Sejak petang semalam hinggalah ke pagi ini saya banyak menerima ucapan tahniah berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu petang semalam yang menolak saman Husam Musa keatas seorang peniaga yang dituduh sebagai blogger ruangbicarafaisal.blogspot.com .
Ramai juga yang minta saya belanja makan....
Suka saya nak jelaskan disini, sebenarnya ucapan tahniah itu tidak perlu ditujukan kepada saya. Bukan saya yang menang. Yang menang adalah peniaga tersebut. Kalau nak ucap sila ucapkan terus kepada lelaki itu. Kalau tak tahu ke mana nak dituju untuk ucap tahniah kepadanya, sila ke blog kickdefella di
sini. Saya difahamkan beliau telah lama berada dalam jagaan kickdefella.
Tentang permintaan untuk belanja makan, tidak menjadi masalah walaupun bukan saya yang menang. Hari Ahad ini (22.Julai.2012) jam 12.30 tengahari di Restoran Nasi Kandar SS 2 Petaling Jaya. Tawaran terhad antara jam 12.30 tengahari hingga 3.30 petang sahaja. Lebih daripada waktu itu dah tak boleh. Makan di kedai sahaja. Bungkus tidak dibenarkan. Amacam, ok ?
Kalau kena tarik naik ke dalam kereta jenazah jangan marahi saya......kah....kah.....kah.....
Berbalik kepada apa yang saya nak katakan.....
Jika dulu kehadiran atau kewujudan blogger-blogger dan cybertrooper pro BN sering diperlekehkan oleh pemimpin-pemimpin dan pemain-pemain dunia cyber pro pembangkang. Mereka kata tiada kesan, kehadiran blogger pro BN akan membuatkan rakyat makin menyampah dengan BN, bodoh dan sebagainya.
Namun sejak akhir-akhir ini lain pula yang jadinya. Nampaknya kehadiran pemain-pemain cyber pro BN telah mula meresahkan bukan sahaja pemain-pemain cyber pro pembangkang, malah sudah sampai ke tahap meresahkan pemimpin tinggi pembangkang.
Buktinya semalam, Lim Kit Siang selaku orang lama politik dan pemimpin agung pembangkang menunjukkan rasa resah gelisah dia dengan kewujudan pemain-pemain cyber pro BN, hinggakan dia buat kenyataan media. Lihat di
sini
Kalau kita semua ini tiada kesan dan tidak mendatangkan kudis kepada mereka, apakah anda ingat dia nak buat kenyataan media itu ? Apatah lagi yang buat itu adalah Lim Kit Siang. Bukannya setakat pendekar-pendekar tempang seperti Shamsul Iskandar atau Raja Ahmad Al Hiss 3/4.
Bercerita bab politik dalam dunia cyber....
Politik dalam dunia cyber mulai mengambil tempat selepas pemecatan Anwar Ibrahim tahun 98. Dulu sebelum ada internet orang main surat layang dan buku-buku politik. Pada tahun 98 politik dalam dunia cyber tidak sehebat hari ini dan pada ketika itu ianya dikuasai pembangkang. Antara laman web pembangkang yang popular pada ketika itu adalah mahazalim dan mahafiraun. Perkataan itu dituju kepada Dr M.
Macam-macam fitnah dan tohmahan yang mereka lemparkan kepada Dr M pada masa itu, Rumah Dr M ada tokong buddha, Dr M ada bini cina, Dr M arah Rahim Noor tumbuk Anwar, Dr M minta dana dari israel dan macam-macam lagi.
Masa itu talian internet tidaklah sehebat hari ini dan komputer pun tidaklah semurah dan sebanyak hari ini. Sesiapa yang ada kemudahan internet pada masa itu akan cetak kandungan-kandungan dari laman-laman web berkenaan dan sebarkan. Perkara itu dilakukan seluas-luasnya oleh penyokong-penyokong Anwar. Pelbagai kisah sedih Anwar dari dalam penjara dan kisah sedih Wan Azizah yang direkacipta untuk menagih simpati masyarakat. Pada masa itu berita-berita dari internet dianggap satu berita yang eksklusif dan dipercayai orang ramai.
Masuk pilihanraya 1999 BN kalah agak boleh tahan juga , tetapi tidaklah hilang 2/3 dan BN juga kehilangan negeri Trengganu. Saya tidak kata kuasa internet sepenuhnya yang menyebabkan BN kalah banyak. Tetapi kelebihan internet yang dimanfaat sebaik mungkin oleh pembangkang boleh dikatakan turut menjadi penyumbang kepada kekalahan banyak kerusi BN.
