliau terdorong untuk menyokong pembangkang, itu bukan caranya. Menuduh Utusan rasis tanpa faham sepenuhnya laporan tersebut selain ugutan berkaitan iklan, adalah keterlaluan.

Dalam isu tersebut, Awang mengucapkan terima kasih kepada seluruh pembaca, badan-badan bukan kerajaan (NGO) , para pengendali blog dan banyak pihak lagi atas sokongan kepada Utusan.

Ramai yang marah kepada Azran dan Air Asia dan tidak perlu Awang ulang hujah-hujah mengenainya.

Awang juga tidak mahu mengungkit betapa Utusan telah banyak memberi bantuan antaranya, dengan tidak menyiarkan banyak perkara negatif berkaitan Air Asia.

Cuma Awang ingin mencadangkan supaya Kumpulan Utusan tidak lagi menerima iklan Air Asia selagi tiada permohonan maaf . Biarlah iklan syarikat itu ada pada akhbar lain tetapi bukan Utusan.

Tanpa iklan Air Asia, Utusan tidak akan hadapi masalah. Lagipun nilai iklan yang diberi sangat kecil, lebih rendah daripada iklan jamu dan rawatan rambut.

Ingatlah Air Asia bukan satu-satunya syarikat penerbangan di Malaysia. Kepada yang berbudi, kita berbahasa terutama Penerbangan Malaysia yang servisnya lebih baik dan kental nasionalismenya.

Semua orang tahu Air Asia banyak masalah dan isu. Aduan pengguna melambak-lambak. Opps, kalau ada bantahan terhadap Awang , harap-harap bos besar Utusan akan menjawab bahawa itu pandangan peribadi penulis - sebagaimana reaksi bos Air Asia - lepas tangan.


BISIK-BISIK AWANG SELAMAT MINGGUAN MALAYSIA 19 MEI 2013


RBF: Saya sokong Utusan Malaysia hentikan menerima iklan dari Air Asia. Apabila terima iklan mereka Utusan Malaysia akan terikat untuk menyiarkan berita-berita mengenai keburukan Air Asia. Sebab itu kita tidak melihat mana-mana akhbar menyiarkan berita atau aduan orang ramai tentang keburukkan Air Asia. Sebab mereka beli iklan di semua akhbar untuk menutup berita-berita buruk mereka disiarkan.

Paling teruk dan tidak boleh diterima dek akal adalah bayaran yang dikenakan untuk daftar masuk dan bayaran untuk bagasi. Bagi kita yang biasa dengan perkara-perkara online tidak menjadi masalah untuk daftar masuk di kiosk atau di internet. Bagi orang yang tidak tahu tentang online, mereka kena bayar.

Daftar masuk secara online atau di kiosk layan diri pun tidak menyelesaikan masalah. Jika anda ada bagasi yang perlu didaftar masuk, maka anda kena beratur pula sekali lagi di kaunter.

Satu perkara lagi yang kita mungkin tidak ambil tahu adalah tentang cukai lapangan terbang. Sebarang tiket Air Asia yang kita beli akan dimasukkan bersama dengan bayaran cukai lapangan terbang. Jika di LCCT tidak silap saya bayarannya RM 26.00 seorang.

Jika anda tidak terbang atau anda terlepas pesawat, tiket anda akan hangus. Ingat ! Yang hangus hanya bayaran tiket penerbangan Air Asia sahaja. Bayaran cukai lapangan terbang tidak hangus. Pernahkah kita menuntut bayaran cukai lapangan terbang berkenaan ?

Saya yakin ramai yang tidak ambil peduli....

Adakah Air Asia membayar cukai lapangan terbang berkenaan kepada pihak Malaysia Airport ?

Saya yakin tidak....

Sebab kita tidak daftar masuk , bagaimana mereka nak kira ? Mereka kira melalui boarding pass yang dikeluarkan. Bagi penumpang yang tidak daftar masuk mereka tidak ada boarding pass.

