Monday, May 19, 2014

Cermin Gelap: Sebelum Polis Buru Pemilik Kenderaan, Lebih Baik SPRM Gempur JPJ Terlebih Dahulu

Minggu lepas pihak polis telah mengeluarkan amaran kepada pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap supaya menanggalkannya sebelum operasi besar-besaran dijalankan mulai 16 Jun ini. Lihat di sini

Terus terang saya katakan, saya bukan anti atau membantah peraturan cermin gelap yang dikuatkuasakan. Saya rasa bukan saya sahaja yang perlu bersetuju dengan peraturan ini, malah seluruh rakat Malaysia perlu bersetuju. Ini kerana cermin gelap lebih banyak mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan. Rata-rata yang menggunakannya tidak lebih daripada hanya untuk mencantikkan kereta. Jika alasan cuaca panas yang diberikan, di pasaran berlambak dijual filem atau plastik yang tidak gelap dan mematuhi peraturan untuk dilekatkan di cermin kenderaan bagi tujuan menapis haba. 

Walaupun saya bersetuju dengan peraturan cermin gelap yang dikuatkuasakan, tetapi saya tidak bersetuju dengan cara agensi-agensi terlibat menguatkuasakan peraturan tersebut. Sebabnya ada pemilik-pemilik kenderaan yang dipaksa atau terpaksa menggunakan cermin gelap kerana ada sesuatu yang tidak kena dengan agensi yang diamanah menjalankan tugas mereka. 

Golongan pemilik kenderaan yang dimaksudkan adalah pemilik kenderaan import terpakai. Seperti yang kita semua tahu, kenderaan jenis MPV menjadi pilihan utama rakyat Malaysia yang berkeluarga di zaman sekarang. Rata-rata mereka memilih untuk membeli kenderaan MPV import terpakai kerana harganya yang lebih murah berbanding dengan yang baru. Antara MPV import terpakai yang popular di negara kita sekarang, Toyota Alphard, Toyota Estima, Toyota Wish dan Honda Odessey.


Rata-rata kenderaan ini dibawa atau diimport masuk ke Malaysia daripada Jepun dalam keadaan bercermin gelap. Cermin gelap tersebut bukannya dilekatkan filem atau plastik, tetapi cermin itu memang jenis yang gelap yang dikeluarkan daripada kilang. 

Setiap kenderaan yang dibawa masuk ini akan melalui pemeriksaan JPJ terlebih dahulu di pelabuhan yang menjadi pintu masuk kenderaan import tersebut. Stesen verifikasi JPJ di pelabuhan akan melakukan pemeriksaan nombor indeks kenderaan, tahun pengeluaran dan beberapa pemeriksaan lagi terhadap kenderaan tersebut untuk memastikan kenderaan yang diimport mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan Kerajaan Malaysia.

Selepas segala prosedur dipatuhi dan JPJ meluluskan kemasukkan kenderaan tersebut, ianya diserahkan pula kepada pihak kastam untuk tujuan cukai. Selepas segalanya selesai kenderaan tersebut barulah boleh dikeluarkan dari pelabuhan. Untuk keluar dari pelabuhan kenderaan tersebut sekali lagi akan lalu di depan mata kastam yang menjaga pintu keluar pelabuhan. 

Persoalannya disini, cermin gelap adalah satu kesalahan dan melanggar undang-undang yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia, kenapa pihak JPJ boleh luluskan kemasukkannya ? Kastam pula kenapa boleh lepaskan kenderaan itu melepasi pintu pelabuhan walaupun cukai telah dibayar ?

Tidak salah untuk saya mengesyaki wujudnya satu "MOU haram" antara JPJ, kastam dan pengimport kenderaan tersebut.

Kastam mungkin akan menjawab bukan bidang kuasanya untuk menghalang kemasukkan cermin gelap  kerana tugas mereka memastikan kenderaan yang dibawa masuk membayar cukai dan mempunyai AP yang sah. Betul...saya setuju. Tetapi sebagai kakitangan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap negara, apakah salah sekiranya kastam melaporkan perkara tersebut kepada pihak yang lebih atas ? Jika tugas kastam mengutip cukai, tidak perlulah lagi kastam menahan dan merampas dadah yang dibawa masuk di KLIA seperti yang selalu dilaporkan media. Kerana tugas tersebut adalah tugas polis. Tugas kastam adalah kutip saja cukai dadah, kemudian selepas dadah dibawa masuk tugas polis pula menangkap pembawa.

