Saturday, November 30, 2013

Jumpa PM: Bukti-Bukti Ini Menjawab Pembohongan Nik Aziz


Walaupun rumah kata pergi kubur kata mari, pun masih nak berbohong lagi. Walaupun serban putih melilit kepalanya, jubah putih membungkus tubuhnya dan gelaran tok guru mengawali namanya, tetapi dia memiliki sekeping hati yang hitam legam. Hitamnya diselaputi kekotoran yang terhasil berpunca dari perasaan dengki, iri hati, benci dan dendam.

Akhbar Sinar Harian semua edisi yang merangkumi dari Perlis sampai ke Johor hari ini melaporkan di muka depan seperti yang anda lihat diatas. 

Ianya merujuk kepada pertemuan Menteri Besar Kelantan dengan Perdana Menteri dua hari lepas. Nik Aziz berkata seperti berikut (anak panah kuning), 
"23 tahun baru boleh jumpa, payahnya menteri besar pembangkang nak jumpa perdana menteri, saya tidak tahu apa yang menyebab (perdana menteri) buka pintu".

Tempoh 23 tahun itu merujuk kepada dirinya yang memerintah Kelantan selama 22 tahun.

Apakah Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan sebelum ini tidak pernah mengadakan sebarang perjumpaan dengan Perdana Menteri atau bertemu PM untuk membincangkan mengenai negeri Kelantan atau politik ? 

Apabila melihat sahaja muka depan Sinar Harian hari ini saya terus mengeluh panjang dan hati berkata, jahat sungguh mulut orang tua ini. Saya berkata begitu kerana saya boleh ingat sewaktu dia menjadi MB Kelantan dia bukan sahaja pernah jumpa dengan PM yang ada pada hari ini, malah dia pernah jumpa dengan dua PM yang sebelum ini. Bukan setakat pernah jumpa malah dia pernah puji ketiga-tiga PM. 

Namun begitu oleh kerana nafsu serakah politik mengusai diri, dia sanggup berkata begitu untuk menimbulkan perasaan benci atau marah orang ramai kepada Perdana Menteri. Apa jenis ulama jika ini sikapnya ? 

Saya cuba google peristiwa yang saya ingat yang dia pernah berjumpa dengan PM. Saya menemui beberapa diantaranya. Ada juga yang tidak terdapat di google yang tidak dimasukkan kerana di era 90an teknologi ICT di Malaysia tidak sepesat hari ini. Jika kita rajin buat carian di Arkib Negara atau  Perpustakaan Negara , atau perpustakaan syarikat yang mengeluarkan akhbar kita boleh menjumpainya. 

Berikut adalah hasil carian saya yang dijumpai hari ini yang memaparkan pertemuan antara dia dengan tiga PM sejak dia menjadi MB Kelantan. 


Tahun 1999, Tun Dr Mahathir bukan setakat pergi ke Kelantan , malah pergi ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Pas itu dan bertemu empat mata dengannya. Malah dia pula yang melahirkan rasa syukur dan terima kasih terhadap Tun. Dia puji Tun Mahathir dan berkata itu satu penghormatan. Hari ini dia kata 23 tahun baru boleh jumpa. 



Tahun 2007, dia bertemu dengan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Kota Bharu. Bukan setakat berjumpa dan duduk sepentas malah dia memuji Tun Abdullah melambung-lambung kerana memimpin tangannya. Belum sampai 10 tahun, hari ini dia kata 23 tahun baru boleh jumpa.


Di zaman Datuk Seri Najib pula tak payah cakaplah entah berapa kali dia pernah jumpa pun tak tahulah. Apa yang dipaparkan di bawah menjadi bukti kepada anda semua. 

Tahun 2009, dia sendiri yang ucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Najib kerana memberi jaminan positif untuk meningkatkan hubungan pusat dan negeri. 




Tahun 2011, sekali lagi dia mengakui dia berjumpa dengan Datuk Seri Najib dan tidak mahu berkongsi dengan media apa yang dibincangkan dengan PM. Katanya salah dari segi peraturan. Sewaktu nak doa orang pecah perut tak ingat pula salah dengan Allah. Sewaktu tuduh orang tak sembahyang, tolak islam dan sebagainya dia tak ingat pula salah dari segi agama. 

Biarlah gambar-gambar dibawah ini yang berbicara untuk menjawab segala dakwaan dia. 




Lihatlah bagaimana PM melayan dan menghormati beliau. MB Pahang yang BN ditinggalkan di belakang. Pimpin MB Pas turun tangga. Semuanya kerana tidak lain tidak bukan menghormati yang lebih tua. Kalau nak ikut-ikutkan MB Pahang yang lebih layak berjalan beriringan dengan PM kerana dari parti yang sama. Manakala dia pula layak dipinggirkan.

Saya Syukur Dengan Layanan Luar Biasa PM - Nik Aziz

TUMPAT, 5 Ogos (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau amat bersyukur dengan layanan luar biasa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sepanjang lawatannya ke Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (SEZ-ECER) semalam.

Beliau berkata penghormatan yang tidak pernah dibuat oleh Perdana Menteri sebelum ini dilihat sungguh cantik, di samping senyuman pemimpin kerajaan pusat serta kehebatan kawasan itu yang tiada tolak bandingnya.

"Saya dilayan dengan baik (oleh Perdana Menteri), dengan senyum simpolnya, air muka yang jernih, saya dibawa melawat ke kawasan yang dianggap "corridor of power" untuk pelabur luar negara, sungguh hebat," katanya kepada pemberita sejurus menyambut kumpulan seramai 50 orang penduduk Kelantan yang menyertai misi melawat pelantar minyak di kawasan 170 kilometer dari pantai Tumpat pada Rabu.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas lawatannya ke perasmian SEZ-ECER oleh Perdana Menteri di Pekan, semalam.

SEZ-ECER adalah zon ekonomi khas pertama negara meliputi Kertih di Terengganu hingga ke Tanjung Agas di Pekan yang akan menyumbangkan 80 peratus kepada hasil keluaran ekonomi kawasan ECER.

Perdana Menteri berkata zon ekonomi khas mampu menarik pelaburan RM90 bilion dan menyediakan 220,000 peluang pekerjaan menjelang 2020 dan merupakan yang pertama di Malaysia.

Nik Aziz berkata beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana sedia mengundangnya bersama pemimpin lain melawat kawasan itu yang dianggap memang luar biasa dari tempat-tempat lain.

-- BERNAMA


Apa yang saya kemukakan ini sudah cukup untuk membuktikan kepada anda bahawa apa yang diungkapkan Nik Aziz hari ini adalah tidak benar. Umno sebenarnya tidak mempunyai masalah besar dengan dia. Tetapi sebelah pihak dia yang hati busuk tak habis-habis kerana dendam politik. Soal berlainan parti tidak menjadi masalah untuk menjalinkan hubungan atau saling hormat menghormati. 

Waktu dia sakit dulu dan waktu itu Datuk Najib selaku TPM dan Menteri Pertahanan pergi melawat beliau di Kelantan. Datuk Najib panggil doktor dan tanya apa masalah. Doktor kata masalah boleh diselesaikan di IJN. Tetapi dia tak boleh mengharungi perjalanan yang lama. Datuk Najib minta TUDM bawa pesawat ke Kota Bharu untuk ambil dia. Sampai di Pangkalan TUDM Subang, polis pengiring dah siap tunggu untuk iring dia agar sampai dengan cepat di IJN. Datuk Najib minta pula pihak IJN memberi rawatan yang terbaik kepada beliau. Saya masih ingat lagi apabila beliau keluar dari IJN beliau ucapkan terima kasih kepada Tun Abdullah selaku PM pada waktu itu dan Datuk Najib TPM. Selepas beberapa tahun doa orang pecah perut. Itukah perangai tok guru ? Itukah perangai ulama ?

Friday, November 29, 2013

(Video) Peliwat Oh Peliwat, Lebih Empat Saksi Yang Melihat Dan Mendengar, Masih Lagi Nak Pertahan Dia Tak Bohong

Anjing kalau dah biasa makan tahi maka tahi juga yang dia cari. Begitulah juga dengan Anwar, dah biasa hidup dengan pembohongan, maka pembohongan juga yang kena buat supaya dia terus boleh hidup.

