Thursday, September 26, 2013

Kes Tun Faisal:Empat Tahun Rumah Siap Kini Pahat Kembali Berbunyi

Tiga empat bulan dulu lagi saya dah jangka apabila tiba musim pemilihan Umno yang akan membuat hal untuk mencalarkan pemilihan ini atau memberi peluru kepada musuh adalah di kalangan pemain-pemain media cyber pro Umno sendiri. 

Hari ini perkara itu sudah hampir menjadi kenyataan....

Sejak malam tadi berlaku kekecohan di FB dan blog berhubung ketiadaan nama Saudara Tun Faisal dalam senarai calon Majlis Tertinggi Umno. Bukan nama Tun Faisal sahaja yang tidak ada , malah nama calon nombor 11 yang saya difahamkan namanya Zainul Fitri, pun tidak ada juga dalam senarai. Mengikut maklumat yang diterima mengatakan kedua-dua nama mereka digugurkan kerana tidak melepasi syarat yang ditetapkan walaupun Saudara Tun Faisal kini seorang Exco Pemuda Umno Malaysia. 

Ada di kalangan penyokong-penyokong Saudara Tun Faisal yang terlebih emosi apabila perkara itu timbul dan menyalahkan jawatankuasa pemilihan serta Umno sendiri. 


Umum mengetahui pindaan perlembagaan Umno yang dibuat pada tahun 2009 diketuai oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein. Beliaulah orang yang bertanggungjawab merangka dan membentang perlembagaan itu sehingga ianya diluluskan dalam Perhimpunan Khas 2009. Untuk perhatian, Saudara Tun Faisal adalah salah seorang yang pernah berkhidmat sebagai pegawai kepada Datuk Seri Hishamuddin.
Perhimpunan agung khas, yang bermula sejak pukul 12.20 tengah hari berakhir sejam kemudian, dengan meluluskan sebulat suara tujuh pindaan Perlembagaan parti yang dibentangkan Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. 
Pindaan pertama diluluskan ialah meningkatkan bilangan perwakilan yang akan memilih pucuk pimpinan tertinggi parti dan di peringkat bahagian daripada 2,500 perwakilan sekarang kepada 146,500 perwakilan. 
Pindaan kedua melibatkan penghapusan sistem kuota bagi menjadikan UMNO lebih demokratik dan membuka ruang seluas-luasnya kepada ahli bertanding, kata Hishammuddin. 
Syarat minimum bagi pertandingan mana-mana jawatan MT ialah perlu mendaftarkan diri dan pernah memegang jawatan Ahli Majlis Tertinggi atau AJK Bahagian selama satu penggal. 
Bagi anggota UMNO yang ingin bertanding untuk AJK bahagian perlu menjadi ahli selama tiga tahun. 
Utusan Online 15/10/2009
Pindaan itu menyatakan seseorang calon yang hendak bertanding jawatan dalam Majlis Tertinggi syaratnya pernah menjadi ahli MT atau AJK Bahagian. Tahun 2009 lagi peguam Umno pernah menulis di blog beliau tentang perkara tersebut. Lihat di sini

Kini setelah empat tahun berlalu perkara yang sudah dipersetujui dan diluluskan oleh ahli-ahli Umno  mula menjadi pertikaian. Jika tak puas hati kenapa tidak pertikai pada waktu itu ? Kenapa tak pertikai pada tahun 2010, 2011 atau 2012 ? 

Sebelum ini pun Jawatankuasa Pemilihan dan Setiausaha Kerja Umno sudah mengelilingi negara berjumpa dengan Umno negeri-negeri menerangkan tentang sistem pemilihan baru. Kenapa waktu itu tidak pertikai ? Lihat sini

Hari ini bila rumah sudah siap pahat pula berbunyi....

Ada yang membandingkan kelayakan Akram Shah bertanding jawatan Ketua Pemuda. Syarat yang dikenakan untuk bertanding pemuda dan MT tidak sama. Dimana untuk bertanding pemuda syaratnya menjadi ahli Umno selama tiga tahun. 

Ada yang kata jika Akram Shah menang selaku Ketua Pemuda beliau akan menduduki MT setaraf dengan Naib Presiden sedangkan dia tidak pernah menduduki MT atau AJK Bahagian sebelum ini. 

Pertikaian seperti ini samalah seperti pertikaian yang dibangkitkan oleh Anwar Ibrahim iaitu menang undi popular tetapi tidak boleh menjadi kerajaan. 

Peraturan, sistem, undang-undang atau perlembagaan telah dipersetujui bahawa parti yang menang kerusi terbanyak adalah parti yang menjadi kerajaan. Samalah dengan Akram Shah, perlembagaan Umno telah menetapkan begitu, maka ikutlah peraturan yang telah ditetapkan. Perlembagaan tersebut bukannya dibuat di bawah pokok, tepi longkang, di kedai kopi atau Akram Syah sendiri yang membuat peraturan. Ianya dibuat dalam Dewan Merdeka depan ribuan ahli Umno. Semua sudah setuju maka jadilah ianya sebuah peraturan. 

Tidak ada gunanya membalun Jawatankuasa Pemilihan atau Setiausaha Kerja Umno sebab mereka menjalankan peraturan yang telah ditetapkan oleh ahli-ahli Umno. Salahkanlah Datuk Seri Hishamuddin selaku orang yang merangka dan membentang perlembagaan itu. Salahkanlah ahli-ahli Umno yang meluluskan perlembagaan itu. 

Saya minta maaf jika ada yang terasa dengan tulisan ini. Saya tidak berniat nak berperang dan berkelahi dengan mana-mana pihak. Cuma saya rasa terpanggil untuk menjawab apabila parti saya dan parti anda disalahkan secara meluas sejak malam tadi lagi. Anda sudah tulis , anda sudah luahkan apa yang terbuku di hati anda. Sekarang tidak salah untuk saya menjawab dan meluahkan pula apa yang terbuku di hati saya. 

Minta tolonglah kawan-kawan semua yang sealiran dengan saya....saya merayu angkat 10 jari kepada semua dan kalau ada yang minta cium kaki dia pun saya sanggup cium. Hal berkenaan parti kita dan sedikit sebanyak masalah yang timbul selesaikanlah ikut belakang. Tak perlulah nak tulis dalam blog atau FB hebahkan seluruh dunia. Ini sistem baru dan kali pertama digunakan, maka sudah tentulah ada sedikit sebanyak masalah yang timbul. Lama kelamaan ianya akan bertambah baik. Tidak ada gunanya kita memberi peluru kepada musuh. Akhirnya kita juga yang kena balik. Kalau nak ikutkan tak puas hati saya pun ada perkara yang tak puas hati. Tetapi saya hanya meluahkan perasaan tidak puas hati saya di belakang tabir. Saya pun rasa tak patut apabila Tun Faisal tak layak bertanding kerana beliau pernah pegang jawatan yang lebih tinggi daripada AJKBahagian. Namun kerana peraturan sudah dipersetujui begitu maka kita kena akur. Mungkin perlembagaan itu boleh dipinda di masa akan datang untuk membenarkan Exco Pemuda bertanding MT.