Kerajaan sering menggalak rakyat melakukan khidmat sosial seperti melaporkan kejadian jenayah kepada polis, melaporkan kegiatan penyeludupan di sempadan, melaporkan kejadian rasuah kepada SPRM dan macam-macam lagi. Malulah jika pihak yang ada kuasa seperti kastam tidak boleh melaporkan kepada pihak yang lebih atas tentang kesalahan yang wujud dan dilihat didepan mata mereka sendiri.

Adakah ada sindiket disebalik kegiatan ini semua ? 

Kenapa saya berprasangka begitu ? 

Apabila kenderaan tersebut telah dibeli oleh pembeli, ianya perlu dibawa ke Puspakom untuk tujuan pemeriksaan. Sebelum ke Puspakom penjual kenderaan akan menukar cermin gelap kenderaan tersebut kepada cermin cerah. Pembeli akan dikenakan bayaran sewa cermin cerah antara   RM 500.00 ke RM 1500.00. Jumlah bayaran yang dikenakan berbeza mengikut model dan harga kenderaan. Jika kenderaan yang penjual untung banyak bayaran sewa cerminnya murah. Jika yang untung sedikit bayaran sewa cerminnya mahal. Selepas lulus pemeriksaan Puspakom dan cukai jalan telah dikeluarkan oleh JPJ, cermin cerah tersebut akan ditukarkan kembali kepada cermin gelap yang asal. Pembeli datang untuk mengambil kenderaan mereka di pusat jualan, mereka akan dapat kenderaan yang dibeli tersebut dalam keadaan cermin yang gelap. Kemudian apabila kenderaan berada di atas jalan raya, pembeli yang menjadi mangsa saman JPJ atau polis kerana menggunakan kenderaan yang bercermin gelap. Akhirnya pembeli yang menjadi mangsa. 

Adakah JPJ dan Puspakom tidak tahu kegiatan tersebut ? Mustahil ! Saya gerenti 100 peratus mereka tahu. Jangan bagi alasan waktu kenderaan tersebut melalui pemeriksaan Puspakom, cermin cerah, sebab itu kita luluskan. Sebagai sebuah agensi yang dipertanggungjawab, JPJ jangan berpura-pura tidak tahu kerana tidak mahu kerja lebih. Bagaimana sesuatu peraturan atau undang-undang akan mencapai maksud jika pihak yang dipertanggungjawab tidak mahu berkerja lebih ? 

Undang-undang atau peraturan dibuat untuk tujuan mendidik. Bukannya bertujuan untuk menghukum. Kata pepatah kalau hendak melentur buluh biar dari rebungnya. Begitu juga dalam hal cermin gelap ini. Jika JPJ betul-betul nak bendung kenderaan yang bercermin gelap, atasi dulu masalah di pintu kenderaan itu dibawa masuk. Salah satu punca kenderaan lain di Malaysia menggunakan cermin gelap kerana mereka terikut-ikut apabila melihat kenderaan import terpakai 'boleh' bercermin gelap. 

Apa salahnya pegawai-pegawai atasan JPJ berbincang dengan pengimport-pengimport kenderaan dan Kastam tentang larangan membawa masuk kenderaan yang bercermin gelap ? Jika perlu pergi ke Jepun pun pergilah. Beritahu pihak berkuasa berkenaan di negara itu tentang larangan membawa masuk kenderaan bercermin gelap. Kita nak eksport barang ke negara luar pun kita perlu patuhi peraturan yang ditetapkan sesebuah negara. 

Penjual kenderaan di Jepun hendak menjual kenderaan mereka kepada kita, jadi mereka perlu ikutlah peraturan yang kita telah tetapkan. Australia hendak menjual kambing kepada kita pun ada syarat yang perlu kita ikut. Pengimport atau pembeli kambing perlu ada rumah sembelihan yang mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Kambing yang  binatang pun ada syarat, apatah lagi kenderaan yang bercermin gelap yang melibatkan nyawa manusia. 

