Saturday, March 29, 2014

Kadir Jasin Akui Bukan Mudah Untuk Jatuhkan Najib

Setelah berbulan-bulan mencuba dalam usaha untuk menjatuhkan Datuk Najib, nampaknya misi Kadir Jasin masih belum mendapat sambutan.

Mungkin kecewa kerana misinya belum berjaya, hari ini dia meluahkan rasa hatinya dalam blognya. Tanpa berselindung dia menyatakan usaha menjatuhkan Pak Lah dulu lebih mudah daripada menjatuhkan Najib.

Kerana kecewa matlamatnya untuk menjatuhkan Datuk Najib tidak berjaya, Kadir meletakkan kesalahan kepada pemimpin dan ahli Umno. Katanya Umno ketandusan pemimpin sehingga tidak ada yang berani mencabar Datuk Najib. Seterusnya Kadir membanding dengan keadaan sebelum PRU tahun 2008 dimana Pak Lah ditentang dan dikritik dengan hebat.
Kesimpulannya dalam tulisan itu Kadir cuba menunjukkan kepada masyarakat bahawa pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno bodoh serta jumud kerana tidak berani melawan atau menjatuhkan pemimpin nombor satu mereka.

Sedangkan dalam hal ini pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno berada dalam keadaan yang cerdik.

Pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno telah belajar daripada apa yang berlaku dalam PRU 2008. Hasil daripada tentangan dan kritikan yang kuat terhadap kepimpinan Pak Lah pada tahun 2006, 2007 dan 2008 lah yang membawa kepada keputusan PRU 2008 paling buruk kepada BN selepas 1969. Rentetan daripada keputusan PRU 2008 itulah membuatkan keputusan PRU 2013 pun tidak banyak perubahan.

Benda yang kita dah tahu boleh membawa kepada kemudaratan kepada parti dan pemimpin, maka untuk apa lagi pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno nak ulang perkara yang sama. Elok-elok ada kuasa sedikit sebanyak sekarang ini, nantikan langsung hilang dalam PRU sekali algi.

Hanya orang bodoh yang sanggup dipatuk ular dalam lubang yang sama dua kali.

Dalam situasi sebegini adalah lebih baik pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno semua terus bersatu dan berdiri teguh di belakang Najib untuk membina kekuatan. Lagi pun Najib baru 5 tahun mengepalai kerajaan, Umno dan BN. Adalah sangat tidak adil untuk membandingkan beliau dengan Tun Dr M yang mengepalai kerajaan, Umno dan BN selama 22 tahun.

Dalam parti pembangkang, Anwar Ibrahim dah terang-terang meliwat dan melanggan pelacur, tetapi demi politik ulama-ulama Pas sanggup mengenepikan hukum Allah. Mereka bersatu padu membohongi rakyat untuk mendapatkan kuasa. Kita dalam Umno tak tolak hukum Allah pun. Kita hanya bersatu suara dan berdiri teguh belakang Najib demi untuk mempertahankan kuasa politik Umno dan BN.

Akhir kata saya nak kata begini, Kadir Jasin adalah sahabat Datuk Najib. Mereka kenal lama satu sama lain. Melihat kepada serangan terus menerus Kadir terhadap Najib sekarang ini, maka tidak mustahil untuk kita mengandaikan bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

Mungkin kerana Najib gagal memenuhi nafsu serakah beliau. Sebabnya Kadir mula menjadi kritikal kepada kerajaan apabila dia diundurkan dari NSTP di zaman Pak Lah. Apabila hilang jawatan dia mula meroyan. Mungkin dia mengharapkan sesuatu di zaman Najib sebab Najib adalah sahabatnya. Tetapi tahun demi tahun berlalu hingga dah sampai 5 tahun nampaknya dia tidak mendapat apa-apa. Tak usah nak bohonglah kalau dia kata dia berjuang untuk menguatkan Umno atau sayangkan Umno. Sebabnya selepas dia hilang jawatan barulah dia meroyan bagai nak rak. Orang yang berjuang ikhlas dia tak kira ada jawatan atau tiada jawatan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, March 11, 2014

MH370 : Mungkin Ini Satu Petunjuk Baru Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Misi Mencari


MARANG 11 Mac - Lapan penduduk di Kampung Pantai Seberang Marang di sini mendakwa mendengar bunyi dentuman yang kuat pada pagi Sabtu lalu datang dari timur laut Pulau Kapas, kemungkinan ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang.