Habis tu wang cukai lapangan terbang yang telah dibayar semasa membeli tiket , kemana perginya ?

Adakah kepada Azran Osman-Rani ?

Cuba anda bayangkan sehari berapa ramai yang telah membeli tiket tetapi tidak meneruskan perjalanan, kali dengan 30 hari , kali dengan 12 bulan. 

Saturday, May 18, 2013

Cina DAP Memanaskan Lagi Keadaan


Jika Utusan Malaysia tanya apa lagi cina mahu ramai yang melompat kononnya perkauman, rasis, perpecahan kaum dan sebagainya. 

Sekarang mari kita lihat apa yang cina DAP kata, 


MCA TUNDUK KEPADA UMNO, SEKARANG TUNDUK KEPADA SULTAN. MCA TIDAK BOLEH MEMBUAT KEPUTUSAN SENDIRI. 

Kata-kata itu diungkapkan berikutan penjelasan oleh Presiden MCA berhubung perlantikan wakil MCA sebagai Exco Johor. Chua Soi Lek dalam kenyataan itu menyatakan bahawa beliau terpaksa akur dengan perkara tersebut berikutan ianya melibatkan kuasa Sultan Johor. Lihat di sini

Umum mengetahui bahawa Sultan Johor yang mahukan wakil masyarakat cina berada dalam kerajaan Baginda. Itu cukup untuk menggambarkan sikap keterbukaan dan tidak rasis seorang Raja Melayu.

Tindakan Chua Soi Lek patuh kepada arahan Sultan Johor selaras dengan perkara kedua dalam Rukun Negara.

Tapi si bangsat DAP itu cuba mengapi-apikan keadaan kononnya cina MCA tunduk kepada Sultan melayu.

Kalau kita kata mereka pendatang mereka marah. Mereka kata mereka rakyat Malaysia dan perlu dapat hak sama rata dengan kaum bumiputra.

Rakyat Malaysia apa ke jadahnya jika Rukun Negara pun kau tak faham ?

Kita sudah bosan dengan laporan-laporan polis yang dibuat seluruh negara. Dulu pun dia pernah memperlekehkan orang islam yang membuat bantahan berhubung pernerbitan sebuah filem yang menghina islam.

Kita mahu tindakan...

Friday, May 17, 2013

Belum Dua Minggu Bentuk Kerajaan Menteri Dah Bercakap Pasal GST


KUALA LUMPUR: Malaysia mampu memperolehi pendapatan negara mencecah sehingga RM27 bilion, jika cadangan cukai barangan dan perkidmatan (GST) dilaksanakan pada kadar 7 peratus, seperti di negara jiran, Singapura.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, perlaksanaan kadar cukai baru tersebut mendorong kepada pertambahan pendapatan dari RM20 bilion kepada RM27 bilion, apabila mencapai tempoh matang.

"Tempoh matang itu adalah apabila rakyat Malaysia mula menyumbang kepada GST. Ia perlu dilaksanakan segera sebaik sahaja mereka bersedia menerima mekanisme tersebut," jelasnya.

Berucap di forum "PRU13 - Apa Maknanya kepada Perniagaan?" hari ini, Idris menerangkan maklumat tentang GST dan cara ia menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara supaya rakyat negara ini memahami dan menerima perlaksanaan cukai itu nanti.

GST itu katanya, akan menyediakan dana tambahan kepada kerajaan sebagai perbelanjaan kepada rakyat Malaysia, sepertimana mana yang dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional (BN), sebelum PRU13 lalu.

"Walaupun perlaksanaan cukai baharu diperkenalkan, namun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetap komited dalam menurunkan cukai korporat dan cukai pendapatan peribadi.

"Cara ini menunjukkan kerajaan mahu keseimbangan dalam semua perkara yang dilakukan, sama ada dari segi ekonomi atau politik," demikian menurut Idris, yang juga mengetuai Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU).

Dalam masa yang sama beliau turut menafikan janji-janji yang dibuat kerajaan semasa pilihan raya lepas akan meningkatkan hutang keluaran dalam negara kasar (GDP), dari kadar 53 peratus sekarang.