Orang Jepun kalau kita bagi peraturan dan syarat mereka akan patuh kerana mereka terkenal sebagai bangsa yang patuh pada peraturan dan berdisiplin. Pernahkah JPJ pergi berbincang dengan pihak berkuasa berkenaan di Jepun ? Atau JPJ akan bagi alasan kita tak boleh bincang dengan Jepun, syarat itu perlu dipatuhi pengimport yang dari Malaysia ? Jika itu jawapannya kenapa masalah itu tidak selesai hingga kini ? Atau boleh jadi juga JPJ akan bagi jawapan yang paling dangkal, "pemilik kenderaan yang perlu tanggung risiko. Dah tahu salah kenapa beli kenderaan yang bercermin gelap ?" 

Jika itu alasan yang diberikan, lebih baik kita lepaskan sahaja dadah masuk ke Malaysia, kemudian kita bagi alasan "dah tahu hisap dadah itu salah , kenapa hisap dadah ? "

Seperti yang saya katakan diatas, tujuan diwujudkan undang-undang atau peraturan adalah untuk tujuan mendidik. Bukannya untuk menghukum. Kata orang tua-tua nak matikan pokok biar daripada akarnya. Nak matikan hal cermin gelap, matikan dulu di pintu kenderaan import yang bercermin gelap itu masuk. 

Masalah ini telah lama berlarutan. Mustahil JPJ atau Puspakom tidak tahu perkara ini. Saya yakin ada sesuatu yang tidak kena dalam hal ini. Jadi adalah lebih baik sebelum pihak polis memburu kenderaan yang bercermin gelap, lebih mustajab lagi sekiranya pihak SPRM dapat menyiasat terlebih dahulu JPJ,  Puspakom dan kastam.

Thursday, May 15, 2014

Beri Ceramah Mengenai Islam, Tun M Balun Peliwat Di Indonesia



Harimau mati meninggalkan belang
Anwar liwat tinggalkan 4cm di dalam

JAKARTA 14 Mei - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membidas tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberikan ceramah mengenai tamadun dan nilai-nilai Islam di sebuah universiti di negara ini baru-baru ini.

Menurut Dr. Mahathir, beliau hairan bagaimana Anwar sanggup berbuat demikian sedangkan hakikatnya Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berhadapan de­ngan masalah moral.

Kalau nak cakap pasal Islam mesti praktis sekurang-kurangnya tak buat yang dilarang oleh agama. Saya hairan kenapa diterima orang macam ini (Anwar) cakap pasal tajuk yang dia tak ada hak sama sekali," kata Dr. Mahathir dalam sidang akhbar selepas menerima anugerah doktor kehormat dari Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah, di sini hari ini.

Pada masa sama, Dr. Mahathir juga hairan dengan tindakan penganjur yang sanggup mengundang orang seperti Anwar untuk me­nyampaikan ceramah agama.

Dr. Mahathir berkata, ramai dalam kalangan pemimpin yang bercakap mengenai Islam tetapi dari segi amalan dan cara hidup mereka berbeza dengan apa yang dituntut oleh agama.

Baru-baru ini, media Indonesia melaporkan Anwar diundang untuk menyampaikan ceramah ‘Executive Lecture’ dengan tajuk Islamic Va­lues and The Revival of Muslim Ummah di kampus Universiti Al Azhar Indonesia. -

Sumber:   UTUSAN ONLINE



Dunia akhir zaman beb….

Seorang peliwat yang hina dan keji hinggakan Nabi pun tak mengaku sebagai umat boleh lagi nak bagi syarahan atau mengajar orang lain pasal islam.

Wednesday, May 14, 2014

Krisis Terengganu: Bubar DUN Jalan Terbaik, Jangan Percaya Kepada Pengkhianat


Pada pendapat dan pemikiran saya untuk penyelesaian terbaik dalam menyelesaikan krisis di Terengganu sekarang adalah pembubaran Dewan Undangan Negeri. 

Mungkin ada yang bertanya kenapa perlu dibubarkan Dun sedangkan 2 adun yang keluar parti telah menarik balik surat mereka dan kembali ke pangkuan Umno ? Serta Ahmad Said juga telah menyatakan pendiriannya sebagai adun bebas yang menyokong BN ? 

