Tuesday, February 25, 2014

Semoga SPRM Memantau Kontrak Dawama Dengan Dewan Bahasa dan Pustaka


Terbaca di blog gmieawakening.blogspot.com tentang kisah sebuah syarikat tunggal yang diberi hak untuk mencetak buku-buku oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu Dawama Sdn Bhd. 

Tahun 2011 syarikat ini pernah menimbulkan huru hara dalam negara apa mengarahkan ratusan pekerjanya bercuti tanpa gaji tanpa tempoh yang ditetapkan kerana syarikat mereka hampir bankrap.

Tahun 2012 hampir-hampir tercetus isu nasional berhubung kekurangan buku teks untuk pelajar sekolah kerana kegagalan Dawama. Nasib baik ketika itu para pencetak bumiputera yang lain masuk campur dan mereka terpaksa bekerja 24 jam sehari dan 7 hari seminggu untuk menyiapkan buku-buku teks bagi mengelak masalah besar timbul apabila sesi persekolahan baru bermula.

Dawama diberi kontrak oleh DBP bermula tahun 2002 dan akan berakhir pada tahun ini (2014).  Mereka diberi kontrak selama 12 tahun. Satu tempoh masa yang cukup panjang. Kini difahamkan DBP akan menyambung kontrak Dawama untuk 10 tahun lagi. 

Di sini yang kita tak faham…

Sebuah syarikat yang gagal, sebuah syarikat yang hampir bankrap dan gagal mencapai matlamat pengswastaan yang diimpikan kerajaan, tetapi masih hendak diberikan kontrak 10 tahun lagi. 

Kalau ikut logik akal mana mungkin sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan monopoli dan telah memiliki pembeli yang sah, boleh mencatat kerugian. 

Wartawan Ku Seman Ku Hussain dalam satu tulisan di Utusan Malaysia pada 2011 ketika mengulas isu Dawama telah menulis seperti berikut, 
Sama sekali tidak percaya Dawama yang mendapat kontrak mencetak dan mengedarkan buku teks Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengalami kerugian. Ini kerana perniagaan Dawama tidak ada persaingan, syarikat ini diberi kontrak oleh kerajaan mulai 2002 hingga 2014 untuk mencetak buku teks. Dawama ibarat satu-satunya penjual pelampung yang ada di tepi kapal Titanic yang hampir karam.

Baca tulisan penuh berhubung isu Dawama di sini


Oleh yang demikian adalah baik sekiranya Putrajaya dapat masuk campur dan menghalang DBP daripada memberi 10 tahun lagi kontrak kepada sebuah syarikat yang terbukti gagal.  Adalah lebih baik lagi sekiranya SPRM juga dapat mengintai-ngintai kenapa Dawama begitu istimewa dimata DBP. 

Langkah terbaik adalah dengan DBP mengambil alih semula kerja-kerja mencetak buku-buku keluaran mereka termasuk buku teks. Ini kerana ianya akan menguntungkan banyak pihak. Pihak yang dimaksudkan adalah syarikat-syarikat percetakan bumiputera yang lain yang berdaftar dengan DBP, berbanding dengan sekarang dimana kenikmatannya hanya dinikmati oleh sebuah syarikat sahaja. Dalam masa yang sama ianya dapat menjimatkan wang kerajaan yang banyak.  Ataupun mungkin DBP boleh membuka tender semula. 

Ingat DBP, sekali kena patuk ular cukuplah. Jangan sampai dua kali kena patuk ular di lubang yang sama. Itu cari nahas namanya. Dah tahu dalam lubang itu ada ular, janganlah dihulur lagi kali ke dua tangan anda ke dalam lubang itu. 



Monday, February 24, 2014

Presiden Parti ISLAM Kena Bayar RM2 Juta Kerana Memfitnah Orang Islam


Kih…kih…kih…kih…kih…

Parti Islam Semalaysia ???

Setiausaha Agung henjut atas katil…

Timbalan Presiden kena tangkap khalwat dengan bini orang….

Presiden pula kena bayar saman RM 2 juta kerana memfitnah orang islam.
Kuala Terengganu: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diperintahkan membayar ganti rugi RM2 juta kepada calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, berhubung kes saman fitnah. 
Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan semalam, selepas Abdul Hadi gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan pada 5 Disember lalu.


