Tuesday, January 28, 2014

Jangan Tertipu , Dun Kajang Bukan Untuk Anwar

Selama ini merekalah yang menuduh kerajaan membazirkan wang rakyat, membazirkan wang negara, mengkhianati amanah rakyat dan bla…bla…bla…Jika air liur pemimpin-pemimpin mereka yang tersembur keluar sewaktu berceramah boleh dikumpul, hari ini sudah pasti ianya setinggi Gunung Kinabalu . 

Kita semua tahu apa yang terjadi semalam. Adun PKR Kajang meletak jawatan tanpa sebarang sebab. Sedangkan PRU baru berlalu tidak sampai setahun. Sekarang SPR terpaksa menguruskan satu pilihanraya baru di kawasan berkenaan. Apabila hendak uruskan pilihanraya sudah pasti ianya melibatkan wang yang besar. 

Apakah itu bukan pembaziran wang rakyat yang kamu laung-laungkan selama ini ? 

Apakah meletak jawatan tanpa sebarang sebab dalam masa 9 bulan selepas PRU bukan mengkhianati amanah rakyat ? 

Apa yang terjadi di Kajang ini adalah sebahagian daripada permainan politik sesama PKR. Khalid Ibrahim diminta untuk meletak jawatan sebagai MB selewat-lewatnya hari Rabu, 29 Januari 2014. Mereka mencanangkan Anwar mengambil alih jawatan berkenaan dan satu PRK akan diadakan, untuk terus memberi tekanan kepada Khalid. Dengan harapan Khalid akan berundur pada hari Rabu. 

Untuk menunjukkan kepada Khalid bahawa cerita-cerita yang tersebar adalah betul dan dalam masa yang sama untuk memberi tekanan kepada Khalid, lalu Adun Kajang dibawa masuk sebagai pelakon utama untuk menjayakan drama politik PKR Selangor. 

Ada satu sumber PKR memberitahu saya bahawa PRK akan berlaku di dua tempat di Selangor. Satu di Kajang dan satu lagi di Pelabuhan Klang. Selain meletak jawatan sebagai MB, Khalid juga difahamkan akan meletak jawatan sebagai Adun. Itu kata mereka….

Namun saya merasakan…Khalid tidak akan meletak jawatan sebagai Adun walaupun PKR memecat keahliannya dan beliau tidak boleh menjadi MB lagi. 

Di Kajang pula…mereka dan kita turut canangkan bahawa Anwar akan dipilih sebagai calon PKR di sana. Percayalah cakap saya bukan Anwar calon disana. PKR Selangor akan mencalonkan seorang cina yang menjadi ahli majlis sebuah PBT di Selangor dan pernah bertanding di salah satu kerusi Dun di Selangor dalam PRU 2004. Orang itu bukan orang Kajang atau Hulu Langat. Dia datang daripada daerah atau parlimen lain. 

Apa yang berlaku antara Shamsul Iskandar dengan Azmin Ali yang berbalas kenyataan media malam tadi, hanyalah lakonan semata-mata. Shamsul diminta buat kenyataan AMK sokong Anwar sebagai calon. Sejam kemudian Azmin pula buat kenyataan media membelasah Shamsul supaya jangan campur hal calon. Semua itu drama… Sedangkan Shamsul, Azmin, Anwar, Saifuddin dan yang satu kem dengan mereka semua sudah sepakat bahawa calon yang saya katakan diatas akan dipilih sebagai calon Dun Kajang. 

Apa yang terjadi pada hari ini menunjukkan kepada kita mereka sanggup membuat apa sahaja demi menjayakan permainan politik mereka. Berjuta wang rakyat (pinjam ayat mereka) akan dihabiskan untuk uruskan satu pilihanraya kerana hendak memuaskan politik mereka. 

Dalam penggal yang lalu pun kita lihat bagaimana Adun mereka meletak jawatan satu persatu. Bermula daripada Permatang Pauh dan diikuti dengan Dun Bukit Selambau, kemudian dituruti pula dengan Dun Penanti. Nasib baik BN mengambil keputusan bijak dengan tidak bertanding di kerusi Dun Penanti kerana tidak mahu melayan lagi permainan politik mereka. Jika BN terus melayan permainan mereka, maka setiap bulan mereka akan atur Adun atau MP letak jawatan supaya PRK dapat diadakan agar mereka dapat mengekalkan momentum dan kedaaan sentiasa panas. 

