Wednesday, July 31, 2013

Bible dan Tujuh Ekor Anjing Dalam Rumah Wanita Yang Sambut Raya Bersama Anjing


Video klip di bawah ini memaparkan perempuan melayu tersebut mengambil wudhu untuk dirinya dan juga berwudhu untuk anjingnya pada pagi hari raya.

Perkara ini telah menimbulkan kemarahan orang-orang islam dan polis telah pun menangkap perempuan tersebut petang ini. 



Difahamkan beliau ditangkap di rumahnya di Hulu Selangor petang ini. Beliau tinggal bersama tujuh ekor anjing dalam rumahnya. Dikhabarkan juga di dalam rumahnya terdapat bible. 

Tidak kira siapa atau apa fahaman politik kita, selagi kita beragama islam kita tidak boleh atau tidak wajar menerima apa yang dilakukan oleh perempuan itu. 

Tetapi seperti biasalah, PKR sebuah parti yang dipenuhi oleh ahli-ahli sampah yang sudah tidak mengenal hukum hakam agama bermatian-matian mempertahankan perempuan itu. 

Lihat dibawah tweet oleh Lathefah Koya yang bertindak sebagai peguam kepada perempuan itu mempertikaikan tindakan yang diambil oleh polis. 


Dah terang lagi bersuluh apa yang dilakukan oleh PKR, tetapi masih ada lagi orang melayu yang tak sedar yang masih nak menyokong PKR. Hangpa takde agama ke ? 

Kalau aku jadi peguam pun aku malulah nak jadi peguam untuk pertahankan tindakan perempuan itu. Sekarang orang PKR bukan setakat sanggup jadi peguam, malah sanggup pula mempertikaikan tindakan yang diambil. 

Orang bukan islam sekarang senyum lebar bila lihat perempuan melayu wudhukan seekor anjing untuk sambut hari raya. Kemudian tindakannya itu dipertahankan oleh peguam islam pula. 

Monday, July 29, 2013

Kuala Besut : Kekuatan Idris Jusoh dan Kecelaruan Pas Buatkan BN Sapu Bersih Semua Pusat Daerah Mengundi


Sebaik sahaja Dun Kuala Besut kosong macam-macam pendapat yang dilontarkan. Ada yang kata BN akan kalah, ada yang kata BN akan menang, ada yang kata akan terbentuk kerajaan campuran dan ada yang kata MB Terengganu akan bubarkan Dun bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan untuk mendapat mandat yang lebih kuat. 

Saya sendiri pula dari awal lagi telah meramalkan Pas akan kalah di kerusi tersebut. Antara faktor utama yang mendorong saya meramalkan begitu kerana itu adalah kawasan Idris Jusoh. Pengaruh yang ada padanya 70 peratus sudah cukup untuk menjamin kemenangan BN. Ini kerana beliau sangat popular di kawasan berkenaan diatas kerja-kerja yang beliau lakukan. Orang kampung mana di Besut yang tidak kenal beliau ? Semua orang mengenalinya. Ada yang memanggilnya Pak Yeh, ada yang panggil Datuk Deris dan ada yang panggil Haji Derih.

Idris Jusoh pernah diberi nama Iblis Jusoh oleh puak-puak Pas Terengganu kerana geram dengan kehebatan beliau membuat gerakan untuk menumbangkan Pas di Terengganu pada tahun 2004. 

Selain daripada faktor Idris Jusoh, faktor orang melayu semakin takut selepas melihat keputusan PRU 13 juga turut menyumbang kepada kemenangan BN. 

Disebalik persiapan BN untuk mencatat kemenangan di Kuala Besut Pas pula bergolak dengan masalah calon dan masalah jentera PRK. 

Saya yakin 100 peratus Che Long bukanlah calon pilihan utama Pas Pusat. Sebab apa saya kata begitu ? Sebab tidak pernah berlaku lagi dalam sejarah Pas seseorang individu yang dipilih sebagai calon Pas diminta bersumpah secara terbuka di depan orang ramai sepertimana yang Pas lakukan kepada Che Long di malam pengumuman pemilihan beliau sebagai calon. 



Kita tahu selama ini setiap orang yang dipilih sebagai calon Pas akan diminta bersumpah bahawa orang itu tidak akan meninggalkan Pas atau melakukan pengkhianatan kepada Pas. Tetapi majlis bersumpah itu dilakukan secara tertutup di depan barisan kepimpinan mereka sahaja. Dalam kes Che Long beliau diminta bersumpah secara terbuka di depan orang ramai. Kenapa Che Long dimalukan sebegitu rupa ? Pas mahu supaya semua orang melihat sumpah Che Long kerana bimbangkan Che Long lompat atau keluar parti jika dia menang. Maklumlah Che Long bekas orang Umno walaupun kini beliau bendahari Pas Besut. 

Bekas-bekas Umno yang kaya-kaya masuk Pas jawatan yang selalu Pas berikan adalah bendahari. Supaya senang Pas nak kaut duit. Samalah seperti Kamaruddin Jaafar pada tahun 1998. Semasa Kamaruddin dalam Umno bersama Anwar apa yang Pas tak kata kepada dia kerana Kamaruddin berada dalam Berjaya Group yang dikuasai Vincent Tan, dimana sport toto turut terletak di bawah Berjaya Group. 

Apabila Anwar Ibrahim dipecat dan Kamaruddin Jaafar masuk Pas terus diberi jawatan bendahari Pas Pusat. Dah halal ke semua duit toto tu bila masuk akaun Pas ?  

Bercakap pasal sumpah Che Long....selama ini dalam mempertahankan Anwar Ibrahim Pas sering kata dalam islam tiada sumpah-sumpah. Yang ada hanya sumpah untuk suami isteri sahaja. Tetapi kenapa pula dalam kes Che Long Pas minta dia bersumpah ? 

Jika Che Long diminta bersumpah, kenapa pula Mustafa Ali tidak boleh bersumpah untuk menafikan dirinya empunya spender putih cap crocodile dalam satu paparan video bersama seorang wanita ? 

Berbalik kepada kisah di Kuala Besut....