Katanya, kerajaan komited dalam mengekalkan hutang di bawah 55 peratus, berbanding siling GDP yang pernah ditetapkan sebelum ini.

"Semasa di Forum Ekonomi Dunia di Davos, apabila saya mencadangkan perlaksanaan Malaysia untuk tetapkan 55 peratus siling hutang GDP, ramai pakar ekonomi dan pemimpin mengatakan ia mustahil."

"Ia disebabkan negara Malaysia unik kerana masih mempunyai hutang di bawah 55 peratus," kata Jala dan menambah negara seperti Singapura (100 peratus hutang GDP), United Kingdom (80 peratus) dan Perancis (81 peratus).

Idris percaya matlamat negara berpendapatan tinggi boleh dicapai awal 2 tahun, berdasarkan usaha ekonomi kerajaan dan sektor swasta, dan menambah Malaysia di trek yang kukuh untuk mencapai lebihan belanjawan menjelang 2020.

Tambahnya, tempoh 4 tahun lepas dengan Najib sebagai Perdana Menteri, defisit belanjawan negara menurun tahun demi tahun, dan memberi jaminan pencapaian ini akan berterusan.

"Tahun lepas, ia sebanyak 4.5 peratus, dan tahun ini kita jangka akan menurun lagi kepada 4 peratus. Jika segala usaha dijalankan, saya percaya kita memperolehi lebihan belanjawan tersebut," terang beliau.

Peranan kerajaan dalam perniagaan, kata Idris, peningkatan perniagaan akan berlaku pada tahun ini.

Melalui Peranan Kerajaan dalam Perniagaan (GRIB), Jala berkata kerajaan telah kurangkan atau hentikan kepentingan dalam 13 syarikat, daripada 33 entiti yang dikenal pasti oleh PEMANDU.


Ini masalahnya apabila orang yang bukan politik diletak dalam sebuah kerajaan yang ditubuhkan hasil dari perjuangan politik.

Dia main cakap ikut sedap mulut dia sahaja....

Dia bukannya ada kawasan pilihan raya yang perlu dijaga. Dia bukan berdepan dengan pengundi-pengundi di dun atau parlimen. Malah dia tak faham apa masalah rakyat dan wakil rakyat di akar umbi. 

Kita baru menang tak sampai dua minggu lagi dan kerajaan yang ada pun tak stabil lagi, dia dah bercakap benda yang tak patut diucapkan. Bukan tak sepatut diucapkan , malah tidak perlu dilaksanakan pun di Malaysia. 

Jangan hanya memikirkan pendapatan kerajaan , poket kami pun kamu kena fikir....

Pengundi Bangla Berpaling Tadah


Puluhan ribu pengundi Bangladesh tidak membantu BN dalam PRU yang lepas...

Susah-susah angkut mereka untuk datang mengundi BN supaya BN menang 2/3, tapi akhirnya mereka undi PAS,PKR dan DAP.

Dulu tanpa pengundi bangla BN ada 140 kerusi....

Sekarang ada pengundi bangla tinggal 133 kerusi ja...

Cilakak punya bangla, orang suruh undi BN kau pergi undi PAS,DAP dan PKR pula....




Saifuddin Perlu Belajar Mandi Wajib Dengan Betul


Pada PRU yang baru berlalu Umno bertanding di 120 kerusi. Umno menang 88 kerusi atau 73 peratus daripada keseluruhan kerusi yang mereka tandingi. 

Umum mengetahui bahawa Umno berjaya memperbaiki prestasinya dalam PRU 13 dengan menambah beberapa kerusi lagi berbanding PRU 12. 

Kita berpijak di bumi yang nyata, kita pun tahu yang tak mungkin kita boleh menang 100 peratus. Namun begitu salah satu kerusi yang tidak pernah kita jangka akan kalah dan kita tidak pernah kalah  sebelum ini adalah kerusi parlimen Temerloh.