Untuk kerusi Dun Kajang ini juga adalah lebih baik BN mengambil ketetapan yang sama sebelum ini. Iaitu BN tidak bertanding di kerusi-kerusi yang dikosongkan kerana wakil rakyat letak jawatan. Biarkan mereka dengan permainan politik mereka. Jangan kita jadi tukang sorong bantal kepada orang yang mengantuk. Ataupun jangan kita pula yang menjadi pelengkap permainan mereka. 

Jika saya berada di tempat Khalid Ibrahim hari ini, apa yang saya buat adalah dengan memanggil satu sidang Dun tergempar untuk diadakan satu undi sulit dikalangan Adun-Adun samada mahu terus mengekalkan beliau sebagai MB atau menolak beliau. Percayalah, Khalid akan mendapat sokongan majoriti adun untuk dikekalkan sebagai MB. Dan saya yakin Adun-Adun BN juga akan menyokong Khalid. 

Jika dulu tanpa majoriti 2/3 di Dun Khalid berani panggil sidang Dun tergembar untuk meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan beliau mempunyai kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri. Sedangkan semua orang tahu tanpa sokongan 2/3 ahli-ahli dewan sesuatu perlembagaan tidak boleh dipinda. Tapi itulah Khalid….gilanya semacam. 

Sekarang kita tunggu dan lihat samada dia berani atau tidak buat gila untuk panggil sidang Dun tergempar bagi membolehkan satu undian sulit diadakan samada Adun-Adun Selangor masih menyokong atau menolaknya sebagai MB. 

Friday, January 24, 2014

Cadangan Dari Rosmah Dilaksanakan Kerajaan Selangor


Saya masih ingat lagi pada tahun 2010 bagaimana isteri PM dibelasah apabila beliau mencadangkan agar satu pusat bagi menempatkan wanita hamil tanpa nikah untuk mengatasi masalah pembuangan bayi. 

Rosmah dibelasah kiri dan kanan oleh Pas dan PKR. Di pihak Pas yang lantang membelasah Rosmah adalah Idris Ahmad. Di pihak PKR pula, mak lampir. 

Kemudian Kerajaan Melaka di bawah kepimpinan Ali Rustam ketika itu setuju untuk membuka pusat tersebut. Macam-macam mereka belasah Ali Rustam. Sehinggakan apabila berlaku kejadian ribut melanda pasar ramadhan di Jasin pada tahun 2010, puak-puak Pas mengatakan kejadian tersebut adalah bala kerana tindakan Kerajaan Melaka membuka pusat tersebut. 

Mengikut maklumat yang saya terima sebelum ini antara penghuni teramai pusat berkenaan adalah wanita yang berasal dari Kelantan. 

Setelah puas mereka ludah isteri PM dan Ali Rustam, selepas tiga tahun tiba-tiba Selangor pula melaksanakan apa yang pernah dicadangkan oleh isteri PM dan yang dilaksanakan Kerajaan Melaka. 

Mana puak-puak Parti Anak Setan ? 

Mana mak lampir ? 

Selanjutnya baca di sini

Thursday, January 23, 2014

Debat Kalimah Allah: Sinar Harian Tidak Hormati Titah Agung


Saya tidak nafikan sesi perdebatan atau berhujah adalah antara platform terbaik dalam politik. Namun begitu ia perlu dilihat juga kepada tajuk yang diperdebatkan. 

Di negara kita antara pihak yang kerap menganjurkan sesi debat dan hujah adalah pihak akhbar Sinar Harian. 

Isnin akan datang Sinar Harian sekali lagi akan menganjurkan sessi debat. Kali ini melibatkan Noh Omar VS Khalid Samad. Tajuk yang diperbincangkan adalah berkenaan kalimah Allah. 

Di sini saya tak faham, dalam banyak-banyak isu yang ada kenapa pihak Sinar Harian memilih isu kalimah Allah untuk diperdebatkan ? Semua kita tahu sekarang ini bagaimana bangsa kita dan agama kita sedang diperlekeh dan dicabar oleh pihak-pihak musuh. Seolah-olah tanpa ada rasa tanggungjawab terhadap bangsa dan agama, pihak Sinar Harian pergi menganjurkan debat berkenaan pula. Sedangkan pemilik Karangkraf adalah orang berbangsa melayu dan beragama islam. 

