Monday, April 21, 2014

Perdana Menteri Patut Arah Penghormatan Negara Untuk Mendiang Karpal Singh


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Mendiang Karpal Singh diatas kehilangan orang yang tersayang. Semoga anda semua tabah menghadapi ujian yang getir ini. 

Apabila sebut sahaja Karpal Singh kita semua pasti akan terbayang keseriusan wajahnya apabila berucap di Dewan Rakyat atau dalam sidang media. Mendiang tidak suka bercakap lawak atau bercakap kosong. Kalau beliau bercakap mesti serius, ditambah pula dengan suaranya yang vokal. Sampai Anwar Ibrahim pun beliau minta supaya bertaubat. Nik Aziz pun tak pernah minta Anwar bertaubat. Sebaliknya Karpal yang bukan islam pula yang berani menasihati Anwar supaya bertaubat. Walaupun berbeza pendirian politik dengan pemimpin-pemimpin BN, Karpal tak pernah pun minta Tun Dr Mahathir atau Datuk Najib supaya bertaubat. Itulah gambaran bagaimana teruknya Anwar sampaikan peguam dia sendiri yang satu aliran politik minta dia bertaubat. 

Umum telah mengetahui Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng telah mengumumkan pemberian penghormatan negeri untuk upacara pengkebumian Mendiang Karpal Singh. Bendera negeri diarah supaya dikibarkan separuh tiang selama tiga hari dan kerandanya ditutup dengan bendera Pulau Pinang. Selain itu jenazahnya di bawa ke Dewan Sri Pinang iaitu premis milik kerajaan negeri untuk orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada Karpal. 

Langkah yang diambil oleh kerajaan pimpinan Lim Guan Eng adalah satu langkah yang tepat sebagai membalas jasa, sumbangan dan pengorbanan Mendiang Karpal. Saya secara peribadi amat-amat bersetuju dengan langkah tersebut dan menyokongnya sepenuh hati. 


Penghormatan negeri atau negara kebiasaannya diberi kepada mana-mana pemimpin utama atau bekas pemimpin utama negeri atau negara yang banyak berjasa dan menyumbang kepada negeri dan negara. 

Dalam kes Karpal diberi penghormatan negeri ada kawan-kawan atau pihak-pihak lain yang mempertikaikan sumbangan atau jasa Karpal.  Mereka bertanya apa jasa dan apa sumbangan Karpal ? 

Dalam hidup ini kita kena berpaksikan kepada realiti. Walaupun kita berbeza aliran atau anutan politik dan agama dengan Karpal tetapi kita kena akui atau menerima hakikat sumbangan besar beliau kepada negara. Saya sebut NEGARA. 

Mendiang Karpal Singh sepatutnya diberi penghormatan negara. Bukannya penghormatan negeri. Penghormatan negara itu jauh lebih besar. Saya tidak tahu mengapa Kerajaan Pusat pimpinan Datuk Najib tidak mengarahkan penghormatan negara diberikan untuk upacara pengkebumian Karpal. 

Mungkin ada yang memarahi atau tidak bersetuju dengan saya. Sabar…kan saya dah kata kita hidup kena berpaksikan realiti. Jasa dan sumbangan Karpal kepada negara cukup besar. Kerana Karpal kita  dapat hidup dengan selesa di bumi Malaysia hari ini. Jika tidak mungkin sudah lama negara kita dilanda musibah atau bencana besar. 


Karpal telah menjadi penghalang kepada seorang pengamal homoseksual daripada menjadi pemimpin utama negara kita. Jika tidak kerana pendedahan dan asakan daripada Karpal tahun 1997 sudah tentulah pengamal homoseksual berkenaan yang telah dinamakan oleh Tun Dr M sebagai penggantinya akan menjadi pemerintah kita selepas Tun bersara. Dah hampir pun ketika itu. Nasib baik Karpal yang menjadi penghalang. 

Kita kena ambil iktibar bagaimana hancurnya sebuah negara kaum Nabi Luth kerana homoseks. Dan Nabi cukup-cukup marah kepada pengamal homoseks sehingga Baginda tidak mengaku sebagai umatnya. Cuba anda bayangkan sekiranya orang begitu diangkat menjadi pemimpin kita, apa akan jadi kepada negara kita ? Sebab itu saya kata kita kena ambil iktibar apa yang pernah terjadi dalam sejarah islam hingga hancur sebuah negara. 

