Thursday, October 31, 2013

GST: Dalam Masa Dua Hari Daripada Suatu Jenayah Terus Pusing Menjadi Sistem Cukai Yang Efisyen


Dibawah ini adalah ucapan Anwar Ibrahim pada 28 Oktober 2013.
KUALA LUMPUR - PR akan "lawan" habis-habisan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal bermula pada 1 April 2015.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PR akan mengadakan bantahan ke seluruh negara mengenai pelaksanaan GST tersebut. 
Menurutnya, pelaksanaan GST itu adalah suatu jenayah apabila kerajaan masih membiarkan ketirisan dan rasuah terus berlaku sebaliknya membiarkan rakyat menanggung beban. 
"Pelaksanaan GST... kami akan turun membantah di seluruh negara. 
"Ini jenayah.. kami akan lawan habis-habisan," katanya pada perbahasan Bajet 2014, di Dewan Rakyat, hari ini. 
Sinar Online 28.10.2013

Selepas habis Anwar berucap timbul dakwaan bahawa Anwar pernah terlibat menyokong GST dalam satu ucapannya pada 1993. Menyedari bahawa ucapannya ada itu ada rekod atau rakaman , tiba-tiba dia terus buat kona baring. 

Apa pula yang dia kata semalam ???

GST yang dia labelkan sebagai jenayah dua hari lepas,tiba-tiba dipusingkan menjadi sistem percukaian yang efisyen. 

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai April 2015 merupakan sistem cukai yang efisyen namun beliau menggesa kerajaan mengambilkira beberapa faktor sebelum melaksanakannya.
“Saya akui memang saya pernah bersetuju dengan pelaksanaan GST pada 1993 ketika Tun Daim Zainuddin menjadi Menteri Kewangan. Ketika saya ambil alih Kementerian Kewangan pada 1998, saya tidak pun laksanakan GST kerana kita ada catat lebih kecil pendapatan.

“Justeru, tak perlu kita apologetik, sekarang pun saya setuju dengan GST. GST memang masih efisyen dan ini telah pun diakui oleh professor dan pakar ekonomi tetapi harus ada prasyarat yang perlu dipatuhi sebelum GST dilaksanakan,” katanya ketika berucap pada taklimat GST dan Belanjawan 2014 di Bilik Taklimat Parlimen pada Rabu.
M Star 30.10.2013


Keh....keh...keh...keh....

Kua...kua...kua...kua...kua.....

Kih...kih...kih...kih...kih...kih...kih....

Kesian machai-machai, blogger-blogger, facebooker-facebooker pencacai peliwat. Susah payah hentam Najib pasal GST....tiba-tiba Anwar kata GST sistem percukaian yang efisyen. Sumbat muka hangpa dalam tong najislah oiiiii.....

Kesian Hadi Awang berucap tersembur-sembur air liur sampai kering mulut dalam Parlimen dua hari lepas menghentam GST (sini) . Tiba-tiba Anwar kata GST sistem percukaian yang efisyen. 

Daripada dulu lagi aku dah cakap hangpa, Anwar ini seorang pembawa malapetaka. Dia masuk Umno habis jahanam Umno dengan politik wang dan amalan kronisme. Dia duduk dalam kerajaan negara pun hampir jahanam. Nasib baik Tun Dr M cepat tersedar. Orang yang bijak seperti Tun M pun boleh kena kelentong dengan Anwar. Apalah sangat setakat Haji Awang dan Nik Aziz ? Sekarang Pas pun dah semakin jahanam sejak bersama Anwar. Bagus....bagus....bagus....kita sokong. 

Wednesday, October 30, 2013

Fadzil Noor Mati Tanpa Minta Maaf Kepada Pak Lah, Buniyamin Mati Tanpa Minta Maaf Kepada Tun M

Pertama sekali anda lihat dan dengar dengan teliti video dibawah. Perhatikan setiap patah ayat atau bait-bait kata yang keluar dari mulut Tan Sri Muhyiddin. 



Dah selesai....

Dimana dalam ucapan Tan Sri diatas ada ayat atau perkataan yang menghina Almarhum Tan Sri Azizan Razak ? Nama Azizan pun tak disebut...

Jika anda seorang manusia yang waras dan mempunyai perasaan anda boleh lihat sewaktu hendak sebut tentang penyakit Almarhum, Tan Sri Muhyiddin menyebutnya dengan nada yang agak perlahan. Cukup untuk menggambarkan perasaan hiba atau sedihnya. 

Hanya orang yang tidak waras seperti Mahfuz Omar, anak Tan Sri Azizan dan Pemuda Pas sahaja yang tidak boleh faham dengan ucapan yang disampaikan. 

Saya tak pelik apabila Mahfuz tak faham kerana kita tahu dia hanya seorang lulusan SRP dan seorang bekas porter di Airport Pulau Pinang. Yang saya agak terkejut apabila anak Azizan cuba melakonkan watak ala-ala filem hindustan dalam sidang medianya semalam. 

“Saya mewakili kedua-kedua bonda saya, adik beradik saya serta sanak saudara Allahyarham ayahanda begitu terguris hati dengan kenyataan dibuat oleh Muhyiddin ketika berkempen, 26 Oktober lalu, genap sebulan kembalinya ayahanda ke rahmatullah.
“Air mata kami sekeluarga belum kering mengenangkan Allahyarham ayahanda dan kerinduan kami kepada ayahanda masih menyelubungi setiap detik yang kami lalui. 
“Kehilangan Allahyarham ayahanda terlalu besar buat kami sekeluarga untuk dijadikan sebagai sandaran dan alasan bagi kenaikan harga gula oleh pihak kerajaan. Atas alasan apa sekalipun, dalam suasana pilu yang sedang kami sekeluarga hadapi, kami sekeluarga tidak dapat menerima ucapan dan sandaran beliau itu,” katanya  
Sinar Online 29.Oktober.2012

Kepala hangguk hang lah....

Berapa Pas bayar untuk kau lakonkan watak sedih depan wartawan ? Atau dah dijanjikan sebagai calon dalam PRU akan datang ? 

Aku nak tanya anak Azizan...dimana dia sewaktu almarhum bapanya diserang dan dimaki oleh orang-orang Pas Kedah sehingga kesihatan bapanya terganggu dan dimasukkan ke hospital yang kemudiannya terpaksa dipotong kaki ? Baca tulisan bekas Setiausaha Politik Azizan di sini

Mana kau beb ? Manaaaaaa ?

Hari ini bila bapa kau dah meninggal dan ada pilihanraya kecil tiba-tiba kau muncul nak buat drama pula.

Apa kau merasa puas apabila seorang TPM membuat permohonan maaf terhadap kamu diatas perkara yang tidak sepatutnya dilakukan ?

Tan Sri Muhyiddin tidak akan rugi apa-apa...malah beliau makin disanjung diatas tindakannya itu. Yang akan rugi dan yang malu kelak adalah kamu dan keluarga kamu. 

Secara tak sedar engkau sendiri telah membuatkan masyarakat menilai keperibadian seorang pemimpin BN yang sanggup merendah diri melakukan perkara yang tidak sepatutnya beliau lakukan. 

Arwah Fadzil Noor mati tak sempat minta maaf dengan Tun Abdullah Badawi sehingga hari ini. Tahun 1999 Fadzil dalam satu ceramah di Pulau Pinang berkata orang badwi di negara arab jaga unta dan kambing, tetapi Badawi di Malaysia jaga babi. Baca sini

Sampai mati Fadzil tak minta maaf, tetapi bila dia mati Pak Lah beri helikopter tentera untuk bawa pulang mayat dia ke Alor Setar dari Kuala Lumpur. Bukan setakat beri helikopter malah Pak Lah turut melawat jenazahnya. Sampai hari ini pun anak bini dan menantunya tidak meminta maaf dengan Pak Lah. Ada orang Umno buat sidang media desak keluarga Fadzil Nor minta maaf ? 