Tuesday, September 24, 2013

Idris Jusoh Wajar Dijadikan Contoh Terbaik


Dua minggu lepas saya menulis di sini mencadangkan agar Datuk Seri Idris Jusoh memasuki gelanggang pertandingan Naib Presiden Umno Malaysia. Apabila tiba hari yang ditunggu-tunggu iaitu hari penamaan calon pemilihan Umno Sabtu lepas lain pula yang terjadi. Bukan borang Naib Presiden Umno Malaysia yang dihantar sebaliknya borang Naib Ketua Bahagian Besut yang beliau hantar. 

Sewaktu menerima berita tersebut pening juga kepala saya dibuatnya. Betul ke....betul ke ? Tak mungkin....tak munasabah....tak logik.... Itu yang bermain di kepala. Ya lah beb....mana ada orang yang pegang jawatan menteri, pegang jawatan ketua bahagian, mendapat sokongan padu ahli-ahli dan rakyat kawasannya sanggup turun pangkat dari nombor 1 ke nombor 3 ? Kalau boleh semuanya nak pergi ke jawatan yang lebih tinggi. 

Rupa-rupanya perkara tersebut betul....

Nampaknya saya tidak salah orang apabila sebelum ini beberapa kali saya pernah menulis atau menjulang Idris Jusoh di blog ini. Orang yang saya angkat atau saya julang adalah orang yang tepat. 

Sekarang ini di musim pemilihan kita sering mendengar ada orang yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan-jawatan dalam Umno menggunakan ungkapan "saya menawarkan diri untuk bertanding kerana hendak meremaja dan mentransformasikan Umno". Ada yang telah memegang jawatan berpenggal-penggal pun menggunakan ayat tersebut sebagai alasan untuk mereka masuk bertanding. 

Idris Jusoh cakap apa pun tidak....tahu-tahu beliau terus melakukannya....

Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya tidak mengenali Idris secara peribadi dan tidak pernah sekali pun bertemunya secara empat mata atau enam mata sekali pun. Jika saya tidak mengenalinya secara peribadi maka sudah tentulah Idris langsung tidak mengenali saya. Daripada maklumat yang saya dapat melalui kawan-kawan mengatakan Idris melepaskan jawatannya sebagai Ketua Bahagian kerana ingin memberi peluang kepada orang lain memimpin Umno Bahagian Besut. 

Saya berani kata jika Idris Jusoh meninggalkan Umno Besut dengan begitu sahaja, maka haru birulah Umno Besut. Kekuatan dan pengaruh Idris Jusoh di Besut tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. Jika hari ini beliau masuk Pas, saya percaya dalam pilihanraya akan datang semua kerusi BN yang ada di Besut sekarang akan menjadi milik Pas. Itulah yang saya boleh gambarkan kepada anda bagaimana kuatnya pengaruh beliau di Besut. Ianya sangat luar biasa. 

Umno Bahagian Besut antara salah satu bahagian Umno yang paling baik dalam Malaysia. Dari kekuatan ahli hinggalah kepada kejayaan dalam pilihanraya, semuanya mereka cemerlang. Untuk membina kecemerlangan tersebut ianya bukan satu kerja yang mudah. Namun Idris Jusoh berjaya melakukannya. 

Seperti yang kita tahu setiap pemimpin satu hari nanti akan meninggalkan jawatannya. Samada secara paksa, cara rela hati atau meninggal dunia. Dalam hal ini Idris bijak. Beliau mengambil langkah persediaan yang bijak sebelum beliau meninggalkan dunia politik. Beliau membuat persediaan awal-awal dengan berundur setapak demi setapak supaya tidak berlaku kejutan dan seterusnya boleh merosakkan parti. 

Inilah contoh seorang pemimpin yang sayangkan partinya. Tidak bercakap banyak, tidak perlu berucap berapi-api, tidak perlu bermadah berhelah, bersajak, bersyair  untuk menyatakan rasa sayangnya pada parti. Dalam diam-diam tup...tup....dia terus buat. 

Hati rasa sayu dan dada pula rasa sebak bila mengenangkan tindakan yang dibuat oleh Datuk Seri Idris Jusoh. Tidak ramai orang yang sanggup lakukan perkara seperti ini. Saya tak mahu kata kepada orang lain , diri saya sendiri pun belum tentu dapat lakukan perkara begini jika saya berada di tempat beliau. Kebiasaanya bila seseorang itu memanjat kalau boleh dia nak panjat semakin tinggi lagi. 

Monday, September 23, 2013

Ketua Wanita: Maznah,Raihan,Shahrizat, Siapa Yang Anda Pilih ?

DATUK MAZNAH MAZLAN
RAIHAN SULAIMAN
DATUK SERI SHAHRIZAT JALIL

Seperti yang diketahui umum pertandingan jawatan Ketua Wanita Umno Malaysia kini menghadapi pertandingan tiga penjuru, yang mana calon-calonnya seperti di atas.

Jika anda seorang ahli Umno siapakah yang menjadi pilihan anda untuk mengisi jawatan tersebut ???

Friday, September 20, 2013

Wednesday, September 18, 2013

Naib Presiden Umno:Mukhriz Hampir Pasti Masuk Gelanggang, Siapa Calon Pilihan Anda ?

Nampaknya pertandingan merebut tiga jawatan Naib Presiden Umno semakin hangat. Hampir-hampir pasti setakat ini sumber-sumber tertentu mengatakan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir akan turut memasuki gelanggang. 

Jika benar Mukhriz turut sama masuk gelanggang nampaknya peluang untuk beliau cerah. 

Kenapa saya kata begitu ?

Tiada dalam perancangan awal Mukhriz untuk bertanding jawatan berkenaan. Beliau masuk bertanding kerana cadangan dan desakan akar umbi yang tidak putus-putus meminta beliau bertanding. Beliau tidak terhegeh-hegeh menawarkan diri. Maknanya orang dibawah mahukan dia. Jadi senanglah untuk beliau menang. Tambahan pula sistem pemilihan Umno kali ini yang memberi kuasa kepada ahli peringkat bawah untuk memilih pemimpin yang mereka mahukan. 


Jika anda seorang ahli Umno antara enam calon di bawah, tiga yang manakah yang menjadi pilihan anda untuk mengisi jawatan Naib Presiden Umno

Zahid Hamidi ?

Hishamuddin Tun Hussein ?

Shafie Afdal ?

Isa Samad ?