Sebab itu juga saya kata kita kena akui jasa besar Karpal Singh kepada negara kita dan beliau sepatutnya layak diberi penghormatan negara. 

Saya tidak bercakap benda bohong….saya tidak mengutip khabar angin kemudian dimasukkan ke dalam blog. Saya juga tidak mendengar cerita orang yang tidak tahu kesahihannya kemudian dimasukkan ke dalam blog. Saya bercakap atau menulis benda yang berdasarkan fakta. 

Sekarang mari saya tunjukkan fakta-faktanya kepada anda…

Sebelum saya menunjukkan fakta-fakta kepada anda saya nak beritahu sikit sahaja lagi….

Sebelum Karpal Singh membangkitkan isu moral Anwar Ibrahim di dalam Dewan Rakyat, terlebih dahulu sebelum itu Tun Dr M selaku PM telah dimaklumkan tentang salah laku moral Anwar Ibrahim oleh pelbagai pihak. Termasuklah oleh Tun Hanif Omar selaku Ketua Polis Negara ketika itu. Namun semuanya Tun ketepikan…kerana baginya itu semua adalah mainan politik kotor orang yang dengki kepada Anwar. Tun tetap mempercayai Anwar dan memilih beliau sebagai penggantinya. Sehingga satu masa Anwar diberi memangku jawatan PM sewaktu Tun keluar negara. 

Sehinggalah Tun menerima surat akaun bersumpah daripada mangsa liwat dan kemudiannya dibangkit secara serius oleh Karpal Singh dalam Dewan Rakyat sebanyak dua kali, iaitu pada bulan Oktober dan Disember 1997. Barulah Tun membuka mata dan mengarahkan satu pasukan khas polis ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut. Sebabnya Karpal membangkitkan perkara itu secara serius dalam Parlimen dan mengasak Anwar bertalu-talu. 

Segala apa yang berlaku dalam Parlimen dicatatkan dan ianya dinamakan Penyata Rasmi Parlimen (hansard) . Dalam hansard semua benda akan tercatat hatta ketawa atau pun kecoh. Hansard Parlimen tidak menipu dan tidak boleh ditipu. Sekarang jom kita lihat bukti apa yang dibangkitkan oleh Karpal sehingga ianya menjadi penghalang Anwar dipilih sebagai PM oleh Tun Dr M. Dan juga ianya menjadi punca Anwar dipecat daripada kabinet dan Umno, ditangkap , didakwa dan dipenjara. 

Kalau ada sesiapa kata saya tipu, anda boleh cari sendiri di laman web Parlimen Malaysia, atau pergi sendiri ke Arkib Parlimen di Bangunan Parlimen Malaysia. Manalah tahu ada yang kata ini superimpose atau kertas tak boleh jadi bukti. 

Kali pertama Karpal membangkitkan perkara ini adalah pada 22 Oktober 1997. Teliti, baca dan fahami betul-betul. Kemudian fikir-fikirkan. Klik pada imej untuk membaca dengan jelas. 

Penyata Rasmi Parlimen (Hansard) untuk Sidang Dewan Rakyat bertarikh 22 Oktober 1997

Lihat dalam kotak merah, siapakah TPM ketika itu ?

Ini detik-detik permulaan Karpal mengasak Permatang Pauh

Karpal masih berlemput atau berlapik dan dia berkata 'kewajipan' beliau mempertahankan orang Pulau Pinang kerana dia pun orang Pulau Pinang. Cekappppp


Aik ! Ketika itu Anwar percaya pula sumpah dengan nama Allah. Lihat perenggan ketiga. Kenapa pula sekarang tak percaya sumpah dengan nama Allah dan takut nak bersumpah dengan nama Allah ?
Kuat Kadir Sheikh Fadzir pertahan bos dia


Sekarang kita lihat pula asakan Karpal yang lebih keras dua bulan selepas itu, iaitu pada 18 Disember 1997. 