Itulah dia wajah Parti Islam Semalaysia….

Hanya orang yang bodoh yang menyokong golongan penjual agama untuk kepentingan politik mereka.

Monday, February 10, 2014

Tu Dia…RM 1 Bilion Punya Projek Beb….


Dalam klip video tahun baru cina terbitannya bukan main lagi dia bercakap tentang rasuah dan mengajak orang ramai bersamanya menentang rasuah. 

Nah ! Sekarang RM 1 bilion punya projek rasuah…

Lihat apa yang didedahkan oleh ahli DAP sendiri di sini…

Jika tidak ada rasuah atau penyelewengan bagaimana mungkin cadangan projek yang bernilai RM 1 bilion boleh dibawa mesyuarat dalam masa 2 minggu sahaja ?

Syarikat berkenaan menghantar surat kepada Yayasan Selangor pada 14 Disember 2011. 

Pada 22 Disember pula Yayasan Selangor mengeluarkan surat minat pula kepada syarikat itu. 

Pada 28 Disember pula mereka telah mengadakan mesyuarat dengan syarikat itu untuk menjalankan projek. 

RM 1 bilion beb…1 bilion punya projek dua minggu boleh settle ke ? 

Ini bukan projek buat longkang tepi jalan…

Mana pergi dasar tender terbuka yang dicanang selama ini ?

Mana pergi CAT yang dilaung-laungkan DAP ? 




Wednesday, February 5, 2014

Teresa Kok: Tahun 2008 Umno Kena…Tahun 2014 Umno Juga Yang Kena


Tahun 2008 apabila akhbar Mingguan Malaysia menyiarkan sebuah cerpen yang berjudul Politik Baru YB J, akhbar itu telah dihentam teruk oleh DAP. Cerpen itu tidak menyebut nama mana-mana orang politik dan parti sekali pun. Tetapi Teresa Kok dan pemimpin-pemimpin DAP meloncat bagai nak rak kerana terasa dengan isi kandungan cerpen tersebut.

Antara tuduhan yang mereka lemparkan pada masa itu,

  • Cerpen itu bersifat “character assassination” ini secara jelas ditujukan Teresa Kok 
  • Utusan Malaysia mempromosikan keganasan dan mengapi-apikan sentimen perkauman. 

  • Cerpen yang disiarkan di dalam akhbar milikan Umno tersebut adalah usaha berterusan Umno untuk menjadikan Teresa Kok sebagai sasaran untuk memecah-belahkan parti pembangkang dan menimbulkan ketegangan di antara kaum.

  • Utusan Malaysia bukan sahaja menyebarkan kebencian sesama kaum, tetapi sehingga ke tahap menggalakkan keganasan melalui karya cerpen.
Lihat di sini

Hasil daripada tuduhan-tuduhan itu akhirnya Utusan Malaysia telah diberikan satu surat teguran oleh Kementerian Dalam Negeri. 

Tidak cukup dengan itu, Teresa Kok telah membawa kes itu ke mahkamah melalui tindakan saman terhadap Utusan Malaysia dan Chamil Wariya. Akhirnya Chamil memohon maaf kepada Teresa Kok dan Utusan Malaysia dikambing hitam bagi membolehkan kes itu diselesaikan di luar mahkamah. 

Kini tahun 2014 Teresa Kok menerbitkan sebuah video sempena tahun baru cina bersifat menanam kebencian kepada pemimpin negara. Bukan setakat menanam kebencian, malah boleh menimbulkan pergaduhan kaum yang lebih teruk apa perkataan "malai si" yang boleh membawa maksud mati melayu. 

Apabila isu ini menjadi panas, Umno juga yang dipersalahkan kerana dikatakan mengapi-apikan perkauman melalui video tersebut. 

Tahun 2008, Utusan Malaysia siar cerpen yang tak sebut nama sesiapa, Umno yang dipersalahkan. Sekarang tahun 2014, mereka yang buat video menghasut pergaduhan kaum, Umno juga yang dipersalahkan. 

Jika Utusan Malaysia boleh diberikan surat amaran kerana sebuah sajak yang tidak ditujukan kepada sesiapa, maka dalam kes hari ini KDN juga perlu bertindak keatas Teresa Kok sampai dia minta maaf. 

Selanjutnya anda boleh baca di sini