Calon kerusi berkenaan adalah manusia yang paling bongkak dalam Umno. Orang yang selalu menguar-uarkan dirinya sebagai seorang pengamal politik baru yang serba tahu. 

Akhirnya si pengamal politik baru itu kalah di tangan Ketua Pemuda Pas. 

Terbang satu kerusi yang Umno tak pernah kalah....

Dua hari lepas dalam forum anjuran Sinar Harian tanpa segan silu, si pengamal politik baru berkenaan berkata Umno perlu taubat nasuha.

Dia yang kalah Umno pula yang dia suruh taubat nasuha ???

Tak ke gila namanya itu ? 

Mana kau punya politik baru yang kau dok canang selama ni ? 

Sudah kalah...kalah lah....kalau tak pandai menari jangan salahkan padang yang tak rata. Azeez Rahim yang kalah tahun 2008 dengan majoriti 8 ribu lebih di lubuk Pas di Baling, boleh menang tahun 2013 dengan majoriti 5 ribu lebih. Kau yang bertanding di kerusi selamat boleh kalah. Itulah namanya bodoh.....lagi nak bercakap banyak kononnya Umno kena taubat nasuha. Kau tu yang perlu belajar mandi junub bagi betul dulu. 

Thursday, May 16, 2013

Calon Yang Paling Sesuai Untuk Speaker Dewan Rakyat


Speaker Dewan Rakyat

Amacam , setuju ?

Saya setuju 150 % 

Phahrolrazi Letak Jawatan, Tak Sanggup Berketuakan Orang Lepasan SRP ?


Mahfuz Omar telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah...

Selang sehari selepas pengumuman perlantikan Mahfuz, Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi telah meletak jawatan. 

Kenapa tiba-tiba beliau berundur ???

Malulah dia beb...

Dia seorang Ir dan ada kelulusan yang tinggi. Bagaimana dia nak berketuakan seorang yang hanya lepasan SRP. Jatuhlah standard dia. Satu penghinaan kepadanya. Lebih baik dia berundur daripada dihina sedemikian rupa. 

Kalau ada diploma pun boleh tahan, ini orang yang lepasan SRP kau nak jadikan ketua....Kita pun tak sanggup beb.

Timb Menteri Kewangan : Apa Pendapat Anda ?


Timbalan Menteri Kewangan

Apa pendapat anda ???

Apa Pendapat Anda ?


P Waythamoorthy - Pengerusi Hindraf
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Apa pendapat anda ???

Tuesday, May 14, 2013

Kecewa Dengan Keputusan, Anwar Mengamuk Di Gelanggang Badminton


Gelak sakan mengenangkan kebodohan Anwar dan orang-orangnya...

Sungguh tak disangka Anwar sebodoh itu dan tak sangka masih ramai lagi rakyat Malaysia yang bodoh pergi percaya kata-kata Anwar.

Macamana nak jadi PM jika sistem pilihan raya di Malaysia pun Anwar tak faham ?

Malaysia bernasib baik wooooo....

Jika tidak minggu lepas kita dah dapat seorang PM yang bodoh dan bangang....

Budak sekolah menengah pun faham sistem pilihan raya kita, tapi orang yang nak jadi PM bodoh piang. 


Kegagalan 'War Room' Menyumbang Kepada Kekalahan BN Di Beberapa Kerusi


Sebelum daripada ini dah banyak pihak bercakap tentang war room yang banyak membuat keputusan dan menasihati Pengerusi BN, Datuk Seri Najib tentang strategi, kajian, calon dan sebagainya untuk BN menghadapi PRU 13. 

Tapi kita tak berani nak bercakap sebab tak ada bukti dan tak mahu mengeruhkan suasana. Memandangkan kini Puad Zarkhasi, Ruslan Kasim dan Utusan Malaysia dah mula cuit-cuit, tak salahlah untuk kita pula geletek-geletek....