Seorang pemimpin Pas Kelantan, Buniyamin Yaakob, yang juga bekas Ahli Parlimen Bachok, sampai mati tak minta dengan Tun Dr M apabila dalam satu ceramahnya beliau menuduh Tun Dr M menonton video lucah bersama cucunya. Ada orang Umno buat sidang media mendesak keluarga Buniyamin memohon maaf kepada Tun Dr M ?

Anak Azizan nak jadi hero ya....kononnya dia berjaya membuat seorang pemimpin nombor dua dalam negara tunduk kepadanya memohon maaf. Tak mengapa...Allah Maha Kaya. Satu hari kau akan terima pembalasannya.... 

Friday, October 25, 2013

Sungai Limau : Kubu Pas Atau Kubu Ustaz Azizan ?


Berdasarkan fakta dan angka hasil keputusan pilihanraya yang lepas-lepas di Dun Sungai Limau, nampaknya bukan satu perkara yang mudah untuk BN merampas kerusi berkenaan daripada Pas. 

Sejak tahun 1955 sejarah pilihanraya kawasan berkenaan menunjukkan Pas menguasainya sebanyak 9 kali dan BN sebanyak 4 kali. 

Arwah Ustaz Azizan mula memegang kerusi berkenaan sejak 1995 yang pada ketika itu dikenali dengan nama Dun Sala. Beliau menewaskan calon BN, Bahador Bin Omar dengan majoriti 196 undi. 

Tahun 1999 juga semasa Dun berkenaan dikenali sebagai Dun Sala, Ustaz Azizan sekali lagi menewaskan calon BN, Hidzir Bin Alias dengan majoriti 2621 undi. 

Tahun 2004 Dun berkenaan mula dikenali dengan nama Dun Sungai Limau. Ustaz Azizan mencatatkan hatrick, dengan menewaskan calon BN, Mohd Suhaimi Bin Abdullah dengan majoriti 1080 undi.

Tahun 2008 pula Ustaz Azizan menewaskan Basorri Bin Abu Hassan dengan majoriti 3212 undi. Manakala pada tahun 2013 Ustaz Azizan menewaskan calon BN yang juga sepupunya, Fazillah Bin Mohd Ali dengan majoriti 2774 undi. 

Jika diperhatikan keputusan diatas, undi majoriti yang dimenangi Ustaz Azizan tidak konsisten setiap tahun. Bermula dengan kemenangan kecil pada 1995, kemudian meningkat pada 1999, turun balik pada 2004, naik balik pada 2008, dan turun balik pada 2013. 

Jika kita jadikan trend diatas sebagai ukuran, maknanya Pas akan mencatat kemenangan yang lebih tinggi dalam PRK kali ini. Sebab majoriti mereka merosot dalam pilihanraya sebelum ini. Itu jika kita letak parti Pas sebagai ukurannya. Tetapi jika kita meletak calon sebagai ukuran suasananya mungkin berbeza. 

Mungkin kerusi berkenaan bukan kubu Pas, tetapi kubu Ustaz Azizan. Apa pun segalanya akan terjawab 4 November ini. Jika Pas menang, maknanya kerusi itu kubu Pas. Jika Pas kalah maknanya kerusi itu kubu Ustaz Azizan. 

Saya ingin berkongsi keputusan pilihanraya ke 12 dan ke 13 dengan anda bagi Dun Sungai Limau.



Jumlah Pengundi - 27,222 orang
Melayu - 93.03 %
Cina - 6.76 %
India - 0.06 %
Lain-lain - 0.15%

Pusat Daerah Mengundi (PDM) - 19

1) PDM Matang Buloh 
Jumlah Pengundi - 1949 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 260 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 379 undi

2) PDM Sungai Dedap
Jumlah Pengundi - 2005 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 461 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 548 undi

3) PDM Gelam Tiga 
Jumlah Pengundi - 1096 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 358 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 388 undi

4) PDM Bukit Choras
Jumlah Pengundi - 988 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 601 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 647 undi

5) PDM Bukit Besar
Jumlah Pengundi - 2359 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 1199 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 1247 undi

6) PDM Simpang Tiga Luar
Jumlah Pengundi - 1548 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 225 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 248 undi

7) PDM Simpang Tiga
Jumlah Pengundi - 1432 orang
PRU 13 - BN menang majoriti 46 undi
PRU 12 - BN menang majoriti 265 undi

8) PDM Selengkoh
Jumlah Pengundi - 1006 orang
PRU 13 - BN menang majoriti 119 undi
PRU 12 - BN menang majoriti 22 undi

9) PDM Sungai Daun 
Jumlah Pengundi - 1826 orang
PRU 13 - BN menang majoriti 137 undi
PRU 12 - BN menang majoriti 32 undi

10) PDM Sungai Limau
Jumlah Pengundi - 1305 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 12 undi
PRU 12 - BN menang majoriti 55 undi

11) PDM Kabu Sepuloh
Jumlah Pengundi - 1950 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 87 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 45 undi

12) PDM Sungai Kering
Jumlah Pengundi - 358 orang
PRU 13 - BN menang majoriti 178 undi
PRU 12 - BN menang majoriti 153 undi

13) PDM Sedaka
Jumlah Pengundi - 1469 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 86 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 22 undi

14) PDM Ulu Sedaka
Jumlah Pengundi - 1546 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 245 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 283 undi

15) PDM Padang Lumat 
Jumlah Pengundi - 843 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 5 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 56 undi

16) PDM Batu Enam Belas
Jumlah Pengundi - 1143 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 194 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 202 undi

17) PDM Kampung Titi Batu
Jumlah Pengundi - 1596 orang
PRU 13 - Pas menang majoriti 276 undi
PRU 12 - Pas menang majoriti 164 undi

18) PDM Dulang Kecil 
Jumlah Pengundi - 1814 orang
PRU 13 - BN menang majoriti 506 undi
PRU 12 - BN menang majoriti 338 undi

19) PDM Dulang Besar
Jumlah Pengundi - 989 orang
PRU 13 - BN menang majoriti 187 undi
PRU 12 - BN menang majoriti 141 undi



PRU 13 - Pas menang 13 PDM dan BN menang 6 PDM

PRU 12 - Pas menang 12 PDM dan BN menang 7 PDM.

Atas kertas mungkin kita berkata sukar untuk BN menang. Namun begitu kita kena ingat, dunia politik lebih kurang dengan dunia bolasepak. Penuh dengan keajaiban....Johor yang menang 4-2 menewaskan Kelantan, kemudian boleh kalah 6-1 dengan Kelantan sehingga tersingkir daripada saingan Piala Malaysia. Haji Hadi pun pernah tewas di kubu kuatnya di Marang tahun 2004. Ali Rustam pun boleh kalah di Bukit Katil dalam PRU 13. 

Dimana ada kemahuan disitu ada jalannya....

Monday, October 21, 2013

Sedih Melihat Nasib Yang Menimpa Ali Rustam

Salah seorang pemimpin Umno yang saya kagum selama ini dalam mentadbir negeri dan berkhidmat kepada rakyat adalah Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Sebelum ini pun blog ini pernah beberapa kali menulis tentang kehebatan dan kejayaan Ali mentadbir Melaka. Kejayaan dan kehebatan beliau di Melaka tiada sesiapa pun yang boleh pertikaikan. 

Apabila Ali tewas dalam PRU 13 di Parlimen Bukit Katil saya juga agak tersentak mendengar keputusannya. Satu keputusan di luar jangkaan yang tidak ada sesiapa sekalipun jangkakan. 

Sebelum PRU 13 sudah banyak pihak membuat jangkaan bahawa Ali akan bertanding merebut jawatan Naib Presiden Umno dalam pemilihan parti kali ini. Apabila keputusan PRU keluar yang menyaksikan Ali kalah, ada pihak ramal Ali tidak bertanding Naib Presiden, dan ada yang kata beliau tetap akan bertanding. 

Hinggalah pada pagi hari pendaftaran calon 21 September 2012, tanda tanya masih lagi timbul samada Ali akan bertanding atau pun tidak. Sebelah petang, kira-kira 1 jam 20 minit sebelum pendaftaran ditutup barulah Ali muncul menyerahkan borang untuk bertanding jawatan Naib Presiden. Menjadikan beliau sebagai calon yang terakhir menyerah borang. 