Berikutan itu mereka telah membuat laporan di ibu pejabat polis Daerah Marang kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Salah seorang penduduk terbabit, Alias Salleh, 36, berkata pada pukul 1.20 pagi berkenaan ketika beliau bersama tujuh lagi rakannya sedang bersantai duduk di bangku kira-kira 400 meter dari pantai Marang, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi kuat seperti kipas kapal terbang.

"Bunyi yang kuat dan menakutkan itu dipercayai datang dari timur laut Pulau Kapas sebelum kami bergegas ke arah tersebut untuk mengesan punca bunyi itu. "Kami mencari di sekitar Pantai Rhu Muda namun tidak menemui apa-apa yang mencurigakan," kata Alias, seorang pemandu lori.

Ditanya mengapa beliau membuat laporan selepas empat hari kejadian itu berlaku, bapa kepada tiga orang anak itu berkata, beliau bertanggungjawab untuk melaporkan maklumat kepada pihak berkuasa bila pesawat masih tidak ditemui hari ini selepas empat hari berlalu.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Mohd Yusri Mohd Yusof, 34, berkata bunyi yang kuat dan agak pelik itu pada awalnya disangkakan fenomena Tsunami.

"Bunyi bising yang kedengaran seperti kipas kapal terbang itu dapat saya dan rakan-rakan dengar selama dua minit dan bunyi itu berdesing.

"Saya mengambil keputusan ini (membuat laporan) selepas berasa curiga dengan bunyi itu dan ditambah lagi dengan laporan media berkaitan kes kehilangan pesawat," kata beliau.

Mohd Yusri turut mendakwa beberapa kawannya termasuk pemancing dan nelayan turut mendengar bunyi aneh berkenaan dari arah pantai.

Pesawat MAS Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang pada 12.41 pagi Sabtu.


Sumber: Utusan Online

Ingat Balik Misteri Kehilangan Adam Air Di Laut Sulawesi


Selain nahas Air France dari Rio De Jenario ke Paris yang menjunam ke dalam lautan Atlantik pada 1 Jun,2009...insiden hampir dengan Malaysia yang boleh jadi bahan renungan ketika menghadapi misteri MH370 ialah apa yang berlaku pada Adam Air pada 1 Januari 2007.

Adam Air ialah pesawat tambang murah terawal di Indonesia.Pada tarikh malang itu pesawat Boeing 737-400 yang membawa 96 penumpang hilang ketika dalam penerbangan dari Surabaya menuju ke Manado.

Pesawat dengan nombor penerbangan KI-574 itu menjunam ke laut Sulawesi dalam cuaca buruk.

Waktu itu misteri kehilangan pesawat itu memang membingungkan.

Ia ghaib begitu sahaja tanpa dapat kesan.

Bagaimana pun sebelum hilang, juruterbang sempat melaporkan ada cross wind atau angin dari samping yang cukup kuat. Angin ini berkelajuan 130 kilometer se jam. Sejenak kemudian pesawat hilang dari radar Lapangan Terbang Makasar.

Pencarian berhari-hari dilakukan.

Malah esoknya timbul khabar pesawat itu dijumpai melanggar gunung setinggi 8,000 kaki di Rangon,Sulawesi Barat.

Berita itu nyata tidak betul.

Sejak itu juga berbagai teori,spekulasi ,andaian dan desas desus timbul mengenai kehilangannya.

Sedangkan waktu itu bangkai pesawat Adam Air itu berada nun jauh di dasar laut.

Bayangkan terhempas 1 Januari dan pada 11 Januari baru secebis kecil serpihan bangkai pesawat ditemui nelayan.