Setelah gagal kerjanya untuk memastikan BN menang bergaya, dengar ceritanya kini war room sedang mencaturkan pula barisan kabinet. 

Jika benar dakwaan itu, habis jahanamlah nampaknya....

Jika mencaturkan calon pun mereka gagal, sekarang nak caturkan barisan kabinet pula ? 

Contoh, calon parlimen Gombak dan parlimen Ampang semua orang dah tahu bahawa mereka berdua ada isu. Soal mereka bersalah atau tidak perkara kedua. Pokoknya mereka ada isu dan nama mereka telah tercalar, itu pun war room tak boleh kesan ke ? Ini war room atau ice room

Dah lah, malas nak tulis panjang-panjang. Malas nak tabur garam kunyit atas luka yang masih belum kering. 

Boleh pakai lagi war room yang ada ?

Monday, May 13, 2013

Menteri KDN:Silap Pilih Boleh Mendatangkan Bahaya Kepada Kedudukan Datuk Najib

Esok genap seminggu Datuk Seri Najib mengangkat sumpah sebagai PM selepas PRU 13. Semua orang kini sedang tertunggu-tunggu barisan kabinet yang bakal dibentuk Datuk Najib. Dengar-dengar khabarnya Rabu ini ianya akan diumumkan.

Dengan keputusan PRU 13 yang baru berlalu kita pun tahu bukan satu tugas yang mudah untuk Datuk Najib membentuk pasukannya. Pelbagai faktor yang perlu diambil kira. Kuota negeri, kuota parti dan sebagainya. 

Datuk Najib juga perlu berhati-hati untuk membentuk kabinet kali ini atas pelbagai faktor lain lagi. Zaman hari ini bukan lagi zaman kerajaan tahu semuanya dan rakyat akan terima bulat-bulat apa yang diputuskan oleh kerajaan. 

Silap kabinet ianya boleh mengundang bahaya kepada kedudukan Datuk Najib.


Seperti yang saya kata di atas , zaman sekarang bukan lagi zaman kerajaan tahu semuanya. Tetapi zaman rakyat tahu segala-galanya.

Dalam banyak-banyak jawatan dalam kabinet, jawatan yang betul-betul menjadi perhatian dan buah mulut rakyat sejak lepas PRU hingga ke hari ini adalah Menteri Dalam Negeri.

Rata-rata masyarakat bercakap mereka tidak mahu lagi Datuk Seri Hishamuddin dikekalkan sebagai menteri berkenaan. Mengambil kira gelombang masyarakat apa yang saya nampak sekiranya Datuk Najib mengekalkan Datuk Hisham di KDN ianya akan mengundang rasa tidak puas hati rakyat dan mereka akan mencemuh Datuk Najib, seterusnya boleh mendatangkan bahaya kepada kedudukan politik Datuk Najib. 

Cukuplah dengan kesilapan memilih beberapa calon tertentu dalam PRU lepas, hinggakan kerusi yang kita boleh menang jadi kalah gara-gara calon. Sekarang rakyat semua terlebih cerdik dari kerajaan. Zaman letak batu dan kayu sebagai calon BN pun boleh menang telah berlalu. 

Rakyat jadi cerdik pun kesilapan kerajaan juga. Kerana kerajaan sediakan peluang pendidikan yang terlalu sempurna hingga rakyat semua jadi cerdik dan kini mereka boleh berlawan atau kritik kerajaan bila-bila masa.

Menteri KDN : Hisham atau Najib ???

Apa pilihan anda ?

Undi di bahagian atas.....


CEO Air Asia Tunjuk Belang

Kartun di atas yang disiarkan oleh akhbar Sin Chew minggu lepas memberi gambaran bagaimana pemimpin melayu tunduk menyembah menagih undi kepada maharaja cina.

Kartun itu bukan setakat biadap, malah cukup-cukup kurang ajar....

Saya nak ajak anda fikir, ada ke anda dengar mana-mana orang cina, pertubuhan cina, atau mana-mana ahli korporat cina yang menentang keras penyiaran kartun tersebut dan berkata ianya rasis ? 