Ali Rustam ?

Mukhriz Mahathir ? 

Tuesday, September 17, 2013

Ketua Pemuda: Siapa Pilihan Anda, Khairy atau Akramsyah ?

Saudara Khairy Jamaluddin

Saudara Akhramsyah Sanusi

Jawatan Ketua Pemuda Umno yang sebelum ini tidak begitu menjadi perhatian kerana banyak pihak yang meramalkan Khairy Jamaluddin akan mempertahankannya tanpa sebarang pertandingan tiba-tiba menjadi perhatian. Semuanya bermula apabila Akramsyah dua hari lepas mengumumkan bahawa beliau akan bertanding merebut jawatan berkenaan. 

Jika anda seorang ahli Umno, siapakah yang menjadi pilihan anda ? 

KJ atau Akramsyah ? 

Saturday, September 14, 2013

Friday, September 13, 2013

Fail TTPM Terhadap Syabas : Rafizi Bodoh Atau Sabotaj Khalid Ibrahim ???

Ada sesetengah orang mengatakan Rafizi Ramli seorang yang cerdik. Ada sesetengah orang pula mengatakan dia seorang yang bodoh. Saya sendiri pun kata dia seorang yang bodoh. Kelulusan yang tinggi-tinggi bukan menjamin seseorang itu cerdik dalam semua hal. Dia mungkin cerdik dalam bidang yang dia belajar sahaja. Sebab itu kita selalu dengar bila ada kes tangkapan yang melibatkan kumpulan ajaran sesat, pengikut-pengikut yang ditangkap bukan calang-calang orang. Ada yang ditangkap itu daripada kumpulan profesional. Tetapi jenis Rafizi pula dalam bidang yang dia belajar pun dia bodoh. Dia belajar hingga jadi seorang akauntan, tetapi undang-undang BAFIA pun dia tak tahu. 

Seseorang yang cerdik otaknya akan berjalan terlebih dahulu baru diikuti dengan mulut dan perbuatan. Jenis Rafizi pula mulut dan perbuatan dia yang bergerak terlebih dahulu, otak dia bergerak kemudian. 

Dalam isu NFC dulu dia sendiri pun tak tahu beza antara NFC dengan NFCorp. Kemudian dia tembak Shahrizat tanpa henti. Bila kena saman dengan Shahrizat dan nak tutup malu dia dedahkan pula data bank suami Shahrizat. Bila kena tangkap dia melalak menyalahkan undang-undang BAFIA. Budak sekolah pun tahu data bank seseorang individu adalah sulit. Dia yang bergelar seorang akauntan tidak tahu ke undang-undang berkenaan ?

Kes anak Nazri Aziz dulu, dia panggil sidang media yang dihadiri puluhan wartawan kononnya untuk mendedahkan bukti salah laku anak Nazri. Akhirnya hanya gambar kereta yang sahaja yang ditayangkannya. 

Terbaharu dua hari lepas melalui laporan di malaysiakini menyatakan Rafizi memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna ke atas Syabas kerana gangguan bekalan air. 
Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia untuk menuntut pampasan dari SYABAS atas kerugian daripada gangguan bekalan air.
Tuntutan itu difailkan bagi pihak 15 orang penduduk Ampang dan Pandan susulan gangguan bekalan air pada Disember tahun lepas dan Ogos baru-baru ini akibat kerosakan rumah pam Wangsa Maju. 
Menurut Rafizi yang juga pengarah strategi PKR, tuntutan itu difailkan di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999. 
Tambahnya, Seksyen 53 akta itu menyatakan bahawa setiap perkhidmatan yang diberi kepada pengguna dianggap dijamin ketelitian dan kemahiran munasabah secara tersirat. 
Katanya, SYABAS sepatutnya menunaikan tanggungjawabnya dengan baik, berhati-hati dan cekap, dan penduduk tidak sepatutnya kembali menghadapi masalah yang sama dalam tempoh beberapa bulan. 
"SYABAS menjalankan tugas ini tanpa teliti dan tidak berkemahiran - sebab itu rumah pam and paip selalu rosak - dan itu telah melanggar hak pengguna yang boleh membuat tuntutan di tribunal," katanya. 
Menurutnya lagi, penduduk menuntut pampasan sebanyak RM50 bagi setiap kerugian sehari daripada gangguan itu. 

Sebelum pergi lebih lanjut saya nak mencadangkan supaya mana-mana badan atau orang awam agar membuat perkara yang sama terhadap Kerajaan Selangor di atas gangguan bekalan air besar-besaran yang dihadapi dua minggu lepas. Punca gangguan bekalan air dua minggu lepas adalah kerana kegagalan Kerajaan Selangor menjaga sungai sehingga dicemari diesel.

Seperti yang dikatakan diatas, manusia jenis Rafizi mulut dan perbuatan dia yang bergerak terlebih dahulu, otak dia bergerak kemudian. Sebenarnya tindakan yang dia buat itu bakal menyusahkan Khalid Ibrahim. Tak tahulah jika dia memang merancang untuk mensabotaj atau menghuru-harakan Khalid ???


Masalah bekalan air yang sering berlaku di beberapa tempat sekarang berpunca daripada Kerajaan Selangor. Termasuklah rumah pam Wangsa Maju seperti yang dikatakan di atas. Rumah pam berkenaan rosak sering rosak kerana pamnya bekerja lebih daripada kapasiti. Rumah pam tersebut dibina puluhan tahun lepas sesuai dengan kapasiti penggunaan air di kawasan tersebut pada masa itu.

Masalah air di kawasan berkenaan akan selesai dengan terbinanya sebuah rumah pam baru. Tugas membina rumah pam adalah tugas Kerajaan Selangor. Seperti yang kita semua maklum kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim tidak sukakan Syabas. Maka sudah tentu dia tidak mahu mengeluarkan wang bagi membina rumah pam baru dengan tujuan untuk mendajalkan Syabas. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat. Melihat kesulitan yang dihadapi oleh rakyat Selangor di Ampang dan Pandan Kerajaan Persekutuan pada 2012 menyalurkan wang ratusan juta kepada Kerajaan Selangor untuk mengatasi masalah bekalan air. Lihat di sini

Sebab itu Kerajaan Pusat bersungguh-sungguh hendak bina Langat 2 sekarang walaupun Khalid Ibrahim cuba menghalang. Jangan sampai sudah tiada air baru nak dibina sepertimana yang terjadi di Ampang sekarang. Siapa yang lebih bertanggungjawab menjaga rakyat dan siapa yang cuba mengkhinati rakyat ? Anda nilailah sendiri....