Selepas itu BN/Umno juga turut memanfaatkan kelebihan internet. Wujudlah laman web seperti KMU yang kini dikenali sebagai MyKMU, Umno Online dan Selangor Daily. Itu yang saya ingat.
Pilihanraya 2004 BN menang besar. Saya tidaklah kata kuasa internet yang memberikan kemenangan besar kepada BN kerana banyak lagi faktor lain yang turut menjadi penyumbang. Tetapi kuasa internet juga turut menjadi penyumbang.
Kemenangan besar tahun 2004 telah membuatkan BN leka dan alpa. Banyak kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh kepimpinan pada waktu itu. Kesilapan-kesilapan itu dimanfaatkan oleh pembangkang untuk dieksploitasi dalam dunia internet. Jika tidak silap saya ketika itu juga blogspot baru diperkenalkan. Kesempatan itu diguna sebaik mungkin oleh pembangkang untuk mengerjakan BN dan Umno.
Maka antara tahun 2004-2008 pembangkang bermarajalela menggunakan blog-blog untuk menghancurkan BN dan Umno. Antara perkara panas yang disebarkan pembangkang ketika itu adalah mengaitkan Datuk Najib dengan pembunuhan Altantuya. Tian Chua ketika itu buat gambar Datuk Najib bersama Razak Baginda dan Altantuya semata-mata nak memfitnah Najib.
Malaysia today yang dikendalikan Raja Petra menjadi sumber penyebar fitnah paling utama dan menjadi laman paling suci pemuja pembangkang ketika itu. Ramai pemimpin-pemimpin BN yang menjadi haru biru dikerjakan Raja Petra ketika itu. Manakala pemimpin-pemimpin pembangkang pula memuja Petra. Sampaikan satu ketika Nik Aziz pernah utus surat kepada Raja Petra dan mengajaknya mencontohi perjuangan Nabi Yusof. Boleh lihat di
sini.
Hasil dari kerja keras dan kesungguhan pembangkang memanfaatkan kelebihan internet antara tahun 2004 - 2008, maka kita semua dapat saksikan keputusan PRU 2008. BN hilang 2/3 dan kalah di empat negeri termasuk mempertahankan Kelantan.
Jika dua pilihanraya sebelum itu (1999 & 2004 ) saya tidak katakan internet sebagai penyumbang utama kepada kedua-dua keputusan PRU tersebut. Tetapi untuk tahun 2008 saya berani katakan internet yang menjadi salah satu penyumbang utama.
BN kalah teruk di kawasan pantai barat yang rata-ratanya negeri maju dan mempunyai talian internet yang cukup bagus seperti Selangor, WPKL, Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Begitu juga di Negeri Sembilan yang BN menang cukup-cukup makan. Johor yang menjadi kubu kuat BN pun berjaya ditembusi pembangkang.
Cuba anda perhatikan kerusi-kerusi yang dimenangi BN di Selangor dan Perak. Kebanyakannya kerusi luar bandar yang pada masa itu tidak mempunyai capaian internet yang bagus. Kawasan bandar tempat yang internet bagus semuanya hanyut.
Jika tahun 2008 kuasa internet boleh menjadi penentu keputusan pilihanraya, maka pada pilihanraya akan datang internet memainkan peranan yang lagi penting untuk menentukan keputusan piliharaya. Kini talian internet semakin mantap. Komputer makin murah. Kerajaan bagi lagi komputer percuma dan buat pula kampung wifi serta sebagainya. Boleh dikatakan kini hampir semua rakyat Malaysia mengenali internet. Maknanya cabaran kepada parti-parti politik semakin hebat.
Selepas keputusan buruk kepada BN dalam PRU 2008, tanpa disangka-sangka dan disuruh-suruh wujud pelbagai blog dan web pro BN. Nak kata mereka ini disuruh atau diupah untuk buat blog, itu tak betul. Saya tahulah sebab saya sendiri pun menceburinya secara sukarela dan bermula dengan suka-suka. Begitu juga dengan kawan-kawan saya seperti GAP, Blog MIK, Parpukari, dan Papa Gomo.
Lihatlah bagaimana rupa blog dan penulisan saya, Parpukari serta Papa Gomo sewaktu mula-mula kami berblog. Tulisan entah apa-apa, guna huruf besar, dengan gambar donald duck dan sebagainya. Orang gila pun tak nak upah kami untuk berblog. Bodoh sangatlah kalau Umno yang nak upah kami. Tetapi oleh kerana semangat kami belajar...belajar...belajar akhirnya adalah apa yang ada pada hari ini.
