Sunday, March 2, 2014

Kalaulah Saya Zahid Hamidi...


"You dari mana?"

"Malaysiakini..."

"Patutlah tanya pelik-pelik. Tanya kos apa semua… nanti you spin. Rm3 jadi RM30. Jangan spin ma.. tulis betul-betul. You bagus, you punya bosses tak bagus."

"Macam mana Malaysiakini boleh dijemput ni? Saya tak nak jawab soalan. Selalu spin saya punya cerita. Recorded tapi tulis lain."

"You boleh tulis saya tak percaya Malaysiakini langsung. Tulis semua tak baik tentang saya, tentang KDN. Malulah datang."

"You tulis betul, you punya editor tak betul. Saya tak percaya langsung Malaysiakini, saya cakap banyak kali."

"Tulis betul-betul, jangan main-main sama saya.. I monitor."

Sumber : mynewhubs.my

Itulah kata-kata yang dituturkan oleh Menteri Dalam Negeri kita kepada wartawan malaysiakini dalam satu sidang media Oktober 2013. 


Kini setelah lima bulan berlalu menteri yang sama yang menyampaikan anugerah media sosial terbaik kepada bos malaysiakini. 

Kita ikuti pula apa yang dituturkan beberapa hari lepas...

Ketika berjalan untuk menerima anugerah itu, Gan sempat berseloroh: "Kamu tak akan tuding jari pada saya kan?"

Zahid kemudiannya tersenyum dan membalasnya: "Gencatan senjata".

Sumber: malaysiakini

Kalaulah saya yang berada ditempat Datuk Seri Zahid Hamidi pada malam tersebut, ketika tiba giliran malaysiakini menerima hadiah, saya tidak akan sampaikan hadiah tersebut kepada mereka. Saya minta orang lain yang sampaikan. Barulah sesuai dengan apa yang dihamburkan kepada malaysiakini lima bulan lepas. Barulah beliau akan dilihat sebagai seorang pejuang yang tulen dan konsisten. 

Sampai ke hari ini saya masih tidak faham dan tertanya-tanya atas kapasiti apa Datuk Seri Zahid hadir pada malam tersebut dan menyampaikan anugerah kepada media-media online ?

Sepatutnya itu tugas Menteri Penerangan. Yang aneh dan pelik bayang Menteri Penerangan pun tidak kelihatan pada malam itu. Sebaliknya Ketua Pengarah Penerangan ada di sebelah Datuk Seri Zahid. Jika nak dikatakan Menteri Penerangan tidak dapat hadir dan mewakilkan kepada Menteri Dalam Negeri, tak logik pula. Tidak munasabah ianya diwakilkan kepada menteri yang lebih kanan dan naib presiden parti nombor satu. 

Nak dikatakan Datuk Seri Zahid hadir atas kapasiti beliau sebagai Menteri Dalam Negeri selaku kementerian yang mengeluarkan permit kepada media, tak logik juga. Sebabnya di Malaysia media online tidak memerlukan sebarang permit atau lesen daripada KDN. 

Bagaimanapun saya tetap bersangka baik kepada Datuk Seri Zahid. Saya beranggapan kemungkinan besar beliau telah diperangkap dalam isu ini. Penganjur program tersebut adalah pihak luar dan tidak ada kena mengena dengan kerajaan. Penganjur telah tahu lebih awal media mana yang telah menang dan akan menerima anugerah. Mengetahui Datuk Seri Zahid anti malaysiakini dan untuk mengenakan beliau maka beliau telah dijemput ke majlis berkenaan dan meyampaikan anugerah kepada pemenang-pemenang, termasuklah kepada malaysiakini. Jika anggapan saya ini benar, maka pegawai-pegawai Datuk Seri Zahid perlu disalahkan dan perlu bertanggungjawab dalam hal ini kerana tidak membuat kerja mereka secekap mungkin. Mereka tidak periksa lebih awal latar belakang penganjur dan perjalanan majlis. 

Berhubung dengan kejayaan malaysiakini memenangi anugerah itu....

Pada saya apabila pihak kementerian-kementerian mengiktiraf program berkenaan dan menteri pula yang menyampaikan anugerah ianya merupakan satu pengiktirafan kepada mereka. Sedangkan portal berita itu yang menggelarkan mereka sebagai portal bebas adalah portal pro pembangkang dan memainkan peranan untuk menjahamkan malaysia. 

Kita pernah didedahkan bagaimana malaysiakini mendapat dana daripada pihak barat untuk menjalankan operasi mereka di Malaysia. Untuk apa pihak barat menaja mereka jika bukan untuk menjahanamkan Malaysia ?