Pesuruhjaya Pas Terengganu
Kecelaruan jentera PRK Pas jelas kelihatan sejak awal lagi. Besut terletak dalam negeri Terengganu. Maka sudah tentulah Pas Terengganu yang diketuai Wahid Endut perlu bertanggungjawab dalam PRK berkenaan. Pada mulanya Pas Terengganu menamakan adun Pas Paka sebagai pengarah pilihan raya mereka. Entah bagaimana jadinya tiba-tiba ianya bertukar kepada orang Pas Kelantan, Husam Musa. Dari situ orang ramai sudah boleh melihat kecelaruannya. Kemudian Pesuruhjaya Pas Terengganu , Wahid Endut meninggalkan Kuala Besut untuk menunaikan umrah. Pelik tak ? Orang yang mengetuai Pas Terengganu tinggalkan medan perang di saat perang sedang berlangsung. Sudah tentu ada yang tak kena. Jika rancangan untuk menunaikan umrah telah dirancang lebih awal sekalipun, beliau sepatutnya menangguhkan pemergiannya kerana PRK sedang berlangsung di kawasan takluknya. 

Pas sering melaung-laungkan kepada pengikut-pengikut mereka tentang perjuangan islam mereka dalam Pas. Bagi mereka berjuang dalam pilihan raya adalah satu ibadah untuk menegakkan islam. Sampai masa ketua tinggalkan perperangan untuk pergi umrah. 

Semasa kempen sedang berlangsung juga seribu satu kecelaruan Pas yang dapat dilihat. Husam Musa sebagai pengarah pilihan raya sepatutnya menjadi jurucakap rasmi Pas kepada media. Tetapi itu tidak berlaku...sekejap Dzulkifli Ahmad yang bercakap....esok pula Hatta Ramli yang bercakap. Esok lagi Satiful Bahari pula yang bercakap. Esok lagi Hanafiah pula yang bercakap. Akhirnya calon Pas tidak dibenarkan buka mulut untuk bercakap. 

Calon Pas sendiri pun tidak kurang juga peranannya dalam menambah kecelaruan terhadap Pas. Belum apa-apa lagi dia sudah berkata untuk melantik orang menguruskan tugasnya sebagai wakil rakyat jika dia menang kerana dia sibuk dengan urusan perniagaannya di Kota Bharu. 

Kehadiran Nik Aziz menuduh orang Umno tidak sembahyang menambah lagi derita Pas di Kuala Besut. Video ucapan Nik Aziz tersebar dari satu rumah ke satu rumah. Sikap melampau Pas berpolitik di bulan Ramadhan menimbulkan rasa benci pengundi kepada mereka. Mana tidaknya jika di pasar tani dan pasar Ramadhan pun Pas pasang pembesar suara kuat-kuat dan melalak-lalak berceramah membuatkan pengundi berasa jelek.

Kehadiran pelancong politik Pas dari negeri lain membuat flash mob di sana-sini membuatkan masyarakat luar bandar di Kuala Besut merasa terkejut dan menambahkan lagi rasa benci mereka terhadap Pas. 

Inilah antara sebab Pas kalah habis di semua kelapan-lapan Pusat Daerah Mengundi dimana dalam PRU 13 dua bulan setengah sebelum PRK Pas menang di dua Pusat Daerah Mengundi. 

Dalam pilihan raya kecil hebat macamana sekali pun kita jika kita bukan orang tempatan jangan kita nak berlagak. Hanya orang tempatan yang faham sensitiviti masyarakat tempatan. Di pihak BN walaupun jentera pilihan raya diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin, tetapi setiap perkara yang hendak dilakukan ianya perlu dirujuk kepada Datuk Seri Idris Jusoh dulu yang lebih memahami keadaan setempat. Sebab itu MB Terengganu sendiri selaku Pengerusi BN negeri serah kepada Idris Jusoh untuk menentukan segalanya. 

Satu lagi contoh dalam PRK Galas pada 2010. BN pada masa itu menyerahkan kepada Ku Li selaku pemimpin tempatan di Gua Musang untuk membuat segala keputusan. Apa yang nak dibuat semuanya perlu dirujuk kepada Ku Li. Jika Ku Li kata jangan makan tak perlu dilakukan. Sikap hormat menghormati akhirnya membawa kejayaan kepada BN apabila BN berjaya merampas kerusi Pas dalam PRK Galas. 

Bukan macam Pas yang caca marba. Pilihan raya di negeri Terengganu, orang Kelantan dan orang Selangor pula yang sibuk nak menjadi kapten. Akhirnya kalah habis kelapan-lapan PDM. 

Semasa kempen bukan main lagi Pas cakap berlagak kononnya mereka akan menang PRK berkenaan. Lihat sini , sini , sini , sini , sini , sini

Bila kalah tiba-tiba pula kata BN rasuah pengundi dengan projek....

Cara kempen BN sama di mana-mana PRK. Rakyat tempatan ada masalah mereka selaku kerajaan mereka selesaikan. Bila Pas kalah mereka kata BN rasuah pengundi. Bila Pas menang seperti di Kuala Terengganu tahun 2009, Bukit Gantang tahun 2009, Manek Urai tahun 2010 dan Permatang Pasir tahun 2010, mereka kata rakyat dah tolak Umno dan BN kerana mereka mengamalkan rasuah. Rasuah juga....BN menang mereka kata rasuah.....BN kalah pun mereka kata rasuah.....

Orang BN bagi duit minyak kepada pengundi luar yang pulang mengundi mereka kata rasuah. Tetapi apabila Pas bagi minyak motosikal kepada pengundi mereka kata itu sedekah jariah. Lihat video dan gambar di sini.


Itulah Pas....dulu kini dan selamanya tetap dikuasai iblis. Ada kalanya terfikir juga jenis apakah iblis yang menguasai Pas ini ? Sebab setahu kita iblis semua kena rantai pada bulan Ramadhan. Tetapi iblis Pas boleh terlepas dari rantaian sampai boleh fitnah orang tak sembahyang dan mengamalkan rasuah sesuka hati mereka sahaja. 