Yang islam sesama islam diletak berdebat di atas pentas….pihak musuh yang sedang berjuang menuntut penggunaan kalimah Allah pasti akan bertepuk tangan dan merangka strategi seterusnya bagaimana untuk memastikan mereka berjaya menggunakan kalimah Allah. 

Bukan sahaja seolah-olah tidak ada rasa tanggungjawab terhadap bangsa dan agama, dalam hal ini juga pihak Sinar Harian telah menderhaka kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung apabila melanggar titah Baginda. 

Baru sahaja beberapa hari lepas Baginda bertitah dan menegaskan bahawa kalimah Allah adalah hak eksklusif milik umat islam. Baca di sini

Agung selaku ketua tertinggi agama islam di Malaysia telah memutuskan begitu. Tak perlulah lagi kau nak debat-debatkan perkara berkenaan untuk mengeruhkan lagi suasana. 

Jika orang bukan islam dengan orang bukan islam yang berdebat melanggar perintah Agung kita tak pelik. Sekarang apa yang terjadi melayu islam (Sinar Harian) yang bawa melayu islam bertelagah pasal kalimah Allah di atas pentas. Apa punya bangang ni ? 

Kadir Jasin Wajar Kencing Dalam Tempurung Dan Tilik Wajahnya


Kita semua tahu sebelum ini bagaimana Kadir Jasin membelasah PM tanpa henti. Seperti yang saya katakan sebelum ini, difahamkan kerana kegagalan PM meletakkan beliau di kerusi Pengerusi Media Prima. 

Setelah perkara ini terdedah kepada umum,tiba-tiba Kadir Jasin muncul dalam satu wawancara di portal Malaysia Gazette, mengatakan yang beliau tidak anti PM. 

Aikkkkk….lain macam bunyinya itu….

Wawancara beliau dalam portal berkenaan sangat berbeza dengan tulisan-tulisan beliau di blognya selama ini. Dalam wawancara berkenaan ianya memaparkan wajah sebenar A Kadir Jasin, selaku tokoh kewartawanan negara, walaupun ada beberapa perkara yang tidak betul dinyatakan beliau. Manakala tulisan-tulisan beliau di blognya selama ini tidak menggambarkan kedudukan dia yang sebenar kerana dipenuhi dengan perasaan geram dan dendam. 

Mungkin dia dah berubah kot selepas rahsianya terbongkar ???? 

Saya tidak kata kita tidak boleh kritik kerajaan atau pemimpin. Saya sentiasa percaya dengan kritikan kerana itu yang akan membuatkan kita lebih maju dan membantu kita mencapai kejayaan. Cuma saya  kata hendak menyampaikan kritikan itu harus betul. Apatah lagi dengan kedudukan orang seperti Kadir Jasin. 

Kadir Jasin dalam wawancara berkenaan membandingkan pemerintahan PM sekarang dengan zaman pemerintahan Tun Dr M. 

Kehebatan Tun Dr M tidak ada siapa yang boleh pertikai. Namun begitu kita harus ingat perbezaaan zaman Tun Dr M dengan zaman Najib. 

Zaman Tun Dr M rakyat berapa juta, zaman sekarang rakyat berapa juta ?

Zaman Tun Dr M berapa subsidi yang kerajaan tanggung setahun, zaman sekarang pula berapa subsidi yang kerajaan tanggung ? 

Zaman Tun Dr M semua berita di akhbar NST boleh dikawal oleh Kadir Jasin, zaman sekarang siapa yang boleh kawal internet ?

Zaman Tun Dr M tidak ada internet untuk membolehkan orang seperti Kadir Jasin membelasah kerajaan dan PM, zaman sekarang Kadir Jasin pun jadi budak-budak membelasah PM dalam blog kerana tak dapat jawatan. 

Zaman Tun Dr M, Anwar Ibrahim bersama-sama Umno dan BN, zaman sekarang dia bersama pembangkang. 

Zaman Tun Dr M, Anwar terkurung dalam penjara, zaman sekarang Najib bertarung dengan Anwar di pentas politik. 

Membandingkan zaman pemerintahan Tun Dr M dengan zaman pemerintahan Najib satu perkara yang tidak patut kerana ianya dua situasi dan dua zaman yang berbeza. 