Segala teka-teki telah terjawab...Ali sah bertanding...kemudian timbul pula ramalan samada beliau akan menang akan kalah. Saya sendiri jauh di sudut hati telah jangka Ali akan kalah. Satu faktor utama dan satu faktor sampingan yang saya jangka kenapa Ali akan kalah...

1) Beliau tidak lagi mempunyai kuasa seperti dulu - faktor utama
2) Peristiwa hitam yang melanda beliau menjelang pemilihan 2009 - faktor sampingan

Namun begitu perkara yang saya rasa tidak ada sesiapa pun yang jangka termasuk saya sendiri adalah undi dari bahagian-bahagian Umno negeri Melaka. 

Siapa boleh jangka bekas seorang Ketua Menteri yang begitu hebat dan rapat dengan rakyat di negeri itu tidak mendapat undi penuh daripada negerinya ? 

Bayangkan daripada enam bahagian di Melaka, hanya satu bahagian sahaja yang memilih beliau. Iaitu di bahagian beliau sendiri. Itu pun beliau berada di tempat kedua di belakang Zahid Hamidi. 
MELAKA 20 Okt. - Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam melahirkan rasa terkilan apabila hanya satu daripada enam bahagian UMNO di negeri ini mengundinya untuk jawatan Naib Presiden UMNO. 
Menurutnya, beliau hanya mendapat undi daripada UMNO Bukit Katil yang diketuainya manakala lima lagi iaitu Tangga Batu, Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin dan Kota Melaka tidak berbuat demikian. 
“Inilah dunia politik sebenarnya yang dapat saya rasakan. Apa salahnya saya diberi peluang mengisi salah satu daripada tiga tempat bagi jawatan Naib Presiden. 
“Kalau nak pilih satu sahaja mungkin keadaan sebaliknya, namun di Melaka saya lebih berasa terkilan kerana tidak mendapat sokongan langsung. 
“Inilah hakikat yang harus saya akui. Apabila saya tidak memegang sebarang jawatan di negeri atau Pusat tidak siapa nak lihat saya, tetapi dulu ketika 13 tahun jadi Ketua Menteri semua sokong saya," katanya. 
Mohd. Ali ditemui ketika menziarahi jenazah bapa mertua Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron yang meninggal dunia di Klebang Kechil di sini hari ini. 
Mohd. Ali yang bertanding jawatan Naib Presiden bersama lima calon lain tewas selepas hanya mendapat tujuh undi bahagian. 
Mohd. Ali yang juga Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) hanya mengekalkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil selepas menang tanpa bertanding. 
Mengulas lanjut beliau berkata, sepanjang 13 tahun memegang jawatan Ketua Menteri, beliau tidak menghadapi sebarang masalah apabila pernah menang jawatan Naib Presiden pada 2004 dan MT.
Utusan Online 21.10.2013

Sedih beb....sedihhhhhhhhhh.....

Rasa nak menitis air mata bila melihat nasib yang menimpa Ali Rustam. Jika beliau tidak mendapat undi dari negeri-negeri lain kita mungkin boleh kata tak kisah. Tetapi bila negeri sendiri pun sanggup lakukan begitu, sedih sungguh rasanya....

Tetapi itulah politik....bila sudah tidak ada kuasa itulah jadinya. Jika dulu Ali Rustam itulah yang menjadi pujaan hati mereka, sampaikan nak pergi ke tandas pun ada gerombolan yang ikut. Sekarang bila tiada kuasa, satu undi pun tak boleh bagi...

Politik oh politik...

Tiada kawan sejati....tiada musuh abadi...itulah politik.

Friday, October 18, 2013

Jangan Lupa Undi Anda Kepada Datuk Mohd Alwi Che Ahmad


Setiap kali Perhimpunan Agung Umno beberapa tahun kebelakangan ini beliaulah orang yang dinanti-nantikan untuk menyampaikan ucapan. Setiap kali nak berceramah samada di musim pilihanraya kecil atau diluar musim beliau jugalah orang yang dicari-dicari. Ini kerana ucapannya yang bersahaja, bernas dan dapat difahami dengan mudah. 

Namun begitu bila tiba musim pemilihan Umno dan beliau turut bertanding untuk jawatan Ahli Majlis Tertinggi, namanya agak tenggelam. Mungkin beliau mengambil sikap low profile dan menyerahkan kepada perwakilan untuk menilainya. 

Tahun lepas beliau memberi perbandingan yang cukup mudah untuk membandingkan Pas dengan islam. Bendanya mudah, tetapi sebelum ini tidak pernah terfikir dek orang lain untuk menggunakan perumpamaan begitu. Lihat video di bawah untuk mengetahuinya.



Orangnya mudah didekati dan tidak berlagak. Jika duduk dengan beliau tanyalah apa sahaja beliau pasti akan boleh menjawabnya. Dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan kepetahan dan kehebatan beliau berhujah memang tidak boleh dinafikan. Itulah kadangkala membuatkan Nik Aziz pening kepala. Nak lihat kehebatan beliau berhujah atau berceramah sila lihat video-video di You Tube

Dalam bab berucap, berhujah dan berdebat saya berani katakan dalam Umno tiada orang yang boleh melawannya. Kehebatan dalam hal itu yang ada padanya boleh dikatakan sebagai anugerah daripada tuhan. Cuma beliau agak tenggelam di peringkat nasional selepas diletakkan bertanding di kerusi Dun Kok Lanas sejak 2008. 

Sebelum itu pada tahun 2004 beliau adalah Ahli Parlimen Ketereh. Masa itu sangat menyeronokkan apabila melihat beliau berbahas di Dewan Rakyat. Tapi masa itu pembangkang tidak ramai seperti hari ini. Kalaulah beliau ada parlimen sekarang alangkah seronoknya kita melihat beliau berdepan dengan pihak pembangkang. 

Sejarah bertanding pilihanraya tidak pernah kalah. Tiga kali bertanding sejak 2004, tiga kali berturut-turut beliau menang. Anak seorang arwah tok guru di negeri Kelantan. Mempunyai ilmu agama yang cukup. Dilahirkan pun di bumi Mekah. 

Orang seperti ini sangat diperlukan oleh parti.....dan beliau perlu diangkat ke kerusi Majlis tertinggi Umno. Saya merayulah kepada para perwakilan, berilah undi anda kepada beliau dan pastikan beliau menang. Jika minggu lepas Perwakilan Pemuda telah menobatkan Ustaz Fahtul Bari sebagai Exco Pemuda Umno, esok anda nobatkanlah pula Mohd Alwi Che Ahmad sebagai ahli MT. Adalah satu kerugian kepada parti jika kita tidak memilih orang seperti ini. Dalam keadaan dunia politik yang semakin menggila sekarang kita perlukan orang seperti ini untuk berdepan dengan musuh-musuh kita. 

Ingat para perwakilan, jangan lupa satu undi anda kepada Mohd Alwi Che Ahmad, calon nombor 38.


Perwakilan Perlu Timbangkan Untuk Letak Tiga Orang Muda Ini Di Kerusi MT Umno

Dalam dunia politik hari ini kita tidak boleh nafikan peranan orang muda amat penting. Mungkin ada sesetengah orang berkata orang muda tak mengapa kerana mereka masih banyak masa, pengalaman tak cukup dan bla...bla...bla... 

Itu silap...

Datuk Seri Najib di usia 25 tahun sudah menjawat jawatan Timbalan Menteri di Kementerian Tenaga  Telekom dan Pos pada 1978-1980. Kemudian diikuti dengan Timbalan Menteri Pendidikan (1980-1981) dan Timbalan Menteri Kewangan (1981-1982). Kemudian di usia 29 tahun beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Pahang pada tahun 1982-1986. Selepas itu beliau dibawa kembali ke pusat pada 1982 sebagai Menteri Belia, Menteri Pendidikan, Menteri Pertahanan, Timbalan Perdana Menteri dan kini sebagai Perdana Menteri. 