Selain daripada masalah rumah pam masalah paip lama yang sering pecah juga turut menjadi punca bekalan air terganggu di Selangor dan KL. Tugas ganti paip adalah tugas Syabas dan mereka keluarkan wang mereka untuk kerja-kerja menggantikan paip. Kerajaan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim pula yang menghalang mereka membuat kerja-kerja itu. Lihat di sini

Duit yang Kerajaan Pusat bagi untuk bina rumah pam mereka tak bina. Syabas keluarkan duit sendiri untuk tukar paip pun mereka halang. Sekali lagi anda boleh fikirkan siapa sebenarnya pengkhianat rakyat ???

Masalah utama di Selangor sekarang adalah air terawat. Sewaktu menghadiri taklimat isu air Selangor tahun lepas saya difahamkan rizab air terawat hanya ada 1 peratus sahaja. Loji rawatan air kena jalan 24 jam sehari dan sudah berjalan melebihi kapisiti. Mereka hanya boleh hentikan mesin setahun sekali untuk kerja-kerja penyelengaraan, iaitu pada waktu cuti Hari Raya Aidil Fitri. Sebab pada masa itu bilangan pengguna sangat kurang kerana semua balik kampung. 

Atas sebab-sebab itulah Kerajaan Pusat bermati-matian hendak bina loji rawatan air Langat 2 dengan segera. Yang Kerajaan Selangor pula bermati-matian mengatakan air cukup di Selangor. Air mentah memang cukup. Hujan sentiasa turun sungai penuh dan empangan pun penuh. Yang bermasalah adalah air terawat. Nak rawat air perlukan loji. Khalid Ibrahim sanggup ambil air daripada sungai tanpa dirawat untuk digunakan di rumahnya ? 

Air mentah dan air terawat ini sama seperti padi dan beras. Yang datang dari bendang adalah padi. Beras pula datang daripada kilang padi. Yang datang dari periuk adalah nasi. Ada orang yang sanggup ambil beras daripada bendang terus tanak nasi ? 

Bodoh-bodoh Rafizi pun ada gunanya juga kepada kita. Tindakan dia lakukan perkara di atas sebenarnya satu tindakan yang bagus. Banyak pekung busuk Kerajaan Selangor akan terdedah semasa pendengaran tribunal berkenaan kelak. Jadi rakyat boleh tahu perkara sebenar. Semoga Rafizi tidak sesekali menarik balik tuntutan berkenaan.

Wednesday, September 11, 2013

Idris Jusoh Wajar Diangkat Ke Jawatan Naib Presiden Umno


Tinggal lebih kurang dua minggu lagi menjelang hari pendaftaran penamaan calon Pemilihan Umno 2013, bahang pemilihan kini semakin terasa. Hari ini buat pertama kali blog ini ingin turut berbicara tentang perkara itu. 

Seperti yang kita sedia maklum setakat ini lima calon Naib Presiden telah diketahui akan bertanding merebut tiga kerusi Naib Presiden. Tiga dari mereka adalah penyandang, Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin dan Datuk Seri Shafie Afdal. Dua calon baru yang turut sama ingin merebut tempat adalah Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Seorang calon yang masih belum membuat keputusan dan sedang menimbang-nimbang desakan suara yang meminta beliau turut sama bertanding adalah Datuk Mukhriz Tun Mahathir. 

Saya tidak berniat untuk mengulas tentang calon-calon yang telah mengumumkan untuk bertanding atau menilai mereka samada layak bertanding atau tidak, menang atau kalah. Jauh sama sekali lagi untuk memburuk-burukkan orang yang kita tidak berkenan. Tidak ada gunanya kita nak memburuk-burukkan orang kita sendiri di mata umum. Kerana ini pertandingan dalam sebuah keluarga. 

Disini saya nak mengambil kesempatan untuk berpesan kepada diri saya sendiri dan kepada rakan-rakan blogger yang sealiran. Pemilihan Umno kali ini menggunakan sistem pemilihan baru dan kali pertama ianya dipratikkan. Apabila benda baru sudah tentu ada kelemahan-kelemahan tertentu. Apabila ada kelemahan sudah tentu akan ada masalah yang timbul. Sudah tentu akan ada pertikaian, perbalahan dan sebagainya. Musuh di luar sana sedang memerhati untuk mengambil kesempatan. Jadi tidak perlulah kita nak beri bola tanggung kepada mereka. Di sini kita kena bijak mainkan peranan kita. Tidak perlu semua masalah atau pertikaian yang timbul untuk kita kongsikan di blog, FB, twitter atau instagram kita. Pandai-pandailah kita jaga masalah rumahtangga kita. Janganlah sesekali kita yang menjadi tukang bagi peluru kepada musuh untuk menembak kita balik. 

Satu perkara lagi yang saya nak pesan kepada diri saya sendiri dan juga kepada rakan-rakan media maya yang sealiran. Setiap diantara kita sudah tentu ada calon-calon yang menjadi pilihan hati kita. Angkat, puja dan pujilah sepuas hati calon yang menjadi pilihan hati kita. Ianya tidak menjadi kesalahan. Cuma janganlah sesekali dalam kita seronok mengangkat calon yang menjadi pilihan kita, kemudian kita mengutuk, menghina, mengeji atau membelasah lawannya. 

Berbalik kepada pertandingan merebut jawatan Naib Presiden.....

Lima calon telah diketahui dan seorang sedang menimbang. Saya disini ingin mencadangkan agar Datuk Seri Idris Jusoh turut menyertai pertandingan jawatan Naib Presiden. 

Mungkin ada yang bertanya kenapa Idris Jusoh menjadi pilihan saya ? 

Jawapan saya mudah, Idris Jusoh adalah antara pemimpin Umno yang banyak mencatat kejayaan gemilang, berwawasan , berani dan berfikiran kreatif. Orang seperti ini amat diperlukan dalam landskap politik tanahair dan dunia yang berubah 360 darjah sekarang. 

Saya tidak pernah mengenali Idris Jusoh secara peribadi atau bertentang empat mata dengannya. Dan beliau juga tidak pernah mengenali saya. Pernah sekali saya bertemunya dalam satu majlis di Genting Highland empat tahun lepas. Itu pun sekadar bersalam dan berlalu pergi. Walaupun tidak pernah mengenalinya secara peribadi tetapi kita boleh menilainya dari jauh. 


Antara faktor yang saya kagum dengan Idris Jusoh adalah projek Gelombang Biru bersiri yang digerakkannya untuk merampas kembali Terengganu daripada Pas antara tahun 1999-2004. Pas yang menang 28 kerusi daripada 32 kerusi Dun di Terengganu dalam PRU 1999 berjaya digulingkan Idris Jusoh dalam tempoh sepenggal sahaja. Dalam PRU 2004 BN pula yang dapat 28 kerusi. Lihat bagaimana kehebatan Idris Jusoh pusing daripada 28 Pas kepada 28 menjadi milik BN. Kerusi parlimen pula BN sapu bersih kelapan-lapannya hingga Haji Hadi pun tumbang di Marang. 

