Monday, January 6, 2014

Rampasan Bible: Tidak Mustahil Ianya Satu Perancangan

Isu kalimah Allah kembali bergema gara-gara tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas 300 naskah bible Bahasa Melayu dan Iban yang menggunakan kalimah Allah dalam kandungannya , dalam satu serbuan di Petaling Jaya minggu lepas. 

JAIS adalah sebuah agensi di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Jika di zaman pemerintahan BN di Selangor sebelum 2008, exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap JAIS adalah Datuk Rahman Palil. Selepas PRU 2008, exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap JAIS adalah Datuk Hasan Ali. Tahun 2012 apabila Hasan dipecat daripada Pas, orang yang bertanggungjawab terhadap JAIS adalah Tan Sri Khalid Ibrahim, yang telah melantik dirinya sebagai exco yang bertanggungjawab terhadap portfolio agama islam di Selangor. Tahun 2013 pula exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap JAIS adalah Sallehan Mukhyi, Adun Pas untuk kerusi Sabak. 

Dengan penerangan diatas saya harap semua jelas dan nyata bahawa JAIS adalah sebuah agensi dibawah Kerajaan Selangor, dan tidak ada kena mengena langsung dengan Kerajaan Persekutuan. 

Namun begitu apabila berlaku kes rampasan bible seperti diatas, ada pemimpin-pemimpin pak-khatan rakyat yang tiba-tiba menjadi lembu kenyang yang kebodohan menyalahkan Umno dan Kerajaan Persekutan. Tujuannya untuk mengelirukan orang ramai supaya nampak itu semua salah Umno. 

Lim Kit Siang selaku seorang yang lama dalam politik dan faham selok belok perundangan negara pun turut sama jadi bodoh menyalahkan Kerajaan Persekutuan kerana kehadiran anggota polis semasa JAIS melakukan rampasan. 

Sedangkan polis hadir adalah atas permintaan JAIS. Sebagai sebuah agensi kerajaan yang sah tidak kira kerajaan negeri mana sekalipun dan diperintah oleh parti mana sekali pun, JAIS berhak meminta bantuan polis untuk melindungi mereka semasa menjalankan tugas. Jangan kata JAIS, orang yang bercerai laki bini pun ada yang bawa polis untuk pergi ambil anak dengan bekas isteri atau bekas suami. 

Mana-mana penguatkuasa bawa atau minta bantuan anggota polis semasa melakukan tugas mereka adalah perkara biasa. Bukan setakat untuk rampas bible, tangkap orang melakukan maksiat pihak penguatkuasa bawa polis juga. 

Pendapat saya selaku orang biasa yang meminati selok belok politik. Tidak mustahil apa yang berlaku di Selangor ini adalah satu perkara yang telah dirancang. Dan tidak mustahil juga dalang utama di sebalik perkara ini adalah DAP. Semuanya berkait dengan Pilihanraya Negeri Sarawak yang akan berlangsung dalam tempoh dua tahun lagi. 


Pertama, Bagi saya BN sudah pasti mahu menamatkan isu kalimah Allah menjelang PRN Sarawak kerana  tidak mahu sokongan terhadap mereka terjejas. Manakala DAP yang bercita-cita merampas Sarawak sudah pasti mahu isu ini terus panas untuk memberi gambaran Umno dan BN semenanjung menganiaya orang-orang kristian. Mereka (DAP) mahu sentimen ini terus hidup. Kemudian ada pula seorang dua pemimpin BN di Sarawak yang beragama kristian, yang tidak tahan dengan soalan-soalan provokasi wartawan pro pembangkang, terus melatah dan bertindak seperti suara pembangkang. 

Kedua, rampasan itu dilakukan di Pejabat Persatuan Bible Malaysia. Bagaimana JAIS boleh tahu ada bible Bahasa Melayu tersimpan dalam pejabat berkenaan ? Dan kenapa dengan mudah-mudah sahaja persatuan bible boleh membenarkan JAIS memasuki pejabat mereka serta mencari bible berkenaan ? 

