Pas sering memomokkan rakyat Malaysia bahawa mereka berjuang di jalan Allah. Mereka tidak gila kuasa dan tidak gila jawatan. Mereka sering membandingkan mereka dengan Umno. Mereka tidak gila kuasa, tidak gila jawatan, tetapi mereka gila otak sebab itu memfitnah dan mengkafirkan orang sesuka hati. Memfitnah dan mengkafirkan orang lain itu untuk apa jika bukan kerana nak kuasa dan jawatan ?
Sekarang ini musim pemilihan Pas. Inilah masa terbaik untuk kita semua melihat bagaimana pemimpin Pas gila kuasa berebut-rebut jawatan. Sebelum ini Mat Sabu pernah berkata kempen pemilihan kali ini adalah yang paling teruk berdasarkan 35 tahun pengalamannya dalam Pas. Lihat di
sini.
Siapa Mat Sabu ini ? Orang Umno ke ?
Sudah tentu bukan...dia adalah Timbalan Presiden Pas. Dia sendiri yang sahkan kempen pemilihan Pas itu buruk. Lagi orang Pas nak kata mereka tidak gila kuasa atau gila jawatan sepertimana yang mereka tuduh terhadap Umno selama ini ?
Pas beritahu kita mereka parti Islam....parti yang memperjuangkan agama Allah. Rujukan mereka adalah Al Quran. Parti mereka dipimpin oleh golongan alim ulama, ustaz , tok guru dan yang sewaktunya.
Betul ke ?
Tak betul !
Jika Pas benar-benar parti yang mengamalkan ajaran islam, ikhlas berjuang di jalan Allah dan pemimpin mereka yang dikatakan alim ulama, ustaz, tok guru dan sebagainya, maka tidak akan berlaku sebarang pertandingan dalam pemilihan jawatan Pas. Semuanya akan dipilih melalui kaedah perundingan atau musyawarah. Betullah perlembagaan parti mereka menetapkan ada pemilihan, tetapi jika semua mereka mempunyai sekeping hati yang suci untuk berjuang di jalan Allah mereka boleh selesaikan semua itu melalui kaedah musyawarah.
Namun itu tidak berlaku. Kenapa ?
Tidak lain tidak bukan kerana pemimpin Pas alim macamana sekali pun mereka tetap bernafsu dan gila jawatan. Sama sahaja seperti parti-parti lain. Islam...islam...islam...yang dilaungkan mereka selama ini hanyalah semata-mata alat untuk kepentingan politik mereka. Sebab itu daripada dulu saya sering guna istilah Pas melacurkan agama untuk kepentingan politik mereka. Kasihan penyokong-penyokong Pas. Bila pemimpin baca ayat-ayat Quran bahawa sesiapa yang menyumbang untuk jalan Allah maka akan diberikan ganjaran yang besar. Disambut dengan takbir dan diiringi dengan selawat maka berjalanlah kantung-kantung untuk mengutip wang daripada penyokong. Kononnya menderma ke jalan Allah. Padahal tiada bezanya antara pemimpin mereka dengan pemimpin Umno, MCA, MIC, DAP atau parti-parti lain yang mereka kutuk selama ini.

Dari satu sudut jika kita fikir betul-betul, sebenarnya Anwar Ibrahim jauh lebih mulia jika kita nak bandingkan dengan pemimpin-pemimpin Pas, walaupun Anwar itu seorang peliwat. Anwar sampai hari ini tidak berani bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak meliwat Saiful. Dia tak berani bersumpah dan tidak berani mempermainkan atau memperdagangkan nama Allah untuk kepentingan politik dia. Sebab dia tahu dia salah. Pas pula tanpa segan silu atau rasa bersalah terus menerus melacurkan agama dan nama Allah untuk kepentingan politik mereka. Pemimpin besar mereka dah terang-terang dengan spender putihnya yang semua orang tahu apa yang dibuatnya. Tetapi Pas sampai hari ini pun tanpa segan silu menjual mereka memperjuangkan islam. Jika betul perjuangkan islam pecat dulu Stopa Ali. Jangan tipu orang ramai dan diri sendiri kononnya itu semua tipu dan sebagainya. Pada diri sendiri dan pada parti sendiri pun kamu tak jujur bagaimana kamu nak jujur kepada rakyat Malaysia? Lagi nak bercakap pasal islam.
