Monday, December 2, 2013

Perkara Yang Perlu Anda Ketahui Apa Yang Terjadi Selepas Jeff Ooi Melafazkan Permohonan Maaf Semalam


Sejak semalam kita tahu bahawa Jeff Ooi meminta maaf diatas kata-katanya sebelum ini yang menghina kakitangan MPPP dengan panggilan kucing kurap. Permohonan maaf tersebut dibuat majlis konvesyen DAP Pulau Pinang semalam. 

Tetapi ada satu benda yang mungkin anda tidak tahu disebalik permohonan maaf tersebut. Yang dia minta maaf kerana Karpal Singh itu satu hal. Ada lagi satu hal yang mungkin tidak diketahui ramai. 

Sekarang mari RBF beritahu…

Sebaik sahaja Jeff Ooi melafazkan permintaan maafnya semalam, dia telah diboo oleh cina-cina DAP dalam majlis itu. Dia diboo oleh cina-cina DAP dalam majlis tersebut kerana memohon maaf kepada kakitangan MPPP yang berbangsa melayu. 

Itulah wajah sebenar cina-cina DAP. Mereka rasa satu penghinaan apabila orang mereka terpaksa memohon maaf kepada orang melayu. Begitulah tebalnya sikap anti dan benci kepada melayu dikalangan cina-cina DAP. 

Jika mereka sokong tindakan Jeff Ooi memohon maaf untuk menjernihkan keadaan sudah tentu mereka tepuk tangan, bukan mengeboo.

Saya tidak bercakap kosong…saya tidak membuat fitnah…saya menulis berdasarkan bukti yang diberikan pihak mereka sendiri. Lihatlah dibawah….


Ini berita asal yang dikeluarkan malaysiakini tengahari semalam. Saya dah jangka apa yang akan berlaku, sebab itu saya print screen dan simpan. 


Ini komen yang sempat dihantar oleh seorang hamba Allah yang bernama Encik Rbf dalam berita diatas. Nampaknya apa yang saya jangka menjadi kenyataan. Selepas 2-3 jam saya buka balik malaysiakini dan saya lihat berita tersebut telah ditukar tajuk dan kandungannya. Lihat dibawah…



Anda perhatikan yang didalam kotak hitam. Masa dan wartawan yang menulis adalah orang yang sama dengan berita yang disiarkan sebelum itu. Lihat sini

Selama ini malaysiakini mengatakan mereka pelapor berita yang adil, yang saksama, yang beretika dan sebagainya. 

Nah ! 

Sekarang apa cerita ?

Apakah ini beretika ? 

Apa-apa pun malaysiakini telah mengesahkan bagaimana sifat perkauman cina-cina DAP yang begitu tebal, sifat anti melayu yang kuat. Sehinggakan orang mereka minta maaf kepada orang melayu pun kena sorak….kena boo…. 

Terima kasih malaysiakini….

Sunday, December 1, 2013

Post Mortem PRU 13: SPR Perlu Peraturan Lebih Ketat Agar Masyarakat Mendapat Wakil Rakyat Bertanggungjawab

Setiausaha SPR, Datuk Haji Abdul Ghani Salleh semalam mengeluarkan Laporan Post Mortem PRU Ke 13. Post mortem berkenaan melibatkan 222 kerusi parlimen dan semua kerusi Dun kecuali Sarawak. Tujuan post mortem berkenaan dilakukan adalah untuk mengenal pasti masalah-masalah yang timbul dan cadangan untuk mengatasinya. Ini menunjukkan SPR komited untuk membuat penambahbaikan bagi mengatasi masalah-masalah yang timbul. 

Seperti yang kita semua tahu sebelum PRU 13 yang lepas bagaimana SPR dihenyak sampai ke dinding oleh puak-puak sebelah sana. Pelbagai tuduhan jahat yang mereka lemparkan termasuk dakwaan SPR bekerjasama dengan BN membawa masuk 40,000 pengundi asing untuk mengundi. Naik mencanak darah tinggi Pengerusi SPR apabila mendengar fitnah yang dilemparkan terhadap agensi yang diketuainya. 

Masa fitnah orang tak ingat dunia, bila menang pilihanraya yang dikendalikan SPR yang difitnah sebelum itu, mereka pula yang berebut-rebut nak jadi MB dan Exco. 

Allah maha kaya, enam bulan selepas PRU 13, pemimpin mahaliwat sendiri yang membuka aibnya dan mengesahkan dia seorang pembohong. Tiba-tiba dia buat pusingan U mengatakan dia tidak pernah mengeluarkan dakwaan sedemikian. 


Beberapa hari lepas sekali lagi dia ulangi dakwaan jahat terhadap SPR dan kerajaan di Dewan Rakyat. Dalam masa beberapa minit dia pusing lagi menafikan kata-kata asalnya. Anda boleh lihat yang saya tulis dua hari lepas di sini.

Sebab itu saya kata , Allah Maha Kaya. Sebabnya dia sendiri yang mengesahkan pembohongannya. Kita tidak perlu susah payah untuk nak meyakinkan masyarakat bahawa dia seorang pembohong. 

Antara yang dilaporkan dalam post mortem SPR yang dikeluarkan semalam adalah berhubung kesukaran pegawai pengurus pilihanraya untuk mengesan status bermaustatin seseorang calon kerana terdapat sesetengah calon yang tidak tinggal dialamat seperti yang diisi dalam borang atau mengikut kad pengenalan mereka. 