Tidak ada kan ?

Tetapi apabila Utusan Malaysia menyiarkan tajuk muka depan dengan soalan APA LAGI CINA MAHU ? Ianya menjadi satu kesalahan yang cukup-cukup besar. Tak cukup dengan cina balun Utusan Malaysia, melayu pun turut sama membalun Utusan Malaysia.

Utusan Malaysia tidak kutuk orang cina dan tidak hina orang cina, tidak lukis kartun orang cina yang terpaksa tunduk layu kepada mahajaraja melayu. Utusan hanya tanya apa lagi yang orang cina mahu sedangkan selama ini mereka telah mendapat pelbagai kemudahan dan kemakmuran ?

Jawapan Datuk Najib semasa ditanya perkara berkenaan cukup cun dan tepat. 

"Awak salahkan Utusan, bagaimana dengan akhbar cina ?"

Hari ini kita nak kongsi kisah seorang korporat melayu yang bodoh dan bangang menuduh Utusan Malaysia rasis.


Akhbar bangsa sendiri dia kutuk dan cemuh, akhbar cina yang siarkan kartun di atas dia diam sahaja. 

Dia kata Air Asia akan tarik balik semua iklan yang disiarkan di Utusan Malaysia. 

Apa yang bangang ni merepek ?

Wahai si bodoh, apakah dengan Air Asia menarik balik semua iklan di Utusan Malaysia, maka mereka akan mati ?

Sebelum kau beranak dan sebelum Air Asia wujud, Utusan Malaysia dah wujud berpuluh tahun. Jangan nak berlagak dengan iklan-iklan kau tu wahai bangang....

Tanpa iklan kau pun Utusan masih boleh hidup....

Jangan ingat kamu saja boleh ugut-ugut. Orang lain pun boleh buat macam-macam lagi kepada Air Asia kalau mereka nak buat. 

Face book si bangang itu klik di sini

Saturday, May 11, 2013

1Malaysia Kena Tipu Dengan Anwar

Jangan lupa pembohongan Anwar mengenai konspirasi 16 Sept 2008 selepas keputusan PRU-12 pada bulan Mac 2008. Tetapi rakyat hanya menyedari pembohongan tersebut pada 16 Sept 2008, iaitu 6 bulan selepas PRU-12!

Tetapi kali ini pembohongan Anwar disedari rakyat hampir serta merta selepas PRU-13!

Apa buktinya?

Sebelum PRU-13, Anwar telah berjanji akan berhenti daripada berpolitik jika tewas dalam PRU-13. Malah Anwar siap menyatakan akan menjadi pensyarah jika kalah dalam PRU-13.

Dan ternyata rakyat telah menolak Anwar sebagai calon PM pembangkang dalam PRU-13
 
Baca seterusnya di sini

Friday, May 10, 2013

'Pengundi Hantu' Berkongsi Kisah Mereka Dipukul Ahad Lepas

"Hey, sini ada satu lagi pengundi hantu. Ini Bangla," suara dari satu kumpulan yang menerjah ke arah Tajudeen Anvar Batcha, 50, 5 Mei lalu apabila dia dikatakan pemilik MyKad palsu.

Tajudeen, kelahiran Taiping, Perak, berang apabila dituduh sebagai warga asing. Paling menyedihkan apabila dia turut dipukul dan ditendang kumpulan yang memakai baju kemeja-t berwarna kuning. "Saya bukan Bangla, Saya orang Malaysia. Saya ada MyKad sah dan saya ada hak mengundi," balas Tajudeen namun tiada reaksi positif daripada kumpulan itu.

Pengalaman mengundi kali pertama Dewan Serbaguna Bt 17, Rawang memberi seribu satu kenangan buat dirinya. Berketurunan India-Muslim, inilah pengalaman paling ngeri dalam sejarah hidupnya.