Anda lihatlah sendiri video di bawah ini…



Perhatikan betul-betul pada minit 1.12 hingga minit 1.32

Terang-terang dia kata,
"Saya faham hubungan baik Malaysia - Bangladesh yang harus dipertahankan sehingga hendak bawa 500 bangla punya pekerja hingga mengenepikan kepentingan penganggur di Malaysia, itu satu soal lain. Mungkin akan didaftarkan oleh SPR kemudian, itu soal lain lah ya…"

Dalam masa beberapa minit dia boleh pusing cerita mengatakan dia tak kata. Perhatikan pada minit 4.07 hingga minit 5.10.

Dia kata,
"Saya minta check hansard ada atau tidak saya kata akan didaftarkan ? Saya kata jangan didaftarkan. Saya kata jangan bukan saya kata didaftarkan. Saya tak kata 500 ribu didaftarkan sebagai SPR oleh SPR. Saya kata jangan ulang daftar SPR." 

Anda lihatlah sendiri bagaimana pembohongan dia. Dah terang-terang dia yang berbohong dia boleh pusing pula kata orang lain yang berbohong. 

Terang-terang dia kata mungkin akan didaftarkan oleh SPR…

Beberapa minit kemudian dia pusing kata, saya kata jangan daftar…

Sedangkan sepatah perkataan jangan pun tak keluar dari mulut dia sewaktu dia membuat dakwaan bohong. 

Benda yang terang-terang yang semua Ahli Parlimen nampak, kakitangan kerajaan di parlimen nampak, ada hansard, ada video dan sebagainya, itu pun dia nak bohong lagi. Kalau Pas nak bercakap empat orang saksi, ini dah lebih dari empat orang saksi yang melihat. Pas masih nak pertahankan lagi ke Anwar seorang yang suci, yang alim, yang jujur, yang putih bersih bak kain kafan ? 

Anda percaya dia kata dia tidak meliwat ? 

Kah…kah…kah….kah…kah….

Kesian Yusof Qardhawi….buta-buta ja kena tipu dengan peliwat….


Tahniah diucapkan kepada Datuk Hamzah Zainuddin, macam sergah anjing ja Datuk sergah Anwar. Itu yang selayaknya untuk dia...

Kenaikan Gaji : Jom Lihat Setpol Khalid Ibrahim Membodohkan Azmin


Alif…Zai…Min…Ya…Nun = SARKAS


Kah…kah…kah…kah…kah…kah...


Azmin sarkas….

Azmin sarkas….

Azmin sarkas….

Azmin sarkas….

Azmin sarkas….

Azmin sarkas….

Azmin sarkas….

Azmin sarkas….

Azmin sarkas….

Azmin sarkas….

Thursday, November 28, 2013

Sampai Bila Puak-Puak Ini Boleh Hidup Dengan Pembohongan ?


Masih segar dalam ingatan kita pada Mei 2012 gegak gempita satu negara tentang Kerajaan Pas Kelantan hendak membina lebuhraya yang menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Krai. Mereka semua sembang bagai nak rak seolah-olah nak membina jambatan dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak. 

Kutip derma sana, kutip derma sini dan macam-macam lagi mereka buat untuk nak gebangkan projek mereka. Siap buat majlis pecah tanah. 

Tup...tup...tup....17 bulan telah berlalu, ingatkan lebuhraya dan siap 50 peratus. Jika tidak siap 50 peratus pun kurang-kurang pun 20 peratus. Rupa-rupanya hari ini baru umum buka tender untuk bina lebuhraya. 

Kucing Kurap:Apa Yang Diungkapkan DAP, Disahkan Oleh PKR


Sebelum ini kita digemparkan dengan panggilan kucing kurap oleh Ahli Parlimen DAP, Jeff Oii terhadap kakitangan awam. 

Semalam pula Khalid Ibrahim seolah-olah mengesahkan apa yang diungkapkan oleh rakannya dari DAP. 

Semasa berdiri di Dun Selangor mengumumkan kenaikan gaji MB, Speaker, Timbalan Speaker, Exco dan Wakil Rakyat daripada 87 peratus hingga ke 373 peratus, Khalid Ibrahim tanpa segan silu mengumumkan bonus untuk kakitangan Kerajaan Negeri Selangor sebanyak setengah bulan gaji. 


Tanpa ada rasa segan atau rasa malu dia mengumumkan kenaikan berkali-kali ganda gajinya, kakitangan pula diumumkan dapat bonus setengah bulan. Bukankah ini layanan kucing kurap ? 

Diperingkat pusat pun kerajaan bagi bonus setengah bulan juga, tapi tak lah dalam masa yang sama PM mengumumkan gaji beliau dan gaji menteri-menteri naik berlipat kali ganda. 

Berceramah bergegar-gegar, duit rakyat, wang rakyat, pitih rakyat, rakyat....rakyat....rakyat....

Khaik....ptuih....

Khaik....ptuih....

Khaik....ptuih....

Monday, November 25, 2013

Video-Kalah Naib Presiden, Badut Pas Lepas Geram Di Parlimen Hari Ini


Ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar ‘naik angin’ di Dewan Rakyat petang Isnin apabila kisah kegagalannya bertanding jawatan Naib Presiden PAS serta tindakan parti itu melakukan undian semula jawatan bagi itu dibangkitkan ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar.

Sebelum itu, ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah mencelah Mahfuz yang sedang berbahas isu kebajikan tentera dengan menyindir mengatakan, Mahfuz patut menang jawatan Naib Presiden berdasarkan kehebatannya berbahas di Dewan Rakyat.

Shamsul Anuar berkata PAS silap kerana tidak memilih Mahfuz sebagai Naib Presiden menyebabkan Pesuruhjaya PAS Kedah itu naik angin dan semakin ‘garang’ berbahas.

Noh yang bangun mencelah kemudian bertanya kenapa Mahfuz ‘dok marah sangat pasal apa?”.

“Saya dengar cakap Pokok Sena ada benarnya..tetapi pelik orang PAS tak terima (pilihnya)..ni dok cakap pengurusan negara, pengurusan kewangan, pengurusan tanah yang PAS dok urus pilihan parti pun tak betul pasal apa?…sebab pilih urusan parti tak betul Yang Berhormat kalah…(saya) ingat kalau kira kali ke empat, Yang Berhormat boleh menang,” kata Noh.

Sindiran Noh menyebabkan Mahfuz semakin berang dan menuduh SPR bodoh dan pekak badak kerana tidak dengar macam-macam komplen pasal pilihan raya.

Ikuti gelagat Mahfuz dalam rakaman di bawah yang antara lain kata sanggup lompat naik atas meja jika menang jawatan Naib Presiden.



Sumber : BNBBC

Sunday, November 24, 2013

Wanita Indonesia Buat Laporan Polis Dipukul dan Dirogol Oleh Pemandu YB Wanita

Mengikut maklumat yang diterima dan saya yakin kesahihannya, malam tadi di Cheras telah berlaku satu kes pukul dan rogol secara bergilir yang dilakukan oleh seorang pemandu kepada seorang YB wanita yang mewakili satu parlimen di Lembah Klang. 

Saya tidak mahu menyebut nama YB berkenaan disini. Saya yakin anda akan tahu dengan sendirinya dalam masa terdekat.

Kejadian tersebut melibatkan seorang pembantu rumah wanita warga Indonesia. Difahamkan wanita tersebut telah diselamatkan oleh orang ramai dan telah dibawa ke sebuah Balai Polis dalam Daerah  Cheras untuk membuat laporan polis. 

Selain dirogol, paspot, wang tunai, dan telefon bimbit wanita berkenaan juga turut diambil oleh perogol. 

Tidak mustahil kes ini sekali lagi akan menimbulkan perbalahan dalam hubungan Malaysia-Indonesia. 

Kita tunggu episod selanjutnya....

Bagaimana kau nak perjuangkan nasib wanita di Malaysia jika orang yang bekerja dengan kau sendiri pun mengkhianati wanita ? 

Thursday, November 21, 2013

Berkat Berkawan Dengan Syaitan, Pas Pun Dah Pandai Main Chai

Dalam Malaysia ini tidak ada parti-parti politik yang ahli-ahli mereka setia kepada parti, sayang parti, patuh pada perintah parti dan pemimpin, hormat pada arahan parti dan hormat arahan pemimpin, melainkan ahli-ahli parti Pas.