Dari setakuk ke setakuk beliau naik hasil dari peluang yang diberi. Jika orang muda kurang pengalaman dan tidak boleh buat kerja tak mungkin Datuk Seri Najib berjaya naik sehingga ke tahap hari ini. 

Jika kita lihat di pihak parti pembangkang pula mereka memberi ruang yang luas kepada orang muda untuk menguasai parti. Tetapi jika diserahkan kepada orang muda sepenuhnya pun tak boleh juga. Kelapa tua pun berguna juga....tanpa kelapa tua dari mana kita nak dapat santannya ?

Menjelang pemilihan Umno esok adalah baiknya jika perwakilan dapat memilih gabungan yang terbaik demi kesinambungan Umno. Campurkan yang tua, yang muda dan wanita. 

Antara calon muda yang boleh dipertimbangkan oleh para perwakilan untuk dipilih sebagai MT adalah Sohaimi Shahadan, calon bernombor 17. 

Sohaimi Shahadan - Kanan
Apabila saya mengenengahkan calon ini mungkin ada yang berpandangan sinis kepada saya berdasarkan pengalaman silam. Ahhhh....lupakan yang silam. Dalam hidup ini jika kita tak bersetuju dengan satu perkara yang orang itu lakukan, kita tidak boleh nafikan kebaikan-kebaikan yang lain yang beliau lakukan. Apatah lagi jika orang itu satu aliran atau satu perjuangan dengan kita. 

Antara faktor yang menarik minat saya terhadap Sohaimi Shahadan adalah kelantangan beliau dalam memperjuangkan isu usahawan melayu termasuklah isu bangkrap dan CTOS. Walaupun saya bukan orang yang tergolong dalam golongan bangkrap, tetapi masalah ini sudah menjadi masalah bangsa melayu. Rata-rata yang menghadapi masalah bangkrap dan CTOS adalah bangsa melayu. Ada yang berpunca daripada diri sendiri dan ada yang menjadi mangsa keadaan. 

Perkara ini perlu diatasi untuk mengelak kesan jangka masa panjang terhadap orang-orang melayu. Satu melayu bangkrap kesan akan turut dirasai oleh beberapa melayu lain seperti anak-anak dan isteri mereka. Jika si bapa yang bangkrap, anak-anak akan menghadapi kesukaran untuk membuat pinjaman untuk belajar. Apabila anak tak boleh buat pinjaman, peluang seorang bangsa melayu untuk belajar tinggi sudah terbantut. 

Kita perlukan satu orang yang khusus untuk memperjuangkan perkara ini. Bukan maksud saya kita perlukan satu orang yang khusus untuk memperjuangkan orang-orang yang tidak membayar hutang. Tetapi kita perlukan satu orang yang khusus yang boleh menyedarkan orang melayu bagi mengelakkan masalah bangkrap, menolong orang yang bangkrap disebabkan menjadi mangsa keadaan, dan menolong orang ramai yang menjadi mangsa CTOS. Jika beliau berada dalam MT Umno , maka beliau ada suara yang lebih untuk memperjuangkan perkara-perkara ini. 

Selain Sohaimi Shahadan, calon muda yang lain yang saya rasa patut dipilih adalah Ahli Parlimen Lenggong yang juga Pengerusi PTPTN, Shamsul Anuar Nasarah, calon nombor 02. 

Shamsul Anuar Nasarah
Beliau kini adalah Ahli Parlimen Lenggong untuk penggal yang kedua. Antara faktor yang menarik minat saya terhadap beliau adalah kelantangan beliau berdepan dengan pembangkang dalam sidang parlimen. Ada masanya beliau psiko pembangkang membuat mereka garu kepala. Anwar cukup tak suka kepada beliau. Asal beliau bangun minta laluan atau penjelasan Anwar tak akan bagi peluang. Kerana dia tahu jika dia bagi peluang, Shamsul akan psiko dia dengan hujah-hujah yang boleh makan dia balik. 

Selain itu Shamsul Anuar juga mempunyai pengalaman yang luas dalam pertubuhan-pertubuhan belia. Dengan memilih beliau sebagai salah seorang anggota MT akan memberikan lebih peluang kepadanya untuk bersuara bagi keperluan-keperluan orang muda, apatah lagi golongan mahasiswa-mahasiswi yang telah diracuni pembangkang dengan isu PTPTN. Dan secara kebetulan pula beliau adalah lulusan dalam bidang kaunseling dari UM. Kelulusan beliau itu penting untuk berdepan dengan golongan-golongan yang jiwa memberontak. 

Kita kena ingat golongan muda yang berusia 21-40 tahun golongan pengundi yang besar. Mereka menguasai 41 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi di negara kita. Dalam keadaan begitu suara anak muda tidak boleh dipinggirkan kerana kuasa dan pengaruh mereka dalam politik negara mewakili jumlah yang bukan sedikit.

Tun Faisal
Selain dari dua calon diatas, antara calon muda yang lain yang boleh diberi perhatian oleh para perwakilan adalah saudara Tun Faisal Ismail Aziz, calon nombor 60. Saya secara peribadi tidak mempunyai masalah dengan beliau walaupun ada masanya ada dikalangan pemain-pemain media cyber yang bermasalah dengan beliau. Seperti yang saya katakan diatas, jika ada satu dua perkara yang kita tidak suka dengan cara orang itu, kita tidak boleh nafikan kebaikan-kebaikannya yang lain. Kita kena ingat panas yang seharian, jangan kita hanya ingat hujan yang sejam dua. 

Suka tidak suka hakikat yang perlu diterima Tun Faisal mempunyai sumbangannya dalam dunia media baru dikalangan penyokong-penyokong BN. Jika satu masa dulu dunia media baru hanya dikuasai pembangkang. Tetapi suasana telah berubah selepas PRU 12 tahun 2008. Saya dan kawan-kawan pun wujud selepas PRU 2008. Kemudian selepas Pemilihan Umno 2009 satu unit telah ditubuhkan dibawah Pemuda Umno yang dinamakan Unit Media Baru yang diketuai oleh Tun Faisal. Beliau menjelajah ke seluruh negara untuk memberi pendedahan kepentingan media baru kepada anak-anak muda dan menarik mereka menyokong BN. 

Akhirnya kita sendiri boleh lihat bagaimana keadaan menjelang PRU 13. Kita telah berjaya mengimbangkan keadaan dan berjaya menyaingi pembangkang. Bukan lagi kita yang menjadi mangsa fitnah atau belasahan mereka seperti   PRU 12. Saya dan kawan-kawan sahaja tidak cukup, namun begitu kehadiran UMB yang diketuai oleh Tun Faisal membuat kita bertambah kuat. Sebab itu saya katakan kita tidak boleh nafikan sumbangan Tun Faisal dalam hal ini. Jika beliau terpilih sebagai MT dan beliau diberi kepercayaan oleh parti untuk menguruskan media baru, mungkin beliau boleh lakukan lebih daripada yang dilakukan sebelum ini. 

Satu undi dari anda untuk calon MT bernombor 02, 17 dan 60. 

Thursday, October 17, 2013

Hamidah Osman Antara Melayu Yang Sangat Dibenci Cina-Cina DAP


Jika kita mampu membelah dada orang-orang cina di negeri Perak terutamanya cina-cina DAP, untuk melihat siapakah orang yang mereka paling geram dan benci di Perak yang berbuku di hati mereka selama ini ? Jawapannya tidak lain tidak bukan adalah Datuk Hamidah Osman....

Kenapa mereka geram dengan Hamidah ? 

Tidak lain tidak bukan kerana Hamidah individu yang memainkan peranan penting hingga tumbangnya sebuah kerajaan DAP di Perak dalam masa 11 bulan. Banyak perkara yang tidak boleh dikongsikan secara terbuka di sini. Tetapi cukuplah video di bawah yang menceritakan secara ringkas. Video dibawah dirakam semasa kempen PRU 13. 