Contoh, bilangan jualan akhbar NST di zaman Kadir Jasin berkuasa di syarikat itu lebih banyak daripada bilangan jualan akhbar NST dizaman sekarang. Bukan sebab Kadir Jasin hebat yang menyebabkan jualannya tinggi. Sebabnya pada masa itu rakyat tiada pilihan lain untuk mendapatkan berita selain daripada membeli akhbar. Zaman sekarang pula rakyat tak payah beli akhbar untuk dapatkan berita. Semua dah ada gajet dalam poket masing-masing. Sebab itu jualan akhbar versi cetak makin lama makin merosot. 

Kadir Jasin cuba menggambarkan dirinya seolah-olah dia pejuang rakyat dan merasai kesusahan rakyat di bawah. Jangan cakap banyaklah, kalau diri sendiri pun naik kereta jaguar dan rumah pula di kawasan elit. Jangan cuba nak berlakon dan menggunakan rakyat marhaen sebagai alasan untuk menghalalkan tindakan dia membelasah PM kerana gagal dapat jawatan. 

Dalam wawancara berkenaan juga Kadir Jasin cuba membelasah blogger-blogger Umno kononnya blogger-blogger berkenaan menyerang beliau di blog-blog pembangkang. 

Cuba Datuk nyatakan blogger mana yang menyerang Datuk di blog pembangkang ? 

Setahu saya tidak ada. Kami tidak buat perkara-perkara itu. Yang kami tahu adalah Datuk yang selalu memberi peluru kepada pembangkang untuk menghentam kerajaan dan PM. 

Datuk lihatlah dibawah ini atau di sini



Apa yang Datuk tulis itu semua adalah berita bohong. PM tidak pernah ke Australia untuk menyambut tahun baru. Itu semua adalah pembohongan Datuk semata-mata. Untuk menghalalkan pembohongan Datuk itu, maka Datuk berselindung disebalik komen pembaca. Sebagai seorang tokoh kewartawan Datuk sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada blogger-blogger lain. Bukannya Datuk sendiri pun main tulis berita yang Datuk sendiri tak pasti atau tak tahu. 

Datuk kata kami (blogger-blogger) tidak pernah membantu kepimpinan Umno. Tak mengapalah…kami terima. Maklumlah kami semua ini bodoh….kami bukan tokoh kewartawanan….kami bukan bekas ketua pengarang akhbar. Tapi Datuk sendiri pula berapa banyak membantu kempimpinan Umno dalam blog Datuk sejak beberapa tahun ini ? 

Cermin diri sendiri dulu Datuk. Kalau tiada cermin pergi kencing dalam tempurung kelapa dan tilik wajah Datuk dalam air kencing. 

Ingat Datuk….ingat….Datuk bukannya maksum sangat. Tunggu ja….

Saturday, January 11, 2014

Kadir Jasin Lebih Baik Jika Dibangdingkan Dengan Johan Jaafar


Berikut adalah komen yang diterima berhubung tulisan saya dalam posting sebelum ini…

Komen pertama… 
Saya berpendapat Kadir Jasin lebih bagus dari Johan Jaafar.Kadir Jasin nampak lebih vokal, kritikal dalam pemikiran dan sentiasa memberi idea baru untuk penambahbaikan kpd kerajaan. Memang nampak seperti membangkang tapi ianya lebih baik berbanding Johan Jaafar yang membodek kerjanya tak habis-habis. Media Prima sepatutnya memerlukan bos yang baru dan Johan Jaafar dah tak relevan.

Komen kedua… 
Kadir Jasin ada ketokohan yang dilihat sebagai legendary dalam dunia wartawan dan media dengan idea-idea idealis. Johan Jaafar nampak lebih kepada gaya kapitalis yang banyak buat rancangan yang merapu dalam stesen tv media prima. Kadir Jasin perlu diambil untuk berkhidmat bersmam agensi kerajaan supaya idea beliau yang idealist dan berguna itu dapat diimplementasikan untuk kebaikan kerajaan dan negara. Johan Jaafar kelihatan lebih banyak mengampu dan kehabisan idea dalam media prima.

Thursday, January 9, 2014

Semoga Kadir Jasin Tidak Menjadi Budak-Budak Yang Tidak Mendapat Gula-Gula

Sewaktu saya menyewa di Kajang dalam pertengahan tahun 90an, saya berjiran dengan keluarga Abang X yang tinggal sebelah rumah saya. Beliau lebih awal tinggal disitu dan rumah itu rumahnya sendiri. 