Itu tidak ada siapa yang boleh pertikai....sikap taksub dan sayang pada parti dan pemimpin dikalangan ahli-ahli Pas lain macam. Sebab itu ahli Pas mudah ditipu pemimpin mereka. Pemimpin kata beri derma, mereka pun berilah habis duit gaji. Pemimpin kata bukan saya yang pegang spender crocodile putih dan itu fitnah Umno. Maka bergeraklah ahli-ahli ke seluruh pelusuk negara membawa cerita bahawa video spender putih adalah fitnah Umno.

Dulu kita tidak akan boleh dengar orang Pas burukkan orang Pas, samada musim biasa atau musim pemilihan parti. Dulu kita tidak akan dengar orang Pas berebut nak jadi calon atau berebut nak jawatan. Dulu di hari pemilihan kita tidak akan dengar atau melihat chai-chai diedarkan di hari pemilihan Pas. Dulu kita tidak akan dengar orang Pas belasah presiden mereka. Jangan kata belasah, jentik atau cuit pun tak.

Tetapi kini tidak lagi....semua itu sudah terpahat dalam lipatan sejarah. Pas kini tidak seperti Pas dulu. Pas kini semenjak berkawan dengan syaitan seperti yang diakui Nik Aziz dulu telah berubah 180 darjah.

Jika dulu Pas hanya untuk islam sahaja, kini Pas For All. Kristian, hindu, buddha atau yang tidak ada agama pun kini boleh bersama Pas.

Kini kita boleh lihat bagaimana orang Pas meroyan apabila tidak dapat jawatan. Lihat apa yang terjadi di Kelantan selepas PRU 13 yang lepas. Tidak ada lagi perjuangan menegakkan islam atau perjuangan fisabillillah seperti dulu. Perjuangan kini adalah perjuangan merebut jawatan.

Kini Presiden Pas boleh dibelasah sesuka hati oleh orang-orang mereka sendiri. Lihat apa yang terjadi dalam kes kerusi Dun Kota Damansara selepas PRU 13 yang lepas.

Kini ulama dalam Pas menjadi bahan kutukan dan cacian dalam Pas kerana mempertahankan matlamat perjuangan Pas sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Kini kempen pemilihan Pas dicemari dengan kutuk-mengutuk dan memburuk-burukkan sesama mereka. Mat Sabu sendiri akui pemilihan Pas kali ini adalah yang paling teruk.

Kini dihari pemilihan Pas chai-chai mula bertebaran dikalangan perwakilan agar memilih calon-calon tertentu sebagai pemimpin.

Semuanya kerana apa ?

Tidak lain tidak kerana mulut sendiri dan kerana doa sendiri....

Allah Maha Kaya...di dunia lagi Allah dah bayar tunai satu persatu kepada golongan munafik seperti Pas.

Gambar dibawah menunjukkan chai-chai yang diedarkan sempena pemilihan Pemuda Pas yang berjalan hari ini. Berita lanjut boleh baca di sini



Hancur Umno

Hancur BN

Doa makan diri...Pas kini sedang menuju kehancuran....

Tanjung Pagar rapat ke pagar wehhhhhhhh.....

Desak Pulau Pinang Jalankan Hudud,Selepas Tiga Hari Pas Kona Baring


Ooooo....ooooo...oooooo....ooooo....oooooo

Bila Pas cakap hudud
Karpal jawab langkah mayat

Bila Karpal kata begitu
Nik Aziz datang bawa kek

Bila Pas sebut lagi
DAP main jeling-jeling

Hulahop...hulahop...hulalalala...hulahop....

Bila DAP jeling-jeling
Pas kata nak buat juga

Bila DAP naik angin
Pas kata salah lapor

La...la...la...la...la...lalalala

Hulahop...hulahop...hulalalala...hulahop

Kenyataan Ketua Penerangan Pas yang disiarkan media pada 17 November 2013,
Negeri pentabiran PR akan didesak laksana hudud 
SHAH ALAM – Usul supaya negeri-negeri di bawah pentabiran PR melaksanakan hudud akan dibentangkan pada Muktamar Pas ke-59, demikian ujar Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. 
Menurutnya, usul tersebut akan terus dibahas diperingkat Pas Pusat sehingga menemui resolusi sekaligus akan dibawa ke peringkat Dewan Rakyat. 
Beliau menambah, Pas telah menerima empat usul berhubung isu pelaksanaan undang-undang syariat Islam termasuk hukum hudud pada muktamar kali ini. 
"Dalam muktamar itu juga kita akan desak negeri-negeri yang dikuasai PR melaksanakan undang-undang itu, " katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini. 
Sebelum ini media melaporkan, Kerajaan Kelantan akan memperuntukan RM 1 juta untuk melaksanakan hukum tersebut. 
Susulan itu, ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa turut menyambut baik perkara tersebut dan menegaskan parti bukan Islam lain tidak perlu masuk campur dalam perkara tersebut. 
Dalam perkembangan sama, Tuan Ibrahim yang juga Pengerusi Usul berkata, resolusi yang diperolehi daripada perbahasan usul hudud pada muktamar akan diteruskan ke peringkat Kerajaan Pusat. 
"Selepas kita berbahas usul itu pada muktamar kita akan hantar memorandum mendesak Kerajaan Pusat memberi laluan kepada sistem perundangan Islam itu," katanya. 
Selain itu, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pahang berkata Pas turut menerima usul untuk membincangkan isu Tahaaluf Siyaasi pada muktamar tersebut. 
"Kita juga telah menerima tiga atau empat kawasan yang menyerahkan usul untuk membahaskan isu Tahaluf Siyaasi. 
"Jadi kita diperingkat Pusat telah terima dan akan dibahaskan di peringkat pusat," ujarnya lagi.
Sinar Online

Itu kata dia pada 17 November 2013. Bagaimanapun selepas 3 hari kemudian apa dah jadi ? Apa jadi ? Apa jadi ? Apa lagi...seperti biasalah, kona baring ler....

Berikut kenyataan Ketua Penerangan Pas yang sama pada 20 November 2013,
Syariah: Usul muktamar yang silap dilapor 
KUALA LUMPUR: Merujuk kepada laporan-laporan mengenai usul ‘Negeri pentabiran PR akan didesak laksana hudud’, PAS ingin menjelaskan bahawa terdapat kesilapan kepada laporan-laporan tersebut.

Usul yang diterima dengan pindaan untuk perbahasan ialah untuk mendesak Kerajaan Malaysia agar melaksanakan undang-undang Syariah dan membantu mana-mana negeri yang inginkan perkara yang sama untuk melaksanakannya. 
“Ia bukanlah usul yang fokus pada negeri-negeri Pakatan Rakyat semata-mata,” jelas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

Katanya, umum mengetahui, halangan kepada terlaksananya undang-undang Islam ada di tangan kerajaan pusat yang diterajui Umno. 
Oleh itu, jelas beliau tidak munasabah untuk PAS mendesak negeri-negeri Pakatan Rakyat sahaja untuk melaksanakan undang-undang Syariah tatkala Kelantan masih menghadapi pelbagai cabaran perundangan yang menjadi penghalang selama ini. 
Harakahdaily

Dia sendiri yang buat kenyataan asal, kemudian dia sendiri yang pusing cerita selepas kemungkinan kena maki dengan DAP. Tup...tup...tup...Umno pula yang disalahkan. Yang maki dia adalah DAP. Mestilah Guan Eng, Karpal Singh melompat bila Pas nak desak hudud dilaksanakan di Pulau Pinang. Itu yang tiba-tiba pusing cerita salahkan media dan Umno. Iblis tetap iblis....sampai bila-bila tetap iblis...

Tuesday, November 19, 2013

Kereta Lebih 12 Tahun: Baca Betul-Betul dan Fahami Apa Yang Diperkatakan Oleh Timbalan Menteri Pengangkutan

Sejak semalam kecoh dilaman-laman cyber mengutuk, menghentam dan membelasah Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berhubung kenyataannya tentang kereta yang berusia 12 tahun ke atas tidak selamat berada di atas jalan raya. 