SPR akan mengatasi perkara ini dan akan menyediakan panduan kepada pegawai pengurus pilihanraya bagi menentukan status bermaustatin seseorang calon. 


Peraturan pilihanraya yang ada hari ini menetapkan seseorang yang ingin masuk bertanding bagi kerusi DUN dia harus tinggal di negeri yang dia bertanding. Manakala untuk bertanding kerusi parlimen pula dia boleh tinggal dimana-mana asalkan dalam Malaysia

Masalah bertanding tak ikut kawasan ini kebiasaannya timbul di sebelah pihak pembangkang. Orang Johor bertanding di Kelantan. Orang Melaka bertanding di Pulau Pinang. Orang Pulau Pinang bertanding di Kedah. Malah dalam PRU yang lepas kita boleh lihat bagaimana orang Negeri Sembilan pergi bertanding di Dun Sungai Acheh, Pulau Pinang. 

Sebabnya mereka bukan nak jadi wakil rakyat atau berkhidmat kepada rakyat sangat. Mereka nak guna rakyat sebagai rubber stamp untuk mengesahkan mereka bergelar YB. 

Peraturan menjadi calon yang ada pada hari ini kelihatan agak longgar. Saya ingin mencadangkan kepada SPR agar perkara ini dipinda dan diperketatkan supaya rakyat tidak menjadi mangsa percaturan politik parti-parti politik. Dalam masa yang sama juga kita dapat melahirkan wakil rakyat yang lebih bertanggungjawab. Apabila ada wakil rakyat yang lebih bertanggungjawab pembangunan rakyat dan kawasan yang mereka wakili juga akan lebih mantap. 

Contoh terbaik dalam kes ini adalah Lim Kit Siang. Dia sering lari dari satu parlimen ke satu parlimen lain. Daripada Melaka ke Selangor ke Pulau Pinang ke Perak dan sekarang di Johor. Dimana tempat tinggal dia yang sebenar pun kita tak tahu. Dia tidak perlu komited terhadap tempat-tempat yang di wakili. Kerana apabila datang pilihanraya sekali lagi dia pindah ke tempat lain pula. Ini berlaku kerana peraturan yang sedia ada yang mungkin digubal puluhan tahun lampau dilihat longgar. Boleh bertanding mana-mana kerusi parlimen asalkan tinggal Malaysia. 

Sedangkan tugas wakil rakyat adalah mewakili rakyat sesuatu kawasan, membantu mereka mengatasi pelbagai masalah yang timbul, serta memajukan kawasan yang diwakili dari segenap aspek. Tetapi jika wakil rakyat sering melompat dari satu tempat ke satu tempat bagaimana nak menolong rakyat atau memajukan kawasan ? Apabila seseorang wakil rakyat itu bukan berasal atau tinggal di kawasan yang dia wakili atau bukan dari negeri berkenaan, sifat tanggungjawabnya akan jadi kurang. Kerana dia fikir dia popular atau partinya popular maka dia boleh bertanding dimana-mana sahaja. 

Oleh yang demikian saya ingin mencadangkan kepada SPR agar membawa usul ke parlimen dan  Dun supaya satu peraturan baru yang lebih ketat dikenakan. Tujuannya bukan untuk menyusahkan tetapi untuk melahirkan wakil rakyat yang bertanggungjawab. Setiap orang yang ingin bertanding kerusi Dun, wajib tinggal di Dun berkenaan atau Dun yang bersebelahan dan wajib berasal di negeri yang dia bertanding dan dia sendiri seorang pengundi dalam Dun berkenaan

Untuk calon parlimen pula wajib berasal atau tinggal lebih 10-15 tahun dari dan di negeri yang terletaknya parlimen dia bertanding. Dia sendiri juga seorang pengundi dalam negeri berkenaan. Jika ini dilakukan barulah seseorang wakil rakyat itu akan bertanggungjawab terhadap kawasannya atau negeri mereka. 

Apabila peraturan ini diperkenalkan SPR juga tidak lagi menghadapi masalah untuk mengesan status bermaustatin seseorang calon. SPR boleh mengesannya melalui kad pengenalannya atau melalui bil-bil utiliti di atas namanya atau dokumen-dokumen rasmi yang lain yang diatas namanya. 

Dalam hal ini kita juga tidak boleh menyalahkan SPR, kerana peraturan  ini diputuskan di Dewan Rakyat, dan SPR hanya sebagai agen pelaksana apabila sesuatu keputusan itu diputuskan Dewan Rakyat. Saya berharap agar SPR dapat membawa perkara ini ke menteri berkaitan supaya ianya diusulkan di Dewan Rakyat. Dengan harapan agar satu hari nanti sistem pilihanraya tidak menjadi medan untuk calon dan parti politik berpesta. 

Akhir kata saya mengucapkan tahniah kepada pihak SPR kerana mengeluarkan Laporan Post Mortem PRU 13. Ini bukti SPR telus. Berani berkongsi dengan umum tentang kelemahan-kelemahan yang timbul dan berusaha menambaik apa yang tidak kena. Ini juga bukti SPR komited ke arah usaha untuk memastikan perjalanan pilihanraya di Malaysia adalah yang terbaik. Tahniah….