Sunday, June 30, 2013

Mungkinkah Ini Orangnya Yang Akan Membawa Cabaran BN Di Kuala Besut ?


Dato' Dr. Abdullah bin Md. Zin dilahirkan pada 2 Ogos 1946 di Alor Selinsing, Jerteh, Terengganu.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Padang Luas pada tahun 1954 dan Sekolah Rendah Agama Ittifaqiah pada tahun 1959. Selepas menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Agama Menengah Sultan Zainal Abidin, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Usuluddin pada tahun 1972.

Beliau kemudian dianugerahkan Ijazah Sarjana Syariah pada tahun 1973 dari Universiti Al-Azhar, Mesir sebelum memasuki Universiti Ain Saham, Mesir dan memperolehi Diploma Pendidikan pada tahun 1975. Beliau dianugerahkan gelaran Doktor Falsafah bidang Dakwah dan Tasawuf dari University Of Kent, England pada tahun 1986.

Beliau pernah dipilih sebagai Pelajar Terbaik peringkat Sarjana semasa menuntut di Universiti Al-Azhar .

Dato' Dr. Abdullah memulakan kerjaya sebagai guru di Kolej Islam Klang pada 1976. Selepas itu beliau mengembangkan kerjayanya dalam profesyen pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) setelah dilantik sebagai pensyarah Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam pada tahun 1980. Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam (UKM) 1993.

Selanjutnya pada tahun 1998, beliau dilantik sebagai Dekan Fakulti Pengajian Islam sebelum dilantik sebagai Profesor Jabatan Pengajjian Dakwah dan Kepimpinan, pada tahun 2000 dan Timbalan Rektor (Akademik & Penyelidikan) Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) pada tahun 1999.

Dato' Dr. Abdullah melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Rektor KUIM setelah dipilih sebagai calon Barisan Nasional bagi Parlimen Besut pada pilihan raya umum Malaysia 2004. Pengorbanan beliau akhirnya menghasilkan kejayaan setelah beliau memenangi kerusi berkenaan dengan menewaskan kawasan lawannya dari Parti PAS, Nasharudin Mat Isa.

Pada pemilihan UMNO, Dato' Dr. Abdullah dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia serta dilantik sebagai Timbalan Pengerusi, Biro Hal Ehwal Agama UMNO Malaysia dan Ahli Jawatankuasa, Biro Penerangan UMNO Malaysia.

Pada peringkat negeri, beliau yang merupakan Ketua UMNO Cawangan Cabang Tiga Mak Sara juga sebagai Ahli Jawatankuasa serta Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Terengganu turut dipilih sebagai Timbalan Ketua Bahagian Besut.

Beliau dilantik menjadi penasihat Perdana Menteri Malaysia mulai 2 Mac 2009. Beliau menggantikan Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman yang memegang jawatan itu sejak Januari 2001.

Dalam pilihan raya umum Malaysia 2008, Abdullah bin Md Zin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Besut, negeri Terengganu. Beliau berjaya menang dengan mendapat undi sebanyak 8090.

Calon lawan ialah Husain bin Awang dari PAS yang mendapat 4,758 undi. Peratus pengundi yang keluar ialah 84 %. Undi rosak sebanyak 668 undi.

Sumber: Wikipedia

Tahun 2004 bertanding kali pertama di Parlimen Besut beliau menang dan dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Tahun 2008 menang lagi....

Tahun 2013 beliau tidak bertanding....

Adakah beliau calon yang sesuai untuk BN pertaruhkan di PRK Kuala Besut ? 

Pada pandangan saya beliau mempunyai pakej yang cukup untuk membawa cabaran BN, termasuklah tidak pernah kalah. Namun mungkin faktor umur yang menjadi sedikit masalah. Usia beliau sama dengan usia Umno. 

Apa pula pendapat rakan-rakan pembaca sekalian ???

Tuesday, June 25, 2013

Jonker Walk Ditutup-Sekalung Tahniah Kepada KM Melaka


Kerajaan Negeri Melaka di bawah kepimpinan Ketua Menteri,Datuk Idris Haron telah mengambil keputusan untuk menutup pasar malam Jonker Walk yang terletak di tengah-tengah bandar Melaka. 

Keputusan untuk menutup Jonker Walk diputuskan dalam mesyuarat exco Melaka 12 Jun yang lepas kerana menghormati kehendak majoriti rakyat Melaka.

Perniagaan di Jonker Walk dimonopoli oleh peniaga-peniaga cina dan kawasan tersebut telah dicinakan sepenuhnya oleh mereka. 