Jarak waktunya 10 hari sejak hilang.

Pada 27 Ogos tahun itu baru kotak hitam pesawat ditemui di kedalaman 2,000 miter perairan Majene, Sulawesi Barat.

Kerajaan Indonesia mengerahkan 2,000 anggotanya untuk membantu gerakan mencari pesawat Boeing 737-400 itu, yang hilang itu.

Selain itu kapal dan kapal terbang juga digunakan dalam usaha mencari dan menyelamat.

Apapun setelah tujuh tahun berlalu bangkai pesawat maupun mayat penumpang belum ditemui.


Dipetik dari agendadaily.com

Baca juga di sini

Monday, March 10, 2014

MH370: Awas Dengan Propaganda-Propaganda Yang Sedang Bertebaran


Bukan niat nak jadi penganalisis pesawat atau pengangkutan udara, dan juga bukan nak mengajak anda turut menjadi penganalisis. Cuma nak ajak anda sama-sama berfikir di dalam kotak pemikiran seorang manusia yang dianugerahkan akal fikiran oleh Allah SWT. 

Sejak tercetusnya berita 2 penumpang MH370 menggunakan paspot palsu, tiba-tiba pandangan kita semua terarah kepada pesawat itu dirampas oleh pengganas. Semuanya kerana perkara itu terlalu diperbesar-besarkan oleh media asing. 

Semalam media-media luar negara, terutamanya di Eropah dan AS meletak tajuk berkenaan sebagai berita utama media mereka. Begitu juga setiap kali sidang media di KLIA. Media asing lebih ghairah mengasak Pemangku Menteri Pengangkutan, Ketua Pengarah DCA dan CEO Mas dengan soalan berkenaan dua paspot palsu berkenaan. Kenapa mereka lebih berminat untuk membesarkan isu itu daripada membesarkan misteri kehilangan MH370 ? Tidak lain tidak bukan tujuan mereka untuk mengaitkan Malaysia dengan aktiviti keganasan dan untuk memberitahu dunia bahawa Malaysia sebuah negara yang tidak selamat. 

Kita sebagai manusia yang ada akal dan akalnya masih berfikir, cuba kita fikirkan perkara ini…

Jika pesawat tersebut dirampas pengganas dan terus ghaib sehingga hari ini, adakah pengganas mencapai objektif mereka ? 

Pengganas yang rampas pesawat mesti ada tujuan dan matlamat…

Katakanlah mereka rampas pesawat jam 2.30 pagi….jam 2.40 pagi sudah tentu mereka akan memaklumkan apa tuntutan mereka. Tak kan sampai 2 hari mereka tak maklumkan apa-apa. Lagi pun pesawat itu hanya mempunyai bekalan minyak untuk 8 jam sahaja. Sekarang dah berapa puluh jam ? 

Katakanlah pesawat itu dirampas oleh kumpulan berani mati…sudah tentu selepas rampas pesawat itu mereka akan cari mana-mana bangunan untuk dirempuh untuk mencapai objektif mereka. Sepertimana peristiwa 911 dulu.

Tak mungkin mereka rampas pesawat kemudian mereka junamkan pesawat itu ke dalam laut tanpa memberitahu dunia apa matlamat mereka. 

Katakanlah selepas mereka rampas pesawat itu mereka mendarat dimana-mana lapangan terbang, maka sudah tentu negara yang mereka mendarat itu akan tahu tentang kehadiran sebuah pesawat yang meragukan. Lagi satu pesawat itu jenis B777 dimana ianya bukan boleh mendarat dimana-mana lapangan terbang sesuka hati. Kerana ianya memerlukan landasan yang besar untuk membolehkan mereka mendarat. Dan landasan yang besar kebiasaannya hanya ada lapangan terbang di bandar-bandar utama sahaja. Kalau dah mendarat di bandar-bandar besar, logikkah ianya masih boleh disorok ? 