Dalam kalangan kami yang paling awal berblog adalah GAP. Dan dalam kalangan kami juga yang cerdik dalam bidang IT Parpukari serta Blog MIK. Manakala saya pula 20-30 % celik IT. Gomo pula saya masih ingat lagi setiap kali berjumpa dia mesti akan bawa satu buku tentang blog. Buku itulah yang yang menjadi kitab dia dalam belajar berblog. Saya tak nafikan Gomo antara mereka yang komited dalam berblog dan
semangatnya luar biasa. Padahal pada masa itu dia bukannya ahli Umno.
Daripada seorang budak yang belajar berblog melalui buku dan tulisannya entah apa-apa tetapi kerana dia tekun dan komited akhirnya budak Papa Gomo itulah yang memeningkan kepala pembangkang hari ini sehingga mendapat tempat di blog Anwar Ibrahim. Sebagaimana pemimpin-pemimpin BN pening dengan Raja Petra dulu, begitulah pembangkang pening dengan Papa Gomo hari ini.
Namanya sering meniti di mulut pemimpin pembangkang hingga dibawa ke dalam Dewan Rakyat dan semalam Nurul Izzah secara terbuka mengecam Papa Gomo. Kemudian dia pula yang beri amaran kepada Nurul Izzah. Lihat di
sini
Jika anda lihat balik apa yang ditulis oleh Gomo dua hari lepas yang dikatakan satu laporan polis dibuat oleh mangsa liwat. Gomo tidak kata perkara itu sah. Dia hanya berkata dia dapat maklumat dan tidak diketahui samada laporan itu benar atau sebaliknya. Lihat di
sini
Tetapi belum lagi polis mengesah atau menafikannya, tiba-tiba pagi semalam juak-juak pencacai PKR dah melompat-lompat menuduh itu fitnah , konspirasi dan sebagainya. Belum apa-apa lagi dah melompat-lompat. Nampak sangat juak-juak PKR fobia dengan perkataan liwat. Adalah tidak mustahil jika khabar angin itu disebarkan oleh penyokong-penyokong mereka sendiri untuk muslihat politik.
Sekarang polis dah nafikan ada laporan yang dibuat, mana nak letak muka ? Beranikah mereka untuk tarik balik dan minta maaf terhadap tuduhan-tuduhan yang dilemparkan sebelum itu ? Lihat di
sini
Sekarang kita dah nampak bagaimana kehadiran kita-kita blogger dan cybertroopers pro BN telah menggerunkan pembangkang. Maknanya selama ini apa yang kita buat berkesan. Tidak kira dari pihak mana sekali pun, samada team UMB, Nadi Rakyat, team bebas, team MyKMU atau team yang lain-lain, semuanya telah menyumbang kegerunan kepada pembangkang. Kalau mereka tak gerun Lim Kit Siang tak akan buat kenyataan.
Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak cuma sekadar ingat mengingati termasuk kepada diri saya sendiri serta sahabat-sahabat yang lain-lain. Dalam keadaan ada diantara kita yang berkrisis , ada yang tidak sebulu dan sebagainya
pembangkang pun dah gerun. Cuba anda semua bayangkan kalau kita semua
bersatu padu. Bukan setakat gerun , terkencing mereka. Sap...sap....sui
ja BN nak dapat 2/3 dalam PRU akan datang.
Hidup ibarat roda, ada masa kita diatas dan ada masa kita dibawah. Dulu pembangkang bersorak sarai menguasai politik dalam internet. Kini mereka susah hati mengenangkan kehadiran blogger dan cybertroopers pro BN.
Dulu mereka fitnah orang sesuka hati mereka, sekarang kita cuit sikit mereka dah mula menggelabah. Oleh itu marilah kita semua pemain-pemain cyber pro BN luruskan barisan dan rapatkan saf tanpa lagi menoleh ke belakang dan kita lawan-lawan habis-habis.
Jika seorang pemimpin ditaktor serta kuku besi seperti Hosni Mubarak yang cukup lama berkuasa dan sukar untuk dijatuhkan satu masa dulu, tetapi akhirnya jatuh dengan kuasa internet. Sekarang mari kita berganding bahu dan bersatu tenaga untuk jatuhkan Lim Kit Siang, seorang diktator dalam DAP yang telah cukup lama dalam politik.