Antara penyebab utama utama pasar malam Jonker Walk ditutup kerana masalah kesesakan lalu lintas, peniaga tiada lesen dan menjual barangan tiruan. 

Sekarang DAP Melaka sedang melalak-lalak membantah penutupan pasar malam tersebut. DAP kata Ketua Menteri Melaka tidak demokratik dan berdendam kepada pengundi-pengundi cina Kota Melaka. Lihat sini

Ini bukan soal dendam, ini soal kamu tidak mematuhi peraturan dan undang-undang. Kamu berniaga tanpa lesen dan jual barang tiruan, itu satu kesalahan. 

Jika Lim Guan Eng boleh aniaya peniaga-peniaga melayu di Pulau Pinang, apa jadi masalah kalau Idris Haron tutup Jonker Walk ? Lagi pun ianya terletak di tengah-tengah bandar Melaka dan mengganggu kelancaran trafik. Di Pulau Pinang orang melayu meniaga tepi pantai yang tak kacau lalu lintas pun  Guan Eng boleh tutup. Apa lagi orang yang meniaga tengah-tengah bandar ? 

Akhir kata sekalung tahniah diucapkan kepada Datuk Idris Haron kerana telah mengambil satu langkah drastik yang cukup tepat. Kita amat-amat berharap kerajaan negeri-negeri lain dapat mengambil langkah yang sama sepertimana yang dilakukan oleh Kerajaan Melaka. Beri bantuan, beri pertolongan dan beri peluang kepada orang yang menolong kita. Apa guna kita beri peluang kepada orang yang menuduh kita zalim, kita kejam, kita rasuah dan sebagainya. Kita tolong macamana sekalipun mereka tetap akan tuduh kita zalim.  Jadi lebih baik kita betul-betul zalim. 

Inikalilah....

Kita masih menunggu tindakan kerajaan terhadap lubuk kegiatan haram di Petaling Street...


Tuesday, June 18, 2013

PRU 13: Sepuluh Kegagalan Najib Punca BN Gagal Menang Selesa

Walaupun sudah sebulan lebih pilihan raya berlalu namun suara-suara menyalahkan Umno dan kepimpinan Umno masih belum berhenti. Pot...pet...pot...pet masih berbunyi dikalangan orang-orang Umno sendiri. Ada yang kata orang tu salah....ada yang kata orang ini salah....

Ada kalanya saya sendiri pun tak faham apa lagi yang Umno salah ?

Umno berjaya mendapat sokongan melayu, Umno berjaya menambah kerusi dan menang 73 % kerusi parlimen yang dipertandingkan, tiada satu negeri pun yang hilang, berjaya ambil balik Kedah dan Perak. Jadi dimana lagi kegagalan Umno ? 

MCA, Gerakan dan SUPP yang kalah teruk-seteruknya tidak pula bunyi mulut menyalahkan Najib. Sebaliknya Umno sebagai parti yang menang besar dan selesa pula yang sibuk bunyi mulut salahkan presiden mereka sendiri. Pelik kan ???

Masalah utama dalam PRU 13, bukan masalah calon, bukan masalah sabotaj, dan bukan kesilapan Najib. Faktor utama kerana cina nak rampas hak melayu hasil dari dorongan PKR dan PAS. Itu yang utama. Faktor-faktor lain hanyalah faktor sampingan yang boleh diatasi.

PKR dan PAS janji mereka nak bagi apa keistimewaan yang melayu dapat kepada cina. Manakala Umno yang diterajui Najib dan Muhyiddin tidak boleh bagi. Jadi cina terpaksalah pergi sebelah sana. Jika kita jadi cina pun saya yakin kita akan pergi sebelah sana. Kalau Najib boleh bagi kesamarataan seperti mana yang dijanjikan PKR dan PAS, confirm BN akan menang 2/3 tempohari. Itu jam semua akan puji Najib bagus. Tapi apa maknanya kalau menang sorak kampung tergadai ? 

Dalam situasi hari ini sepatutnya kita semua kena berdiri teguh belakang Najib, Muhyiddin dan Umno  
kerana kita masih boleh menang tanpa perlu kita korbankan apa-apa dasar keistimewaan melayu. 

Kita perlu ingat dalam sejarah PRU negara kita, PRU 13 adalah yang paling mencabar. Sebelum pilihan raya pun kita sering dengar orang sebut yang PRU 13 adalah ibu kepada segala pilihan raya. Jika kita masih boleh menang dalam ibu kepada segala pilihan raya, kita hebatlah....