Selain daripada sumbangan beliau menumbangkan kerajaan DAP di Perak, cina-cina di Perak turut membenci Hamidah kerana sifat kemelayuannya yang menebal dalam memperjuangkan hak-hak melayu dan islam. Beliau tak peduli, jika kena berentap dengan cina pun beliau sanggup berentap berdepan demi mempertahankan hak melayu dan islam. Sebab itu dalam pilihanraya yang lepas cina-cina kasi ajar dia habis-habisan hinggakan ada peti undi kawasan cina tiada sebarang undi yang beliau dapat, kosong. 

Lihat video di bawah pula bagaimana beliau menghalau Ahli Parlimen PKR Gopeng dan balaci-balaci Pas yang menentang pembinaan sebuah sekolah agama.


Saya pernah menulis perkara ini pada Jun 2012. Klik di sini


Selain itu, Hamidah jugalah orang yang mendedahkan di Dewan Undangan Negeri Perak tentang pemberian tanah di Kelantan kepada dua pemimpin utama DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming. 

Tentu kita semua masih ingat lagi bagaimana gegak gempitanya perkara itu pada penghujung tahun 2012. Ya lah...disaat rakyat Kelantan masih ramai lagi yang tidak mempunyai tanah, tetapi kerana Pas nak jaga DAP, maka 10, 000 ribu ekar tanah diberikan kepada pemimpin DAP Perak. Pendedahan oleh Hamidah itu membuatkan Nga Kor Ming naik angin dan mengugut Hamidah.



Jika nak bercakap pasal melayu, jika orang Umno mahu pemimpin melayu yang berjiwa tebal kemelayuannya dan jika mahu pemimpin yang berani berdepan dengan cina-cina DAP Hamidah Osman adalah salah seorang orangnya. 

Jika anda seorang perwakilan Umno yang akan mengundi Sabtu ini untuk memilih barisan kepimpinan tertinggi parti, beri satu undi anda kepada Hamidah Osman calon nombor 43 sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno. 

Wednesday, October 16, 2013

Politik Kasih Sayang Membuatkan Pas Hilang Kerusi Parlimen Baling


Bila ada bencana yang berlaku, anak dara atau isteri orang sekali pun yang dilarikan ke Lombok atau tempat-tempat lain di Indonesia dan juga orang Malaysia yang ditahan pihak berkuasa di luar negara, maka pada waktu itu semua orang akan ingat kepada individu yang sesetengah orang gelarkan beliau sebagai mamak. Malah ada yang keterlaluan memanggil beliau anak hindu. 

Apa orang nak kata, apa yang orang nak gelarkan atau apa yang orang nak tuduh, beliau tidak pernah pedulikan. Beliau terus komited dengan tanggungjawabnya, iaitu menyelesaikan masalah orang yang meminta pertolongannya. Itulah dia Azeez Rahim....

Apabila beliau dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji, banyak suara-suara sumbang yang mempertikaikan perlantikannya. Orang yang mempertikaikan itu cuba-cubalah cerminkan diri sendiri. Sembahyang cukup ke tidak ? Puasa cukup ke tidak ? boleh ke jadi imam solat ? Diri sendiri hati bersih ke tidak ?

Berhubung perlantikan beliau saya pernah ulas di sini

Semamak-mamak Azeez yang sesetengah orang menggelarnya anak hindu, sekurang-kurangnya sembahyang beliau cukup. Walau dalam keadaan apa sekalipun dia tetap tidak meninggalkan solat, hatta pernah sekali mata ini melihat beliau solat dalam kedai cina beralaskan surat khabar kerana waktu Asar sudah hampir habis. 

Saya tidak bercakap kosong, saya boleh bercakap pasal keperibadian Azeez sebab saya pernah bermusafir dengan beliau hampir dua minggu. Waktu itu beliau belum pun Ahli Parlimen lagi. Kata orang tua-tua untuk mengenali peribadi seseorang kita perlu bermusafir dengan orang itu sekurang-kurangnya tiga hari. 

Di Baling sebelum beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen pada PRU 13 lepas, pernah terjadi beliau ke sebuah Surau di kawasan Pas untuk solat Subuh, tiba-tiba orang Pas minta beliau mengambil tempat imam untuk mengimamkan solat Subuh. Mereka suruh Azeez dengan niat untuk memperli atau mengenakan Azeez. Mereka ingat Azeez akan tolak. Azeez pula selamba pergi ambil tempat imam dan terus mengimamkan solat berkenaan. Habis solat minum di kedai kopi ada orang Pas totok yang berkata pada beliau, "ingatkan orang Umno tak boleh jadi imam". Orang Pas itu tidak boleh disalahkan. Kerana mereka orang Pas kampung, tambah-tambah pula di Baling, kawasan yang pekat hijaunya, dimana mereka telah didoktrinkan oleh parti mereka orang Umno itu kafir, tak boleh baca akhbar selain harakah, jangan percaya berita di televisyen dan macam-macam lagi. 

Pada PRU 12 tahun 2004 kali pertama Azeez bertanding dalam pilihanraya di Baling. Beliau tewas ditangan calon Pas dengan majoriti 7613 undi. Kekalahan itu tidak melemahkan semangatnya. Beliau terus berkhidmat dan mencurah tenaganya di Baling. Bila ditanya kepada beliau, dalam banyak-banyak kawasan parlimen di Malaysia, kenapa perlu beliau pilih Baling ? Kawasannya besar, rakyatnya ramai dan ramai juga yang miskin. Ya lah....tempat begitu siapa yang jadi wakil rakyat bukan perkara senang. Lainlah wakil rakyat Pas, wakil rakyat hanya pada gelaran YB sahaja.  Azeez jawab mudah sahaja, "aku berasal dari keluarga yang susah, Allah bagi aku sedikit rezeki untuk senang dan sekarang masa untuk aku pula tolong orang susah" . "Lagi pun menolong orang sudah menjadi sebati dengan jiwa aku" . Itu jawapannya....


Saya pernah lihat bagaimana Azeez melayan orang-orang yang datang meminta pertolongannya. Macam-macam jenis orang dan pelbagai kerenah. Tapi Azeez boleh melayannya dengan tenang. Apabila saya kata, "Datuk boleh layan orang hingga seperti ini ya, jika saya tak boleh dengan bermacam-macam kerenah begitu." Dia hanya senyum dan jawab itu perkara biasa. 

Saudara-saudari sekalian, nak tolong dan melayan orang yang bermacam-macam perangai bukan perkara senang. Saya akui saya memang tak boleh. Saya cepat jemu dan hilang sabar. Tapi orang macam Azeez disebabkan jiwa beliau ke arah itu, maka bukan satu masalah baginya. 

Walaupun tewas dalam PRU 12 tahun 2004, Azeez mengambil iktibar dari kekalahan itu. Yang mana tak betul beliau perbetulkan. Walau sibuk bagaimana sekalipun dengan misi-misi bencana luar negara dan misi membawa pulang gadis-gadis Malaysia yang dilarikan ke Lombok, beliau tetap tidak lupa menjaga rakyat Baling walaupun tanpa gelaran YB. 

Masuk PRU 13 tahun ini Azeez sekali lagi dicalonkan di Parlimen Baling. Akhirnya percubaan kedua beliau berjaya. Beliau menang dengan majoriti 5185 undi. Jika nak dikira betul-betul beliau mencatat kemenangan dengan majoriti 12798 undi. Bayar hutang tewas tahun 2004 sebanyak 7613 undi, dan bakinya 5185 undi. Antara kerusi parlimen yang mencatat kemenangan terbesar di negeri Kedah.

Bila ditanya kepada beliau bagaimana beliau boleh mencatatkan kemenangan yang begitu besar di kawasan yang Pas hijau pekat ? Jawapannya mudah, "aku amalkan politik kasih sayang kepada semua pengundi Baling"

Apa maksud politik kasih sayang ? Kau pi cium semua dahi pengundi ke ? 

Politik kasih sayang yang dimaksudkan beliau adalah tidak mengamalkan permusuhan dengan orang-orang yang tidak menyokong BN. Tolong semua orang tanpa mengira fahaman politik.