Selagi tiga pengkhianat ini menjadi menjadi penentu kepada kewujudan Kerajaan BN Terengganu, maka selagi itulah mereka boleh 'demand' macam-macam. Sebab mereka merasakan BN perlukan mereka dan tanpa mereka Kerajaan BN Terengganu boleh runtuh. 

Mereka akan menjadi api dalam sekam…

Sikit hari lagi mereka boleh ugut macam-macam. Mereka boleh ancam untuk tidak menghadiri sidang dun jika ada apa-apa undian atau sebagainya yang memerlukan sokongan majoriti adun. Mereka juga boleh menjadi pengacau kepada pentadbiran baru untuk menjalankan tugas. 

Itu belum dikira waktu pilihanraya umum akan datang. Waktu itu mereka boleh 'demand' kerusi pula untuk mereka. Jika tidak diberi mereka akan ugut untuk membuat kacau atau sebagainya. Macam-macam masalah lagilah yang boleh timbul jika kita simpan api dalam sekam atau gunting dalam lipatan. 

Jangan kita hanya memikirkan untuk menyelamatkan keadaan hari ini, kita juga harus fikir bagaimana untuk menyelamatkan keadaan di masa yang bakal mendatang. Inilah yang dinamakan berfikiran jauh. Baik kita undur selangkah ke belakang untuk kita mara 10 langkah ke depan. 

Mungkin ada juga yang bertanya, boleh menangkah BN jika pilihanraya negeri diadakan ? 

Insyallah menang…keputusan yang buruk dalam PRU lepas kerana perpecahan yang teruk di Terengganu yang diwujudkan oleh orang-orang Ahmad Said sehingga menimbulkan kebencian rakyat . Rakyat mengundi Pas untuk mengajar mereka yang asyik bergaduh sesama sendiri. Tambahan pula dengan kehadiran MB baru yang berwajah baru dan tidak mempunyai isu. Insyallah menang…

Orang seperti Ahmad Said ini adalah seorang individu yang otaknya lambat berjalan. Karier politik dan nama yang dibina berpuluh tahun rosak sekelip mata dalam masa sehari kerana perbuatan dan mulut berjalan atau bertindak lebih laju daripada otak. Lain kali biar otak yang lebih laju atau bertindak dulu daripada perbuatan dan mulut. Fikir habis-habis dulu sebelum bertindak. Ambil Isa Samad, Mat Taib, Ali Rustam , Shahidan Kasim dan Thajuden Rahman sebagai pengajaran. 

Tuesday, May 13, 2014

Kenduri Anak : Strategi Ahmad Said Tarik Simpati dan Calarkan Imej Datuk Najib ???

Jika ini adalah sebahagian daripada strategi Ahmad Said untuk menarik simpati dan mewujudkan persepsi kejam atau zalim terhadap PM, maka strateginya berjaya. 

Strategi yang saya maksudkan adalah majlis kenduri perkahwinan anaknya. 

Beliau sendiri telah tahu bila tarikh tamatnya jawatan beliau sebagai MB sebagaimana perjanjian beliau dengan PM. Namun kenapa beliau memilih tarikh mengadakan kenduri terlalu hampir dengan tarikh beliau tamat jawatan ? 

Sebab itu bagi saya tidak mustahil ini adalah sebahagian daripada strategi beliau untuk tujuan seperti yang saya katakan diatas. 

Hari ini alam cyber gegak gempita dengan berita kononnya Najib seorang yang kejam menamatkan tugasan Ahmad Said empat hari sebelum beliau mengadakan kenduri. Kononnya jemputan telah dikeluarkan dan bagaimana beliau nak tukar tempat kenduri dalam tempoh 4 hari, mana beliau nak letak muka dan macam-macam lagilah. Tidak terkecuali juga sorang pembaca blog ini yang menghantarkan komen berikut untuk artikel sebelum ini. 

mat saga said... 
Bro rbf... 
kalau lu jadi mad said cam mane... lu dah edar kad jemputan pada semua tetamu utk kenduri pada 17hb.. tiba-tiba lu kena keluar dari jawatan dan kediaman lu.... cam mane...?? Najib pun agak-agak laaa... kalau setahun boleh tunggu takkan tambah lagi seminggu lagi tak bole.. 
Jatuh maruah dia.... mane nak cari tempat kawin dalam masa 4 hari... mesti dia dah prepare segala persiapan utk wedding anak dia... tiba-tiba jadi cam nie... Stress oooo... terganggu fikiran dia... dgn masalah politik dia... dengan masalah kawin anak dia... pasti cerita pemecatan beliau akan menjadi topik hangat pada majlis perkahwinan anak dia nanti.. patut ke jadi begitu..??