Banyak pihak yang meramalkan kita akan kalah dalam PRU 13. Saya sendiri pun tidak menanam keyakinan 100 % kita akan menang. Kalau orang tanya saya maka saya akan jawab 50-50. Tetapi saya letak target yang pertama adalah membentuk kerajaan pusat dengan majoriti mudah. Dapat lebih syukur, dapat 2/3 bonus. Target yang kedua adalah rampas negeri-negeri yang mereka perintah. 

Sebab itu saya tidak berapa kecewa dengan keputusan PRU 13. Sebab saya dah tahu ianya bukan sesuatu mudah. Dapat menang pun dah cukup bersyukur. Dalam dunia hari ini sudah hampir tiada parti politik yang boleh bertahan 60 tahun seperti BN.  

Pagi hari mengundi debaran saya semakin kuat dan keyakinan saya untuk BN kalah semakin meningkat apabila melihat orang-orang cina yang memenuhi pusat-pusat pengundian seawal jam 6.30 pagi. Lihat posting saya yang berkenaan di sini.

Keributan politik di Malaysia bermula pada tahun 1998 selepas pemecatan seorang pengamal homoseks dari kerajaan dan Umno. Selang setahun selepas itu muncul PRU 10 pada 1999 yang diketuai Tun Dr M . Dalam PRU 10 sudah berlaku sedikit keributan sehingga BN kehilangan negeri Terengganu. Tetapi pada waktu itu pengamal homoseks sedang menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh. 

Tun Dr M berjaya menstabilkan keadaan dan menyerahkan kuasa kepada Tun Abdullah pada tahun 2003. Muncul pula PRU 11 pada 2004. BN berjaya menang dengan selesa dan merampas kembali Terengganu. Pada masa itu pengamal homoseks masih lagi dalam penjara.

Tahun 2008 PRU 12 mengambil tempat dan ketika itu pengamal homoseks telah berada di luar penjara. Beliau belum boleh bertanding dan belum aktif sepenuhnya dalam politik. Oleh kerana beberapa kelemahan pada waktu itu, pembangkang cekap mengambil kesempatan untuk memburuk-burukkan keadaan. Hasilnya BN hilang 2/3 di Dewan Rakyat dan berjaya tambah empat lagi negeri selepas Kelantan. 

Masa itu pembangkang pun tidak sangka mereka akan menang sebegitu rupa. Bermula dari situ landskap politik negara berubah berputar-putar. Jika dulu BN berentap dengan pembangkang yang tidak ada kuasa. Namun selepas 2008 keadaan sudah berubah. Mereka ada kuasa di beberapa negeri yang maju, mereka ada duit, mereka berjaya buktikan pada orang cina kesamarataan yang mereka amalkan di negeri-negeri yang mereka perintah. Orang-orang cina dah rasa bagaimana nikmatnya atau sweet blood dibawah pemerintahan DAP, PKR dan PAS. Tiada lagi tender untuk bumiputra sahaja. Mereka dapat rasa nikmat di PKNS, nikmat di Yayasan Selangor, tanah Yayasan Selangor mereka boleh dapat untuk buat pusat kebudayaan cina, mereka boleh dapat tanah 999 tahun, mereka boleh buka pasaraya daging babi tanpa syarat ketat, kalimah Allah mereka boleh guna, tukar dari negara islam kepada negara kebajikan, penentang murtad dipecat, dan macam-macam lagi. 

Dari situ mereka rasa mengapa tidak kita tukar sahaja kerajaan pusat dan beri kepada PKR, DAP dan PAS kerana banyak lagi nikmat yang mereka boleh dapat. 

Umno yang diterajui oleh Najib dan Muhyiddin tidak boleh jadikan Umno for All sepertimana Pas.
Mereka juga tidak boleh beri kalimah Allah digunakan oleh penganut agama lain sepertimana yang diminta oleh Guan Eng. Ringkas cerita, Umno tidak boleh tawarkan sepertimana yang mereka tawarkan. Mereka hanya boleh tawarkan apa yang terkandung dalam manifesto. 

Jadi dalam sejarah pilihan raya di Malaysia, BN yang diterajui Najib dan Muhyidin pada PRU 13 adalah yang paling mencabar. Sebab itu saya kata menang dan dapat kekal memerintah pun dah bersyukur 1000 rahmat. 