Berbalik kepada kisah pemilihan Pas....
Hari ini Pas sendiri membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin mereka semuanya bernafsu dan semuanya gila jawatan. Laporan dari media rasmi Pas sendiri yang mengesahkan perkara ini.
Perhatikan pada tajuk berita itu...
SAINGAN SENGIT....SAINGAN SENGIT....SAINGAN SENGIT....
Maknanya apa ?
Maknanya perebutan yang hebat...perebutan yang dasyat...perlawanan yang hebat...perlawanan yang dasyat...
Itu sudah cukup untuk menunjukkan bagaimana pemimpin-pemimpin Pas bersaing atau bertarung dengan sengit atau dasyat untuk merebut jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden.
Inikah yang dikatakan Pas berjuang di jalan Allah, Pas tidak gila kuasa dan tidak gila jawatan ? Sampai terpaksa bersaing sengit untuk dapat jawatan. Adakah ini amalan yang mulia dalam islam ?
Jika mereka benar-benar sebuah parti islam, berjuang di jalan Allah dan pemimpin-pemimpin mereka semua orang beriman, mereka tidak akan bersaing dengan sengit. Mereka akan duduk bincang dan capai kata sepakat dengan hati yang ikhlas, tulus, mulus sebagai insan beriman, siapa yang kita nak letak sebagai Timbalan Presiden, siapa yang kita nak letak sebagai Naib Presiden. Itu tidak berlaku dan mustahil akan berlaku, sebab semuanya bernafsu dan semuanya gila jawatan.
Tidak cukup dengan itu satu lagi bukti yang Pas tampilkan hari ini kepada kita untuk menunjukkan bahawa orang-orang mereka bukannya orang-orang beriman atau berpegang pada ajaran islam yang sebenar sepertimana yang mereka laung-laungkan selama ini.
PAS guna penebuk khas tanda tag perwakilan
KUALA LUMPUR: PAS akan menggunakankaedah khas iaitu menebuk setiap tag perwakilan yang telah mengundi pada pemilihan Jawatankuasa Kerja PAS pada 22 November nanti bagi mengelak pengundian berulang.
Berkata pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat bagi sesi 2013-2015, Asmuni Awi memberitahu pihaknya tidak berhasrat menggunakan dakwat kekal.
"Dakwat kekal kita tak guna sebab ia bukannya kekal pun, kita akan menggunakan penebuk khas dan setiap tag yang dipakai oleh perwakilan akan ditebuk pada waktu pemilihan nanti.
"Ini bagi mengenal pasti mereka telah mengundi, untuk berlaku pengundian dua kali itu mustahil sebab tag dikeluarkan oleh PAS Pusat dan ia tidak akan berlaku," katanya.
"Kita yakin para perwakilan akan membuat pemilihan secara berhemah sepertimana yang kita amalkan sebelum ini.
"Pemilihan secara sihat tidak ada penipuan akan berlaku ataupun pengundian dua kali," sambung beliau.
Dianggarkan hampir 1,300 perwakilan dari seluruh negara akan menyertai muktamar kali ini dan menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih bagi membentuk barisan kepimpinan baru Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan juga ketiga-tiga dewan Ulamak, Pemuda serta Muslimat bagi sesi 2013-2015.
harakahdaily.net 09.Nov.2013
Masyallah...Masyallah...Masyallah...
Parti islam yang berjuang di jalan Allah dan dibarisi oleh golongan ulama, ustaz, tok guru dan orang-orang beriman pun menipu juga ke ? Kalau tidak menipu atau ada percubaan untuk menipu tak mungkin perkara itu akan dilaksanakan.
Ambik kau ! Selama ini menuduh SPR dan BN menipu dalam pilihanraya dan sebagainya. Hari ini kau telan baliklah kahak hijau kau dulu...kau ludahlah balik atas muka kau sendiri.
Malu beb....maluuuuuuuu.....parti orang-orang beriman pun sampai kena buat peraturan seperti itu. Mana hilang semua iman yang dilaung-laungkan selama ini ?