Tahniah diucapkan kepada semua jentera BN dari segenap peringkat yang bergerak dengan tersusun dan kemas sepanjang tempoh kempen. Semua hormat pada tugas masing-masing. Cubaan Pas untuk melaga-lagakan Datuk Seri Ahmad Said dengan Datuk Seri Idris Jusoh juga tidak menjadi. Ini satu contoh yang baik  kerana kita tidak termakan propaganda yang dicipta musuh. Akhirnya kita berjaya  mencipta kejayaan.

Takziah kepada Husam Musa kerana kalah hatrick...Kalah di Putrajaya, kalah saman dengan Kicdefella, kalah di Kuala Besut. Lain kali jangan banyak sangat berkhayal....hidup atau perancangan mesti di dunia realiti. 

Wednesday, July 24, 2013

BN Berjaya Pertahan Kuala Besut


Maklumat tidak rasmi, BN berjaya memenangi PRK Kuala Besut dengan majoriti 2605 undi. Melebihi majoriti yang diperolehi dalam PRU 13 Mei lepas.

Kuala Besut : BN Menang Pusat Pengundian Kelima-Sebarang Barat

BN terus mendahului di Kuala Besut...

Terkini BN memenangi peti undi Seberang Barat

Berikut keputusannya,

BN - 805

Pas - 452

Majoriti - 353

Kuala Besut: BN Menang Peti Undi Tok Saboh

BN terus mendahului....berikut adalah keputusan untuk PDM Tok Saboh....

Ini adalah PDM keempat yang dimenangi BN daripada 8 PDM

Berikut keputusan PDM Tok Saboh

BN - 1534

Pas - 959

BN menang majoriti 575 undi


Tinggal lagi 4 peti undi yang belum diterima keputusannya....

Kuala Besut : Lagi Satu Peti Undi Pas Ditawan BN

Dalam PRU 13 yang lepas BN kalah di peti undi Kampung Nangka dengan majoriti 79 undi....

PRK hari ini BN berjaya tawan peti undi berkenaan...

Berikut keputusan PDM Kg Nangka

BN - 524

Pas - 510

BN menang majoriti 14 undi

Setakat ini kedua-dua peti undi yang dimenangi PAS pada PRU 13 telah berjaya ditawan BN....

Petanda baik untuk kehancuran Pas....



Kuala Besut : BN Rampas PDM Bukit Puteri

Dalam PRU 13 yang lepas PAS menang di PDM Bukit Puteri dengan majoriti 90 undi. Lihat sini

Dalam PRK hari ini BN berjaya merampas kembali PDM berkenaan...

Berikut keputusan PDM Bukit Puteri

BN - 801

Pas - 753

BN menang majoriti 48 undi

Keputusan PDM Pulau Perhentian - BN Menang Majoriti 275 Undi


BN telah memenang satu dari lapan Pusat Daerah Mengundi di Kuala Besut. PDM berkenaan adalah Pulau Perhentian , dimana pusat membuang undi di pulau itu ditutup jam 3 petang.

Berikut keputusannya

Saluran 1
BN - 222
Pas - 93


Saluran 2
BN - 232
Pas - 86


Keseluruhan Undi
BN - 454
Pas - 179
Majoriti - 275

Tuesday, July 23, 2013

Kuala Besut: Calon Pas Sudah Putus Asa

Rasa tidak puas hati orang-orang Pas Terengganu terhadap calon pilihan Husam Musa di Kuala Besut terus bergelegak hingga kini. 

Mengikut sumber dalaman Pas, Azlan@Endot telah melobi untuk menjadi calon semasa PRU 13 yang lepas. Bagaimanapun Pas kawasan dan negeri tidak menyenaraikan beliau atas faktor ketidakpercayaan. Ini kerana beliau bekas ahli Umno dan kemasukkannya ke dalam Pas hanya untuk cari makan dengan kerajaan Kelantan. 

Pas pada PRU 13 yakin mereka akan dapat menawan Terengganu. Mereka bimbang sekiranya Azlan@Endot disenaraikan sebagai calon dan seterusnya terpilih sebagai Adun , dia akan melompat parti meninggalkan Pas. 

Atas sebab itulah semasa dipilih sebagai calon PRK Kuala Besut tempohari Haji Hadi terus meminta Azlan@Endot bersumpah secara terbuka di atas pentas ceramah supaya semua orang lihat apa yang dijanjikan Azlan.

Apabila tidak terpilih sebagai calon pada PRU 13, Azlan@Endot kecewa dan tinggalkan kawasannya pergi bekerja untuk Husam di Putrajaya. Orang-orangnya juga tidak menolong calon Pas yang bertanding ketika itu. 

Hari ini dia pula yang terima pembalasan apabila tidak semua orang Pas Besut yang menolongnya.

Maklumat terkini yang diterima mengatakan Azlan@Endot dah kecewa kerana masuk bertanding dalam PRK ini. Nak tahu kenapa dia kecewa , sila baca di sini

Monday, July 22, 2013

Kurang 40 Jam Sebelum Pengundian Pas Masih Bergolak Di Kuala Besut


Kurang 40 jam lagi sebelum pusat pengundian Dun Kuala Besut dibuka pada jam 8 pagi Rabu ini, masalah dalaman yang dihadapi Pas di Kuala Besut masih belum selesai hingga kini. 

Tak pernah lagi rasanya dalam sejarah pilihan raya kita boleh melihat Pas berperang sesama mereka sendiri. Seingat saya inilah kali pertama ianya berlaku. Semuanya berpunca daripada rasa tidak puas hati  perlantikan Husam Musa sebagai pengarah pilihan raya Pas.

Semua orang tahu daerah Besut dan Dun Kuala Besut terletak dalam negeri Terengganu. Ia bersempadan dengan negeri Kelantan. Seawal kerusi Dun Kuala Besut kosong Pas Terengganu telah menggerakkan jentera mereka dan melakukan apa-apa kerja yang patut dilakukan termasuk dalam soal pemilihan calon dan pembentukkan jawatankuasa PRK. Pas Terengganu diterajui oleh Abd Wahid Endut.