Itu sebab Anwar jadi gila hinggakan sistem pilihan raya yang dia sendiri sertai pun dia dah tak tahu. Benda dah dua kali nak masuk mulut, tapi terkeluar juga. Tahun 1998 dia hanya tinggal selangkah sahaja lagi untuk jadi PM. Dah jadi pemangku PM pun, tiba-tiba kena pecat. Tahun ini pula dia sekali lagi terlepas peluang terbaik dalam PRU 13. Inilah yang dikatakan kalau bukan rezeki. Dah nak masuk mulut pun boleh terpelanting keluar. Semuanya Allah yang tentukan....jika Allah nak, tak dapat undi popular pun boleh jadi PM. 

Saya tidak nafikan selama ini PM banyak memberi bantuan kepada cina dalam usaha untuk mendapatkan sokongan mereka. Tetapi bantuan yang diberikan tidak mengorbankan dasar-dasar utama yang menjadi teras perjuangan Umno selama ini. Umno bukannya seperti Pas yang sanggup korbankan dasar parti sendiri, menubuhkan negara islam dan menggugurkan perjuangan hudud semata-mata hendak dapatkan undi cina. Alhamdullilah....walaupun kita bukan parti islam tetapi iman kita masih kuat dan kita teguh dengan pendirian. 

Cuma selepas ini kita nak minta Datuk Najib dan Tan Sri Muhyiddin lebih utamakan kaum bumiputra   dan kaum india kerana mereka yang menjadi tiang seri BN dalam PRU 13. Cina sudah tak mahu BN , maka keutamaan kepada mereka harus diletak di tempat ke sembilan atau ke sepuluh. Sebelum ini kita dah bagi, kita dah tolong dan kita dah usaha. Tapi oleh kerana mereka tolak juga maka mereka tidak perlu diutamakan. 

Sekarang ini pula timbul cerita-cerita bahawa Najib akan hadapi undi tidak percaya pada persidangan parlimen minggu depan dan juga akan dicabar dalam pemilihan Umno akan datang. Soal undi tak percaya itu kita tak perlu percaya dakwaan karut tersebut. Itu semua hanyalah mainan musuh untuk memerangkap kita. Jadi kita jangan termasuk dalam perangkap mereka. Itu semua hanyalah propaganda mereka sepertimana propaganda 16 September 2008. Tunggu dan lihatlah....anda percayalah cakap saya itu tidak akan berlaku. 

Soal Najib akan ditentang dalam pemilihan Umno pun saya rasa tidak akan berlaku. Kerana tiada alasan untuk ahli Umno nak jatuhkan Najib. Jika ianya berlaku sekali pun itulah bukti keberanian Najib. Beliau yang pinda sistem pemilihan Umno agar lebih terbuka. Beliau mahu memastikan sistem pemilihan yang adil dan demokrasi sentiasa subur dalam Umno. Jika Najib mahu kekal memerintah dan menjadi presiden seumur hidup , lebih baik dia tukar sistem pemilihan Umno supaya jawatan presiden tidak dipertandingkan selama-lamanya. 

Daripada tahun 1999 hingga kini Umno dah tukar tiga presiden. PKR masih lagi dengan presiden yang sama. Anwar pula sampai ke hari ini pegang jawatan yang tidak dipertandingkan. Tambah lagi anak pula jadi naib presiden. Tidak ada parti politik dalam dunia yang sebangang PKR dimana dari ayah sampai ke anak pegang jawatan utama dalam parti. Jadi tak usahlah PKR nak mencerca atau kritik Umno. Kami jauh lebih baik dari kamu untuk uruskan parti kami. 

Kalau ada yang kata Najib lah yang menjadi punca utama BN gagal mendapat keputusan yang baik dalam PRU 13, saya rasa itu ada juga kebenarannya. Kenapa ?

1) Najib tidak memansuhkan dasar keistimewaan kepada bumiputra.

2) Najib tidak menghapuskan DEB.

3) Najib tidak menjadikan sekolah cina setaraf sekolah kebangsaan.

4) Najib tidak membenarkan kalimah Allah digunakan sepertimana yang diminta Guan Eng.

5) Najib tidak buka Umno kepada bangsa lain dan jadikan Umno For All seperti Pas.

6) Najib tidak beri pajakan tanah 999 tahun kepada kampung-kampung baru cina.

7) Najib tidak benarkan Chin Peng balik ke Malaysia.

8) Najib tidak jadikan agama-agama lain sebagai agama rasmi Malaysia.

9) Najib tidak bagi peruntukan sama rata kepada rumah-rumah ibadat lain sepertimana diberikan kepada masjid. 

10) Najib tidak benarkan orang islam tukar agama sesuka hati sepertimana yang Izzah cakap.

