Tuesday, February 25, 2014

Semoga SPRM Memantau Kontrak Dawama Dengan Dewan Bahasa dan Pustaka


Terbaca di blog gmieawakening.blogspot.com tentang kisah sebuah syarikat tunggal yang diberi hak untuk mencetak buku-buku oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu Dawama Sdn Bhd. 

Tahun 2011 syarikat ini pernah menimbulkan huru hara dalam negara apa mengarahkan ratusan pekerjanya bercuti tanpa gaji tanpa tempoh yang ditetapkan kerana syarikat mereka hampir bankrap.

Tahun 2012 hampir-hampir tercetus isu nasional berhubung kekurangan buku teks untuk pelajar sekolah kerana kegagalan Dawama. Nasib baik ketika itu para pencetak bumiputera yang lain masuk campur dan mereka terpaksa bekerja 24 jam sehari dan 7 hari seminggu untuk menyiapkan buku-buku teks bagi mengelak masalah besar timbul apabila sesi persekolahan baru bermula.

Dawama diberi kontrak oleh DBP bermula tahun 2002 dan akan berakhir pada tahun ini (2014).  Mereka diberi kontrak selama 12 tahun. Satu tempoh masa yang cukup panjang. Kini difahamkan DBP akan menyambung kontrak Dawama untuk 10 tahun lagi. 

Di sini yang kita tak faham…

Sebuah syarikat yang gagal, sebuah syarikat yang hampir bankrap dan gagal mencapai matlamat pengswastaan yang diimpikan kerajaan, tetapi masih hendak diberikan kontrak 10 tahun lagi. 

Kalau ikut logik akal mana mungkin sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan monopoli dan telah memiliki pembeli yang sah, boleh mencatat kerugian. 

Wartawan Ku Seman Ku Hussain dalam satu tulisan di Utusan Malaysia pada 2011 ketika mengulas isu Dawama telah menulis seperti berikut, 
Sama sekali tidak percaya Dawama yang mendapat kontrak mencetak dan mengedarkan buku teks Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengalami kerugian. Ini kerana perniagaan Dawama tidak ada persaingan, syarikat ini diberi kontrak oleh kerajaan mulai 2002 hingga 2014 untuk mencetak buku teks. Dawama ibarat satu-satunya penjual pelampung yang ada di tepi kapal Titanic yang hampir karam.

Baca tulisan penuh berhubung isu Dawama di sini


Oleh yang demikian adalah baik sekiranya Putrajaya dapat masuk campur dan menghalang DBP daripada memberi 10 tahun lagi kontrak kepada sebuah syarikat yang terbukti gagal.  Adalah lebih baik lagi sekiranya SPRM juga dapat mengintai-ngintai kenapa Dawama begitu istimewa dimata DBP. 

Langkah terbaik adalah dengan DBP mengambil alih semula kerja-kerja mencetak buku-buku keluaran mereka termasuk buku teks. Ini kerana ianya akan menguntungkan banyak pihak. Pihak yang dimaksudkan adalah syarikat-syarikat percetakan bumiputera yang lain yang berdaftar dengan DBP, berbanding dengan sekarang dimana kenikmatannya hanya dinikmati oleh sebuah syarikat sahaja. Dalam masa yang sama ianya dapat menjimatkan wang kerajaan yang banyak.  Ataupun mungkin DBP boleh membuka tender semula. 

Ingat DBP, sekali kena patuk ular cukuplah. Jangan sampai dua kali kena patuk ular di lubang yang sama. Itu cari nahas namanya. Dah tahu dalam lubang itu ada ular, janganlah dihulur lagi kali ke dua tangan anda ke dalam lubang itu. 



5 comments:

Anonymous said...

Tolong expose kan tuan punyer syarikat, tak kira lah krooni ker, bapok ker, pondan ker.....siarkan. Rakyat nak tahu.

Anonymous said...

kenapa rbf tak masukkan pengambilalihan Dawama oleh Utusan printcorp?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0106&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm

Anonymous said...

Adakah DBP yang ingin menyambung kontrak dengan DAWAMA? Dah kaji betul2 ke sebelum bagi kenyataan ni? Kontrak ini diputuskan oleh kerajaan dan DBP tiada kuasa. Jadi, masakan DBP sewenang-wenangnya ingin menyambung lagi kontrak dengan DAWAMA setelah DBP sendiri disosahkan.

Anonymous said...

DBP kalau boleh tak mahu fungsi perniagaan, cetak dan stor diswastakan...bukan salah DBP atas penswastaan tersebut

Anonymous said...

Dawama diambilalih oleh Utusan printcorp dan ceonya Norhisam Mohamed Nor. Dia ni lah yg bertanggungjwb membangkrapkan dawama dan utusan printcorp dan sekarang jaring on the way. Tengok sini ada orang tengah bongkarkan norhisam https://www.facebook.com/tengku.yangutama?fref=ts