Gua penyokong umno yang tegar tapi dalam masa yag sama amat simpati dengan mad said... semoga beliau tabah menghadapi dugaan dan dapat kembali semula menyertai umno... pangkat dan jawatan dalam politik hanyalah tanggungjawab yg berat sahaja tetapi kesetiaan pada umno memastikan kelangsungan umno utk selama-lamanya....
Bro rbf.... beria-ria lu hentam mad said kali... soalan gua pada lu... Salah besarkah kalau tunggu seminggu lagi...

Pendapat gua... apa salah dia pun biarlah dia lepaskan dgn tenang... kalau pak lah boleh lepaskan dengan tenang mestia dia pun boleh lepaskan dengan tenang... 
May 13, 2014 at 6:06 PM

Dalam hal ini ramai yang keliru dan seterusnya melahirkan simpati kepada Ahmad Said dan melontarkan rasa marah pada Najib. Tetapi sudahkah anda perhatikan betul-betul kad jemputan tersebut ? Adakah anda telah memerhatikan alamat tempat kenduri tersebut ? 


Kenduri tersebut bukannya akan diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Terengganu ( Seri Iman) Jalan Batu Buruk, Kuala Terengganu. Sebaliknya kenduri tersebut akan berlangsung di kediaman peribadi Ahmad Said di Teluk Kalong, Kemaman. Cuma di kad jemputan tersebut  Ahmad Said menamakan kediaman peribadinya sebagai Kediaman Menteri Besar Terengganu. Jarak antara dua tempat tersebut (Kuala Terengganu ke Kemaman) adalah 148km. Jika Ahmad Said masih MB pada hari tersebut kenduri itu tetap berlangsung di kediaman peribadi beliau. Samada dia masih MB atau mantan MB rumah tersebut tetap rumah beliau. Tidak timbul soal kemana dia nak pindah tempat kenduri, zalim, tidak timbang rasa , tak boleh tunggu 3-4 hari atau sebagainya.

Kediaman peribadi Ahmad Said di Telok Kalong, Kemaman dimana kenduri akan diadakan
Seri Iman - Kediaman Rasmi MB Terengganu di Kuala Terengganu
Jarak dan kedudukan antara Kuala Terengganu dengan Kemaman serta jarak antara Kediaman Rasmi MB Terengganu dengan kediaman peribadi Ahmad Said. 

Soal fikiran terganggu atau sebagainya kerana dia digugurkan sebagai MB tak timbul. Kalau dia ikut perjanjian yang dia sendiri persetujui dan dia serah jawatan dengan elok, tak buat onar dan sebagainya dia tetap akan disanjung, dihormati dan dikenang sampai bila-bila. Sekarang dia yang buat dirinya dan keluarganya berada dalam tekanan. Bukan salah orang lain, salah diri sendiri. 

Persoalan yang masih bermain dalam minda saya sehingga kini kenapa dia memilih tarikh kenduri perkahwinan anaknya hampir dengan tarikh dia tamat jawatan MB yang dia sendiri telah mengetahui tarikh tersebut setahun lepas ? Tak munasabah dia telah merancang tarikh kenduri tersebut 2-3 tahun lepas lagi. 

Selagi persoalan ini tidak terjawab, maka selagi itulah saya mengesyaki ini adalah sebahagian daripada rancangannya untuk menarik simpati dan mencalarkan imej Perdana Menteri. 