Baca pendedahan berkenaan di sini

Individu yang terlibat dengan malaysiakini adalah individu yang sama terlibat dengan pertubuhan haram suaram dan mereka mempunyai rantaian satu sama lain. Kita ambil contoh dalam kes pembelian kapal selam. Pertubuhan haram suaram yang membawa isu bohong itu ke Perancis dan kemudiannya malaysiakini menjadi tukang lapor berita-berita bohong berkenaan sebelum PRU 13 yang lepas. Datuk Seri Zahid sendiri yang pada masa itu sebagai Menteri Pertahanan tahu tentang pembohongan-pembohongan yang dilakukan malaysiakini dan suaram. Kononnya PM akan dipanggil ke Mahkamah Perancis, Menteri Pertahanan pun turut sama dan Kerajaan Perancis juga turut menyiasat kes berkenaan serta pelbagai lagi dakwaan-dakwaan lain. Kini selepas PRU 13 segala-galanya senyap. Untuk tujuan mereka lakukan semua itu jika bukan untuk membohongi rakyat Malaysia menjelang pilihanraya ? 

Selain daripada isu kapal selam banyak lagi isu lain yang menjadi pembohongan malaysiakini termasuklah serangan kepada PM dan isteri. Kita lihat contoh beberapa hari lepas bagaimana mereka putar ucapan isteri PM dalam isu permainan badminton. Mereka hanya siarkan berita tentang kata-kata isteri PM beliau sekarang tidak ada masa untuk bermain badminton kerana sibuk dengan urusan menolong rakyat. Mereka hanya siarkan video ucapan isteri PM 40 saat. Kenapa tidak disiarkan selama 2-3 minit jika mereka berniat baik dan mereka sebuah portal yang bebas tidak memihak kepada mana-mana pihak ?

Apa-apa pun saya ucapkan tahniah kepada Jabatan Perdana Menteri kerana menghalang malaysiakini daripada memasuki JPM untuk sebarang sidang media. Yang terbaru adalah semasa majlis menandatangani MOU air antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Selangor beberapa hari lepas. Saya berharap JPM kekal dengan keputusan itu dan diikuti oleh kementerian-kementerian lain. Jangan beri muka kepada unsur-unsur asing yang mempunyai agenda sulit untuk menjahamkan negara. 

16 comments:

Anonymous said...

Kalau lah saya zahid hamidi saya balik rumah hantok kepala

el halim said...

Kalau saya zahid hamidi ketika bersalam dgn bos malaysiakini saya tarik tangan dia, letakkan kat bontot dan kentut kan..

CICIT PAWANG ALI said...

Ini tragedi kepada UMNO. Pemimpin kanan meraikan Portal yang tertubuh untuk semaikan benci dan marah kepada UMNO. Bacalah Mkini, berapa banyak penghargaannya kepada Kerajaan UMNO?
Zahid, pulanglah ke pangkal jalan. Popular belum tentu betul.

Jangan BUAT LAKONAN said...

macam macam MENTERI ADA DALAM KABINET NAJIB..
MENTERI AYAM ..
MENTERI AMARAN ..
TERKINI .. MENTERI KOMEDI
kah .. kah.. kah..

Anonymous said...

keting....keting....keting...keting bunyi tin kosong....

tok....tok....tok....bunyi botox

bup...bup...bup bunyi tumbukan kepada x balak anak aku!

di...di...di....zahid babidi....

pru 14 umno mampus!

Anonymous said...

Dalam politik semua serba bukan mustahil.Jika kita imbas kembali sejarah DSAZH ini,dia berasal dari kem Anwar pada era Tun.
Kita masih ingat beliau dipergunakan Anwar untuk membuat hebahan mengenai pengagihan kekayaan kepada apa yang didakwa kroni Tun.
Malah semasa Tun mendedahkan salahlaku Anwar dalam mesyuarat khas MT DSAZH diam membisu...tiada sokongan tiada bangkangan.
Namun kita difahamkan aksi beliau dizahirkan dalam bentuk Body Language.Melawan dalam diam.
Sebab itu semasa Anwar dipecat dari UMNO dan kerajaan DSAZH masih dalam mood protes atau melawan Tun,pada hal kita faham Tun telah mengujudkan tempoh bertenang selepas Tun buat roadshow menelanjangi salahlaku Anwar dengan tujuan siapa2 yang fikir mereka telah dipergunakan atau diperdaya olih Anwar supaya kembali kepangkal jalan.
DSAZH tidak menarik handbreak malah masih lagi mempertahankan Anwar dalam diam.
Sehinggalah beliau dibrainwash olih polis dalam siri2 pembersihan agenda reformasi,barulah DSAZH berjalan lurus.Atau mungkinkah beliau mempraktikkan angguk syiah.
Beliau patut banyak2 berterima kasih dengan Tun kerana tidak memancung terus hayat polirik beliau dalam UMNO.
Persoalanya kini,adakah DSAZH masih tersentuh hati dan perasaan beliau hasil pertautan kasih sekian lama dengan Anwar?.Apakah beliau adalah salah seorang pendewa Anwar yang turut menanggis teresak esak dihari permecatan dan penangkapan Anwar.
Kita semua memang sedia maklum hingga ke hari ini masih ramai lagi bekas2 jeneral dan soldadu2 Anwar duduk dalam kerajaan dan UMNO.Ini bukan rahsia.Ada yang menyokong terang2 seperti Saifudin Abdullah dan ada yang sokong sembunyi2 seperti mereka2 yang beraksi atau memberi kenyataan2 yang nampak seperti nak menjahanamkan kerajaan pimpinan DSN.
Apa yang dilakukan olih DSAZH seperti lapuran diatas adalah tindakkan untuk menjahanamkan pentadbiran DSN dan melonjakkan saham Anwar.
Tindakkan beliau meruntuhkan semangat penyokong2 prokerajaan dan dalam masa yang sama melonjakkan moral penentang2 kerajaan.
Andaian pegawai2 dan penasihat menteri KDN ini tak buat homework dalam menasihatkan menteri tidak bolih diterima kerana DSAZH bukan sebulan dua jadi menteri.Beliau adalah vateran dalam kerajaan dan UMNO.Lagi pun beliau hanya jaga KDN sahaja tidak seperti DSN yang kena jaga semua.
Dan ini bukan kes pertama DSAZH kelihatan main tikam belakang DSN malah jika kita perhalusi betul2 beliau kelihatan lebih cepat bertindak terhadap penyokong2 pro kerajaan berbanding pengkritik kerajaan.Yang ni perlu buat analisis khas yang diberi tajuk DSAZH masih setia terhadap DSAI?.
Saya sememangnya dari dahulu lagi sangsi kepada kesetiaan DSAZH.
Apakah ada persefahamam seperti..kalu aku jentik sikit2 tu you jangan terasa hati dan anggap i tak sayang dan benci you.
Dunia politik macam2 bolih jadi logik.DSAZH perlu buktikan bahawa andaian diatas adalah silap