Jika pembangkang yang hentam, yang kutuk atau yang belasah kita tak perlu nak hairan, kerana itu memang tugas mereka untuk putar belitkan sebarang kenyataan daripada pemimpin BN. Yang agak pelik dan hairan sikit bila media-media cyber pro BN sendiri yang turut sama membelasah beliau. 

Kenapa perlu kita nak belasah beliau ? 

Yang membelasah beliau itu dah baca habis ke apa kenyataan atau ayat yang keluar dari mulut Timbalan Menteri Pengangkutan itu ? 

Baca bagi habis dulu, perhatikan setiap patah perkataan dan fahami betul-betul. Jangan kerana dengar cerita pembangkang, dan kita pun baca secara rawak sahaja, ambil perkataan bahagian kepala dan ambil perkataan bahagian ekor, kemudian turut sama belasah. 

Berikut adalah kenyataan Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang disiarkan oleh Berita Harian,
SIBU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu membuat pertimbangan teliti sebelum menetapkan had jangka hayat kenderaan di negara ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

Beliau bagaimanapun berkata keputusan itu mungkin perlu dibuat dengan segera demi kepentingan rakyat.

Bercakap pada sidang media selepas melancarkan sambutan Hari Maritim Sedunia peringkat kebangsaan 2013 di sini hari ini, beliau berkata cadangan Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Dr Wong Shaw Voon baru-baru ini pada asasnya merupakan suatu penemuan baharu.

Pada Jumaat, Dr Wong memberitahu media di Melaka bahawa kereta berusia lebih 12 tahun tidak selamat untuk berada di jalan raya.

Boleh tunjukkan kepada saya bahagian mana dalam berita diatas yang beliau katakan kereta berusia 12 tahun ke atas tidak dibenarkan berada diatas jalan raya ? 

Terang-terang beliau berkata JPJ selaku agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan PERLU MEMBUAT PERTIMBANGAN TELITI sebelum menetapkan had jangka hayat kenderaan. Keputusan perlu dibuat dengan segera demi kepentingan rakyat. 

Maknanya, beliau meminta JPJ membuat pertimbangan yang betul-betul teliti sebelum buat keputusan dan keputusan perlu dibuat dengan segera demi kepentingan rakyat. Jangan biarkan rakyat terus susah hati atau bimbang dengan kereta mereka yang berusia lebih 12 tahun. Jika selamat kata selamat, jika tak selamat kata tidak selamat dan apa hujahnya.


Kesimpulannya Timbalan Menteri berkenaan pun boleh dikatakan tidak gembira dengan cadangan Miros. Sebab itu beliau minta JPJ buat pertimbangan, buat kajian atau buat pemeriksaan betul-betul terlebih dulu terhadap cadangan yang dikemukakan oleh Miros, kerana cadangan itu secara kasarnya dilihat tidak logik. Beliau dah kata pada asasnya itu satu penemuan yang baharu. Maknanya perlukan kajian yang lebih mendalam. Bukannya terus menguatkuasakan apa yang dicadangkan oleh Miros. 

Timbalan Menteri berkenaan pun ada rakyat juga di kawasan yang beliau wakili. Jangan ingat beliau pun suka-suka sahaja nak buat keputusan yang boleh mendatangkan impak buruk yang teruk kepada kerajaan dan kepada beliau sendiri. 

Dulu pun pernah timbul cadangan agar kenderaan-kenderaan yang lanjut usia menjalani pemeriksaan di Puspakom untuk memastikan tahap keselamatan sesebuah kenderaan. Namun perkara tersebut dibantah oleh orang ramai dan cadangan tersebut terkubur begitu sahaja. 

Kita kena baca betul-betul dulu apa yang beliau perkatakan. Jangan kita pula yang teruja dengan gendang yang dipalukan oleh pembangkang dan kita menari ikut rentak mereka. Kalau begitu seronoklah mereka...

Dalam kes ini kita kenalah ada belas kasihan sikit kepada Timbalan Menteri Pengangkutan. Jangan main belasah beliau dan samakan beliau dengan raja lawak Pas, Mahfuz Omar. Beliau tak kata pun yang kerajaan nak haramkan kereta berusia 12 tahun di jalan raya. Beliau hanya minta JPJ buat pertimbangan teliti terhadap cadangan pihak Miros.

Walhalalmu...Walharamku...Isteri PM Guna Pesawat Kerajaan, Haram....Anak Nik Aziz Naik Pesawat Guna Duit Kerajaan, Halal

Semalam pembangkang membangkitkan di Parlimen berhubung penggunaan pesawat Kerajaan Malaysia oleh isteri Perdana Menteri dan rombongannya ke Qatar minggu lepas. 

Seperti yang pernah saya tulis di blog ini sebelum ini, senjata paling utama pembangkang adalah memburuk-burukkan PM dan isteri sehingga boleh menimbulkan kebencian rakyat kepada mereka berdua, barulah BN dan Umno boleh dilemahkan. 

Sebelum saya pergi lebih lanjut, saya nak jelaskan dulu tentang tujuan pemergian isteri PM ke Qatar minggu lepas. Kehadiran Datin Seri Rosmah di Qatar minggu lepas adalah memenuhi jemputan Persatuan Ahli Perniagaan Wanita Qatar ke Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa yang berlangsung di Qatar pada 11-12 November 2013. Lihat di sini

Persatuan Ahli Perniagaan Wanita Qatar adalah sebuah persatuan yang diasaskan oleh Sheikha Mozah Binti Nasser Al- Misnad, isteri Emir Qatar. Lihat sini

Dalam dunia ini sudah menjadi lumrah samada isteri Perdana Menteri, isteri Presiden, isteri menteri, isteri YB atau isteri pemimpin tidak kira di mana-mana negara sekali pun, mereka (isteri) akan terlibat dengan kerja-kerja hal ehwal wanita, hal ehwal kanak-kanak dan kerja-kerja kebajikan. Kecuali di Malaysia ada satu yang gila. Suami ketua pembangkang, isteri presiden parti. Bila parti bermesyuarat habis laki, bini dan anak turut sama bermesyuarat. 

Dalam kes yang melibatkan Datin Seri Rosmah ini, beliau dijemput oleh sebuah persatuan wanita yang dinaungi oleh isteri Emir Qatar untuk ke majlis yang melibatkan ahli perniagaan wanita antarabangsa, pada saya ianya satu kebanggaan yang cukup besar. Cuba anda bayangkan apa akan jadi jika yang dijemput itu bini Hadi Awang atau bini Anwar ? Bergegar pentas ceramah beb....60 hari 60 malam. 

Walaupun Datin Seri Rosmah dijemput sebagai tetamu utama, namun beliau sedar beliau tidak ada kuasa yang melibatkan kerajaan, sebab itu bersama dengan beliau ke forum tersebut adalah Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria. Juga turut hadir ke forum berkenaan adalah CEO Matrade, Datuk Dr Wong Lai Sum. Mereka-mereka inilah orang yang berkuasa untuk berbincang atau menerangkan kepada ahli-ahli perniagaan yang hadir di forum berkenaan tentang pelaburan di atau perniagaan di Malaysia. 

Berhubung penggunaan pesawat kerajaan. Untuk menggunakan pesawat kerajaan ianya perlu mendapat kelulusan kabinet. Dalam hal ini pesawat yang digunakan untuk ke Qatar telah mendapat kelulusan kabinet. Jadi tidak ada apa-apa kesalahan dalam hal ini. 

Ahli Parlimen Sepang (Pas) mengatakan PM boleh didakwa di mahkamah jika beliau didapati bersalah kerana melanggar prosedur dalam membuat keputusan yang melibatkan konflik kepentingan. Wah...wah...wah...bila tembak orang bukan main lagi. Tak ingat ke apa yang pernah terjadi kepada dewa orang-orang Pas yang mentadbir Kelantan sebelum ini ? 

Nik Aziz selaku Pengerusi PMBK dalam satu mesyuarat yang beliau pengerusi telah melantik menantunya sebagai CEO PMBK. Kes berkenaan disiasat SPRM, dan akhirnya SPRM memutuskan Nik Aziz tidak bersalah. 

Jika Nik Aziz tak bersalah, kenapa pula Najib bersalah ? Inilah yang dikatakan perangai syaitan. Walhalalmu....walharamku....kau buat halal....aku buat haram....