Mengikut maklumat yang diterima antara calon yang telah disenaraikan oleh Pas Terengganu pada peringkat awal adalah bekas Adun Kuala Besut, Nik Zawawi dan seorang pemuda Pas, Riduan Mohd Nor. Manakala Wahid Endut pula telah mengumumkan Adun Pas Paka, Satipul Bahri sebagai pengarah pilihan raya berkenaan. 

Ding...dong...ding...dong....difahamkan hasil campur tangan MB telah bersara di peringkat Pas pusat telah membawa kepada pemilihan Azlan@Endut yang juga dikatakan rapat dengan Husam Musa sebagai calon.  Bukan setakat orang Husam yang dipilih sebagai calon, malah Husam turut dilantik sebagai pengarah pilihan raya.

Seorang pun tiada pemimpin Pas Terengganu dalam sidang media yang diadakan ini
Di sini kita boleh lihat siapa yang bijak mempengaruhi MB yang telah bersara supaya mempengaruhi Pas Pusat dalam soal pemilihan calon ? 

Akhirnya Pas Terengganu membawa diri meninggalkan gelanggang PRK Kuala Besut. Segalanya telah dirampas oleh Husam. Dan kini dikatakan Pesuruhjaya Pas Terengganu membawa diri ke Mekah untuk menunaikan umrah. Secara logik beliau sebagai orang yang mengetuai Pas Terengganu tidak sepatutnya meninggalkan kawasan pilihan raya yang diadakan dalam negerinya. Betul ke beliau pergi umrah ? Atau untuk cover line sahaja kerana tak nak bagi nampak beliau merajuk ? Samada beliau pergi umrah atau tidak ianya tidak menjadi masalah. Yang penting beliau tidak kelihatan di Kuala Besut.

Panglima tinggalkan medan perang sewaktu pertempuran....wajarkah ?
Kisah apa hubungan Husem dengan calon Pas berkenaan yang wajib anda baca di sini

Ada orang Pas Terengganu yang berkata, apa ke benda ni ? Husam yang Sultan Kelantan dan Pas Kelantan pun dah tak nak, tiba-tiba dilantik sebagai pengarah pilihan raya ? Tak ke bodoh ? 

Di sini Pas bukan sahaja berantakkan sesama mereka , malah turut berdepan masalah dengan PKR. Sehingga kini jentera PKR dikatakan tidak membantu Pas. Maklumlah sebelum ini PKR Terengganu menuntut kerusi Kuala Besut untuk mereka.

Malang sungguh nasib Pas di Kuala Besut....mereka cuba nal laga-lagakan Ahmad Said dan Idris Jusoh. Kini mereka yang terlaga semasa sendiri kiri dan kanan.

Untuk melihat apa yang terjadi di Kuala Besut anda boleh lihat di sini

Saturday, July 20, 2013

Kuala Besut : Atas Kertas BN Tidak Hadapi Masalah Untuk Menang


Alhamdulillah pagi semalam selamat sampai di Kuala Besut untuk turut sama meninjau perjalanan pilihan raya kecil kerusi berkenaan. 

Semalam sempat meronda-ronda di seluruh kawasan pilihan raya. Tempatnya tidaklah besar sangat. Daripadanya tinjauan yang dilakukan dan dilihat daripada mata kasar serta keputusan tiga PRU lepas, tiada masalah untuk BN mempertahankan kerusi tersebut. 

Bagaimanapun dalam politik pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Samalah seperti perlawanan bola sepak. Jika bola sepak penuh dengan keajaiban begitu juga dengan politik. Ianya juga penuh dengan keajaiban...

Jumlah pengundi di Dun berkenaan adalah 17,683 pengundi. 


Pecahannya seperti berikut : -

Pengundi lelaki : 8920 orang (50.44 %)

Pengundi perempuan :  8763 orang (49.46 %)

Pengundi melayu : 17,455 orang (98.71 %)

Pengundi cina : 140 orang (0.79 %)

Pengundi india : 14 orang (0.08 %)

Pengundi lain-lain bangsa : 74 orang (0.42 %)

Pengundi biasa : 16,534 orang (93.33 %)

Pengundi tentera : 1134 orang (6.59 %)

Pengundi polis :14 orang (0.08%)

Pengundi luar negara : 1 orang (0.01 %)


Terdapat lapan Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam Dun berkenaan....

1 - PDM Pulau Perhentian (734 pengundi)

2 - PDM Seberang Barat (1645 pengundi)

3 - PDM Kampung Nail (1778 pengundi )

4 - PDM Seberang Barat Luar (3084 pengundi)

5 - PDM Tok Saboh (3223 pengundi)

6 - PDM Kampung Nangka ( 1231 pengundi)

7 - PDM Kampung Baru (3567 pengundi)

8 - PDM Bukit Puteri (2421 pengundi)


Keputusan PRU 13 pada 5 Mei 2013 menyaksikan calon BN, Dr A. Rahman mendapat 8809 undi dan calon calon Pas, Napisah Ismail mendapat 6375 undi. BN menang dengan majoriti 2434 undi.

Pecahan undi yang dipungut oleh parti bertanding mengikut Pusat Daerah Mengundi seperti berikut,

1 - PDM Pulau Perhentian  (BN 448) (Pas 179) BN menang majoriti 269 undi

2 - PDM Seberang Barat  (BN 838) (Pas 528) BN menang majoriti 310 undi

3 - PDM Kampung Nail  (BN 879) (Pas 580) BN menang majoriti 299 undi

4 - PDM Seberang Barat Luar  (BN 1675) (Pas 919) BN menang majoriti 756 undi

5 - PDM Tok Saboh (BN 1679) (Pas 1062) BN menang majoriti 617 undi

6 - PDM Kampung Nangka (BN 496) (Pas 575) Pas menang majoriti 79 undi

7 - PDM Kampung Baru (BN 1092) (Pas 1031) BN menang majoriti 61 undi

8 - PDM Bukit Puteri (BN 1012) (Pas 1102) Pas menang majoriti 90 undi

9 - Undi Pos & Undi Awal (BN 626) (Pas 399) BN menang majoriti 227 undi


Pada PRU 12 tahun 2008 BN menang semua PDM termasuk PDM Kg Nangka yang dimenangi dengan majoriti 60 undi dan PDM Bukit Puteri, BN menang dengan majoriti 62 undi.