Di Baling suasananya mungkin berbeza dengan tempat-tempat lain. Jika Azeez mengamalkan permusuhan atau pilih bulu dalam melaksanakan tugasnya, jangan kata ada orang Pas yang akan mengundi beliau, orang BN pun boleh tak undi BN. Sebabnya kebanyakkan mereka bersaudara. Dalam satu kampung ada pak menakan, ada anak menakan, ada sepupu dan sebagainya. Ada yang pak menakan orang BN, anak menakan pula orang Pas. Ada yang adik orang BN, abang pula orang Pas. Jika bermusuh dengan yang Pas, yang BN pun akan terasa hati sebab itu anak beranak mereka. 

Jalan terbaiknya adalah buat baik dengan semua, dan tolong semua jika mereka perlukan bantuan. Apabila diamalkan begitu saudara mara yang BN pun boleh gosok-gosok yang Pas supaya beri undi kepada BN. Tidak dinafikan ada sesetengah orang Pas tidak menjadi masalah untuk memberi undi kepada BN, asalkan jangan pergi pacak bendera atau tampal poster BN depan rumah mereka. Mereka takut dipulau orang-orang mereka.  Dan kita tidak boleh nafikan kemenangan besar Azeez di Baling sedikit sebanyak turut disumbang oleh undi orang-orang Pas yang terkena politik kasih sayangnya. 

Selain daripada kemenangan besar BN di Baling, satu lagi kenangan manis yang berjaya dicatat di parlimen berkenaan dalam PRU 13 yang lepas apabila BN berjaya membuka bilik gerakan di Kampung Memali. Selama ini dalam PRU yang lepas-lepas BN tidak boleh langsung membuka bilik gerakan di kampung berkenaan. 

Bab kerja untuk parti dan bab kerja untuk rakyat Azeez adalah antara salah seorang yang bekerja kuat. Jadi orang seperti ini wajar dikekalkan dalam barisan kepimpinan tertinggi parti. Sebabnya beliau memang orang yang bekerja. Jadi tidak salah untuk Perwakilan Umno mengekalkan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno. Satu undi dari anda untuk Azeez Rahim, calon MT nombor 15.


Bersambung dalam siri 2....

Monday, October 14, 2013

Perwakilan Umno Subang Perlu Pastikan Orang Ini Menang


Sebaik sahaja pesawat yang saya naik mendarat di Subang Sky Park, saya terus mengaktifkan telefon bimbit . Mesej yang pertama masuk adalah dari sahabat Arn Jebat yang memaklumkan keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh pihak katolik.

Bulu roma dan bulu tengkok ku tiba-tiba berdiri dan tanpa disedari mata ku turut berair menerima berita gembira tersebut. Perkara yang membuatkan hatiku amat tersentuh kerana berita gembira itu kita terima pada hari Wukuf iaitu 9 Zulhijjah. Hari wukuf hari pintu langit setiap lapis terbuka dan Allah menerima doa umatnya. 

Ya Allah besarnya kuasamu Ya Allah. Sudah lama kami menanti berita gembira itu akhirnya engkau memilih untuk memberi berita gembira kepada umat mu di hari yang baik ini. 

Kami bersyukur kepada mu Ya Allah....

Kami mensyukuri nikmat yang kau berikan Ya Allah.....

Sesungguhnya engkaulah Allah Yang Satu, Allah Yang Maha Esa dan Allah Yang Maha Besar....

Terima kasih juga kepada Yang Arif Tuan Hakim kerana telah membuat keputusan sebulat suara yang menyebelahi umat Islam. Semoga hidup Tuan-Tuan Hakim semua sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah. Sekali lagi, terima kasih Yang Arif....


Tidak lupa juga terima kasih kepada barisan peguam-peguam yang mewakili kita semua yang bertungkus lumus sejak beberapa tahun lepas mencari dalil, mencari nas, menyediakan hujahan yang bagus-bagus sehingga keputusan hari ini menyebelahi kita. Semoga hidup tuan-tuan semua diberkati Allah. 

Salah seorang peguam yang mewakili kita dalam kes ini adalah Peguam Adzly Manas. Secara kebetulannya Peguam Adzly adalah salah seorang calon yang bertanding dalam pemilihan Umno kali ini. Beliau masuk bertanding untuk jawatan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Subang. 

Saya bukan lagi nak mencadang atau nak mengesyorkan kepada perwakilan Umno Bahagian Subang agar memberi undi kepada beliau, malah saya rasa wajib untuk anda mengundi beliau dan seterusnya meletak beliau sebagai salah seorang AJK Umno Subang. 


Ingat ! Sejak isu Kalimah Allah ini timbul, kita orang-orang Umno sepanjang masa memperjuangkan perkara ini. Senang cerita isu sangat rapat dengan kita. Jadi pada saya jika orang Umno tak boleh angkat atau pilih seorang peguam yang mewakili kita sebagai AJK bahagian adalah tak patut. Beliau bukannya mencabar Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian atau Naib Ketua Bahagian. Beliau hanya bertanding AJK Bahagian yang perlu anda pilih seramai 20 orang. Jadi apa salahnya jika bagi beliau satu tempat....

Kepada rakan-rakan seperjuangan perwakilan Bahagian Subang, anda mewakili kami ahli-ahli Umno di tempat lain, bagilah satu undi anda kepada Peguam Adzly Manas yang telah mewakili kita semua mempertahankan Kalimah Allah. 

JJ Berjaya Memendekkan Langkah Panjang Anwar Dengan Amerika

Semenjak menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi Anwar Ibrahim telah 'main belakang' Tun Dr Mahathir apabila beliau menjalinkan hubungan sulit dengan Amerika. 

Tun mula membuka mata apabila dalam satu lawatan Anwar ke Washington pada tahun 1998 beliau telah diberi sambutan rasmi dengan dibentang permaidani merah dan tembakan meriam 21 das. Sambutan yang sangat luar biasa terhadap seorang Timbalan Perdana Menteri. Bukan sahaja Tun Dr M, malah ramai lagi pemimpin-pemimpin lain termasuk pemimpin dunia membuka mata melihat perkara itu. 

Tahun 1998 juga dunia termasuk negara kita dilanda krisis kewangan. Anwar selaku Menteri Kewangan ketika itu bersungguh-sungguh mahu mengikut formula Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk mengatasi masalah tersebut. Saya masih ingat ketika itu Anwar menaikkan bayaran minimum kad kredit, menaikkan interest pinjaman kenderaan dan rumah. Hingga satu tahap interest pinjaman kenderaan naik sehingga 8 peratus. Waktu itu banyak peniaga-peniaga kereta yang gulung tikar kerana orang tidak mahu membeli kereta. 

Selepas Anwar dipecat daripada kabinet September 1998, Tun Dr M mengambil alih jawatan Menteri Kewangan. Selepas itu Tun perkenal formula sendiri bagi mengatasi krisis kewangan. Antara yang diperkenalkan Tun M adalah tambatan Ringgit dengan Dollar Amerika. Amerika sangat marah dengan tindakan itu. Tapi Tun tetap Tun.....kau Amerika ke, siapa ke, apa dia peduli...

Pada November 1998 ketika Anwar berada dalam penjara, Persidangan APEC telah berlangsung di Kuala Lumpur. Dua rakan Anwar dari Amerika turut hadir dalam persidangan tersebut. Mereka adalah,Madeleine Albright, Setiausaha Negara Amerika dan Al Gore, Naib Presiden Amerika.

Dalam satu persidangan peringkat menteri di Hotel Palace of the Golden Horses, Madeleine Albright telah memalukan Malaysia selaku tuan rumah di depan menteri-menteri negara lain apabila secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap Anwar. Datuk Seri Rafidah Aziz yang mewakili Malaysia pada waktu bangkit 'membelasah' Madeleine hingga berlaku pertikaman lidah dan mengejutkan wakil-wakil negara lain. 