Anda boleh baca kisah selanjutnya dan melihat minit mesyuarat yang dimaksudkan di sini

Soal kejujuran, soal rasuah....tak kira dari 5 sen hinggalah 50 bilion sekalipun, rasuah tetap rasuah. Soal salah guna kuasa atau penyelewengan, tidak kiralah daripada sekecil guna lilin kerajaan hinggalah guna pesawat kerajaan, jika tidak dilakukan mengikut prosedur, salah tetap salah.

Pas nak bercakap soal salah guna kuasa ? Pas nak bercakap soal penyelewengan ? Mari saya tunjukkan anda satu bukti lagi...


Anda lihat gambar diatas, dan baca-baca betul-betul tulisan tangan dalam kotak. Itu adalah tulisan tangan menantu Nik Aziz. Lihat bagaimana dia menggunakan wang yang selama ini mereka sering laung-laungkan wang rakyat....wang rakyat....untuk membeli tiket penerbangan bagi isterinya. Untuk menghalalkan tindakan dia itu, dia mencatatkan disitu isterinya Nik Amalina adalah pengiring isteri MB (ibu beliau). Anda baca kisah selanjutnya di sini

Apakah itu tidak salah ? 

Inilah yang saya kata walhalalmu....walharamku.....

Friday, November 15, 2013

Babi Pun Tak Sebodoh Ahli Parlimen DAP dan Malaysiakini



Berikut adalah kenyataan yang ahli parlimen DAP Kluang yang disiarkan Malaysiakini,

DAP: Hukuman mati S'pura diringankan, M'sia bila lagi? 
Malaysia perlu menyaingi Singapura dan mengakui bahawa hukuman mati mandatori untuk penyeludupan dadah amat kejam, menjatuhkan maruah dan tidak berperikemanusiaan, kata Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong. 
Beliau memuji keputusan Mahkamah Tinggi Singapura semalam yang jarang berlaku kerana menggantikan kehidupan anak jati Sabah Yong Vui Kong selepas pindaan diluluskan November lalu, turut berharap Malaysia melakukan perkara yang sama kepada 964 pesalah yang berdepan hukuman mati. 
"Saya menyeru kerajaan Malaysia untuk mencontohi Singapura dan meminda undang-undang membolehkan hukuman mengikut budi bicara dalam kes-kes hukuman mati mandatori dengan tujuan jangka panjang untuk menghapuskan hukuman mati, " kata Liew DAP dalam satu kenyataan.

Yong Vui Kong yang berusia 25 tahun, sebelum ini bertindak sebagai keldai dadah dari Malaysia ke Singapura, hanya menerima hukuman penjara seumur hidup dan 15 kali sebatan. Kini layak memohon parol pada tahun 2027, setelah berkhidmat 20 tahun di dalam penjara.

Apa punya bangang ni ? Barua DAP ni baru duduk Malaysia hari ini ke ? Orang yang bodoh macam ni pun boleh jadi ahli parlimen. Yang bercakap bodoh....media yang menyiarkan lagi bodoh. Babi pun tidak sebodoh mereka.

Di Malaysia dan berpuluh orang yang mahkamah lepaskan dari hukuman mati kerana kes dadah. Lain kali periksa fakta dulu sebelum bercakap wahai si bodoh....

Berita 1
Menangis terlepas tali gantung 
ALOR SETAR - Seorang penternak lembu bersyukur tidak terkira apabila berpeluang menyambut Aidiladha bersama keluarganya pada kali ini selepas dua tahun terpaksa beraya di penjara apabila dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada tuduhan memiliki dadah semalam. 
Ahmad Fadzil Hamzah, 34, hanya mampu menekup muka dan menangis kegembiraan sebaik Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab membebaskannya daripada tuduhan mengedar ganja, heroin dan morfin pada 5 Ogos 2011. 
Bapa kepada dua anak itu kemudian memeluk ibunya, Siti Doyah Ahmad, 65, yang turut mengalirkan air mata sebaik prosiding mahkamah selesai. 
Kosmo Online
Berita 2
Pemilik restoran terlepas hukuman mati 
PUTRAJAYA 1 Mac - Seorang pemilik restoran terlepas daripada hukuman mati di tali gantung hari ini setelah Mahkamah Rayuan di sini membenarkan rayuannya dengan menggantikan hukuman penjara 15 tahun atas kesalahan memiliki dadah. 
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Richard Malanjum yang mengetuai panel tiga hakim bersama Datuk Hashim Mohamed Yusof dan Datuk S. Augustine Paul memutuskan Cheah Yoon Lim bersalah memiliki dadah dan dihukum penjara 15 tahun serta sebatan 10 kali. 
Dengan keputusan itu, bermakna Yoon Lim terpaksa menjalani hukuman penjara untuk tempoh empat tahun lagi kerana dia telah ditahan enam tahun lalu, iaitu dari tarikh dia ditangkap pada 30 Oktober 1998. 
Utusan Online

Berita 3
Tiga termasuk dua wanita terlepas tali gantung 
KUANTAN: Kehadiran Aidilfitri kali ini mungkin adalah yang paling bererti buat seorang kerani firma guaman dan dua wanita apabila terlepas daripada hukuman gantung setelah Mahkamah Tinggi di sini melepaskan dan membebaskan mereka daripada tuduhan mengedar kanabis, dua tahun lalu. 
Keputusan penghakiman yang dibacakan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mariana Yahya itu disambut dengan linangan air mata oleh Syed Abdul Halim Syed Samaldin, 42, Rozana Ayob, 37, dan Noor Farahana Md Radzi, 20. 
Keputusan itu turut disambut dengan linangan air mata dan katakata kesyukuran oleh beberapa anggota keluarga tertuduh yang turut berada di galeri awam mahkamah. 
Mstar Online

Berita 4
Warga Nigeria terlepas tali gantung, dipenjara sembilan tahun dan 10 sebatan 
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan 10 sebatan ke atas seorang penjual alat ganti kenderaan warga Nigeria atas kesalahan memiliki 2.5 kg syabu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang tahun lalu.  
Hakim Datuk Abdul Rahim Uda menjatuhkan hukuman itu di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan menetapkan hukuman penjara bermula dari tarikh tertuduh ditangkap selepas Blessings Akanor, 48, mengaku salah di atas pertuduhan pilihan yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan pada hari ini.

Lelaki itu dituduh memiliki dadah itu di kawasan tuntutan bagasi di KLIA pada jam 4 petang, 6 Julai 2011.  
Berita Harian Online

Cuba anda semak kat google, berpuluh lagi kes lain yang akan keluar yang mahkamah di negara kita meringankan hukuman dari hukuman gantung ke hukuman penjara berhubung kes dadah. 

Apa punya bodoh...dia boleh tanya bila Malaysia nak ikut Singapura ? Itulah kelas pemimpin-pemimpin pembangkang. Ulang sekali lagi...babi pun tak sebodoh itu...

Wednesday, November 13, 2013

Siarkan Nama dan Gambar Penghidap HIV, Tidakkah Tindakan Akhbar Sinar Harian Ini Meragut Maruah Isteri dan Anak-Anaknya ???

Petang tanggal 23 Oktober 2013 yang lepas negara kita dikejutkan berita seorang pegawai bank, Norazita Abu Talib yang ditembak hingga mati oleh pengawal keselamatan tempat beliau bekerja. 

Tidak lama selepas kejadian malang itu gambar mangsa yang dalam keadaan terbaring berlumuran dengan darah dan menyayat hati itu telah disebarkan secara besar-besaran di media baru. Entah berapa ratus atau berapa ribu pemegang akaun twitter, blog dan facebook yang menyebarkan gambar berkenaan. 

Banyak pihak yang membantah tindakan penyebaran itu kerana tidak menghormati perasaan keluarga mangsa. Banyak pihak juga yang menarik balik atau memadamkan gambar itu selepas suami mangsa merayu agar tidak lagi menyebarkan gambar menyayat hati arwah isterinya. Lihat sini

Dalam masa yang sama Polis juga turut mengeluarkan amaran supaya orang ramai berhenti menyebarkan gambar-gambar tersebut. 

Banyak pihak tidak kira dari pelbagai golongan, pemimpin, ahli akademi hinggalah kepada orang ramai turut mengecam tindakan pemilik-pemilik akaun media sosial yang menyebarkan gambar itu. Ada yang kata pemilik media sosial tidak menghormati keluarga mangsa, ada yang pemilik media sosial tidak ada etika dan sebagainya. Saya sokong...apa yang dikatakan itu betul. 