Ketiga, antara bible yang turut sama dirampas adalah bible dalam Bahasa Iban. Kenapa Iban sahaja ? Kenapa tidak ada bible dalam Bahasa Kadazan atau Bahasa Dusun yang turut sama diletakkan disitu supaya dirampas oleh JAIS ? Orang Iban adalah orang negeri mana ? Cukup satu bible Bahasa Iban yang dirampas, ianya sudah boleh dijadikan cerita kepada kaum Iban di seluruh Sarawak bahawa BN mengkhianati agama mereka. 


Saya tak kata JAIS bersekongkol dengan mana-mana pihak untuk menjayakan lakonan berkenaan. Mungkin JAIS tidak sedar mereka dijadikan alat untuk permainan politik DAP. Mungkin ada pihak yang telah dipasang untuk menyalurkan maklumat kepada JAIS bahawa ditempat sekian-sekian ada sebanyak sekian-sekian bible Bahasa Melayu dan akan diedarkan kepada orang-orang melayu di sekian tempat. Mungkin pula si pengadu pandai lagi tambah cili supaya nampak pedas dan panas dengan harapan agar JAIS bertindak pantas bagi menghalang bible berkenaan diedarkan. 

Jika kita lihat kebelakangan ini kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin DAP dan juga paderi nampak seiringan dan mencabar kita. Begitu juga dengan tindakan mereka di Klang semalam. Semuanya mencabar kita. Mereka mahu kita melatah. Apabila kita melatah mereka yang akan kaut keuntungan. 

Jika dulu kita menyalahkan Menteri Dalam Negeri yang lepas dan menuduh beliau lembab, pondan dan sebagainya. Bagaimana pula dengan menteri sekarang? Sebelum pemilihan Umno beliau begitu garang dan tegas sehingga hampir menyapu bersih undi setiap bahagian. Kini, apa dah jadi terhadap menteri tersebut ? Sudah hampir seminggu isu ini berlarutan tetapi belum nampak sebarang ketegasan lagi daripada beliau terhadap pihak-pihak yang memprovok dan juga tuduhan anggota polis terlibat dengan rampasan terbabit. 

Yang paling mustahak adalah isu kalimah Allah ini perlu diselesaikan segera. Kerana ianya mampu membawa kepada pergaduhan agama yang lebih besar. Apabila berlaku pergaduhan antara agama ianya boleh membawa kepada seribu satu masalah termasuklah keselamatan rakyat serta kemerosotan ekonomi negara. Tolonglah Menteri Dalam Negeri. Saya merindui ketegasan kamu sebelum ini. Atasilah masalah ini dengan segera. Bertindaklah setegas mungkin demi untuk keselamatan rakyat dan negara. 

25 comments:

Anonymous said...

Satu analisis yang bijak dan menghampiri kebenaran... benda ini memang dirancang oleh puak PR dengan rakan tidur PAS mereka... dengan kebodohan PAS, serta sifat mereka yang mudah disogok, tidak mustahil dan hampir pasti benda ini berlaku.

Anonymous said...

Sejak awal lagi saya dah agak ini adalah sandiwara .
Ada juga pegawai kerajaan yang menyokong PR

salim hasan said...

DARI AWAL SAYA DAH DAPAT TANGKAP IANYA SATU KONSPIRASI DAP KERANA YANG DIRAMPAS BIBLE BAHASA IBAN.SELAIN BAHASA MELAYU.KENAPA BIBLE BAHASA IBAN BOLEH BERADA DI SITU? TAK DA PULAK BIBLE BAHASA TAMIL YE? BIBLE BAHASA CINA PUN TAK ADA!! CUKUP PANDAI CINA CINA DAP LAKNATULLAH NI PASANG JERAT DAN JAIS PUN SIKIT SEBANYAK TERPERANGKAP,KENAPA BIBLE BAHASA IBAN PUN PERLU DIRAMPAS?

salim hasan said...

