
Sebagaimana yang kita tahu, kalau tak menipu bukan Pas namanya. Penipuan dan fitnah sudah menjadi makanan harian Pas. Penipuan dan fitnah dengan Pas sudah sebati sejak zaman-zaman berzaman. Bagai irama dan lagu, tanpa irama pincanglah lagu. Tanpa penipuan dan fitnah pincanglah Pas.
Tidak cukup pepatah itu kita boleh guna pelbagai pepatah lain lagi untuk menggambarkan betapa eratnya Pas dengan penipuan. Bagai aur dengan tebing atau isi dengan kuku atau boleh juga kita katakan bagaikan Anwar Ibrahim dan Ky Jelly.
Sah terang-terang calon Pas menipu yang beliau pernah pegang jawatan berkenaan. Jawatan itu sengaja diletak-letakan untuk menggambarkan dia seorang yang hebat. Sudahlah diplomanya diragui , lepas itu menipu pula pernah pegang jawatan dalam Belia 4B.
Mengikut penasihat Gerakan Belia 4B Jasin , Datuk Hasan Rahman calon Pas tersebut didapati tidak pernah menjadi ahli Belia 4B seperti yang didakwanya.
Gerakan Belia 4B Jasin hari ini menafikan calon Pas, Yuhaizad Abdullah yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau 6 Mac ini, pernah menjadi ahli pertubuhan itu.Sumber: Umno Online
Penasihatnya, Datuk Hasan Rahman berkata, setelah diteliti keahlian pertubuhan tersebut di daerah itu, calon Pas tersebut didapati tidak pernah menjadi ahli seperti yang didakwanya dalam sebuah akhbar hari ini.
“Dakwaan beliau (Ruhaizad) pernah menjadi ahli Gerakan Belia 4B di Jasin adalah tidak benar. Kita telah teliti keahlian di peringkat cawangan memang namanya tidak ada.
“Saya tidak pasti bagaimana beliau boleh mendakwa pernah menjadi ahli pertubuhan ini. Mungkin beliau cuba untuk meraih simpati daripada pengundi di Merlimau,” katanya.
Baru jadi calon, belum lagi jadi wakil rakyat sudah pandai menipu. Inikah ajaran parti islam Pas ? Parti islam atau Parti Amalan Syaitan ?
Lihatlah wahai orang-orang Merlimau sekalian, lihatlah bagaimana penipunya seorang calon dari parti islam.
Mahukah anda semua mengangkat penipu sebagai wakil rakyat kawasan anda?