Sokongan Amerika terhadap Anwar tidak berhenti di situ...sehari dua selepas itu dalam satu majlis
Madeleine Albright-Wan Azizah- KL 1998
makan malam sempena Persidangan  APEC bagi meraikan ketua-ketua negara dan delegasi, Al Gore pula dalam ucapannya mengambil kesempatan untuk menyatakan sokongan kepada Anwar. Tun Dr M turut berada dalam majlis tersebut. Selesai menyampaikan ucapan Al Gore terus bergegas meninggalkan majlis tanpa menjamu selera bersama Ketua-Ketua Negara yang lain. Sekali lagi Malaysia dimalukan di bumi mereka sendiri. 

Dua contoh diatas adalah sebahagian contoh untuk menunjukkan kepada anda bagaimana kuatnya hubungan Anwar dengan Amerika. 

Selepas bebas daripada penjara, rumah kedua Anwar adalah di Amerika. Dia kembali mengukuhkan hubungannya dengan pihak-pihak tertentu di Amerika. Bermacam-macam yang dia burukkan Malaysia kepada Amerika. 

Keadaan itu jika dibiarkan berterusan akan merosakkan negara. Mungkin menyedari tindakan Anwar itu membahayakan negara, sebaik sahaja dinobatkan sebagai PM pada tahun 2009, Datuk Seri Najib telah membuat kejutan apabila menghantar rakan beliau yang juga Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis (JJ) sebagai Duta Malaysia ke Amerika. Jika tidak silap saya itulah kali pertama seorang ahli parlimen yang masih lagi berkhidmat dilantik sebagai duta. 

Sewaktu menyerahkan watikah perlantikan beliau kepada Presiden Amerika, JJ muncul lengkap dengan berpakaian istiadat melayu. Perkara itu menjadi bahan berita di media-media Amerika. 


JJ tidak menunggu lama, sebaik sahaja perlantikannya diterima Kerajaan Amerika beliau terus memulakan tugas utamanya, iaitu membetulkan balik pembohongan-pembohongan yang dilakukan Anwar di Amerika. Selain itu beliau juga berjaya mencatas hubungan Anwar dengan pihak-pihak tertentu di Amerika. 

Hasil daripada kerja yang dilakukan JJ dari sehari ke sehari hubungan Anwar dengan Amerika semakin punah. Sebab itu jika anda perasan dalam kes liwat yang melibatkan Saiful Bukhari, Amerika tidak lagi mempertahankan Anwar. 

Daripada dulu lagi saya sering berkata kepada rakan-rakan bahawa tindakan Datuk Seri Najib melantik JJ sebagai Duta Malaysia ke Amerika adalah langkah yang cukup tepat. Selain dari menjalankan tugas antara kerajaan dengan kerajaan, beliau juga berjaya menjalankan tugas politik. 

Ahli Kongres Amerika dibawa ke Malaysia oleh JJ untuk menunjukkan keadaan sebenar kepada mereka-Ogos 2013
Kejayaan JJ dalam menjalankan tugasnya wajar dipuji. Beliau berjaya membetulkan persepsi buruk Amerika terhadap Malaysia dan berjaya mencantas pembohongan-pembohongan yang dilakukan Anwar. Hasilnya kita boleh lihat hari ini. Hubungan Malaysia dengan Amerika tidak seburuk dulu dan yang paling penting mereka kini lebih menghormati kita sebagai sebuah negara berdaulat. Dan yang paling....paling....paling penting lagi, Amerika kini tidak lagi mempercayai Anwar seperti dulu. 

Walaupun kini beliau bukan lagi Duta Malaysia ke Amerika, namun JJ masih lagi memainkan peranannya dari Malaysia hasil hubungan atau rangkaian yang beliau bina selama empat tahun di Amerika. 

Oleh yang demikian orang seperti JJ perlu dikekalkan dalam barisan kepimpinan Umno. Ini kerana tugas dan peranannya cukup besar. Jika anda seorang perwakilan Umno, saya cadangkan kepada anda beri satu undi kepada beliau, calon nombor 25. 

Perwakilan Jadikan Chai Sebagai Senarai Yang Perlu Diikuti

Sistem lama pemilihan Umno menetapkan kuota pencalonan untuk melayakkan seseorang bertanding jawatan bagi peringkat Majlis Tertinggi.

Presiden - 30 peratus
Timbalan Presiden - 20 peratus
Naib Presiden - 10 peratus
Ahli MT - 5 peratus

Sesiapa yang tidak melepasi peratusan kuota yang ditetapkan tidak layak untuk bertanding. Tujuan sistem ini diperkenalkan untuk memastikan orang yang mendapat sokongan bahagian sahaja yang boleh bertanding. Ini bagi mengelakkan seseorang masuk bertanding sesuka hati. 

Selain daripada peratusan kuota, sistem lama juga hanya membolehkan 13 orang perwakilan dari setiap bahagian bagi mewakili ahli-ahli di bahagian tersebut untuk memilih pemimpin peringkat Majlis Tertinggi. 

Jumlah perwakilan 13 orang setiap bahagian bila dikali dengan 191 Bahagian Umno seluruh negara ianya menjadi 2483 orang. 

Terdapat rungutan daripada ahli-ahli yang mengatakan adalah tidak adil apabila hanya 2483 orang sahaja daripada lebih 3 juta ahli Umno yang berkuasa memilih pemimpin peringkat atasan. Selain itu ianya memudahkan calon-calon untuk membeli undi daripada perwakilan atau pun dipanggil politik wang. 

Apabila Datuk Seri Najib dipilih menjadi Presiden Umno 2009, beliau mengambil berat tentang perkara ini. Satu kaedah pemilihan baru diperkenalkan bagi untuk memberi ruang dan peluang yang lebih besar kepada ahli-ahli Umno untuk memilih pemimpin atasan. Selain itu juga untuk mengatasi masalah politik wang. 

Maka wujudlah sistem pemilihan baru. Jika dulu hanya 2483 orang yang berkuasa untuk memilih pemimpin atasan, sistem baru pula membolehkan 146, 500 orang perwakilan yang berkuasa untuk memilih pemimpin atasan. Secara puratanya setiap bahagian mempunyai 767 orang perwakilan. 

Bayangkan daripada 13 orang setiap bahagian melonjak kepada 767 orang. Berapa puluh kali ganda punya peningkatan ? 

Selain daripada peningkatan perwakilan, kelayakan untuk bertanding pun dipermudahkan. Macam-macam yang pemimpin atasan buat demi untuk memastikan parti terus relevan sepanjang zaman. 

Tetapi sayangnya.....sayangnya....ahli dibawah tidak menghargai ruang dan peluang yang diberikan oleh pemimpin di atas. 

Kenapa saya kata begitu ? 

Saya ada kisah yang nak diceritakan....

Sabtu 12 Oktober 2013, pemilihan peringkat sayap parti telah berlangsung. Daripada tinjauan yang dilakukan sendiri dan daripada soal selidik dan tanya khabar yang saya lakukan, didapati rata-rata perwakilan tidak menggunakan kesempatan yang diberikan sebaik mungkin. 

Perwakilan tidak membuat homework untuk mengenal pasti seseorang calon samada mereka layak dipilih atau tidak. Mereka tak periksa pun siapa dia ni ? Dari mana ? Apa latar belakangnya ? Senang cerita, rata-rata perwakilan tidak kenal pun siapa calon yang bertanding. Sebaliknya mereka main pilih mengikut senarai chai yang dibekalkan oleh ejen calon. 

Mereka menjadikan senarai dalam chai itu sebagai calon yang wajib dipilih...

Di persidangan satu Pemuda Bahagian yang saya hadiri, satu chai telah diletakkan di dalam beg perwakilan. Chai tersebut untuk pemilihan Pemuda Pusat. Semasa pengundian berjalan perwakilan sedikit pun tanpa rasa bersalah letak chai di sebelah kertas undi dan menulis nombor-nombor calon mengikut yang tersenarai dalam chai.  Bagi mereka apa yang diletak dalam beg itu wajib diikut. Apabila keputusan diumumkan ianya sama sepertimana yang tersenarai dalam chai

Saya hubungi kawan-kawan di bahagian lain....rata-rata mereka memberitahu perkara yang sama. Perwakilan mengundi mengikut chai yang mereka dapat. Jalan mudah...tak payah nak pening-pening kepala nak fikir atau nak buat homework untuk mengenal pasti calon. Jika begini caranya maka jawabnya sia-sia sahaja perubahan yang cuba dibuat oleh pemimpin atasan. 