Keluarga Abang X ini boleh dikatakan sebuah keluarga yang baik dan beriman. Isterinya cukup baik. Isteri saya sentiasa memuji isterinya kerana kebaikkannya itu. Dengan saya tidak pernah bertegur. Jika terjumpa di luar rumah pun dia akan tunduk. Ada kalanya saya pula naik segan. 

Setelah beberapa bulan berjiran, satu hari berlaku kejadian yang memelikkan. Isteri Abang X berjalan-jalan diluar rumah dengan tidak memakai tudung dan mulut terkumat kamit. Kemudian dia naik pula atas buaian dan bermain buai seperti kanak-kanak sambil menyanyi. Saya sungguh pelik melihat kejadian itu. Bila isteri saya pulang, saya ceritakan kejadian itu, dia tidak percaya dan menuduh saya berbohong. 

Keesokan hari dia tidak kelihatan. Selang beberapa hari dia ada balik. Dan keadaannya normal. Seminggu selepas itu dia jadi balik. Dengan tudung tidak mahu ke mana bermain buai sambil menyanyi. Kejadian itu turut dilihat beberapa orang termasuk kanak-kanak. Kebetulan isteri saya berada di rumah. Isteri saya menghampirinya dengan niat hendak menghentikan apa yang dia sedang lakukan. Kemudian isteri saya pula yang dimakinya. Kejadian dilihat oleh anak mereka. 

Pada malamnya Abang X memanggil saya dan meminta maaf diatas kejadianya pada petangnya. Beliau memberitahu saya bahawa isterinya adalah seorang pesakit psikatri. Ohhhh….barulah saya tahu kisah sebenar. Seorang yang baik dan mempunyai akhlak yang tinggi tidak mungkin akan bersikap sedemikian jika tidak ada sesuatu yang tidak kena. 

Selama ini jika bertentang muka dengan saya pun dia tunduk. Tudung tak pernah lekang dikepalanya setiap kali keluar rumah. Mana mungkin dia boleh menyanyi depan saya dengan kepala tidak bertudung selamba ja. Rupa-rupanya ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Itulah sebab dia jadi begitu. 

Saya bukan nak menulis kisah isteri Abang X, tetapi nak menulis kisah bekas Ketua Editor NSTP, Datuk Kadir Jasin. Beliau bukan calang-calang orang. Memulakan kerjaya di Bernama tahun 1969 hinggalah menjadi Ketua Editor NSTP. Menghasilkan bermacam-macam jenis buku. Dijemput menghadiri pelbagai jenis program atau forum sebagai penceramah. Senang cerita, Kadir Jasin ini bukan seorang yang biasa. Dia seorang yang hebat, seorang profesional dan berada pada kelasnya tersendiri. 

Antara blog yang menjadi blog wajib baca bagi saya adalah blog Kadir Jasin. Maklumlah dia otai dalam bidang penulisan. Untuk menjadi seorang penulis yang baik kita kenalah rajin belajar dengan orang-orang lama yang banyak pengalaman. 

Sebagai pelayar tetap blog Kadir Jasin kita boleh tahu cara penulisannya. Senang cerita, kita dah faham. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini tulisan di blog Kadir Jasin agak berbeza atau berlainan sama sekali dengan sebelum ini. Ada kalanya saya tertanya-tanya siapa yang menulis ini ? Adakah Kadir Jasin sendiri atau orang lain ? 

Sukar untuk saya percaya itu tulisan seorang bekas ketua editor, seorang wartawan yang banyak pengalaman, seorang yang profesional dalam bidang penyiaran. Makin lama tulisannya makin menjadi-jadi. Tulisan-tulisannya itu tidak menggambarkan sikap sebenar atau kedudukan Kadir Jasin. Seperti yang saya katakan tentang isteri bekas jiran saya. Bila saya menelaah balik tulisan Kadir Jasin satu persatu kesimpulan yang boleh dibuat adalah, beliau menulis dengan emosi untuk menghentam PM, seolah-olah melepaskan geram yang terpendam. 

Hasil dari bertanya khabar sana sini, difahamkan dia bertindak sedemikian kerana kecewa dan geram dengan PM apabila cubaannya melobi jawatan Pengerusi Media Prima gagal. 

Ohhhhhh…..itu rupa-rupanya. Benarlah telahan saya selama ini bahawa tulisan-tulisannya yang menghentam PM selama ini lebih kepada emosi. 

