Monday, March 10, 2014

MH370: Awas Dengan Propaganda-Propaganda Yang Sedang Bertebaran


Bukan niat nak jadi penganalisis pesawat atau pengangkutan udara, dan juga bukan nak mengajak anda turut menjadi penganalisis. Cuma nak ajak anda sama-sama berfikir di dalam kotak pemikiran seorang manusia yang dianugerahkan akal fikiran oleh Allah SWT. 

Sejak tercetusnya berita 2 penumpang MH370 menggunakan paspot palsu, tiba-tiba pandangan kita semua terarah kepada pesawat itu dirampas oleh pengganas. Semuanya kerana perkara itu terlalu diperbesar-besarkan oleh media asing. 

Semalam media-media luar negara, terutamanya di Eropah dan AS meletak tajuk berkenaan sebagai berita utama media mereka. Begitu juga setiap kali sidang media di KLIA. Media asing lebih ghairah mengasak Pemangku Menteri Pengangkutan, Ketua Pengarah DCA dan CEO Mas dengan soalan berkenaan dua paspot palsu berkenaan. Kenapa mereka lebih berminat untuk membesarkan isu itu daripada membesarkan misteri kehilangan MH370 ? Tidak lain tidak bukan tujuan mereka untuk mengaitkan Malaysia dengan aktiviti keganasan dan untuk memberitahu dunia bahawa Malaysia sebuah negara yang tidak selamat. 

Kita sebagai manusia yang ada akal dan akalnya masih berfikir, cuba kita fikirkan perkara ini…

Jika pesawat tersebut dirampas pengganas dan terus ghaib sehingga hari ini, adakah pengganas mencapai objektif mereka ? 

Pengganas yang rampas pesawat mesti ada tujuan dan matlamat…

Katakanlah mereka rampas pesawat jam 2.30 pagi….jam 2.40 pagi sudah tentu mereka akan memaklumkan apa tuntutan mereka. Tak kan sampai 2 hari mereka tak maklumkan apa-apa. Lagi pun pesawat itu hanya mempunyai bekalan minyak untuk 8 jam sahaja. Sekarang dah berapa puluh jam ? 

Katakanlah pesawat itu dirampas oleh kumpulan berani mati…sudah tentu selepas rampas pesawat itu mereka akan cari mana-mana bangunan untuk dirempuh untuk mencapai objektif mereka. Sepertimana peristiwa 911 dulu.

Tak mungkin mereka rampas pesawat kemudian mereka junamkan pesawat itu ke dalam laut tanpa memberitahu dunia apa matlamat mereka. 

Katakanlah selepas mereka rampas pesawat itu mereka mendarat dimana-mana lapangan terbang, maka sudah tentu negara yang mereka mendarat itu akan tahu tentang kehadiran sebuah pesawat yang meragukan. Lagi satu pesawat itu jenis B777 dimana ianya bukan boleh mendarat dimana-mana lapangan terbang sesuka hati. Kerana ianya memerlukan landasan yang besar untuk membolehkan mereka mendarat. Dan landasan yang besar kebiasaannya hanya ada lapangan terbang di bandar-bandar utama sahaja. Kalau dah mendarat di bandar-bandar besar, logikkah ianya masih boleh disorok ? 

Pada pandangan saya untuk mengaitkan 2 orang penumpang yang menggunakan paspot palsu itu dalam misteri kehilangan pesawat itu adalah rendah. Bagaimanapun faktor itu kita tidak boleh tolak 100 peratus. Cuma dalam keadaan sekarang lebih baik tumpuan diberikan kepada usaha mencari pesawat berkenaan daripada terus mengaitkannya dengan pengganas. Selagi tak dapat pesawat itu maka selagi itulah jawapan sebenar kita tidak akan dapat. 

Tentang dakwaan-dakwaan atau tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan kepada MAS dan Kerajaan, kononnya mereka lambat bertindak. Semua ini adalah propaganda untuk menimbulkan kebencian orang ramai terhadap kerajaan. 