Oh...alangkah bahagianya jika Najib beri semua itu dan sudah tentu kita semua sekarang sedang bergembira dengan kemenangan besar BN.  Kita menang besar....yeh...yeh...yeh...kita menang besar....yeh...yeh....yeh....kita menang besar. Tapi kampung kita habis tergadai. Ada makna ke ? 

Biar kita menang seperti hari ini tetapi kita tidak menggadaikan maruah kita sepertimana Pas gadaikan maruah mereka. Apa guna kita menang besar tetapi terpaksa korbankan maruah sana, calarkan maruah sini dan sebagainya. 

Akhir kalam, sebagai ahli Umno saya nak mengajak rakan-rakan ahli Umno dan diri saya sendiri agar kita semua berdiri teguh dibelakang kepimpinan untuk menghadapi segala rintangan dan cabaran hingga kita berjaya. Jika kita semua teguh bersatu kita tidak akan kalah lagi dalam PRU 14. Tahun 2009 kita dah tukar PM dan Presiden Umno kerana keputusan PRU 12. Tak munasabah setiap kali PRU kita nak tukar ketua. Bersorak sarailah musuh kita kerana mereka berjaya turunkan satu persatu ketua kita. 

Sunday, June 16, 2013

Video:Lebai Pas Maki Polis dan Buka Laluan Cina Cerca Polis


Lihat video dibawah bagaimana seekor lebai Pas memaki anggota polis di depan Balai Polis Dang Wangi.

Lebai itulah yang membuka laluan kepada cina-cina hingga mereka ikut serta mencerca anggota polis. Benarlah apa yang kita kata selama ini, tanpa Pas cina tak akan berani naik toncang. Pas yang membuka laluan kepada mereka jadi kurang ajar hingga cina berani pijak kepala melayu.

Lebai itu mengaku dia membayar gaji anggota polis. Tengok muka pun dah tahu muka yang tak bayar income tax. Lagi nak mengaku bayar gaji polis.

Lihat pada minit 2.30 dia kata anggota polis kurang ajar dan tak hormat rakyat (dia). Pada minit 3.36 pula dia kata "tak hormat kita tak mengapa, asalkan hormat Allah". 

Tindakan polis menghalang si lebai bodoh itu masuk ke kawasan balai dah ditakrifkan tidak hormat Allah. Dia wali Allah ke ? 

Thursday, June 13, 2013

Itu Hari Nak Boikot, Hari Ini Dia Pula Yang Sibuk Pilih Speaker


Makin hari nampaknya makin teruk dah laki Wan Azizah....

Baru beberapa hari lepas dia kata nak boikot sidang parlimen yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi. Dan sebagai langkah pertama dia memboikot , dia sendiri tidak menghantar soalan untuk dikemukakan pada sidang yang pertama itu. 

Tup...tup....tup....semalam dia pula yang membuat kenyataan mencadangkan seorang bekas hakim sebagai calon speaker Dewan Rakyat.
Pakatan Rakyat sebulat suara bersetuju menamakan mantan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi Parlimen ke-13.
Dalam kenyataannya lewat petang ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penamaan Abdul Kadir telah dikemukakan atas nama ahli parlimen Bandar Tun Razak merangkap menteri besar Selangor sebagai mewakili pendirian Pakatan pada 10 Jun 2013. 

Kalau nak boikot....boikotlah ! 

Apa ke hal pula sibuk nak calonkan speaker pula ? 

Kamu semua duduk diam-diam sebab kamu semua boikot. Biar ahli-ahli parlimen BN sahaja yang bersidang. Biar mereka yang pilih siapa speaker yang mereka nak. Kamu jangan nak sibuk-sibuk sebab kamu semua memboikot. 

Dalam kenyataannya semalam juga Anwar berkata,
"Pakatan bertegas bahawa Yang di-Pertua Dewan Rakyat mesti dilantik dari kalangan seorang yang bebas, berkecuali tanpa parti, berwibawa dan berkelayakan untuk berkhidmat,"

Halo...halo...halo...halo papa Nurul Izzah....jangan buat-buat lupa pula, yang dibawah ini siapa ?

Anggota Dewan Undangan Negeri Subang Jaya Hannah Yeoh dari DAP mencatat dilantik sebagai speaker dewan undangan negeri (Dun) Selangor menggantikan Datuk Teng Chang Khim, yang dilantik ke jawatan exco kerajaan negeri
Yeoh, 34, yang mempertahankan kerusi Dun Subang Jaya pada pilihan raya umum lepas akan mengangkat sumpah jawatan pada 21 Jun ini bersama-sama timbalannya Nik Nazmi Nik Ahmad, yang merupakan anggota Dun Seri Setia dari PKR.