Jika selama ini saya jauh menyanjungi Kadir Jasin daripada menyanjungi sahabat blogger saya Parpukari dalam soal penulisan. Tetapi kini bagi saya Parpukari jauh lebih baik daripada Kadir Jasin. Segila-gila sahabat saya itu, beliau bukan seorang bekas wartawan kanan, atau bekas ketua editor. Tetapi apabila Kadir Jasin yang cukup gah dan hebat dalam bidang penyiaran dan pemberitaan boleh jadi bodoh seperti hari ini dihujung-hujung usianya, adalah satu penghinaan yang cukup besar kepada dirinya. Dia sendiri yang merendahkan darjatnya. 

Saya tak kata beliau tak boleh kritik PM. Boleh….tetapi dalam masa yang sama dia mesti jaga kedudukannya. Lihat sahaja Dollah Kok Lanas, dia sentiasa juga mengkritik kerajaan dan PM. Tetapi dia ada jalannya yang tersendiri dan dia tahu kedudukkannya. Apabila dia pandai menjaga kedudukkannya membuat orang mendengar atau lebih respek terhadap kritikannya. Sudahlah Datuk…janganlah jadi seperti budak-budak yang tak dapat gula-gula. 

Wednesday, January 8, 2014

Rampasan Bible:Jangan Kita Terhegeh-Hegeh Pertahankan JAIS


Kenapa saya tidak peduli hal JAIS? Sebab 90% kakitangan JAIS adalah penyokong totok Pas. Dengarlah cara mereka berkhutbah di sekitar Selangor, cara mereka membantu Pas memburukkan UMNO. 

Tidak ada sebab untuk saya bertungkus lumus menyokong JAIS sedangkan Pas berpeluk tubuh.

Memanglah ini perjuangan Islam, tapi sikap hipokrit JAIS menyebabkan saya sekadar menyokong dari jauh selagi Pas tidak tampil mempertahankan mereka.

Dipetik dari facebook Ab Jalil Baker

Tuesday, January 7, 2014

Rampasan Bible: Adun Pas Berlakon Jadi Lembu Tidur Kerana Bimbang Kehilangan Jawatan Exco


Saya agak terkejut dengan kenyataan Exco Hal Ehwal Agama Islam Kerajaan Pakatan Haram Selangor, Sallehen Mukhyi yang memberitahu media bahawa dia tidak tahu apa-apa mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang merampas 321 Bible berbahasa Melayu di premis Persatuan Bible Malaysia baru-baru ini.

Sebagaimana maklum, Sallehen Mukhyi merupakan seorang ADUN dari PAS sebuah parti yang dikatakan “pejuang agama Islam” dan kononnya “amat sensitif” dalam hal ehwal berkaitan Islam. Dan dia dilantik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Exco Agama di Selangor…

Saya tidak benci pada Sallehen Mukhyi. Saya tidak berniat mahu memburuk-burukkan ADUN Sabak itu. Namun dia diberikan tanggungjawab sebagai Exco Agama Islam di Selangor, maka dia sepatutnya menjalankan amanah tersebut dengan sebaik mungkin dan bukannya sambil lewa.

“Tak tahu”? Itu jawapan dari seorang Exco yang dipertanggungjawabkan rakyat untuk mengambil berat soal hal ehwal agama Islam di Selangor? Jawapan apakah itu? Sallehen “tak tahu” atau “tak ambil tahu”? Dulu berkempen sakan mahukan kuasa. Bila diberikan kuasa, dia tak tahu pula melaksanakan amanah kuasa tersebut?

Sallehen memberitahu media bahawa kononnya pihak JAIS tidak memaklumkan padanya tentang tindakan menyerbu premis persatuan Kristian itu. Biar betul? Kalau betul pun JAIS tidak memaklumkan pada Sallehen, saya tetap menganggap dia cuba “meloloskan diri” dari dipersalahkan dalam isu ini. Kenapa?

Sebab, apabila Sallehen menggalas tugas sebagai Exco Agama Islam di Selangor, dia sepatutnya membuka segala fail, kes, isu, pantauan, tindakan, modus operandi dan mengambil tahu tentang gerakan para penguatkuasa JAIS. Apa yang disiasat dan apa yang menjadi ancaman terhadap Islam di “negeri PKR-DAP” itu?

Dia juga sepatutnya menyelak sejarah JAIS yang pernah “terluka” apabila tindakan Jabatan itu menyerbu pusat-pusat hiburan dan merampas arak sebelum ini dipertikai serta dipersalah meskipun mereka punya kuasa untuk bertindak sedemikian.