Penyata Rasmi Parlimen (Hansard) untuk Sidang Dewan Rakyat bertarikh 18 Disember 1997

Sekali lagi, lihat dalam kotak merah, siapakah TPM ketika itu ? 
Jeng…jeng…jeng…lihat anak panah merah. Asakan Karpal yang lebih keras terhadap Permatang Pauh mula mengambil tempat
Anak panah merah: Itulah ayat 'pembunuh' yang menjadi penghalang cita-cita Anwar untuk menjadi PM. Dalam Parlimen beb. Akuan bersumpah pula tu.  Bukannya surat layang yang kita terima kemudian diminta fotokopi 10 keping dan edar. Siapa yang dapat  lagi , fotokopi pula 10 keping dan edar. Karpal siap nak panggil Azizan (mangsa liwat) ke Dewan Rakyat lagi.
Hebat orang-orang Anwar ganggu Karpal dan panggil Karpal benggali lagi dalam Parlimen. Hari ini Anwar kata anak cina anak dia, anak india anak dia, anak iban pun anak dia. Mana suara dia waktu Karpal dipanggil benggali oleh orang-orang dia?
Memang layaklah Karpal digelar Harimau Jelutong. Dia memang berani. Dia gasak TPM pasal salah laku moral rapat ke dinding walaupun diganggu dengan hebat oleh penyokong-penyokong Anwar yang cuba menghalang Karpal terus mengasak.

Berdasarkan semua fakta inilah saya katakan Mendiang Karpal Singh patut diberi penghormatan negara. Jasanya cukup besar kepada negara. Pendedahannya membuatkan Tun Dr M membuka mata dan seterusnya mengarahkan polis menyiasat. Jika tidak kita tidak tahu apa nasib negara kita sekarang. 

Sayang semuanya telah terlambat. Mendiang Karpal telah disemadikan semalam tanpa mendapat penghormatan negara. Hanya sekadar penghormatan negeri. Namun begitu kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib masih ada peluang jika ingin menghargai jasa Karpal Singh. Saya mencadangkan agar kerajaan dapat mengusulkan kepada Istana Negara supaya Mendiang Karpal Singh diberi gelaran Tun.

40 comments:

Anonymous said...

Tpi dia jugak lar yang defend Al Juburi selepas Al juburi dipecat dan dibicarakan di mahkamah...

Prinsip kebenaran apa yang dipegang oleh kapal karam ni jika dia sanggup menyembunyikan kebenaran hanya untuk mmendapat keuntungan politik?

Dia tak ubah hanya sbg ahli politik yang sanggup berbuat apa sahaja waimah menguburkan kebenaran..so..tidak ada apa yang boleh dibanggakan pun dgn apa yg dia perjuangkan...

Anonymous said...

hang ni memang dah gila. Awat tak suruh tanam di makam pahlawan?

Anonymous said...

Jasanya banyak kepada DAP je.

hanizam said...

maaf, bro...kurang bersetuju dengan artikel ni...

memang 1 benda dia berjasa, tapi sudahnya dia juga jadi peguam bela Anuar...pelik kan??? hanya untuk kepentingan politik je...

pasal dia tolak hudud juga menimbulkan bermacam-macam senario politik dalam Negara kita sampai bab ini pun kit asebagai umat islam berpecah belah hanya kerana berbeza pendapat...

PAS dengan modal politik yang didendang bila nak pilihanraya...BN/UMNO tak bersungguh...tak mau ambik peranan sebagai pemerintah....

YB islam kita ramai, tengoklah berapa kerat yang akan sokong...YB Islam PKR dah tau ape sokongan mereka...

tinggal PAS & Umno je..

sekadar pandangan je...

Anonymous said...

Karpal Singh seorang yang tidak berintegriti.

Semasa Anwar belum dipecat dari BN , dia mengatakan Anwar seorang Peliwat . Bila dah satu Geng , dia lah peguam Anwar , pembela kes Meliwat.

Mana letaknya integriti sebagai manusia yang dikatakan berperinsip.

Sya tak setuju dengan cadangan RBF.

Anonymous said...


apa pun yang kita nak beri sebenarnya sudah terlewat dan tidak berguna lagi kepadanya.

sekarang masa ia merasai apa yang dia nafikan sebelum ini.

Anonymous said...

sabar semua, bro rbf hanya berSARCASM sahaja...

Anonymous said...

Aku salute ngan Karpal Singh kerana pendirian beliau pasal negara islam adalah konsisten dan tidak pernah berubah. PAS sepatutnya malu ngan Karpal kerana sering berubah-ubah pendirian. Hari ini kata yes, esok pulak kata no. Depan pemimpin DAP, agree to disagree. Depan pengikut sendiri lain pulak pendiriannya. Sesama pemimpin PAS pun tak sama pendirian.