Perlu diingat…kejadian ini berlaku di luar negara kita. Bukan senang untuk kita membuat atau mengambil sesuatu tindakan dinegara orang. Berbeza dengan kejadian di Tanjung Kupang pada 1977. Ianya berlaku dinegara kita sendiri dan kejadian itu dah sahih pesawat jatuh serta boleh dilihat di depan mata. Maka senanglah segala urusan kerajaan untuk melaporkan kejadian kepada rakyat. Berbeza dengan situasi yang berlaku hari ini dimana sebuah pesawat ghaib secara tiba-tiba dan kejadian di luar negara kita. 

Mas dan kerajaan bukanlah agensi berita yang berlumba-lumba untuk menjadi yang pertama melaporkan berita.
 Setiap maklumat perlu diperiksa kesahihannya berkali-kali kerana segala informasi daripada Mas dan kerajaan akan dianggap rasmi. Dan setiap kenyataan rasmi akan dipertanggungjawabkan oleh keluarga mangsa, kedutaan negara-negara yang terlibat dan orang ramai. Juga boleh menimbulkan masalah berhubung dengan tuntutan insuran dan sebagainya. 

Bercakap memang senang sebab lidah bertulang…"ahhhh pesawat itu dah confirm jatuh ke laut, Mas dan kerajaan yang tak nak beritahu kita, nak sorok dan bla…bla…bla…."

Kalau kau hebat sangat….bawa atau tunjukkan kepada pasukan penyelamat dimana bangkai pesawat itu supaya Mas dan kerajaan senang untuk sahkan pesawat itu memang terhempas. Mas dan kerajaan tidak boleh sahkan pesawat itu terhempas selagi tak jumpa bangkai. Sebab itulah sekarang pasukan penyelamat bekerja bersungguh-sungguh mencari pesawat itu. Sama juga dengan orang mati. Kita banyak pengalaman macam mana sekalipun kita tidak boleh mengesahkan atau mengumumkan seseorang itu mati selagi ianya tidak disahkan oleh doktor. Hatta jururawat yang penuh pengalaman di hospital pun tak boleh beritahu kita seseorang itu mati. Hanya doktor sahaja yang boleh mengesahkan dan memberitahu keluarga atau waris. 

Akhir kata marilah kita sama-sama terus berdoa supaya semuanya akan terjawab dengan cepat….


7 comments:

Anonymous said...

tuan, nak tanya boleh atau tidak pdrm masuk ke us siasat satu kes yg melibatkn rakyat malaysia sebagaimana fbi boleh sewenang2nya datng malaysia siasat kes krn ada warga mrk. Tak silap, pdrm atau fbi tak boleh masuk utk siasat melainkan atas kapasiti polis interpol...
tapi fbi ini masuk malaysia atas kapasiti fbi!!!!?
adakah ini taktik barat utk menyusup dan mengorek pertahanan negara? apakah selepas ini, us dan barat ada alasan utk buat satu kawasan bebas dunia bagi mereka mengawasi tindakan pengganas di asia?

Anonymous said...

moga semua penumpang dan krew masih selamat.nak ambil kapal terbang ambil la.kembalikan semua penumpang dan krew ke tempat asal masing2

Anonymous said...

anon 8:14, amerika kan ke perasan polis dunia... phuiii...

ajai62 said...

Assalam Bro

Rasanya FBI tak perlu masuk ke Malaysia... tapi tak tahulah kalau kerajaan kita yang benarkan mereka masuk...untuk dapatkan pertolongan... sekarang ni kalau kita periksa kakitangan kedutaan US pun mesti ramai spy dari kakitangan biasa...

ajai62 said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Kterbang tu berada diRusia

kak bedah said...

US sebenarnya dah desperate sangat nak luaskan kuasa dan salah satu negara yg dia cuba kuasai adalah malaysia dan kita boleh lihat bagaimana kehilangan pesawat nie sudah ditokok tambah bukti dan juga cerita2 yg boleh dipertikaikan kesahihannya...