Pada PRU 11 tahun 2004 BN juga menang di semua PDM kecuali undi Pos yang dimenangi Pas dengan majoriti 170 undi. 

Seperti yang saya katakan di atas berdasarkan keputusan-keputusan yang lepas-lepas tidak menjadi masalah untuk BN mempertahankan kerusi Kuala Besut.





Video Kuala Besut : Orang Umno Tak Sembahyang - Nik Aziz

Apabila tibanya bulan Ramadhan, sebagaimana biasa kita akan mendengar satu hadis yang sering dibacakan oleh para ustaz di masjid-masjid atau diperdengarkan kepada khalayak ramai iaitu hadis yang datang dari Abu Hurairah RA yang bermaksud :

"Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda : Apabila tibanya bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga, dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.."

Hadis ini diriwayatkan Bukhari dan Muslim.

Tetapi kalau masih ada manusia yang masih membuat tuduhan-tuduhan yang bukan-bukan terhadap orang lain pada bulan Ramadhan, syaitan jenis apakah yang masih menguasai manusia itu ?

Itu bukan lagi syaitan, sebab syaitan semua dah kena rantai pada bulan Ramadhan, itu lebih atas daripada syaitan lagi gamaknya....



Orang umno tak sembahyang ?  Setiausaha agung parti islam langgan pelacur...

Monday, July 15, 2013

PRK Kuala Besut : Pas Tidak Lagi Benarkan Calon Mereka Bercakap Dengan Wartawan


BESUT – Pas memutuskan untuk tidak membenarkan Azlan @ Endut Yusof, calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, membuat kenyataan secara spontan kepada media.

Pengurus Kempen PRK Dun Kuala Besut, Hanafiah Mat berkata, beliau sendiri akan membuat kenyataan bagi pihak Azlan.

"Kita ambil pendekatan ini untuk mengelak kenyataan calon (Azlan) daripada dimanipulasi (oleh pihak musuh)," katanya.

Hanafiah menjelaskan, pihaknya berbuat demikian bukan kerana mahu terlalu melindungi Azlan atau menghalangnya bekerjasama dengan media.

"Dalam keadaan tertentu, calon akan diberi peluang buat kenyataan. Kita cuma tidak mahu kenyataannya dimanipulasi atau disalah erti," katanya.

Menurutnya, apa berlaku kelmarin adalah satu contoh kenyataan Azlan disalah tafsir oleh media.

"Beliau orang baru dalam politik, mudah tersalah cakap ketika menjawab. Sebab itu, lepas ini beliau tidak akan buat kenyataan spontan lagi. Kenyataan akhbar mesti melalui pengurus kempen," katanya.

Dalam kenyataan akhbar disiarkan semalam, Azlan, seorang kontraktor yang lebih dikenali dengan panggilan Che Long, dilaporkan berkata, beliau akan mengupah orang untuk menjalankan tugas sebagai wakil rakyat jika beliau dipilih oleh pengundi pada PRK ini, sementara beliau sendiri akan memberi tumpuan kepada perniagaannya di Kelantan.

Diminta menjelaskan mengenai kenyataan itu, Hanafiah memberitahu, apa yang dimaksudkan Azlan ialah mahu melantik pembantu dan kerani untuk melicinkan tugasnya sebagai wakil rakyat nanti.

"Kenyataan ini jelas dimanipulasi hingga kami buat keputusan mengehadkan kenyataannya dengan media," katanya.

Sumber : Sinar Harian


RBF:  Macamana nak jadi wakil rakyat kalau nak bercakap pun parti tak bagi ? Sikit hari lagi nak bagaimana bercakap dalam Dewan Undangan Negeri kalau nak bercakap dengan wartawan pun tak boleh ?

Friday, July 12, 2013

Video:Azam Calon Pas Sekiranya Beliau Menang Di Kuala Besut




Belum menang lagi dia dah pasang niat apa yang dia nak lakukan sekiranya dia menang. Dia nak serah kepada orang lain untuk jalankan tugas wakil rakyatnya. Dia sibuk dengan urusan perniagaannya.

Wednesday, July 10, 2013

Lagi Kelicikan dan Kejahatan DAP Terdedah


DAP tetap musuh abadi saya sampai bila-bila. Pada saya DAP perlu dihancur sehancur hancurnya samada dengan cara terhormat atau dengan cara kurang ajar. 

Kita perlu tentang DAP sebagaimana panglima-panglima perang islam menentang kafir satu masa dahulu. Kita perlu tentang DAP sebagaimana pejuang-pejuang kita menentang komunis. DAP tidak harus dibiarkan terus berkembang mulai saat ini. Pemimpin melayu yang ada kuasa dan ada telur kena bertindak segera. 

Kita tidak bermusuh dengan cina tetapi kita bermusuh dengan DAP. 

Bukan semua cina setuju dengan DAP sekarang, mereka pun hadapi masalah juga...

Klik di sini

Friday, July 5, 2013

Yusof Qaradawi : Sibuk Campur Urusan Politik Malaysia, Negara Sendiri Huru Hara


Orang yang dikatakan ulama terkenal dunia , Yusof Qaradawi yang berasal dari Mesir dan menetap di Mesir pernah campur tangan dalam urusan politik Malaysia apabila menulis sepucuk surat kepada rakyat Malaysia supaya menyokong Anwar Ibrahim sebagai PM. Lihat sini

Daripada Mesir dia cuba untuk campur tangan hal ehwal politik Malaysia....

Hari ini kita semua tahu apa yang terjadi di Mesir...

Di negara dia sendiri pun huru hara dan dia tak boleh nak nasihatkan rakyat negaranya atau selesaikan masalah, ada hati pula dia campur urusan politik di Malaysia dan nak nasihatkan rakyat Malaysia. Lucu kan ? 

Berhubung dengan krisis yang berlaku di Mesir, dijangkakan krisis tersebut akan semakin teruk dalam masa beberapa hari ini. 