Apa cerita papa kau ni Nurul Izzah ???

Speaker dan timbalan speaker Dun Selangor orang yang bebas ke ? 

Pesan kepada papa kau lain kali kalau nak bercakap pakailah kepala otak, bukannya pakai kepala lutut....

Wednesday, June 12, 2013

Peguam Negara:Dengan Orang Umno Diarah Tutup Mulut, Dengan Orang PKR Mulutnya Ditutup


Apabila membaca tulisan blogger Sanggah Tok Janggut semalam berhubung dengan Peguam Negara, saya terlintas apa yang berlaku pada awal bulan ini. 

Bukan niat untuk berlawan, mencerca dan jauh sama sekali untuk menghina. Cuma jauh di sudut hati ada kalanya terbit persoalan dimanakah keadilan ? 

Keadilan yang saya maksudkan adalah sikap tuan Peguam Negara kita. Jika dengan orang Umno bukan main lagi beliau tegas, bukan main lagi garang, tetapi dengan orang-orang PKR , PAS dan DAP beliau begitu lembut.

Kita semua tahu sewaktu perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim, ke mana Anwar Ibrahim tak pergi untuk mengutuk dan menghina Peguam Negara, mahkamah dan Hakim ? Bukan setakat keliling Malaysia, malah Anwar keliling dunia membicarakan perkara tersebut. Tindakan Anwar tersebut adalah terang-terangan satu tindakan yang menghina mahkamah dan sistem perundangan negara kita  serta menghina institusi kehakiman. 

Pernahkah anda dengar Peguam Negara mengeluarkan amaran kepada Anwar untuk tutup mulut atau Peguam Negara menukilkan satu rencana khusus untuk menjawab segala dakwaan Anwar ? 

Tidak kan ? 

Kalau ada pun Peguam Negara akan jawab begitu-begitu sahaja apabila ditanya pemberita....

Tetapi apabila dengan orang Umno dalam masa 24-48 jam akan segera respon dengan begitu tegas. 

Pada 6 Disember 2010 Peguam Negara telah mendakwa mantan MB Selangor di Mahkamah Shah Alam berhubung isu pembelian rumah. Selepas didakwa pada 6 Disember juga Khir menjelaskan tentang pendakwaan terhadapnya dan berkata itulah peluang untuk beliau menjelaskan diri di mahkamah. Dalam kenyataannya sikit pun Khir tidak menghina sistem perundangan dan sistem mahkamah negara kita sepertimana yang Anwar lakukan. Anda boleh lihat kenyataan Khir di sini....


Dua hari selepas itu bukan main garang lagi Peguam Negara kita mengeluarkan amaran terhadap Khir agar tutup mulut. 

Pernah anda dengar Peguam Negara keluarkan arahan kepada Anwar supaya tutup mulut ? 

Itu satu hal...satu hal lagi pula yang berlaku pada 1 Jun yang lepas. Pada 30 Mei 2013 Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan menolak rayuan Khir. Keesokan harinya Khir telah meluahkan perasaannya melalui satu tulisan di blognya. Sini...

Apa jadi selepas itu ?

Selang sehari sahaja sekali lagi Peguam Negara muncul dengan satu coretan khusus panjang lebar yang ditulisnya sendiri bagi menjawab luahan perasaan Khir. Lihat di sini

Pernah anda lihat atau baca coretan dari Peguam Negara terhadap Anwar Ibrahim ? 

Apabila melihat tindak-tanduk Peguam Negara dalam kes yang melibatkan Khir Toyo ini, saya dapat  rasakan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Mungkinkah Peguam Negara ada dendam peribadi terhadap Khir yang kita tidak ketahui ??? 

Sebabnya dengan orang lain beliau tidak bersikap sedemikian. Apa yang Anwar tidak kutuk, hina dan cerca beliau, tetapi beliau hanya buat tak tahu sahaja. 

Saya hormat Peguam Negara dan saya hormat sistem perundangan negara kita, cuma saya nak minta Peguam Negara adil kepada semua. Jangan hanya dengan orang Umno Peguam Negara berani arah tutup mulut, tetapi dengan orang PKR, PAS dan DAP Tuan Peguam Negara pula yang tutup mulut.

