Tuesday, March 4, 2014

Air Selangor : Akhirnya Khalid Tunduk Menyembah Najib dan Muhyiddin - Siri 1

Gambar ini cukup mahalnya nilainya apabila ianya menunjukkan kepada kita bagaimana seorang manusia yang penuh dengan keegooan tunduk meyembah musuh politiknya. Teringat pula gambar bagaimana Suharto tunduk kepada IMF satu masa dulu

Dalam situasi politik dalaman yang sedang melanda PKR sekarang yang melibatkan kem Anwar dengan kem Khalid Ibrahim, memperlihatkan banyak pihak menyokong Khalid Ibrahim. Untuk menghalalkan sokongan mereka kepada Khalid pelbagai alasan yang diberikan. Ada yang dulu mengutuk Khalid bagai nak rak, kini tanpa segan silu memuji-muji dan melambung-lambung Khalid. Pada saya mudah sahaja, selagi mereka bernama PKR ianya tidak ada guna satu sen pun. Sebabnya orang-orang dalam PKR ini kebanyakkannya adalah sampah sarap yang terhanyut atau dihanyutkan daripada kapal BN. Orang yang kecewa tak dapat jawatan, orang yang kecewa tidak dapat projek dan perkara-perkara lain yang sejenis dengan itu.

Apabila ianya sampah sarap maknanya 90 peratus tidak boleh dipakai lagi. Tidak banyak sampah yang boleh dikitar semula. Hanya kertas, tin, plastik dan botol sahaja. Yang lain semua tidak boleh dipakai. 

Kita ambil contoh yang cukup mudah untuk membuktikan pemimpin PKR adalah pemimpin yang tidak boleh dipakai. Kita lihat krisis air yang melanda Lembah Klang hari ini. Ya betul, masalah kemarau menyumbang kepada kekurangan air di empangan. Namun begitu kita jangan lupa kebodohan dan kebebalan pemimpin PKR juga turut menyumbang kepada perkara ini. 

Tujuh lapan tahun lepas lagi Kerajaan Pusat di bawah pemerintahan BN telah menjangkakan krisis air akan berlaku di Lembah Klang satu hari nanti (2014-2016) . Bagaimana mereka tahu ? Mereka tahu sebab mereka buat kerja dan ada semua perangkaaan. Mereka telah ada angka berapa pertambahan rumah baru, kilang baru, pejabat baru dan penduduk Lembah Klang dalam tahun-tahun berikutnya. Menyedari empangan dan sungai-sungai yang ada di Selangor tidak mampu untuk membekalkan air mentah yang cukup, dan kurangnya kawasan tadahan hujan di Lembah Klang akibat daripada pembangunan yang pesat, maka Kerajaan Pusat telah membuat keputusan untuk mengambil air daripada Pahang. Sebuah terowong dibina dan akan membina sebuah loji baru di Hulu Langat yang diberi nama Loji Langat 2 untuk merawat air mentah yang diambil daripada Pahang. 

Apabila Kerajaan Selangor bertukar tangan pada tahun 2008, mereka sampah-sampah sarap ini yang menggelarkan diri mereka pejuang rakyat, kerajaan kebajikan dan macam-macam lagi slogan syok sendiri, telah menghalang Kerajaan Pusat dari meneruskan projek pembinaan Loji Langat 2. Semuanya kerana politik akibat diri dikuasai syaitan. Geram, dendam, iri hati kepada BN dan Umno yang tidak habis-habis kerana mengecewakan mereka sewaktu mereka bersama Umno dan BN, itulah sebab utama mereka menghalang pembinaan Loji Langat 2.


Dalam Sidang Dun Selangor tahun 2010, Khalid Ibrahim dengan angkuhnya mengatakan Loji Langat 2 tidak akan dilaksanakan dan mereka akan membersihkan Sungai Klang untuk dijadikan sumber air kepada penduduk Lembah Klang. Hari ini adakah anda lihat Sungai Klang airnya jernih sehingga Khalid boleh menilik rambutnya ?

Kini apabila krisis air melanda Lembah Klang dan sebelum orang ramai mengamuk menyalahkan  mereka, dengan tergesa-gesa dia ke Putrajaya menyembah Najib dan Muhyiddin untuk memberi kebenaran kepada pembinaan Loji Langat 2. 

Dulu waktu Kerajaan Pusat minta kelulusan dia dan berkata Lembah Klang akan ada masalah air tahun 2014 atau 2016, pelbagai alasan yang dia beri. Selangor tak akan ada masalah air, guna air lombong, bersih Sungai Klang, teknologi membran dan seribu satu alasan lain. Sekarang dia punya kalut nak beri kelulusan sampaikan perkara itu tak sempat dibincangkan dengan adun-adun Selangor, dengan exco dan dalam partinya sendiri. Seperti orang cirit cari jamban dia lari ke Putrajaya untuk memberi kelulusan pembinaan Loji Langat 2. 