Waktu zaman itu saya ingat lagi bagaimana sakit hatinya orang Pas kepada Idris Jusoh apabila menukar nama beliau menjadi Iblis Jusoh. Gelombang Biru pula mereka tukar kepada Gelombang Syaitan. 

Bila sudah menang Trengganu, Idris dilantik sebagai MB. Dalam tempoh sepenggal sahaja Idris berjaya mengubah negeri Terengganu dengan pembangunan yang hebat-hebat serta perancangan yang teliti. 

PRU 2008 tsunami politik mula melanda BN di seluruh tanahair. Dalam keadaan tsunami politik yang begitu pun Idris yang mengepalai BN Terengganu masih mampu memberi kemenangan 2/3 kepada BN. Pas hanya berjaya tambah empat kerusi Dun dan satu kerusi parlimen. Bagi saya ianya yang satu kejayaan yang cukup baik di saat tsunami sedang melanda kerana Idris masih mampu bertahan dengan 2/3. 

Manakala di kawasan beliau sendiri di Besut ada lima kerusi. Parlimen Besut, Dun Kuala Besut, Kota Putera, Jertih dan Hulu Besut. Tahun 1999 habis kelima-lima kerusi di atas disapu bersih oleh Pas. Tahun 2004, 2008 dan 2013 habis ke semuanya di sapu BN. Sejak 2004 hingga kini tiada satu kerusi pun yang BN kalah. 

PRK Kuala Besut dua bulan lepas juga menyaksikan BN menyapu bersih semua lapan PDM walaupun dua daripadanya dimenangi Pas dalam PRU 2013. 


Sebab itu daripada awal-awal lagi saya dah yakin BN akan menang di Kuala Besut. Saya yakin sebab saya tahu kehebatan Idris Jusoh berkerja. Saya juga berada di Kuala Besut semasa kempen PRK tempohari. Sepanjang seminggu berada di sana setiap hari saya berjumpa orang tempatan di sana untuk mengetahui tentang Idris Jusoh. Rata-rata orang yang ditemui semuanya memuja-muji beliau. Sehingga satu orang yang ditemui berkata "takdak tok tek hok ambo nak kata pasal Pak Yeh". Ianya membawa maksud tidak ada apa-apa yang boleh nak disentuh atau nak dipertikaikan pasal Idris Jusoh. Semuanya sempurna....Ada orang kampung yang memanggilnya Pak Yeh, ada yang panggil Datuk Derih dan ada yang panggil Haji Deris. 

Pada saya orang yang seperti ini harus diberi peluang dan ruang yang lebih besar dalam Umno peringkat Pusat. Beliau telah berjaya dan telah membuktikan kejayaannya apa salahnya jika beliau diberi peluang ? Hanya sekadar menjadi ahli MT ianya tidak boleh menyumbang lebih. 

Daripada risik-risik yang saya dengar mengatakan Datuk Seri Idris tidak berminat untuk bertanding jawatan Naib Presiden. Beliau hanya ingin mengekalkan jawatan MT sahaja. Sekarang adalah masa terbaik untuk Datuk Idris memasuki gelanggang Naib Presiden. Di saat usianya masih boleh dikategorikan sebagai  gagah, fikiran yang masih bergeliga dan parti memerlukan pemimpin yang  berfikiran kreatif. Jika nak tunggu satu atau dua penggal lagi ianya agak terlambat. Ketika itu usia sudah tua dan mungkin sudah tidak berapa sihat. Apabila tidak sihat fikiran pun sudah tidak sepintar waktu gagah. 

Apa yang saya nyatakan di atas adalah pendapat saya. Mungkin ada rakan-rakan pembaca yang bersetuju dan mungkin ada yang tidak bersetuju. Kita sama-sama bincang dan kemukakan pandangan masing-masing. 

Thursday, September 5, 2013

Elizabeth Wong Punca Penduduk Lembah Klang Terputus Bekalan Air Minggu Lepas

Pencemaran diesel
Hujung minggu lepas hampir 60 peratus pengguna air di Lembah Klang menghadapi masalah bekalan air. Ada yang mengalami masalah tersebut hanya sehari, ada yang dua hari dan tiga hari. Bergantung kepada kawasan yang mereka tinggal. Antara kawasan yang terlibat adalah, Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Masalah tersebut timbul berpunca daripada pencemaran diesel di bahagian hulu Sungai Selangor atau lebih tepat lagi di Rawang. 

Pengendali loji rawatan air terpaksa menutup muka sauk (punca air masuk ke loji rawatan) sehingga diesel yang tumpah dibersihkan. Jika pengendali loji terus memproses air yang dicemari diesel, maka kita semua akan mendapat air yang berbau. Selain dari itu ianya boleh merosakkan mesin-mesin yang digunakan untuk merawat air. Apabila mesin rosak kita akan menghadapi masalah bekalan air yang lebih lama kerana proses membaik pulih mesin-mesin tersebut memakan masa yang agak lama. 

Saya bukan nak bercerita bagaimana cara air dirawat, cara membekal air atau cara menyalurkan air.
Matlamat utama saya menulis perkara ini di sini adalah untuk berkongsi dengan anda bagaimana kesetanan pemimpin PKR yang memerintah Selangor melepaskan diri mereka dan meletakkan kesalahan kepada orang lain. Jadi saya terpaksa berceritalah sikit sistem bekalan air di Selangor supaya anda jelas apa yang utama yang saya hendak sampaikan. 

Di Selangor apabila bercakap pasal air maka semua terus akan terlintas Syabas. Apabila tiada air hujung minggu lepas semua letakkan kesalahan kepada Syabas 100 peratus. Walhal yang sebaliknya Kerajaan Selangor yang menjadi punca utama 60 peratus penduduk Lembah Klang terputus bekalan air minggu lepas. 

Mungkin ada yang berkata, kenapa pula Kerajaan Selangor sedangkan semua orang tahu Syabas yang membekalkan air ? 

Inilah yang saya nak ceritakan....

Dalam soal membekal air kepada kita di Selangor dan KL sebanyak tiga pihak yang terlibat.

1) Kerajaan Selangor -  Semua sungai-sungai dalam negeri Selangor yang menjadi punca bekalan air   milik kerajaan negeri dan berada di bawah tanggungjawab mereka. 

2) Pengendali loji rawatan - Pengendali loji rawatan ini terdiri dari tiga pihak, SPLASH, ABBAS dan PUNCAK NIAGA. Fungsi mereka adalah mengambil air mentah daripada Sungai Selangor dan merawat hingga bersih di loji-loji mereka dan menjualnya kepada Syabas. Untuk perhatian, Kerajaan Selangor memegang saham dalam SPLASH sebanyak 30 peratus melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad. 