KEPADA RAKAN RAKAN KRISTIAN DISABAH DAN SARAWAK YANG DIHORMATI. JANGAN LAH MUDAH DIRI ANDA DITIPU DAN DIJERAT OLEH KAUM SEPET DAP NI. YANG SEDANG PLANNING UNTUK MENJAJAH SARAWAK DAN SABAH .PERMUSUHAN DAN KEBENCIAN MEREKA BUKAN SAJA KEPADA BUMIPUTER ISLAM TETAPI JUGA ANDA BUMIPUTER NON MUSLIM JUGA DALAM PERANCANGAN UNTUK DIHALAU OLEH MEREKA DARI BUMI MALAYSIA.BAGI MEREKA HANYA KAUM SEPET NI YANG LAYAK PERINTAH MALAYSIA NI.KITA KAUM BUMI NI BAIK MUSLIM ATAU NON MUSLIM PADA MATA MERKA MACAM SAMPAH TEPI JALAN SAJA

aku melayu rasis said...

yep, benar! Menghairankan..KEMANA PERGINYA MENTERI YANG LANTANG SEBELUM NI????? Saya cakapkan nanti tak pasal2 masuk lokap..
Tapi yang pastinya, rakyat dah bosan, muak, nak muntah dengan sikap pemimpin yang dibagi undi baru2 ni. Dah mula kelihatan duduk senang lenang membesarkan perot sendiri dari bertindak berani membela orang melayu dan islam yang memberi undi yang mereka ketagih, merayu 24 jam tak tidur malam sebelum hari mengundi PRU13.
Kini, dan selamanya...KITA MASIH BEGINI!

Anonymous said...

sorry menteri sibuk sambut harijadi

esok lusa dia start kerja semula

pls jgn risau. berilah peluang dia selesai rai harijadi

Anonymous said...

Analisa RBF ada kebenarannyha.Dimasa Dr.hassan Ali dulu,beliau membela tindakan JAIS,etinya tindak tanduk JAIS memang dalam pengetahuan beliau selaku Exco Ugama.Tapi sekarang lain pula respon Exco yg baru,lepas tangan saja dan seolah-olah mahu menyalahkan pihak lawan .

Anonymous said...

Ini hanyalah satu analisa politik,hakikanya hanya Allah yg tahu.Tapi walau apa pun kita kena memberi sokongan kepada tindakan JAIS.Mana-mana pihak pun jangan di beri muka dalam soal menjaga kesucian ugama.

Anonymous said...

Perkara ini memang banyak implikasinya. Biar lah kita bertenang dan beri lah masa pada pihak kerajaan menyelesaikan masalah ini dengan lebih berhati-hati dan lebih berkesan. Kerajaan boleh buat lebih tegas dari ini dengan menyerbu semua gereja2 yang berada di Selangor atau seluruh semenanjung Malaysia ini tetapi ini akan menambahkan lagi suasana yang kurang baik. So kita kena lah pikir dengan rasional dalam hal ini.

musram rakunman said...

Blog apa yang tersirat share tulisan ini

Pak Tam said...

Ohhh...satu kupasan yg ada kebenarannya...........bongkar!

Pak Tam said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Macam ni nak harapkan PAS jaga agama Islam di Malaysia?? Di Selangor sahaja dah huru-hara. PRU akan datang kirim salam je la dengan PAS PIS PUS dan rakan sekutunya...

Anonymous said...

Biler rbf bsuara mesti ade isi padat dan pedas..lame btul x update isu2 politik.....

Mohd Fazrul Saat said...

Menarik tertarik... DAP mendapatkan khidmat pakar dari Yahudi dlm merancang serangan tersusun terhadap org islam dan melayu khasnya.Org melayu mudah diperkotak katikkan,lihat empayar Melaka.