Pada pandangan saya untuk mengaitkan 2 orang penumpang yang menggunakan paspot palsu itu dalam misteri kehilangan pesawat itu adalah rendah. Bagaimanapun faktor itu kita tidak boleh tolak 100 peratus. Cuma dalam keadaan sekarang lebih baik tumpuan diberikan kepada usaha mencari pesawat berkenaan daripada terus mengaitkannya dengan pengganas. Selagi tak dapat pesawat itu maka selagi itulah jawapan sebenar kita tidak akan dapat. 

Tentang dakwaan-dakwaan atau tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan kepada MAS dan Kerajaan, kononnya mereka lambat bertindak. Semua ini adalah propaganda untuk menimbulkan kebencian orang ramai terhadap kerajaan. 

Perlu diingat…kejadian ini berlaku di luar negara kita. Bukan senang untuk kita membuat atau mengambil sesuatu tindakan dinegara orang. Berbeza dengan kejadian di Tanjung Kupang pada 1977. Ianya berlaku dinegara kita sendiri dan kejadian itu dah sahih pesawat jatuh serta boleh dilihat di depan mata. Maka senanglah segala urusan kerajaan untuk melaporkan kejadian kepada rakyat. Berbeza dengan situasi yang berlaku hari ini dimana sebuah pesawat ghaib secara tiba-tiba dan kejadian di luar negara kita. 

Mas dan kerajaan bukanlah agensi berita yang berlumba-lumba untuk menjadi yang pertama melaporkan berita.
 Setiap maklumat perlu diperiksa kesahihannya berkali-kali kerana segala informasi daripada Mas dan kerajaan akan dianggap rasmi. Dan setiap kenyataan rasmi akan dipertanggungjawabkan oleh keluarga mangsa, kedutaan negara-negara yang terlibat dan orang ramai. Juga boleh menimbulkan masalah berhubung dengan tuntutan insuran dan sebagainya. 

Bercakap memang senang sebab lidah bertulang…"ahhhh pesawat itu dah confirm jatuh ke laut, Mas dan kerajaan yang tak nak beritahu kita, nak sorok dan bla…bla…bla…."

Kalau kau hebat sangat….bawa atau tunjukkan kepada pasukan penyelamat dimana bangkai pesawat itu supaya Mas dan kerajaan senang untuk sahkan pesawat itu memang terhempas. Mas dan kerajaan tidak boleh sahkan pesawat itu terhempas selagi tak jumpa bangkai. Sebab itulah sekarang pasukan penyelamat bekerja bersungguh-sungguh mencari pesawat itu. Sama juga dengan orang mati. Kita banyak pengalaman macam mana sekalipun kita tidak boleh mengesahkan atau mengumumkan seseorang itu mati selagi ianya tidak disahkan oleh doktor. Hatta jururawat yang penuh pengalaman di hospital pun tak boleh beritahu kita seseorang itu mati. Hanya doktor sahaja yang boleh mengesahkan dan memberitahu keluarga atau waris. 

Akhir kata marilah kita sama-sama terus berdoa supaya semuanya akan terjawab dengan cepat….


MH370: Perkongsian Maklumat Dari Flightradar24.com


Here is a #MH370 situation update from Flightradar24 because of the many questions we get.

The ADS-B transponder of an aircraft is transmitting data twice per second. FR24 saves data every 10-60 second depending on altitude. On cruising altitude data is normally saved once per 60 seconds. By analyzing all our databases and logs we have managed to recover about 2 signals per minute for the last 10 minutes.

The last location tracked by Flightradar24 is
Time UTC: 17:21:03
Lat: 6.97
Lon: 103.63
Alt: 35000
Speed: 471 knots
Heading: 40

Between 17:19 and 17:20 the aircraft was changing heading from 25 to 40 degrees, which is probably completely according to flight plan as MH370 on both 4 March and 8 March did the same at the same position. Last 2 signals are both showing that the aircraft is heading in direction 40 degrees.

Today there are reports in media that MH370 may have turned around. FR24 have not tracked this. This could have happened if the aircraft suddenly lost altitude as FR24 coverage in that area is limited to about 30000 feet.