Bagus lagi Karpal sebab kita belum pernah lagi mendengar beliau menukar pendirian. Teguhnya pendirian Karpal sehingga pemimpin PAS tak berani sebut pasal negara islam depan beliau. Yang didengari hanyalah negara berkebajikan semata-mata.

Anonymous said...

Betul tu rbf hanya nak bagi kita semua panjangkan luaskan fikiran berpolitik kita banyak ysng tersirat tuuu

Anonymous said...

Sebagai peguam, Karpal Singh adalah pemegang rahsia terbesar Anwar Ibrahim. Banyak rahsia Anwar dalam tangan Karpal. Ini adalah fakta.

mayna@mell said...

Ini adalah reverse psychology.. dan juga post yang sinis.. terbaik dari rbf

Anonymous said...

sebenarnya banyak kebaikkan tapi kita tak nampak sila buka hansard parlimen salah satu yang aku masih ingat kes 2 pelajar melayu yg dilarang memakai tudung bila ke kelas @ kuliah (check hansard ) dalam tahun 80an dimana kapal singh telah mewakili 2 pelajar berkenaan dan kes ini menang .... dan yang terakhir kes pencabulan ke atas kanak-kanak bawah 12 tahun mr kapal minta parlimen luluskan hukuman mati kepada se pelaku kerana hukuman yang ada sekarang penjara 30 tahun dan sebat ...??? dan ada banyak lagi cuba buka hansard parlimen cakap biar berfakta jangan main taroh jer ... aku pun umno jugak hari-hari dok bantai pembangkang juga tapi rasional laa...jangan marah haaa

RBF Online said...

Anon 1.14pm

Saya setuju dengan anda. Sebab itu saya kata Karpal layak mendapat penghormatan negara. Walaupun dia menghalang penubuhan negara islam tetapi dia mempuyai sumbangan terhadap orang islam. Selain dari apa yang awak nyatakan, seperti yang saya nyatakan. Dia telah menyelamatkan Malaysia daripada dipimpin oleh seorang peliwat.

Anonymous said...

KS berbuat demikian semasa DSAI masih dlm kerajaan adalah utk tujuan politik. Bila DSAI dipecat dia terus menjadi peguambela DSAI utk politik dan income. Then mempergunakan each other utk political milage.
Adakah itu bermaksud dia menyelamatkan negara? Dgn segala isu yg mereka mainkan termasuk LGBT, reformasi dll yg hampir memusnahkan negara boleh dianggap penyelamat. Adalah lebih baik apa yg dibawa mendiang ke Parlimen ketika itu kita anggap isu politik dan rahmat Allah SWT.
Mendiang tidak layak utk penghormatan Negara kerana beliau menanguk diair keruh....

Anonymous said...

Kita negara Islam Najib kata..tak perlu mendewa2kan orang kafir..he he

Anonymous said...

Penghormatan negara boleh beri pada orang lain selain dari orang DAP, PKR dan PAS... Semuanya menyusahkan rakyat... apa jasa dia orang... anggota keselamatan yang masuk hutan keluar hutan.. buru komunis tu patut diberikan penghormatan... ahli2 politik nie tak payah la.... over my dead body nak beri penghormatan pada orang macam Karpal Singh... No offence intended..

Anonymous said...

Kau betul tu, tapi ramai yang lain pun lebih banyak lagi berjasa.

Anonymous said...

tak kisah la yang pasti dia dah pun REST IN HELL ....

Anonymous said...

penghormatan apa ? untuk seorang yang cakap pusing dan suka wang ?

orang dok puji melangit karpal konon dia berprinsip tapi aku rasa dia tak ada prinsip sebab dia dah tau anwar meliwat dan harus bertaubat tapi masih jadi peguambela anwar kes liwat itu maknanya dia berprinsipkah ?

satu lagi, karpal suruh ahli pas langkah mayat dia untuk tubuh negara islam. pada aku ini satu arahan oleh karpal sendiri maka ia bukanlah satu kesalahan untuk melangkah mayatnya.

lantak hangpala said...

hahaha...sungguh mendalam sekali garapan ini

memang sarkastik betul...
ramai yang membaca tapi tidak memahami bila dua brung dilastik dengan seketul batu

Anonymous said...