Tuesday, June 11, 2013

Himpunan Di KL: Kerajaan dan Polis Perlu Tegas Menghalang


Semalam DBKL telah menolak permohonan PKR untuk menggunakan Padang Merbuk sebagai tempat perhimpunan mereka pada 22 Jun ini.

Datuk Bandar KL dalam satu kenyatannya menyatakan padang tersebut telah ditempah oleh pihak lain, dan Datuk Bandar mencadangkan kepada PKR agar perhimpunan itu diadakan di tempat tertutup seperti stadium.

Dalam hal ini Datuk Bandar tak perlu nak cadang sana sini dan sebagainya. Kalau Padang Merbuk tidak boleh digunakan, cukup sahaja jawab Padang Merbuk telah ditempah pihak lain. Tak payah nak mencadang-cadang lagi.

Datuk Bandar kena ingat pihak yang DBKL sedang berurusan adalah puak-puak pembohong. Mereka boleh pusing cerita mengatakan itu hari Datuk Bandar janji nak bagi stadium. Sedangkan Datuk Bandar hanya mencadangkan. Nanti habis jadi huru hara dan tak pasal-pasal Datuk Bandar pula diheret ke kancah politik.

Berkenaan perhimpunan yang mereka hendak adakan itu, pihak polis dan kerajaan hendaklah menghalang sepenuhnya mereka. Dalam stadium atau luar stadium asalkan di Kuala Lumpur, jangan sesekali bagi. 

Kerajaan dan polis bagi atau tak bagi sekali pun, mereka tetap akan menuduh kerajaan zalim, tidak mengamalkan demokrasi dan sebagainya. Dulu polis dah benarkan mereka buat tengah-tengah pusat bandar dan juga di Stadium Merdeka, mereka tetap kata kerajaan dan polis zalim. Kalau kali ini polis tak bagi pun mereka tetap akan kata zalim. Jadi apa ke jadah laginya nak bagi ?

Masa untuk bertoleransi atau bertolak ansur sudah berlalu. Sekarang masa untuk bekerja. Masa untuk bertindak. Biarlah mereka nak kata kerajaan zalim atau tidak demokrasi. Dunia luar sudah tahu bagaimana kita mengamalkan demokrasi. Tidak guna bagi muka kepada puak-puak haram jadah itu. Bagi muka macamana sekali pun mereka tetap tidak puas. 

Mereka nak berhimpun 3 hari 3 malam pun pergilah berhimpun di Stadium Shah Alam, Stadium Melawati, Stadium Kelana Jaya, Padang MBPJ dan banyak lagi tempat lain di Selangor. Jangan bagi KL sebab mereka ada agenda jahat untuk menghuru-hara dan memalukan negara. Jangan sampai musuh-musuh luar dah masuk dalam selimut baru kita nak bertindak. 

Jika perlu umum darurat di KL pada berkenaan , umum sahaja. Jangan bagi sesiapa masuk bandar KL pada hari berkenaan. Kena tegas....jangan lagi nak berlembut untuk nak berbincang-bincang dan sebagainya. Jangan bagi muka....

Monday, June 10, 2013

Negara Makin Maju Sebahagian Rakyat Makin Bodoh


Mohon maaf kerana lama tidak mengemaskini blog ini. Musim cuti sekolah biasalah...banyak program. Sana kahwin...sini kenduri...sana lawat saudara...sini kunjung waris. 

Minggu lepas dikhabarkan puak-puak pak-khatan rakyat hendak memboikot sidang parlimen yang bakal diadakan tidak lama lagi. Mereka nak boikot kerana membantah keputusan PRU 13 yang tidak menyebelahi mereka. 

Bila mereka kata nak boikot, macam biasalah....kat Malaysia ini ramai burung kakak tua. Semuanya mengulas untuk menyatakan rasa tidak setuju mereka terhadap tindakan yang hendak dilakukan pembangkang. 

Kenapa nak halang mereka ? Kenapa nak nasihatkan mereka ? Biarkan mereka boikot ! Itulah langkah yang betul dan tepat. 

Mereka membantah, mereka tak puas hati dengan keputusan PRU 13 dan mereka tak mahu terima keputusan, maka langkah memboikot itu adalah langkah yang betul. Kenapa perlu orang lain yang nak halang-halang pula ? Kita patut raikan tindakan mereka. Kita kena puji tindakan mereka. Kalau boleh kita tambah lagi cili dan garam hingga mereka benar-benar boikot. 

Kita pun nak tengok juga pendirian mereka, samada betul atau tidak mereka nak boikot ?  Berani atau tidak mereka boikot ? 