Anonymous said...

Saya berpendapat kenapa isu kalimah ALLAH masih berterusan dimainkan oleh pihak pembangkang, terutama sekali kaum cina DAP. Pernah kah kita terfikir bahawa kaum cina DAP terus menerus mencari dan memainkan isu-isu hak melayu, hak raja-raja dan jugak agama islam DEMI untuk memacah-belah melayu dan manaikan kebencian rakyat terhadap kerajaan UMNO, atau kerajaan melayu. Ini serupa strategi dan taktik yahudi mengguna keganasan Hitler untuk meraihkan simpati komuniti dunia terhadap kaum yahudi. Ini permainan persepsi. Setiap kali isu dibangkit atau "re-cycle" oleh DAP setiap kali lah kehakisan perpaduan melayu islam - ia itu bertambah pecah-belah lah melayu. Lihat ajer lah isu-isu yang tersebut di atas. Akan terjadi perbalahan di antara golongan melayu pro-kerajaan dan pro-pembangkan. Yang pasti melayu berbelah, kaum cina akan terus berpadu dan focus mengumpul kekayaan. Kaum cina juga akan sengaja naikan harga barangan keperluan dan makan harian dan sengaja menuduh kerajaan - walaupun kerajaan tiada kawalan keatas perniagaan mereka. Ini strategi halus kaum cina untuk menaikan kemarahan rakyat terhadap UMNO/BN. Sudah sampai masa orang melayu "memulangkan paku buah keras". Dicadangkan orang melayu sebarkan "branding" DAP sebagai "ANTI-MELAYU" dan "ANTI-ISLAM". Laungkan kan branding ini di semua media sehingga semua rakyat CONVINCE dengan persepsi ini. Phsyco lawan physco - mereka jugak selama ini mempopularkan persepi yang melayu bodoh, malas, korup dll... Kita revers kan balik game ini. Rasa-rasa nya mereka akan melenting....

Anonymous said...

Setuju sebarkan branding dap ni sebagai anti melayu dan anti islam..cuma melayu ni hangat2 taik ayam..aku cabar semua melayu..kita kempen mcm blog GAP buat..ayoh

Surrhead said...

wei...bukankah dari dulu lagi dap disifatkan sebagai anti-melayu dan anti-islam??

masa itu ada tv1, tv2 dan tv3 suku shj....jadik rata2 semua rakyat termakan dgn propaganda umno dan mahdey......dan tak der ruang komentor...semuanya planted-ideas....

ini zaman internet, mahdey pun tau dia tak boleh tangkis pengaruh internet, bab itu dia step down....yg terkena para penggantinya la....

Jadik, rbfonline....you berhak mengulas pandangan you, tapi tak semestinya semua org akan terima ulasan you tu, betul tak??

BTW, ini mesti korang suka...http://taipingmali.blogspot.com/2014/01/penggunaan-kalimah-allah-ada-arahan.html#links

http://myhomesoil.blogspot.com/2014/01/yes-we-know-its-all-about-perpaduan-but.html

Anonymous said...

Strategi anwar dan dap to devide n conquer to cause chaos + bersabar while hate grows jelas diguna lg sekali. In two years time benih yg disemai mampu goyahkan sarawak. Kepada anwar n dap ape sgt la 2 tahun.. lim dynasty n singh dynasty dah tunggu sepanjang hayat mereka pun.

Anonymous said...

DAP = Dog and Pig Party

Anonymous said...