Kepada pembaca-pembaca semua, sila baca artikel RBF ini secara sarkastik atau sindirin tajam. Ada "sesuatu" sebenarnya yang RBF ingin sampaikan yang korang kena faham betul-betul. Ini adalah cara reverse psychology. Bagi yang biasa membaca tulisan Tun M, pasti bersetuju bahawa Tun M pun banyak membuat sindirin kepada pihak-pihak tertentu sama ada kepada kawan atau lawan.

Anonymous said...

Bagi saya artikel ini, bukan benar sangat untuk menyuruh kerajaan memberi penghormatan negara... tetapi... untuk mengingat kembali kes bekas TPM yang sekarang ni dah jadi ketua Pembangkang... artikel ini, boleh dikatakan "serampang dua mata" kepada yang memahami TUJUAN SEBENAR artikel ini...

Anonymous said...

Jahat2 Kapal Singh ada juga faedahnya dia tu. Kalau tidak kerana dia buat bising dalam DR tentang skandal liwat TPM Anwar Ibrahim, entah2 hari ini Anwar lah PM kita. Maka Mahathir pecat Anwar daripada jawatan TPM pun adalah kerana percaya kepada cerita Kapal Singh.

Mungkin juga sebagai nak menebus dosa dia terhadap Anwar maka berhempas pulas Kapal Singh menawarkan khidmat sebagai peguam bela kepada Anwar secara percuma sampai habis umur.

Anonymous said...

Setuju sangat dengan Anon 1:31 PM. Rahmat Allah tu lagi penting dan tidak boleh kita menidakkan percaturan yang ALLAH tentukan.

Sebaik, sesungguh, sekuat, sebijak mana rancangan AI untuk mengambil tampuk kerajaan dengan agenda yang disokong barat-yahudi pun, yang menjatuhkan dan menggagalkan rancangan licik dia tu dari kalangan mereka sendiri.

Didalam kita berusaha kita juga bertawakal sepenuhnya kepada ALLAH dari asakan yang akan terus dibuat oleh DAP, PKR bagi menjatuhkan kerajaan melayu-muslim.

Tak perlu dipanjangkan lagi cerita nih! Game Over buat KS.

hasnul rahman said...

Salam 1Malaysia,
Pada hemat saya, tak sewajatnya Karpal diberikan kehormatan negara.
Memang dia dah buat jasa kpd rakyat negara bertuah ini melalui pendedahannya terhadap bakal PM Malaysia yg sangat tercemar moralnya, hingga pemimpin itu tersingkir dari menerajui negara.

Selain itu dia tak ada jasa.
Kata-katanya yg anti umat Melayu/Islam dan Raja-Raja Melayu merupakan perbuatan yg sangat mengguris hati.
Justeru kerana itu dia pernah kena penampar Kiyai Arshad.

Itu belum dimasukkan mengenai sikapnya yg sangat anti Islam dan sangat menentang usaha menjadikan negara ini sebagai negara Islam.

Pendirian anti Islamya - khususnya mengenai pelaksanaan Hudud, memang tegas ditentangnya hingga kenafas terakhir.

Rasamya kebaikannya hanya satu kpd bangsa dan negara ini.
Selebihnya banyak yg menyakitkan hati pribumi negara ini.

Takkanlah kerana satu jasa - yg itu pun diganggarnya bila dia membela kes liwat Anwar kerana duit, maka dia layak diangkat untuk diberikan penghormatan tinggi negara?
Wallahhua'lam.

Anonymous said...

Tak setuju langsung..tak nampak apa sumbangannya pada negara..setakat dedah prilaku anuar tak cukup..lepas tu defend pulak..biar pembangkang saja yang angat dia jadi wira..

salim hasan said...