Namun begitu dalam hal ini pemilik akaun media sosial tidak boleh disalahkan 100 peratus. Sebabnya mereka semua tidak pernah dilatih, tidak pernah diberi penerangan atau garis panduan tentang apa yang boleh dan apa yang tidak boleh disiarkan di media sosial. Mereka boleh jadi wartawan yang tidak bertauliah dan media yang tidak berlesen dalam masa dua minit sahaja. Buka mee maggie dalam plastik, letak dalam bekas dan tuang air panas. Sementara tunggu air panas memasakkan mee maggie, mereka boleh buka satu akaun blog atau FB. Dalam masa 2-3 minit siap dan mee maggie sudah boleh dimakan. Waktu itu mereka dah jadi seorang wartawan yang tidak bertauliah dan memiliki satu medium media yang boleh diakses di seluruh dunia. 


Berbeza dengan menjadi seorang wartawan yang bertauliah. Untuk menjadi seorang wartawan yang bertauliah seseorang kena belajar di universiti atau mana-mana kolej. Kemudian buat praktikal pula. Kemudian syarikat pula kena bagi kursus. Berita dan gambar yang dah siap sebelum disiarkan akan disemak pula oleh pengarang dan ketua pengarang. Maknanya makan masa bertahun-tahun untuk menjadi seorang wartawan yang bertauliah. 

Untuk menerbitkan akhbar, membuka stesen tv atau radio pula, syarikat perlu penuhi pelbagai syarat   dan lesen itu ini. Diberi pula dengan garis panduan dan sebagainya. Untuk buka blog, portal, FB dan sebagainya tidak perlu lesen dan syarat. 

Blogger atau facebooker buat perkara yang tidak betul atau langgar etika kita tidak perlu pelik atau hairan. Sebabnya seperti yang saya katakan diatas. Mereka tidak pernah diberi sebarang syarat atau garis panduan. Mereka tidak ada latihan dan tidak perlu lesen. 

Yang kita perlu pelik dan hairan adalah apabila media yang berlesen, yang pekerja-pekerjanya wartawan terlatih, yang ada pengarang dan ketua pengarang, buat perkara yang tidak menjadi kelaziman atau mungkin juga melanggar etika. 

Apa yang saya nak tunjukkan kepada anda dibawah ini saya tidak pasti ianya melanggar etika kewartawanan atau tidak. Yang saya pasti ianya tidak menjadi kelaziman atau amalan media-media negara kita. Soal hak asasi manusia pula saya tidak tahu samada ianya melanggar hak asasi atau tidak ?


Tidak menjadi amalan media-media di negara kita menyiarkan nama penuh atau nama sebenar, apatah lagi wajah penghidap HIV. Dalam hal yang berlaku hari ini, akhbar berkenaan bukan sahaja menyiarkan nama penuh,malah turut menyiarkan wajah penuh penghidap HIV berkenaan. 

Yang peliknya gambar tiga lelaki lain di belakang mereka tutup wajahnya. Wajah yang tidak sepatutnya disiarkan atau ditunjukkan, mereka tidak tutup. 

Dalam berita berkenaan dinyatakan penghidap HIV berkenaan mempunyai isteri dan lima anak. Bagaimana atau apa perasaan isteri dan anak-anaknya apabila hari ini media secara terbuka memaparkan nama penuh suami dan ayah mereka adalah penghidap HIV. 

Bagaimana isterinya dan ibu bapanya atau adik beradiknya nak berdepan dengan masyarakat ?

Bagaimana anak-anaknya nak berdepan dengan rakan-rakan dan cikgu di sekolah ? 

Kita bukan nak pertahankan penagih dadah atau sebagainya. Dia buat salah dia tanggung akibatnya. Tetapi yang kita nak pertahankan adalah maruah isteri dan anak-anaknya yang tidak berdosa. 

Jika kita mengecam pihak-pihak yang menyebarkan gambar Norazita, kita juga perlu kecam akhbar itu yang menyiarkan berita seperti diatas. Pemilik media sosial dikata tidak beretika dan tidak menghormati keluarga mangsa apabila menyebarkan gambar Norazita. Kes yang diatas ini pula bukan setakat tidak menghormati keluarga tertuduh, malah meragut maruah keluarganya yang tidak berdosa. 

Tuesday, November 12, 2013

Pemilihan Pas: Selepas Telan Kahak Hijau Sendiri, Sekarang Pas Telan Kahak Hijau Anwar Pula


Dalam pilihanraya umum yang lepas terdapat beberapa kerusi yang pembangkang bertanding sesama mereka. Antaranya, Sungai Acheh, Kota Damansara, Seberang Takir, Bukit Besi ,Kota Putera dan Panti. 

Pas masuk bertanding....PKR pun masuk bertanding....

Beberapa hari selepas penamaan calon mereka baru bermesyuarat untuk putuskan kerusi milik siapa. 

Bodoh tak habis-habis....Orang lain bermesyuarat dan membuat keputusan sebelum serah borang calon. Mereka pula buat keputusan selepas penamaan calon. 

Sedangkan  SPR telah menetapkan mana-mana calon yang menyerahkan borang pencalonan tidak dibenarkan menarik diri. Jika mereka menarik diri sekali pun nama mereka tetap akan dicetak di kertas undi. Tujuannya mudah....untuk memastikan hanya orang yang benar-benar serius masuk bertanding. 

Saya masih ingat lagi bagaimana Anwar Ibrahim marahkan SPR pada masa itu kerana mengguna pakai peraturan itu. Dia marah sebab calon-calon yang kerusi bertindih antara Pas dan PKR tidak boleh tarik diri gara-gara peraturan itu. 

Anwar kata, 
"Saya tak faham kenapa SPR tak boleh nak batalkan kerana pilihan raya adalah soal calon yang diumum oleh parti dan SPR mempunyai masa yang cukup untuk dibatalkan." 
Antara Pos 23.04.2013
Hari ini apa jadi ? 

Nak tahu apa jadi ? 

Apa sudah jadi ? 

Hari ini Pas tukang telan kahak hijau Anwar....

Baca kat bawah...
Calon tak boleh tarik diri selepas disahkan 
KUALA LUMPUR - Semua calon Pas yang akan bertanding dalam mana-mana jawatan pada pemilihan parti itu pada hujung tahun ini tidak dibenarkan menarik diri atau membatalkan pencalonan tersebut selepas mengesahkannya pada 8 November depan. 
"Bila sudah hantar pencalonan dan ia disahkan, mereka tidak boleh tarik balik diri sebab akan ganggu persiapan pemilihan kita". 
"Selepas mereka terima pencalonan itu, dibuat saringan, kemudian maklum kepada calon, selepas itu mereka tidak boleh batalkan, jika berlaku juga nama mereka tetap dicetak dalam kertas undi," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini. 
Sinar Online 1.10.2013
Takut-takut pencacai-pencacai Pas kata berita diatas adalah berita palsu. Nah ! Ambil di sini.

Hari ini peraturan SPR yang mereka tuduh dan fitnah dengan bermacam-macam tuduhan yang mereka guna pakai untuk pemilihan mereka. Kalau tak perangai iblis, perangai apa lagi ? 


MP Pokok Sena (Pas) Mempertahankan Hak Kristian Guna Perkataan Allah...Tepuk...Tepuk...Tepuk, Kata MP DAP

"Dalam Dewan Rakyat, MP Pokok Sena (PAS) sedang mempertahankan hak kristian untuk gunakan perkataan Allah. Tepuk...tepuk...tepuk...." 
Teo Nie Ching - Ahli Parlimen DAP Kulai 

Kesimpulannya apa ?

Kesimpulannya adalah...DAP mengesahkan Pas adalah tukang salak mereka....

Saturday, November 9, 2013

Kaedah Khas Pemilihan Pas 2013: Hari Ini Pas Telan Balik Kahak Hijau Mereka dan Ludah Atas Muka Sendiri

Pas sering memomokkan rakyat Malaysia bahawa mereka berjuang di jalan Allah. Mereka tidak gila kuasa dan tidak gila jawatan. Mereka sering membandingkan mereka dengan Umno. Mereka tidak gila kuasa, tidak gila jawatan, tetapi mereka gila otak sebab itu memfitnah dan mengkafirkan orang sesuka hati. Memfitnah dan mengkafirkan orang lain itu untuk apa jika bukan kerana nak kuasa dan jawatan ? 