Soal hentam pula, saya bukan menghentam sembrono atau menafikan jasa-jasa dan kebaikan Ahmad Said sebelum ini. Dalam situasi hari ini dia bukan lagi pemimpin Umno dan telah menjadi pengkhianat kepada parti yang dia bertapak selama ini dan yang telah banyak juga menyumbang kepadanya. Jangan kata dia sahaja ada sumbangan kepada parti. Parti pun ada sumbangan kepadanya. Kerana hilang jawatan kau buat hal sehingga menimbulkan hura-hara kepada parti dan sebuah kerajaan. Dimana laungan perjuangan kepada agama, bangsa dan negara selama ini ? Apa yang dia buat hari membuktikan dia seorang pemimpin yang hanya memperjuangkan tembolok dan kedudukan dia sahaja. Bila hilang jawatan umum keluar parti. Bukankah ini pengkhianat namanya ? Apakah anda fikir saya atau kita perlu lambung, puja dan puji lagi pemimpin seperti ini ?



Psssttt…Idris Jusoh hilang jawatan MB rileks jer…takdelah nak umum keluar parti atau adun yang orang-orangnya umum keluar parti. Mat Said hilang jawatan terus keluar parti dan bawa 2 adun turut sama keluar parti. Berkat kesabaran Idris Jusoh kini terbalas. Hari ini dia seorang menteri. 

Krisis Terengganu: Beranikah Ahmad Said Bersumpah Dengan Quran Menafikan Beliau Ada Perjanjian Dengan PM ?


Pada PRU tahun 1999 Pas berjaya menawan Terengganu daripada BN yang ketika itu dibawah kepimpinan Tan Sri Wan Mokhtar dengan hanya meninggalkan 4 kerusi sahaja BN. Pas pula menguasai 28 kerusi. 

Idris Jusoh telah dipilih mengetuai BN Terengganu untuk menghadapi PRU 2004. Hasil kerja keras Idris termasuklah melalui program bersirinya yang diberi nama Gelombang Biru, akhirnya keputusan PRU 2004 menyaksikan keputusan yang terbalik. BN pula menang 28 kerusi dan Pas tinggal 4 kerusi sahaja. 

Idris dilantik sebagai MB Terengganu dan juga mengetuai BN negeri berkenaan. PRU 2008 datang dan kita semua menyaksikan bagaimana satu gelombang datang membadai BN hingga menyebabkan empat negeri melayang, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Tetapi Terengganu yang menjadi lubuk Pas sejak azali masih utuh di tangan BN. Pas hanya berjaya menambah 4 kerusi sahaja menjadikan ianya 8 kerusi dan BN 24 kerusi. Satu kemenangan yang masih selesa disaat badai yang teruk melanda BN di seluruh negara. 

Idris Jusoh tidak dipilih semula sebagai MB dan digantikan dengan Ahmad Said dalam keadaan penuh konstrovesi. Idris menerima dengan redha takdir yang menimpa dirinya. Beliau tidak merajuk, meragam atau jauh sama sekali untuk mengumumkan keluar parti. Idris meninggalkan kedudukan kerajaan negeri yang selesa kepada Ahmad Said.

Selepas itu kita dengar macam-macam cerita yang keluar bagaimana kem Ahmad Said 'membunuh' orang-orang Idris Jusoh. Salah seorang orang pro Ahmad Said yang banyak memainkan peranan pergaduhan atau adu domba adalah Ketua Umno Bahagian Dungun, Rosli Mat Hassan atau lebih dikenali sebagai Pok Li Bobok. 

Daripada tahun 2008 hinggalah kepada ke saat-saat DUN Terengganu dibubarkan untuk PRU 2013, pergaduhan antara kem tersebut tak habis-habis. Kemudian apabila masuk pula bab senarai calon-calon yang bertanding, perbalahan memasuki fasa baru pula apabila orang-orang Idris Jusoh kebanyakkannya tidak disenaraikan sebagai calon. Manakala Pok Li Bobok yang tidak dipilih sebagai calon pada tahun 2008 telah disenaraikan semula sebagai calon Parlimen Dungun 2013. Keputusannya menyaksikan dia kalah dan BN kehilangan satu parlimen yang mereka pegang 2008. 