3) Syabas - Fungsi Syabas adalah membeli air-air yang telah dirawat oleh SPLASH, ABBAS dan PUNCAK NIAGA. Kemudian mereka bekalkan kepada kita. 

Loji rawatan air
Saya ulang sekali lagi, punca kita terputus bekalan hujung minggu lepas kerana Sungai Selangor dicemari diesel. Siapa yang bertanggungjawab menjaga Sungai Selangor ? Anda dah temui jawapannnya di atas. 

Inilah yang saya katakan kesetanan pemimpin PKR. Punca dari mereka, salah mereka, orang lain pula yang mereka tuding jari. 

SHAH ALAM – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) diingatkan supaya tidak menggunakan alasan gangguan bekalan air mengambil jangka masa yang lama untuk dipulihkan sedangkan masalah pencemaran ini telah pun berjaya dikawal semalam.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Loji Sungai Selangor (SSP) SSP1, 2 dan 3 kembali beroperasi semula bermula awal semalam selepas ditutup sementara sejak kelmarin disebabkan pencemaran air akibat tumpahan diesel. 
Menurutnya, bermula 12.30 tengah malam hingga 1.30 pagi semalam, SSP1 dan SSP3 kembali beroperasi secara berperingkat setelah pencemaran berjaya dikawal selepas kakitangan serta pegawai yang bertugas mengenal pasti tiada lagi kesan pencemaran. 
Sinar Online
SHAH ALAM 1 SEPT: Bekalan air di empat loji rawatan air yang terjejas sebelum ini, mencukupi bahkan ada kalanya melebihi paras yang ditetapkan, kata Elizabeth Wong Keat Ping.
Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar itu, berkata Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) tiada alasan lambat menyalurkan bekalan air kepada pengguna. 
“Alasan Syabas masalah itu akan diatasi dalam tempoh hampir lima hari sukar diterima kerana tiada masalah air dihadapi di Sungai Selangor. 
“Semua keempat-empat loji dalam kapasiti penuh,” katanya kepada TV Selangor sambil menyatakan bekalan air di Lembah Klang dijangka diatasi dalam masa terdekat. 
Selangorku

Menteri Besar dan Exco sama-sama bodoh. Elizabeth Wong bodoh kita tak pelik kerana kita pun difahamkan sebelum dilantik menjadi Exco Selangor dia hanyalah seorang pelayan bar. Khalid pula memang sah-sah bodoh. Kalau dia cerdik dia tak lantik Elizabeth Wong yang kemaluannya dah tersebar ke seluruh dunia sebagai seorang exco. 

Minta maaflah kerana saya terpaksa mengaku saya lebih cerdik daripada mereka berdua....

Dalam isu pembekalan air ianya tidak sama dengan pembekalan eletrik. Jika terputus bekalan eletrik kita akan terputus serentak. Rumah kau di Kuala Selangor tiada letrik, rumah saya di Puchong pun tiada letrik. Bila dah pulih, rumah kau lampu dah nyala, rumah saya pun lampu dah nyala. 

Dalam isu bekalan air, katakah pengendali loji menutup pintu masuk air jam 10 pagi. Sampai jam 2 petang pun kita masih ada bekalan air kerana sumber air daripada tangki. 

Contohnya begini....

Masalah ketiadaan bekalan air hujung minggu lepas kerana loji rawatan air di Bukit Badong, Kuala Selangor yang ditutup. 

Katakanlah loji ditutup jam 10 pagi. Bukannya jam 10 pagi kita terus tiada air. Ianya akan mengambil masa beberapa jam sehingga air yang telah dirawat dalam loji habis. Dalam kes minggu lepas pengguna yang paling cepat tiada air adalah pengguna di kawasan Kuala Selangor kerana mereka dekat dengan loji. Tengahari Jumaat mereka telah terputus bekalan air. Saya yang tinggal di Puchong mengalami masalah air jam 3 pagi, Sabtu. 

Bila bekalan air kembali pulih, pengguna di Kuala Selangor yang mendapat bekalan air lebih awal.

Sabtu pagi mereka dah dapat bekalan air. Saya yang tinggal di Puchong hanya mendapat bekalan air
pada Isnin pagi. 

Sebab itu saya kata bekalan air tak sama dengan bekalan eletrik. Bekalan eletrik cukup dengan hanya petik satu suis semua selesai. 

Bekalan air pula mereka terpaksa penuhkan segala paip yang besar-besar yang Khalid Ibrahim boleh main lari-lari dengan Elizabeth Wong dalam paip tersebut. Paip bila kosong maka akan jadi tempat udara berkumpul. Bila udara berkumpul dalam itu, air tak boleh masuk. Itu pun satu bab, kena kosongkan semua udara dalam paip, dalam tangki dan sebagainya. Tangki air rumah kita pun biasa dimasuki udara bila tangki kosong. Bunyi macam air masuk tangki, tapi air di paip tak keluar-keluar. Yang bunyi itu udara, bukannya air. Nak mengatasi masalah itu, tutup paip di meter dan buka semua paip dalam rumah untuk keluarkan udara. Biarkan 30 minit kemudian buka balik paip di meter.

Dalam kes yang berlaku sebab itu Syabas bagi tempoh maksimum selama seminggu untuk semua tempat pulih. Mereka sengaja janji lambat takut masalah timbul. Sedangkan dalam masa tiga hari semuanya selesai. 

Yang dikatakan penuh oleh Elizabeth Wong adalah air yang di loji. Loji satu tempat di situ memang penuh. Apabila air loji di salurkan kepada Syabas ianya akan berpecah kepada semua bahagian. Ada air yang ke Klang, Shah Alam , Petaling Jaya hingga ke KL. Yang mana yang dekat akan dapat dulu. Yang jauh akan dapat kemudian. 

Saya sendiri pun tak gembira dengan apa yang berlaku. Saya terpaksa ke Melaka pada hujung minggu lepas kerana tiada air. Balik Ahad malam ingatkan dah ada air, rupanya tiada lagi. Isnin pagi baru ada. Saya tak marah kepada Syabas....saya marah kepada Kerajaan Selangor kerana tidak jaga sungai. Bagaimana mereka tidak boleh kesan awal-awal ada pihak yang membuang diesel ke dalam sungai ? Kononnya Elizabeth Wong pejuang alam sekitar yang tulin dan sejati. Pergi dahhhhhh.....sungai yang dibawah tanggungjawabnya pun dia tak boleh jaga hingga dicemari diesel. 

Inilah yang saya katakan kesetanan mereka. Segala masalah berpunca daripada mereka. Untuk lepaskan tengkuk mereka maka orang lain yang dijadikan kambing hitam. Tak setan ke jika begitu ? 