DARI SATU SEGI SAYA SETUJU DGN RBF ,MEMANG JASA KARPAL TU BESAR YG MENGAKIBATKAN KEMUSNAHAN BESAR KPD CITA CITA BESAR RAJA PELIWAT DAN PENIPU TU UNTUK MENJADI PM MALAYSIA.ITU MEMANG TAK BOLEH DINAFIKAN!!!.TAPI DARI SATU SEGI KITA HARUS BERTANYA ADAKAH TINDAKKAN KARPAL MASA ITU ATAS RASA SIFATNYA SAYANG KAN NEGARA DAN, TIDAK MAHU SEORANG YANG RENDAH AKAHLAK JADI PEMIMPIN MALAYSIA NI?? JAWABAN MUDAH TIIIDAK!!!.TINDAKKAN NYA WAKTU TU SAMA NAWAITU NYA SEPERTI TINDAKKAN NYA YG LAIN TIDAK LEBIH KEPADA MENJATUH DAN MEMALUKAN KERAJAAN YANG DIPIMPIN UMNO DAN ORANG MELAYU .(ITU SAJA NIAT SEBENAR NYA)SEKARANG KITA NAK TANYA KALAU DITAKDIRKAN PRU 13 LALU PAKATAN PENIPU RAKYAT MENANG DAN ANUAR JADI PM (BARANG DIJAUHKAN ALLAH DIMASA DEPAN)ADAKAH KARPAL AKAN MELAKUKAN PERKARA YG SAMA PADA 1997? SUDAH TENTU TIDAK !!KERANA ANUAR SEKARANG SATU KEM DGN DIA .KALU TIDAK MASAKAN DIA DGN SIFAT TAK TAU MALU MENJADI LAWYER ANUAR,SATU PERBUATAN YG TERUK MENJEJASKAN MARUAH DIA SEBAGAI MANUSIA YG BERINTEGRITI.YANG HEBAT MASA TU IALAH TUN MAHATHIR!! TUN MENGGUNAKAN SENJATA YG DEBERI KARPAL ,HINGGAKAN MENJADI SENJATA MAKAN TUAN BAGI KARPAL DAN PEMBANGKANG ,APABILA BELIAU MENGHUMBAN SIPELIWAT NI DARI UMNO DAN KERAJAAN DAN DIPUNGUT DAN DIJADIKAN KEPALA OLEH PEMBANGKANG TERMASUK OLEH PARTI TAIK HIJAU .

Anonymous said...

Firma guaman Karpal banyak membela penjenayah....beliau terkenal kerana beberapa kes berprofile tinggi....penjenayah yang dibelanya terlepas dari hukuman termasuk kes bunuh...fikir-fikirkanlah....

Anonymous said...

Gelaran tun? Ini sarcastic ke apa nie?

Nikah Siam said...

Satu lagi jasanya yang mungkin ramai tak perasan adalah bila pembelaan si peliwat hanyalah sekadar penafian dalam kandang tanpa bersumpah. Beliau sebagai peguam utama mungkin ada strategi lain yg lebih efektif tetapi memilih pembelaan sebegini yg menjerat peliwat itu sendiri.
Tempoh hukuman 5 tahun bagi peliwat itu dah cukup sebenarnya. Kita tak mahu peliwat tua itu mati dalam penjara kerana implikasinya nanti berbeza berbanding mati sakit tua di atas katil sendiri di rumah......

Anonymous said...

Karpal ni senasib ngan Aziz Addruce. Dua2 lawyer hebat tapi kena kencing ngan mahasiswa sastera cukup makan UM

kay isma said...

gua taknak tipu diri sendiri.. gua happy. good ending to ks

kak bedah said...

macamtulah orang melayu singapura sanjung dan sayang lee kuan yew. nasihat tengku tak dengar. pada org mlyu spura kuan yew lebih baik dari tengku. maklumlah kuan yew paandai berlakon tapi tengku tak pandai blakun. kuan yew pakai songkok nak perdaya org melayu. bila menang dan jadi PM singapura dia agih2kan org melayu sehingga org melayu tiada kawasan majoriti. hari ini sejarah berulang lagi, bangsaku sanjung dan sayang pada manusia yang benci pd bangsa melayu dan islam. orang yang cuba pertahan islam dianggap musuh.inilah akibatnya apabila politik mengatasi agama.

kak bedah said...

apa dah jadi nie woi??????? apa kelayakan mamat nie sampai boleh terima penghormatan sebegitu sekali.... kalau anjing pun pandai mcm dia, silap haribulan anjing tu pun layak dapat penghormatan mcm tu jugak.........

pas dajjal said...