Dalam dunia ini Malaysia satu-satunya negara yang paling unik. Negara lain jika negara mundur rakyat tidak cerdik. Negara makin maju rakyat makin cerdik. Di Malaysia pula, negara makin maju sebahagian rakyat makin bodoh...

Mana tak bodohnya, apa sahaja yang PAS , DAP dan PKR cakap semua mereka ikut dan percaya walaupun terang-terang penipuan. Itulah yang dikatakan bodoh...

Dalam urusan pilihan raya di Malaysia, untuk pengundian di peringkat Dun dan peringkat parlimen, daftar pemilih yang sama digunakan. Bukan setakat daftar pemilih sama, pihak yang mengendalikan pilihan raya (SPR) juga adalah pihak yang sama baik di peringkat Dun atau Parlimen. Diringkaskan cerita, semuanya sama. Yang membezakan hanya satu pengundian di peringkat Dun dan satu pengundian di peringkat parlimen. 

Jika untuk keputusan peringkat Dun yang mereka menang sehingga dapat tubuh kerajaan, mereka terima keputusan PRU 13. Semua negeri MB dan KM dah angkat sumpah . Tetapi di peringkat parlimen yang mereka kalah, mereka tidak terima keputusan.  

Di Selangor mereka menang sampai dapat 2/3 bukan main lagi mereka bangga dan memuja muji diri sendiri. Dulu tiada 2/3 pun. Tapi di Malaysia bila mereka kalah tidak dapat pula mereka terima keputusan.Apa punya gila ni ? Dah tiada akal ke untuk berfikir ?



Bila dengar pembangkang nak boikot persidangan parlimen, teringat pula kisah seorang pendekar tempang mereka yang bernama Safwan Anang. Pada 29 Mei 2013 dia didakwa di mahkamah. Kesalahan yang dilakukannya boleh diikat jamin sementara menunggu perbicaraan. Tetapi oleh kerana nak tunjuk lagak, nak tunjuk hero, dia tidak mahu dijamin dan mahu ke penjara. Fuhhhh....berani.....Maka masuklah dia ke Penjara Sungai Buloh. 

Tapi lepas dua hari sahaja....ulang balik.... DUA HARI....tak tahan beb....lepas dua hari dia mohon untuk dibebaskan dengan ikat jamin. Wa...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...


Alasan yang diberikan kerana merasakan dia boleh melakukan lebih banyak perkara di luar penjara berbanding di dalam penjara. Sekali lagi....mari kita gelak....

Wa...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...

Mana pergi protes kamu ? Mana pergi hero kamu ?

Kita gelak lagi....

Wa...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...dua hari sahaja hero dah terkucil dalam jel. Kah...kah...kah...kah...kah...kah...

Inilah cara pembohongan mereka....

Samalah juga dengan tindakan pembangkang nak boikot parlimen. Nak boikot konon, mereka dulu yang akan sampai di Parlimen jam 6.30 pagi nanti. Anda percaya mereka nak tolak gaji dan elaun yang beribu-ribu ? Mereka nak tolak segala kemudahan yang diberikan ? Sebelum parlimen mula bersidang pun ramai dah tempah kot dan sibuk tanya logo ahli parlimen untuk dipasang di kereta. Lagi nak bercakap nak boikot ? Anda semua percayalah cakap saya, mereka tak akan boikot punya. 

Saturday, June 1, 2013

Diluar Menyalak, Dalam Mesyuarat MT Sepatah Pun Tak Berani Bercakap


Semalam berlangsung mesyuarat ahli majlis tertinggi Umno yang pertama selepas PRU 13. Dalam mesyuarat semalam Datuk Seri Najib telah memberi peluang seluas-luasnya kepada semua ahli MT untuk bercakap apa sahaja yang terbuku di hati . 

Jangan disimpan-simpan, luah sahaja perasaan anda, Presiden dan Timbalan Presiden nak dengar. Tak puas hati dengan pilihan raya ? tak puas hati dengan Presiden ? tak puas dengan apa-apa sahaja, cakap....cakap....cakap.....

Tapi malangnya apabila sampai giliran si pengamal politik baru yang tertonggeng di Temerloh baru-baru ini, sepatah haram pun dia tak bercakap apa. 



Cis....ptui...ptui....ptui....diluar depan penyokong pembangkang bukan main lagi dia menyalak sampai minta Umno bertaubat nasuha. Dalam mesyuarat MT apabila Presiden suruh bercakap, sepatah haram dia tak bercakap. 

Tak ke celaka namanya itu ?