Ada yang betul dan ada yang tak betul analisis brader ni.Aku tak setuju kalau nak salahkan DAP 100% sebab kita masing2 dah tau yang memang orang2 kafir ni sampai bila2 pun takkan setuju dengan islam dan akan sentiasa cari jalan untuk hancurkan islam.Tapi,aku setuju yang isu ni lebih kepada politik dan aku sedih bila kalimah Allah pun dah sanggup dipolitikkan.Tapi,kalau korang tanya aku pasal isu ni,aku akan jawab.....memang dari awal lagi aku dah curiga dan tak sedap hati bila puak2 ni mohon untuk guna kalimah Allah untuk penerbitan dorang dulu.Kenapa orang2 yang bertanggungjawab (kerajaan PUSAT melalui JAKIM atau Kementerian Dalam Negeri)pada masa tu tak ambil tindakan sepatutnya dengan melarang daripada awal???kenapa perlu dibawa ke Mahkamah (yang mana hakim pada awalnya bukan islam) yang pada masa tu membenarkan penggunaan kalimah Allah?.Bila benda dah jadi kecoh macam ni,baru semua nak bangkit nak jadi hero,buat apa....dah terlambat,benda dah jadi huru hara.Kesimpulannya,aku setuju dengan apa yang Dato Haron Din cakap pasal isu ni dulu,sepatutnya dari awal lagi,pihak
Kerajaan Pusat bertegas (tidak membenarkan kalimah Allah ini digunakan oleh orang2 bukan Islam),sebab kalau dari awal lagi Kerajaan Pusat tegas dalam isu ni,perkara macam ni takkan berlaku.Fikir2 kan lah wahai saudara2 seagama dengan ku.......

Anonymous said...

Mgkin benar hipotesis pihak admin...
Sebgai seorg guru beragama Islam yg berasal dan mgjr di negeri swk...bible dlm bhs iban dan mggunakan kalimah Allah dah tak mnjadi kesah bagi kami.Ada sesetgh mazhab kristian di swk mmg sudah lama mggunakan kalimah Allah.Setakat yg saya tahu..tiada seorg pun org Islam terpedaya atau terpengaruh atau berubah akidah.Bahkan sedikitpun tidak rasa tergugat atau terpesong keimanan kami.
Yang terbaliknya...mrklah yg lebih ramai memeluk Islam krn ingin tahu kenapa Allah turut disembah dan digunakan sama oleh org Islam.Apa yg sy cerita nie adalah perkara benar...kdgn Alquran lbh lengkap dpd bible.
Yang mengecewakan adalah serbuan bible yg lbh ke arah memporak-perandakan keamanan dan keharmonian antara agama.Sebagai org Islam...kita perlu hormat agama lain seperti Nabi mghormati agama lain.Mmg perlu berwaspada tetapi berpada2lah bertindak.

Anonymous said...

Perlu diingat selama beratus tahun puak-puak ini melawan Islam dengan kekuatan mereka sendiri tetapi tak pernah berjaya......lantas mereka dapat tahu hanya dengan Islam mereka boleh melemahkan Islam.....lalu mereka menukar strategi iaitu menggunakan Islam untuk melemahkan Islam....itulah yang mereka gunakan sehingga sekarang......kerana mereka banyak capai kejayaan dengan cara itu....ingat jagan lupa!!!

Anonymous said...

Perlu diingat selama beratus tahun puak-puak ini melawan Islam dengan kekuatan mereka sendiri tetapi tak pernah berjaya......lantas mereka dapat tahu hanya dengan Islam mereka boleh melemahkan Islam.....lalu mereka menukar strategi iaitu menggunakan Islam untuk melemahkan Islam....itulah yang mereka gunakan sehingga sekarang......kerana mereka banyak capai kejayaan dengan cara itu....ingat jagan lupa!!!

Anonymous said...

Bible tu dalam gereja. Gereja pulak bukan premis islam. Orang islam pulak tak ada di situ. Jais serbu dan rampas!
Cuba fikir pulak sebaliknya, quran dlm bahasa thai, simpan dalam masjid, masjid rumah ibadah islam, orang thai kafir tiada di situ. Polis thai serbu dan rampas sebab takut dibaca oldh thai kafir. Adakah anda sokong polis thai itu? Bayangkan jika semua negara kapir bertindak spt jais. Bijak kah?