Friday, March 7, 2014

Lagi Kisah Majikan Berbangsa Cina Yang Buat Hal

Pada bulan Ogos tahun lepas saya pernah menulis tentang kekejaman atau kezaliman majikan-majikan yang berbangsa cina di Malaysia mendera pembantu rumah.  Baca di sini

Kerana sikap merekalah yang menjadi punca rakyat Malaysia yang lain sukar mendapat pembantu rumah. Dan jika dapat sekali pun mereka kena bayar dengan harga yang mahal. 

Hari ini sekali lagi kekejaman dan kezaliman majikan berbangsa cina terbukti…


SHAH ALAM 6 Mac - Sepasang suami isteri dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah membunuh pembantu rumah warga Indonesia yang tidak diberi makan secukupnya, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Noor Azian Shaari memutuskan demikian terhadap Fong Kong Meng, 58, dan isterinya, Teoh Chin Yen, 56, setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Dalam penghakimannya, beliau berkata, keterangan pembelaan kedua-dua tertuduh hanya bersifat penafian semata-mata.

"Semasa bekerja dengan tertuduh-tertuduh, mangsa mempunyai berat badan 46 kilogram tetapi hanya tinggal 26 kilogram semasa meninggal dunia malah sebab kematian dan fizikal mangsa tidak dapat disangkal oleh pihak pembelaan," ujar Hakim Noor Azian.

Kong Meng, bekas jururunding pendawaian dan isterinya yang merupakan suri rumah didapati bersalah bersama-sama membunuh Isti Komariah, 26, di rumah No. 90 Jalan SS2/6 Sea Park, Petaling Jaya, dekat sini antara 14 Mei 2010 dan 5 Jun 2011.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Terdahulu, Hakim Noor Azian berkata, pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan berhujah, kematian mangsa disebabkan tindakan kedua-dua tertuduh tidak membekalkan makanan mencukupi dan memberi rawatan perubatan kepada mangsa.

Seramai 16 saksi pendakwaan dan enam saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 30 Julai 2012.

Kedua-dua tertuduh yang mempunyai anak kembar berumur 17 tahun dilihat tenang semasa keputusan dibacakan.

Pendakwaan dikendali oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Nordin Ismail, Muhammad Asyraf Md. Kamal dan Suzana Abdul Latif manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam-peguam, Zaleha Al-Hayat dan Thong Seng Kong.

Zaleha ketika ditemui pemberita selepas selesai prosiding berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan secepat mungkin terhadap keputusan tersebut.

Menurut laporan akhbar, pembantu rumah yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia itu dibawa oleh majikannya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pukul 7.50 pagi, 6 Jun 2011 namun disahkan telah meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital tersebut.

Mangsa mula bekerja dengan pasangan tersebut sejak Disember 2008.

Hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan lebam baharu dan lama serta calar pada bahagian belakang, dahi serta lengan mangsa.






4 comments:

Anonymous said...

Cina ni memang benci rumpun bangsa Melayu.

Ganyang mereka sampai mampus

Anonymous said...

Padan muka ko....

Anonymous said...

Disebabkan oleh majikan yang macam ni, sekarang kalau perlukan pembantu terpaksa ambil melalui agen yang menghisap darah...kalau nak ambik pembantu rumah sekarang, kena bayar tak kurang dari 8k...padahal kos nak bawa masuk tidak la sebanyak itu..sekadar passport dan tiket kapalterbangnya saja...dan levi...mmg menyusahkan oranggggg....

Anonymous said...

bro rbf...
jangan pukul rata semua cina macam ni..

ada jugak aku terbaca yang majikan cina tu siap support lagi pembantu rumah indonesia dia sampai belajar peringkat degree...

ni semua atas diri manusia tu gak bukannya bangsa.

dok maki maki bangsa lain ni,korang seronok ke berperang?

padahal semua malaysian yang konon semangat jihad dan perjuangan ni lari terkocoh kocoh tinggalkan mesir dan syria sebab takut nyawa hilang.lagi korang dok sembang konon nak semangat jihad,perjuangan dan perang...

bangsa cina pun Allah yang jadikan dan Allah boleh bolak balikkan hati sapa yang Dia mau