FR24 have not tracked any emergency squawk alerts for flight MH370 before we lost coverage of the aircraft. Playback for flight MH370 is available on

If you have questions about how Flightradar24 works, please read


Friday, March 7, 2014

Lagi Kisah Majikan Berbangsa Cina Yang Buat Hal

Pada bulan Ogos tahun lepas saya pernah menulis tentang kekejaman atau kezaliman majikan-majikan yang berbangsa cina di Malaysia mendera pembantu rumah.  Baca di sini

Kerana sikap merekalah yang menjadi punca rakyat Malaysia yang lain sukar mendapat pembantu rumah. Dan jika dapat sekali pun mereka kena bayar dengan harga yang mahal. 

Hari ini sekali lagi kekejaman dan kezaliman majikan berbangsa cina terbukti…


SHAH ALAM 6 Mac - Sepasang suami isteri dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah membunuh pembantu rumah warga Indonesia yang tidak diberi makan secukupnya, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Noor Azian Shaari memutuskan demikian terhadap Fong Kong Meng, 58, dan isterinya, Teoh Chin Yen, 56, setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Dalam penghakimannya, beliau berkata, keterangan pembelaan kedua-dua tertuduh hanya bersifat penafian semata-mata.

"Semasa bekerja dengan tertuduh-tertuduh, mangsa mempunyai berat badan 46 kilogram tetapi hanya tinggal 26 kilogram semasa meninggal dunia malah sebab kematian dan fizikal mangsa tidak dapat disangkal oleh pihak pembelaan," ujar Hakim Noor Azian.

Kong Meng, bekas jururunding pendawaian dan isterinya yang merupakan suri rumah didapati bersalah bersama-sama membunuh Isti Komariah, 26, di rumah No. 90 Jalan SS2/6 Sea Park, Petaling Jaya, dekat sini antara 14 Mei 2010 dan 5 Jun 2011.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Terdahulu, Hakim Noor Azian berkata, pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan berhujah, kematian mangsa disebabkan tindakan kedua-dua tertuduh tidak membekalkan makanan mencukupi dan memberi rawatan perubatan kepada mangsa.

Seramai 16 saksi pendakwaan dan enam saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 30 Julai 2012.

Kedua-dua tertuduh yang mempunyai anak kembar berumur 17 tahun dilihat tenang semasa keputusan dibacakan.

Pendakwaan dikendali oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Nordin Ismail, Muhammad Asyraf Md. Kamal dan Suzana Abdul Latif manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam-peguam, Zaleha Al-Hayat dan Thong Seng Kong.

Zaleha ketika ditemui pemberita selepas selesai prosiding berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan secepat mungkin terhadap keputusan tersebut.

Menurut laporan akhbar, pembantu rumah yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia itu dibawa oleh majikannya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pukul 7.50 pagi, 6 Jun 2011 namun disahkan telah meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital tersebut.

Mangsa mula bekerja dengan pasangan tersebut sejak Disember 2008.

Hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan lebam baharu dan lama serta calar pada bahagian belakang, dahi serta lengan mangsa.






Tuesday, March 4, 2014

Air Selangor : Akhirnya Khalid Tunduk Menyembah Najib dan Muhyiddin - Siri 1

Gambar ini cukup mahalnya nilainya apabila ianya menunjukkan kepada kita bagaimana seorang manusia yang penuh dengan keegooan tunduk meyembah musuh politiknya. Teringat pula gambar bagaimana Suharto tunduk kepada IMF satu masa dulu

Dalam situasi politik dalaman yang sedang melanda PKR sekarang yang melibatkan kem Anwar dengan kem Khalid Ibrahim, memperlihatkan banyak pihak menyokong Khalid Ibrahim. Untuk menghalalkan sokongan mereka kepada Khalid pelbagai alasan yang diberikan. Ada yang dulu mengutuk Khalid bagai nak rak, kini tanpa segan silu memuji-muji dan melambung-lambung Khalid. Pada saya mudah sahaja, selagi mereka bernama PKR ianya tidak ada guna satu sen pun. Sebabnya orang-orang dalam PKR ini kebanyakkannya adalah sampah sarap yang terhanyut atau dihanyutkan daripada kapal BN. Orang yang kecewa tak dapat jawatan, orang yang kecewa tidak dapat projek dan perkara-perkara lain yang sejenis dengan itu.