Tuesday, September 3, 2013

Minyak Punya Pasal Seolah-Olah Malaysia Dilanda Gempa Bumi Yang Besar


Sebaik sahaja kerajaan membuat pengumaman pengurangan subsidi minyak 20 sen semalam, zassssssssssss......keadaan di FB, twitter, bbm, whatsup, sms, telefon, kedai kopi, pejabat dan sebagainya semuanya kelam kabut semacam seolah-olah satu gempa bumi yang kuat telah melanda Malaysia yang mengorbankan ribuan orang. 

Keadaan yang sama berlaku kepada saya dan keluarga saya sendiri. Isteri dan beberapa ahli keluarga menelefon untuk memberitahu dan mengadu minyak naik. Adik beradik berlawan hujah dalam whatsup. Seorang adik mempertikaikan, seorang adik mempertahankan. Akhir sekali adik yang mempertikai menjadi lauk kepada adik yang mempertahankan. Lunyai kena balun. Padan muka.... 

Saya yakin ramai diantara kita yang mengalami perkara yang sama atau hampir sama sepertimana yang saya hadapi semalam. 

Namun begitu disebalik episod kekalutan kenaikan harga minyak semalam dua perkara yang saya tak boleh lupakan. 

Pertama kejadian di sebuah restoran di tengah-tengah pusat bandar KL malam tadi. Ketika kami sedang minum, datang seorang rakan blogger merungut tentang kenaikkan harga minyak. Cara dia merungut seolah-olah dia guna minyak 100 liter sehari. Sedangkan dia kereta pun tiada. Bukan setakat tiada kereta, lesen kereta pun tiada....buta-buta ja dia jadi lauk malam tadi dan dia hanya mampu tersengih-sengih. 

Kedua, sebaik sahaja pengumuman kenaikan harga minyak semalam semua stesen-stesen minyak menjadi seperti gula dihurungi semut. Di jalan mana yang ada pam minyak maka jalan di situ akan jadi sesak. Semua berebut nak isi minyak sebelum harga naik jam 12.01 tengah malam tadi. 

Lihat satu stesen minyak kereta beratur panjang ok lagi, lihat dua stesen minyak ok lagi, lihat tiga  stesen minyak pun sama juga, terus saya terlintas rupanya masih ramai rakyat Malaysia yang tak  berapa cerdik. 

Kereta-kereta yang beratur panjang-panjang itu bukan semuanya minyak berada di paras E atau dah nyala lampu merah. Ada yang minyaknya masih ada tiga suku tangki, separuh atau suku tangki. Apa  ke halnya nak beratur panjang-panjang buang masa dengan maghrib entah ke mana. 

Rata-rata tangki minyak sesebuah kenderaan 1.5 ke atas boleh diisi 50 liter minyak. Yang beratur panjang-panjang semalam bukan semuanya isi minyak 50 liter. Ada yang isi 20 liter, 30 liter dan mungkin 40 liter. 

Jika isi 20 liter beza harga lama dengan harga baru RM 4.00. Jika 30 liter bezanya RM 6.00, jika sisi 40 liter bezanya RM 8.00. 

Berbaloi ke buang masa di pam minyak hanya untuk penjimatan banyak itu dan sekali sahaja ? Lainlah kalau diisi semalam dan boleh tahan sehingga setahun. 

Silap-silap minyak yang dipakai untuk beratur dah habis RM 2.00 - 3.00. Itu belum dikira lagi yang bawa kereta daripada rumah ke pam minyak. Berapa RM pula minyak yang digunakan untuk sampai ke pam minyak ? 

Berkenaan dengan tindakan kerajaan mengurangkan subsidi RM 0.20 bagi setiap liter minyak. Bukan main lagi puak-puak sebelah sana membelasah Kerajaan BN di sebalik tindakan tersebut. 

Inilah buktinya BN memerintah mengikut realiti dan bukannya menjual fantasi seperti mana pak-khatan rakyat. PM tahu ini bukan satu tindakan yang popular dan mengundang kecaman terhadap kerajaan pimpinannya, tetapi beliau tidak ada pilihan lain. Jika beliau nak popular lebih baik beliau turunkan lagi harga minyak dan biar kedudukan kewangan negara menjadi teruk. Yang teruk negara, yang terima kesan negara tetapi PM popular. Akhir sekali negara bangkrap seperti Greece. 

Di zaman kita sekolah dulu cikgu yang tegas, yang garang dan yang serius kita tak suka. Cikgu yang sempoi, yang boleh bergurau, yang boleh melawak, yang tak buat kerja rumah pun tak di denda, itulah cikgu yang kita suka dan popular di kalangan murid-murid. Bila kita dah habis sekolah baru kita terfikir bahawasanya cikgu yang tegas itu yang membawa kita kepada kejayaan. 


Tidak ada mana-mana bahagian dalam akujanji (manifesto) BN semasa PRU 13 yang mengatakan harga minyak tidak akan dinaikkan. BN tidak berjanji benda yang mereka tidak boleh tunaikan. BN berjanji benda yang mereka mampu tunaikan sahaja. Bukan seperti sebelah sana yang berjanji bulan bintang dan menjual fantasi. Bila tak boleh tunai janji bagi jawapan bodoh MANIFESTO BUKAN JANJI. 

Contoh mudah, dalam PRU 13 PKR, PAS dan DAP berjanji akan memberikan hak sama rata kepada semua kaum dan agama termasuklah menghapuskan DEB. Itulah yang cina tunggu-tunggu selama ini. Manakala Datuk Najib yang mengetuai BN tidak mampu untuk memberi tawaran sebagaimana yang mereka tawarkan. Itu pasal cina tolak BN habis-habisan. Jika Datuk Najib nak popular dan nak menang besar, lebih baik beliau bagi sepertimana yang pihak sebelah sana tawarkan atau lebih daripada itu. Datuk Najib tahu bila beliau tak bagi beliau akan berdepan dengan masalah besar. Tetapi itulah risiko yang terpaksa beliau tanggung. Sebagai seorang PM dan sebagai seorang presiden parti melayu terbesar, beliau tahu di mana hadnya untuk diberi. Jika beliau nak jahanamkan negara dan jahanamkan melayu lebih baik beliau beri kerana beliau akan popular dan akan menang besar. 

Cina tengok pemimpin Pas pun mereka nak muntah hijau. Tetapi mereka sanggup beri undi kepada Pas kerana apa ? Tidak lain tidak bukan kerana Pas boleh bagi apa yang mereka nak selama ini. Susun 100 orang cina kemudian letak Nik Aziz dan Datuk Najib depan mereka. Jauh di lubuk hati cina-cina yang 100 orang itu akan memilih Najib sebagai pilihan hati mereka. Namun begitu mereka tidak dapat pangkah Najib kerana Najib tidak boleh bagi apa yang mereka nak selama ini. Jadi mereka terpaksalah pangkah Nik Aziz kerana Nik Aziz boleh bagi apa yang mereka nak selama ini. 