Seperti yang kita maklum ramai rakyat Malaysia yang berada di Mesir, terutamanya para pelajar. Dalam krisis yang berlaku beberapa tahun lalu kerajaan telah memunggah rakyat Malaysia pulang ke tanah air demi menjaga keselamatan mereka. Seperti yang kita sedia maklum juga ramai para pelajar Malaysia adalah penyokong Pas. 

Saya jangka untuk krisis kali ini kemungkinan besar kerajaan sekali lagi akan menggerakkan operasi membawa pulang rakyat Malaysia. 

Demo bersih di Cairo
Untuk operasi kali ini saya cadangkan agar kerajaan hanya membawa pulang rakyat Malaysia yang tidak berparti atau yang menyokong BN sahaja. Yang sokong Pas atau puak-puak Pas jangan di bawa pulang. Sebab selama ini mereka memang suka kepada demonstrasi jalanan dan sebagainya. Sampai di Mesir pun mereka buat demo bersih dan sebagainya. Jadi kali ini biar mereka hidup dalam demonstrasi yang menjadi kegemaran mereka. Tak perlu kita nak fikir pasal keselamatan mereka dan sebagainya. Sebab masa mereka buat demo pun mereka tidak pernah fikir pasal keselamatan dan kesusahan orang lain. 

Hiduplah kau orang dalam demonstrasi yang menjadi kegemaran kau orang selama ini...

Thursday, July 4, 2013

KLIA2 : MAHB,UEM dan Binapuri Jangan Jadi Lembu Kenyang


Penghujung Ogos 2010 PM telah melakukan majlis pecah tanah pembinaan KLIA2 bagi menggantikan terminal tambang murah (LCCT) sedia ada. Syarikat UEM Construction Sdn Bhd dan Binapuri Holdings Berhad telah dipilih sebagai kontraktor utama pembinaan berkenaan.

Mengikut jadual projek berkenaan perlu disiapkan dalam tempoh 20 bulan.

Jika diambil kira bermula pada bulan September 2010, bermakna KLIA2 sepatutnya siap pada Jun 2012. Namun sehingga kini ianya masih belum siap. Dikatakan lima kali penangguhan telah dilakukan. Awal tahun ini Malaysia Airport Holdings Berhad selaku tuan kepada KLIA2 mengumumkan bahawa lapangan terbang itu akan dirasmikan pada 28 Jun 2013. Bagaimanapun beberapa minggu lalu MAHB sekali lagi mengumumkan penangguhan penyiapan KLIA2  ke April 2013. 

Dimana yang tak kena dan apa yang tak kena sehingga penangguhan demi penangguhan terpaksa dilakukan ? 

Sehingga ke hari ini MAHB, UEM dan Binapuri gagal menjelaskan secara terperinci kepada rakyat kenapa perkara itu berlaku. 


Selain daripada soal kelewatan, soal kos turut menjadi persoalan. Kos asal dikatakan berjumlah RM 1.9 bilion telah meningkat kepada RM 4 bilion. Jika benar ianya menunjukkan peningkatan 100 peratus dan boleh membina sebuah lapangan terbang lain. Jika benar ini juga tidak adil kepada penender-penender lain yang turut membida projek berkenaan. Penender lain mungkin tidak berjaya kerana mereka masuk dengan harga tinggi, maka MAHB memilih UEM dan Binapuri kerana mereka masuk dengan harga yang logik. Tetapi jika kos meningkat sehingga 100 peratus adakah ianya masih lagi logik ? 

Soal berkenaan dengan kelewatan dan peningkatan kos KLIA2 telah beberapa kali dibangkitkan oleh DAP dan turut dijadikan modal oleh mereka dalam PRU yang lalu untuk menghentam BN. Malangnya MAHB dan UEM bersikap seperti lembu kenyang. Mereka terus membiarkan pembangkang memainkan isu berkenaan tanpa mereka menjawab dakwaan-dakwaan pembangkang. Kesalahan bermula dari mereka, yang kena BN. Orang lain yang makan nangka orang lain yang kena getahnya. Apa yang susah sangat nak panggil satu sidang media dan jelaskan dengan terang segala punca kelewatan dan peningkatan kos ? 

Wednesday, July 3, 2013

Apakah Setiap Hari Pengerusi Tabung Haji Boleh Keluarkan Wang Jemaah Untuk Dimasukkan Ke Dalam Akaunnya ?


Berpuluh-puluh tahun Pas menidakkan usaha orang lain membangunkan syiar islam di bumi Malaysia, termasuklah menidakkan usaha Umno ke arah itu. Bagi mereka dalam Malaysia ini hanya mereka sahaja yang islam. Orang lain semua tak islam...

Apa yang Pas tak kata kepada Umno ?

Apa yang Pas tak kafirkan Umno ? 

Waktu Tun M nak tubuhkan ASB dulu, Pas hasut orang supaya jangan melabur dalam amanah tersebut kerana katanya haram. Malah ada pemimpin Pas yang mengibaratkan pelaburan dalam ASB seperti mencampak seketul daging lembu dalam sekawah daging babi untuk menghalalkan gulai babi. Hari ini cuba kita periksa berapa banyak pemimpin dan orang-orang Pas yang simpan duit dalam ASB ?

Selain ASB, Pas memperlekehkan usaha Umno melalui Kerajaan BN menubuhkan Universiti Islam, Bank Islam, Tabung Haji dan beberapa agensi berteraskan islam yang lain. Umno terus meneruskan di tuduh kafir. 

Dua hari lepas Tabung Haji membuat pengumuman perlantikan Ahli Parlimen Baling yang juga bekas ahli lembaga pengarah Tabung Haji, YB Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai pengerusi TH yang baru. 