Apabila ianya sampah sarap maknanya 90 peratus tidak boleh dipakai lagi. Tidak banyak sampah yang boleh dikitar semula. Hanya kertas, tin, plastik dan botol sahaja. Yang lain semua tidak boleh dipakai. 

Kita ambil contoh yang cukup mudah untuk membuktikan pemimpin PKR adalah pemimpin yang tidak boleh dipakai. Kita lihat krisis air yang melanda Lembah Klang hari ini. Ya betul, masalah kemarau menyumbang kepada kekurangan air di empangan. Namun begitu kita jangan lupa kebodohan dan kebebalan pemimpin PKR juga turut menyumbang kepada perkara ini. 

Tujuh lapan tahun lepas lagi Kerajaan Pusat di bawah pemerintahan BN telah menjangkakan krisis air akan berlaku di Lembah Klang satu hari nanti (2014-2016) . Bagaimana mereka tahu ? Mereka tahu sebab mereka buat kerja dan ada semua perangkaaan. Mereka telah ada angka berapa pertambahan rumah baru, kilang baru, pejabat baru dan penduduk Lembah Klang dalam tahun-tahun berikutnya. Menyedari empangan dan sungai-sungai yang ada di Selangor tidak mampu untuk membekalkan air mentah yang cukup, dan kurangnya kawasan tadahan hujan di Lembah Klang akibat daripada pembangunan yang pesat, maka Kerajaan Pusat telah membuat keputusan untuk mengambil air daripada Pahang. Sebuah terowong dibina dan akan membina sebuah loji baru di Hulu Langat yang diberi nama Loji Langat 2 untuk merawat air mentah yang diambil daripada Pahang. 

Apabila Kerajaan Selangor bertukar tangan pada tahun 2008, mereka sampah-sampah sarap ini yang menggelarkan diri mereka pejuang rakyat, kerajaan kebajikan dan macam-macam lagi slogan syok sendiri, telah menghalang Kerajaan Pusat dari meneruskan projek pembinaan Loji Langat 2. Semuanya kerana politik akibat diri dikuasai syaitan. Geram, dendam, iri hati kepada BN dan Umno yang tidak habis-habis kerana mengecewakan mereka sewaktu mereka bersama Umno dan BN, itulah sebab utama mereka menghalang pembinaan Loji Langat 2.


Dalam Sidang Dun Selangor tahun 2010, Khalid Ibrahim dengan angkuhnya mengatakan Loji Langat 2 tidak akan dilaksanakan dan mereka akan membersihkan Sungai Klang untuk dijadikan sumber air kepada penduduk Lembah Klang. Hari ini adakah anda lihat Sungai Klang airnya jernih sehingga Khalid boleh menilik rambutnya ?

Kini apabila krisis air melanda Lembah Klang dan sebelum orang ramai mengamuk menyalahkan  mereka, dengan tergesa-gesa dia ke Putrajaya menyembah Najib dan Muhyiddin untuk memberi kebenaran kepada pembinaan Loji Langat 2. 

Dulu waktu Kerajaan Pusat minta kelulusan dia dan berkata Lembah Klang akan ada masalah air tahun 2014 atau 2016, pelbagai alasan yang dia beri. Selangor tak akan ada masalah air, guna air lombong, bersih Sungai Klang, teknologi membran dan seribu satu alasan lain. Sekarang dia punya kalut nak beri kelulusan sampaikan perkara itu tak sempat dibincangkan dengan adun-adun Selangor, dengan exco dan dalam partinya sendiri. Seperti orang cirit cari jamban dia lari ke Putrajaya untuk memberi kelulusan pembinaan Loji Langat 2. 