Sekarang ini musim pemilihan Pas. Inilah masa terbaik untuk kita semua melihat bagaimana pemimpin Pas gila kuasa berebut-rebut jawatan. Sebelum ini Mat Sabu pernah berkata kempen pemilihan kali ini adalah yang paling teruk berdasarkan 35 tahun pengalamannya dalam Pas. Lihat di sini.

Siapa Mat Sabu ini ? Orang Umno ke ? 

Sudah tentu bukan...dia adalah Timbalan Presiden Pas. Dia sendiri yang sahkan kempen pemilihan Pas itu buruk. Lagi orang Pas nak kata mereka tidak gila kuasa atau gila jawatan sepertimana yang mereka tuduh terhadap Umno selama ini ? 

Pas beritahu kita mereka parti Islam....parti yang memperjuangkan agama Allah. Rujukan mereka adalah Al Quran. Parti mereka dipimpin oleh golongan alim ulama, ustaz , tok guru dan yang sewaktunya. 

Betul ke ? 

Tak betul !

Jika Pas benar-benar parti yang mengamalkan ajaran islam, ikhlas berjuang di jalan Allah dan pemimpin mereka yang dikatakan alim ulama, ustaz, tok guru dan sebagainya, maka tidak akan berlaku sebarang pertandingan dalam pemilihan jawatan Pas. Semuanya akan dipilih melalui kaedah perundingan atau musyawarah. Betullah perlembagaan parti mereka menetapkan ada pemilihan, tetapi jika semua mereka mempunyai sekeping hati yang suci untuk berjuang di jalan Allah mereka boleh selesaikan semua itu melalui kaedah musyawarah. 

Namun itu tidak berlaku. Kenapa ?

Tidak lain tidak bukan kerana pemimpin Pas alim macamana sekali pun mereka tetap bernafsu dan gila jawatan. Sama sahaja seperti parti-parti lain. Islam...islam...islam...yang dilaungkan mereka selama ini hanyalah semata-mata alat untuk kepentingan politik mereka. Sebab itu daripada dulu saya sering guna istilah Pas melacurkan agama untuk kepentingan politik mereka. Kasihan penyokong-penyokong Pas. Bila pemimpin baca ayat-ayat Quran bahawa sesiapa yang menyumbang untuk jalan Allah maka akan diberikan ganjaran yang besar. Disambut dengan takbir dan diiringi dengan selawat maka berjalanlah kantung-kantung untuk mengutip wang daripada penyokong. Kononnya menderma ke jalan Allah. Padahal tiada bezanya antara pemimpin mereka dengan pemimpin Umno, MCA, MIC, DAP atau parti-parti lain yang mereka kutuk selama ini. 

Dari satu sudut jika kita fikir betul-betul, sebenarnya Anwar Ibrahim jauh lebih mulia jika kita nak bandingkan dengan pemimpin-pemimpin Pas, walaupun Anwar itu seorang peliwat. Anwar sampai hari ini tidak berani bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak meliwat Saiful. Dia tak berani bersumpah dan tidak berani mempermainkan atau memperdagangkan nama Allah untuk kepentingan politik dia. Sebab dia tahu dia salah. Pas pula tanpa segan silu atau rasa bersalah terus menerus melacurkan agama dan nama Allah untuk kepentingan politik mereka. Pemimpin besar mereka dah terang-terang dengan spender putihnya yang semua orang tahu apa yang dibuatnya. Tetapi Pas sampai hari ini pun tanpa segan silu menjual mereka memperjuangkan islam. Jika betul perjuangkan islam pecat dulu Stopa Ali. Jangan tipu orang ramai dan diri sendiri kononnya itu semua tipu dan sebagainya. Pada diri sendiri dan pada parti sendiri pun kamu tak jujur bagaimana kamu nak jujur kepada rakyat Malaysia? Lagi nak bercakap pasal islam. 

Berbalik kepada kisah pemilihan Pas....

Hari ini Pas sendiri membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin mereka semuanya bernafsu dan semuanya gila jawatan. Laporan dari media rasmi Pas sendiri yang mengesahkan perkara ini. 



Perhatikan pada tajuk berita itu...


SAINGAN SENGIT....SAINGAN SENGIT....SAINGAN SENGIT....

Maknanya apa ? 

Maknanya perebutan yang hebat...perebutan yang dasyat...perlawanan yang hebat...perlawanan yang dasyat...

Itu sudah cukup untuk menunjukkan bagaimana pemimpin-pemimpin Pas bersaing atau bertarung dengan sengit atau dasyat untuk merebut jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden. 

Inikah yang dikatakan Pas berjuang di jalan Allah, Pas tidak gila kuasa dan tidak gila jawatan ? Sampai terpaksa bersaing sengit untuk dapat jawatan. Adakah ini amalan yang mulia dalam islam ?

Jika mereka benar-benar sebuah parti islam, berjuang di jalan Allah dan pemimpin-pemimpin mereka semua orang beriman, mereka tidak akan bersaing dengan sengit. Mereka akan duduk bincang dan capai kata sepakat dengan hati yang ikhlas, tulus, mulus sebagai insan beriman, siapa yang kita nak letak sebagai Timbalan Presiden, siapa yang kita nak letak sebagai Naib Presiden. Itu tidak berlaku dan mustahil akan berlaku, sebab semuanya bernafsu dan semuanya gila jawatan.

Tidak cukup dengan itu satu lagi bukti yang Pas tampilkan hari ini kepada kita untuk menunjukkan bahawa orang-orang mereka bukannya orang-orang beriman atau berpegang pada ajaran islam yang sebenar sepertimana yang mereka laung-laungkan selama ini. 

PAS guna penebuk khas tanda tag perwakilan 
KUALA LUMPUR: PAS akan menggunakankaedah khas iaitu menebuk setiap tag perwakilan yang telah mengundi pada pemilihan Jawatankuasa Kerja PAS pada 22 November nanti bagi mengelak pengundian berulang. 
Berkata pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat bagi sesi 2013-2015, Asmuni Awi memberitahu pihaknya tidak berhasrat menggunakan dakwat kekal. 
"Dakwat kekal kita tak guna sebab ia bukannya kekal pun, kita akan menggunakan penebuk khas dan setiap tag yang dipakai oleh perwakilan akan ditebuk pada waktu pemilihan nanti. 
"Ini bagi mengenal pasti mereka telah mengundi, untuk berlaku pengundian dua kali itu mustahil sebab tag dikeluarkan oleh PAS Pusat dan ia tidak akan berlaku," katanya. 
"Kita yakin para perwakilan akan membuat pemilihan secara berhemah sepertimana yang kita amalkan sebelum ini. 
"Pemilihan secara sihat tidak ada penipuan akan berlaku ataupun pengundian dua kali," sambung beliau.  
Dianggarkan hampir 1,300 perwakilan dari seluruh negara akan menyertai muktamar kali ini dan menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih bagi membentuk barisan kepimpinan baru Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan juga ketiga-tiga dewan Ulamak, Pemuda serta Muslimat bagi sesi 2013-2015. 
harakahdaily.net 09.Nov.2013

Masyallah...Masyallah...Masyallah...

Parti islam yang berjuang di jalan Allah dan dibarisi oleh golongan ulama, ustaz, tok guru dan orang-orang beriman pun menipu juga ke ? Kalau tidak menipu atau ada percubaan untuk menipu tak mungkin perkara itu akan dilaksanakan. 

Ambik kau ! Selama ini menuduh SPR dan BN menipu dalam pilihanraya dan sebagainya. Hari ini kau telan baliklah kahak hijau kau dulu...kau ludahlah balik atas muka kau sendiri.

Malu beb....maluuuuuuuu.....parti orang-orang beriman pun sampai kena buat peraturan seperti itu. Mana hilang semua iman yang dilaung-laungkan selama ini ?

Thursday, November 7, 2013

Pas Disamakan Dengan Kambing Biri-Biri


Tinjauan saya di facebook Haji Md Yusoff Adam mendapati beliau adalah penyokong Pas. 