Pas parti yang sudah tidak ada agenda islamnya sekarang ini , tiba-tiba menjadi prihatin terhadap Tabung Haji. Badut Pas lulusan SRP yang tidak asing lagi dengan kenyataan-kenyataan bodohnya membuat kenyataan seperti berikut semalam, 
KUALA LUMPUR: PAS mendesak kerajaan menjelaskan kriteria serta syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk pemilihan seseorang bagi memegang jawatan Pengerusi Tabung Haji.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang ditemui di lobi parlimen berkata, perkara itu amat penting kerana Tabung Haji merupakan tabung amanah yang dipertanggungjawabkan oleh penyimpan (orang Islam) untuk diuruskan dengan lebih baik. 
"Kita tidak mahu isu yang dibangkitkan sebelum ini berkenaan Tabung Haji ini berulang kembali, amanah rakyat perlu ditunaikan bukannya mengkhianati," ujarnya 
Naib Presiden PAS itu turut mepertikai tindakan kerajaan seolah-olah menggunakan konsep 'tangkap muat' dalam mengisi jawatan-jawatan penting di dalam syarikat milik kerajaan (GLC). 
Menurutnya lagi, tindakan itu umpama ‘balasan’ kepada ahli parlimen yang tidak dilantik sebagai timbalan menteri atau menteri bagi ‘membantu’ mereka menambah pendapatan. 
"Saya tidak mempertikaikan lantikan dari kalangan ahli-ahli parlimen tetapi yang penting adalah ketelusan serta syarat-syarat wajib bukannya sebagai balasan akibat tidak dilantik mengisi jawatan dalam kabinet. 
"Kebimbangan saya adalah apabila kita tidak membuat satu tapisan, sudah pasti hala tuju Tabung Haji itu masih lagi berada dalam keadaan yang samar. 
"Kita perlu melihat bagaimana Tabung Haji dibentuk peringkat awal, susah payah mereka yang terlibat pada peringkat sekarang dan masa akan datang. Perkara ini bukannya boleh dipandang mudah, misi dan visi perlu jadi agenda utama," sambung beliau lagi. 
Harakahdaily

Pas tanya kriteria yang diperlukan ?

Salah satu kriteria yang diperlukan untuk menjadi Pengerusi TH calonnya mesti tidak pernah kantoi berzina. Kalau dah kantoi berzina sampai ada rakaman video lagi, tak kan nak dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji pula ? Pas tak malu ke nak bercakap pasal kriteria jika Pas sendiri pun tak boleh ikut kriteria dalam melantik setiausaha agung parti sendiri yang dimegah-megahkan dengan nama Parti ISLAM Semalaysia ?

Mahfuz kata TH tabung amanah yang dipertanggungjawabkan oleh penyimpan untuk diuruskan dengan baik. 

Ya betul, sampai hari ini walaupun kerajaan BN dituduh kafir tetapi sejak penubuhan TH sehingga ke hari ini tidak pernah ada pendeposit di TH yang gagal mengeluarkan duit mereka kerana TH telah kehabisan wang. Malah TH juga tidak pernah gagal berkongsi keuntungan dengan penyimpan-penyimpan mereka setiap tahun. Alhamdullilah sehingga hari ini pemimpin-pemimpin Umno, BN yang sering Pas tuduh kafir, perompak atau perasuah masih lagi tidak menodai kepercayaan orang islam terhadap TH. Malah dalam PRU yang baru berlalu Umno terus mendapat sokongan padu orang-orang islam. Bukan seperti Pas yang mengutip derma dari orang ramai atas nama anak-anak yatim Memali, kemudian lesap begitu sahaja sehingga ada pemimpin Pas yang boleh beli kereta merchedes. Selain daripada penyelewengan Tabung Memali, kita juga tidak lupa penyelewengan Pas dalam Kohilal. Sampai hari ini berjuta-juta duit ahli-ahli Pas yang melabur ranap dan hanyut bersama Kohilal. 

Soal perlantikan di kalangan orang-orang politik dan soal pembalasan.

Tidak ada masalah melantik orang politik sebab selama ini yang tadbir dan yang uruskan negara ini pun orang politik. Umno ajak Pas bersatu dengan mereka untuk sama-sama mentadbir negara ini, Pas tolak. Pas kata lebih baik mereka duduk makan babi bersama DAP daripada duduk minum teh dengan Umno. Mintalah DAP lantik....Di Pulau Pinang Pas ada adun, seorang pun Lim Guan Eng tidak lantik sebagai exco. Jika Pas bersama Umno dah tentu macam-macam jawatan yang mereka akan dapat. Setakat pengerusi TH kecil sangat. Banyak lagi jawatan lain yang boleh diberi. Tapi apakan daya, kamu yang tak mahu. Jadi sekarang tak usahlah nak bising-bising jika ahli parlimen BN diberi jawatan. Kami parti yang memerintah....

Perkara terakhir Mahfuz kata bagaimana TH susah payah dibentuk di peringkat awal.

Betullah tu...memang TH susah payah ditubuh di peringkat awal untuk membolehkan umat islam di Malaysia pergi menunaikan haji dalam keadaan tersusun dan tidak perlu lagi menjual tanah dan sebagainya. Dalam hal ini Mahfuz telah mengiktiraf usaha yang dibuat BN untuk membentuk TH. Alhamdullilah hari ini TH gemilang dan terus gemilang. Setiap tahun kini TH mampu memberi subsidi lebih RM 4000.00 setahun kepada setiap jemaah muasasah yang menunaikan haji wajib (haji kali pertama). Terima kasihlah kerana mengiktiraf usaha BN susah payah menubuhkan TH. 

Soal perlantikan Azeez sebagai Pengerusi TH....

Ada yang kata beliau tidak layak dan lebih melucukan ada yang kata dia bukan melayu asli . Apa, Azeez kafirkah ? Orang yang bercakap pun sembahyang belum tentu cukup jika nak dibandingkan dengan Azeez. Orang yang bercakap belum tentu dapat jadi imam solat jika nak dibandingkan dengan Azeez. 

Saya perhatikan apa cuba dilakukan adalah membunuh karektor. Sampai saat ini pun tidak ada satu bukti yang dikemukakan. Sekadar membuat tuduhan sahaja. Anwar Ibrahim dan Mustafa Ali yang bukti terang-terang depan mata, penyokong-penyokong pembangkang butakan mata dan pekakkan telinga sahaja. 