Daripada hari penamaan calon hingga ke hari pengundian BN Terengganu terus berpecah belah dan bertikam sesama sendiri. Perkara ini membuatkan rakyat Terengganu muak dan mual. Akhirnya apabila keluar keputusan PRU 2013 menyaksikan BN hanya menang nyawa-nyawa ikan. Daripada 24 kerusi tinggal 17 kerusi. Tak pasal-pasal Pas berjaya tambah 6 kerusi dan PKR 1 kerusi. Rakyat Terengganu bukannya sukakan Pas, tetapi mereka bosan kerana Ahmad Said sebagai seorang ketua yang mentadbir negeri gagal menjalankan tugasnya sebagai ketua dengan baik sehingga BN bertikam sesama sendiri. Sebab itulah mereka pilih Pas. 

Sebagai PM , Presiden Umno, dan Pengerusi BN, Datuk Najib harus memandang serius perkara ini. Beliau pun tentu muak kerana peluang demi peluang diberikan kepada Ahmad Said untuk menyelesaikan pergolakkan dalaman Umno Terengganu. Tetapi ianya gagal diselesaikan. Kalau dia tak boleh selesaikan maka Datuk Najib kena selesaikanlah. Jika tidak diselesaikan dan keadaan berterusan begitu maka jawabnya PRU akan datang Terengganu akan hanyut sekali lagi. Jika Datuk Najib tidak bertindak memperbetulkan keadaan orang kata Najib lemah, Najib lembik, Najib gagal dan macam-macam tuduhan lagi. Bila Najib tunjuk taring dan bertindak tegas orang kata pula Najib menghuru harakan keadaan, Najib tidak cekap dan macam-macam lagi. 

Sebagai PM kesabaran Najib pun ada hadnya apabila asyik diugut Ahmad Said. Selepas PRU 2013 pun apabila Najib enggan melantik dia sebagai MB, dia dah ugut untuk keluar parti dan bawa orang-orang dia keluar parti dan seterusnya runtuhlah Kerajaan BN Terengganu. Kemudian capai persetujuan untuk pegang jawatan selama setahun. Apabila sampai masa yang dijanjikan dia berdolak dalik lagi dan ugut mengugut lagi. Kalau saya sebagai PM pun saya akan bertindak tegas jika asyik ugut mengugut sahaja. 

Sekarang kita boleh lihatlah wajah sebenar Ahmad Said. Kita boleh lihatlah bagaimana dia punya gila kuasa. Dia telah gagal menjalankan tugasnya menyatupadukan ahli-ahli Umno di negeri yang dia ketuai walaupun peluang demi peluang diberikan , kemudian nak kekal sebagai MB dan Pengerusi Umno dan BN negeri. Kemudian lagi nak ugut-ugut PM pula. 

Anda lihatlah surat perletakan jawatan beliau semalam. Surat itu pun surat ugutan juga. Surat itu tidak dihantar kepada Umno Pusat. Sebaliknya dihantar kepada Astro Awani. Sampai saat ini pun Umno Pusat masih belum menerimanya. Kemudian tidak dinyatakan pendiriannya sebagai Adun Bebas samada pro Pas atau BN. Itu semua ugutan. Dia mengharap Najib akan ketar lutut dan akan hantar orang memujuknya atau Najib menukar balik keputusan. 

Saya punya pendirian dalam hal ini saya menyokong keputusan Datuk Najib. Satu keputusan yang berani dan tegas. Dan kepada Ahmad Said pula, lembu berpegang kepada tali manusia berpegang kepada janji. Datuk dah janji dengan PM dan dah tandatangan surat perjanjian untuk pegang jawatan MB selama setahun, maka Datuk patutlah pada janji tersebut. Sekarang jangan pula Datuk berdolak dalik atau Datuk cuba nak kata tiada perjanjian. 

Jika pemain-pemain bola pasukan T Team diminta bersumpah dengan Quran untuk membuktikan mereka bercakap benar, sekarang berani atau tidak Datuk pula bersumpah dengan Quran menafikan Datuk ada tandatangan perjanjian dengan PM untuk pegang jawatan MB selama setahun ? 

Janganlah pula jadikan majlis pernikahan anak sebagai alasan. Datuk dah tahu tempoh setahun tersebut bila tamat, kenapa pula Datuk pilih majlis pernikahan anak hampir dengan tarikh Datuk tamat jawatan sebagai MB ?