Ahli-ahli dibawah bercakap senang....Umno kena berubah....pemimpin kena berubah dan bla...bla...bla...Tapi diri sendiri bila nak berubah ? 

Kita nak parti kita terus maju, kuat dan relevan sepanjang masa. Tapi bila kita diberi kuasa untuk membuat keputusan, kita sia-siakan. Jadi, kalau parti kita jahanam, jangan salahkan pemimpin atasan 100 peratus. Kita sendiri pun turut menjadi penyumbang. 

Friday, October 11, 2013

Kita Patut Rasa Bangga Apabila Melihat Gambar Ini



Apabila melihat gambar diatas di muka depan Utusan Malaysia dua hari lepas meremang jugalah bulu roma saya. Meremang bukan sebab gatal....tapi sebab bangga bila melihat polis wanita berbangsa melayu dengan pakaian begitu dan siap pegang senjata lagi. 

Bangga beb....bangganya tak mampu nak diluahkan dengan kata-kata apabila melihat ada wanita melayu yang boleh sampai ke tahap itu. 

Inilah pasukan Ops Cantas Wanita yang ditubuhkan khas oleh Bukit Aman untuk memerangi penjenayah yang sering dibela oleh PKR dan DAP. 

Tahniah PDRM....

Kak Ijat Terlalu Sukar Untuk Direbahkan Oleh Pencabarnya


Rasanya tidak menjadi masalah besar bagi Datuk Seri Shahrizat Jalil atau Kak Ijat untuk mempertahankan jawatannya dalam pemilihan yang bakal berlangsung esok.

Beliau sangat kuat dan sangat sukar untuk direbahkan oleh pencabarnya. Beliau kuat kerana akar umbi Wanita Umno sangat menyayanginya. Perlu diingat beradanya Kak Ijat di kerusinya sekarang adalah kerana desakan ahli akar umbi pada pemilihan 2009. Kak Ijat tidak ada perancangan untuk bertanding melawan Tan Sri Rafidah Aziz pada waktu itu. Namun dek kerana gelombang kuat yang wujud mahukan beliau pergi, akhirnya beliau pergi dan menang dengan bergaya menumbangkan Rafidah.

Dalam Wanita Umno, ahli-ahlinya bukan sekadar menghormati Kak Ijat sebagai ketua dan mengikut segala kerja yang diarahkannya, malah mereka mempunyai sifat kasih dan sayang terhadap Kak Ijat. Ini disebabkan oleh pembawaannya atau perwatakannya yang mudah mesra dan mengasihi wanita-wanita di bawahnya. Apabila orang-orang dibawah ada sifat kasih dan sayang kepada ketua, mereka bukan sekadar kasih dan hormat kepada ketua mereka, malah sanggup berkorban apa sahaja demi untuk ketua. Jika ketua bersikap bossy orang-orang dibawah hanya akan takut dan membuat apa yang diarahkan sahaja. Mereka tidak akan ada sifat kasih kepada ketua yang bersikap bossy.

Inilah faktor utama yang membuatkan Kak Ijat kuat dan terlalu disayangi oleh ahli-ahli Wanita Umno. Tambahan pula dengan pengalaman beliau dalam politik di peringkat nasional yang telah lama. Berbanding dengan dua pencabarnya yang begitu cetek pengalaman di peringkat nasional.

Dua pencabarnya masuk bertanding dengan mengharapkan satu gelombang akan wujud menolak Kak Ijat berikutan kes yang pernah dihadapi oleh keluarganya. Mereka silap percaturan kerana itu tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya sokongan terhadap Kak Ijat yang bertambah padu.


Kita semua sedia maklum yang Kak Ijat pernah menghadapi cabaran yang begitu besar pada tahun 2011. Adakah waktu itu anda melihat sokongan Wanita Umno terhadap beliau terjejas ? Tidak....

Sebab itulah saya Wanita Umno ada perasaan kasih dan sayang kepada beliau...

Ada yang kata jika Kak Ijat terpilih pihak musuh akan terus membangkitkan isu NFC . Adoiiii.....
Alasan yang cukup lemah. Mereka nak cakap apa biarlah mereka cakap asalkan kita tidak termakan atau terikut-ikut dengan apa yang mereka cakap.

Apalah sangat kes NFC berbanding dengan Anwar seorang peliwat ? Ingat....peliwat Nabi tak mengaku umat.

Apalah sangat kes NFC jika nak dibandingkan dengan Izzah yang menyokong kebebasan beragama?

Apalah sangat kes NFC jika nak dibandingkan dengan tindakan Setiausaha Agung Parti ISLAM Semalaysia yang menjerit dari atas katil coming...coming...coming... ?

Apalah sangat kes NFC jika nak dibandingkan dengan tindakan Pas merelakan Kalimah Allah digunakan oleh kristian ?



Mereka-mereka itu lebih teruk jika nak dibandingkan dengan kes yang dihadapi oleh keluarga Kak Ijat. Tapi ada mereka peduli ? Ada penyokong-penyokong mereka kisah ?

Kes yang melibatkan keluarga Kak Ijat suaminya meminjam wang daripada kerajaan untuk perniagaan. Ingat...pinjam....bukannya mengambil wang kerajaan. Wang yang dipinjam perlu dibayar balik. Dan sekarang mereka sudah dalam proses pembayaran balik wang kerajaan.

Pas terang-terang setuju Kristian guna kalimah Allah. Bukan setuju untuk diberi pinjam. Setuju untuk diberi terus. Sedangkan dalam Quran dah dinyatakan Allah itu satu, Allah tidak beranak, tidak diperanak dan tidak ada yang menyerupai Allah. Dalam kristian pula tuhan mereka ada anak dan ada ayah.

Tindakan bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah oleh kristian adalah tindakan mendua atau mentigakan Allah. Penggunaan kalimah Allah oleh kristian adalah satu perancangan jangka masa panjang.

Mereka kata nak guna dalam bible bahasa melayu. Sedangkan perkataan Allah jika diterjemah kepada bahasa melayu ianya beerti tuhan. Allah itu adalah bahasa Arab....bahasa Al Quran. Kenapa mereka nak guna bahasa Al Quran dalam bible bahasa melayu ? Inilah yang dikatakan rancangan jangka masa panjang untuk melarikan akidah orang-orang islam. Ini yang sepatutnya kita lebih bimbang. Tapi Pas buat selamba ja dan mereka masih boleh menang dalam selesa dalam PRU. Kita tidak perlu bimbang dengan kes seperti NFC kerana ianya tidak melarikan akidah umat islam. Ianya satu bentuk pinjaman dan perlu dibayar balik. Sepertimana orang pinjam dari bank, Mara atau mana-mana agensi lain.

Akhir kata di hari Jumaat penghulu kepada segala hari saya panjatkan doa kepada Kak Ijat agar mendapat kejayaan yang gemilang esok. 


Wanita Umno di bawah Kak Ijat sekarang telah berada di landasan yang betul. Selesai pemilihan esok dan Kak Ijat kekal, maka mereka boleh mulakan kerja dengan segera untuk menghadapi PRK Sg Limau dan PRU 14.

Jikalah ditakdirkan pemilihan esok bertukar ketua, maka Wanita Umno perlukan masa yang lebih lama untuk membentuk pasukan baru, merapat dan menyatu padu kembali barisan kepimpinan wanita dan sebagainya. Banyaklah masalah yang akan timbul. Silap-silap 2-3 tahun masa dibuang untuk kerja-kerja itu.

Mengapa perlu pilih jalan yang susah jika jalan yang senang telah terbentang depan mata....