"Ini kali pertama saya mengundi di Rawang walau sudah menetap di sini hampir 10 tahun. Sebelum ini saya mengundi di Ampang. Apabila berpindah, saya tukar pusat mengundi. "Semangat saya pada pagi itu bagai disentak. Ketika saya berjalan menuju ke pusat semakan mengundi, kumpulan ini datang ke arah saya dan menjerit-jerit ke arah saya. Mereka mahu tengok kad pengenalan saya. Kerana tak tahu apa-apa, saya berikan sahaja. Selepas itu, saya dihalau daripada kawasan itu," katanya.

Katanya, kumpulan itu terus berang apabila melihat MyKad miliknya berwajah baru.

"Beberapa hari sebelum mengundi, MyKad saya patah dan saya buat yang baru. Bila mereka tengok, terus naik angin dan menghalau saya. "Pelbagai kata-kata kesat dilemparkan kepada saya. Puas saya menafikan, tapi tidak diendahkan. Saya cuba mengawal emosi saya kerana tidak mahu kejadian tidak baik berlaku tetapi ada yang bertindak menendang dan memukul dada saya," katanya.

Tajudeen, pengurus di pusat latihan memandu di Rawang mengakui rasa amat marah dan terus dapatkan pegawai polis yang bertugas.

"Selepas membuat laporan, saya kembali ke tempat pengundian, tetapi, perkara sama berlaku. Kerana tidak mahu terlepas peluang, saya diiringi beberapa pegawai polis menunaikan tanggungjawab mengundi," katanya.

Suami kepada Deputi Superintendan Aisha Be Abdul Kadir ini berharap kejadian ini tidak akan berlaku pada masa akan datang. "Janganlah menilai seseorang daripada paras rupa sahaja. Buat masa ini saya sedang menunggu hasil siasatan pihak polis sebelum tindakan selanjutnya diambil.

"Apa yang akan saya buat nanti, bukan mahu mengaibkan sesiapa, cuma memberi kesedaran terhadap mereka sahaja," katanya.

Dalam kejadian sama, seorang lagi berketurunan India-Muslim menerima nasib yang sama. Niaz Ahmad Mohd Zubir, 35, turut dikecam gara-gara wajahnya dikatakan seperti 'Mat Bangla'.

Kejadian yang berlaku sekitar 10 pagi di di Sekolah rendah Jenis Kebangsaan (C) San Yuk, Rawang apabila kumpulan yang sama turut menghalau Niaz daripada mengundi.

Adiknya, Nisar Ahmad Mohd Zubir, 28, berkata, abangnya dikepung sebelum dapat meloloskan diri. "Ketika itu, abang saya sedang beratur untuk menyemak kawasan mengundi. Pada masa itulah, kumpulan yang memakai baju Selangorku datang dan mengherdik abang saya.

"Mereka meminta MyKad, tetapi abang saya enggan memberikannya. Abang saya juga dipaksa meninggalkan kawasan itu, tetapi abang saya berjaya juga mengundi," katanya. Katanya, abangnya tidak sangka kejadian itu melanda dirinya kerana itulah pertama kali abangnya mahu mengundi.

"Kami dalam proses menyaman pihak terlibat," katanya. Katanya, tindakan tersebut bukan kerana wang, tetapi sebagai pengajaran kepada semua pihak supaya tidak bertindak sedemikian.

"Memang wajah kami ini tak macam orang Melayu lain, kerana kami ini keturunan campur. Tapi kami warganegara Malaysia yang sah. Jangan lihat pada paras rupa. Kami sudah tinggal di Rawang lebih 20 tahun," katanya.
Sumber : Sinar Online


RBF: Harap ada pihak yang mengambil tanggungjawab mencari dan mengumpul semua orang-orang yang ditahan oleh puak-puak harami Ahad lepas yang mereka katakan pengundi hantu. Kemudian fikirlah apa tindakan yang patut diambil terhadap mereka. Dalam masa yang sama mangsa-mangsa ini boleh menjelaskan siapa mereka yang sebenar bagi menafikan segala dakwaan jahat puak-puak harami.