Apa yang berlaku hari ini memperlihatkan kepada kita bagaimana kecekapan Kerajaan BN mentadbir negara. Daripada awal mereka telah jangka dan tahu krisis air akan melanda Lembah Klang. Atas sebab-sebab itu 7-8 tahun dulu mereka telah mengambil langkah-langkah perlu supaya krisis air tidak berlaku. Bukannya dah nak terberak baru nak cari jamban. Manakala golongan sampah sarap sibuk dengan politik 24 jam dan perhimpunan haram sepanjang masa. Kemudian melalak rakyat ditindas, rakyat dizalimi, rakyat dianiaya. Sekarang siapa yang zalimi rakyat , siapa yang tindas rakyat ? Hinggakan rakyat kena bangun jam 2-3 pagi untuk tadah air. Kena beratur dan berebut-rebut isi air di tangki lori dan kena beli tong-tong air yang berharga puluhan ringgit sebiji.

Suharto dan IMF 1998

Sunday, March 2, 2014

Kalaulah Saya Zahid Hamidi...


"You dari mana?"

"Malaysiakini..."

"Patutlah tanya pelik-pelik. Tanya kos apa semua… nanti you spin. Rm3 jadi RM30. Jangan spin ma.. tulis betul-betul. You bagus, you punya bosses tak bagus."

"Macam mana Malaysiakini boleh dijemput ni? Saya tak nak jawab soalan. Selalu spin saya punya cerita. Recorded tapi tulis lain."

"You boleh tulis saya tak percaya Malaysiakini langsung. Tulis semua tak baik tentang saya, tentang KDN. Malulah datang."

"You tulis betul, you punya editor tak betul. Saya tak percaya langsung Malaysiakini, saya cakap banyak kali."

"Tulis betul-betul, jangan main-main sama saya.. I monitor."

Sumber : mynewhubs.my

Itulah kata-kata yang dituturkan oleh Menteri Dalam Negeri kita kepada wartawan malaysiakini dalam satu sidang media Oktober 2013. 


Kini setelah lima bulan berlalu menteri yang sama yang menyampaikan anugerah media sosial terbaik kepada bos malaysiakini. 

Kita ikuti pula apa yang dituturkan beberapa hari lepas...

Ketika berjalan untuk menerima anugerah itu, Gan sempat berseloroh: "Kamu tak akan tuding jari pada saya kan?"

Zahid kemudiannya tersenyum dan membalasnya: "Gencatan senjata".

Sumber: malaysiakini

Kalaulah saya yang berada ditempat Datuk Seri Zahid Hamidi pada malam tersebut, ketika tiba giliran malaysiakini menerima hadiah, saya tidak akan sampaikan hadiah tersebut kepada mereka. Saya minta orang lain yang sampaikan. Barulah sesuai dengan apa yang dihamburkan kepada malaysiakini lima bulan lepas. Barulah beliau akan dilihat sebagai seorang pejuang yang tulen dan konsisten. 

Sampai ke hari ini saya masih tidak faham dan tertanya-tanya atas kapasiti apa Datuk Seri Zahid hadir pada malam tersebut dan menyampaikan anugerah kepada media-media online ?

Sepatutnya itu tugas Menteri Penerangan. Yang aneh dan pelik bayang Menteri Penerangan pun tidak kelihatan pada malam itu. Sebaliknya Ketua Pengarah Penerangan ada di sebelah Datuk Seri Zahid. Jika nak dikatakan Menteri Penerangan tidak dapat hadir dan mewakilkan kepada Menteri Dalam Negeri, tak logik pula. Tidak munasabah ianya diwakilkan kepada menteri yang lebih kanan dan naib presiden parti nombor satu. 

Nak dikatakan Datuk Seri Zahid hadir atas kapasiti beliau sebagai Menteri Dalam Negeri selaku kementerian yang mengeluarkan permit kepada media, tak logik juga. Sebabnya di Malaysia media online tidak memerlukan sebarang permit atau lesen daripada KDN. 