Selebihnya berhubung kenaikan harga minyak sila klik link di bawah




Sunday, September 1, 2013

Ulasan:Buta-Buta Sahaja Anwar Kena Main Dengan Khalid Ibrahim dan Faekah Husin


Fasa kedua isu mengapa PKR secara rasminya mahu meletakkan Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai Ketua Staf di Pejabat Menteri Besar Selangor dikatakan sudah bermula. 

Seperti yang dapat diperhatikan memang menjadi bunga silat politik Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa beliau tidak akan menolak dan menyanggah arahan sesiapa sahaja yang menjadi ketuanya, termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun ini tidak bererti beliau akan laksanakan semua butir arahan tanpa menunjukkan protesnya secara senyap. Dalam kes ini beberapa pemimpin parti PKR Selangor mahu perubahan dilakukan dalam struktur organisasi pejabat Menteri Besar.

Asas tuntutan mereka pendamping Khalid adalah terdiri daripada wanita-wanita yang bukan sahaja tiada 'locus standi' atau hak dalam PKR malah bertindak bersilang dengan aspirasi parti. Pusar ketidakpuasan hati mereka ialah Setiausaha Politik, Faekah Husin. 

Lantas secara rasminya pada Kongres PKR Mei lalu, Anwar dengan yakin melepaskan ayam tambatannya, Saifuddin Nasution, untuk menjadi pegawai perhubungan politik Khalid dan parti. Khalid tidak sedikitpun membantah. 

Khalid protes dalam senyap 

Apa yang berlaku selepas itu ialah sepi. Seperti lazimnya, jika ia tidak berapa selesa dengan arahan parti, Khalid akan melengah-lengahkan pelaksanaannya. Namun apabila melihat Anwar dan PKR cukup tegas kali ini, hanya pada 22 Julai lalu Saifuddin dipanggil ke pejabat Menteri Besar untuk dinobatkan sebagai Ketua Staf pejabat Khalid.

Seperti lazimnya juga, Khalid tidak memperinci bidang kuasa Saifuddin. Soal adakah sempadan kuasa Saifuddin melangkaui pengaruh Faekah dipendamkan dahulu. Kesannya dapat dilihat apabila Saifuddin tidak masuk pejabat sejak pengumuman 22 Julai. 

Apabila media melaporkan hakikat berkenaan, sumber pejabat Menteri Besar sama ada secara sengaja atau tidak membisikkan bahawa Faekah akan meletak jawatan sebagai Setiausaha Politik minggu depan kerana beliau akan diberi jawatan lebih besar sebagai Pengurus Besar Pemerbadanan Menteri Besar atau MBI.

Langkah Khalid ini agak menggetarkan barisan kepimpinan PKR. Mengeluarkan Faekah daripada pejabat Menteri Besar rupanya tidak bererti hasrat PKR tercapai. Faekah akan mengurus sejumlah dana yang amat besar dan dengan restu Khalid boleh mengagihkannya untuk mana-mana projek yang ditanda di bawah program Selangorku.

Sebelum ini RM300 juta dikatakan dikumpulkan daripada laba anak-anak syarikat kerajaan negeri untuk menjana pelbagai projek pembangunan sosial rakyat Selangor. Secara mutlak segala perbelanjaan yang dikeluarkan daripada dana berkenaan adalah hak menteri besar. Tiada prosedur audit diperlukan. 

Kuasa Faekah makin besar, selia dana berjuta-juta

Kini Faekah adalah Pengurus Besar MBI. Ini juga memberi gambaran beliau juga akan boleh campurtangan (jika tidak diberikan mandat sepenuhnya sekalipun) mengurus soal pengagihan dana. 

Asas ketidakselesaan PKR terhadap Faekah ialah banyak program yang merakyat anjuran parti tidak mendapat sokongan kerajaan negeri di segi kewangannya. Ini kerana penyaringan bantuan dikatakan dilakukan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar. 

Kali ini PKR dan Anwar tidak boleh merungut bahawa Khalid tidak memberi kuasa penuh kepada wakil mereka, Saifuddin Nasution untuk mengurus hubungan politik pejabat Menteri Besar dengan parti. Faekah tiada lagi dan Saifuddin berkuasa penuh. 

Kegunaan Saifuddin nampaknya ialah memastikan pejabat Menteri Besar berjalan lebih baik. Itu sahaja. Segala keperluan kewangan untuk kerja-kerja sosial dan politik yang memerlukan sokongan kewangan harus datang daripada dana Selangorku. Di situ ada Faekah. 

Agak menarik diperhatikan betapa cekap Khalid dalam soal pengurusan dan mengimbangi kuasa dan pengaruh mereka yang bekerja dengannya. Yang lebih diperlukan Khalid ialah Faekah kerana beliau boleh mengurangkan rimas yang dialaminya apabila berurusan dengan parti. 

Melalui formula ini, ketegasan Anwar dan PKR mahu Faekah dikeluarkan dari pejabat politik Khalid sudah berlaku. Bagaimanapun Khalid kini meletakkan Faekah di pejabat kewangannya bernama MBI. Sayugia diingat bahawa sumbangan tabung MBI ini terlalu banyak dan pelbagai. Antaranya ialah menaja pasukan bolasepak Selangor. 

Anwar longgar dari segi pengurusan

Sebagai ketua politik Anwar memang digeruni oleh kawan dan lawan. Di segi pidato Anwar memang tersohor dan kelebihan ini selalu dijadikan modal untuk mempersenda saingannya seperti presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dengan beberapa kali mencabarnya untuk berdebat. 

Bagaimanapun apabila memasuki soal pengurusan dan menggerakkan jentera parti dan kerajaan, Khalid ternyata lebih cekap dan cekal daripadanya. Umumnya, inilah yang sering berlaku kepada Anwar.

Malangnya, ego sebagai seorang pemimpin besar sering menenggelamkan pertimbangan Anwar untuk benar-benar fokus kepada isu pengurusan yang memang amat memerlukan pertimbangan teliti dan terperinci. Ini kerana keberkesanan pengurusan akan melontarkan persepsi yang lebih meyakinkan kepada rakyat.

Anwar perlu lebih sabar, fokus dan berhati-hati apabila membuat keputusan pengurusan jika tidak secara tidak sengaja beliau akan meminggirkan pengurus-pengurus yang baik dan berkaliber di sisinya. 

Akhirnya Anwar cuma akan dikelilingi oleh pengampu-pengampu politik yang akan memotivasikannya untuk bersikap lebih rakus dalam politik atas nama ketegasan seorang pemimpin. 

Sumber : AntaraPos.Com