Apa yang berlaku hari ini memperlihatkan kepada kita bagaimana kecekapan Kerajaan BN mentadbir negara. Daripada awal mereka telah jangka dan tahu krisis air akan melanda Lembah Klang. Atas sebab-sebab itu 7-8 tahun dulu mereka telah mengambil langkah-langkah perlu supaya krisis air tidak berlaku. Bukannya dah nak terberak baru nak cari jamban. Manakala golongan sampah sarap sibuk dengan politik 24 jam dan perhimpunan haram sepanjang masa. Kemudian melalak rakyat ditindas, rakyat dizalimi, rakyat dianiaya. Sekarang siapa yang zalimi rakyat , siapa yang tindas rakyat ? Hinggakan rakyat kena bangun jam 2-3 pagi untuk tadah air. Kena beratur dan berebut-rebut isi air di tangki lori dan kena beli tong-tong air yang berharga puluhan ringgit sebiji.

Suharto dan IMF 1998

17 comments:

Anonymous said...

abg faisal you punya kupasan buat mata olang pkr bernanah oooo.manyak hebat you ni

Anonymous said...

biarkan biarkan, hu hu hu.

kak bedah said...

aq respect la sama khalid nie.. dia sanggup mengenepikan kepentingan olitik semata2 demi kepentingan rakyat.. pemimpin mcm nie lah yg patut kita jadikan sebagai org yg boleh membantu kita menyelesaikan masalah di kemudianhari.. bukannya mcm anwar yg byk memberi kita masalah melalui provokasi yg entah betul entah tidak tue....

Anonymous said...

Kak Bedah, Khalid Ibrahim tak layak dipuji kerana kebongokan dan kedegilannya sebelum ini yang menyebabkan rakyat berhadapan dengan krisis air sekarang ini.

Anonymous said...

Sori kak bedah. Org yg takda planning dah cirit baru nak Cari jamban tak layak nak memimpin.boleh blah sama Khalid ataupun anwar.

Anonymous said...

cara you spin macam real tapi ....you ni ...tak tau juga kes sebenar nya ...yg pasti nya Dato Rozali(Syabas) yg bikin onar di Selangor ni akan kecundang.

Anonymous said...

Xpe lah tan sri..janji tunaikan kewajipan kepada rakyat.seteru ke kwn ke letak tepi dulu.fikirkan nasib rakyat yg dlm jagaan ni dulu.

Anonymous said...

apa2 pun khalid dah kena checkmate dengan najib.

lepas sign je terus mencurah2 hujan turun. aku ingat najib sudah postphone pembenihan awan sampai kering selangor, sampai terkincit khalid nak berak cari jamban kat putrajaya. Kah3.

Aku harap MoU tu mcm agreement penang, selagi ada bulan dan matahari kat langit, takde sapa boleh halang pembinaan Langat2.

Sudah2lah politik aku nak berak pun susah(air takde) celako ko pkr.

hanizam said...

ha..ha..ha...penuh seribu makna senyuman najib dan muhyidin tengok khalid sain MOU tu...

dalam hati mesti terdetik...

Najib: "habislah ko khalid, Nuar mesti tak klimak main dengan kak wan malam ni..."

TPM: " ha..ha..ha.. dah cirit beret terkemut-kemut lubang jubor baru ko datang nak sain, hilang modal Anuar nak jadikan isu PRK Kajang..."

yang aku tak tahan, ape pun terjadi kalau tukar MB pun, MOU tu tak boleh diubah...

nilah jadinya kalau Air pun jadi modal politik...

azman said...

Assalamaualaikum wbt..

Kalau ikut sejarah, Kalid ni pernah tersasul sokong UMNO,
tapi bila sebut nama Anwar dia akan jadi biru, sebab ketakutan.

So korang boleh agakla apa akan dibuatnya bila Anwar berkokok...hahahaha

Anonymous said...

jangan politikkan masalah air..

Anonymous said...

pada aku ini win win , selangor dapat balik Syabas dan federal dapat terus projek lanagat 2 sebab loan dari Jepun kena bayar juga.

Anonymous said...

Lebih baik khalid dari anwar

Anonymous said...

betul ke RBF pun kalah saman?

relax k RBF...benda fitnah ni dah asam garam,baru hukuman dunia...belum akhirat lagi kan?

Anonymous said...

kepada macai2 umngok...blogger rbf kena bayar saman sebanyak rm50,000.00 kepada husam musa kerana memfitnah...aku beritahu sekali lagi...kerana MEMFITNAH....kalau macai2 nk gak dosa..ikut la memfitnah.....kah kah kah..korang pakat2 kutip derma bg pd rbf...kah kah kah...ini blog manyak busyukkkk....

Anonymous said...

kepada macai2 pasngok...presiden pas kena bayar saman sebanyak rm2 juta kerana memfitnah...aku beritahu sekali lagi...kerana MEMFITNAH....kalau macai2 nk gak dosa..ikut la memfitnah.....kah kah kah..korang pakat2 kutip derma bg pd hj hadi...kah kah kah...ini haji hadi manyak busyukkkk....

Anonymous said...

Lps ni bnyklah tin milo bergerak tuk kutip duit derma bayar saman 2 JUTA kahkakkah....dari hj hadi awang perut buncit sampai ke jaga parking semua kaki MEMFITNAH.......macai Pas x berdosa sbb nicky aziz dah jamin syurga...kahkahkah ini abang haji hadi perut buncit bnyk duit boleh bayar maa...sudah lama dlm politik duit bnyk maa...tapi buat2 mcm susah nnti rakyat nampak hj hadi lagi susah maa....