Datuk Seri Noh Omar Perlu Jelaskan Perkara Ini Sebelum Isu Membesar


Isu berhubung tindakan Datuk Seri Noh Omar membatalkan Mesyuarat Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Sepang telah beberapa minggu diperkatakan di negeri Selangor. Jika tidak dikendalikan betul-betul perkara ini boleh mendatangkan masalah kepada Umno. 

Semalam saya turut menerima satu emel daripada individu yang memperkenalkan dirinya sebagai seorang ahli Umno di Bahagian Sepang. Juga menceritakan masalah yang sama dan disertakan dengan bukti-bukti yang saya kira ada asasnya. 

Emel berkenaan bukan dihantar kepada saya seorang, turut dihantar kepada blogger-blogger lain. Blog MIK ada menyiarkan emel berkenaan semalam. Sila baca di sini 

Bukan semalam baru saya tahu perkara ini. Dah hampir dua minggu saya mendengarnya. Dan saya yakin orang lain pun ada mendengarnya juga. 

Walaupun dah berminggu-minggu perkara ini diperkatakan, namun begitu Datuk Seri Noh Omar selaku orang yang terlibat sehingga kini tidak menjawab perkara berkenaan. Apabila tidak jawab atau tidak jelaskan, maka semakin banyak spekulasi atau berita-berita yang tidak enak didengar bertebaran. 

Inilah masalah yang kita selalu hadapi sejak dulu. Penyakit susah atau payah nak menjawab sesuatu  perkara atau isu yang timbul. Ada kalanya sehingga isu sudah jadi lunyai dikerjakan musuh atau pihak lain barulah kita terhegeh-hegeh nak menjawab. 

Memandangkan kes di Sepang ini dah menjadi bualan umum dan bahan di media cyber, Datuk Seri Noh perlu tampil dan jawab, atau jelaskan apa perkara yang sebenar disebalik tindakannya itu. Jangan biar nasi sudah jadi bubur baru nak jawab. 

Antara perkara yang menjadi bualan dan lawak jenaka di media cyber sekarang ini adalah seperti berikut,

1-Datuk Seri Noh tidak mempunyai kuasa membatalkan Mesyuarat Pemuda dan Puteri Sepang. 

2-Fasal 14.4.3 yang digunakan untuk menghalang wakil Pemuda dan Puteri menghadiri mesyuarat bahagian, adakah betul ? Ini kerana menurut menurut Perlembagaan Umno fasal berkenaan adalah untuk Ketua Cawangan Umno.



Perkara ini kena jawab sebab ianya bukan sahaja melibatkan kredibiliti Umno, malah turut melibatkan kredibiliti Datuk Seri Noh sendiri. Beliau akan dilihat sebagai seorang Pengerusi Perhubungan Umno Negeri yang lemah kerana tidak tahu atau tidak faham Perlembagaan Umno. Sekarang di facebook banyak yang mengutuk Datuk Seri Noh. Ada yang kata beliau tidak cerdik, beliau gila kuasa dan sebagainya. Sebab itu perlu untuk Datuk Seri Noh menjawab perkara ini. Beliau mungkin ada asas atau alasan atau hujahnya yang tersendiri disebalik penggunaan fasal 14.4.3 itu. Kita (blogger-blogger) nak tolong jawab pun kita tak tahu apa jawapan yang sebenar. 

Pilihanraya dah selesai, pemilihan Umno pun dah selesai. Sekarang kita dah masuk fasa baru. Jadi bukalah episod baru. Tinggalkan penyakit lama, iaitu penyakit malas menjawab, tak payah jawab, tak payah layan dan sebagainya kepada isu yang timbul. Makin lama kita biar ianya makin membesar. Jangan biar nasi dah jadi bubur dan bubur pun dah basi. Bila basi tempatnya dalam tong sampah. Maklumlah zaman sekarang teknologi semakin menggila dan semua orang ada teknologi yang gila itu dalam poket masing-masing.

Wednesday, November 6, 2013

Bil Eletrik Seri Perdana: Pembangkang Nak Bercakap Pasal Kemewahan ? Mari Saya Buktikan Siapa Yang Mewah


Sudah menjadi kewajipan pembangkang untuk bertanya soalan di Dewan Rakyat setiap tahun berapakah kos bil eletrik di Kediaman Rasmi Perdana Menteri. Bila dapat jawapan maka mereka akan putar angka-angka yang diberikan untuk tujuan politik dan menimbulkan persepsi buruk rakyat terhadap PM. 

Tahun ini dalam jawapan di Dewan Rakyat, Menteri di JPM, Datuk Seri Shahidan Kasim berkata kos bil eletrik untuk Kompleks Seri Perdana tahun 2012 adalah RM 2.2 juta. 

Kemudian mereka putar kata kos bil eletrik rumah PM 2 juta setahun. Sedangkan kos yang dinyatakan adalah kos bil eletrik bagi Kompleks Seri Perdana. Dimana dalam kompleks itu selain daripada terdapatnya Kediaman Rasmi PM ianya turut menempatkan pelbagai jenis dewan, bilik mesyuarat dan kediaman kakitangan. Dalam setahun berbagai-bagai jenis majlis yang diadakan di Kompleks tersebut. Bukan setakat itu sahaja, Seri Perdana juga dibuka untuk lawatan orang ramai dan pelancong. Sudah tentu untuk semua tujuan itu ianya menggunakan eleterik. Tak logik pula nak biarkan pelawat melawat Seri Perdana dalam keadaan gelap dan panas kerana lampu dan penghawa dingin dipadamkan. Lihat di sini

Mungkin ramai tidak tahu bahawa PM dan keluarga tidak terlalu mendiami Kediaman Rasmi berkenaan. Beliau banyak mendiami kediaman peribadinya di Jalan Duta. Mengikut satu sumber yang saya rujuk, dalam sebulan, 10 hari pun tak sampai PM tinggal di Seri Perdana. 

Kita tak perlu nak hairan berapa juta pun kerajaan bayar bil eletrik. Kepada siapa kerajaan bayar ? Sudah tentu kepada TNB...dan TNB itu syarikat mana ? Syarikat dari Amerika dan pekerja-pekerjanya orang asing ke ? Sudah tentu semuanya dari Malaysia. Jadi apa masalahnya Kerajaan Malaysia keluar duit mereka bayar kepada syarikat Malaysia ? Tidakkah itu akan membantu merancakkan lagi ekonomi ? 

Cuba kita bayangkan apa akan jadi kepada ekonomi negara jika kerajaan potong segala kos, tidak buat projek dan semua nak dibuat sendiri ? Tidakkah itu akan membantutkan ekonomi negara ? Bagaimana peniaga nak berniaga dan bagaimana rakyat nak bekerja. 

Di Selangor sendiri Anwar Ibrahim pun berkelahi dengan Khalid Ibrahim kerana katanya Khalid tidak membelanjakan wang, sebaliknya menyimpan wang sampai 2-3 bilion. 

Puak-puak sebelah sana cuba nak timbulkan persepsi kononnya PM seorang yang mewah, membazir wang rakyat dan sebagainya. Manakala mereka pula low profile atau zuhud, memahami keperitan dan kesusahan rakyat. 

Saya bagi contoh yang mudah sahaja di bawah ini....


Ini adalah Kenderaan Rasmi PM Malaysia. Proton Perdana buatan Malaysia. Inilah kereta yang digunakan oleh seorang PM yang mampu menjana hasil pendapatan negara lebih RM 200 bilion setahun. Inilah kereta yang digunakan PM yang kerajaannya mampu memberi pelbagai subsidi dan BR1M kepada rakyat. 


Manakala ini pula adalah Kenderaan Rasmi MB Kelantan. Inilah kereta yang digunakan oleh seorang MB yang hanya mampu menjana pendapatan negeri RM 500 juta setahun. Inilah kereta yang digunakan MB yang meminjam wang RM 600 juta daripada Kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan masalah air di negeri Kelantan. Inilah kereta yang digunakan MB yang kerajaannya mengutip wang daripada rakyat untuk membina lebuhraya. 

Lagi nak bercakap pasal kemewahan ???

Lagi nak bercakap pasal pembaziran ???

Khaik....khaik....ptuih....ptuih....