Atau Sallehen sebenarnya takut dia akan senasib dengan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali, yang dipecat parti dan dilucutkan dari semua jawatan di dalam Kerajaan Negeri?

Sallehen “sengaja buat-buat tak tahu” dalam isu rampasan Bible berbahasa Melayu itu bagi mengelak kehilangan jawatan Exco? Ada sesiapa arahkan dia mengaku “tidak tahu menahu” tentang serbuan itu dan menyalahkan JAIS? Siapa arahkan Sallehen mengaku “tak tahu”?

Pada saya, walaupun “tidak tahu” tentang serbuan dan rampasan itu, namun sebagai Exco Agama Islam yang bertanggungjawab pada amanah Allah, amanah agama Islam, amanah rakyat dan amanah pada diri sendiri, dia sepatutnya menyokong penuh tindakan JAIS itu serta sedia bertanggungjawab dalam isu berkenaan.

Sallehen juga sepatutnya mendokong Enakmen Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988, yang ditandatangani oleh DYMM Sultan Selangor selaku Ketua Tertinggi Agama Islam di negeri Selangor. Sallehen pernah baca enakmen tersebut atau tidak? Atau dia sendiri tidak tahu tentang kewujudan enakmen itu?

Inikah akhlak dan cara bekerja seorang ADUN PAS yang bermaruah? Kalau benar dia bermaruah, pasti Sallehen akan mengikut jejak langkah Hasan Ali yang tetap mempertahankan kebenaran dan aqidah umat Islam walaupun dia ditekan habis-habisan oleh Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan ADUN-ADUN DAP atas tindakan tegas JAIS sebelum ini.

Cara Hasan Ali itu baru boleh dikatakan bermaruah. Biar hilang jawatan Exco, biar dipecat dari parti, biar difitnah setiap hari, namun demi aqidah umat Islam dan kesucian agama Allah di Selangor, dia sanggupkan diri bagi segala. Sallehen sanggup buat begitu? Belum apa-apa lagi sudah mengaku “tak tahu”. Apa yang Sallehen tahu agaknya?

Dipetik dari mykmu.net

Monday, January 6, 2014

Rampasan Bible: Tidak Mustahil Ianya Satu Perancangan

Isu kalimah Allah kembali bergema gara-gara tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas 300 naskah bible Bahasa Melayu dan Iban yang menggunakan kalimah Allah dalam kandungannya , dalam satu serbuan di Petaling Jaya minggu lepas. 

JAIS adalah sebuah agensi di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Jika di zaman pemerintahan BN di Selangor sebelum 2008, exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap JAIS adalah Datuk Rahman Palil. Selepas PRU 2008, exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap JAIS adalah Datuk Hasan Ali. Tahun 2012 apabila Hasan dipecat daripada Pas, orang yang bertanggungjawab terhadap JAIS adalah Tan Sri Khalid Ibrahim, yang telah melantik dirinya sebagai exco yang bertanggungjawab terhadap portfolio agama islam di Selangor. Tahun 2013 pula exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap JAIS adalah Sallehan Mukhyi, Adun Pas untuk kerusi Sabak. 

Dengan penerangan diatas saya harap semua jelas dan nyata bahawa JAIS adalah sebuah agensi dibawah Kerajaan Selangor, dan tidak ada kena mengena langsung dengan Kerajaan Persekutuan. 

Namun begitu apabila berlaku kes rampasan bible seperti diatas, ada pemimpin-pemimpin pak-khatan rakyat yang tiba-tiba menjadi lembu kenyang yang kebodohan menyalahkan Umno dan Kerajaan Persekutan. Tujuannya untuk mengelirukan orang ramai supaya nampak itu semua salah Umno. 

Lim Kit Siang selaku seorang yang lama dalam politik dan faham selok belok perundangan negara pun turut sama jadi bodoh menyalahkan Kerajaan Persekutuan kerana kehadiran anggota polis semasa JAIS melakukan rampasan. 

Sedangkan polis hadir adalah atas permintaan JAIS. Sebagai sebuah agensi kerajaan yang sah tidak kira kerajaan negeri mana sekalipun dan diperintah oleh parti mana sekali pun, JAIS berhak meminta bantuan polis untuk melindungi mereka semasa menjalankan tugas. Jangan kata JAIS, orang yang bercerai laki bini pun ada yang bawa polis untuk pergi ambil anak dengan bekas isteri atau bekas suami. 