CICIT PAWANG ALI said...

Kah kah kah pembangkang dah jadi gila babi. Wooii ! UMNO ni kaya pemimpin, kalau Zahid keluar bercambah lagi ada. PAS ? Hadi dah kena saman, Mat Sabu Fatihahpun tak lepas. PKR lagi huru hara. Laki lawan bini, anak lawan laki,boy friend lawan MB. Kah kah kah..peninglah korang !

Anonymous said...

Zahid telah melakukan aksi KOMEDI yg tersohor dgn menyampaikan ANUgayrah pada MalaysiaPUKIni....kah kah kah...sudah buang itu kahak sikalang mau jilat balik...uweksssss....

Anonymous said...

KALAULAH SAYA ZAHID HAMIDI, aku akan join Bollywood buat movie Komidi. Menteri bangang!!!!Puiiii

Anonymous said...

DS Zahid Hamidi dulu masa ketua pemuda bantai lee kuan yew dan tak beberapa lama kemudian minta maaf atas kelantangan nya dan sepatutnya DS Zahid Hamidi belajar dari kesilapan lepas supaya tiada guna nya minta maaf dan berbaik dengan bangsa kiasu ni.
Jangan ulang lagi kesilapan silam dan berhentilah bermain politik atau berlakon kerana hanya mahukan kerusi naib presiden.
Biar lah tindakan mendahului cakap cakap yang hanya hendak menyedapkan hati kami yang sebangsa dengan DS.
Biarlah sepatah kata orang putih "action speaks louder than words", maka baru lah di hormati olih kawan dan lawan Dato Sri.

Anonymous said...

KALAU MAMAT INDON NE JADI PM, MACAMANA GAMAKNYA...

salim hasan said...

Jelas ianya satu perangkap atau lebih tepat penipuan yang dipasng pihak penganjur dgn tujuan nak mengenakan dato seri Zahid.Dato seri Zahid tak bersalah dalam hal iniCuma diharapkan dilain masa beliau berhati hati.Walau apa pun diharapkan Dato seri tetap istiqamah dan kekal kan dgn sikap keras bilk berhadapan dgn golongan cina kafir harbi ni.Ini adalah yuntutan Allah didalam Alquran“Dan orang-orang yang bersama dengan dia (Muhammad) adalah keras terhadap orang-orang kafir tetapi berkasih sayang dengan sesama mereka” (Q.S. Al-Fath:29).

Anonymous said...

AKU INGAT ZAHID INI PERWIRA RUPANYA WIRAWATI, LEBIH BAPUK DARIPADA SYAMUDDIN. MEMANG KELAKAR ZAHID..

Anonymous said...

bro...
salah seorang comittee di belakang majlis tersebut ibdilillah yang dikatakan handle media baru oleh team umno...boleh check dalam website...siap deputy lagi

jadi what do u expect bila musibat macam ni nak harapkan pangkat dan jawatan jer

Anonymous said...

Sebelum pemilihan umno dan semasa pemilihan umno... fuh dia la hero.... kdn power... citt... rupanya hang takda telor zahid... tu... dia pemimpin umno semua takda telor he..he..he..

Anonymous said...

lagi satu menteri cap ayam.