Tercatit dalam akhbar Straits Times Singapura pada Jumaat lepas, 18/4/14 yang dilapurkan oleh Carolyn Hong bangsat dimuka depan bahwa Zulkifli Nordin, vice-presiden dalam Tweet mengatakan:

“The Kelantan PAS government wants to enforce hudud law with the help of Umno. Allah has killed off Karpal who was the major opponent…!”

1. Keparat Carolyn Hong boleh disaman atau didenda jangan masuk Negara Malaysia kerana menyebarkan sentiment ugama dikalayak masyarakat Singapura membencikan Melayu Islam.

2. Dimanakah keta’atan kedutaan Malaysia di Singapura yang hanya membisu dan tidur sahaja ?

3. Jikalau betul Zulkifli Nordin menulis dalam tweetnya, Zulkifli seharusnya berdepan tentang wartawan Carolyn Hong keparat bast***, jikalau tidak PERKASA patut menyaman betina gampang ini kerana menyebarkan sentiment membencikan ugama Islam dan menghina kehormatan PERKASA.

zaidi yahya said...

karpal singh adalah seorang lawyer. sewaktu di parlimen beliau adalah seorang ahli politik, jadi apa yg beliau cakp psl alJUBURI adalah haknya sebagai ahli politik/MP. Didalam mahkamah dia mengatakan alJUBURI adalah mangsa konspirasi dan mempertahankan alJuburi, adalah kerana dia ialah Lawyer yg dibayar oleh alJUBURI. tugas lLAWYER adalah untuk MEMBENARKAN apa yang BATIL dan menjahanamkan apa yang HAQ.

Anonymous said...

Bila ada kepentingan semua jadi.

Anonymous said...

Kepada seluruh rakyat Malaysia yang dihormati,

Dengan hormatnya sini, Kami ingin memaklumkan bahawa “MCA GOMBAK” YIP KUM FOOK(YIP KUM FOOK & ASSOCIATES, HIS CAR NUMBER PMC 898) LOW MEI LAN(ISTERI) dan anak mereka YIP JIUN HANN yang berjalan tugas sebagai lawyer di alamat : NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR JALAN 53, DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR & LOT 3.55, KOMPLEKS DESA BATU 8, JALAN KEPONG 52100 KUALA LUMPUR (YIP JIUN HANN & ASSOCIATES)

Harap semua rakyat Malaysia mengambil perhatian dan jauhkan orang yang tersebut kerana jangan terkena tipu

Mereka sangat jahat dan hatinya hitam(kejam), sanggup menipu wang wanita, merosak keluarga orang lain dan sendirinya memakan wang Temple, SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, dan berpura-pura merepot ke polis resit hilang.........harap perhatian

Sekian dimaklumkan,

Terima Kasih

SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES
KAMI HANTAR MESEJ INI SEBAB RAMAI ORANG KENA TIPU DAN PEMINTASAN DI KEPONG...HARAP ORANG RAMAI BERJAGA-JAGA DENGAN MEREKA TERSEBUT

Anonymous said...

Nampak sangat yang ramai membaca kat sini , buta akal . tak boleh bezakan makna "sindiran sinis " dan "sokongan padu" . rata-rata , melatah , melompat macam org gila marahkan si karpal.

maksud RBF dalam tulisan ini adalah , sejahat-jahat karpal itu , masih ada sekelumit kebaikan yang dia telah buat sepanjang hayatnya (mendedahkan salahlaku luar tabie si peliwat nuar berahim semasa menyandang jawatan TPM dahulu.) itu sahaja ! yang kau org melatah , melompat , meroyan kenapa ? memang dalam hidup ini org mcm karpal itu ramai . dan manusia tidak lah sesempurna mana jika dibandingkan dengan para nabi . dalam kejahatan masih ada kebaikan , dalam kebaikan masih tersembunyi kejahatan . itu maksud tulisan RBF ini .

Anonymous said...

aku fikir karpal bertindak begitu atas dasar musuh kerika itu yg mana keikhlasan beliau sgt tdk jelas, ini terbukti bilamana beliau kemudiannya mengangkat anwar sebagai "PM to be", jd bagaimana pengiktifaran negara boleh diberi jika perjuangan hanya beelandaskan dan bermotifkan politik sesetengah pihak dan duit semata. Beliau jauh sekali boleh diiktiraf waimah oleh kerajaan negeri sekalipun, negara jauhlah sekali.