Pengerusi TH tidak ada kuasa eksekutif. Tidak ada kuasa untuk menentukan pelaburan dan sebagainya. Antara tugas utama pengerusi sesebuah syarikat selain daripada mempengerusikan mesyuarat adalah untuk memastikan urusan-urusan dengan kerajaan berjalan lancar. Walaupun TH sebuah syarikat berkaitan kerajaan bukan semua urusan mereka dengan kerajaan boleh dipermudahkan begitu sahaja. Mereka tetap kena lalui prosedur, peraturan, karenah dan birokrasi seperti biasa. Di sinilah pentingnya peranan pengerusi. 


Sebagai contoh, katakanlah tahun ini TH memerlukan bilangan doktor dan jururawat yang lebih dari Kementerian Kesihatan untuk dibawa ke Mekah bagi urusan kesihatan jemaah haji. Mereka kena minta dengan Kementerian Kesihatan. Bukan sekali minta terus boleh dapat. Sudah tentu perlukan mesyuarat demi mesyuarat untuk kelulusan. Dan dalam hal ini pengerusi memainkan peranan penting bagaimana nak deal dengan kerajaan untuk kelulusan. 

Itu baru satu contoh, banyak lagi perkara-perkara lain yang perlu di runding dengan pelbagai agensi kerajaan termasuklah dalam soal penambahan kuota haji dan sebagainya. Ini semua pengerusi memainkan peranan penting. Manakala CEO sibuk dengan urusan pelaburan dan perniagaan. CEO pun pening kepala juga memikirkan bagaimana nak tambah keuntungan agar TH dapat terus menambah subsidi untuk jemaah haji bagi mengelak kenaikan kos mengerjakan haji. 

Azeez memang ada kepakaran dalam bab runding berunding dan juga minat mendalam beliau dalam soal kerja-kerja kebajikan. Jika beliau tidak ada kepakaran dalam bab runding berunding, tak mampu beliau nak bawa balik anak-anak gadis melayu dari Lombok. Tempat yang penuh halangan dan rintangan. Malah ada sesetengah tempat beliau terpaksa naik jet ski untuk melarikan gadis melayu dari tempat mereka disembunyikan. Orang tak tahu semua itu...Mamak juga yang selamatkan gadis melayu....

Soal kerja-kerja kebajikan beliau tidak perlu nak dipertikaikan lagi. Beliau minat ke arah itu. Dan di sini saya nampak beliau boleh memainkan peranan yang besar lagi untuk meningkatkan kebajikan jemaah-jemaah haji Malaysia semasa di Mekah. 

Ada yang membuat tuduhan liar kononnya beliau akan merompak TH dan sebagainya. Janganlah terlalu bodoh sangat. TH bukannya seperti Tabung Memali Pas. Mereka ada pelbagai wakil dalam ahli lembaga pengarah. Salah seorangnya adalah KSU Kementerian Kewangan. Senarai ahli lembaga pengarah boleh dilihat di sini. Bukannya masuk pejabat setiap pagi Azeez boleh tandatangan cek dan masukkan dalam akaun beliau. 

Akhir kata berilah peluang kepada beliau buktikan. Dan saya yakin beliau akan mampu laksanakan tugasnya. Selamat maju jaya kepada Datuk Azeez. 

Monday, July 1, 2013

Lagu Negaraku Dirosakkan Oleh Jaclyn Victor


Lagu Negaraku selaku rasmi negara kita tertaluk dibawah Akta Lagu Kebangsaan 1968 (Akta 390) telah diluluskan sejak tahun 1968 oleh Parlimen Malaysia.  Lihat di sini

Akta ini diwujudkan bagi menjaga kredibiliti, prestij, kewibawaan dan maruah lagu Negaraku yang merupakan satu-satunya lagu kebangsaan negara.

Tindakan menghina, mempersenda, mengeji, mencemar, mencampur aduk, mengubah rentak atau lirik dan sebagainya secara sedar ataupun tidak dalam apa jua keadaan adalah dilarang dan pelaku kesalahan tersebut boleh ditangkap serta didakwa di mahkamah untuk diadili sewajarnya.



Menurut Seksyen 8 (1) Akta Lagu Kebangsaan 1968, rakyat Malaysia hendaklah menunjukkan rasa hormat, sayang dan mencintai lagu kebangsaan dan dikehendaki berdiri apabila lagu Negaraku dinyanyikan pada bila-bila masa dan di mana jua.

Seksyen 8 (2) pula menegaskan bentuk hukuman kepada sesiapa yang ingkar dan tidak menunjukkan rasa hormat kepada lagu Negaraku, di mana seseorang itu boleh didenda tidak melebihi RM100.00 atau penjara tidak melebihi satu (1) bulan sekiranya di dapati bersalah oleh mahkamah.

Manakala Seksyen 8 (3) pula dengan jelas menerangkan apa sahaja perlakuan yang boleh membawa dan menjurus kepada merendahkan prestij lagu kebangsaan pada pandangan masyarakat awam adalah dianggap sebagai tindakan tidak menghormati lagu berkenaan.

Dua malam lepas saya yakin ramai diantara kita menyaksikan siaran langsung di kaca tv atau di Stadium Nasional Bukit Jalil perlawanan akhir Piala FA. Sudah menjadi tradisi lagu kebangsaan akan dimainkan sebelum sesuatu perlawanan bermula. Namun pada malam tersebut sesuatu yang tidak patut berlaku telah berlaku. Dimana penyanyi, Jaclyn Victor telah menyanyikan lagu tersebut dengan cara yang salah. 

Sejak dibangku pra sekolah lagi cikgu-cikgu telah mengajar anak kita cara menyanyi dan menghormati lagu kebangsaan dengan betul. Tiba-tiba muncul Jaclyn Victor menyanyikan lagu tersebut seperti orang sembelit, secara langsung ke seluruh negara. 


Lagu Negaraku lagu rasmi, jadi nyanyikanlah secara rasmi. Tak perlu nak ubah rentak atau tempo mengikut cara artis buat konsert.

Dalam hal ini FAM selaku penganjur yang menjemput Jaclyn Victor perlu bertanggungjawab. Perkara tersebut tidak akan berlaku jika FAM prihatin terhadap peraturan yang ada.