Bagaimanapun saya tetap bersangka baik kepada Datuk Seri Zahid. Saya beranggapan kemungkinan besar beliau telah diperangkap dalam isu ini. Penganjur program tersebut adalah pihak luar dan tidak ada kena mengena dengan kerajaan. Penganjur telah tahu lebih awal media mana yang telah menang dan akan menerima anugerah. Mengetahui Datuk Seri Zahid anti malaysiakini dan untuk mengenakan beliau maka beliau telah dijemput ke majlis berkenaan dan meyampaikan anugerah kepada pemenang-pemenang, termasuklah kepada malaysiakini. Jika anggapan saya ini benar, maka pegawai-pegawai Datuk Seri Zahid perlu disalahkan dan perlu bertanggungjawab dalam hal ini kerana tidak membuat kerja mereka secekap mungkin. Mereka tidak periksa lebih awal latar belakang penganjur dan perjalanan majlis. 

Berhubung dengan kejayaan malaysiakini memenangi anugerah itu....

Pada saya apabila pihak kementerian-kementerian mengiktiraf program berkenaan dan menteri pula yang menyampaikan anugerah ianya merupakan satu pengiktirafan kepada mereka. Sedangkan portal berita itu yang menggelarkan mereka sebagai portal bebas adalah portal pro pembangkang dan memainkan peranan untuk menjahamkan malaysia. 

Kita pernah didedahkan bagaimana malaysiakini mendapat dana daripada pihak barat untuk menjalankan operasi mereka di Malaysia. Untuk apa pihak barat menaja mereka jika bukan untuk menjahanamkan Malaysia ?

Baca pendedahan berkenaan di sini

Individu yang terlibat dengan malaysiakini adalah individu yang sama terlibat dengan pertubuhan haram suaram dan mereka mempunyai rantaian satu sama lain. Kita ambil contoh dalam kes pembelian kapal selam. Pertubuhan haram suaram yang membawa isu bohong itu ke Perancis dan kemudiannya malaysiakini menjadi tukang lapor berita-berita bohong berkenaan sebelum PRU 13 yang lepas. Datuk Seri Zahid sendiri yang pada masa itu sebagai Menteri Pertahanan tahu tentang pembohongan-pembohongan yang dilakukan malaysiakini dan suaram. Kononnya PM akan dipanggil ke Mahkamah Perancis, Menteri Pertahanan pun turut sama dan Kerajaan Perancis juga turut menyiasat kes berkenaan serta pelbagai lagi dakwaan-dakwaan lain. Kini selepas PRU 13 segala-galanya senyap. Untuk tujuan mereka lakukan semua itu jika bukan untuk membohongi rakyat Malaysia menjelang pilihanraya ? 

Selain daripada isu kapal selam banyak lagi isu lain yang menjadi pembohongan malaysiakini termasuklah serangan kepada PM dan isteri. Kita lihat contoh beberapa hari lepas bagaimana mereka putar ucapan isteri PM dalam isu permainan badminton. Mereka hanya siarkan berita tentang kata-kata isteri PM beliau sekarang tidak ada masa untuk bermain badminton kerana sibuk dengan urusan menolong rakyat. Mereka hanya siarkan video ucapan isteri PM 40 saat. Kenapa tidak disiarkan selama 2-3 minit jika mereka berniat baik dan mereka sebuah portal yang bebas tidak memihak kepada mana-mana pihak ?

Apa-apa pun saya ucapkan tahniah kepada Jabatan Perdana Menteri kerana menghalang malaysiakini daripada memasuki JPM untuk sebarang sidang media. Yang terbaru adalah semasa majlis menandatangani MOU air antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Selangor beberapa hari lepas. Saya berharap JPM kekal dengan keputusan itu dan diikuti oleh kementerian-kementerian lain. Jangan beri muka kepada unsur-unsur asing yang mempunyai agenda sulit untuk menjahamkan negara.