Mana-mana penguatkuasa bawa atau minta bantuan anggota polis semasa melakukan tugas mereka adalah perkara biasa. Bukan setakat untuk rampas bible, tangkap orang melakukan maksiat pihak penguatkuasa bawa polis juga. 

Pendapat saya selaku orang biasa yang meminati selok belok politik. Tidak mustahil apa yang berlaku di Selangor ini adalah satu perkara yang telah dirancang. Dan tidak mustahil juga dalang utama di sebalik perkara ini adalah DAP. Semuanya berkait dengan Pilihanraya Negeri Sarawak yang akan berlangsung dalam tempoh dua tahun lagi. 


Pertama, Bagi saya BN sudah pasti mahu menamatkan isu kalimah Allah menjelang PRN Sarawak kerana  tidak mahu sokongan terhadap mereka terjejas. Manakala DAP yang bercita-cita merampas Sarawak sudah pasti mahu isu ini terus panas untuk memberi gambaran Umno dan BN semenanjung menganiaya orang-orang kristian. Mereka (DAP) mahu sentimen ini terus hidup. Kemudian ada pula seorang dua pemimpin BN di Sarawak yang beragama kristian, yang tidak tahan dengan soalan-soalan provokasi wartawan pro pembangkang, terus melatah dan bertindak seperti suara pembangkang. 

Kedua, rampasan itu dilakukan di Pejabat Persatuan Bible Malaysia. Bagaimana JAIS boleh tahu ada bible Bahasa Melayu tersimpan dalam pejabat berkenaan ? Dan kenapa dengan mudah-mudah sahaja persatuan bible boleh membenarkan JAIS memasuki pejabat mereka serta mencari bible berkenaan ? 

Ketiga, antara bible yang turut sama dirampas adalah bible dalam Bahasa Iban. Kenapa Iban sahaja ? Kenapa tidak ada bible dalam Bahasa Kadazan atau Bahasa Dusun yang turut sama diletakkan disitu supaya dirampas oleh JAIS ? Orang Iban adalah orang negeri mana ? Cukup satu bible Bahasa Iban yang dirampas, ianya sudah boleh dijadikan cerita kepada kaum Iban di seluruh Sarawak bahawa BN mengkhianati agama mereka. 


Saya tak kata JAIS bersekongkol dengan mana-mana pihak untuk menjayakan lakonan berkenaan. Mungkin JAIS tidak sedar mereka dijadikan alat untuk permainan politik DAP. Mungkin ada pihak yang telah dipasang untuk menyalurkan maklumat kepada JAIS bahawa ditempat sekian-sekian ada sebanyak sekian-sekian bible Bahasa Melayu dan akan diedarkan kepada orang-orang melayu di sekian tempat. Mungkin pula si pengadu pandai lagi tambah cili supaya nampak pedas dan panas dengan harapan agar JAIS bertindak pantas bagi menghalang bible berkenaan diedarkan. 

Jika kita lihat kebelakangan ini kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin DAP dan juga paderi nampak seiringan dan mencabar kita. Begitu juga dengan tindakan mereka di Klang semalam. Semuanya mencabar kita. Mereka mahu kita melatah. Apabila kita melatah mereka yang akan kaut keuntungan. 

Jika dulu kita menyalahkan Menteri Dalam Negeri yang lepas dan menuduh beliau lembab, pondan dan sebagainya. Bagaimana pula dengan menteri sekarang? Sebelum pemilihan Umno beliau begitu garang dan tegas sehingga hampir menyapu bersih undi setiap bahagian. Kini, apa dah jadi terhadap menteri tersebut ? Sudah hampir seminggu isu ini berlarutan tetapi belum nampak sebarang ketegasan lagi daripada beliau terhadap pihak-pihak yang memprovok dan juga tuduhan anggota polis terlibat dengan rampasan terbabit. 

Yang paling mustahak adalah isu kalimah Allah ini perlu diselesaikan segera. Kerana ianya mampu membawa kepada pergaduhan agama yang lebih besar. Apabila berlaku pergaduhan antara agama ianya boleh membawa kepada seribu satu masalah termasuklah keselamatan rakyat serta kemerosotan ekonomi negara. Tolonglah Menteri Dalam Negeri. Saya merindui ketegasan kamu sebelum ini. Atasilah masalah ini dengan segera. Bertindaklah setegas mungkin demi untuk keselamatan rakyat dan negara.